[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 9]- Riwayat Bercanggah Dengan Kenyataan Dan Pengalaman Manusia (Contoh – Terung Penawar Segala Penyakit & Tukang Emas Paling Dusta & Bumi Di Atas Tanduk Lembu)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 13m 2s] –HADIS PALSU] Terung Penawar Segala Penyakit & Tukang Emas Paling Dusta & Bumi Di Atas Tanduk Lembu

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/yZ0iWvOWHS4 ]

USUL DIRAYAT KESEMBILAN – Riwayat-Riwayat Yang Bercanggah Dengan Kenyataan Dan Pengalaman Manusia

CONTOH-CONTOH HADITH PALSU

1) “Terung Baik Untuk Apa Saja Tujuan Ia Dimakan”

2) “Terung Adalah Penawar, Tiada Sebarang Penyakit Padanya”

3) “Manusia Yang Paling Dusta Ialah Tukang Celup Dan Tukang Emas” ‘

4) “Sesungguhnya Bumi Ini Berada Di Atas Satu Batu Besar, Batu Besar Itu Berada Di Atas Tanduk Lembu. Apabila Lembu Itu Menggerakkan Tanduknya Bergeraklah Batu Besar Tadi, Maka Bergeraklah Pula Bumi. Itulah Gempa Bumi”

[KENALI HADITH PALSU] – RIWAYAT-RIWAYAT YANG BERCANGGAH DENGAN KENYATAAN DAN PENGALAMAN MANUSIA

1) [ 00:00:25 ] – HADITH PALSU PERTAMA

i) “Terung Baik Untuk Apa Saja Tujuan Ia Dimakan”

ii) “Terung Adalah Penawar, Tiada Sebarang Penyakit Padanya”

00:00:48 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Hadith ini adalah rekaan golongan “zindiq” yang bertujuan memburuk-burukkan Islam.

ii. Pengalaman manusia membuktikan kepalsuan dakwaan di dalam hadith ini. Contohnya, orang jahil tidak menjadi alim dengan memakan terung atau orang miskin tidak menjadi kaya dengan memakan terung.

00:05:29 ] PERINGATAN

Hadith hampir serupa, “Air Zam-Zam Bergantung Pada Tujuan Apa Diminumnya” adalah sahih dan boleh diamalkan.

NOTA: Sekiranya apa yang dijanjikan dalam suatu hadith sahih tidak menjadi kenyataan, kita perlu ingat bahawa kemungkinan ada penghalang tertentu. Ini adalah untuk mengelakkan kita dari bersangka buruk dengan hadith-hadith nabi.

2. [ 00:07:15 ] HADITH PALSU KEDUA

“Manusia Yang Paling Dusta Ialah Tukang Celup Dan Tukang Emas”

00:07:15 ] KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Ramai ulama’ hadith mengatakan hadith ini maudhu’.

ii. Hadith ini bercanggah dengan kenyataan kerana terdapat lain-lain golongan yang jauh lebih dusta seperti golongan Rafidhah (Syiah) dan ahli nujum.

3. [ 00:09:45 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Sesungguhnya Bumi Ini Berada Di Atas Satu Batu Besar, Batu Besar Itu Berada Di Atas Tanduk Lembu. Apabila Lembu Itu Menggerakkan Tanduknya Bergeraklah Batu Besar Tadi, Maka Bergeraklah Pula Bumi. Itulah Gempa Bumi”

00:12:13 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Kemajuan sains dan pengalaman manusia sekarang ini membuktikan kepalsuan hadith ini.

ii. Hadith ini sebenarnya adalah dari riwayat Israliyat dan tidak berpunca dari agama Islam.

iii. Dengan menerima hadith-hadith sebegini, ianya akan memburukkan imej Islam.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/Nhnr_ut3VM4

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 8]- Riwayat Bercanggah Dengan Kaedah Bahasa Arab (Video – Hadith Sufi Sebarkan Nur Muhammad & Hawa Penyebab Isteri Khianat)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 14m 22s] – [HADIS PALSU] Hadis Sufi Sebarkan Nur Muhammad & Hawa Penyebab Isteri Khianat

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/jeoxskRJsdY ]

USUL DIRAYAT KELAPAN – Riwayat-Riwayat Yang Bercanggah Dengan Kaedah Bahasa Arab

CONTOH-CONTOH HADITH PALSU

1. “Jika tidak keranamu, jika tidak keranamu, nescaya tidak Aku jadikan falak-falak”

2. “Kalau tidak kerana Hawwa’ nescaya tidak berkhianat perempuan kepada suaminya”

KETERANGAN – Nabi s.a.w Terkenal Dengan Kefasihan Dan Ketepatan Dalam Menggunakan Bahasa Arab Fusha (Standard) Dan Tidak Mungkin Salah Dalam Menggunakan Bahasa Arab Dalam Sabdaan Baginda.

[KENALI HADITH PALSU] – RIWAYAT-RIWAYAT YANG BERCANGGAH DENGAN KAEDAH BAHASA ARAB

1. [ 00:00:54 ] – HADITH PALSU PERTAMA

Hadith Qudsi – “Jika tidak keranamu, jika tidak keranamu, nescaya tidak Aku jadikan falak-falak” Nota: Hadith ini terkenal di kalangan orang-orang suf

[ 00:02:09 ]- KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i – Penggunaan “dhomir” (gantinama) “majrur” selepas perkataan “laula” adalah salah dalam kaedah Bahasa Arab. Yang sepatutnya, “dhomir marfu’ ” digunakan selepas perkataan “laula”

ii – Tujuan pereka hadith ini ialah ingin menyerapkan fahaman sesat mereka ke dalam Islam. Fahaman sesat tersebut ialah konsep “Nur Muhammad”, iaitu semua alam ini terjadi kerana “Nur Muhammad”.

iii – Pemilihan perkataan “falak-falak” (laluan bintang-bintang) untuk “alam semesta” adalah tidak tepat dan tidak sampai maksudnya.

iv – Hadith ini dikatakan hadith Qudsi, iaitu dari firman Allah. Adalah mustahil Allah menggunakan bahasa yang salah dan lemah seperti dalam hadith ini.

v – Hadith ini bercanggah dengan firman Allah di dalam al-Quran kerana tujuan jin dan manusia dijadikan Allah adalah untuk berabdi kepada Allah bukan kerana kejadian Muhammad.

[ 00:07:05 ] – ANTARA KATEGORI HADITH PALSU KERANA BERCANGGAH DENGAN KAEDAH BAHASA ARAB

i – Mushahhaf – Hadith yang bentuk asal perkataanya tidak berubah, tetapi titiknya berubah dan kerana perubahan tiitk itu, berubah pula maknanya. Contohnya, huruf “kha”, “jim” dan “ha”. “rumahnya” adalah sama, yang membezakannya ialah kedudukan titiknya.

ii – Muharraf – Hadith yang bentuk asal perkataan tidak berubah tetapi bila barisnya berubah, maka berubahlah maknanya.

