Bab – Tentang Perempuan Adakah Ia Perlu Membuka Rambutnya Pada Ketika Mandi & Bab Tentang Orang Berjunub Membasuh Kepalanya Dengan Bunga Khitmi & Bab Air Yang Mengalir Dari Kemaluan Lelaki Dan Perempuan & Bab Makan Bersama Perempuan Yang Berhaid Dan Duduk Bersamanya
237-Ahmad bin Shalih meriwayatkan kepada kami, katanya: `Anbasah meriwayatkan kepada kami, katanya: Yunus meriwayatkan kepada kami daripada Ibn Syihab, katanya: `Urwah berkata daripada `Aaisyah bahawa Ummu Sulaim al-Anshoriyyah iaitu ibu kepada Anas bin Malik berkata: Wahai Rasulullah sesungguhnya Allah tidak malu menyatakan kebenaran. Apa katamu tentang seorang perempuan yang mengalami dalam tidurnya seperti yang dialami oleh lelaki, adakah dia perlu mandi atau tidak?`Aaisyah berkata: Maka Nabi s.a.w. menjawab: Ya! Hendaklah dia mandi sekiranya dia mendapati ada kesan air. `Aaisyah berkata: Aku pun menuju kepadanya (Ummu Sulaim) sambil aku berkata: Isy Engkau ni!, adakah perempuan juga bermimpi begitu? Terus Rasulullah s.a.w. menghadap kepada saya, lalu berkata: Teruk betullah engkau ni hai `Aaisyah! Kalau bukan begitu, dari mana datangnya keserupaan?
Abu Daud berkata: Demikianlah az-Zubaidi, `Uqail, Yunus, anak saudara kepada Zuhri dan Ibn Abi al-Wazir meriwayatkan daripada Malik daripada az-Zuhri dan Musafi’ al-Hajabi telah bersetuju dengan az-Zuhri (sebagai mutaba’ah kepada Zuhri). Beliau berkata: Daripada `Urwah daripada `Aaisyah. Adapun Hisyam bin `Urwah, beliau berkata: Daripada `Urwah daripada Zainab binti Abi Salamah daripada Ummu Salamah bahawa Ummu Sulaim datang kepada Rasulullah s.a.w.
238-`Abdullah bin Maslamah al-Qa’nabi meriwayatkan kepada kami daripada Malik daripada Ibn Syihab daripada `Urwah daripada `Aaisyah bahawa Nabi s.a.w. mandi junub menggunakan bekas iaitu faraq.
Abu daud berkata: Dalam hadits ini Ma’mar meriwayatkan daripada az-Zuhri, kata `Aaisyah: Aku mandi bersama Rasulullah s.a.w. daripada bekas yang sama, terdapat di dalamnya air sebanyak satu faraq. Abu Daud berkata: Ibn `Uyainah meriwayatkan hadits yang semakna denagan hadits Malik. Abu Daud berkata: Saya pernah mendengar Ahmad bin Hanbal berkata: faraq itu ialah enam belas kati. Dan saya juga pernah mendengar beliau berkata: Gantang Ibn Abi Zi’b sama dengan lima suku (5 1/4 ) kati. Abu Daud berkata: Orang yang mengatakan lapan kati itu? Ahmad menjawab: Itu tidak betul.
Abu Daud berkata: Pernah saya mendengar Ahmad mengatakan: Sesiapa yang memberi zakat fitrah mengikut kati kita ini iaitu lima suku kati bermakna dia telah menyempurnakan zakatnya itu. Ada orang bertanya kepada beliau: Buah kurma shoihani itu berat? Imam Ahmad menjawab: Kurma shoihani itu lebih baik dan dia (Imam Ahmad) berkata: Saya tidak pasti.
239 -`Abdullah bin Muhammad an-Nufaili meriwayatkan kepada kami, katanya: Zuhair meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Ishaq meriwayatkan kepada kami, katanya: Sulaiman bin Shurad meriwayatkan kepadaku daripada Jubair bin Muth`im, bahawa para Sahabat bercakap-cakap di hadapan Nabi s.a.w tentang mandi junub, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Kalau saya, saya menuangkan tiga cebokan air di atas kepala saya dan Baginda mengisyaratkan dengan kedua belah tangannya.
240-Muhammad bin al-Mustanna meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu `Ashim meriwayatkan kepada kami, daripada Hanzalah daripada al-Qasim daripada `Aaisyah, katanya: Apabila Rasulullah s.a.w. mandi, Baginda akan meminta bekas seperti hilab (bekas untuk menampung perahan susu unta) lalu Baginda akan mengambil (air) dengan kedua tapak tangannya dan dimulakan dengan bahagian kanan kepalanya, kemudian bahagian kiri kepalanya, kemudian Baginda mengambil (air) dengan kedua tapak tangannya lalu menuangkan di atas kepalanya.
241-Ya’qub bin Ibrahim meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdur Rahman iaitu Ibn Mahdi meriwayatkan kepada kami daripada Zaa’idah bin Qudamah daripada Shodaqah, katanya: Jumai’ bin `Umair, salah seorang daripada bani Taimilah bin Tsa’labah, katanya: Aku bersama ibu dan makcikku telah pergi menemui `Aaisyah, lalu salah seorang daripada mereka berdua bertanya kepada `Aaisyah: Bagaimana kamu lakukan ketika mandi? Maka `Aaisyah menjawab: Rasulullah s.a.w. berwudhu’ seperti mana wudhu’nya untuk sembahyang, kemudian Baginda menuangkan air ke atas kepalanya sebanyak tiga kali dan kami menuangkanya ke atas kepala kami sebanyak lima kali kerana rambut yang dijalin.
242-Sulaiman bin Harb al-Wasyihi meriwayatkan kepada kami ح Musaddad meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: Hammad meriwayatkan kepada kami daripada Hisyam bin `Urwah daripada ayahnya daripada `Aaisyah, katanya: Apabila Rasulullah s.a.w. mandi junub. Sulaiman berkata: Baginda memulakan dengan menuangkan air dengan tangan kanannya. Dan Musaddad berkata: Baginda membasuh kedua belah tangannya dan menuangkan air ke atas tangan kanannya. Kemudian mereka (Sulaiman dan Musaddad) bersepakat: lalu Baginda membasuh kemaluannya. Dan kata Musaddad: Baginda menuangkan air ke atas tangan kirinya, kadang-kadang `Aaisyah menyebutkan mengenai faraj secara kinayah (denagan perkataan lain yang menunjukkan kepada maknanya), kemudian Baginda berwudhu’ dan memasukkan kedua tangannya di dalam bekas lalu diselati bulu di tubuhnya sehingga Baginda mengira air telah pun rata di kulitnya atau air telah membersihkan kulitnya, Baginda akan menuangkan air di atas kepalanya sebanyak tiga kali, sekiranya masih ada lebihan air Baginda akan menuangkannya ke atas tubuhnya.
