Ilmu-Ilmu dan Perbincangan Tentang Hadith – Mustolah Hadith – Sesi 36

Mustalah Al Hadith – Sesi 36 – Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 31- Jan-16

-Sahabat Yang Paling Banyak Meriwayatkan Hadis

Sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis ialah enam orang mereka ialah:

  1. Abu Hurairah, meriwayatkan sebanyak 5374 hadis dan jumlah perawi yang meriwayatkan daripada beliau lebih 300 orang.
  2. Ibn `Umar, meriwayatkan sebanyak 2630 hadis
  3. Anas bin Malik, meriwayatkan sebanyak 2286 hadis
  4. `A’ishah, meriwayatkan sebanyak 2210 hadis
  5. Ibn `Abbas, meriwayatkan sebanyak 1660 hadis
  6. Jabir bin `Abdullah, meriwayatkan sebanyak 1540 hadis

Sahabat Yang Paling Banyak Memberi Fatwa

Sahabat yang paling banyak memberi fatwa ialah Ibn `Abbas kemudian diikuti oleh sahabat-sahabat besar yang lain seramai enam orang sebagaimana yang disebutkan Masruq: “Ilmu para sahabat berakhir kepada enam orang, `Umar, `Ali, Ubay bin Ka’b, Zayd bin Thabit, Abu al-Darda’ dan Ibn Mas’ud kemudian berakhir kepada `Ali dan Ibn Mas’ud.

Siapakah al-`Abadilah?

Yang dimaksudkan dengan al-’Abadilah ialah sahabat yang bernama `Abdullah dan bilangan mereka mencapai 300 orang. Tetapi yang dimaksudkan di sini ialah empat orang sahabat yang bernama `Abdullah iaitu `Abdullah bin `Umar; `Abdullah bin `Abbas, `Abdullah bin al-Zubayr dan `Abdullah bin `Amr bin al-`As.

Keistimewaan mereka ialah kerana mereka merupakan ulama sahabat yang lewat meninggal dunia sehingga ilmu mereka itu diperlukan. Maka dengan itu mereka memiliki keistimewaan dan kemasyhuran. Apabila mereka bersepakat dalam fatwa maka dikatakan ini adalah pendapat al-`Abadilah.

Bilangan Sahabat

Tidak ada satu penjumlahan yang tepat tentang bilangan sahabat.  Bagaimanapun ada beberapa pendapat ahli ilmu yang menunjukkan mereka itu lebih daripada 100,000 orang.

Pendapat yang paling masyhur ialah pendapat Abu Zur’ah al-Razi, katanya: `Rasulullah s.a.w. wafat dengan meninggalkan 114 000 yang mendengar dan meriwayatkan hadis daripada baginda.

Bilangan Tabaqat Sahabat

Ulama berbeza pendapat berhubung dengan tabaqat sahabat.  Ada yang membahagikan berdasarkan kepada dahulunya memeluk Islam, hijrah atau menyertai sesuatu peristiwa penting.  Ada juga ulama menentukan tabaqat berdasarkan perkiraan lain.  Semuanya itu menurut ijtihad masing-masing.

  1. Ibnu Sa’ad membahagikan kepada lima tabaqat
  2. Al-Hakim membahagikan kepada dua belas tabaqat

Sahabat Yang Paling Utama

Sahabat yang paling utama secara mutlak ialah Abu Bakar al-Siddiq. Kemudian Umar al-Khattab dengan ijma’ orang Islam.  Kemudian diikuti dengan `Uthman kemudian `Ali mengikut pendapat jumhur Ahli Sunnah kemudian sahabat sepuluh yang dijamin syurga (Nota: Kesemua sahabat berdasarkan ayat-ayat Quran dijamin masuk syurga-At Taubah, ayat 100. Yang dimaksudkan di sini ialah jaminan kepada sepuluh orang sahabat itu disebutkan secara khusus dalam satu hadis), kemudian ahli Badr kemudian ahli Uhud dan ahli Bay’ah Ridwan.

