Ilmu-Ilmu dan Perbincangan Tentang Hadith – Mustolah Al-Hadis – Sesi 4

Mustalah Al Hadith -Sesi 4 – Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 26-Apr-15

(SAMBUNGAN) PERBAHASAN PERTAMA: Al-KHABAR AL-MUTAWATIR

(Nota: Untuk bahagian awal perbincangan sila rujuk Sesi 3)

Hukumnya

Al-Mutawatir menghasilkan ilmu yang pasti iaitu ilmu yang diyakini dan seseorang itu mempercayai atau membenarkan dengan tegas dan putus seperti orang menyaksikan sendiri sesuatu peristiwa dan dia tidak teragak-agak untuk membenarkannya maka begitulah halnya dengan hadis mutawatir. Oleh kerana itu, seluruh hadis mutawatir diterima dan tidak perlu lagi mengkaji keadaan perawinya.

Bahagiannya

Mutawatir terbahagi kepada dua:

Al-Mutawatir Al-Lafzi المتواتر اللفظي iaitu hadis yang mutawatir pada lafaz dan maknanya seperti hadis:
مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا ، فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
“Sesiapa yang sengaja berdusta atas namaku maka hendaklah dia mempersiapkan tempatnya di dalam api neraka.”

Hadis ini telah diriwayatkan oleh lebih 70 orang sahabat.

Al-Mutawatir Al-Ma’nawi المتواتر المعنوي iaitu hadis yang mutawatir pada makna tidak pada lafaz seperti hadis mengangkat dua tangan ketika berdoa. Ianya telah diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w. hampir atau lebih kurang seratus hadis. Setiap hadis menyebutkan baginda mengangkat tangan ketika berdoa cumanya dalam keadaan yang berbeza-beza. Dari segi keadaan ianya tidak mutawatir tetapi masing-masing menyebut mengangkat tangan ketika berdoa. Dengan itu ia menjadikan tawatur berdasarkan kepada keseluruhan atau gabungan jalan-jalan sanad.
Kewujudannya

Terdapat bilangan yang cukup banyak hadis mutawatir antaranya hadis tentang kolam, menyapu khuf , mengangkat dua tangan di dalam solat, hadis “semoga Allah menyinari seseorang yang mendengar hadis” dan banyak lagi.

Bagaimana pun kalau dibandingkan dengan hadis ahad, bilangan hadis mutawatir sangatlah sedikit.

Karya Yang Terkenal.

Ulama memberi perhatian khusus dalam menghimpun hadis-hadis mutawatir di dalam karangan berasingan bagi memudahkan pelajar-pelajar membuat rujukan antaranya:

“Al-Azhar al-Mutanathirah Fi al-Akhbar al-Mutawatirah” karangan Imam al-Suyuti. Kitab ini disusun mengikut bab-bab.
“Qatf al-Azhar” juga karangan al-Suyuti yang merupakan ringkasan kitab yang pertama.
“Nazm al-Mutanathir Min al-Hadith al-Mutawati”r karangan Muhammad bin Ja’far al-Kattani.
PERBAHASAN KEDUA: KHABAR AL-AHAD خبر الآحاد

Ta’rifnya

Dari segi bahasa: al-Ahad adalah jama’ bagi ahad أحد yang bermaksud tunggal, khabar al-wahid pula ialah periwayatan seorang individu. Manakala dari segi istilah ia memberi pengertian: Khabar yang tidak memenuhi syarat mutawatir.

Hukumnya

Khabar ahad menghasilkan ilmu nazari iaitu ilmu yang bergantung kepada pengamatan dan pendalilan.

Bahagiannya Berdasarkan Kepada Bilangan Tariqnya:

Mashhur
‘Aziz
Gharib
Al-Mashhur المشهور

Ta’rif

Dari segi bahasa: kata nama objek daripada shahartu al-amr شهرتُ الأمرiaitu saya menjadikan perkara itu terkenal apabila saya telah mengumumkan dan menyatakannya. Dinamakan hadis mashhur kerana penonjolannya.

Dari segi istilah: Hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang atau lebih pada setiap tabaqah tetapi tidak mencapai taraf mutawatir.

Contohnya:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
“Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menarik ilmu dengan mencabutnya sekaligus tetapi Dia mencabut ilmu dengan mematikan ulama sehingga tidak tinggal seorang alim lalu orang ramai melantik pemimpin-pemimpin jahil. Mereka ditanya lalu memberi fatwa tanpa ilmu. Mereka sesat lagi menyesatkan.”

Hadis Mustafid مستفيض

Dari segi bahasa: kata nama pelaku daripada perkataan istafada استفاض yang berpunca daripada kalimah fada al-ma` فاض الماءair telah melimpah. Dinamakan demikian kerana kemasyhurannya.

Dari segi istilah: terdapat perbezaan pendapat tentang ta’rifnya:

Mustafid semakna dengan mashhur.
Mustafid lebih khusus daripada mashhur kerana disyaratkan (bilangan perawi) sama antara permulaan dan akhir sanad, tetapi tidak disyaratkan pula pada hadis mashhur.
Mustafid lebih umum daripada mashhur iaitu kebalikan bagi pendapat kedua.
Mashhur Bukan Istilah

Iaitu hadis yang terkenal di kalangan orang ramai yang tidak mempunyai syarat-syarat atau memenuhi syarat yang diakui dan ia meliputi:

Hadis yang mempunyai satu sanad
Hadis yang mempunyai lebih daripada satu sanad
Hadis yang tidak mempunyai sanad sama sekali
Bentuk-Bentuk Hadis Mashhur Bukan Istilah

Ianya mempunyai banyak bentuk, antaranya:

Mashhur di kalangan Ahli Hadis sahaja seperti hadis Anas:
قَنَتَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَهْرًا يَدْعُو عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ
“Rasulullah s.a.w berqunut selama sebulan setelah ruku’ mendoakan keburukan ke atas Ri’l dan Dhakwan.”

Mashhur di kalangan Ahli Hadis, ulama dan orang awam, contohnya;
الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
“Orang Islam itu ialah orang-orang Islam terselamat daripada gangguan ucapan dan perbuatannya.”

Mashhur di kalangan fuqaha seperti hadis:
أَبْغَضُ الْحَلَالِ إِلَى اللَّهِ الطَّلَاقُ
“Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah s.w.t. ialah perceraian.”

Mashhur di kalangan ulama usul seperti hadis:
رفع عن أمتي الخطأ والنسيان وما استكرهوا عليه
“Tersilap, lupa dan dipaksa telah diangkat dari ummatku, (iaitu tidak dikira berdosa).” Hadis ini telah dinilai sebagai sahih oleh Ibn Hibban dan al-Hakim.