243-`Amar bin `Ali al-Bahili meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad bin Abi `Adi meriwayatkan kepada kami, katanya: Sa`id meriwayatkan kepada kami daripada Abi Ma’syar daripada an-Nakha`i daripada al-Aswad daripada `Aaisyah, katanya: Apabila Rasululah s.a.w. mahu mandi junub, Baginda akan memulakan dengan kedua belah tangannya, dibasuh keduanya, kemudian Baginda membasuh segala pelipatannya dan menuangkan air ke atasnya. Apabila Nabi s.a.w. telah membersihkan keduanya, Baginda akan menhulurkan kedua belah tangannya ke dinding, kemudian mula berwudhu’ dan menuangkan air ke atas kepalanya.
244-Al-Hasan bin Syaukar meriwayatkan kepada kami, katanya: Husyaim meriwayatkan kepada kami daripada `Urwah al-Hamdani, katanya: asy-Sa’bi meriwayatkan kepada kami, katanya: `Aaisyah berkata: Kalau kamu mahu, aku dapat menunjukkan kepada kamu kesan tangan Rasulullah s.a.w. yang terdapat pada dinding di mana Baginda mandi junub.
245-Musaddad bin Musarhad meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdullah bin Daud meriwayatkan kepada kami daripada al-A’masy daripada Salim daripada Kuraib, katanya: Ibn `Abbas meriwayatkan kepada kami daripada makciknya iaitu Maimunah. Katanya: Aku telah meletakkan air untuk Nabi s.a.w. mandi junub, maka Baginda menuangkan bekas itu ke atas tangan kanannya lalu dibasuhnya sebanyak dua kali atau tiga kali, kemudian Baginda menuangkan air pada farajnya, lalu dibasuhnya menggunakan tangan kirinya, kemudian Baginda menggosok tangannya pada tanah, lalu dibasuhnya, kemudian Baginda berkumur, menghisap air ke hidung, membasuh muka dan kedua tangannya, kemudian mencurahkan air ke atas kepala dan tubuhnya, kemudian Nabi s.a.w. beralih ke suatu penjuru lalu membasuh kedua kakinya, aku mengambil sehelai tuala untuknya tetapi Baginda tidak mahu mengambilnya, Baginda mula mengebaskan air daripada tubuhnya. Aku (al-A’masy) menyebutkan perkara itu kepada Ibrahim, beliau berkata: Mereka (para Sahabat) berpendapat tidak mengapa menggunakan tuala, tetapi mereka tidak suka kalau dijadikan kebiasaan.
Abu Daud berkata: Musaddad berkata: Saya katakana kepada `Abdullah bin Daud: “Mereka tidak suka tuala kerana kebiasaan”, maka beliau mejawab: Itulah yang sebenarnya, tetapi saya dapati dalam tulisan saya begini (tidak ada ال pada lafaz العادة)
246-Husain bin `Isa al-Khurasani meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn Abi Fudaik meriwayatkan kepada kami daripada Ibn Abi Zi’b daripada Syu’bah, katanya: Apabila Ibn `Abbas mandi junub, beliau akan menuangkan dengan tangan kananya ke atas tangan kirinya sebanyak tujuh kali, kemudian membasuh farajnya. Pernah satu kali beliau terlupa, berapa kali telah beliau tuangkan, maka beliau pun bertanya kepada saya: “Sudah berapa kali saya menuangkannya”? Saya menjawab: “Saya tidak pasti”, lalu beliau berkata: Apalah engkau ni!, Apa salahnya kalau engkau memastikannya. Kemudian beliau berwudhu’ seperti wudhu’nya untuk sebahyang, lalu dia menuangkan air ke atas kulit tubuhnya, lantas berkata: Beginilah Rasulullah s.a.w. bersuci.
247- Qutaibah bin Sa`id meriwayatkan kepada kami, katanya: Ayyub bin Jabir meriwayatkan kepada kami daripada `Abdullah bin `Ushm daripada `Abdullah bin `Umar, katanya: Sembahyang pada asalnya lima puluh (sehari semalam), mandi junub tujuh kali dan membasuh air kencing pada kain sebanyak tujuh kali, tetapi Rasulullah s.a.w terus memohon sehingga sembahyang hanya tinggal lima kali, mandi junub hanya sekali dan membasuh air kencing pada kain hanya sekali.
248 – Nashr bin `Ali meriwayatkan kepada kami, katanya: al-Harits bin Wajih meriwayatkan kepada kami, katanya: Malik bin Dinar meriwayatkan kepada kami daripada Muhammad bin Sirin daripada Abi Hurairah, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya di bawah setiap bulu itu ada janabah, oleh itu kamu basuhlah bulu itu dan bersihkan kulit kamu.
Abu Daud berkata: Hadits al-Harits bin Wajih adalah mungkar dan dia seorang yang dha’if.
249-Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad meriwayatkan kepada kami, katanya: `Atho’ bin as-Sa’ib meriwayatkan kepada kami daripada Zazan daripada `Ali, katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Sesiapa yang meninggalkan tempat kadar sehelai bulu ketika mandi junub, tidak dibasuhnya, akan diperlakukan padanya (tempat yang ditinggalkan itu) begini-begini daripada `azab neraka. `Ali berkata: Kerana itulah aku memusuhi kepalaku (rambut yang terdapat di kepalaku), kerana itulah aku memusuhi kepalaku, kerana itulah aku memusuhi kepalaku dan beliau mencukur kepalanya.
250-`Abdullah bin Muhammad an-Nufaili meriwayatkan kepada kami, katanya: Zuhair meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Ishaq meriwayatkan kepada kami daripada al-Aswad daripada `Aaisyah, katanya: Rasulullah s.a.w. mandi dan bersembayang dua rakaat, setelah itu Baginda sembahyang Subuh, tidak pernah saya melihat Baginda berwudhu’ kembali selepas mandi.
233-Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad meriwayatkan kepada kami daripada Ziad al-A’lam daripada al-Hasan daripada Abi Bakrah bahawasanya Rasululah s.a.w. pernah memulakan sembahyang fajar, lalu Baginda mengisyaratkan dengan tangannya bererti “Tetaplah kamu di tempat masing-masing,” kemudian Baginda datang dalam keadaan kepalanya menitiskan air, lalu Baginda menjadi imam kepada mereka.
234-`Ustman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Yazid bin Harun meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad bin Salamah meriwayatkan kepada kami, sama dari segi sanad dan maknanya (sanad dan makna riwayat Yazid bin Harun) Cuma dia (Yazid bin Harun) ada menyebutkan di awalnya: فَكَبَّرَ (maka Rasulullah s.a.w. bertakbir) dan di akhirnya beliau menyebutkan: فَلَمَّا قَضَى الصَّلَاةَ قَالَ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ وَإِنِّي كُنْتُ جُنُبًا (bila mana Nabi s.a.w. selesai bersembahyang Baginda bersabda: Aku hanya seorang manusia dan tadi aku berjunub).
Abu Daud berkata: Zuhri telah meriwayatkan hadits ini daripada Abi Salamah daripada Abi Hurairah, katanya: Apabila Baginda telah berdiri di tempat sembahyangnya dan kami telah menunggu Dia bertakbir tiba-tiba Rasulullah s.a.w pun berpaling, kemudian Baginda berkata: “Hendaklah kamu tetap di tempat kamu masing-masing.” Ayyub, Ibn `Aun dan Hisyam meriwayatkan hadits ini daripada Muhammad daripada Nabi s.a.w, katanya (Muhammad bin Sirin). Maka Nabi s.a.w bertakbir, kemudian (selepas bertakbir itu) Baginda mengisyaratkan kepada orang ramai yang mana isyaratnya itu memberi makna duduklah kamu! Lalu Baginda pergi dan mandi. Demikian juga hadits ini telah diriwayatkan oleh Malik daripada Isma`il bin Abi Hakim daripada `Atha’ bin Yasar, katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bertakbir di permulaan satu sembahyang.
