1. Riwayat yang tidak sesuai dengan kedudukan Nabi s.a.w dan meng`aibkan Baginda. 2. Riwayat yang bercanggah dengan kenyataan dan pengalaman manusia. 3. Mengemukakan sesuatu yang tak masuk `aqal untuk menarik perhatian orang ramai. 4. Janji pahala besar kerana sesuatu `amalan yang kecil dan remeh-temeh. 5. Janji hukuman yang berat atau `azab yang besar kerana kesalahan yang kecil. 6. Hadits yang menyatakan kelebihan minyak tertentu. 7. Hadits yang menyatakan kelebihan bunga-bunga tertentu. 8. Kelebihan membela burung merpati atau ayam. 9. Semua riwayat tentang larangan menebang pokok bidara adalah maudhu` kecuali satu hadits 10. Hadits tentang kelebihan inai semuanya dha`if atau maudhu` kecuali hadits yang menganjurkan supaya berkhidhab dengan inai dan katam dan hadits berikut… 11. Riwayat tentang Nabi s.a.w mandi di dalam bilik mandi air panas dan melumurkan kapur untuk menghilangkan bulu-bulu di tubuh Baginda s.a.w. 12. Bercanggah dengan riwayat yang sahih lagi sharih. 13. Bercanggah dengan ayat Al-Qur’an yang terang. 14. Bercanggah dengan `aqal yang sihat dan sejahtera. 15. Hadits-hadits yang menyebut `Aishah dengan Humaira’ kebanyakannya maudhu` atau dha`if kecuali satu hadith 16. Hadits-hadits yang bermula dengan seruan يا علي maudhu` semuanya melainkan satu hadits 17. Ucapan yang tidak layak dikeluarkan oleh Nabi-nabi a.s 18. Peristiwa yang sepatutnya diriwayatkan oleh ramai orang tetapi hanya diriwayatkan seorang sahaja 19. Hadits yang menunjukkan kefardhuan sesuatu atau kepentingannya tetapi ia hanya diriwayatkan oleh seorang sahaja perawi. 20. Hadits yang menyebutkan secara jelas tarikh atau tahun sesuatu peristiwa yang akan berlaku 21. Hadits yang menyatakan kelebihan mana-mana tempat selain Mekah dan Madinah 22. Hadits yang menyatakan kelebihan mana-mana masjid selain Masjidil Haram, Masjid Nabi s.a.w, Masjid Aqsa dan Masjid Quba’ 23. Riwayat yang menyatakan tentang kubur seseorang Nabi selain Nabi kita Muhammad s.a.w, terletak di sesuatu tempat dengan pasti 24. Riwayat yang menyatakan tentang`aqal semuanya dusta. 25. Riwayat yang menyatakan Nabi Ilyas dan Khadhir masih hidup 26. Riwayat yang menyebutkan tentang sembahyang sunat dengan kaifiat tertentu pada setiap hari dalam seminggu 27. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan bulan Rejab dan kelebihan berpuasa Rejab 28. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan sembahyang tertentu seperti sembahyang Ragha’ib pada bulan Rejab. 29. Riwayat kelebihan sembahyang tertentu pada malam Nisfu Sya`ban semuanya maudhu`. 30. Kelemahan dan kejelekan dari segi lafaz atau ma`na atau kedua-duanya 31. Riwayat yang mengandungi celaan terhadap mana-mana bangsa atau kaum 32. Riwayat yang menyebutkan dengan jelas tentang abad akan berlakunya hari qiamat 33. Hadits yang menyebutkan bulan atau hari tertentu sebagai bulan atau hari nahas 34. Hadits yang memuji atau mencela orang-orang yang dikasi 35. Hadits yang menyebutkan tentang fadhilat menziarahi kubur Nabi kita Muhammad s.a.w 36. Terdapatnya bukti-bukti menunjukkan kepalsuannya 37. Hadits yang mengandungi celaan terhadap anak-anak atau generasi kemudian. 38. Hadits yang menyebutkan tentang kelebihan permata-permata tertentu 39. Hadits yang menyebutkan tentang peperangan dengan golongan jin 40. Hadits yang menyebutkan perihal kelahiran Nabi s.a.w. 41. Hadits yang menyebutkan secara terperinci kelebihan setiap surah di dalam Al-Qur’an adalah maudhu` kecuali satu. 42. Hadits yang memuji atau mencela mana-mana imam empat mazhab 43. Hadits yang mencela sahabat Nabi s.a.w 44. Hadits yang memuji kehidupan membujang 45. Hadits yang mencela anak zina 46. Hadits tentang penurunan `ilmu tariqat atau haqiqat daripada Nabi s.a.w kepada orang-orang tertentu. 47. Hadits yang menyebutkan tentang `ilmu batin Saiyyidina `Ali 48. Riwayat daripada seseorang perawi Khariji atau Nashibi tentang keburukan Saiyyidina `Ali 49. Riwayat daripada seseorang perawi Syi`ah tentang kelebihan Saiyyidina `Ali 50. Riwayat perawi ahli bid`ah yang menyokong bid`ahnya 51. Riwayat ahli cerita kebanyakannya adalah dusta. 52. Ada orang yang sudah mati di dalam riwayat tersebut 53. Riwayat perawi pendusta atau dituduh pendusta 54. Perawi zindiq, tidak berugama atau fasiq 55 & 56 Perawi dhaif bercanggah dengan perawi kuat 57. Riwayat keluarga tertentu diampunkan pada hari qiamat 58. Hadits yang mengaitkan manusia dengan ibu-ibu mereka apabila dipanggil pada hari qiamat 59. Hadits yang memuji atau mencela bijirin, kekacang atau sayur-sayuran 60. Hadits yang menyebutkan tentang khilafah (pemerintahan) Bani `Abbas. 61. Hadits yang mencela Bani Umayyah.
