VIDEO MP3 – [Durasi – 5m 25s] – Sesi 44 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Thaharah
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/wO8luJa-CTY ]

AUDIO MP3 – [Muat Turun/Streaming]
VIDEO MP3 – [Durasi – 1j 12m 53s] – Sesi 44 – Orang Yang Berjunub Boleh Bersalam-salaman – [Sunan Abi Daud – Kitab Thaharah]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/3R6rhGYHd-0 ]

AUDIO MP3 – [Muat Turun/Streaming]
TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN
1 – 00:26 – Terjemahan hadith
2 – 09:47 – Bab : Orang yang berjunub boleh bersalam-salaman.
3 – 14:23 – Orang Islam tidak najis.
4 – 22:36 – Bab : Orang berjunub boleh masuk ke dalam masjid.
5 – 29:08 – Ulama’ berselisih pendapat tentang perempuan haidh dan orang yang berjunub boleh atau tidak masuk dalam masjid.
MATAN HADITH
SUNAN ABI DAUD – KITAB THAHARAH
بَاب فِي الْجُنُبِ يُصَافِحُ
Bab – Tentang Orang Yang Berjunub Boleh Bersalam-Salaman
230 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ مِسْعَرٍ عَنْ وَاصِلٍ عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ حُذَيْفَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَقِيَهُ فَأَهْوَى إِلَيْهِ فَقَالَ إِنِّي جُنُبٌ فَقَالَ إِنَّ الْمُسْلِمَ لَيسَ بِْنَجِسٍ
230- Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya meriwayatkan kepada kami daripada Mis`ar daripada Washil daripada Abi Wa’il daripada Huzaifah bahawasanya Nabi s.a.w. pernah menemuinya lalu Baginda menuju ke arahnya lantas dia berkata: Sebenarnya saya berjunub, maka Nabi s.a.w. bersabda: Bahawasanya orang muslim itu tidak najis.
231 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى وبِشْرٌ عَنْ حُمَيْدٍ عَنْ بَكْرٍ عَنْ أَبِي رَافِعٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ لَقِيَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي طَرِيقٍ مِنْ طُرُقِ الْمَدِينَةِ وَأَنَا جُنُبٌ فَاخْتَنَسْتُ فَذَهَبْتُ فَاغْتَسَلْتُ ثُمَّ جِئْتُ فَقَالَ أَيْنَ كُنْتَ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ قُلْتُ إِنِّي كُنْتُ جُنُبًا فَكَرِهْتُ أَنْ أُجَالِسَكَ عَلَى غَيْرِ طَهَارَةٍ فَقَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ إِنَّ الْمُسْلِمَ لَا يَنْجُسُ و قَالَ وَفِي حَدِيثِ بِشْرٍ حَدَّثَنَا حُمَيْدٌ حَدَّثَنِي بَكْرٌ
231-Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya dan Bisyr meriwayatkan kepada kami daripada Humaid daripada Bakr daripada Abi Rafi’ daripada Abi Hurairah, katanya: Rasulullah s.a.w. pernah menemuiku di salah satu jalan di Madinah sedang aku pada ketika itu dalam keadaan berjunub, aku pun melarikan diri lalu pergi mandi kemudian datang kembali, Baginda bertanya: Di mana engkau tadi wahai Abu Hurairah?, Abu Hurairah menjawab: Tadi aku berjunub maka aku tidak suka duduk bersama engkau dalam keadaan tidak suci, Baginda berkata: Subhanallah! Sesungguhnya orang muslim tidak najis.
Abu Daud berkata di dalam riwayat Bisyr, katanya: Humaid meriwayatkan kepada kami, katanya: Bakr meriwayatkan kepada ku.
بَاب فِي الْجُنُبِ يَدْخُلُ الْمَسْجِدَ
Bab – Orang Yang Berjunub Boleh Memasuki Masjid
232 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ بْنُ زِيَادٍ حَدَّثَنَا ْأَفْلَتُ بْنُ خَلِيفَةَ قَالَ حَدَّثَتْنِي جَسْرَةُ بِنْتُ دَجَاجَةَ قَالَتْ سَمِعْتُ عَائِشَةَ تَقُولُ جَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَوُجُوهُ بُيُوتِ أَصْحَابِهِ شَارِعَةٌ فِي الْمَسْجِدِ فَقَالَ وَجِّهُوا هَذِهِ الْبُيُوتَ عَنْ الْمَسْجِدِ ثُمَّ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَمْ يَصْنَعْ الْقَوْمُ شَيْئًا رَجَاءَ أَنْ تَنْزِلَ فِيهِمْ رُخْصَةٌ فَخَرَجَ إِلَيْهِمْ فَقَالَ وَجِّهُوا هَذِهِ الْبُيُوتَ عَنْ الْمَسْجِدِ فَإِنِّي لَا أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلَا جُنُبٍ قَالَ أَبُو دَاوُد هُوَ فُلَيْتٌ الْعَامِرِيُّ
232-Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdul Wahid bin Ziad meriwayatkan kepada kami, katanya: Aflat bin Khalifah meriwayatkan kepada kami, katanya: Jasrah binti Dajajah meriwayatkan kepada ku, katanya: Aku pernah mendengar `Aaisyah berkata: Rasulullah s.a.w. datang dan pada ketika itu pintu-pintu rumah para Sahabat terbuka kecarah masjid, maka Baginda bersabda: Alihkan pintu-pintu rumah ini dari arah masjid, kemudian Nabi s.a.w. masuk kembali dan orang ramai tidak melakukan apa-apa dengan harapan akan turun kemudahan untuk mereka, kamudian Baginda keluar kepada mereka dengan bersabda: Alihkan muka pintu-pintu rumah ini daripada masjid kerana aku tidak menghalalkan masjid untuk orang yang berhaidh dan orang yang berjunub.
Abu Daud berkata: Dia (Aflat bin Khalifah) juga dikenali sebagai Fulait al-`Amiri.