Abu Daud berkata: Demikian juga hadits ini telah diriwayatkan oleh Muslim bin Ibrahim kepada kami, katanya: Aban telah meriwayatkan kepada kami daripada Yahya daripada ar-Rabi’ bin Muhammad daripada Nabi s.a.w. bahawa Baginda telah pun bertakbir.
235-`Amar bin `Ustman meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad bin Harb meriwayatkan kepada kami, katanya: az-Zubaidi meriwayatkan kepada kami ح `Ayyasy bin al-Azraq meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn Wahb meriwayatkan kepada kami daripada Yunus ح Makhlad bin Khalid meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibrahim bin Khalid iaitu imam masjid Shan`aa’ meriwayatkan kepada kami, katanya: Rabah meriwayatkan kepada kami daripada Ma’mar ح Muammal bin al-Fadhal meriwayatkan kepada kami, katanya: al-Walid meriwayatkan kepada kami daripada al-Auza`i, kesemua mereka mengambil daripada az-Zuhri daripada Abi Salamah daripada Abi Hurairah, katanya: Sembahyang telah pun diiqamatkan dan orang ramai telah pun berada di dalam shaf-shaf mereka, tiba-tiba Rasulullah s.a.w. keluar sehingga apabila Baginda telah berdiri di tempatnya (tempat imam) lantas Baginda teringat bahawa Beliau belum lagi mandi, maka Baginda berkata kepada orang ramai: Hendaklah kamu berada di tempat masig-masing. Kemudian Baginda pulang ke rumahnya. Lalu Beliau keluar kepada kami (selepas itu) dalam keadaan kepalanya (rambutnya) menitiskan air dan Baginda telah pun selesai mandi manakala kami telah berada di dalam shaf. Ini lafaz Ibn Harb. Dan `Ayyasy berkata di dalam riwayatnya: Kami terus berdiri menanti Baginda sehingga Baginda keluar kepada kami dalam keadaan Baginda telah pun selesai mandi.
236-Qutaibah bin Sa`id meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad bin Khalid al-Khayyath meriwayatkan kepada kami, katanya: Abdullah al-`Umari meriwayatkan kepada kami daripada `Ubaidillah bin al-Qasim daipada `Aaisyah, katanya: Rasulullah s.a.w. pernah ditanya tentang seseorang yang mendapati ada kesan basah tetapi dia tidak teringat bahawa dia ada bermimpi. Baginda menjawab: Dia perlu mandi. Dan Baginda pernah ditanya tetang orang yang bermimpi tetapi dia tidak mendapati kesan basah. Nabi menjawab: Dia tidak perlu mandi. Ummu Sulaim bertanya: Adakah perlu mandi bagi perempuan yang mengalami situasi demikian? Nabi menjawab: Ya! Sesungguhnya perempuan itu sama seperti lelaki.
230- Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya meriwayatkan kepada kami daripada Mis`ar daripada Washil daripada Abi Wa’il daripada Huzaifah bahawasanya Nabi s.a.w. pernah menemuinya lalu Baginda menuju ke arahnya lantas dia berkata: Sebenarnya saya berjunub, maka Nabi s.a.w. bersabda: Bahawasanya orang muslim itu tidak najis.
231-Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya dan Bisyr meriwayatkan kepada kami daripada Humaid daripada Bakr daripada Abi Rafi’ daripada Abi Hurairah, katanya: Rasulullah s.a.w. pernah menemuiku di salah satu jalan di Madinah sedang aku pada ketika itu dalam keadaan berjunub, aku pun melarikan diri lalu pergi mandi kemudian datang kembali, Baginda bertanya: Di mana engkau tadi wahai Abu Hurairah?, Abu Hurairah menjawab: Tadi aku berjunub maka aku tidak suka duduk bersama engkau dalam keadaan tidak suci, Baginda berkata: Subhanallah! Sesungguhnya orang muslim tidak najis.
Abu Daud berkata di dalam riwayat Bisyr, katanya: Humaid meriwayatkan kepada kami, katanya: Bakr meriwayatkan kepada ku.
232-Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdul Wahid bin Ziad meriwayatkan kepada kami, katanya: Aflat bin Khalifah meriwayatkan kepada kami, katanya: Jasrah binti Dajajah meriwayatkan kepada ku, katanya: Aku pernah mendengar `Aaisyah berkata: Rasulullah s.a.w. datang dan pada ketika itu pintu-pintu rumah para Sahabat terbuka kecarah masjid, maka Baginda bersabda: Alihkan pintu-pintu rumah ini dari arah masjid, kemudian Nabi s.a.w. masuk kembali dan orang ramai tidak melakukan apa-apa dengan harapan akan turun kemudahan untuk mereka, kamudian Baginda keluar kepada mereka dengan bersabda: Alihkan muka pintu-pintu rumah ini daripada masjid kerana aku tidak menghalalkan masjid untuk orang yang berhaidh dan orang yang berjunub.
Abu Daud berkata: Dia (Aflat bin Khalifah) juga dikenali sebagai Fulait al-`Amiri.
224-Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah meriwayatkan kepada kami daripada al-Hakam daripada Ibrahim daripada al-Aswad daripada Aisyah, bahawa apabila Nabi s.a.w. mahu makan atau tidur Baginda akan berwudhu’, maksud beliau (Aisyah) dalam keadaan Nabi s.a.w. berjunub
225-Musa iaitu Ibn Ismail meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad meriwayatkan kepada kami, katanya: Atho’ al-Khurasani meriwayatkan kepada kami daipada Yahya bin Ya’mar daripada `Ammar bin Yasir, bahawa Nabi s.a.w telah membenarkan kepada orang yang berjunub apabila mahu makan, minum atau tidur untuk berwudhu’.
Abu Daud berkata: diantara Yahya bin Ya’mar dan Ammar bin Yasir di dalam hadits ini ada seseorang. Ali bin Abi Thalib, Ibn Umar dan Abdullah bin `Amar mengatakan: Orang yang berjunub perlu berwudhu’ apabila mahu makan.
Abu Daud berkata: Diantara Yahya bin Ya’mar dan Ammar bin Yasir di dalam hadits ini ada seseorang.Ali bin Abi Thalib, Ibn Umar danAbdullah bin Amar mengatakan: Orang yang berjunub perlu berwudhu’ apabila Daud berkata: Di antara Yahya bin Ya’mar dan Ammar bin Yasir di dalam hadits ini ada seseorang. Ali bin Abi Thalib, Ibn Umar dan Abdullah binAmar mengatakan: orang yang berjunub perlu berwudhu’ apabila mahu makan. makan.