Sahabat Pertama Memeluk Islam

  1. Dari kalangan lelaki yang merdeka: Abu Bakar al-Siddiq.
  2. Dari kalangan kanak-kanak: `Ali bin Abi Talib
  3. Dari kalangan wanita: Khadijah, Ummu al-Mu’minim
  4. Dari kalangan hamba bebasan: Zayd bin Harithah
  5. Dari kalangan hamba: Bilal in Rabah

Sahabat Terakhir Meninggal Dunia

Sahabat terakhir meninggal dunia ialah Abu al-Tufayl `Amir bin Wathilah al-Laythi. Beliau meninggal dunia pada tahun 100H di Mekah.  Malah dikatakan kemudian daripada itu lagi.  Sahabat yang terakhir meninggal pada tahun 93 H di Basrah.

Kitab-Kitab Yang Masyhur Tentang Sahabat

  1. “Al-Isaabah Fi Tamyiz al-Sahabah” oleh Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani.
  2. “Usd al-Ghabah Fii Ma’rifah al-Sahaabah” oleh `Ali bin Muhammad al-Jazari yang terkenal dengan Ibn al-Athir.
  3. “Al-Istii’aab Fii Asmaa’ al-Ashaab” oleh Ibnu `Abd al-Barr

Ilmu-Ilmu & Perbincangan Tentang Hadith – Mustolah Al-Hadis – Sesi 1

Mustalah Al Hadith -Sesi 1- Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 05 Apr 15

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

PRAKATA

Segala pujian bagi Allah s.w.t. yang telah mengurniakan ni’mat kepada orang-orang Islam dengan menurunkan al-Qur’an, menjamin untuk menjaganya dalam dada dan suratan hingga hari Akhirat dan menjadikan penjagaan Sunnah Penghulu sekalian rasul antara penyempurnaan penjagaan al-Qur’an.

Selawat dan salam buat Penghulu dan Nabi kita yang Allah s.w.t. mewakilkan baginda untuk menjelaskan perkara yang dikehendaki-Nya dari al-Qur’an dengan firman-Nya:

وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

“Dan Kami turunkan kepadamu al-Qur`an agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka supaya mereka memikirkan.” (Surah al-Nahl: 44)

Dengan cara yang jelas dan terang, Rasulullah s.a.w. menjelaskan al-Qur`an dengan ucapan-ucapannya, perbuatan-perbuatannya dan pengakuan-pengakuannya.

Semoga Allah meredhai para sahabat yang menerima secara langsung daripada Rasulullah s.a.w. lalu mereka menjaganya dan memindahkan kepada orang-orang Islam sebagaimana mereka mendengarnya dalam keadaan suci dan murni dari kekeruhan pengubahan dan penukaran.

Didoakan rahmat dan keampunan untuk salaf yang soleh yang menukilkan Sunnah daripada generasi demi generasi dan mereka telah meletakkan prinsip-prinsip dan neraca-neraca yang halus untuk menjaga penukilannya dan periwayatannya demi memurnikannya dari penyelewengan golongan yang batil.

Semoga Allah memberi balasan yang mulia untuk mereka yang menuruti jejak langkah salaf dari kalangan ulama Islam yang menerima prinsip-prinsip periwayatan Sunnah dan neraca-neracanya daripada salaf, lalu mereka menyaringnya, menyusunkannya dan mengumpulkannya di dalam karangan-karangan yang berasingan yang kemudiannya dinamakan dengan ilmu Mustalah al-Hadith.

