[THAHARAH ]-Siri 3-Hendaklah Mencari Tempat Yang Sesuai Untuk Buang Air Kecil [VIDEO TEMATIK HADITH]

VIDEO – [Durasi – 4m 35s] – [THAHARAH ]-Siri 3-Hendaklah Mencari Tempat Yang Sesuai Untuk Buang Air Kecil [VIDEO TEMATIK HADITH]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/AldUIq5f89w ]

Video penuh asal –    • Sesi 1 – Bersembunyi Ketika Mahu Buang Air…   – (Sunan Abi Daud – Kitab Thaharah)

[ KOLEKSI [ VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-… ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH

باب الرَّجُلِ يَتَبَوَّأُ لِبَوْلِهِ

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، حَدَّثَنَا حَمَّادٌ، أَخْبَرَنَا أَبُو التَّيَّاحِ، حَدَّثَنِي شَيْخٌ، قَالَ لَمَّا قَدِمَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبَّاسٍ الْبَصْرَةَ فَكَانَ يُحَدَّثُ عَنْ أَبِي مُوسَى، فَكَتَبَ عَبْدُ اللَّهِ إِلَى أَبِي مُوسَى يَسْأَلُهُ عَنْ أَشْيَاءَ، فَكَتَبَ إِلَيْهِ أَبُو مُوسَى إِنِّي كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ذَاتَ يَوْمٍ فَأَرَادَ أَنْ يَبُولَ فَأَتَى دَمِثًا فِي أَصْلِ جِدَارٍ فَبَالَ ثُمَّ قَالَ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ إِذَا أَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يَبُولَ فَلْيَرْتَدْ لِبَوْلِهِ مَوْضِعًا ‏”‏ ‏.‏

Hendaklah Seseorang Itu Mencari Tempat Yang Sesuai Untuk Buang Air Kecil .

Bila Abdullah bin Abbas datang ke Basrah…Abdullah pun menulis surat kepada Abu Musa bertanya kepadanya tentang beberapa perkara. Abu Musa menjawab suratnya dengan berkata: Pada suatu hari saya bersama Rasulullah s.a.w. Rasulullah hendak buang air kecil. Dia pun pergi ke tempat yang lembut di bahagian bawah dinding (suatu bangunan). Baginda pun buang air kecil di situ. Kemudian Baginda bersabda, “Bila seseorang dari kamu mahu buang air kecil maka hendaklah dia mencari tempat yang sesuai untuk buang air kecilnya”.

[RINGKASAN] Hendaklah Seseorang Itu Mencari Tempat Yang Sesuai Untuk Buang Air Kecil

1. Sebagaimana untuk membuang air besar, Islam mengajar juga adab-adab untuk membuang air kecil. Walaupun begitu, ianya tidak diberi tekanan sekuat buang air besar di mana perlu pergi jauh dari orang ramai (atau dalam keadaan tersembunyi). Untuk membuang air kecil kita dikehendaki mencari tempat yang sesuai. Antara sebabnya ialah supaya air kencing tidak memercik dan menajiskan badan dan pakaian kita.

2. Nabi s.a.w. mengingatkan kita supaya mencari tempat yang sesuai untuk buang air kecil. Contohnya, di zaman Nabi, tempat yang sesuai ialah di tanah yang lembut, sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith ini. Tempat yang sesuai boleh berubah mengikut zaman dan teknologi. Yang pentingnya ia perlu menepati kehendak sunnah (roh sunnah) iaitu melindungi badan dan pakaian kita dari percikan air kencing yang najis, yang mana, jika terkena najis nescaya solat kita tidak sah.

3. Hadith ini adalah suatu hadith yang lemah disebabkan ada seorang perawi dalam sanadnya yang tidak dikenali. Hadith lemah tidak boleh dijadikan landasan hukum. Walaupun begitu, terdapat banyak hadith lain yang sahih atau “hasan” yang menyokong makna hadith ini. Oleh itu, walaupun sanadnya lemah, isi kandungannya boleh diamalkan berdasarkan hadith lain yang sahih.

4 Walaupun hadith ini menyebut Nabi s.a.w buang air kecil di atas tanah yang lembut, apa yang dimaksudkan ialah tempat yang sesuai. Kita tidak perlu terikat dengan lafaz hadith tetapi hendaklah memahami kehendak (roh) sunnah, iaitu suatu tempat di mana air kencing tidak terpercik. Kalau di zaman ini, bekas-bekas khas untuk buang air kecil (urinal) boleh dikatakan “tempat yang sesuai” untuk membuang air kecil.