Hadith mushahhaf dan muharraf statusnya sekurang-kurangnya dhaif tetapi kebanyakannya maudhu’.

2. [ 00:08:38 ] – HADITH PALSU KEDUA

Hadith Mushahhaf (perbezaan titik) – “Kalau tidak kerana Hawwa’ nescaya tidak berkhianat perempuan kepada suaminya”, di mana huruf “kha” digunakan. Sepatutnya huruf “ha” digunakan di tempat huruf “kha”, dan ini membawa maksud “”Kalau tidak kerana Hawwa’ nescaya tidak mengasihi (merindui) perempuan kepada suaminya” .

KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i – [ 00:10:52 ] – Hadith ini tidak benar kerana tuduhan bahawa Hawwa’ yang memperdaya Adam untuk memakan buah khuldi adalah cerita Israiliyat. Menurut al-Quran, sebenarnya Adam yang diperdayakan syaitan. Begitupun Adam pun tidak patut dipersalahkan kerana hikmahnya dari peristiwa ini ialah wujudnnya makhluk bernama manusia di atas muka bumi ini.

ii – [ 00:12:56 ] Hadith-hadith yang disalah faham sebegini antara faktor mengapa orang benci pada agama. Ianya juga penyebab munculnya pergerakan “Women’s Liberation” (Pembebasan Wanita) di kalangan wanita-wanita Islam yang ingin berlepas diri dari cengkaman agama. Ini adalah kerana kerana hadith-hadith ini menggambarkan wanita sebagai golongan kelas kedua! Yang silapnya bukan agama, tetapi kerana tersebarnya hadith-hadith palsu ini dalam masyarakat.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/Nhnr_ut3VM4

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 7]- Hadith Yang Menyebutkan Secara Terperinci Kelebihan Setiap Surah Dalam Quran Dan Pahala Khusus Membacanya Kebanyakannya Maudhu’ (Video – Baca Surah Waqiah “Gerenti” Kaya? & Yaasin Jantung Quran?)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 12m 47s] – [HADIS PALSU] Baca Surah Waqiah “Gerenti” Kaya? & Yaasin Jantung Quran?

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/zlrNPzSo7Tg ]

USUL DIRAYAT KETUJUH – Hadith Yang Menyebutkan Secara Terperinci Kelebihan Setiap Surah Di Dalam Al-Quran Dan Pahala Khusus Membacanya Kebanyakannya Maudhu’

KETERANGAN – Hadith-hadith yang menyebutkan secara terperinci kelebihan setiap surah di dalam al-Quran dan pahala yang diperolehi orang yang membacanya secara khusus KEBANYAKANNYA adalah maudhu’, paling tinggi pun ia hanya dhaif. Hadith-hadith ini direka oleh orang-orang yang zuhud untuk menarik minat orang ramai supaya kembali gemar membaca al-Quran.

1. “Sesiapa Yang Membaca Surah al-Waqiah Setiap Malam Ia Tidak Akan Papa Selama-lamanya”

2. “Setiap Benda Ada Jantungnya. Jantung al-Quran Ialah Surah Yaasin”

3. “Sesiapa Yang Membaca Surah al-Qadr Diberikan Kepadanya Pahala Seperti Orang Berpuasa Di Bulan Ramadhan Dan Menghidupkan Malam Qadar”

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH YANG MENYEBUTKAN SECARA TERPERINCI KELEBIHAN SETIAP SURAJ KEBANYAKANNYA PALSU

1. [ 00:01:57 ] – HADITH PALSU PERTAMA – KELEBIHAN SURAH WAQIAH

“Sesiapa Yang Membaca Surah al-Waqiah Setiap Malam Ia Tidak Akan Papa Selama-lamanya”

00:03:04 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Disepakati oleh ramai ahli hadith bahawa hadith ini bertaraf sama ada maudhu’ (palsu) atau dhaif jiddan.

ii. Hadith dhaif jiddan,

a) tidak boleh dianggap sebagai hadith dari Nabi s.a.w.,

b) tidak boleh mengharapkan ganjaran dan faedah darinya jika diamalkan, dan

c) hadith ini tidak boleh diamalkan.

iii. Sesuatu hadith yang palsu tetapi tidak diketahui kepalsuannya, jika diamalkan dan didapati tidak membuahkan hasil seperti yang didakwa, dikhuatiri orang yang mengamalkannya akan mempertikaikan hadith Nabi s.a.w.

iv. Berusahalah untuk mencelikkan masyarakat tentang kewujudan hadith-hadith palsu ini.

2. [ 00:05:31 ] – HADITH PALSU KEDUA – YAASIN QALBU AL-QURAN

“Setiap Benda Ada Jantungnya. Jantung al-Quran Ialah Surah Yaasin”


[ 00:06:00
 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Hadith ini direka oleh Muqati’ Bin Sulaiman, seorang pendusta besar.

ii. Tidak ada satu pun hadith yang sahih tentang kelebihan Surah Yaasin.

3. [ 00:06:58 ] – HADITH PALSU KETIGA – GANJARAN MEMBACA SURAH AL-QADR

“Sesiapa Yang Membaca Surah al-Qadr Diberikan Kepadanya Pahala Seperti Orang Berpuasa Di Bulan Ramadhan Dan Menghidupkan Malam Qadar”

KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Hadith ini tidak mungkin sahih kerana ganjaran yang dijanjikan ketika mengerjakan amalan sunat sama atau lebih besar dari ganjaran bila melakukan amalan fardhu.

ii. Jika diterima hadith-hadith palsu sebegini, orang ramai akan meninggalkan amalan sebenar yang diperintahkan Allah dan menggantikannya dengan amalan-amalan palsu yang dijanjikan ganjaran yang melangit.