Hadits yang melarang menebang pokok bidara kecuali satu hadis.
Hadits yang menyebutkan Bani `Abbas sebagai ahli syurga.
Hadits yang mengemukakan sesuatu peristiwa yang bercanggah dengan apa yang disepakati oleh ahli-ahli sejarah yang mu`tabar.
Riwayat yang terdapat petunjuk (qarinah) padanya tentang kekarutan dan kedustaannya.
Riwayat yang menyatakan ketinggian dan kebesaran luar biasa saiz tubuh golongan Amaliqah,Aad, Tsamud dan Uuj BinUnuq.
Riwayat yang menyatakan kelebihan bukit-bukit tertentu seperti Thursina, Qaf
Riwayat yang menyatakan tentang penghidupan semula kedua ibu bapa Nabi s.a.w atau menyatakan dengan jelas tentang mereka berdua sebagai ahli syurga.
Riwayat yang menyatakan tentang keimanan kedua ibu bapa Nabi s.a.w dan keimanan Abu Thalib.
Riwayat yang memuji kecantikan rupa paras.
Riwayat yang memuji kezaliman, kerosakan dan kebatilan di samping mengeji kebenaran.
Riwayat yang menyatakan fadhilat bercelak, berpakaian baru, bersembahyang, berbelanja lebih daripada biasa utk ahli keluarganya, bersuka ria atau bersedih dan berduka dan lain-lain amalan pd hariAsyura’ semuanya adalah maudhu` kecuali berpuasa pada hari tersebut.
Riwayat yang menyatakan fadhilat bersembahyang dengan memakai serban dan cincin.
Riwayat yang menyatakan Ishaq sebagai anak Nabi Ibrahim a.s yang disembelih bukan Ismail
Riwayat yang menyebutkan tentang Abdal, Aqtab dan para wali.
Riwayat yang menyebutkan tentang doa dengan wasilah.
Riwayat yang menyebutkan tentang imamah, walayah dan khilafah `Ali.
Riwayat yang menyatakan tentang benarnya `Ali dalam setiap pertelingkahan yang berlaku di antara beliau dengan para sahabat yang lain semasa pemerintahannya
Riwayat- yang mencela atau memburuk-burukkan para isteri Nabi s.a.w seperti `Aishah disalak anjing Hau’ab.
Riwayat yang menyebutkan tentang syahadah Husain.
Hadits yang mencela orang-orang yang terlibat dengan apa-apa pekerjaan yang halal adalah maudhu` semuanya
Riwayat yang menyebutkan tentang بسم الله perlu dinyaringkan bacaannya di dalam sembahyang tidak ada satu pun sahih.
Riwayat-riwayat yang menyebutkan tentang mana-mana sahabat atau mana-mana wali akan menjadi saqi (pemberi minum air) di kolam Kautsar nanti adalah palsu semuanya.
Riwayat-riwayat yang menyebutkan tentang orang-orang tertentu akan mempunyai naungan atau teduhan sendiri di hari qiamat nanti adalah palsu.
Hadits-hadits yang menyebutkan tentang penguasaan dunia melalui Isim a`zam.
Riwayat-riwayat Israiliyyat yang bercanggah dan bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah.
Memanglah ada hadits-hadits sahih tentang kelebihan Fathimah, `Ali, Hasan dan Husain, namun di sana terdapat banyak sekali hadits-hadits palsu berhubung dengan mereka. Seperti hadits Kisa’ dan hadits Hasan dan Husain adalah dua pemuda ahli syurga dan lain-lain.
Hadits-hadits yang menyebutkan tentang kelebihan Ali ZainalAbidin, Al-Baqir dan Ja`far Sadiq adalah palsu semuanya.
Sesuatu peristiwa yang disebutkan di dalam sesuatu riwayat akan dikira tidak benar apabila bercanggah dengan apa yang tersebut di dalam hadits-hadits yang masyhur atau mutawatir.
Sesuatu riwayat walaupun dikemukakan oleh perawi tsiqah akan tertolak jika ia mengandungi sesuatu amalan yang tidak diamalkan oleh sahabat, tabiin dan tabi at-tabi`in.
Riwayat yang menyebutkan tentang tasawwuf.
Riwayat yang bercanggah dengan qa’idah bahasa ‘Arab.
Riwayat yang menyebutkan tentang kelebihan hidup dalam keadaan papa kedana.
Riwayat yang menyebutkan tentang Saiyyidina Ali sebagai pintuilmu.
Riwayat- yang menyebutkan tentang wasiat Nabi s.a.w berkenaan dengan imamah dan walayah `Ali.
Riwayat yang menyatakan aqal sebagai kejadian pertama adalah maudhu kesemuanya.
Riwayat yang menyatakan nur Nabi s.a.w sebagai makhluk pertama semuanya maudhu`.
Riwayat yang menyatakan kejadian seseorang manusia daripada nur ilahi sudah tentu maudhu`