[THAHARAH ]- Siri 2 – Bersembunyi (Pergi Ke Tempat Jauh) Bila Ingin Buang Air [VIDEO TEMATIK HADITH]

VIDEO – [Durasi – 8m 22s] – [THAHARAH ]- Siri 2 – Bersembunyi (Pergi Ke Tempat Jauh) Bila Ingin Buang Air [VIDEO TEMATIK HADITH]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Pys8OLPr01k ]

Video penuh asal –    • Sesi 1 – Bersembunyi Ketika Mahu Buang Air…   – (Sunan Abi Daud – Kitab Thaharah)

[KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH

باب التَّخَلِّي عِنْدَ قَضَاءِ الْحَاجَةِ

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ بْنِ قَعْنَبٍ الْقَعْنَبِيُّ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ، – يَعْنِي ابْنَ مُحَمَّدٍ – عَنْ مُحَمَّدٍ، – يَعْنِي ابْنَ عَمْرٍو – عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا ذَهَبَ الْمَذْهَبَ أَبْعَدَ ‏.‏ حَدَّثَنَا مُسَدَّدُ بْنُ مُسَرْهَدٍ، حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ، أَخْبَرَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ عَبْدِ الْمَلِكِ، عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا أَرَادَ الْبَرَازَ انْطَلَقَ حَتَّى لاَ يَرَاهُ أَحَدٌ ‏.‏

Bersembunyi (Pergi Ke Tempat Jauh) Bila Ingin Buang Air .

Hadith Pertama – Iman Abu Daud meriwayatkan daripada Mughirah ibn Shu’bah katanya Nabi s.a.w. bila hendak buang air dia pergi jauh. Hadith Kedua – Iman Abu Daud meriwayatkan daripada Jabir Bin Abdillah katanya Nabi s.a.w. bila hendak buang air besar Baginda akan berjalan sehingga tiada sesiapapun nampak Baginda.

[RINGKASAN] Bersembunyi (Pergi Ke Tempat Jauh) Bila Ingin Buang Air

1. Di dalam kitab Sunan Abi Daud, “qadha hajat” (buang air) adalah perkara pertama yang dibincangkan dalam bab bersuci. Maksud sebenar dari perbincangan ini ialah untuk membolehkan sembahyang (dan ibadat seumpamanya) ditunaikan. Seseorang perlu bersuci dan mengambil air sembahyang selepas dari buang air.

2. Perbuatan buang air adalah sama di kalangan manusia, tetapi bezanya antara kita dengan orang kafir ialah adab-adabnya yang ditetapkan oleh agama. Antara adab buang air ialah bersendirian (tidak buang air bersama orang lain) dan bersembunyi di tempat yang tiada orang.

3. Nabi s.a.w. pergi ke tempat yang jauh dari orang ramai bila hendak buang air. Beginilah keadaan di awal zaman Nabi di mana tiada kemudahan tandas. Tetapi kemudiannya Nabi s.a.w. dan Sahabat-Sahabat membina tandas di dalam rumah dan tidak perlu lagi keluar ke tempat sunyi untuk buang air. Dari sini kita dapat simpulkan bahawa yang dikehendaki ialah kita terlindung dari pandangan orang ramai ketika membuang air dan kita hendaklah berusaha menyediakan tempat khas untuk buang air.

4. Tujuan tandas dibina ialah untuk melindungi dari pandangan manusia dan menyembunyikan bau dan bunyi yang menjijikkan. Walaupun hadith menyebut Nabi pergi jauh untuk buang air, tandas tidak perlu dibina jauh dari rumah. Kita perlu memahami maksud sebenar dari sunnah dan perbuatan Nabi ini dan inilah yang disebut “roh sunnah”.

5. Memahami “roh sunnah” (maksud sebenar sunnah Nabi) adalah penting dalam menghayati agama. Contohnya, semasa berhijrah dari Mekah ke Madinah Nabi menaiki unta. Nabi boleh saja berjalan kaki ke Madinah tetapi Baginda menaiki unta kerana unta pada masa itu adalah kenderaan yang paling cepat dan selamat. Jika kita hidup di zaman ini, menaiki unta bukanlah pilihan yang tepat untuk perjalanan dari Mekah ke Madinah walaupun Nabi sendiri menaiki unta. Sesiapa yang memahami “roh sunnah” akan faham bahawa Nabi membuat pilihan terbaik atas dasar cepat, selamat dan kesesuaiannya. Memahami “roh sunnah” adalah penting dalam menerapkan hadith-hadith dan sunnah Nabi dalam kehidupan kita.

6. Nabi yang pergi bersendirian untuk buang air mengisyaratkan bahawa kita dilarang buang air beramai-ramai atau bercakap-cakap semasa buang air.

7. Ada ulama’ yang mengatakan najis Nabi ditelan bumi semasa buang air dan perbuatan Baginda yang pergi jauh untuk buang air adalah hanya untuk menunjukkan contoh dan mengajar umatnya. Tetapi pendapat ini dibantah oleh segolongan ulama’. Pendapat ulama’ golongan kedua ini ialah Nabi adalah sebagaimana manusia biasa, perlu buang air dan sisa buangannya adalah najis.