بَاب فِي الْجُنُبِ يُؤَخِّرُ الْغُسْلَ
Bab – Tentang Orang Yang Berjunub Boleh Melewatkan Mandinya
226- Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: al-Mu’tamir meriwayatkan kepada kami ح Ahmad bin Hanbal meriwayatkan kepada kami, katanya: Ismail bin Ibrahim meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: Burd bin Sinan meriwayatkan kepada kami daripada Ubadah bin Nusai daripada Ghudhaif bin al-Harits, katanya: Aku berkata kepada Aisyah: “Bagaimana dengan Rasulullah s.a.w. adakah baginda mandi junub di awal malam atau di akhirnya?”. Aisyah menjawab: “Kadang-kadang Baginda mandi di awal malam dan kadang-kadang Baginda mandi di akhirnya”. Aku pun berkata: Allahu Akbar segala puji bagi Allah yang telah memberi keluasan dalam perkara ini. Aku bertanya lagi: “Bagaimana dengan Rasulullah s.a.w. berwitir adakah Baginda melakukannya di awal malam atau di akhirnya?” . Aisyah menjawab: “Kadang-kadang Baginda berwitir di awal malam dan kadang-kadang di akhirnya”. Aku pun berkata: Allahu Akbar segala puji bagi Allah yang telah memberi keluasan dalam perkara ini. Aku bertanya lagi: Bagaimana dengan Rasulullah s.a.w. membaca al-Quran adakah Baginda membacanya dengan nyaring atau dengan perlahan? Aisyah menjawab: “Kadang-kadang Baginda membaca dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara perlahan”. Aku pun berkata: Allahu Akbar segala puji bagi Allah yang telah memberi keluasan dalam perkara ini.
227-Hafsh bin Umar meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah meriwayatkan kepada kami daripada Ali bin Mudrik daripada Abi Zurah bin Amar bin Jarir daripada Abdillah bin Nujai dariada ayahnya daripada Ali daripada Nabi s.a.w. sabdanya: Malaikat tidak memasuki rumah yang terdapat di dalamnya patung, anjing dan orang yang berjunub.
228-Muhamad bin Katsir meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufian meriwayatkan kepada kami daripada Abi Ishaq daripada al-Aswad daripada `Aisyah, katanya: Rasulullah s.a.w. sering kali tidur dalam keadaan berjunub tanpa menyentuh air.
Abu Daud berkata: al-Hasan bin `Ali al-Washithi menceritakan kepada kami, katanya: Saya telah mendengar Yazid bin Harun berkata: Di dalam hadits ini terdapat kekeliruan, maksud beliau ialah hadits Abi Ishaq.
بَاب فِي الْجُنُبِ يَقْرَأُ
Bab – Tentang Orang Yang Berjunub Membaca Al-quran
229. Hafsh bin Umar meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah meriwayatkan kepada kami daripada Amar bin Murrah daripada Abdillah bin Salimah katanya: Aku bersama dua orang yang lain telah masuk menemui Ali, saya rasa seorang daripadanya adalah dari kalangan kami dan seorang lagi daripada Bani Asad. Maka Ali menghantarkan mereka berdua untuk sesuatu tujuan dan Ali berkata kepada mereka berdua: Kamu berdua kuat lagi perkasa oleh itu pertahankanlah agama kamu, kemudian Ali bangkit lalu masuk ke tempat membuang air kemudian keluar maka beliau memita air lalu diambilnya air itu satu cebokan dan disapu-sapunya di tangannya kemudian terus membaca al-Quran. Orang-orang yang berada di situ menegur beliau (di atas perbuatannya itu), maka Ali berkata: Sesungguhnya Rasululah s.a.w. selalu keluar daripada tempat membuang air dan terus membaca al-Quran dan memakan daging bersama kami, tidak ada sesuatu apapun yang menghalangnya atau beliau berkata: Menegahnya daripada membaca al-Quran melainkan janabah.
213 – Ahmad bin Sholeh meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn Wahb meriwayatkan kepada kami, katanya: Amar iaitu Ibn al-Harits meriwayatkan kepada kami daripada Ibn Syihab, katanya: Salah seorang yang saya senangi telah meriwayatkan kepada saya bahawa Sahal bin Sad as-Saidi telah meriwayatkan kepadanya, katanya: Sesungguhnya Ubai bin Kaab telah menceritakan kepadanya, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah membenarkan cara tersebut sebagai kemudahan kepada orang ramai di permulaan Islam kerana sedikitnya pakaian (pada ketika itu), kemudian Baginda memerintahkan supaya mandi dan melarang daripada berbuat demikian.
Abu Daud berkata: Yakni berkenaan mandi kerana terkeluar air mani.
214 – Muhammad bin Mihran al-Bazzaz ar-Razi meriwayatkan kepada kami, katanya: Mubasysyir al-Halabi meriwayatkan kepada kami daripada Muhammad iaitu Abi Ghassan daripada Abi Hazim daripada Sahal bin Saad, katanya: Ubai bin Kaab menceritakan kepada saya bahawasanya fatwa yang mereka selalu berikan dahulu ialah mandi baru menjadi wajib apabila terkeluarnya air mani, itu adalah suatu kelonggaran yang telah diberikan oleh Rasulullah di permulaan Islam, kamudian selepas itu Baginda memerintahkan supaya mandi.
215 – Muslim bin Ibrahim al-Faraahidi meriwayatkan kepada kami, katanya: Hisyam dan Syu’bah meriwayatkan kepada kami daripada Qatadah daripada al-Hasan daripada Abi Rafi’ daripada Abi Hurairah bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang telah berada di antara empat cabang perempuan dan dia telah melekatkan antara khitan dengan khitan maka wajilah mandi.
216 – Ahmad bin Shalih meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn Wahb meriwayatkan kepada kami, katanya: Amar meriwayatkan kepada saya daripada Ibn Syihab daripada Abi Salamah bin Abdir Rahman daripada Abi Said al-Khudri, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mandi baru menjadi wajib apabila terkeluarnya air mani. Dan dahulu Abu Salamah selalu melakukan begitu…………
بَاب فِي الْجُنُبِ يَعُودُ
Bab – Orang Yang Berjunub Ingin Mengulangi Persetubuhannya
218 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Humaid at-Thawil meriwayatkan kepada kami daripada Anas, bahawa pada suatu hari Rasululah s.a.w. pernah pergi menyetubuhi isteri-isterinya dengan hanya sekali mandi sahaja.
Abu Daud berkata: Demikianlah Hisyam bin Zaid telah meriwayatkan daripada Anas, dan Ma’mar telah meriwayatkan daripada Qatadah daripada Anas dan Shalih bin Abi al-Akhdhar telah meriwayatkan daripada az-Zuhri, semua mereka telah meriwayatkan daripada Anas daripada Nabi s.a.w.
بَاب الْوُضُوءِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يَعُودَ
Bab – Wudhu’ bagi Orang Yang Mahu Mengulangi Persetubuhan
219. Musa bin Ismail meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad meriwayatkan kepada kami daripada Abdir Rahman bin Abi Rafi’ daripada makciknya iaitu Salma daripada Abi Rafi’ bahawa Nabi s.a.w pernah pergi kepada beberapa orang isterinya pada suatu hari (dengan maksud bersetubuh), baginda mandi di rumah isterinya yang ini kemudian mandi di rumah isterinya yang lain. Kata perawi: Saya pun berkata kepadanya “Wahai Rasulullah! kenapa engkau tidak hanya mandi sekali sahaja? Baginda menjawab: Ini lebih menyucikan, lebih mewangikan dan lebih membersihkan.
