VIDEO – [Durasi – 2m 37s] – Sesi 36 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Thaharah
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/2WVyDXfvAeY ]

AUDIO MP3 – [Muat Turun/Streaming]
VIDEO – [Durasi – 1j 29m 49s] – Sesi 36 – Bila Seseorang Ragu Tentang Hadats – [Sunan Abi Daud – Kitab Thaharah]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/O7sc7LArit0 ]

AUDIO MP3 – [Muat Turun/Streaming]
TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN
1 – 00:08 – Terjemahan Hadith
2 – 06:31 – Bab : Apabila seseorang syak tentang hadathnya.
3 – 26:23 – Bab : Wudhu’ kerana mencium atau mengucup isteri.
MATAN HADITH
بَاب إِذَا شَكَّ فِي الْحَدَثِ
Bab – Apabila Ragu-Ragu Di Dalam Hadath
176 – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ وَمُحَمَّدُ بْنُ أَحْمَدَ بْنِ أُبَيِّ بْنِ خَلَفٍ قَالَا حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ وَعَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ عَنْ عَمِّهِ شُكِيَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلُ يَجِدُ الشَّيْءَ فِي الصَّلَاةِ حَتَّى يُخَيَّلَ إِلَيْهِ فَقَالَ لَا يَنْفَتِلْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا
176 – Qutaibah bin Said dan Muhammad bin Ahmad bin Ubai bin Khalaf meriwayatkan kepada kami, kata mereka: Sufyan meriwayatkan kepada kami daripada Az-Zuhri daripada Said bin Al-Musayyab dan `Abbad bin Tamim daripada bapa saudaranya, katanya: Diadukan kepada Nabi s.a.w tentang seorang lelaki yang mengalami sesuatu di dalam sembahyangnya yang membuatkan dia berasa telah berlaku sesuatu, maka Baginda s.a.w pun berkata: Janganlah dia berhenti sehingga dia mendengar bunyi ataupun mendapati bau.
177 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ أَخْبَرَنَا سُهَيْلُ بْنُ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا كَانَ أَحَدُكُمْ فِي الصَّلَاةِ فَوَجَدَ حَرَكَةً فِي دُبُرِهِ أَحْدَثَ أَوْ لَمْ يُحْدِثْ فَأشْكلَ عَلَيْهِ فَلَا يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا
177 – Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad meriwayatkan kepada kami, katanya: Suhail bin Abi Shalih meriwayatkan kepada kami daripada Abi Hurairah bahawa Rasulallah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang kamu sedang berada di dalam sembahyangnya lalu didapatinya semacam pergerakan pada duburnya sama ada dia telah berhadats atau tidak?, dia berada dalam keadaan serba salah, maka janganlah dia berhenti sehingga dia mendengar bunyi ataupun mendapati bau.
بَاب الْوُضُوءِ مِنْ الْقُبْلَةِ
Bab – Berwudhu’ Kerana Mencium
178 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ قَالَا حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ أَبِي رَوْقٍ عَنْ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبَّلَهَا وَلَمْ يَتَوَضَّأْ
قَالَ أَبُو دَاوُد وَهُوَ مُرْسَلٌ و إِبْرَاهِيمُ التَّيْمِيُّ لَمْ يَسْمَعْ مِنْ عَائِشَةَ شيئا قَالَ أَبُو دَاوُد وكَذَا رَوَاهُ الْفِرْيَابِيُّ وغيره
178 – Muhammad bin Basysyar meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya dan Abdur Rahman meriwayatkan kepada kami, kata mereka: Sufyan meriwayatkan kepada kami daripada Abi Rauq daripada Ibrahim At-Taimi daripada Aa’isyah bahawa Nabi s.a.w menciumnya, dan (setelah itu) Baginda tidak berwudhu’ (untuk bersembahyang).
Abu Daud berkata: Hadits ini mursal. Ibrahim At-Taimi tidak pernah mendengar apa-apa hadits daripada `Aa’isyah.
Abu Daud berkata: Demikianlah yang telah diriwayatkannya oleh Al-Firyabi dan orang lain.