[THAHARAH]- Siri 1 – Ucapan Bila Seseorang Masuk Tandas [VIDEO TEMATIK HADITH]

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 7m 51s] – [HADITH – FIQH – THAHARAH ]- Siri 1- Ucapan Bila Seseorang Masuk Tandas

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/TEg0VFikikA ]

Video penuh asal –    • Sesi 2 – Apa Yang Diucapkan  Bila  Masuk K…  

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH

بَابُ مَا يَقُولُ الرَّجُلُ إِذَا دَخَلَ الْخَلَاءَ 4 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدُ بْنُ مُسَرْهَدٍ، حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ، وَعَبْدُ الْوَارِثِ، عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ صُهَيْبٍ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْخَلَاءَ قَالَ: عَنْ حَمَّادٍ قَالَ: «اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ» وَقَالَ: عَنْ عَبْدِ الْوَارِثِ قَالَ: «أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ» قَالَ أَبُو دَاوُدَ: رَوَاهُ شُعْبَةُ، عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ: ” اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ “، وَقَالَ مَرَّةً: ” أَعُوذُ بِاللَّهِ “، وَقَالَ وُهَيْبٌ: ” فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ “ 5 – حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَمْرٍو يَعْنِي السَّدُوسِيَّ، حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ شُعْبَةَ، عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ هُوَ ابْنُ صُهَيْبٍ، عَنْ أَنَسٍ بِهَذَا الْحَدِيثِ، قَالَ: «اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ» وَقَالَ شُعْبَةُ: وَقَالَ مَرَّةً: «أَعُوذُ بِاللَّهِ» 6 – حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ مَرْزُوقٍ، أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنِ النَّضِرِ بْنِ أَنَسٍ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ” إِنَّ هَذِهِ الْحُشُوشَ مُحْتَضَرَةٌ، فَإِذَا أَتَى أَحَدُكُمُ الْخَلَاءَ فَلْيَقُلْ: أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ “

Bab – Apa Yang Diucapkan Oleh Seseorang Bila Dia Masuk Ke Tempat Buang Air

4. Imam Abu Daud meriwayatkan daripada Anas bin Malik, katanya, Rasulullah s.a.w. bila mahu masuk ke tempat buang air, (dia berkata sebagai meriwayatkan daripada Hammad), Nabi s.a.w bersabda: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ (Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganmu”). (Dia berkata, sebagai meriwayatkan daripada Abdul Warith) Nabi s.a.w. bersabda: أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ (Aku berlindung dengan Allah dari syaitan-syaitan jantan dan syaitan-syaitan betina).

5. Imam Abu Daud meriwayatkan lagi hadith ini daripada Anas, katanya, اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ . Syu’bah berkata, dia (Abdul Aziz) berkata, satu kali dia berkata: أَعُوذُ بِاللَّهِ . Wahid berkata (sebagai meriwayatkan daripada Abdul Aziz), “Hendaklah dia (seseorang) yang mahu masuk ke tempat buang air, maka hendaklah dia berlindung dengan Allah”. .

6. Imam Abu Daud meriwayatkan daripada Zaid bin Arqam daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya, “Sesungguhnya tandas-tandas ini dihadiri. Bila seseorang dari kamu mahu masuk ke tempat buang air maka hendaklah dia mengucapkan: أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ (Aku berlindung dengan Allah dari syaitan-syaitan jantan dan syaitan-syaitan betina).

RINGKASAN

1. Bila memasuki tandas, Nabi s.a.w. menyuruh kita berlidung dari syaitan jantan dan syaitan betina kerana tandas-tandas itu dihadiri oleh mereka. Dalam satu hadith dhaif dalam Sunan at-Tirmizi, disebutkan syaitan-syatan akan mengintai manusia yang masuk ke dalam tandas. Jika kita membaca doa seperti yang disebutkan Nabi, syaitan tidak akan nampak kita. Walaupun begitu, hadith at-Tirmizi ini dhaif, tidak boleh dijadikan sebagai pegangan, cuma boleh diamalkan untuk fadhilat sahaja.

2. Ada ulama’ berpendapat maksud الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ adalah berlindung kepada Allah dari kejahatan, kekejian dan perkara-perkara yang tidak diingini. Banyak perkara kejahatan dan kekejian yang boleh dilakukan di dalam tandas seperti perbuatan lucah dan jenayah seperti menggugurkan anak. .

3. Doa ini akan berfungsi mencegah kita dari melakukan kejahatan dan perkara-perkara keji di dalam tandas. Kita juga perlu berwaspada kerana banyak kemalangan dan penyakit yang berpunca dari tandas. Dari pengalaman, penyakit-penyakit ini sukar sembuh. Oleh itu, di samping berdoa, kita juga disarankan supaya menjaga kebersihan dan pastikan tandas sentiasa kemas dan teratur untuk mengelakkan kemalangan dan penyakit.