Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 2 – (Sambungan) Bab – Waktu-waktu Sembahyang

VIDEO – [Durasi – 1 13 57s] – Sesi 2 – Waktu-waktu Sembahyang – [Sunan Abi Daud – Kitab Solat]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/BpLy-MjXQhc ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

0- 00:18 -Terjemahan hadith

1- 09:03 – Khilaf tentang waktu sembahyang zohor.

2- 11:08 – Khilaf tentang akhir waktu Zohor.

3- 12:21 – Apakah dia waktu “musytarak”?

4- 15:30 – Permulaan waktu ‘Asar

5- 16:22 – Permulaan waktu Maghrib

6- 20:12 – Khilaf tentang akhir waktu Maghrib & Apakah qaul qadim dan qaul jadid Imam as-Syafi`e berhubung masalah ini? Yang manakah yang lebih dipakai dan ditarjihkan ulama`-ulama’ Syafi`iyyah?

7- 25:11 – Dalil harus (bukan bermakna elok, hanya semata-mata harus) menta`khirkan (melewatkan) sembahyang.

8- 34:03 – Waktu Subuh, dan huraian tentang fajar sadiq dan kazib

9- 35:41 – Khilaf tentang habis waktu Subuh

10- 38:12 – Antara jasa `Umar bin `Abdul `Aziz: Dikatakan pengasas ilmu usul hadith kerana mengarahkan pembukuan hadith-hadith dalam jenis-jenis kitab hadith yang berlainan.

11-59:05 – Hadith ini menunjukkan bahawa menunggu jemaah lebih ramai adalah lebih afdhal (utama) daripada mengerjakan sembahyang di awal waktu.

12- 59:58 – Qias dengan hadith ini: Sembahyang lewat tetapi dalam keadaan lebih tenang itu lebih afdhal daripada sembahyang awal tetapi dalam keadaan tergopoh-gopoh. Begitu juga kenapa Nabi melewatkan sembahyang ketika panas dan makan terlebih dahulu ketika makanan sudah dihidangkan, maka jawapannya adalah untuk mendapat khusyu’.

13- 01:01:39 Keutamaan sembahyang sunat Subuh & Khilaf antara mazhab-mazhab berkenaan waktu afdhal untuk sembahyang Subuh.

14- 01:08:03 Usamah bin Zaid al-Laitsi – perawi yang “mutafarriq” (bersendirian dalam meriwayatkan kaifiyyat (dan mentafsirkan makna) ‘isfar’ dalam hadith ini). Beliau juga perawi yang dipertikaikan sebahagian ulama’. Imam al-Bukhari dan Yahya bin Sa`id al-Qattan mengatakannya dhaif (lemah).

15- 01:12:48 Pendirian yang sepatutnya tentang khilaf tentang rakaat sembahyang dan pendapat peribadi Maulana `Asri tentangnya.

MATAN HADITH

SUNAN ABI DAUD – KITAB TENTANG SEMBAHYANG 

بَاب فِي وَقْتِ صَلَاةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَيْفَ كَانَ يُصَلِّيهَا

Bab – Waktu Sembahyang Nabi s.a.w dan Bagaimana Baginda Mengerjakannya

٣٩٧- حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ سَعْدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو وَهُوَ ابْنُ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ قَالَ سَأَلْنَا جَابِرًا عَنْ وَقْتِ صَلَاةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ كَانَ يُصَلِّي الظُّهْرَ بِالْهَاجِرَةِ وَالْعَصْرَ وَالشَّمْسُ حَيَّةٌ وَالْمَغْرِبَ إِذَا غَرَبَتْ الشَّمْسُ وَالْعِشَاءَ إِذَا كَثُرَ النَّاسُ عَجَّلَ وَإِذَا قَلُّوا أَخَّرَ وَالصُّبْحَ بِغَلَسٍ

397 – Muslim bin Ibrahim meriwayatkan kepada kami katanya Syu’bah meriwayatkan kepada kami daripada Sa’d bin  Ibrahim daripada Muhammad bin ‘Amr iaitu Ibn Al-Husain bin `Ali bin Abi Thalib, katanya: Kami telah bertanya Jabir tentang waktu sembahyang Nabi s.a.w. Beliau menjawab: Baginda selalu bersembahyang Zohor pada waktu tengahari (ya’ni sebaik gelincir matahari) manakala `Ashar pada ketika masih lagi hidup (cerah) dan Maghrib apabila matahari terbenam dan `Isya’ pula jika ramai orang Baginda akan menyegerakannya tetapi jika masih sedikit Baginda akan melewatkannya, subuh pula pada waktu “ghalas” (waktu awal subuh dan masih gelap)

٣٩٨- حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي الْمِنْهَالِ عَنْ أَبِي بَرْزَةَ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي الظُّهْرَ إِذَا زَالَتْ الشَّمْسُ وَيُصَلِّي الْعَصْرَ وَإِنَّ أَحَدَنَا لَيَذْهَبُ إِلَى أَقْصَى الْمَدِينَةِ وَيَرْجِعُ وَالشَّمْسُ حَيَّةٌ وَنَسِيتُ الْمَغْرِبَ وَكَانَ لَا يُبَالِي تَأْخِيرَ الْعِشَاءِ إِلَى ثُلُثِ اللَّيْلِ قَالَ ثُمَّ قَالَ إِلَى شَطْرِ اللَّيْلِ قَالَ وَكَانَ يَكْرَهُ النَّوْمَ قَبْلَهَا وَالْحَدِيثَ بَعْدَهَا وَكَانَ يُصَلِّي الصُّبْحَ وَمَا يَعْرِفُ أَحَدُنَا جَلِيسَهُ الَّذِي كَانَ يَعْرِفُهُ وَكَانَ يَقْرَأُ فِيهَا مِنْ السِّتِّينَ إِلَى الْمِائَةِ

398 – Hafsh bin `Umar meriwayatkan kepada kami katanya Syu’bah meriwayatkan kepada kami daripada Abil Minhal daripada Abi Barzah, katanya: Rasulullah s.a.w selalu bersembahyang Zohor pada ketika matahari telah tergelincir dan bersembahyang `Ashar (bilamana selesai bersembahyang) seseorang daripada kami pergi ke hujung (kawasan) Madinah untuk pulang ke rumahnya pada ketika itu matahari masih lagi hidup (cerah) tetapi saya terlupa waktu Maghrib itu. Baginda tidak kisah tentang melewatkan sembahyang `Isya’ hingga satu pertiga malam. Abu Barzah berkata bahawa Abul Minhal (pada ketika yang lain) berkata: (Baginda tidak kisah melewatkan `Isya’ itu) hingga ke separuh malam pun. Abu Minhal berkata: Baginda tidak suka (seseorang itu) tidur sebelum bersembahyang `Isya’ dan berbula-bual selepas sembahyang `Isya’. Baginda selalu bersembahyang Subuh ketika mana seseorang daripada kami tidak mengenali orang yang berada berhampiran dengannya yang sebelumnya dia mengenalinya, Baginda membaca antara 60 hingga 100 ayat di dalam sembahyang Subuh itu.

 

Leave a comment