00:08:40 ] – ANTARA HADITH-HADITH SAHIH BERKENAAN FADHILAT SURAT-SURAT DI DALAM AL-QURAN

1. “Fatihatul Kitab” (Surah al-Fatihah), Tidak Diturunkan Seumpamanya Baik Di Dalam Taurat Atau Injil Atau Zabur

2. Al-Baqarah Dan Ali-Imraan Adalah Dua Surah Yang Gilang Gemilang

3. Ayatul Kursy Adalah Penghulu Ayat-Ayat al-Quran

4. Dua Ayat Di Akhir Surah al-Baqarah Memadai Untuk Keselamatan Pembacanya Pada Sesuatu Malam

5. Syaitan Tidak Akan Menghampiri Rumah Yang Dibaca Padanya Surah al-Baqarah .

6. Orang Yang Membaca Sepuluh Ayat Di Permulaan Surah al-Kahfi Akan Terpelihara Daripada Fitnah Dajjal

7. “Qulhuallahuahad” (Surah al-Ikhlas) Menyamai Sepertiga al-Quran

8. “Al-Mu’awwizatain” (Surah al-Falaq Dan an-Nas) Adalah Pelindung Terbaik Untuk Orang Yang Mahukan Perlindungan

9. “Izazulzilat” (Surah az-Zalzalah) Menyamai Separuh al-Quran

10. “Qulyaayyuhalkaafiruun” (Surah al-Kaafiruun) Menyamai Seperempat al-Quran

11. “Tabaarakallazi biyadihilmulk” (Surah al-Mulk) Ialah Penyelamat Dari Azab Kubur

VIDEO PENUH ASAL

  1. https://youtu.be/Ty-jToIa0pA
  2. https://youtu.be/D16rc-3mFHA

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 6] – Hadith Yang Mengandungi Usul “Takrif Maknawi” (Penyelewengan Makna) al-Quran Mestilah Diketepikan (Contoh – Syiah Reka “Hadis Kisa’ ” Untuk Tipu Umat Islam Tentang Siapakah “Ahli Bait”)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 13m 40s] – [HADIS PALSU] Syiah Reka “Hadis Kisa’ ” Untuk Tipu Umat Islam Tentang Siapakah “Ahli Bait”

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/KDcc2mITeeY ]

USUL DIRAYAT KEENAM – Hadith-Hadith Yang Mengandungi Usul “Takrif Maknawi” (Penyelewengan Makna) al-Quran Mestilah Diketepikan

KETERANGAN – Hadith-Hadith Atau Riwayat-Riwayat Yang Menunjukkan Telah Berlaku Pemesongan Makna al-Quran Tidak Boleh Diterima. Oleh Kerana Berkaitan Dengan al-Quran, Ianya Adalah Perkara Aqidah. Hadith-Hadith Yang Berstatus Dhaif, Apatah Lagi Maudhu’ Tidak Boleh Diterima Dalam Perkara Berkaitan Aqidah.

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH YANG MENGANDUNGI UNSUR “TAKRIF MAKNAWI” (PEMYELEWENGAN MAKNA) AL-QURAN MESTILAH DIKETEPIKAN


HADITH KISA’

[ 00:01:20 ] – “Hadith Kisa’ ” ialah hadith yang menceritakan tentang Rasulullah s.a.w menyelimuti anaknya Fatimah r.ha,, menantunya Ali dan dua cucunya Hassan dan Husain dengan selimut atau kisa’.

Golongan Syiah yang mereka hadith ini mengatakan hadith ini adalah sebab turunnya ayat al-Quran – Surah Al-Ahzab (ayat 33) yang mafhumnya, “Sesungguhnya Allah bermaksud untuk menghilangkan dosa dari diri kamu wahai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”.

Dengan mengatakan hadith Kisa’ sebagai sebab turunnya ayat tersebut, golongan Syiah telah memalingkan makna ayat al-Quran (takrif maknawi) kerana yang dimaksudkan ungkapan “Ahlul bait” dalam ayat tersebut sebenarnya ialah isteri-isteri Rasulullah dan bukannya Fatimah r.ha, Ali, Hassan dan Husain r.hum.

00:01:40 ] Hadith Kisa’ Yang Terdapat Dalam Sahih Muslim Berbunyi: …Pada Suatu Pagi Nabi Keluar Berselimutkan Sehelai Selimut Daripada Bulu Hitam Yang Bercorak Sekedup. Tiba-Tiba Datang Hassan, Nabi s.a.w. Memasukkannya Ke Dalam Selimut Tersebut. Kemudian Datang Pula Hussain, Dia Juga Masuk Ke Dalamnya. Kemudian Datang Fatimah. Baginda Memasukkannya Juga. Kemudian Datang Pula Ali. Beliau Juga Dimasukkan Ke Dalam Selimut Yang Sama. Kemudian Nabi s.a.w. Membaca Firman Allah [Ayat 33 Surah al-Ahzab] Yang Mafhumnya.”“Sesungguhnya Allah Bermaksud Untuk Menghilangkan Dosa Dari Diri Kamu Wahai Ahlul Bait Dan Membersihkan Kamu Sebersih-Bersihnya”.

00:02:47 ] -KOMENTAR

1. Hadith Kisa’ Ini Amat Penting Bagi Golongan Syiah Kerana Jika Diterima Sebagai Sahih Ianya Membuktikan Kebenaran Pihak Syiah Yang Mendakwa Ahli Bait Hanya Saidina Ali, Fatimah, Hassan Dan Hussain rhum. Dan Tidak Termasuk Isteri-Isteri Nabi.

2. Hadith Ini Sebenarnya Palsu Kerana Perkara Tidak Masuk Akal Seperti Saidina Hassan Yang Dikatakan Masuk Ke Dalam Selimut Sebenarnya Belum Lahir Pada Masa Peristiwa Itu Berlaku.

3. Hadith Ini Berlaku Paling Lewat Pada Tahun Keenam Hijrah, Kerana Surah al-Ahzab Habis Diturunkan Paling Lewat Pada Tahun Keenam (Nota: Hadith Ini Dikatakan Sebab Turunnya Ayat 33 Surah al-Ahzab).

4. Syiah Mengatakan Hassan Lahir Pada Tahun Ketiga, Tetapi Ini Tidak Benar Kerana Ibu Dan Bapanya (Saidina Ali Dan Fatimah) Berkahwin Hanya Pada Tahun Keempat.

5. Syiah Mengatakan Hassan Adalah Anak Sulung, Tetapi Yang Sebenarnya Ummu Khulthum Adalah Anak Sulung.

6. Saidina Hassan Sebenarnya Lahir Pada Tahun Ketujuh Hijrah, Setahun Selepas Keseluruhan Surah al-Ahzab Diturunkan Dan Setahun Selepas Hadith Ini Dikatakan Berlaku.

7. Malangnya Ramai Juga Ulama’ Ahli Sunnah Wal Jamaah Yang Termakan Racun Syiah Ini.

00:11:52 ] – Saidina Hassan Dilahirkan Pada Tahun Ketujuh Hijrah. Orang Yang Menyambut Kelahiran Hassan Ialah Asma’ Binti Umais Isteri Kepada Jaafar Bin Abi Talib. Beliau Berhijrah Ke Madinah Hanya Pada Tahun Ketujuh Kerana Sebelum Itu Berada Di Habshah.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/q6J7ab12JCQ

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO 5] Hadith Yang Menggugat “Kemutawatiran” Quran (Video – “Ayat-Ayat Syaitan” (Satanic Verses) – “Ayat al-Quran” Yang Diinspirasi Oleh Syaitan!)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 12m 37s] – [HADIS PALSU] “Ayat-Ayat Syaitan” (Satanic Verses) – “Ayat al-Quran” Yang Diinspirasi Oleh Syaitan!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/JRbRv0QHn5I ]

USUL DIRAYAT KELIMA – Hadith-Hadith Yang Menggugat “Kemutawatiran” al-Quran

KETERANGAN – Hadith-Hadith Yang Menggugat Kemutawatiran al-Quran Dan Menampakkan al-Quran Tidak Terpelihara Daripada Tokok Tambah, Pengurangan, Pemesongan Atau Penyusupan Pihak Tertentu Baik Dari Kalangan Jin, Syaitan Atau Manusia Mestilah Ditolak.