Mashhur di kalangan ahli-ahli Nahu: seperti hadis:
نِعْمَ الْعَبْدُ صُهَيْب. لَوْ لَمْ يَخَفِ الله لم يَعْصِهِ
“Sebaik-baik hamba ialah Suhayb. Kalau dia tidak takutkan Allah dia tidak akan berbuat maksiat terhadap-Nya.” (hadis tidak ada sumber)

Mashhur di kalangan masyarakat. Seperti hadis
اَلْعَجَلَةُ مِنَ اَلشَّيْطَانِ
“Kegopohan itu daripada syaitan.”

Hukum Mashhur

Hadis mashhur menurut istilah dan bukan istilah tidak dikatakan sebagai sahih atau tidak sahih, kerana antaranya ada yang sahih, hasan, da’if bahkan terdapat juga mawdu’. Bagaimanapun jika hadis mashhur menurut istilah itu sahih maka ia mempunyai keistimewaan yang mengatasi hadis ‘aziz dan gharib.

Karangan-Karangan Yang Terkenal

Yang dimaksudkan dengan karangan tentang hadis mashhur ialah hadis-hadis mashhur di kalangan orang ramai bukan mashhur dari segi istilah. Antara karangan-karangan tersebut ialah:

“al-Maqasid al-Hasanah Fi Ma Ishtahara ‘Ala al-Alsinah “karangan Al-Sakhawi.
“Kashf al-Khifa` Wa Muzil al-Ilbas Fi Ma Ishtahara ‘Ala Alsinah al-Nas” karangan al-‘Ajluni.
“Tamyiz al-Tayyib Min al-Khabith Fi Ma Yaduru ‘Ala Alsinah al-Nas Min al-Hadith” hasil tulisan Ibn al-Dayba’ al-Shaybani.

Ilmu-Ilmu dan Perbincangan Tentang Hadith – Mustolah Al-Hadis – Sesi 3

Mustalah Al Hadith -Sesi 3- Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 19 Apr 15

DEFINISI-DEFINISI ASAS

1. Ilmu al-Mustalah علم المصطلح :

Ilmu tentang prinsip-prinsip dan kaedah untuk mengetahui keadaan sanad dan matan dari segi penerimaan dan penolakan.

2. Subjeknya:

Sanad dan matan dari segi penerimaan dan penolakan.

3. Faedahnya: membezakan di antara hadis yang sahih daripada hadis yang bermasalah.

4. Al-Hadith الحديث

Dari sudut bahasa: yang baru, ahadith أحاديث merupakan kata jama’nya yang dibuat dengan tidak mengikut kaedah qiyas.

Dari segi istilah: Perkara yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. dalam bentuk ucapan, perbuatan, pengakuan atau sifat.

5. Al-Khabar الخَبَر

Dari segi bahasa bermaksud berita, jama’nya akhbarأخبار . Dari segi istilah ada tiga pendapat:

1. Ia adalah kata seerti dengan al-Hadith dari segi istilah.

2. Kata berlawanan dengan al-Hadith iaitu al-Hadith ialah perkara yang datang daripada Rasulullah s.a.w. manakala al-Khabar datang daripada orang lain.

3. Lebih umum daripada al-Hadith iaitu al-Hadith sesuatu yang berpunca daripada Rasulullah s.a.w. sedangkan al-Khabar berpunca daripada Rasulullah s.a.w. dan juga orang lain.

6. Al-Athar الأثَر

Dari sudut bahasa bererti baki sesuatu benda.

Manakala dari segi istilahnya ada dua pendapat:

1. kata seerti bagi al-Hadith.

2. kata berlawanan bagi al-Hadith iaitu al-Khabar ialah sesuatu yang disandarkan kepada sahabat dan tabi’in sama ada ucapan atau perbuatan.

7. Al-Isnad الإسناد: Mempunyai dua pengertian iaitu,

1. Menyandarkan hadis kepada pengucapnya dengan secara bersanad.

2. Turutan perawi-perawi yang sampai kepada matan.

8. Al-Sanad السند

Dari segi bahasa bermaksud yang dipegang dinamakan begitu kerana hadis itu disandarkan kepada al-Sanad dan berpegang kepadanya.

Dari segi istilah bermaksud turutan jaluran perawi-perawi sehingga sampai kepada matan.[1]

9. Al-Matn المتن (Matan)

Dari segi bahasa ia bererti tanah yang keras dan tinggi.

Manakala dari segi istilah ia bermaksud ucapan yang menjadi tempat yang berakhirnya sanad.[2]

10. Al-Musnad المُسْنَد

Dari segi bahasa ia bermaksud kata nama objek dari asnada al-shay` ilayh dengan erti menyandarkan dan menisbahkan.

Dari segi istilahnya ia mempunyai tiga ma’na:

a) Setiap kitab yang terkumpul padanya riwayat-riwayat semua sahabat secara berasingan.

b) Hadith marfu’ yang bersambung sanadnya atau yang sanadnya bersambung.

c) Semakna dengan sanad atau dengan erti sanad dengan itu adalah al-musnad masdar mimi (masdaryang dimulakan dengan huruf mim).

11. Al-Musnidالمُسْنِد

Seorang yang meriwayatkan hadis dengan bersanad sama ada dia memahaminya atau semata-mata meriwayatkan.

12. Al-Muhaddith المُحدّث

Seorang yang melibatkan diri dalam ilmu hadis riwayah dan dirayah dan mengetahui kebanyakan riwayat-riwayat hadis serta mengenali keadaan perawi-perawinya.

13. Al-Hafiz الحافظ

Ada dua pendapat

d) Sema’na dengan al-Muhaddith. Ini mengikut kebanyakan ahli-ahli hadis.

e) Seorang yang lebih tinggi kedudukan daripada al-Muhaddith iaitu pengetahuannya terhadap riwayat dalam setiap tabaqat lebih banyak daripada yang tidak diketahuinya.[3]

14. Al-Hakim الحاكِم

Seorang yang ilmunya yang meliputi kesemua hadis sehingga tidak terlepas daripadanya kecuali beberapa hadis sahaja.[4] Ini mengikut sebahagian ulama.

FASAL PERTAMA: Pembahagian Al-Khabar Berdasarkan Kepada Jalan Dan Cara Sampainya Kepada Kita

Berdasarkan kepada sampainya kepada kita, al-Khabar terbahagi kepada dua iaitu:

a) Sekiranya ia mempunyai beberapa jalan yang tidak dapat dihitung bilangannya ia adalah Al-Mutawatir

b) Sekiranya ia mempunyai beberapa jalan yang dapat ditentukan bilangannya ia adalah Al-Ahad.

Setiap bahagian ini mempunyai beberapa bahagian dan perincian yang akan disentuh nanti, Insha`Allah.

PERBAHASAN PERTAMA:

AL-KHABAR AL-MUTAWATIR الخبر المتواتر

Definisi

Dari segi bahasa ia adalah kata nama pelaku daripada perkataan al-tawatur iaitu yang berturut-turut seperti contohتواتر المطر tawatara al-matar iaitu hujun turun berturut-turut.

