[MUQADDIMAH] – Siri 2 – Ancaman Keras Berdusta Atas Nama Rasulullah s.a.w. [VIDEO TEMATIK HADITH]

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 15m 50s] – [MUQADDIMAH- Siri 2] Ancaman Keras Berdusta Atas Nama Rasulullah s.a.w. [VIDEO TEMATIK HADITH]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/ypd1PnjYFQU ]

Video penuh asal –    • Sesi 9 – Ancaman Keras Berdusta Atas Nama …  

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH

باب فِي التَّحْذِيرِ مِنَ الْكَذِبِ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا غُنْدَرٌ، عَنْ شُعْبَةَ، ح وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، وَابْنُ، بَشَّارٍ قَالاَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ مَنْصُورٍ، عَنْ رِبْعِيِّ بْنِ حِرَاشٍ، أَنَّهُ سَمِعَ عَلِيًّا، – رضى الله عنه – يَخْطُبُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ لاَ تَكْذِبُوا عَلَىَّ فَإِنَّهُ مَنْ يَكْذِبْ عَلَىَّ يَلِجِ النَّارَ ‏”‏ ‏.

Hadith Pertama – Daripada Rib’iy ibn Hirash, bahawa dia mendengar Ali r.a. berkhutbah, Ali berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Janganlah kalian berdusta atas namaku kerana sesungguhnya orang yang berdusta atas namaku maka akan masuk neraka”

وَحَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، – يَعْنِي ابْنَ عُلَيَّةَ – عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ صُهَيْبٍ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنَّهُ قَالَ إِنَّهُ لَيَمْنَعُنِي أَنْ أُحَدِّثَكُمْ حَدِيثًا كَثِيرًا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ مَنْ تَعَمَّدَ عَلَىَّ كَذِبًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ ‏ -“‏ ‏.‏.

Hadith Kedua – Daripada Abdul Aziz Bin Suhaib dari Anas bin Malik bahawa dia berkata: Sesungguhnya saya terhalangi meriwayatkan banyak hadith oleh sebab Rasulullah s.a.w. ada bersabda, “Barangsiapa yang sengaja berdusta atas namaku, maka hendaklah ia menempati tempat duduknya di neraka”

وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدٍ الْغُبَرِيُّ، حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ، عَنْ أَبِي حَصِينٍ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ ‏”‏ ‏.‏

Hadith Ketiga – Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Barangsiapa yang sengaja berdusta atas namaku, nanti dia telah menempah tempatnya di neraka”.

[RINGKASAN] Ancaman Keras Berdusta Atas Nama Rasulullah s.a.w

SELAYANG PANDANG

1. Tujuan utama hadith ini ialah untuk mengingatkan orang yang ingin meriwayatkan hadith supaya pastikan hadith yang ingin diriwayatkan adalah benar-benar hadith.

2. Dosa berdusta atas nama Nabi adalah amat besar dan balasannya adalah neraka.

3. Berdusta atas nama Nabi walaupun niatnya baik sama saja hukumnya dengan yang berniat jahat.

4. Berbohong bermimpi Nabi pun dianggap berdusta atas nama Rasulullah s.a.w.

5. Hadith ini adalah hadith mutawatir. Ianya diriwayatkan oleh ramai Sahabat Nabi termasuk oleh Sahabat Sepuluh yang dijamin syurga. Oleh itu kita tidak boleh bermudah-mudah dalam meriwayatkan hadith.

6. Disebabkan hadith ini, Sahabat Nabi seperti Zubair bin Awwam meriwayatkan sedikit sekali hadith kerana takut tersilap. Begitu juga ramai Sahabat-sahabat yang meriwayatkan hadith berdasarkan makna yang difahami dari sabda Nabi, bukan patah-patah perkataan yang diucapkan oleh Baginda. .

PENGAJARAN DARI HADITH

1. Kerana ianya hadith mutawatir, seseorang boleh rosak akidahnya, jika menolak hadith ini.

2. Maksud “dusta” ialah menceritakan sesuatu tidak mengikut keadaan yang sebenarnya, tidak kira sama ada ianya disengajakan atau tidak.

3. Jika tidak disengajakan, berdusta atas nama Nabi tidak dikira berdosa.

4. Hadith ini menyatakan besarnya dosa berdusta atas nama Nabi dengan sengaja. Seseorang tidak menjadi kafir jika hanya berdusta atas nama Nabi tetapi menjadi kafir sekiranya mengangap berdusta itu halal. Orang yang mengada-ngadakan, menyebar dan mengamalkan dengan sengaja perkara dusta atas nama Nabi akan menjadi fasiq walaupun hanya sekali melakukan perbuatan tersebut.

5. Orang yang mendakwa bermimpi Nabi tetapi sebenarnya tidak bermimpi juga disifatkan sebagai berdusta atas nama Nabi. Tetapi dia tidak dianggap berdusta jika bermimpi berjumpa Nabi bukan dalam rupa seperti apa yang digambarkan di dalam hadith.

6. Orang yang pernah berdusta atas nama Nabi tidak diterima hadith yang diriwayatkannya selama-lamanya kecuali dia benar-benar bertaubat dan mendedahkan serta menarik balik hadith-hadth yang direkanya dahulu.