[KENALI HADITH PALSU] –  HADITH YANG MENGGUGAT “KEMUTAWATIRAN” AL-QURAN

CONTOH HADITH PALSU – “Hadith “Gharaniq” iaitu Hadith Yang Mendakwa Ayat-Ayat al-Quran Yang Dibisikkan Oleh Syaitan Kepada Nabi Muhammad s.a.w.

00:03:08 ]- HADITH PALSU – (Hadith “Gharaniq” Yang Dikatakan Menjadi Sebab Turunnya Ayat 52 Hingga 54, Surah al-Hajj) – Nabi s.a.w. Telah Membaca Di Mekah Surah an-Najm. Apabila Rasulullah s.a.w. Selesai Membaca …[Ayat al-Quran, Surah an-Najm]…Syaitan Mencampakkan Ke Atas Lidah Rasulullah s.a.w…[Ayat Tambahan Yang Ada Dalam Hadith Gharaniq Ini]…Pada Ketika Itu Berkatalah Orang-Orang Musyrikun, “Sebelum Hari Ini Tidak Pernah Ia (Muhammad) Menyebut Tuhan-Tuhan Kita Dengan Elok”. Maka Bersujudlah Mereka Bersama-Sama Sujudnya Rasulullah s.a.w. Kemudian Jibril Datang Kepada Rasulullah Selepas Itu. Kata Jibril (Kepada Nabi s.a.w.), “Bacalah Di Hadapanku Apa Yang Telah Aku Sampaikan Kepada Mu”. Setelah Nabi s.a.w. Selesai Membaca…[Ayat Tambahan Yang Ada Dalam Hadith Gharaniq Ini]…Jibril Menegur Nabi s.a.w Dengan Katanya, “Aku Tidak Bawakan Yang Ini. Yang Ini Dari Syaitan”. Lalu Allah Menurunkan Ayat 52 Hingga 54 Surah al-Hajj. [NOTA – Ayat-Ayat al-Quran Yang Didakwa Dibisikkan Oleh Syaitan Kepada Nabi Muhammad Dikenali Sebagai “Ayat-Ayat Syaitan” (Satanic Verses) Oleh Orientalis]

KOMENTAR

1. [ 00:08:41 ] “Idhthiraab” (Cerita Yang Tidak Tetap Dan Banyak Versi) Yang Terdapat Dalam Sesuatu Riwayat Adalah Antara Faktor Yang Paling Dominan Dalam Menimbulkan Keraguan Terhadap Riwayat Tersebut.

2. [ 00:09:36 ] – Bagaimana Mungkin Sesuatu Yang Bukan Dari al-Quran Disusupkan Masuk Ke Dalamnya (al-Quran) Dan Telah Berada Di Dalamnya Buat Sekian Lama Padahal Allah Telah Menjamin Untuk Memeliharanya Dari Segala Bentuk Kebatilan Dan Tokok Tambah. Perkara Ini Jelas Bercanggah Dengan al-Quran.

3. [ 00:10:45 ] – Kalau Keadaan Seperti Ini Telah Benar-Benar Berlaku Tentu Rasulullah Telah Mati Dihukum Allah Kerana Mengatakan Atas Nama Allah Secara Dusta Sebarang Kata-Kata Rekaan. Ini Adalah Sebagaimana Ancaman Allah Taala Di Dalam al-Quran, Bermaksud, “al-Quran Itu Diturunkan Dari Allah, Tuhan Sekelian Alam. Kalaulah Nabi Muhammad Yang Menyampaikan al-Quran Mengatakan Atas Nama Kami Secara Dusta Sebarang Kata-Kata Rekaan Sudah Tentu Kami Akan Menyentapnya Dengan Kekuasaan Kami. Kemudian Sudah Tentu Kami Akan Memutuskan Tali Jantungnya Supaya Dia Mati Dengan Serta Merta…”

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/yu0uC3Ajk0s

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 4]- Hadith Yang Tidak Sesuai Dan Tidak Layak Dengan Kedudukan Malaikat Dan Mengaibkan Mereka. (Contoh – TALKIN – Malaikat Munkar & Nakir Tertipu Dan Tidak Soal Orang Yang Telah Ditalkinkan)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 10m 3s] – [HADIS PALSU] TALKIN – Malaikat Munkar & Nakir Tertipu Dan Tidak Soal Orang Yang Telah Ditalkinkan

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/IvWleYziMmc ]

USUL DIRAYAT KEEMPAT – Hadith-Hadith Yang Tidak Sesuai Dan Tidak Layak Dengan Kedudukan Malaikat Dan Mengaibkan Mereka

KETERANGAN – Hadith-Hadith Atau Riwayat-Riwayat Yang Tidak Sesuai Dengan Kedudukan Malaikat Dan Mengaibkan Mereka Seperti Menampakkan Mereka Sebagai Makhluk Yang Bodoh, Telah Tersalah Melaksanakan Tugas, Menderhakai Allah, Melakukan Dosa (Tidak Ma’shum) dsb Adalah Palsu Dan Karut. Begitu Juga Hadith Atau Riwayat Yang Menggambarkan Malaikat Seperti Kartun-Kartun Dan Menyatakan Kejadian Mereka Selain Dari Nur.