Abu Daud berkata: Hadits Anas lebih sahih daripada hadits ini.
220 – Amar bin Aun meriwayatkan kepada kami, katanya: Hafsh bin Ghiats meriwayatkan kepada kami daripada Ashim al-Ahwal daripada Abi al-Mutawakkil daripada Abi Said al-Khudri daripada Nabi s.a.w. sabdanya: Apabila salah seorang daripada kamu mendatangi isterinya (menyetubuhinya), kemudian dia mahu mengulanginya, maka hendaklah dia berwudhu’ di antara dua persetubuhan tersebut.
بَاب فِي الْجُنُبِ يَنَامُ
Bab – Seseorang Yang Mahu Tidur Dalam Keadaan Berjunub
221– Abdullah bin Maslamah meriwayatkan kepada kami daripada Malik daripada Abdillah bin Dinar daripada Abdillah bin Umar, bahawasanya dia berkata: `Umar bin al-Khattab telah menyebutkan kepada Rasulullah s.a.w. bahawa beliau berjunub pada waktu malam (apakah yang harus dilakukannya?) maka Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya: Berwudhu’lah dan basuhlah kemaluanmu, kemudian tidurlah.
بَاب الْجُنُبِ يَأْكُلُ
Bab – -Seseorang Yang Mahu Makan Dalam Keadaan Berjunub
222 – Musaddad dan Qutaibah bin Said meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufian meriwayatkan kepada kami daripada az-Zuhri daripada Abi Salamah daripada Aisyah, bahawasanya apabila Nabi s.a.w. mahu tidur dalam keadaan berjunub, Baginda akan berwudhu’ sebagaimana wudhu’nya untuk sembahyang.
223-Muhammad bin As-shabbah al-Bazzaz meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn al-Mubarak meriwayatkan kepada kami daripada Yunus daripada az-Zuhri dengan sanadnya dan sama dari segi maknanya, beliau ada menambahkan iaitu apabila Baginda mahu makan dalam keadaan berjunub Baginda akan membasuh kedua belah tangannya.
Abu Daud berkata: hadits ini telah diriwayatkan oleh Ibn Wahb daripada Yunus tetapi beliau menjadikan cerita makan ini sebagai kata-kata Aisyah (terhenti kepada Aisyah, bukan sebagai riwayat yang marfu’) tetapi Sholih bin al-Akhdhor meriwayatkannya daripada az-Zuhri sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn al-Mubarak. Cuma dia berkata: Daripada Urwah atau Abi Salamah, dan al-Auzai telah meriwayatkan hadits ini daripada Yunus daripada az-Zuhri daripada Nabi s.a.w. sepertimana yang dikemukakan oleh Ibn al-Mubarak.
203 – Hannad bin As-Sariy dan Ibrahim bin Abi Muawiyah meriwayatkan kepada kami daripada Abi Muawiyah ح Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syarik, Jarir dan Ibn Idris meriwayatkan kepada kami daripada al-Amasy daripada Syaqiq, katanya: Abdullah (Ibn Masud) berkata: “Kami tidak berwudhu’ kerana memijak sesuatu (yang kotor) dan kami tidak memegang rambut dan tidak juga memegang kain”.
Ibrahim bin Abi Muawiyah berkata: Terdapat riwayat daripada A’masy daripada Saqiq daripada Masruq berkenaan perkara ini, atau diceritakan kepadanya daripadanya, katanya: Abdullah berkata: Hannad berkata: Diambil daripada Syaqiq atau diceritakan kepadanya (Syaqiq) daripadanya (Masruq) katanya: `Abdullah berkata.
بَاب فيمَنْ يُحْدِثُ فِي الصَّلَاةِ
Bab – Orang Yang Berhadats Ketika Sedang Bersembahyang
204 – Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Jarir bin Abdil Hamid meriwayatkan kepada kami daripada Ashim al-Ahwal daripada Isa bin Hiththan daripada Muslim bin Sallam daripada `Ali bin Thalq, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu terkentut ketika sedang bersembahyang maka hendaklah dia berhenti dan berwudhu’ serta mengulangi sembahyang tersebut”.
205 – Qutaibah bin Said meriwayatkan kepada kami, katanya: Ubaidah bin Humaid Al-Hadzdza’ meriwayatkan kepada kami daripada Ar-Rukain bin ar-Rabi’ daripada Hushain bin Qabishah daripada Ali, katanya: “Aku adalah seorang yang selalu terkeluar air mazi, kerana itu aku mandi sehingga pecah belakangku. Lalu aku meyebutkan perkara itu kepada Nabi s.a.w, atau desebutkan perkara itu kepada Nabi s.a.w untuknya”. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: “Jangan engkau melakukan begitu, apabila engkau terkeluar air mazi maka basuhlah zakar engkau dan berwudhu’lah sebagaimana wudhu’mu untuk sembahyang, tetapi sekiranya engkau terpancut air (mani), maka hendaklah engkau mandi”.
206 – Abdullah bin Maslamah meriwayatkan kepada kami daripada Malik daripada Abi An-Nadhr daripada Sulaiman bin Yasar daripada Al-Miqdad bin Al-Aswad sesungguhnya Ali bin Abi Thalib r.a menyuruhnya supaya bertanya bagi pihaknya kepada Rasulallah s.a.w berkenaan seorang yang apabila dia menghampiri isterinya lalu terkeluar air mazi, apa yang harus dia lakukan? Kerana anaknya (Rasululah s.a.w) itu adalah isteri saya, malulah saya untuk bertanya dia. Miqdad berkata: “Saya bertanya Rasulullah s.a.w tentang perkara tersebut”. Baginda s.a.w bersabda: “Sekiranya seseorang dari kamu mengalami demikian maka hendaklah dia membasuh kemaluannya itu dan hendaklah dia mengambil air sembahyang seperti mana air sembahyang yang diambilnya untuk bersembahyang”.
207 – Ahmad bin Yunus meriwayatkan kepada kami, katanya: Zuhair meriwayatkan kepada kami daripada Hisyam bin Urwah daripada Urwah bahawa Ali bin Abi Thalib berkata kepada Al-Miqdad dan seterusnya perawi menyebutkan hadits ini sama dengan makna hadits yang tersebut sebelum ini. Kata perawi: “Maka Miqdad bertanya Nabi s.a.w, lantas Baginda s.a.w menjawab: Hendaklah dia membasuh zakar dan dua batunya”. Abu Daud berkata: “Hadits ini telah diriwayatkan oleh Ats-Tsauri dan sekumpulan perawi daripada Hisyam daripada ayahnya dariada Miqdad daripada Ali daripada Nabi s.a.w”.
