VIDEO – [Durasi – 5m 18s] – Sesi 10 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Thaharah
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/ycGu6AG1CZI ]
AUDIO MP3 – [Muat Turun/Streaming]
VIDEO – [Durasi – 1j 21m 34s] – Sesi 10 – Menggosok Tangan ke Tanah Bila Selesai Istinja’ – [Sunan Abi Daud – Kitab Thaharah]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/C2deY3XORDQ ]
AUDIO MP3 – [Muat Turun/Streaming]
TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN
1 – 00:13 – Terjemahan Hadith
2 – 07:58 – Bab : Orang yang menggosok tangannya di tanah bila dia telah selesai beristinja’.
3 – 10:29 – Perbezaan antara ittiba’ suri dan ittiba’ hakiki.
4 – 25:38 – Perawi – Ibrahim Bin Khalid.
5 – 26:50 – Tentang perawi Syarik.
6 – 47:35 – Salah satu keistimewaan Kitab Sunan Abi Daud.
7 – 48:29 – Bab : Siwak (berus gigi).
8 – 52:21 – Perawi – Abi Zinad.
9 – 57:25 – Kedudukan hadith kedua dan ketiga dari bab Ini.
10 – 01:07:50 – Khilaf tentang siwak
MATAN HADITH
SUNAN ABI DAUD – KITAB THAHARAH
بَاب الرَّجُلِ يَدْلُكُ يَدَهُ بِالْأَرْضِ إِذَا اسْتَنْجَى
24. Bab – Seseorang Menggosok Tangannya Di Tanah Apabila Selesai Beristinja’
٥٤ – حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ خَالِدٍ حَدَّثَنَا أَسْوَدُ بْنُ عَامِرٍ حَدَّثَنَا شَرِيكٌ وَهَذَا لَفْظُهُ ح و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ يَعْنِي الْمُخَرَّمِيَّ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ شَرِيكٍ عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ جَرِيرٍ عَنْ أَبِي زُرْعَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَتَى الْخَلَاءَ أَتَيْتُهُ بِمَاءٍ فِي تَوْرٍ أَوْ رَكْوَةٍ فَاسْتَنْجَى
قَالَ أَبُو دَاوُد فِي حَدِيثِ وَكِيعٍ ثُمَّ مَسَحَ يَدَهُ عَلَى الْأَرْضِ ثُمَّ أَتَيْتُهُ بِإِنَاءٍ آخَرَ فَتَوَضَّأَ
قَالَ أَبُو دَاوُد وَحَدِيثُ الْأَسْوَدِ بْنِ عَامِرٍ أَتَمُّ
Ibrahim bin Khalid telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Aswad bin `Amir telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syarik meriwayatkan kepada kami dan ini adalah lafaznya ح dan Muhammad bin `Abdillah iaitu Al-Muharrami telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Waki` telah meriwayatkan kepada kami daripada Syarik daripada Ibrahim bin Jarir daripada Abi Zur’ah daripada Abi Hurairah, beliau berkata: Nabi s.a.w. apabila pergi ke tempat sunyi (untuk buang air) saya bawakan kepadanya air dalam satu bekas maka Baginda beristinja’ (dengan menggunakan air tadi).
Abu Daud berkata di dalam hadith Waki`: Kemudian Baginda menyapu tangannya di tanah. Kemudian saya bawakan kepadanya satu bekas lain maka Nabi s.a.w. mengambil wudhu’ (dengan menggunakan air dari bekas tersebut).
Abu Daud berkata: Hadits Aswad bin `Amir lebih sempurna.