Ketika penulis ditugaskan mengajar ilmu Mustalah al-Hadith sejak beberapa tahun di Kulliyyah Shari’ah di Universiti Islam Madinah, yang ketika itu teksnya `Ulum al-Hadith karangan Ibn al-Salah kemudian digantikan pula dengan kitab ringkasannya “al-Taqrib” tulisan Imam al-Nawawi, penulis bersama dengan para mahasiswa mengalami kesukaran dalam mempelajari kedua-dua kitab tersebut dari kulit ke kulit walaupun ianya sangat hebat dan faedahnya melimpah. Antara kesukaran tersebut ialah perincian dan penjelasan pada sesetengah perbahasan terutamanya pada kitab Ibn al-Salah. Di samping terlalu ringkas di tempat yang lain terutamanya pada kitab Imam al-Nawawi. Lain-lain kesukaran seperti frasa-frasa kitab yuang sukar difahami, perbahasan-perbahasan yang tidak lengkap seperti tidak mengemukakan definisi, mengabaikan contoh, tidak menyatakan faedah perbahasan, tidak menyebut karangan-karangan yang terkenal dan sebagainya. Demikian juga yang penulis temui dalam kitab-kitab ulama terdahulu yang lain malah sesetengah kitab itu tidak meliputi semua cabang ilmu hadis. Setengahnya pula tidak disaring dan tidak tersusun. Kemaafan bagi mereka sama ada perkara-perkara yang mereka tinggal tersebut jelas kepada mereka atau kerana keperluan zaman mereka untuk didetailkan sesetengah perbahasan atau sebab-sebab lain yang kita ketahui dan tidak ketahui.

Oleh itu penulis ingin menyediakan satu buku yang mudah tentang Mustalah al-Hadith dan `Ulum al-Hadith untuk para mahasiswa Kulliyyah Shari’ah yang akan memudahkan mereka memahami kaedah-kaedah ilmu ini. Penulis membahagikan setiap perbahasan kepada perenggan yang dimulakan dengan definisi diikuti dengan contohnya dan kemudian pembahagiannya dan diakhiri dengan perenggan tentang karangan-karangan yang terkenal tentangnya. Semua itu dengan ayat yang mudah, laras ilmiah jelas tanpa kesukaran dan kerumitan. Penulis tidak menyentuh kebanyakan khilafiah, pendapat-pendapat dan meluaskan perbahasan bagi menjaga masa yang ringkas yang dikhususkan untuk subjek ini di Kuliyyah Shari’ah dan Kulliyyah Pengajian Islam.

Penulis menamakan buku ini dengan Taysir Mustalah al-Hadith (Mempermudahkan ilmu Mustalah al-Hadith). Penulis tidak berpendapat bahawa dengan buku ini, kitab-kitab ulama terdahulu dalam ilmu ini tidak diperlukan lagi. Penulis hanya bertujuan menjadikannya sebagai anak kunci, catatan tentangnya dan pemudah untuk memahami maknanya. Kitab-kitab para imam dan ulama terdahulu tetap terus menjadi rujukan ulama dan ahli iktisas ilmu ini dan merupakan mata air melimpah yang mereka mengambil air darinya.

Penulis tidak lupa untuk menyebutkan bahawa sejak akhir-akhir ini terbit beberapa tulisan pengkaji yang sangat bermanfaat terutamanya sanggahan terhadap kekeliruan orientalis dan golongan menyeleweng. Cuma sesetengahnya berjela, terlampau ringkas dan ada yang tidak meliputi kesemua topik. Oleh itu, penulis mahu buku ini menjadi pertengahan di antaara yang terlalu mendalam dan yang terlalu ringkas dan meliputi kesemua perbahasan.

Pembaharuan yang cuba diketengahkan penulis dalam buku ini ialah:

1. Pembahagian setiap perbahasan kepada beberapa perenggan bagi memudahkan pelajar memahaminya.

2. Kesempurnaan pada setiap perbincangan dari segi rangka umum seperti mengemukakan definisi, contoh dan sebagainya.

3. Meliputi semua perbahasan ilmu Mustalah al-Hadith secara ringkas.

Dari segi penyusunan bab, penulis memanfaatkan kaedah Hafiz Ibn Hajar dalam kitabnya, Nukhbah al-Fikar dan syarahnya, Nuzhah al-Nazar kerana ia merupakan susunan terbaik yang diusahakan oleh beliau. Kebanyakan perbahasan ilmiah, penulis bergantung kepada kitab `Ulum al-Hadith oleh Ibn al-Salah, ringkasannya al-Taqrib oleh al-Nawawi dan syarahnya Tadrib al-Rawi oleh al-Suyuti.