Dari segi istilah ia bererti khabar yang diriwayatkan oleh bilangan yang ramai dan pada kebiasaannya mustahil mereka berpakat untuk berdusta.[5]

Huraian Definisi

Al-khabar atau al-hadith yang diriwayatkan oleh setiap tabaqat sanad oleh ramai perawi yang menurut hukum ‘aqal atau secara logiknya mustahil mereka bersetuju untuk mereka-reka khabar ini.

Syarat-syarat al-Mutawatir

Jelas daripada huraian istilah tadi bahawa al-tawatur tidak akan ada pada khabar melainkan dengan adanya empat syarat iaitu:

1. Diriwayatkan oleh bilangan perawi yang ramai; terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan had minimum bagi bilangan yang ramai ini. Pendapat yang terpilih ialah seramai sepuluh orang.[6]

2. Bilangan yang ramai ini terdapat dalam setiap tabaqah sanad.

3. Pada kebiasaannya mustahil yang mereka berpakat untuk berdusta.

4. Asas bagi khabar ini adalah pancaindera seperti kami mendengar, kami melihat, kami merasai dan sebagainya. Tetapi sekiranya sandaran khabar ini ialah ’aqal seperti pendapat tentang alam ini baru, pada ketika itu khabar tidak boleh dinamakan dengan Al-Mutawatir.[7]

[1] PARA PERAWI MERUPAKAN ASAS DAN SANDARAN KEPADA AHLI HADIS DALAM MENENTUKAN KESAHIHAN DAN KEDA’IFAN HADIS. OLEH SEBAB ITU, HIMPUNAN PARA PERAWI DINAMAKAN SEBAGAI SANAD, YA’NI SEBAGAI SANDARAN MEREKA DALAM MENILAI STATUS SESEBUAH HADIS. [PENT.]
[2] MATAN MERUPAKAN LAFAZ-LAFAZ HADIS YANG MENGANDUNGI MA’NANYA. KESESUAIAN MA’NA MATAN PADA BAHASA DAN ISTILAH IALAH HADIS ITU MENJADI KUAT DENGAN ADANYA SANAD DAN MATAN ITU MERUPAKAN PENGHUJUNG KEPADA TEMPAT SAMPAINYA SANAD. ATAU MUSNID MENGUATKAN HADIS DENGAN SANAD DAN MENGANGKATNYA YA’NI MENYANDARKAN KEPADA ORANG YANG MENGUCAPKANNYA. [PENT.]
[3] ANTARA ULAMA YANG DIGELAR DENGAN GELARAN INI IALAH IBN HAJAR AL-‘ASQALANI, AL-‘AYNI, AL-‘IRAQI, IBN TAYMIYYAH, AL-DHAHABI DAN LAIN-LAIN. APABILA DIDAPATI SEBUTAN AL-HAFIZ SECARA MUTLAK MAKA IA MERUJUK KEPADA IBN HAJAR AL-‘ASQALANI.
[4] CONTOHNYA ABU ‘ABDULLAH AL-HAKIM AL-NISABURI.
[5] AL-KHATIB AL-BAGHDADI TELAH MERUMUSKAN HADIS MUTAWATIR SEBAGAI:
APA YANG DIBERITAKAN OLEH SATU KAUM ATAU KUMPULAN YANG BILANGAN MEREKA ITU MENCAPAI SATU HAD (TAHAP) DI MANA PADA KEADAAN BIASA YANG TETAP DAN DIKETAHUI DARIPADA PERSAKSIAN MEREKA BAHAWA MUSTAHIL PADA MEREKA KESEPAKATAN UNTUK BERDUSTA. KESEPAKATAN ITU DALAM TEMPOH TERSEBAR BERITA DARIPADA MEREKA ITU TERHALANG DAN APA YANG MEREKA KHABARKAN ITU TIDAK BOLEH DIMASUKI OLEH KEKELIRUAN DAN KERAGUAN DALAM KHABAR SEPERTINYA DAN SEBAB-SEBAB KEKERASAN DAN PERKARA-PERKARA YANG MENDORONG KEPADA PENDUSTA TERNAFI DARIPADA MEREKA. BILA SAHAJA TELAH MUTAWATIR (BERTURUT-TURUT) DATANGNYA BERITA DARIPADA MEREKA DENGAN CARA MEREKA INI MAKA DIPUTUSKAN AKAN KEBENARANNYA DAN MEMESTIKAN TERHASILNYA ILMU YANG DARURI. (AL-KIFAYAH, HAL. 50) [PENT.]
[6] APA YANG DISEBUTKAN OLEH PENULIS INI MERUPAKAN PILIHANNYA. MENGIKUT PENDAPAT YANG LEBIH KUAT, BILANGAN PERAWI YANG DIKEHENDAKI TIDAK DITENTUKAN. MUTAWATIR TIDAK MEMPUNYAI SATU BILANGAN MUNDABIT. BILANGAN YANG DITITIKBERATKAN IALAH YANG MELEBIHI DARIPADA KADAR PADA HADIS MASHHUR DI SAMPING PERLU ADA QARINAH LAIN IAITU BILANGAN YANG MENAFIKAN KESEPAKATAN MEREKA UNTUK MEREKA-REKA KHABAR ATAU BERDUSTA ATAS NAMA RASULULLAH S.A.W. WALAUPUN ULAMA MENETAPKAN BILANGAN YANG TERTENTU NAMUN KESEMUANYA ITU BERASASKAN KEPADA QIYAS SEMATA-MATA. [PENT.]
[7] APA YANG DILAPORKAN ITU BERKENAAN PERKARA MAHSUS, YA’NI YANG DIKETAHUI BERDASARKAN KEPADA PANCAINDERA BUKAN PENAAKULAN AQAL. DENGAN SYARAT INI, BERITA TENTANG ALAM INI BERSIFAT BARU TIDAK DIKATAKAN SEBAGAI MUTAWATIR KERANA IANYA DIKETAHUI BERASASKAN KEPADA PENAAKULAN MANTIQ. SEPERTI KATA AHLI ILMU KALAM, ALAM INI BERUBAH-UBAH, SETIAP YANG BERUBAH-UBAH ADALAH BARU MAKA ALAM INI BARU. INI KERANA PERKARA YANG DIFIKIRKAN DENGAN AKAL HANYA DIYAKINI KEBENARANNYA ITU DENGAN BURHAN, IAITU BUKTI DAN HUJAH ‘AQAL. [PENT.]

Ilmu-Ilmu dan Perbincangan Tentang Hadith – Mustolah Al-Hadis – Sesi 2

Mustalah Al Hadith -Sesi 2- Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 12 Apr 15

Seorang penyelidik dapat mengamati asas-asas dan prinsip-prinsip periwayatan dan nukilan cerita ada di dalam al-Qur`an dan al-Sunnah.