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH YANG TIDAK SESUAI DAN TIDAK LAYAK DENGAN KEDUDUKAN MALAIKAT DAN MENGAIBKAN MEREKA

HADITH PALSU – Malaikat Munkar Dan Nakir Tertipu Dan Tidak Menyoal Orang Yang Telah Ditalkinkan Mayatnya

00:02:23 ] – Abu Umamah Berkata, Rasulullah s.a.w. Menyuruh Kami Dengan Katanya, “Apabila Ada Sesiapa Di Antara Saudaramu Meninggal Dunia Dan Kamu Selesai Mengebumikannya Maka Hendaklah Ada Seseorang Di Antara Kamu Berdiri Di Kepala Kuburnya. Kemudian Hendaklah Dia Berkata, ‘Wahai Fulan Bin Fulanah….Si Mati Akan Berkata: Tolong Bimbinglah Aku, Semoga Engkau Dirahmati Allah….Ingatlah Penyaksian Mu Ketika Hendak Keluar Dari Dunia Iaitu Tiada Tuhan Selain Allah Dan Sesungguhnya Muhammad Adalah Hamba-Nya Dan Rasul-Nya…Pada Masa Itu Munkar Dan Nakir Akan Saling Memegang Tangan, “Marilah KIta Pergi, Buat Apa Kita Duduk Dekat Orang Yang Telah Diajar Hujahnya”. Pada Masa Itu Allah Akan Menjadi Pembela Si Mati Dalam Menghadapi Dua Malaikat Tersebut…

KOMENTAR

00:05:20 ] – Hadith ini Menggambarkan Betapa Lemah Dan Bodohnya Malaikat Munkar Dan Nakir Yang Ditugaskan Untuk Menyoal Orang-Orang Mati. Mereka Tidak Berani Lagi Bertanya Seorang Mati Yang Telah Ditalkinkan Kerana Sudah Tentu Orang Mati Yang Telah Ditalkinkan Akan Dapat Menjawab Segala Soalan Yang Akan Dikemukakan Mereka. Malah Allah Sendiri Akan Membela Simati Yang Ditalkinkan Dalam Menghadapi Soalan Munkar Dan Nakir

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/8pH4rM8YyNo

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 3]- Hadith Yang Tidak Sesuai Dan Tidak Layak Dengan Kedudukan Nabi-Nabi Dan Mengaibkan Mereka (Contoh-Nabi Daud Bunuh Pahlawannya Untuk Menikahi Isterinya)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 11m 37s] – [HADIS PALSU] Nabi Daud Bunuh Pahlawannya Untuk Menikahi Isterinya

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/kstJRkPzps4 ]

USUL DIRAYAT HADITH KETIGA – Hadith-Hadith Yang Tidak Sesuai Dan Tidak Layak Dengan Kedudukan Nabi-Nabi Dan Mengaibkan Mereka

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH TIDAK SESUAI DAN TIDAK LAYAK DENGAN KEDUDUKAN NABI-NABI DAN MENGAIBKAN MEREKA

1. [ 00:01:36 ] – HADITH PALSU (VERSI 1) – Antara riwayat Israiliyat yang mengaibkan kedudukan Nabi-Nabi dan bercanggah dengan kema’shuman mereka ialah apa yang disebutkan oleh sesetengah ahli tafsir berhubung dengan kisah Nabi Daud yang terpaut hati kepada isteri pahlawannya Uria. As-Suddi, al-Kalbi, Muqaatil bin Sulaiman dan lain-lain meriwayatkan bahawa: “Terlintas di hati Daud kalau beliau diuji tuhan, tentu beliau dapat mengawal diri. Pada ketika itu dikatakan kepada beliau: “Hari ini engkau akan diuji dan akan rnengetahui apa bentuk ujian terhadapmu. Oleh itu berwaspadalah engkau…..Pada ketika itu beliau ternampak seorang perempuan yang sedang mandi bersuci di kolamnya dalam keadaan bogel. Bila perempuan itu terperasan ada orang melihatnya, teruslah dia membuka rambutnya lalu menutupi seluruh tubuhnya. Keadaan itu membuatkan hati Daud semakin terpesona dengannya. Suami perempuan itu ialah seorang pejuang di jalan Allah. Daud menulis surat kepada ketua sekalian tentera supaya meletakkan suami perempuan itu di dalam kumpulan pembawa Tabut. Pembawa Tabut sama ada memperoleh kemenangan atau kematian, salah satu daripada dua perkara itu sahaja menanti mereka. Suami si perempuan tadi diletakkan dalam kumpulan pembawa Tabut dan akhirnya dia terbunuh…”

2. [ 00:01:57 ]- HADITH PALSU (VERSI 2) – Pengarang ad-Durrul Mantsur menyebutkan bahawa Hakim at-Tirmizi di dalam Nawadirul Usul, Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim di dalam tafsir mereka masing-masing dengan sanad dha`if telah meriwayatkan daripada Anas r.a. Katanya: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Daud, bila terpandang kepada perempuan berkenaan, meletakkan suaminya dalam satu pasukan yang berada di hadapan Tabut. Orang-orang yang membawa Tabut pada masa itu tidak akan pulang tanpa mendapat kemenangan atau terbunuh. Suami perempuan itu akhirnya terbunuh dan Daud mengahwini isterinya. Maka turun 2 orang malaikat kepada Daud a.s., menyebabkan Daud insaf, lalu bersujud selama 40 malam sehingga tumbuh tumbuhan yang menjalar naik ke kepalanya. Disebabkan terlalu banyak air matanya yang menyirami bumi, tanah pula telah memakan dahinya. Di dalam sujudnya Daud terus berkata: “Tuhanku! Daud betul-betul telah menjadi manusia yang paling hina di atas muka bumi. Tuhanku! Jika engkau tidak mengasihani, lemahlah Daud. Jika engkau tidak mengampuni dosanya, nescaya dosanya akan menjadi buah mulut manusia buat selama-lama.” Setelah 40 malam, datanglah Jibril. Kata Jibril: “Wahai Daud, sesungguhnya Allah telah mengampunimu, engkau memang tahu bahawa Allah memang adil. “Tidak”, Kata Daud: “Bagaimana dengan Si fulan (Uria) apabila ia datang pada hari kiamat nanti sambil berkata: “Tuhanku, darahku ada pada Daud”? Kata Jibril: “Tidak pula saya tanya Tuhanmu tentang perkara itu. Jika engkau mahu, biar saya tanyakan”. Jawab Daud: “Ya”. Naiklah Jibril. Daud bersujud pula buat sekian lama. Kemudian setelah Jibril turun kembali, dia berkata: “Aku telahpun bertanya Allah wahai Daud tentang apa yang engkau kehendaki itu. Kata Tuhan: “Beritahu kepada Daud, sesungguhnya Allah akan mengumpulkan kamu berdua pada hari kiamat nanti, ketika itu Tuhan akan berkata kepadanya: “Berilah kepada-Ku darahmu yang ada pada Daud itu”. Dia berkata: “Ku berikan kepadamu Oh Tuhan!” Ketika itu Tuhan berkata: “Kamu boleh mendapat apa saja yang kamu kehendaki di dalam syurga dan apa saja yang kamu ingini sebagai gantinya.”

00:10:10 ] – KOMENTAR

Antara alasan yang mendorong para ‘ulama’ menghukumkan riwayat-riwayat Israiliyat tersebut sebagai palsu ialah kerana hadith-hadith atau riwayat-riwayat tersebut tidak sesuai dan tidak layak dengan kedudukan nabi-nabi dan mengaibkan mereka. Ia tidak mungkin berpunca daripada Rasulullah s.a.w. Tentu sekali merancang membunuh seseorang muslim semata-mata untuk berkahwin dengan isterinya tidak layak dengan kedudukan seorang nabi.