208 – Abdullah bin Maslamah Al-Qa’nabi meriwayatkan kepada kami, katanya: Ayah saya meriwayatkan kepada kami daripada Hisyam bin Urwah daripada ayahnya mengenai hadits yang telah diriwayatkan kepadanya daripada Ali bin Abi Thalib, katanya: Aku telah berkata kepada Miqdad, langsung perawi menyebutkan hadits ini sama dengan makna hadits yang tersebut sebelum ini. Abu Daud berkata: “Hadits ini telah diriwayatkan juga oleh Al-Mufadhdhal bin Fadhalah, Ats-Tsauri dan Ibn Uyainah daripada Hisyam daripada ayahnya daripada Ali. Dan Ibn Ishaq meriwayatkannya daripada Hisyam bin Urwah daripada ayahnya daripada Miqdad daripada Nabi s.a.w, tetapi dia tidak ada menyebutkan mengenai dua batu.
209 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Ismail yaitu Ibn Ibrahim meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad bin Ishaq meriwayatkan kepada kami, katanya: Said bin `Ubaid bin As-Sabbaq meriwayatkan kepada saya daripada ayahnya daripada Sahl bin Hunaif, katanya: “Aku mengalami kesukaran kerana air mazi dan aku sering kali mandi kerananya. Setelah itu aku bertanya Rasulullah s.a.w tentang perkara tersebut, maka Baginda menjawab: “Hanya memadai kepada mu kerana terkeluar air mazi itu dengan berwudhu’”. Aku berkata: “Wahai Rasulullah! Bagaimana dengan air mazi yang terkena kain saya?” Baginda menjawab: “Memadailah kepada mu dengan mengambil secebok air lalu membasuh kain mu itu di tempat yang engkau nampak terkena air mazi tersebut”……….
210 – Ibrahim bin Musa menceritakan kepada kami, katanya: `Abdullah bin Wahb menceritakan kepada kami, katanya: Mu’awiyah iaitu Ibn Sholeh menceritakan kepada kami daripada Al-`Ala’ bin Al-Harits daripada Haram bin Hakim daripada bapa saudaranya iaitu `Abdillah bin Sa`d al-Ansari, katanya: “Pernah saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang perkara yag mewajibkan mandi dan tentang air yang terkeluar selepas air, maka Baginda menjawab: “Itulah mazi dan setiap lelaki mengeluarkan air mazi, maka kerana itu hendaklah engkau membasuh kemaluanmu dan kedua batumu setelah itu berwudhu’lah sebagaimana wudhu’ engkau untuk sembahyang”.
211 – Harun bin Muhammad bin Bakkar menceritakan kepada kami, katanya: Marwan yaitu Ibn Muhammad menceritakan kepada kami, katanya: Al-Haitsam bin Humaid menceritakan kepada kami, katanya: Al-`Ala’ bin Al-Harits menceritakan kepada kami daripada Haram bin Hakim daripada bapa saudaranya bahawa dia bertanya Rasulullah s.a.w. tentang apa yang halal kepadaku terhadap isteriku ketika dia sedang berhaidh, Nabi s.a.w. menjawab: “Harus kepadamu apa yang di atas kain”. Dan perawi menyebutkan juga tentang makan bersama perempuan berhaidh seterusnya perawi mengemukakan hadits tersebut.
212 – Hisyam bin Abdil Malik Al-Yazani menceritakan kepada kami, katanya: Baqiyyah bin al-Walid menceritaka kepada kami daripada Sa’ad al-Aghtosy yaitu Ibn Abdillah daripada Abdir Rahman binAiz al-Azdi, katanya: “Hisyam ialah Ibn Qurt seorang ketua puak Himsh” mengambil daripada Mu`az bin Jabal, katanya: “Saya telah bertanya Rasulullah s.a.w. tentang apa yang halal kepada seseorang terhadap isterinya ketika mana dia sedang berhaidh, Baginda menjawab: “Apa yang di atas dari kain dan memelihara diri daripadaya itu adalah lebih afdhal/
197 – Abu Taubah Ar-Rabi bin Nafi meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn Al-Mubarak meriwayatkan kepada kami daripada Muhammad bin Ishaq, katanya: Shadaqah bin Yasar meriwayatkan kepada saya daripada `Aqil bin Jabir daripada Jabir, katanya: Pernah kami keluar bersama-sama Rasulillah s.a.w maksud beliau dalam peperangan zatir riqo’, ada seorang (Sahabat) telah menawan/membunuh seorang isteri kepada seorang musyrikin, maka si musyrkin itu bersumpah bahawa dia tidak akan berhenti (dari menuntut bela) sehinggalah dia dapat menumpahkan darah dari kalangan Sahabat Muhammad s.a.w. Dia pun keluar mengikuti jejak Nabi s.a.w, maka Nabi s.a.w berhenti di suatu tempat lalu Baginda berkata: Siapa yang akan mengawal kita? Seorang daripada kalangan Muhajirin dan seorang daripada kalangan Ansor telah menyahut seruan Rasulullah s.a.w itu. Maka Baginda s.a.w berkata: Hendaklah kamu berdua berada di muka jalan antara dua bukit. Kata Jabir: Apabila kedua-dua mereka itu pergi ke muka jalan antara dua bukit itu maka sahabat Muhajir itu tidur dan sahabat Ansor tersebut berdiri mengerjakan sembahyang. Orang musyrik itu pun datang dan ternampak olehnya satu lembaga (orang) lalu dia mengetahui itu adalah pengawal kepada askar-askar yang lain, maka dia memanah sahabat Ansor tersebut dan mengenainya, tetapi beliau mencabutnya, sehingga dipanahnya lagi dengan tiga anak panah, kemudian sahabat Ansor itu ruku’ dan sujud, setelah itu (setelah selesai sembahyang) dia mengejutkan rakannya. Apabila si musyrikin itu mengetahui bahawa mereka telah menyedari tentangnya dia pun melarikan diri. Apabila Sahabat muhajir itu melihat darah yang berlumuran pada sahabat Ansor itu lalu dia berkata: Subhanallah, kenapa engkau tidak mengejutkan aku ketika engkau dipanah pada kali yang pertama? Dia berkata: Pada ketika itu aku sedang membaca satu surah, kerana itu aku tidak mahu memotongnya.
198 – Ahmad bin Muhammad bin Hanbal meriwayatkan kepada kami, katanya Abdur Razzaq meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn Juraij meriwayatkan kepada kami, katanya: Nafi’ meriwayatkan kepadaku, katanya:Abdullah bin `Umar meriwayatkan kepadaku bahawa Rasulallah s.a.w pada suatu malam tidak dapat mengerjakan sembahyang di awal waktu sehingga Bagida s.a.w mengerjakannya di akhir waktu sampai kami tertidur di dalam masjid, kemudian kami sedar dan tertidur pula dan kami sedar kemudian tertidur lagi, setelah itu Rasulullah s.a.w keluar kepada kami sambil Baginda bersabda: Tidak ada sesiapa pun yang sedang menunggu sembahyang ini selain daripada kamu.
199 – Syadz bin Fayyadh meriwayatkan kepada kami, katanya: Hisyam Ad-Dastawa’I meriwayatkan kepada kami daripada Qatadah daripada Anas, katanya: Para sahabat Rasulullah s.a.w sedang menunggu sembahyang `isya’ sehingga tersengguk-sengguk, kemudian mereka bersembahyang dengan tidak berwudhu’ terlebih dahulu.