Al-Qur`an menyebutkan:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا

“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti.” (Surah al-Hujurat: 6)

Al-Sunnah pula mengatakan:

نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا شَيْئًا فَبَلَّغَهُ كَمَا سَمِعَ فَرُبَّ مُبَلِّغٍ أَوْعَى مِنْ سَامِعٍ

“Semoga Allah menyinari seseorang yang mendengar sesuatu hadis daripada kami lalu dia menyampaikannya mengikut apa yang didengari. Maka betapa ramai orang disampaikan berita itu lebih menjaganya daripada orang yang mendengarnya”[1]

Di dalam riwayat yang lain pula disebutkan:

فَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ إِلَى مَنْ هُوَ أَفْقَهُ مِنْهُ وَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ لَيْسَ بِفَقِيهٍ

“Alangkah banyaknya orang yang membawa fiqh kepada orang yang lebih memahami daripadanya. Dan betapa banyak orang yang membawa fiqh tetapi ia bukan seorang faqih.” [2]

Di dalam potongan al-Qur`an dan hadis ini, terdapat prinsip kepastian dalam menukilkan riwayat, cara-cara menjaganya dan berhalus serta teliti dalam menyampaikannya, terutamanya apabila ragu-ragu tentang kebenaran penyampaiannya. Dari sinilah jelas kepada kita tentang kepentingan dan nilai sanad dalam penerimaan dan penolakan riwayat.

Di dalam Muqaddimah Sahihnya, Imam Muslim menukilkan kata-kata Ibn Sirin:

قَالَ لَمْ يَكُونُوا يَسْأَلُونَ عَنْ الْإِسْنَادِ فَلَمَّا وَقَعَتْ الْفِتْنَةُ قَالُوا سَمُّوا لَنَا رِجَالَكُمْ فَيُنْظَرُ إِلَى أَهْلِ السُّنَّةِ فَيُؤْخَذُ حَدِيثُهُمْ وَيُنْظَرُ إِلَى أَهْلِ الْبِدَعِ فَلَا يُؤْخَذُ حَدِيثُهُمْ

“Tidak pernah ulama bertanyakan tentang sanad. Tetapi apabila berlaku fitnah, mereka berkata: Sebutkan kepada kami tokoh-tokoh kamu. Lalu dilihat kepada ahli sunnah maka diambil riwayat mereka kemudian dilihat pula kepada ahli bid’ah lalu tidak diambil riwayat mereka”

Berdasarkan kepada prinsip ini, riwayat tidak boleh diterima kecuali setelah diketahui sanadnya, maka muncullah ilmu al-Jarh Wa al-Ta’dil[3], perbincangan terhadap perawi, pengetahuan tentang sanad muttasil (bersambung) dan munqati’ (terputus) dan pengetahuan tentang kecacatan yang tersembunyi.[4] Kemudian muncul pula perbincangan tentang para perawi[5] tetapi tidak banyak kerana tidak ramai perawi-perawi yang ditajrihkan pada peringkat awal.

Kemudian ulama meluaskan perbincangan ilmu-ilmu tersebut sehingga muncul banyak ilmu yang berkaitan dengan hadis dari sudut penjagaan, catatan, metode (kaedah) penerimaan dan penyampaian, pengetahuan tentang nasikh dan mansukh, perkataan yang sukar (gharib) dan sebagainya. Walau bagaimanapun semuanya itu disentuh oleh para ulama secara lisan.

Perkembangan terus berlaku sehinggalah ilmu-ilmu yang berkaitan dengan hadis ini dicatit dan dibukukan tetapi masih lagi berselerak di dalam pelbagai kitab dan bercampur dengan ilmu-ilmu yang lain seperti ilmu usul[6], fiqh[7] dan hadis. Ini dapat dilihat di dalam karya-karya Imam Shafi’i di dalam al-Risalah dan Al-Umm.[8]

Setelah ilmu-ilmu ini matang dan istilah-istilahnya kemas serta dapat berdiri sendiri iaitu pada abad ke empat Hijrah, ulama telah menyusun ilmu Mustalah al-Hadith secara berasingan. Ulama pertama yang menulis secara berasingan penulisan Mustalah al-Hadith dalam kitab yang khusus ialah Muhammad al-Hasan al-Ramahurmuzi (meninggal 360H) dengan kitabnya al-Muhaddith al-Fasil Bayna al-Rawi Wa al-Wa’i.

KARANGAN-KARANGAN YANG TERKENAL DALAM ILMU MUSTALAH AL-HADITH

1. al-Muhaddith al-Fasil Bayna al-Rawi Wa al-Wa’i

Kitab ini ditulis oleh al-Qadi Muhammad al-Hasan bin ‘Abdul Rahman bin Khallad al-Ramahurmuzi (wafat 360H), tapi beliau tidak meliputi kesemua perbahasan ilmu Mustalah al-Hadith. Senario begini biasanya berlaku kepada orang yang mula-mula merintis dalam menulis mana-mana ilmu.

2. Ma’rifah ‘Ulum al-Hadith

Penulisnya Abu ‘Abdullah al-Hakim al-Naysaburi (wafat 405H). Kitab ini meliputi 52 jenis ilmu hadis bagaimanapun ia tidak tersusun mengikut tertib ilmu Mustalah al-Hadith.

3. Al-Mustakhraj ‘Ala Ma’rifah ‘Ulum al-Hadith

Ditulis oleh Abu Nu’aym Ahmad bin ‘Abdullah al-Asfahani (wafat 430H). Beliau menambah beberapa kaedah yang tidak disebutkan oleh al-Hakim. Dalam pada itu, masih ada beberapa fasal yang tertinggal yang mungkin dapat ditambah oleh orang lain.

4. Al-Kifayah Fi ‘Ilm Al-Riwayah

Karangan Abu Bakr Ahmad Bin ‘Ali Bin Thabit Al-Khatib Al-Baghdadi (meninggal 463H). Sebuah kitab yang lengkap dengan permasalahan-permasalahan ilmu mustalah yang telah disaring, menjelaskan kaedah-kaedah periwayatan dan diakui sebagai sumber utama ilmu ini.

5. Al-Jami’ Li Akhlaq Al-Rawi Wa Adab Al-Sami’ juga ditulis oleh Al-Khatib Al-Baghdadi. Ia membincangkan etika periwayatan sebagaimana jelas tertera pada tajuknya. Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari segi kajian-kajian dan bahan-bahannya atau kandungannya. Sangat sedikit sekali bidang-bidang ‘Ulum al-Hadith yang tidak ditulis oleh beliau melainkan ada karangan yang berasingan tentangnya. Benar sekali kata-kata Al-Hafiz Abu Bakr Bin Nuktah: “Setiap orang yang adil pasti mengetahui bahawa semua Ahli Hadis selepas beliau bergantung kepada kitab-kitabnya.”