VIDEO PENUH ASAL –

i. https://youtu.be/4sFidmBv3TI

ii. https://youtu.be/NOpKdOmgong

iii. https://youtu.be/1toh4mjz29Q

iv. https://youtu.be/jEzIraQ8bzQ

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 3]- Hadith Yang Tidak Sesuai Dan Tidak Layak Dengan Kedudukan Nabi-Nabi Dan Mengaibkan Mereka (Contoh – Nabi Ayyub Berpenyakit Kulit Kronik Sehingga Dibuang Ke Tempat Pembuangan Sampah Dan Dipulaukan Kaumnya)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 14m 49s] – [HADIS PALSU] Nabi Ayyub Berpenyakit Kulit Kronik Sehingga Dibuang Dan Dipulaukan Kaumnya

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/C9HCPUg0e68 ]

USUL DIRAYAT HADITH KETIGA – Hadith-Hadith Yang Tidak Sesuai Dan Tidak Layak Dengan Kedudukan Nabi-Nabi Dan Mengaibkan Mereka.

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH TIDAK SESUAI DAN TIDAK LAYAK DENGAN KEDUDUKAN NABI-NABI DAN MENGAIBKAN MEREKA

1. [ 00:01:40 ] – HADITH PALSU – Kisah Nabi Ayyub a.s. mengalami penyakit kulit luar biasa selama lebih sepuluh tahun, menyebabkan semua anak buah dan pengikut beliau menjauhkan diri dari beliau adalah sebuah kisah yang masyhur dan tersebar dengan meluas dalam masyarakat Islam di seluruh dunia. Nabi Ayyub a.s., kerana penyakitnya itu dipandang begitu hina oleh masyarakatnya sehingga beliau dianggap tidak layak lagi berada dalam perkumpulan orang ramai. Beliau a.s. sebaliknya telah dibuang ke tempat pembuangan sampah dan kotoran. Selain isteri dan dua orang kerabat beliau, tiada siapa pun yang menjenguk dan menghiraukan beliau yang sedang menderita itu. Kisah penderitaan Ayyub begitu popular kerana ia dikatakan berpunca daripada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. dan atsar para sahabat baginda yang dikemukakan oleh sekian ramai ahli tafsir terkenal.

Antara yang tersebut di dalam riwayat-riwayat Wahab dan Ka’ab ialah:

(i) Nabi Ayyub telah mengalami penyakit kusta di seluruh tubuhnya.

(ii) Tidak ada bahagian tubuh Nabi Ayyub yang terselamat daripada penyakit itu kecuali hati dan lidahnya yang dilindungi Allah untuk beliau berzikir kepada-Nya.

(iii) Orang ramai memandang jijik dan meluat dengan Nabi Ayyub.

(iv) Orang ramai telah membuang Nabi Ayyub di tempat pembuangan sampah dan kotoran.

(v) Tidak ada orang yang mengasihani Nabi Ayyub dan bersimpati dengannya selain isterinya.

(vi) Isteri Ayyub telah menghadapi banyak sekali cabaran, dugaan dan kesengsaraan semasa menjaga Nabi Ayyub dalam penderitaannya.

(vii) Kudis-kudis ditubuh Nabi Ayyub dikatakan berulat.

(viii) Nabi Ayyub dikatakan sentiasa dikerumuni serangga dan binatang-binatang melata. Pebangkai (binatang-binatang yang memakan bangkai binatang lain seperti anjing, serigala dan lain-lain) juga dikatakan sentiasa mengintai peluang untuk menggonggong tubuh Nabi Ayyub.

(ix) Menurut riwayat as-Suddi (seorang pendusta besar), penyakit kulit yang dideritai Nabi Ayyub itu telah membuatkan daging di tubuhnya menjadi reput dan tanggal sedikit demi sedikit sehingga akhirnya yang tinggal hanyalah tulang-tulang dan urat-urat sahaja.

00:09:43 ] – KOMENTAR

Apa yang tersebut di dalam riwayat-riwayat Israiliyyat tentang kisah penderitaan Nabi Ayyub itu sebenarnya bercanggah sama sekali dengan `aqidah Islam tentang para nabi dan rasul Allah. Menurut `aqidah Islam para nabi dan rasul juga manusia. Apa yang berlaku kepada orang lain sebagai manusia boleh juga berlaku kepada mereka selagi ia tidak haram. Cuma yang mustahil ada pada mereka atau berlaku kepada mereka ialah penyakit-penyakit yang mengaibkan atau keadaan-keadaan yang menghalang orang ramai mendekati mereka. Penyakit-penyakit seperti gila, kusta, buta dan lain-lain tidak mungkin berlaku kepada para nabi dan rasul, kerana ia merupakan penyakit-penyakit yang akan menghalang mereka daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebaik mungkin. Masyarakat pula tentu sekali menganggap orang-orang yang mengalami penyakit-penyakit seperti itu sebagai tidak sempurna. Keadaan ini akan akan membuatkan orang ramai menjauhkan diri dari mereka. Sebagai akibatnya, tidak sempurnalah hujah Allah terhadap manusia. Antara yang tercatat di dalamnya ialah mustahil berlaku kepada para nabi dan rasul itu penyakit gila. Kerana ia adalah suatu kekurangan. Sama seperti gila, penyakit-penyakit lain seperti kusta, sopak, buta dan lain-lain penyakit yang membuatkan manusia menjauhkan diri daripada pengidapnya. Adapun hikayat-hikayat yang tersebar di kalangan orang ramai tentang Nabi Ayyub mengalami penyakit kulit yang menyayat hati, semuanya karut semata-mata.

VIDEO PENUH ASAL –

i. https://youtu.be/XeaLYKFkFMk

ii. https://youtu.be/BuD-m3Ez48s

iii. https://youtu.be/mPdx25lnkAw

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 2]  – Hadith Yang Tidak Sesuai Dan Tidak Layak Dengan Kedudukan Dan Mengaibkan Nabi Kita s.a.w.

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 14m 45s] –[DIRAYAH] Hadis Palsu – Hadis Yang Tidak Sesuai Dan Tidak Layak Dengan Kedudukan & Mengaibkan Nabi

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/4PARHiHKxng ]

USUL DIRAYAT HADITH KEDUA – Hadith-hadith yang tidak sesuai dan tidak layak dengan kedudukan Nabi kita s.a.w. dan mengaibkan Baginda

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH TIDAK SESUAI DAN TIDAK LAYAK DENGAN KEDUDUKAN NABI KITA S.A.W DAN MENGAIBKAN BAGINDA

1. [ 00:00:22 ] –  HADITH PALSU PERTAMA

Nabi s.a.w. dikatakan telah bermalam di rumah Ummu Haani’ pada malam Isra Mi’raj sebelum Baginda dibawa mengembara ke Baitul Maqdis dan seterusnya ke langit.