179 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ عَنْ حَبِيبٍ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبَّلَ امْرَأَةً مِنْ نِسَائِهِ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى الصَّلَاةِ وَلَمْ يَتَوَضَّأْ قَالَ عُرْوَةُ فقلت لها مَنْ هِيَ إِلَّا أَنْتِ فَضَحِكَتْ
قَالَ أَبُو دَاوُد هَكَذَا رَوَاهُ زَائِدَةُ وَعَبْدُ الْحَمِيدِ الْحِمَّانِيُّ عَنْ سُلَيْمَانَ الْأَعْمَشِ
179 – Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Waki‘ meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-Amasy meriwayatkan kepada kami daripada Habib daripada Urwah daripada Aa’isyah bahawa Nabi s.a.w telah mencium salah seorang daripada isterinya kemudian Baginda keluar untuk mengerjakan sembahyang dalam keadaan tidak berwudhu’. Urwah berkata: Saya pun berkata kepada Aa’isyah: Siapa lagi kalau bukan makcik, maka ketawalah A’isyah.
Abu Daud berkata: Demikianlah Zaa’idah dan Abdul Hamid Al-Himmani meriwayatkan hadits ini daripada Sulaiman Al-Amasy.
180 – حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مَخْلَدٍ الطَّالقَانِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ ابْنَ مَغْرَاءَ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ حَدَّثَنَا أَصْحَابٌ لَنَا عَنْ عُرْوَةَ الْمُزَنِيِّ عَنْ عَائِشَةَ بِهَذَا الْحَدِيثِ
قَالَ أَبُو دَاوُد قَالَ يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الْقَطَّانُ لِرَجُلٍ احْكِ عَنِّي أَنَّ هَذَيْنِ يَعْنِي حَدِيثَ الْأَعْمَشِ هَذَا عَنْ حَبِيبٍ وَحَدِيثَهُ بِهَذَا الْإِسْنَادِ فِي الْمُسْتَحَاضَةِ أَنَّهَا تَتَوَضَّأُ لِكُلِّ صَلَاةٍ قَالَ يَحْيَى احْكِ عَنِّي أَنَّهُمَا شِبْهُ لَا شَيْءَ قَالَ أَبُو دَاوُد وَرُوِيَ عَنْ الثَّوْرِيِّ أَنَّهُ قَالَ مَا حَدَّثَنَا حَبِيبٌ إِلَّا عَنْ عُرْوَةَ الْمُزَنِيِّ يَعْنِي لَمْ يُحَدِّثْهُمْ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ بِشَيْءٍ قَالَ أَبُو دَاوُد وَقَدْ رَوَى حَمْزَةُ الزَّيَّاتُ عَنْ حَبِيبٍ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَائِشَةَ حَدِيثًا صَحِيحًا
180 – Ibrahim bin Makhlad At-Thalaqani meriwayatkan kepad kami, katanya: Abdur Rahman bin Maghra’ meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-Amasy meriwayatkan kepada kami, katanya: Beberapa orang sahabat kami telah menceritakan hadits ini kepada kami daripada Urwah Al-Muzani daripada A’isyah.
Abu Daud berkata: Yahya bin Said Al-Qat-than berkata kepada seorang lelaki: Ceritakanlah daripadaku bahawa kedua-dua hadits ini ya‘ni hadits Al-Amasy ini daripada Habib dan haditsnya (Al-Amasy) dengan isnad ini dalam bab Mustahadhah: Bahawa perempuan yang beristihadhah perlu berwudhu’ untuk setiap sembahyang. Yahya berkata: Ceritakanlah bagi pihakku bahawa kedua-dua hadits ini macam tidak ada apa-apa.
Abu Daud berkata: Diriwayatkan dariapda Ats-Tsauri bahawa di berkata: Habib tidak menceritakan kepada kami melainkan daripada Urwah Al-Muzani bermaksud dia tidak menceritakan apa-apa kepada mereka daripada Urwah bin Az-Zubair.
Abu Daud berkata: Hamzah Az-Zayyat telah meriwayatkan satu hadits yang sahih daripada Habib daripada Urwah bin Az-Zubair daripada Aa’isyah.