Penulis membahagikan buku ini kepada pendahuluan dan empat bab. Bab pertama tentang khabar, bab kedua tentang al-Jarh wa al-Ta’dil, bab ketiga tentang riwayat dan prinsip-prinsipnya dan bab keempat tentang sanad dan mengenali para perawi.

Dalam mempersembahkan usaha yang tidak seberapa ini kepada para mahasiswa, penulis menginsafi akan kelemahan dan kekurangan dalam menunaikan hak ilmu ini dan penulis tidak mendakwa diri ini bersih dari kegelinciran dan kesilapan. Adalah diharapkan pembaca yang menemui kesilapan dalam buku ini mengingatkan penulis agar dapat dibaikinya. Penulis berharap kepada Allah s.w.t. agar para mahasiswa dan mereka yang terlibat dengan hadis mendapat manfaat daripadanya serta Dia menjadikannya sebagai amal ikhlas kerana-Nya.

Sesi 2 – 99 Usul Dirayah Untuk Mengenal Pasti Hadith-Hadith Dha’if Dan Maudhu’ – 

VIDEO – [Durasi – 2j 30m 53s] – Sesi 2 – 99 usul utk mengenal pasti hadis Dha’if & Maudhu’

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/HitJWDo7B2U ]

99 USUL DIRAYAH UNTUK MENGENAL PASTI HADITH-HADITH DHAIF DAN MAUDHU’

Oleh Maulana Mohd Asri Yusoff

Senarai 61 Usul Hadis Maudhu’ (yang dibincangkan dalam video Siri 1 –  https://youtu.be/YF2JVanvuus  )