Abu Daud berkata: Syu’bah meriwayatkan dalam haditsnya daripada Qatadah, katanya: Kami tersengguk di zaman Rasulullah s.a.w. Abu Daud berkata: Hadits ini telah diriwayatkan oleh Ibn Abi `Arubah daripada Qatadah dengan lafaz yang lain.
200 – Musa bin Ismail dan Daud bin Syabib meriwayatkan kepada kami, kata mereka: Hammad bin Salamah meriwayatkan kepada kami daripada Tsabit Al-Bunani bahawa Anas bin Malik berkata: sembahyang Isya’ telah pun diiqamatkan, tiba-tiba bangkit seorang lelaki lalu berkata: Wahai Rasulullah! Saya ada hajat, maka Rasulullah s.a.w pun pergi bercakap-cakap dengannya (secara perlahan-lahan) sehingga tertidurlah orang yang berada di dalam masjid atau sebahagian orang yang berada di dalam masjid. Kemudian (lama selepas itu) Rasulullah s.a.w menjadi imam kepada mereka. Tetapi perawi tidak ada menyebutkan tentang wudhu’ dalam riwayat ini.
201 – Yahya bin Ma’in, Hannad bin As-Sariy dan Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami daripada Abd As-Salam bin Harb. Dan ini adalah lafaz hadis yang diriwayatkan oleh Yahya daripada Abi Khalid Ad-Dalani daripada Qatadah daripada Abi Al-Aliyah daripada Ibn Abbas bahawa Rasulallah s.a.w sujud dan tertidur sehingga berdengkur, kemudian Baginda bangkit bersembahyang tetapi Baginda tidak berwudhu’ terlebih dahulu. Maka saya berkata kepadanya: engkau bersembahyang tanpa berwudhu’ terlebih dahulu, padahal engkau telah tidur tadi? Lalu Baginda bersabda: Wudhu’ hanya mesti kepada orang yang tidur dengan berbaring. Utsman dan Hannad telah membuat penambahan “kerana apabila seseorang itu berbaring akan menjadi lembutlah sendi-sendinya”.
Abu Daud berkata: Kata-kata “perlu berwudhu’ kepada orang yang tidur secara berbaring” itu merupakan hadits munkar. Tidak ada orang lain yang meriwayatkannya melainkan Yazid Ad-Dalani. Bahagian awal hadits ini telah diriwayatkan oleh sekumpulan perawi daripada Ibn Abbas tetapi mereka tidak ada menyebutkan sesuatu pun daripada perkara tersebut. Dan dia berkata: Nabi s.a.w terpelihara orangnya. Aisyah berkata: Nabi s.a.w bersabda: Dua mataku tidur tetapi hatiku berjaga. Syu’bah berkata: Qatadah hanya mendengar empat hadits sahaja daripada Abi Al-Aliah, yaitu hadits Yunus bin Matta, hadits Ibn Umar tentang sembahyang, hadits tentang hakim itu ada tiga macam dan hadits Ibn Abbas yang mana Ibn Abbas menyebutkan bahawa ada beberapa orang yang disenangi telah meriwayatkan hadits kepadaku, di antara mereka ialah Umar dan yang paling aku senangi antara mereka adalah Umar..
202 – Haiwah bin Syuraih Al-Himshiy dengan sanad yang lain meriwayatkan kepada kami, kata mereka: Baqiyyah meriwayatkan daripada Al-Wadhin bin Atha’ daripada Mahfuzh bin Alqamah daripada Abdir Rahman bin A’idz daripada `Ali bin Abi Thalib r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Pengikat dubur itu ialah dua mata, oleh itu sesiapa yang tertidur hendaklah dia berwudhu’.
186 – Abdullah bin Maslamah meriwayatkan kepada kami, katanya: Malik meriwayatkan kepada kami daripada Zaid bin Aslam daripada Atha’ bin Yasar daripada Ibn `Abbas bahawa Rasulullah s.a.w pernah memakan paha kambing kemudian Baginda s.a.w bersembahyang dengan tidak berwudhu’ terlebih dahulu.
187 – Utsman bin Abi Syaibah dan Muhammad bin Sulaiman Al-Anbari meriwayatkan kepada kami, sama dari segi maknanya, kata mereka: Waki‘ meriwayatkan kepada kami daripada Misar daripada Abi Shahrah iaitu Jami bin Syaddad daripada Al-Mughirah bin Abdillah daripada Al-Mughirah bin Syu‘bah, katanya: Aku pernah menjadi tetamu kepada Nabi s.a.w pada suatu malam, Baginda pun menyuruh orang supaya dipanggang rusuk kambing, dan Baginda mengambil pisau lalu terus menghiris rusuk kambing tersebut. Kata perawi (Mughirah): Kemudian Bilal pun datang memberitahu kepada Baginda tentang sembahyang. Kata perawi: Nabi s.a.w terus mencampakkan pisaunya sambil dia berkata: Apalah engkau ni! Dan Baginda pun bangkit pergi bersembahyang. Al-Anbari menambahkan dalam riwayatnya (kata perawi) ketika itu misai saya sudah panjang, maka Nabi s.a.w memotongnya dengan meletakkan kayu sugi di bawahnya atau (syak daripada perawi) dia berkata: Aku akan gunting misai engkau ini dengan meletakkan kayu sugi di bawahnya nanti.
188 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Al-Ahwash meriwayatkan kepada kami, katanya: Simak meriwayatkan kepada kami daripada Ikrimah daripada Ibn Abbas, katanya: Rasulullah s.a.w pernah memakan paha kambing, kemudian Baginda menyapu tangannya dengan sehelai kain yang berada di bawahnya, kemudaian Baginda bangun lalu bersembahyang.
189 – Hafsh bin Umar An-Namari meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammam meriwayatkan kepada kami daripada Qatadah daripada Yahya bin Yamar daripada Ibn `Abbas bahawa Rasulullah s.a.w telah menggigit daging kambing kemudian Baginda s.a.w bersembahyang tampa berwudhu’ terlebih dahulu.
190 – Ibrahim bin Al-Hasan Al-Khatsami meriwayatkan kepada kami, katanya: Hajjaj meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad bin Al-Munkadir meriwayatkan kepada kami, katanya: Aku telah mendengar Jabir bin Abdillah berkata: pernah aku membawakan roti dan daging kepada Nabi s.a.w, Baginda memakannya kemudian meminta air buat berwudhu’ lalu berwudhu’ dengannya kemudian Baginda s.a.w bersembahyang zohor, setelah itu Baginda s.a.w meminta makanan yang masih berbaki lalu memakannya pula kemudian Baginda s.a.w pergi bersembahyang tanpa berwudhu’ terlebih dahulu.
191 – Musa bin Sahl iaitu Abu Imran Ar-Ramli meriwayatkan kepada kami, katanya: Ali bin Ayyasy meriwayatkan kepada kami, katanya: Syuaib bin Abi Hamzah meriwayatkan kepada kami daripada Muhammad bin Al-Munkadir daripada Jabir, katanya: Yang terakhir dari dua keadaan Nabi s.a.w ialah tidak berwudhu’ kerana memakan sesuatu yang dimasak dengan api.
Abu Daud berkata: Hadits ini adalah ringkasan daripada hadits yang pertama.
