2- 06:00 : 1- Bab – Orang Yang Tidak Suka Kembali Kepada Kekufuran Seperti Mana Dia Tidak Suka (Dirinya) Dicampakkan Ke Dalam Api Adalah Kerana Imannya
3- 17:57 : Apabila Seseorang Itu Merasai Kemanisan Iman
4- 29:42 : 2- Orang Yang Tidak Suka Kembali Kepada Kekufuran Seperti Mana Dia Tidak Suka (Dirinya) Dicampakkan Ke Dalam Api Adalah Kerana Imannya
Bab 13 : Sabda Nabi s.a.w, “Saya Adalah Orang Yang Paling Tahu Di Antara Kamu Tentang Allah”, Dan Makrifat Itu Adalah Perbuatan Hati Kerana Allah Telah Berfirman Bermaksud: “Tetapi Dia Mengira Sebagai Kesalahan Kepada Kamu Dengan Apa Yang Diusahakan Oleh Hati-hati Kamu”
Bab 13 : Sabda Nabi s.a.w, “Saya Adalah Orang Yang Paling Tahu Di Antara Kamu Tentang Allah”. Dan Makrifat Itu Adalah Perbuatan Hati Kerana Allah Telah Berfirman Bermaksud : “Tetapi Dia Mengira Sebagai Kesalahan Kepada Kamu Dengan Apa Yang Di Usahakan Oleh Hati-hati Kamu“.
Bab 13 : Sabda Nabi s.a.w, “Saya Adalah Orang Yang Paling Tahu Di Antara Kamu Tentang Allah”, Dan Makrifat Itu Adalah Perbuatan Hati Kerana Allah Telah Berfirman Bermaksud: “Tetapi Dia Mengira Sebagai Kesalahan Kepada Kamu Dengan Apa Yang Diusahakan Oleh Hati-Hati Kamu”.
13- Abu al-Yaman telah meriwayatkan kepada kami, katanya, Syu’aib telah memberitahu kami, katanya, Abu al-Zinad telah meriwayatkan kepada kami dari al-A’raj dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi Tuhan yang nyawaku berada di tangannya tidaklah beriman seseorang dari kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada ayahnya dan anaknya”.
١٤- حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ عُلَيَّةَ عَنْ عَبْدِالْعَزِيزِ بْنِ صُهَيْبٍ عَنْ أَنَسٍ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ح و حَدَّثَنَا آدَمُ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ قَالَ{ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ }
14- Ya’qub bin Ibrahim telah meriwayatkan kepada kami, katanya, Ibnu ‘Uyainah telah meriwayatkan kepada kami dari ‘Abdul ‘Aziz bin Shuhaib dari Anas dari Rasulullah s.a.w., dan Adam bin Abi Iyaas meriwayatkan kepada kami, katanya, Syu’bah telah meriwayatkan kepada kami dari Qataadah dari Anas, katanya, Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada ayahnya, anaknya dan manusia sekelian.”
15- Muhammad bin al-Mutsanna telah meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdul Wahhaab al-Tsaqafi telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ayyub telah meriwayatkan kepada kami dari Abi Qilaabah dari Anas bin Malik r.a, dari Nabi s.a.w., Baginda bersabda: “Tiga perkara, sesiapa yang ada padanya tiga perkara itu niscaya dia akan mendapati kemanisan iman. (Pertama) Allah dan Rasul-Nya lebih disayanginya daripada sesuatu selain keduanya dan (Kedua) dia mengasihi seseorang, tidak dikasihinya orang itu melainkan kerana Allah, dan (Ketiga) dia tidak suka kembali kepada kekufuran sepertimana dia tidak suka (dirinya) dicampakkan ke dalam api.”
10- Sa’id bin Yahya bin Sa’id al-Qurasyi telah meriwayatkan kepada kami, katanya, bapaku telah meriwayatkan kepada kami, katanya, Abu Burdah bin ‘Abdillah bin Abi Burdah telah meriwayatkan kepada kami dari Abi Musa r.a, katanya: “Mereka (para sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah, (orang) Islam manakah yang paling baik?”. Rasulullah s.a.w. menjawab: “Orang yang mana orang-orang Islam lain terpelihara daripada (gangguan) lidah dan tangannya.”