7. Sama sahaja hukumnya berdusta dalam perkara-perkara yang berkaitan hukum atau yang tidak berkait dengan hukum seperti cerita-cerita sirah. Adalah tidak benar boleh berlebih kurang dalam meriwayatkan sirah Nabi kerana riwayat dusta akan membentuk persepsi buruk manusia terhadap Nabi. Begitu juga kedudukannya dalam hal-hal “targhib” (motivasi) dan “tarhib” (ancaman) atau berkaitan nasihat-nasihat.

8. Tidak boleh berdusta atas Nabi walaupun tidak menyebabkan orang lain menjadi sesat.

9. Sesorang yang berat sangkaannya bahawa sesuatu perkara berkaitan Nabi itu dusta tetapi masih menyebarkannya adalah termasuk dalam golongan yang berdusta atas nama Nabi. Oleh itu perlulah dipastikan sesuatu maklumat itu sahih sebelum disebarkan.

10. Untuk riwayat dhaif, kita perlu menggunakan ungkapan yang menunjukkan ianya tidak terjamin kesahihannya seperti “diriwayatkan”, “dikatakan”, “tersebut” atau “kononnya”.

11. Seseorang yang ingin meriwayatkan hadith perlu mempunyai ilmu yang cukup dalam bidang nahu, lughah, asma’ al-rijal dll untuk membolehkannya menilai sesuatu hadith.

12. Bila tidak jelas atau keliru pada sesuatu lafaz, atas dasar syak, hendaklah kita menyebut “au kama qaala” (yang bermaksud, “atau lebih kurang begitulah apa yang dikatakan oleh Nabi s.a.w.”). Begitu juga jika sesuatu hadith itu diriwayatkan berdasarkan makna (bukan lafaz yang tepat).

[MUQADDIMAH]- Siri 1 – Wajibnya Meriwayatkan Hadith Dari Orang Yang Thiqah [VIDEO TEMATIK HADITH]

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 8m 16s] – [MUQADDIMAH- Siri 1] – Wajibnya Meriwayatkan Hadith Dari Orang Yang Thiqah [VIDEO TEMATIK HADITH]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/DYkOQUY37C4 ]

Video penuh asal –    • Sesi 8 – Wajibnya Meriwayatkan Hadith Dari…  

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH

باب وُجُوبِ الرِّوَايَةِ عَنِ الثِّقَاتِ، وَتَرْكِ الْكَذَّابِينَ

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ شُعْبَةَ عَنِ الْحَكَمِ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي لَيْلَى عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدَبٍ. (ح) وَحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ أَيْضًا حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ شُعْبَةَ وَسُفْيَانَ عَنْ حَبِيبٍ عَنْ مَيْمُونِ بْنِ أَبِي شَبِيبٍ عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالاَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَلِكَ.

Bab – Wajibnya Meriwayatkan Hadith Dari Orang-orang Yang Thiqah Barang siapa yang menyampaikan sesuatu hadith dariku yang mana dia BERASA (versi lain: YAKIN) apa yang diceritakannya itu adalah satu dusta maka dia termasuk antara orang-orang yang berdusta.

RINGKASAN SYARAH

1. Kita tidak boleh meriwayatkan sesuatu hadith jika kita syak (atau yakin) bahawa ianya adalah dusta. Hadith-haditn Nabi adalah termasuk dalam urusan agama di mana kita tidak boleh bermudah-mudah walaupun dengan niat baik untuk menakut-nakutan orang dari melakukan maksiat.

2. Di era teknologi internet ini, fenomena penyebaran hadith palsu berlaku dengan berleluasa. Ini adalah kerana sikap yang tidak berhati-hati dalam meriwayatkan hadith atau jahil terhadap ilmu hadith. Amat mendukacitakan kerana hadith-hadith palsu ini disebarkan juga oleh mereka yang dianggap alim yang menjadi rujukan orang ramai di institusi-institusi agama.

3. Seseorang yang ingin menyebarkan sesuatu hadith wajib mampu untuk membezakan di antara hadith sahih dan hadith palsu. Jika dia tidak jelas tentang status sesuatu hadith, adalah lebih baik untuk tidak menyebarkannnya.

4. Dalil dari al-Quran supaya menyemak kesahihan sesuatu hadith ialah ayat 6, Surah Hujuraat yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”.

5. Kita perlu ingat bahawa tidak semua perawi yang ada di dalam kitab-kitab adalah benar dan baik. Kita hendaklah merujuk kepada penilaian oleh ulama’-ulama’ hadith contohnya, seperti yang dibincangkan dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadth-hadith palsu. Disamping itu pengajian hadith secara sistematik amatlah penting.

6. Banyak hadith-hadith palsu seperti amalan di malam Nisfu Syaaban, kelebihan puasa Rejab dsb. tersebar di dalam masyarakat dan ianya diamalkan oleh orang awam. Mereka sebenarnya dianiaya dengan diberi harapan palsu ganjaran-ganjaran pahala dan kelebihan yang tidak wujud.