192 – Ahmad bin Amr bin As-Sarh meriwayatkan kepada kami, katanya: Abdul Malik bin Abi Karimah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn As-Sarh adalah antara Muslimin terpilih, katanya: Ubaid bin Tsumamah Al-Muradi meriwayatkan kepada kami, katanya: Abdullah bin Al-Harits bin Jaz’ salah seorang daripada Sahabat Nabi s.a.w telah datang kepada kami di Mesir, aku pun mendengar beliau bercerita di masjid Mesir, katanya: Aku adalah salah seorang daripada tujuh orang atau salah seorang daripada enam orang yang bersama Nabi s.a.w di sebuah rumah seorang lelaki, setelah itu Bilal datang lalu menyeru Nabi s.a.w untuk bersembahyang, kami pun keluar, maka kami lalu dekat seorang yang mana periuknya sedang berada di atas api, Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: Daging yang ada dalam periuk engkau itu telah masakkah? Orang itu menjawab: Ya! Ku tebus engkau dengan ayah dan ibuku. Maka Nabi s.a.w mengambil seketul daging daripada periuk itu, terus Baginda mengunyah daging tersebut sehingga sebelum Baginda mengangkat takbiiratul ihram dan aku memerhatikannya.
بَاب التَّشْدِيدِ فِي ذَلِكَ
Bab – Perintah Yang Kuat Berhubung Perkara Ini (kemestian berwudhu’ setelah memakan sesuatu yang dimasak oleh api)
193 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya meriwayatkan daripada Syu`bah, katanya: Abu Bakr bin Hafsh meriwayatkan kepadaku daripada Al-Aghar daripada Abi Hurairah, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Perlu berwudhu’ kerana sesuatu yang dimasak oleh api”.
194 – Muslim bin Ibrahim meriwayatkan kepada kami, katanya: Aban meriwayatkan kepada kami daripada Yahya iaitu Ibn Abi Katsir daripada Abi Salamah bahawa Aba Sufyan bin Sa`id bin Al-Mughirah telah menceritakan kepadanya bahawasanya beliau telah pergi mengunjungi Ummi Habibah, maka Ummi Habibah memberi minum kepadanya semangkuk sawiq, dia pun meminta air lalu berkumur, maka Ummi Habibah berkata: Wahai anak makcik ku! Kenapa engkau tidak berwudhu’ sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: Berwudhu’lah kamu kerana sesuatu yang diubah oleh api atau sabdanya: Sesuatu yang telah disentuh api.
195 – Qutaibah bin Said meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-Laits meriwayatkan kepada kami daripada Uqail daripada Az-Zuhri daripada Ubaidillah bin Abdillah daripada Ibn `Abbas bahawa Nabi s.a.w pernah minum susu setelah itu Baginda meminta air lalu berkumur, kemudian Baginda s.a.w bersabda: Sesungguhnya susu itu mengandungi lemak.
بَاب الرُّخْصَةِ فِي ذَلِكَ
195 – Qutaibah bin Said meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-Laits meriwayatkan kepada kami daripadauqail daripada Az-Zuhri daripada Ubaidillah binAbdillah daripada Ibn `Abbas bahawa Nabi s.a.w pernah minum susu setelah itu Baginda meminta air lalu berkumur, kemudian Baginda s.a.w bersabda: sesungguhnya susu itu mengandungi lemak.
196 – Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami daripada Zaid bin Al-Hubab daripada Muthi bin Rasyid daripada Taubah Al-`Anbari bahawasanya dia telah mendengar Anas bin Malik berkata bahawa Rasulallah s.a.w pernah minum susu tetapi Baginda tidak berkumur dan tidak berwudhu’ dan Baginda telah bersembahyang (dengan tidak mengambil wudhu’ terlebih dahulu), Zaid berkata: Syu’bah telah menunjukkan Syaikh ini kepada ku.
183 – Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Muawiyah meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-Amasy meriwayatkan daripada Abdillah bin Abdillah Ar-Razi daripada Abdir Rahman bin Abi Laila daripada Al-Bara’ bin `Azib, katanya: Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang wudhu’ kerana memakan daging unta. Maka Rasulullah s.a.w menjawab: Berwudhu’lah kamu kerananya. Baginda pernah ditanya tentang berwudhu’ kerana memakan daging kambing. Maka Baginda menjawab: Tidak perlulah kamu berwudhu’ kerananya. Baginda ditanya tentang bersembahyang di kandang unta. Baginda menjawab: Janganlah kamu bersembahyang di kandang unta kerana ia adalah sebahagian daripada syaitan. Baginda ditanya tentang bersembahyang di kandang kambing. Baginda menjawab: Bersembahyanglah di kandang kambing itu kerana kambing adalah berkat.
184 – Muhammad bin Al-Ala’, Ayyub bin Muhammad Ar-Raqqi dan Amr bin Utsman Al-Himshi meriwayatkan kepada kami sama dari segi maknanya, kata mereka: Marwan bin Muawiyah meriwayatkan kepada kami, katanya Hilal bin Maimun Al-Juhani meriwayatkan kepada kami daripada Atha’ bin Yazid Al-Laitsi, Hilal berkata: Tidak aku ketahuinya (‘atha’) melainkan dia mengambil daripada Abi Said. Ayyub dan Amar berkata: Saya rasa dia mengambil daripada Abi Said, bahawa Nabi s.a.w telah lalu dekat seorang budak lelaki yang sedang melapah kambing maka Baginda berkata: Ketepi, biar aku tunjukkan kepadamu (cara melapah kambing), maka Baginda memasukkan tangannya di antara kulit dan daging kambing, lalu ditekannya dengan tangannya itu hingga terlindung tangannya sampai dekat ketiak, kemudian Baginda pergi, terus bersembahyang menjadi imam kepada orang ramai dengan tidak berwudhu’ terlebih dahulu. Amar menambahkan dalam haditsnya, maksudnya, Nabi s.a.w tidak menyentuh air langsung. Dan dia berkata: Marwam bin Mu’awiyah mengambil daripada Hilal bin Maimun Ar-Ramli.
Abu Daud berkata: Hadits ini telah diriwayatkan oleh Abdul Wahid bin Ziadah dan Mu’awiyah daripada Hilal daripada ‘Atha’ daripada Nabi s.a.w secara mursal, mereka berdua tidak menyebutkan (dalam sanadnya) Aba Sa’id.
بَاب تَرْكِ الْوُضُوءِ مِنْ مَسِّ الْمَيْتَةِ
Bab – Tidak Perlu Berwudhu’ Kerana Menyentuh Bangkai
185 – Abdullah bin Maslamah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sulaiman iaitu Ibn Bilal meriwayatkan kepada kami daripada Jafar daripada ayahnya daripada Jabir bahawa Rasulullah s.a.w lalu dekat pekan dengan memasukinya dari salah satu kawasan ‘aliah, orang ramai berada di kedua belah Nabi s.a.w. Setelah itu Nabi s.a.w lalu dekat bangkai seekor anak kambing yang telinganya melekat pada dagingnya/telinganya terpotong, Baginda mengambilnya dengan memegang telinganya, kemudian Baginda s.a.w bersabda: Siapakah di atara kamu yang suka mengambil bangkai ini menjadi haknya? Dan perawi telah mengemukakan hadits seterusnya.