بَاب إِطْعَامُ الطَّعَامِ مِنَ الْإِسْلَامِ
Bab 6: Memberi Makanan Adalah Sebahagian Daripada (Ajaran) Islam
11- ‘Amru bin Khalid telah meriwayatkan kepada kami, katanya, al-Laith telah meriwayatkan kepada kami dari Yazid dari Abi al-Khair dari ‘Abdillah bin ‘Amar r.a, bahawa ada seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi s.a.w., katanya: “Apakah (ajaran) Islam yang paling baik?”. Nabi s.a.w. bersabda: “Memberi makanan dan memberi salam sama ada kepada orang yang telah engkau kenali atau belum.”
Bab 7: Di Antara Iman Ialah Seseorang Itu Suka Untuk Saudaranya Apa Yang Disukai Untuk Dirinya
١٢- حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ شُعْبَةَ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ رضي الله عَنْهم عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَنْ حُسَيْنٍ الْمُعَلِّمِ قَالَ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ عَنْ أَنَسٍ {عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ}
12- Musaddad telah meriwayatkan kepada kami, katanya, Yahya telah meriwayatkan kepada kami dari Syu’bah dari Qataadah dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w., dan dari Husain al-Mu’allim, katanya, Qataadah telah meriwayatkan kepada kami dari Anas dari Nabi s.a.w., sabda Baginda: “Tidak beriman seseorang dari kamu selagi dia tidak menyukai untuk saudaranya apa yang disukai untuk dirinya”.
Bermaksud: “Kebaikan yang sebenar itu bukanlah (terletak pada) kamu mengadap muka-muka kamu ke arah timur dan barat, tetapi kebaikan yang sebenar ialah (terletak pada) orang yang beriman kepada Allah, hari Akhirat, para malaikat, kitab-kitab, para Nabi dan (terletak pada orang-orang yang) memberikan harta yang memang disayanginya kepada kaum keluarga, anak-anak yatim, orang-orang miskin, orang-orang musafir, orang-orang yang meminta, dan (untuk) memerdekakan hamba, (kebaikan sebenar juga ada pada orang-orang yang) mendirikan sembahyang, memberi zakat, menepati janji apabila berjanji, sabar ketika susah dan kesempitan. Mereka itulah orang-orang yang benar dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa”. (Firman-Nya lagi bermaksud), “Berjayalah orang-orang yang beriman..”
8- `Abdullah bin Muhammad al-Ju’fi telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu `Amir al-`Aqadi telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sulaiman bin Bilal telah meriwayatkan kepada kami dari `Abdillah bin Dinar dari Abi Shaleh dari Abi Hurairah r.a dari Rasulillah s.a.w, sabda Baginda: “Iman mempunyai lebih dari 60 cabang dan malu itu satu cabang besar dari iman”.
Bermaksud: “Kebaikan yang sebenar itu bukanlah (terletak pada) kamu mengadap muka-muka kamu ke arah timur dan barat, tetapi kebaikan yang sebenar ialah (terletak pada) orang yang beriman kepada Allah, hari Akhirat, para malaikat, kitab-kitab, para Nabi dan (terletak pada orang-orang yang) memberikan harta yang memang disayanginya kepada kaum keluarga, anak-anak yatim, orang-orang miskin, orang-orang musafir, orang-orang yang meminta, dan (untuk) memerdekakan hamba, (kebaikan sebenar juga ada pada orang-orang yang) mendirikan sembahyang, memberi zakat, menepati janji apabila berjanji, sabar ketika susah dan kesempitan. Mereka itulah orang-orang yang benar dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa”. (Firman-Nya lagi bermaksud), “Berjayalah orang-orang yang beriman..”
8- `Abdullah bin Muhammad al-Ju’fi telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu ‘Amir al-‘Aqadi telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sulaiman bin Bilal telah meriwayatkan kepada kami dari ‘Abdillah bin Dinar dari Abi Shaleh dari Abi Hurairah r.a. dari Rasulillah s.a.w, sabda Baginda: “Iman mempunyai lebih dari 60 cabang dan malu itu satu cabang besar dari iman”.