6. Al-‘Ilma‘ Ila Ma’ rifah Usul Al-Riwayah Wa Taqyid Al-Sama’ ditulis oleh Qadi ‘Iyad Bin Musa Al-Yahsubi (meninggal 544H) kitab ini tidak meliputi kesemua perbahasan ilmu Mustalah al-Hadith tetapi hanya berkaitan dengan kaedah penerimaan dan penyampaian hadis serta cabang-cabangnya. Kitab ini sangat baik dalam bab ini dan mempunyai susunan yang indah.

7. Ma La Yasa’ al-Muhaddith Jahluh

Ditulis oleh Abu Hafs ‘Umar bin ‘Abdul Majid al-Mayanaji (W 580H). Ia merupakan satu risalah yang ringkas.

8. ‘Ulum al-Hadith[9]

Karangan Abu ‘Amr ‘Uthman bin ‘Abdul Rahman al-Shahrazuri yang lebih dikenali dengan Ibn al-Salah (W643). Kitab ini sangat terkenal dan merupakan antara kitab-kitab yang terbaik dalam ilmu Mustalah al-Hadith. Pengarangnya menghimpunkan perbahasan-perbahasan yang terselerak di dalam karangan-karangan al-Khatib al- Baghdadi dan ulama sebelumnya. Kitab ini penuh dengan fakta-fakta penting cumanya ia tidak tersusun dengan rapi. Ini kerana pengarang mendiktekan (menyuruh tulis) satu demi satu kepada pelajar-pelajar beliau. Ia telah diringkaskan, dinazamkan, dikritik dan juga disokong.

9. Al-Taqrib Wa al-Taysir Li Ma’rifah Sunan al-Bashir al-Nadhir

Ditulis oleh Muhyi al-Din Yahya bin Sharaf al-Nawawi (W 676). Kitab ini merupakan ringkasan kepada kitab ’Ulum al-Hadith karangan Ibn al-Salah. Kitab ini sangat baik namun kadang-kadang terdapat frasa-frasa yang sukar difahami.

10. Tadrib al-Rawi Fi Sharh Taqrib Al-Nawawi

Ditulis oleh Jalaluddin ‘Abdul Rahman bin Abi Bakr al-Suyuti (W 911) merupakan ulasan kepada karangan “Taqrib” al-Nawawi. Pengarangnya mengumpul pelbagai fakta penting yang berguna.

11. Nazm al-Durar Fi ‘Ilm al-Athar

Pengarang ialah Zaynuddin ‘Abdul Rahim bin Al-Husayn al-Iraqi (W 806) ungkapan-ungkapan syair ini terkenal dengan Alfiyah al-‘Iraqi. Beliau telah menazamkan kitab ‘Ulum Hadith karangan Ibn al-Salah dengan membuat beberapa tambahan. Ia sangat baik dan banyak mempunyai fakta-fakta penting dan ditulis beberapa ulasan. Antaranya dua ulasan yang disusun oleh pengarang sendiri (Fath al-Mughith– al-‘Iraqi).

12. Fath al-Mughith Fi Sharh Alfiyah al-Hadith

Ditulis oleh Muhammad bin ‘Abdul Rahman (W 902) merupakan penjelasan kepada Alfiyah al-‘Iraqi. Ia huraian yang paling lengkap dan baik bagi matan Alfiyah al-Hadith .

13. Nukhbah al-Fikar Fi Mustalah Ahl al-Athar

Karangan al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani (W 852). Sebuah risalah yang terlalu ringkas tetapi sangat baik dan bermutu. Pengarang telah mencipta dan pembahagian yang baru yang tidak pernah ada sebelum ini. Beliau sendiri menghuraikannya dengan diberi nama Nuzhah al-Nazar dan kitab ini juga telah diberi penjelasan oleh ulama lain.

14. Al-Manzumah al-Bayquniyyah

Disusun oleh ‘Umar bin Muhammad al-Bayquni (W 1030). Ia merupakan nazam yang sangat ringkas tidak melebihi 34 bait dan baik. Ia telah dihuraikan dengan banyaknya oleh ulama.

15. Qawa’id al-Tahdith

Disusun oleh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi (W 1332) merupakan karya yang sangat bermutu. Di samping itu terdapat banyak lagi kitab-kitab lain untuk disebutkan dan penulis hanya menyebutkan yang masyhur sahaja. Semoga Allah s.w.t memberi ganjaran-Nya kepada kita semua.