Ibnu Ishaq berkata, “Antara kisah yang sampai kepada saya daripada Ummu Haani’ binti Abi Thalib berhubung dengan Israa’ Rasulullah s.a.w. ialah beliau menceritakan, “Rasulullah s.a.w. tidak diisra’kan melainkan ketika Baginda s.a.w. berada di rumahku. Baginda s.a.w. tidur di sampingku pada malam itu di rumahku. Mula-mula Baginda s.a.w. bersembahyang Isya’ kemudian tidur. Kami pun turut tidur. Sebelum fajar Rasulullah telah pun mengejutkan kami lalu bersembahyang subuh. Kami pun bersembahyang bersamanya”.

Setelah itu Rasulullah bersabda, “Wahai Ummu Haani’! Malam tadi saya telah bersembahyang bersama kamu seperti yang kamu tahu di wadi ini. Selepas itu saya pergi ke Baitul Maqdis dan bersembahyang di sana dan sekarang saya bersembahyang Subuh bersama kamu seperti yang kamu saksikan”. Setelah itu Rasulullah s.a.w. bangkit untuk keluar. Aku pun memegang hujung selimut Baginda s.a.w., maka tersingkap perut Nabi s.a.w. bagaikan kain qibti yang berlipat lalu aku pun berkata kepada Baginda s.a.w, “Wahai Nabiyallah! Janganlah engkau ceritakan perkara ini kepada orang ramai, nanti mereka akan mendustakan engkau dan menyakitimu.” Baginda s.a.w. berkata, “Demi Allah! Aku tetap akan menceritakannya kepada mereka.” Ummu Haani’ berkata, “Aku pun memerintahkan seorang sahaya perempuanku berketurunan Habsyi, “Eh! Ikutlah Rasulullah s.a.w. supaya engkau dapat mendengar apa yang disampaikannya kepada orang ramai dan apa pula reaksi mereka terhadap keterangan Baginda itu.” (Dan seterusnya…….).

Bila Rasulullah s.a.w. keluar kepada orang ramai, Baginda s.a.w. terus menceritakan kepada mereka. Mendengar cerita Baginda s.a.w. itu, mereka kehairanan lalu bertanya, “Apakah bukti kepada keteranganmu wahai Muhammad? Sesungguhnya kami tidak pernah mendengar cerita seumpama ini……”

[ 00:00:40 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA


Kisah yang dikemukakan oleh Ibnu Ishaq di dalam riwayat ini memuatkan banyak perkara yang menunjukkan kepalsuannya. Riwayat ini benar-benar tidak sesuai dengan kedudukan Nabi kita Muhammad s.a.w. dan mengaibkan Baginda, kerana,

a) Rasulullah s.a.w. dikatakan telah bermalam di rumah musuh ketatnya Hubairah, suami Ummu Haani’ dan telah berlaku adegan-adegan romantis di antara Baginda dengan Ummu Haani’ binti Abi Thalib.

b) Ummu Haani’ yang dikatakan bersembahyang Isya’ dan Subuh berjemaah bersama Nabi sebenarnya masih belum memeluk agama Islam pada ketika itu.

c) Ibadat solat yang diperintahkan kepada Nabi diturunkan pada malam Isra’ Mi’raj itu dan kemudiannya diajar oleh malikat Jibril; bagaimana Nabi mendirikannya sebelum diajar oleh Jibril a.s.?

2. [ 00:08:04 ] – HADITH PALSU KEDUA 

Maksudnya: Hisyam bin `Urwah berkata, “Rasulullah s.a.w. telah mendapat dua orang anak lelaki dengan Khadijah semasa di Mekah iaitu `Abdul `Uzza dan al-Qasim. Kedua-duanya meninggal dunia sebelum Islam (sebelum Nabi kita Muhammad s.a.w. dilantik menjadi Rasul)” .

00:08:10 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

Berdasarkan riwayat ini Nabi s.a.w. telah melakukan perbuatan syirik dengan menamakan anaknya ‘Abdul Uzza. Ini adalah kerana `Uzza adalah nama satu berhala yang disembah oleh orang-orang kafir Quraisy. `Abdul ‘Uzza bererti hamba `Uzza.

3. [ 00:10:20 ] – HADITH PALSU KETIGA

Bermaksud: “Wahyu tidak turun lagi untuk beberapa lama hingga Nabi s.a.w. menurut berita yang sampai kepada kami – dirundung kesedihan yang membuatkan beliau berulang kali ingin terjun dari atas puncak bukit. Setiap kali beliau berada di puncak bukit untuk mencampakkan diri, Jibril menampakkan diri kepada beliau lalu berkata, “Wahai Muhammad, sesungguhnya engkau benar-benar seorang utusan Allah.” Mendengar itu, hati dan jiwa beliau tenang dan beliau pun pulang. Lantas bila wahyu kembali berhenti lama, beliau melakukannya lagi. Dan ketika beliau telah berada di puncak bukit, Jibril menampakkan diri lalu berkata seperti di atas.”

[ 00:10:33 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

a) Perbuatan membunuh diri adalah satu dosa besar menurut Islam. Amat mustahil Nabi s.a.w. cuba melakukan dosa besar seperti ini.

b) Terdapat ayat al-Quran dan hadith dari Nabi s.a.w. sendiri yang melarang dan memberi ancaman kepada mereka yang membunuh diri.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/oAIN4Uazo6E

[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 1] – Hadith bercanggah dengan kebesaran Allah s.w.t. dan menyerupakan-Nya dengan makhluk seperti berjisim (berkaifiyat dan sebagainya, kecuali apa yang tersebut di dalam al-Quran dan tsabit di dalam hadith sahih) adalah hadith palsu. (Video – Hadith Bercanggah Dengan Kebesaran Allah)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 8m 35s] – [RINGKAS – USUL DIRAYAT] – Hadith Palsu – Usul No 1 – Hadith Bercanggah Dengan Kebesaran Allah

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/mw7THG840OU ]

USUL DIRAYAT HADITH PERTAMA – Hadith-hadith yang bercanggah dengan kebesaran Allah s.w.t. dan menyerupakan-Nya dengan makhluk seperti berjisim (berkaifiyat dan sebagainya, kecuali apa yang tersebut di dalam al-Quran dan tsabit di dalam hadith sahih) adalah hadith palsu. Setelah diitsbatkan, ia sama ada di”tafwidh”kan (diserahkan hakikat maknanya kepada Allah) atau di”ta’wil”kan, jika ada ruang-ruang dan alasan-alasan yang kukuh membolehkannya dita’wil, disamping diyakini bahawa Allah tidak menyerupai sesuatu apa pun daripada makhluk-Nya.