Islam adalah ucapan dan perbuatan, ia boleh bertambah dan berkurang. Allah Ta’ala berfirman :لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَعَ إِيمَانِهِمْ bermaksud: “Supaya bertambah keimanan mereka di samping keimanan yang telah sedia ada (pada mereka)”. Firman-Nya lagi: وَزِدْنَاهُمْهُدًى bermaksud: “Dan kami tambah kepada mereka pertunjuk”. Firman-Nya lagi: وَيَزِيدُ اللَّهُ الَّذِينَ اهْتَدَوْاهُدًى bermaksud, “Dan Allah menambah (lagi) hidayat kepada mereka yang telah mendapat hidayat”. Firman-Nya lagi: وَالَّذِيْنَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ bermaksud: “Dan kepada orang-orang yang telah mendapat hidayat, ditambah-Nya lagi hidayat dan diberi-Nya kepada mereka ketaqwaan”.
Firman-Nya lagi: وَيَزْدَادَ الَّذِيْنَ آمَنُوْاإيْمَانًا bermaksud: “Dan supaya bertambah iman orang-orang yang telah beriman. Firman-Nya lagi : أيُّكُمْ زَادَتْهُ هَذِهِ إيْمَانًا فَأَمَّا الَّذِيْنَ آمَنُوْا فَزَادَتْهُمْ إيْمَانًا bermaksud: “Siapakah di antara kamu yang bertambah imannya dengan (turunnya) surah ini?”. “Adapun orang-orang yang beriman, maka surah ini menambah imannya.” Firman-Nya lagi: فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إيْمَانًا (Bermaksud): “(Orang-orang munafiq berkata) Takutlah kepada mereka (pasukan tentera kuffar quraisy), maka kata-kata itu semakin menambahkan lagi iman mereka”.
Firman-Nya lagi: وَمَا زَادَهُمْ إلَّا إيْمَانًا وَتَسْلِيْمًا (Bermaksud): “Tidaklah menambah kepada mereka melainkan keimanan dan penyerahan.” (Bab) Cinta kerana Allah dan benci kerana Allah adalah sebahagian daripada iman . `Umar bin `Abdul `Aziz pernah menulis surat kepada `Adi bin `Adi (di mana beliau menyatakan): “Bahawa di dalam iman terkandung banyak kewajiban, peraturan, batas-batas (yang tidak boleh dicerobohi) dan perkara-perkara sunat. Sesiapa yang menyempurnakannya bererti dia menyempurnakan iman dan sesiapa yang tidak menyempurnakannya, bererti dia menguranginya. Jika saya masih hidup, saya akan terangkan kepadamu tentang perkara-perkara tersebut supaya kamu dapat beramal dengannya, tetapi jika aku mati maka tidaklah teringin sangat aku untuk terus bersamamu.
Ibrahim a.s berkata : (firman Allah) وَلَكِنْ لِيَطْمَئِنَّ قَلْبِىْ (bermaksud): “Akan tetapi supaya tenang hatiku. Mu`adz berkata (kepada Aswad bin Bilal): “Duduklah bersama kami sejenak untuk menambah iman (iaitu dengan mengingati ajaran Allah dan Rasul-Nya). Ibn Mas’ud berkata : “Yakin itu iman kesemuanya”. Ibn ‘Umar berkata : “Seseorang itu tidak akan sampai kepada hakikat taqwa selagi dia tidak meninggalkan apa-apa yang diragui hati sanubarinya”.
Dan Mujahid berkata (ketika mentafsirkan fiman Allah ini): شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّيْنِ مَا وّصَّى بِهِ نُوْحًا(bermaksud): “ Dia telah memberikan kepadamu agama yang juga telah diberiNya kepada Nuh”. Ya`ni, “Kami telah berikan kepadamu hai Muhammad dan kepadanya agama yang sama.”
Dan Ibnu ‘Abbas berkata (ketika mentafsirkan dua perkataan dalam satu firman Allah iaitu): شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا (maksudnya ialah) jalan dan cara. Beliau juga berkata: دُعَاءُكُمْ (maknanya) ialah iman kamu.”
7- `Ubaidullah bin Musa telah meriwayatkan kepada kami, katanya, Hanzalah bin Abi Sufyan telah meriwayatkan kepada kami (diambilnya) dari ‘Ikrimah bin Khalid dari Ibni `Umar r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda : “Islam dibina (ditegakkan) atas lima perkara, iaitu bersaksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah, mendirikan sembahyang, memberi zakat, mengerjakan Haji, dan berpuasa di bulan Ramadhan”.