1. Riwayat yang tidak sesuai dengan kedudukan Nabi s.a.w dan meng`aibkan Baginda.
2. Riwayat yang bercanggah dengan kenyataan dan pengalaman manusia.
3. Mengemukakan sesuatu yang tak masuk `aqal untuk menarik perhatian orang ramai.
4. Janji pahala besar kerana sesuatu `amalan yang kecil dan remeh-temeh.
5. Janji hukuman yang berat atau `azab yang besar kerana kesalahan yang kecil.
6. Hadits yang menyatakan kelebihan minyak tertentu.
7. Hadits yang menyatakan kelebihan bunga-bunga tertentu.
8. Kelebihan membela burung merpati atau ayam.
9. Semua riwayat tentang larangan menebang pokok bidara adalah maudhu` kecuali satu hadits
10. Hadits tentang kelebihan inai semuanya dha`if atau maudhu` kecuali hadits yang menganjurkan supaya berkhidhab dengan inai dan katam dan hadits berikut…
11. Riwayat tentang Nabi s.a.w mandi di dalam bilik mandi air panas dan melumurkan kapur untuk menghilangkan bulu-bulu di tubuh Baginda s.a.w.
12. Bercanggah dengan riwayat yang sahih lagi sharih.
13. Bercanggah dengan ayat Al-Qur’an yang terang.
14. Bercanggah dengan `aqal yang sihat dan sejahtera.
15. Hadits-hadits yang menyebut `Aishah dengan Humaira’ kebanyakannya maudhu` atau dha`if kecuali satu hadith
16. Hadits-hadits yang bermula dengan seruan يا علي maudhu` semuanya melainkan satu hadits
17. Ucapan yang tidak layak dikeluarkan oleh Nabi-nabi a.s
18. Peristiwa yang sepatutnya diriwayatkan oleh ramai orang tetapi hanya diriwayatkan seorang sahaja
19. Hadits yang menunjukkan kefardhuan sesuatu atau kepentingannya tetapi ia hanya diriwayatkan oleh seorang sahaja perawi.
20. Hadits yang menyebutkan secara jelas tarikh atau tahun sesuatu peristiwa yang akan berlaku
21. Hadits yang menyatakan kelebihan mana-mana tempat selain Mekah dan Madinah
22. Hadits yang menyatakan kelebihan mana-mana masjid selain Masjidil Haram, Masjid Nabi s.a.w, Masjid Aqsa dan Masjid Quba’
23. Riwayat yang menyatakan tentang kubur seseorang Nabi selain Nabi kita Muhammad s.a.w, terletak di sesuatu tempat dengan pasti
24. Riwayat yang menyatakan tentang`aqal semuanya dusta.
25. Riwayat yang menyatakan Nabi Ilyas dan Khadhir masih hidup
26. Riwayat yang menyebutkan tentang sembahyang sunat dengan kaifiat tertentu pada setiap hari dalam seminggu
27. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan bulan Rejab dan kelebihan berpuasa Rejab
28. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan sembahyang tertentu seperti sembahyang Ragha’ib pada bulan Rejab.
29. Riwayat kelebihan sembahyang tertentu pada malam Nisfu Sya`ban semuanya maudhu`.
30. Kelemahan dan kejelekan dari segi lafaz atau ma`na atau kedua-duanya
31. Riwayat yang mengandungi celaan terhadap mana-mana bangsa atau kaum
32. Riwayat yang menyebutkan dengan jelas tentang abad akan berlakunya hari qiamat
33. Hadits yang menyebutkan bulan atau hari tertentu sebagai bulan atau hari nahas
34. Hadits yang memuji atau mencela orang-orang yang dikasi
35. Hadits yang menyebutkan tentang fadhilat menziarahi kubur Nabi kita Muhammad s.a.w
36. Terdapatnya bukti-bukti menunjukkan kepalsuannya
37. Hadits yang mengandungi celaan terhadap anak-anak atau generasi kemudian.
38. Hadits yang menyebutkan tentang kelebihan permata-permata tertentu
39. Hadits yang menyebutkan tentang peperangan dengan golongan jin
40. Hadits yang menyebutkan perihal kelahiran Nabi s.a.w.
41. Hadits yang menyebutkan secara terperinci kelebihan setiap surah di dalam Al-Qur’an adalah maudhu` kecuali satu.
42. Hadits yang memuji atau mencela mana-mana imam empat mazhab
43. Hadits yang mencela sahabat Nabi s.a.w
44. Hadits yang memuji kehidupan membujang
45. Hadits yang mencela anak zina
46. Hadits tentang penurunan `ilmu tariqat atau haqiqat daripada Nabi s.a.w kepada orang-orang tertentu.
47. Hadits yang menyebutkan tentang `ilmu batin Saiyyidina `Ali
48. Riwayat daripada seseorang perawi Khariji atau Nashibi tentang keburukan Saiyyidina `Ali
49. Riwayat daripada seseorang perawi Syi`ah tentang kelebihan Saiyyidina `Ali
50. Riwayat perawi ahli bid`ah yang menyokong bid`ahnya
51. Riwayat ahli cerita kebanyakannya adalah dusta.
52. Ada orang yang sudah mati di dalam riwayat tersebut
53. Riwayat perawi pendusta atau dituduh pendusta
54. Perawi zindiq, tidak berugama atau fasiq
55 & 56 Perawi dhaif bercanggah dengan perawi kuat
57. Riwayat keluarga tertentu diampunkan pada hari qiamat
58. Hadits yang mengaitkan manusia dengan ibu-ibu mereka apabila dipanggil pada hari qiamat
59. Hadits yang memuji atau mencela bijirin, kekacang atau sayur-sayuran
60. Hadits yang menyebutkan tentang khilafah (pemerintahan) Bani `Abbas.
61. Hadits yang mencela Bani Umayyah.

[SAMBUNGAN] Usul Hadith Dhaif Dan Maudhu’ – Video ini ]

