Bagaimana Permulaan Datangnya Wahyu Kepada Rasulullah s.a.w Dan Firman Allah Ta’ala Yang bermaksud : Sesungguhnya Kami Telah Mewahyukan Kepadamu Seperti Mana Kami Telah Mewahyukan Kepada Nuh Dan Nabi-Nabi Sesudahnya
Bagaimana Permulaan Datangnya Wahyu Kepada Rasulullah s.a.w. Dan Firman Allah Ta’ala Yang bermaksud : Sesungguhnya Kami Telah Mewahyukan Kepadamu Seperti Mana Kami Telah Mewahyukan Kepada Nuh Dan Nabi-Nabi Sesudahnya
Bagaimana Permulaan Datangnya Wahyu Kepada Rasulullah s.a.w Dan Firman Allah Ta’ala Yang bermaksud : Sesungguhnya Kami Telah Mewahyukan Kepadamu Seperti Mana Kami Telah Mewahyukan Kepada Nuh Dan Nabi-Nabi Sesudahnya
Bagaimana Permulaan Datangnya Wahyu Kepada Rasulullah s.a.w. Dan Firman Allah Ta’ala Yang Bermaksud : Sesungguhya Kami Telah Mewahyukan Kepadamu Seperti Mana Kami Telah Mewahyukan Kepada Nuh Dan Nabi-Nabi Sesudahya
4- Musa bin Ismail telah menceritakan kepada kami: Katanya Abu Awanah telah menceritakan kepada kami, katanya Musa bin Abi `Aisyah telah menceritakan kepada kami, katanya Said bin Jubair telah menceritakan kepada kami dari Ibnu Abbas berhubung dengan Firman Allah, (maksudnya): “Janganlah engkau menggerakkan lidahmu untuk segera membaca al-Quran”. Rasulullah mengalami kepayahan kerana turunnya al-Quran, Baginda sering kali menggerak-gerakkan bibir. Ibnu Abbas berkata : Saya menggerak-gerakkan bibir saya sebagaimana Rasulullah menggerak-gerakkan bibirnya.
Said berkata, “Saya mengerak-gerakkan kedua-duanya (bibir saya) sebagaimana Ibnu Abbas menggerak-gerakkannya. Maka beliau menggerak-gerakkan kedua bibirnya. Lalu Allah pun menurunkan: “Janganlah engkau menggerakkan lidah engkau untuk membaca al-Quran itu untuk engkau segera mendapatkannya, sesungguhnya Kami jamin akan mengumpulkannya dan membacakannya”.
Ibnu `Abbas berkata, “Allah akan mengumpulkannya di dalam dadamu memampukanmu membacanya”. Seterusnya Allah berfirman; “Bila kami selesai membaca, maka ikutlah membacanya”. Ibnu Abbas berkata (maksudnya): “Dengarlah bacaan itu dan diamlah”. Firman Allah seterusnya, “Dan kewajipan Kami menerangkannya”. Maksudnya: “Kami jamin engkau dapat membaca selepasnya”. Setelah itu Rasulullah s.a.w apabila didatangi Jibril, Beliau mendengar saja dulu (apa yang dibacakan Jibril) dan apabila Jibril pergi Baginda s.a.w membacanya seperti yang dibaca oleh Jibril.
Bagaimana Permulaan Datangnya Wahyu Kepada Rasulullah s.a.w Dan Firman Allah Ta’ala Yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami Telah Mewahyukan Kepadamu Seperti Mana Kami Telah Mewahyukan Kepada Nuh Dan Nabi-Nabi Sesudahnya”
5- `Abdaan telah menceritakan kepada kami, katanya Abdullah telah memberitahu kami, katanya Yunus telah memberitahu kami dari al-Zuhri. Bisyr bin Muhammad juga telah menceritakan kepada kami, katanya: Abdullah telah memberitahu kami, katanya Yunus dan Ma’mar telah memberitahu kami dari Al-Zuhri seumpamanya, katanya Ubaidullah bin Abdullah telah memberitahu saya dari Ibnu `Abbas, katanya: “Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling pemurah. Lebih pemurah lagi Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya. Jibril menemui Baginda s.a.w pada setiap malam di bulan Ramadhan untuk bertadarus al-Quran dengannya. Maka Rasulullah pada ketika itu lebih pemurah lagi (dalam memberi kebaikan kepada manusia) daripada angin yang dilepaskan”.
Bagaimana Permulaan Datangnya Wahyu Kepada Rasulullah s.a.w Dan Firman Allah Ta’ala Yang Bermaksud : Sesungguhnya Kami Telah Mewahyukan Kepadamu Seperti Mana Kami Telah Mewahyukan Kepada Nuh Dan Nabi-Nabi Sesudahnya