[1] HADIS RIWAYAT AL-TIRMIDHI, NO: 2657, IBN MAJAH, NO: 232.
[2] RIWAYAT ABU DAWUD, NO: 3660.
[3] IAITU SATU CABANG ILMU HADIS IAITU KAEDAH-KAEDAH YANG MENJADI ASAS UNTUK MENGENALI PARA PERAWI YANG RIWAYAT MEREKA DITERIMA ATAU DITOLAK SERTA TINGKATAN MEREKA DARI SUDUT PENERIMAAN DAN PENOLAKAN HADIS YANG DIRIWAYATKAN OLEH MEREKA. [PENT.]
[4] ILMU INI DIKENALI DENGAN ILMU ‘ILAL AL-HADITH IAITU YANG MEMBINCANGKAN SEBAB-SEBAB TERSEMBUNYI LAGI SUKAR YANG MENCACATKAN KESAHIHAN HADIS, MATAN DAN SANADNYA, DARI SEGI PENERIMAANNYA DAN BERHUJAH DENGANNYA WALAUPUN PADA ZAHIR KELIHATAN SAHIH KERANA TERHIMPUN PADANYA SYARAT ZAHIR BAGI PENERIMAAN HADIS. ‘ILLAH YANG TERDAPAT PADA HADIS MA’LUL ITU BUKAN KERANA PERAWI YANG DA’IF TETAPI PERAWI YANG THIQAH YANG BERKEMUNGKINAN BERLAKU WAHAM DAN KEKELIRUAN PADANYA. [PENT.]
[5] ILMU TENTANG PERAWI-PERAWI HADIS DIKENALI SEBAGAI ILMU RIJAL. TUJUAN ILMU RIJAL IALAH MEMPERKENALKAN ULAMA HADIS YANG AMANAH, BENAR DAN TELITI DALAM NUQILAN MEREKA DI SAMPING IA MEMPERKENALKAN PERAWI YANG LEMAH LAGI PENDUSTA YANG BERBOHONG ATAS NAMA AGAMA. ILMU INI BOLEH DIKELASKAN KEPADA DUA BAHAGIAN UTAMA, SATU, ILMU TARIKH AL-RUWAT (SEJARAH PERAWI) DAN ILMU AL-JARH WA AL-TA’DIL (KEPUTUSAN TERHADAP PERAWI, ADIL ATAU TIDAK). KEDUA-DUANYA MEMPUNYAI HUBUNGAN YANG SANGAT PENTING, TERUTAMANYA, ULAMA AL-JARH WA AL-TA’DIL TIDAK AKAN DAPAT MEMBERIKAN KEPUTUSAN YANG TEPAT TERHADAP PERAWI SEBAGAI THIQAH ATAU DA’IF MELAINKAN DENGAN BERGANTUNG KEPADA ILMU TARIKH AL-RUWAT. ULAMA BERIJTIHAD DALAM MENILAI PERAWI DENGAN BERPANDUKAN KEPADA BEBERAPA PERBAHASAN DALAM ILMU TARIKH AL-RUWAT SEPERTI SEJARAH KELAHIRAN PERAWI, TARIKH MENDENGAR HADIS, NAMA-NAMA GURU DAN MURID, TARIKH DATANG KE SESEBUAH NEGERI, TARIKH MENDENGAR HADIS SEBELUM ATAU SELEPAS BERLAKU KECELARUAN INGATAN. [PENT.]
[6] ILMU USUL AL-FIQH IALAH ILMU TENTANG DALIL-DALIL HUKUM, CARA MEMAHAMI DAN MENGELUARKAN HUKUM DARIPADANYA BERDASARKAN KEPADA KEADAH-KAEDAHNYA SERTA INDIVIDU YANG TERLIBAT DENGANNYA. [PENT.]
[7] ILMU FIQH IALAH ILMU TENTANG HUKUM-HUKUM AMALI YANG DISIMPULKAN DARIPADA DALIL-DALIL SYARA’ YANG JUZ`I. [PENT.]
[8] ANTARA MASALAH YANG DIBAHAS OLEH IMAM AL-SHAFI’I IALAH AUTORTI HADIS AHAD, SYARAT-SYARAT HADIS SAHIH, KEHUJAHAN HADIS MURSAL, HADIS MUDALLAS, MUNQATI’, HAFAZAN PERAWI, DAN SEBAGAINYA. KITAB INI TELAH DITAHQIQ OLEH SHAYKH AHMAD SHAKIR DENGAN PERENGGAN BERNOMBOR DAN INDEKS. [PENT.]
[9] NAMA INI YANG POPULAR DI KALANGAN ULAMA DAN PELAJAR HADIS. ADA JUGA YANG MENAMAKANNYA SEBAGAI MUQADDIMAH IBN AL-SALAH. NAMA YANG DILETAKKAN SENDIRI OLEH PENGARANGNYA IALAH MA’RIFAH ANWA’ ‘ILM AL-HADITH. [PENT.]

Ilmu-Ilmu & Perbincangan Tentang Hadith – Mustolah Al-Hadis – Sesi 1

Mustalah Al Hadith -Sesi 1- Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 05 Apr 15

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

PRAKATA

Segala pujian bagi Allah s.w.t. yang telah mengurniakan ni’mat kepada orang-orang Islam dengan menurunkan al-Qur’an, menjamin untuk menjaganya dalam dada dan suratan hingga hari Akhirat dan menjadikan penjagaan Sunnah Penghulu sekalian rasul antara penyempurnaan penjagaan al-Qur’an.

Selawat dan salam buat Penghulu dan Nabi kita yang Allah s.w.t. mewakilkan baginda untuk menjelaskan perkara yang dikehendaki-Nya dari al-Qur’an dengan firman-Nya:

وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

“Dan Kami turunkan kepadamu al-Qur`an agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka supaya mereka memikirkan.” (Surah al-Nahl: 44)

Dengan cara yang jelas dan terang, Rasulullah s.a.w. menjelaskan al-Qur`an dengan ucapan-ucapannya, perbuatan-perbuatannya dan pengakuan-pengakuannya.

Semoga Allah meredhai para sahabat yang menerima secara langsung daripada Rasulullah s.a.w. lalu mereka menjaganya dan memindahkan kepada orang-orang Islam sebagaimana mereka mendengarnya dalam keadaan suci dan murni dari kekeruhan pengubahan dan penukaran.

Didoakan rahmat dan keampunan untuk salaf yang soleh yang menukilkan Sunnah daripada generasi demi generasi dan mereka telah meletakkan prinsip-prinsip dan neraca-neraca yang halus untuk menjaga penukilannya dan periwayatannya demi memurnikannya dari penyelewengan golongan yang batil.

Semoga Allah memberi balasan yang mulia untuk mereka yang menuruti jejak langkah salaf dari kalangan ulama Islam yang menerima prinsip-prinsip periwayatan Sunnah dan neraca-neracanya daripada salaf, lalu mereka menyaringnya, menyusunkannya dan mengumpulkannya di dalam karangan-karangan yang berasingan yang kemudiannya dinamakan dengan ilmu Mustalah al-Hadith.

Ketika penulis ditugaskan mengajar ilmu Mustalah al-Hadith sejak beberapa tahun di Kulliyyah Shari’ah di Universiti Islam Madinah, yang ketika itu teksnya `Ulum al-Hadith karangan Ibn al-Salah kemudian digantikan pula dengan kitab ringkasannya “al-Taqrib” tulisan Imam al-Nawawi, penulis bersama dengan para mahasiswa mengalami kesukaran dalam mempelajari kedua-dua kitab tersebut dari kulit ke kulit walaupun ianya sangat hebat dan faedahnya melimpah. Antara kesukaran tersebut ialah perincian dan penjelasan pada sesetengah perbahasan terutamanya pada kitab Ibn al-Salah. Di samping terlalu ringkas di tempat yang lain terutamanya pada kitab Imam al-Nawawi. Lain-lain kesukaran seperti frasa-frasa kitab yuang sukar difahami, perbahasan-perbahasan yang tidak lengkap seperti tidak mengemukakan definisi, mengabaikan contoh, tidak menyatakan faedah perbahasan, tidak menyebut karangan-karangan yang terkenal dan sebagainya. Demikian juga yang penulis temui dalam kitab-kitab ulama terdahulu yang lain malah sesetengah kitab itu tidak meliputi semua cabang ilmu hadis. Setengahnya pula tidak disaring dan tidak tersusun. Kemaafan bagi mereka sama ada perkara-perkara yang mereka tinggal tersebut jelas kepada mereka atau kerana keperluan zaman mereka untuk didetailkan sesetengah perbahasan atau sebab-sebab lain yang kita ketahui dan tidak ketahui.

Oleh itu penulis ingin menyediakan satu buku yang mudah tentang Mustalah al-Hadith dan `Ulum al-Hadith untuk para mahasiswa Kulliyyah Shari’ah yang akan memudahkan mereka memahami kaedah-kaedah ilmu ini. Penulis membahagikan setiap perbahasan kepada perenggan yang dimulakan dengan definisi diikuti dengan contohnya dan kemudian pembahagiannya dan diakhiri dengan perenggan tentang karangan-karangan yang terkenal tentangnya. Semua itu dengan ayat yang mudah, laras ilmiah jelas tanpa kesukaran dan kerumitan. Penulis tidak menyentuh kebanyakan khilafiah, pendapat-pendapat dan meluaskan perbahasan bagi menjaga masa yang ringkas yang dikhususkan untuk subjek ini di Kuliyyah Shari’ah dan Kulliyyah Pengajian Islam.