62. Hadits yang melarang menebang pokok bidara kecuali satu hadis.
63. Hadits yang menyebutkan Bani `Abbas sebagai ahli syurga.
64. Hadits yang mengemukakan sesuatu peristiwa yang bercanggah dengan apa yang disepakati oleh ahli-ahli sejarah yang mu`tabar.
65. Riwayat yang terdapat petunjuk (qarinah) padanya tentang kekarutan dan kedustaannya.
66. Riwayat yang menyatakan ketinggian dan kebesaran luar biasa saiz tubuh golongan `Amaliqah, `Aad, Tsamud dan `Uuj Bin `Unuq.
67. Riwayat yang menyatakan kelebihan bukit-bukit tertentu seperti Thursina, Qaf
68. Riwayat yang menyatakan tentang penghidupan semula kedua ibu bapa Nabi s.a.w atau menyatakan dengan jelas tentang mereka berdua sebagai ahli syurga.
69. Riwayat yang menyatakan tentang keimanan kedua ibu bapa Nabi s.a.w dan keimanan Abu Thalib.
70. Riwayat yang memuji kecantikan rupa paras.
71. Riwayat yang memuji kezaliman, kerosakan dan kebatilan di samping mengeji kebenaran.
72. Riwayat yang menyatakan fadhilat bercelak, berpakaian baru, bersembahyang, berbelanja lebih daripada biasa utk ahli keluarganya, bersuka ria atau bersedih dan berduka dan lain-lain `amalan pd hari `Asyura’ semuanya adalah maudhu` kecuali berpuasa pada hari tersebut.
73. Riwayat yang menyatakan fadhilat bersembahyang dengan memakai serban dan cincin.
74. Riwayat yang menyatakan Ishaq sebagai anak Nabi Ibrahim a.s yang disembelih bukan Ismail
75. Riwayat yang menyebutkan tentang Abdal, Aqtab dan para wali.
76. Riwayat yang menyebutkan tentang doa dengan wasilah.
77. Riwayat yang menyebutkan tentang imamah, walayah dan khilafah `Ali.
78. Riwayat yang menyatakan tentang benarnya `Ali dalam setiap pertelingkahan yang berlaku di antara beliau dengan para sahabat yang lain semasa pemerintahannya
79. Riwayat- yang mencela atau memburuk-burukkan para isteri Nabi s.a.w seperti `Aishah disalak anjing Hau’ab.
80. Riwayat yang menyebutkan tentang syahadah Husain.
81. Hadits yang mencela orang-orang yang terlibat dengan apa-apa pekerjaan yang halal adalah maudhu` semuanya
82. Riwayat yang menyebutkan tentang بسم الله perlu dinyaringkan bacaannya di dalam sembahyang tidak ada satu pun sahih.
83. Riwayat-riwayat yang menyebutkan tentang mana-mana sahabat atau mana-mana wali akan menjadi saqi (pemberi minum air) di kolam Kautsar nanti adalah palsu semuanya.
84. Riwayat-riwayat yang menyebutkan tentang orang-orang tertentu akan mempunyai naungan atau teduhan sendiri di hari qiamat nanti adalah palsu.
85. Hadits-hadits yang menyebutkan tentang penguasaan dunia melalui Isim a`zam.
86. Riwayat-riwayat Israiliyyat yang bercanggah dan bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah.
87. Memanglah ada hadits-hadits sahih tentang kelebihan Fathimah,
`Ali, Hasan dan Husain, namun di sana terdapat banyak sekali hadits-hadits palsu berhubung dengan mereka. Seperti hadits Kisa’ dan hadits Hasan dan Husain adalah dua pemuda ahli syurga dan lain-lain.
88. Hadits-hadits yang menyebutkan tentang kelebihan `Ali Zainal `Abidin, Al-Baqir dan Ja`far Sadiq adalah palsu semuanya.
89. Sesuatu peristiwa yang disebutkan di dalam sesuatu riwayat akan dikira tidak benar apabila bercanggah dengan apa yang tersebut di dalam hadits-hadits yang masyhur atau mutawatir.
90. Sesuatu riwayat walaupun dikemukakan oleh perawi tsiqah akan tertolak jika ia mengandungi sesuatu `amalan yang tidak di`amalkan oleh sahabat, tabi`in dan tab`i at-tabi`in.
91. Riwayat yang menyebutkan tentang tasawwuf.
92. Riwayat yang bercanggah dengan qa’idah bahasa ‘Arab.
93. Riwayat yang menyebutkan tentang kelebihan hidup dalam keadaan papa kedana.
94. Riwayat yang menyebutkan tentang Saiyyidina `Ali sebagai pintu `ilmu.
95. Riwayat- yang menyebutkan tentang wasiat Nabi s.a.w berkenaan dengan imamah dan walayah `Ali.
96. Riwayat yang menyatakan `aqal sebagai kejadian pertama adalah maudhu` kesemuanya.
97. Riwayat yang menyatakan nur Nabi s.a.w sebagai makhluk pertama semuanya maudhu`.
98. Riwayat yang menyatakan kejadian seseorang manusia daripada nur ilahi sudah tentu maudhu`
99. Semua riwayat tentang Panjtan adalah maudhu`