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH BERCANGGAH DENGAN KEBESARAN ALLAH S.W.T. DAN MENYERUPAKAN-NYA DENGAN MAKHLUK SEPERTI BERJISIM (BERKAIFIYAT DAN SEBAGAINYA, KECUALI APA YANG TERSEBUT DI DALAM AL-QURAN DAN TSABIT DI DALAM HADITH SAHIH) ADALAH HADITH PALSU

1. [ 00:01:18 ] – HADITH PALSU PERTAMA

Maksudnya: Sesungguhnya Ibnu `Umar telah menghantar seseorang kepada Ibnu `Abbaas untuk bertanya beliau begini: “Adakah (Nabi) Muhammad s.a.w. telah melihat Tuhannya?” Ibnu `Abbaas menjawab: “Ya. Baginda telah melihat-Nya (duduk) di atas kerusi emas yang dipikul oleh empat malaikat. Yang pertama dalam rupa seorang lelaki, yang kedua dalam rupa singa, yang ketiga dalam rupa lembu jantan dan yang keempat dalam rupa burung nasar di dalam sebuah bilik hijau berhamparkan emas”.

KOMENTAR [ Sila Rujuk Perbincangan: https://www.youtube.com/watch?v=6juuU7dQiQI&t=1685s ]

(a) Riwayat ini termasuk di dalam senarai “tafarrudaat” Ibnu Ishaq, iaitu riwayat yang hanya dikemukakan oleh Ibnu Ishaq seorang sahaja. Berdasarkan riwayat-riwayat seperti inilah para `ulama’ telah menganggap Ibnu Ishaq sebagai seorang pendusta dan seorang “mujassimah”. Sedia dimaklumi bahawa “tafarudaat” Ibnu Ishaq tidak diterima dan tertolak, tidak boleh dipakai dan dipertanggungjawabkan.

(b) Ia juga “munqathi’ ” (terputus sanadnya) kerana dalam riwayat ini tidak diketahui siapakah yang dihantar oleh Ibnu `Umar untuk pergi bertanya kepada Ibnu `Abbaas.

(c) Riwayat ini jelas menyerupakan Allah dengan makhluk. Padahal Allah telah berfirman tentang diri-Nya di dalam al-Quran, bermaksud: .”Tiada suatu pun yang serupa dengan Nya.” (Surah as-Syura, Ayat 11) dan ayat al-Quran bermaksud: “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya” (Surah al-Ikhlas, Ayat 4). Maka adalah jelas palsunya riwayat ini kerana ianya bercanggah dengan keterangan al-Quran.

(d) Riwayat-riwayat seperti ini tentunya hasil rekaan golongan “Mujassimah” (mempercayai Allah berjisim) dan “Musyabbihah” (mempercayai Allah menyerupai makhluk-Nya).

2. 00:03:57 – HADITH PALSU KEDUA

Maksudnya: Ibnu `Abbaas meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah turun pada tiap-tiap malam Jumaat ke dunia bersama enam ratus ribu malaikat. Dia duduk di atas kerusi daripada cahaya. Dihadapannya ada sekeping lauh daripada yaqut (permata delima) merah. Di dalamnya tercatat nama-nama orang yang mengisbatkan ru’yah (dapat melihat ‘Allah), kaifiyat (Allah) dan shurah (rupa bentuk Allah) dari kalangan umat Muhammad s.a.w. Maka Allah berbangga dengan mereka kepada para malaikat seraya berkata: “Mereka inilah hamba-hamba-Ku yang tidak mengingkari sifat-sifat-Ku dan menegakkan sunnah Nabi-Ku. Mereka tidak takut kerana-Ku celaan yang yang mencela. Aku jadikan kamu wahai para malaikat-Ku sebagai saksi: “Demi kemuliaan-Ku dan kebesaran-Ku, pasti Aku akan memasukkan mereka ke dalam syurga tanpa hisab”.

KOMENTAR [Sila Rujuk Perbincangan: https://www.youtube.com/watch?v=6juuU7dQiQI&t=2870s ]

Imam Ibnu al-Jauzi mengulas: “Hadith ini maudhu’. Semoga Allah melaknat perekanya dan tidak mengasihaninya, kerana dia adalah seorang yang paling hina dari kalangan golongan Musyabbihah dan paling jelik kepercayaannya. Saya percaya perkara seumpama ini tidak akan dinyatakan kecuali oleh pelampau-pelampau Musyabbihah yang tidak pernah duduk bersama mana-mana orang `alim. Hadits ini adalah hasil rekaan Abi as-Sa’adaat. Sesungguhnya dia dikatakan berfahaman sesat, suka bergaul dengan orang-orang yang tidak dikenali sebagai tokoh dalam agama dan tidak mengambil berat tentang agama. Dia telah mencipta seorang peribadi yang bernama al-Karukhi dan mengemukakan namanya. Pada hal al-Karukhi seorang yang langsung tidak dikenali tokoh-tokoh hadith. Allah sesungguhnya telah memelihara orang-orang seperti al-Thabaraani (Nota: al-Thabaraani ditohmah mengemukakan hadith ini) dan juga perawi-perawi di atasnya daripada mengemukakan hadith-hadith seperti ini”.

3. 00:07:28 –  HADITH PALSU KETIGA

Maksudnya: “Aku telah melihat Tuhanku di Mina menaiki unta kelabu. Dia memakai jubah daripada bulu bebiri di hadapan orang ramai”

KOMENTAR [Sila Rujuk Perbincangan: https://www.youtube.com/watch?v=6juuU7dQiQI&t=3550s ]

Mulla `Ali al-Qari berkata, “Hadith ini maudhu, tiada asalnya.”

Imam adz-Dzahabi menceritakan , “Kata Abu al-Qasim Ibnu `Asaakir, orang yang dituduh mereka hadith ini ialah al-Ahwaazi. Abu al-Fadlh Ibnu Khairuun menganggapnya sebagai seorang yang lemah. Hafiz `Abdullah bin Ahmad as-Samarqandi berkata: “Hafiz Abu Bakar al-Khathib mengatakan dia seorang pendusta besar dalam hadith dan qira’at kedua-dua sekali”.

Ibnu `Asaakir di dalam “Tabyiin Kazibi al-Muftari” menulis: “Tidak hairanlah jika orang jahil pun mendustakan apa saja cerita yang dikemukakan oleh al-Ahwaazi ini, kerana dia adalah antara yang paling pembohong dalam mengemukakan riwayat-riwayat qira’atnya.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/6juuU7dQiQI