Penulis menamakan buku ini dengan Taysir Mustalah al-Hadith (Mempermudahkan ilmu Mustalah al-Hadith). Penulis tidak berpendapat bahawa dengan buku ini, kitab-kitab ulama terdahulu dalam ilmu ini tidak diperlukan lagi. Penulis hanya bertujuan menjadikannya sebagai anak kunci, catatan tentangnya dan pemudah untuk memahami maknanya. Kitab-kitab para imam dan ulama terdahulu tetap terus menjadi rujukan ulama dan ahli iktisas ilmu ini dan merupakan mata air melimpah yang mereka mengambil air darinya.

Penulis tidak lupa untuk menyebutkan bahawa sejak akhir-akhir ini terbit beberapa tulisan pengkaji yang sangat bermanfaat terutamanya sanggahan terhadap kekeliruan orientalis dan golongan menyeleweng. Cuma sesetengahnya berjela, terlampau ringkas dan ada yang tidak meliputi kesemua topik. Oleh itu, penulis mahu buku ini menjadi pertengahan di antaara yang terlalu mendalam dan yang terlalu ringkas dan meliputi kesemua perbahasan.

Pembaharuan yang cuba diketengahkan penulis dalam buku ini ialah:

1. Pembahagian setiap perbahasan kepada beberapa perenggan bagi memudahkan pelajar memahaminya.

2. Kesempurnaan pada setiap perbincangan dari segi rangka umum seperti mengemukakan definisi, contoh dan sebagainya.

3. Meliputi semua perbahasan ilmu Mustalah al-Hadith secara ringkas.

Dari segi penyusunan bab, penulis memanfaatkan kaedah Hafiz Ibn Hajar dalam kitabnya, Nukhbah al-Fikar dan syarahnya, Nuzhah al-Nazar kerana ia merupakan susunan terbaik yang diusahakan oleh beliau. Kebanyakan perbahasan ilmiah, penulis bergantung kepada kitab `Ulum al-Hadith oleh Ibn al-Salah, ringkasannya al-Taqrib oleh al-Nawawi dan syarahnya Tadrib al-Rawi oleh al-Suyuti.

Penulis membahagikan buku ini kepada pendahuluan dan empat bab. Bab pertama tentang khabar, bab kedua tentang al-Jarh wa al-Ta’dil, bab ketiga tentang riwayat dan prinsip-prinsipnya dan bab keempat tentang sanad dan mengenali para perawi.

Dalam mempersembahkan usaha yang tidak seberapa ini kepada para mahasiswa, penulis menginsafi akan kelemahan dan kekurangan dalam menunaikan hak ilmu ini dan penulis tidak mendakwa diri ini bersih dari kegelinciran dan kesilapan. Adalah diharapkan pembaca yang menemui kesilapan dalam buku ini mengingatkan penulis agar dapat dibaikinya. Penulis berharap kepada Allah s.w.t. agar para mahasiswa dan mereka yang terlibat dengan hadis mendapat manfaat daripadanya serta Dia menjadikannya sebagai amal ikhlas kerana-Nya.

Sesi 2 – 99 Usul Dirayah Untuk Mengenal Pasti Hadith-Hadith Dha’if Dan Maudhu’ – 

VIDEO – [Durasi – 2j 30m 53s] – Sesi 2 – 99 usul utk mengenal pasti hadis Dha’if & Maudhu’

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/HitJWDo7B2U ]

99 USUL DIRAYAH UNTUK MENGENAL PASTI HADITH-HADITH DHAIF DAN MAUDHU’

Oleh Maulana Mohd Asri Yusoff

Senarai 61 Usul Hadis Maudhu’ (yang dibincangkan dalam video Siri 1 –  https://youtu.be/YF2JVanvuus  )