E-BOOK  – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA KULIAH – 99 USUL DIRAYAH UNTUK MENGENAL PASTI HADITH-HADITH DHAIF DAN MAUDHU’

Misykat al-Masabih – Kitab Iman – Sesi Permulaan

VIDEO – [Durasi – 1j 28m 16s ] -Sesi 00A – Makna Iman Yang Sebenar – [Misykatul Masobih – Kitab Iman]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/riH3SnYWfVU ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:05 – Muqaddimah Kitab Iman

2- 3:35 – Maksud Perkataan “Iman”

3- 13:20 – Bilangan Malaikat sangat ramai

4- 15:57 – Siapa Ahli Tahqiq?

5- 16:55 – Iman ialah membenarkan ajaran-ajaran yang kita yakini sebagai agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w

6- 20:12 – Perbezaan Asyairah dengan Ahli hadith

7- 23:38 – Ta’rif iman dan kufur

8- 43:53 – Para ulama’ telah membahagikan kufur kepada dua bahagian

VIDEO – [Durasi – 1j 47m 45s ] – Sesi 00B – Meraikan Kesempurnaan Iman – [Misykatul Masobih – Kitab Iman]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/YuOeRIaRzwk ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN
1- 02:15 – Perbezaan di antara “Firqah” dan “Mazhab”
2- 04:50 – Iman Menurut Firqah Murjiah
3- 13:41 – Iman Menurut Firqah Karramiyah
4- 15:50 – Iman Menurut Firqah Jahmiyah
5- 19:00 – Iman Menurut Firqah Khawarij dan Mu’tazilah
6- 23:25 – Iman Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah
7- 28:40 – Golongan Ahli Sunnah terbahagi kepada dua kumpulan dalam menentukan kombinasi tiga bahagian Iman
8- 50:12 – Dalil-dalil yang dikemukakan oleh Al-Aini bagi pihak Abu Hanifah, hakikat Iman membenarkan dengan hati
SESI SOAL JAWAB
1- 01:33:00 : Mengapa Maulana tidak menyebut takrif iman di sisi Syi’ah dalam nota kuliah?
2- 01:34:22 : Bolehkah dikatakan demonstrasi di Mesir adalah berciri Khawarij moden?
3- 01:39:38 : Selamatkah kita guna kitab-kitab Tafsir Zamakhsyari yang beraqidah Mu’tazilah?
4- 01:41:48 : Apakah kitab rujukan utama dalam aqidah bagi dua golongan besar bagi Ahli Sunnah iaitu Asyairah dan Salafi?
5- 01:43:10 : Apakah kedudukan iman orang mengatakan hukuman hudud tidak sesuai dilaksanakan dalam masyarakat majmuk?

VIDEO – [Durasi – 1j 24m 15s ] – Sesi 00C – Hakikat Iman – [Misykatul Masobih – Kitab Iman]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/cMNp81AZSvI ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:05 – Perbezaan tentang hakikat iman

2- 01:07:00 :- Iman itu bertambah dan berkurang

3- 01:09:23 – Penjelasan pendapat bahawa iman itu tidak bertambah

4- 01:17:15 – Wujudkah ilmu dalam Islam, yang meramal masa depan seseorang berdasarkan nombor-nombor?

VIDEO – [Durasi – 1j 30m 47s ] – Sesi 00D – Muqaddimah Kitab Iman – [Misykatul Masobih – Kitab Iman]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/J3lNEK19oUw ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:00 : Muqaddimah Kitab Iman

2- 03:10 : Golongan ahli as-Sunnah wa al-Jamaah terbahagi kepada dua kumpulan dalam menentukan kombinasi tiga bahagian iman

3- 08:00 : Pendapat golongan kedua, Imam Abu Hanifah dan Abul Hasan Al-Asy’ari tentang hakikat iman

4- 15:00 : Jawapan oleh golongan kedua terhadap ayat-ayat yang menunjukkan iman Itu ada bertambah dan berkurang

5- 33:17 : Perbedaan pendekatan dan perbedaan “lafzi” di antara dua golongan ahli as-sunnah wa al-jamaah tentang Iman

6- 47:30 : Beberapa bentuk ketaatan yang boleh menyebabkan bertambahnya iman seseorang

7- 01:05:26 : Antara perkara yang boleh menyebabkan iman seseorang berkurang.

SESI SOAL JAWAB

8- 01:09:53 : Sahihkah hadith “Umat nabi akan terpecah kepada 73 golongan”? Bolehkah hadith ini menjadi pedoman atau neraca untuk membezakan ahli sunnah dan lain-lan golongan?

9- 01:18:30 : Bagaimanakah hendak membezakan antara usul aqidah dengan furu’ aqidah?

10- 01:25:43 : Saranan buku-buku sejarah yang baik untuk orang awam

VIDEO – [Durasi – 1j 14m 41s ] – Sesi 00E – Muqaddimah Kitab Iman – [Misykatul Masobih – Kitab Iman]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/Uaos9dzuNzs ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:23 – Hubungan Iman dan Islam

2- 54:35 – Tujuan Imam Baghawi Memulakan Kitabnya Dengan Hadith Jibrail

Misykat al-Masabih – Kitab Iman – Sesi 1 – Bab – Malaikat Jibrail Datang Bertanyakan Rukun Islam Dan Rukun Iman Kepada Rasuulullah s.a.w.

[NOTA KULIAH DISERTAKAN DI BAWAH]

VIDEO – [Durasi – 4m 48s ] – Sesi 1 – MATAN HADITH – Misykatul Masabih – Kitab Iman

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/qeZdacEHCsA ]

VIDEO – [Durasi – 1j 51m 10s ] – Sesi 1 – Malaikat Jibrail Datang Bertanyakan Tentang Islam Kpd Nabi -[Misykatul Masobih- Kitab Iman

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/qeZdacEHCsA ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 01:04 – Matan Hadith Pertama

2- 04:53 – Terjemahan Hadith Pertama

3- 10:43 – Saidina Umar r.a Dan Keturunannya

4- 19:17 – Syarah Hadith Pertama

5- 20:45 – Perkataan ‘Datang’ boleh Ditukar Dengan Perkataan ‘Muncul’

6- 30:53 – Sebab Keluar (Wurud) Hadith Ini

7- 36:28 – Mengapa Hadith Ini Dikenali Sebagai Hadith Jibril?

8- 38:28 – Dua “Murakab Idhafi” Yang Terdapat Dalam Hadith Ini

9- 42:54 – Pengajaran Yang Terkandung Dalam Hadith Ini

10- 47:03 – Dua Keadaan Yang Pelik Dan Menghairankan

11- 51:19 – Pendapat Tentang ‘Meletakkan Kedua Tangannya Atas Dua Pahanya’

12- 1:05:59 – Syarat Hadith Sahih

13- 1:06:45 – Illat Dan Kecacatan Yang Ada Dalam Hadith Ini

14- 1:19:44 – Kemusykilan Dan Jawapan Panggilan “Wahai Muhammad” Yang Digunakan Oleh Jibril

15- 1:28:33 – Pertentangan Dalam Periwayatan Hadith

SESI SOAL JAWAB

1- 1:46:05 – Tentang Riwayat Dhaif

2- 1:47:17 – Hadith Syaz

3- 1:48:58 – Tentang Pegangan Imam al-Bukhari

4- 1:53:18 – Hadith Tentang Melihat Allah

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA SYARAHAN HADITH – Misykat a-Masabih – Kitab Iman – Sesi 1