1. Riwayat yang tidak sesuai dengan kedudukan Nabi s.a.w dan meng`aibkan Baginda.
2. Riwayat yang bercanggah dengan kenyataan dan pengalaman manusia.
3. Mengemukakan sesuatu yang tak masuk `aqal untuk menarik perhatian orang ramai.
4. Janji pahala besar kerana sesuatu `amalan yang kecil dan remeh-temeh.
5. Janji hukuman yang berat atau `azab yang besar kerana kesalahan yang kecil.
6. Hadits yang menyatakan kelebihan minyak tertentu.
7. Hadits yang menyatakan kelebihan bunga-bunga tertentu.
8. Kelebihan membela burung merpati atau ayam.
9. Semua riwayat tentang larangan menebang pokok bidara adalah maudhu` kecuali satu hadits
10. Hadits tentang kelebihan inai semuanya dha`if atau maudhu` kecuali hadits yang menganjurkan supaya berkhidhab dengan inai dan katam dan hadits berikut…
11. Riwayat tentang Nabi s.a.w mandi di dalam bilik mandi air panas dan melumurkan kapur untuk menghilangkan bulu-bulu di tubuh Baginda s.a.w.
12. Bercanggah dengan riwayat yang sahih lagi sharih.
13. Bercanggah dengan ayat Al-Qur’an yang terang.
14. Bercanggah dengan `aqal yang sihat dan sejahtera.
15. Hadits-hadits yang menyebut `Aishah dengan Humaira’ kebanyakannya maudhu` atau dha`if kecuali satu hadith
16. Hadits-hadits yang bermula dengan seruan يا علي maudhu` semuanya melainkan satu hadits
17. Ucapan yang tidak layak dikeluarkan oleh Nabi-nabi a.s
18. Peristiwa yang sepatutnya diriwayatkan oleh ramai orang tetapi hanya diriwayatkan seorang sahaja
19. Hadits yang menunjukkan kefardhuan sesuatu atau kepentingannya tetapi ia hanya diriwayatkan oleh seorang sahaja perawi.
20. Hadits yang menyebutkan secara jelas tarikh atau tahun sesuatu peristiwa yang akan berlaku
21. Hadits yang menyatakan kelebihan mana-mana tempat selain Mekah dan Madinah
22. Hadits yang menyatakan kelebihan mana-mana masjid selain Masjidil Haram, Masjid Nabi s.a.w, Masjid Aqsa dan Masjid Quba’
23. Riwayat yang menyatakan tentang kubur seseorang Nabi selain Nabi kita Muhammad s.a.w, terletak di sesuatu tempat dengan pasti
24. Riwayat yang menyatakan tentang`aqal semuanya dusta.
25. Riwayat yang menyatakan Nabi Ilyas dan Khadhir masih hidup
26. Riwayat yang menyebutkan tentang sembahyang sunat dengan kaifiat tertentu pada setiap hari dalam seminggu
27. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan bulan Rejab dan kelebihan berpuasa Rejab
28. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan sembahyang tertentu seperti sembahyang Ragha’ib pada bulan Rejab.
29. Riwayat kelebihan sembahyang tertentu pada malam Nisfu Sya`ban semuanya maudhu`.
30. Kelemahan dan kejelekan dari segi lafaz atau ma`na atau kedua-duanya
31. Riwayat yang mengandungi celaan terhadap mana-mana bangsa atau kaum
32. Riwayat yang menyebutkan dengan jelas tentang abad akan berlakunya hari qiamat
33. Hadits yang menyebutkan bulan atau hari tertentu sebagai bulan atau hari nahas
34. Hadits yang memuji atau mencela orang-orang yang dikasi
35. Hadits yang menyebutkan tentang fadhilat menziarahi kubur Nabi kita Muhammad s.a.w
36. Terdapatnya bukti-bukti menunjukkan kepalsuannya
37. Hadits yang mengandungi celaan terhadap anak-anak atau generasi kemudian.
38. Hadits yang menyebutkan tentang kelebihan permata-permata tertentu
39. Hadits yang menyebutkan tentang peperangan dengan golongan jin
40. Hadits yang menyebutkan perihal kelahiran Nabi s.a.w.
41. Hadits yang menyebutkan secara terperinci kelebihan setiap surah di dalam Al-Qur’an adalah maudhu` kecuali satu.
42. Hadits yang memuji atau mencela mana-mana imam empat mazhab
43. Hadits yang mencela sahabat Nabi s.a.w
44. Hadits yang memuji kehidupan membujang
45. Hadits yang mencela anak zina
46. Hadits tentang penurunan `ilmu tariqat atau haqiqat daripada Nabi s.a.w kepada orang-orang tertentu.
47. Hadits yang menyebutkan tentang `ilmu batin Saiyyidina `Ali
48. Riwayat daripada seseorang perawi Khariji atau Nashibi tentang keburukan Saiyyidina `Ali
49. Riwayat daripada seseorang perawi Syi`ah tentang kelebihan Saiyyidina `Ali
50. Riwayat perawi ahli bid`ah yang menyokong bid`ahnya
51. Riwayat ahli cerita kebanyakannya adalah dusta.
52. Ada orang yang sudah mati di dalam riwayat tersebut
53. Riwayat perawi pendusta atau dituduh pendusta
54. Perawi zindiq, tidak berugama atau fasiq
55 & 56 Perawi dhaif bercanggah dengan perawi kuat
57. Riwayat keluarga tertentu diampunkan pada hari qiamat
58. Hadits yang mengaitkan manusia dengan ibu-ibu mereka apabila dipanggil pada hari qiamat
59. Hadits yang memuji atau mencela bijirin, kekacang atau sayur-sayuran
60. Hadits yang menyebutkan tentang khilafah (pemerintahan) Bani `Abbas.
61. Hadits yang mencela Bani Umayyah.

[SAMBUNGAN] Usul Hadith Dhaif Dan Maudhu’ – Video ini ]

62. Hadits yang melarang menebang pokok bidara kecuali satu hadis.
63. Hadits yang menyebutkan Bani `Abbas sebagai ahli syurga.
64. Hadits yang mengemukakan sesuatu peristiwa yang bercanggah dengan apa yang disepakati oleh ahli-ahli sejarah yang mu`tabar.
65. Riwayat yang terdapat petunjuk (qarinah) padanya tentang kekarutan dan kedustaannya.
66. Riwayat yang menyatakan ketinggian dan kebesaran luar biasa saiz tubuh golongan `Amaliqah, `Aad, Tsamud dan `Uuj Bin `Unuq.
67. Riwayat yang menyatakan kelebihan bukit-bukit tertentu seperti Thursina, Qaf
68. Riwayat yang menyatakan tentang penghidupan semula kedua ibu bapa Nabi s.a.w atau menyatakan dengan jelas tentang mereka berdua sebagai ahli syurga.
69. Riwayat yang menyatakan tentang keimanan kedua ibu bapa Nabi s.a.w dan keimanan Abu Thalib.
70. Riwayat yang memuji kecantikan rupa paras.
71. Riwayat yang memuji kezaliman, kerosakan dan kebatilan di samping mengeji kebenaran.
72. Riwayat yang menyatakan fadhilat bercelak, berpakaian baru, bersembahyang, berbelanja lebih daripada biasa utk ahli keluarganya, bersuka ria atau bersedih dan berduka dan lain-lain `amalan pd hari `Asyura’ semuanya adalah maudhu` kecuali berpuasa pada hari tersebut.
73. Riwayat yang menyatakan fadhilat bersembahyang dengan memakai serban dan cincin.
74. Riwayat yang menyatakan Ishaq sebagai anak Nabi Ibrahim a.s yang disembelih bukan Ismail
75. Riwayat yang menyebutkan tentang Abdal, Aqtab dan para wali.
76. Riwayat yang menyebutkan tentang doa dengan wasilah.
77. Riwayat yang menyebutkan tentang imamah, walayah dan khilafah `Ali.
78. Riwayat yang menyatakan tentang benarnya `Ali dalam setiap pertelingkahan yang berlaku di antara beliau dengan para sahabat yang lain semasa pemerintahannya
79. Riwayat- yang mencela atau memburuk-burukkan para isteri Nabi s.a.w seperti `Aishah disalak anjing Hau’ab.
80. Riwayat yang menyebutkan tentang syahadah Husain.
81. Hadits yang mencela orang-orang yang terlibat dengan apa-apa pekerjaan yang halal adalah maudhu` semuanya
82. Riwayat yang menyebutkan tentang بسم الله perlu dinyaringkan bacaannya di dalam sembahyang tidak ada satu pun sahih.
83. Riwayat-riwayat yang menyebutkan tentang mana-mana sahabat atau mana-mana wali akan menjadi saqi (pemberi minum air) di kolam Kautsar nanti adalah palsu semuanya.
84. Riwayat-riwayat yang menyebutkan tentang orang-orang tertentu akan mempunyai naungan atau teduhan sendiri di hari qiamat nanti adalah palsu.
85. Hadits-hadits yang menyebutkan tentang penguasaan dunia melalui Isim a`zam.
86. Riwayat-riwayat Israiliyyat yang bercanggah dan bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah.
87. Memanglah ada hadits-hadits sahih tentang kelebihan Fathimah,
`Ali, Hasan dan Husain, namun di sana terdapat banyak sekali hadits-hadits palsu berhubung dengan mereka. Seperti hadits Kisa’ dan hadits Hasan dan Husain adalah dua pemuda ahli syurga dan lain-lain.
88. Hadits-hadits yang menyebutkan tentang kelebihan `Ali Zainal `Abidin, Al-Baqir dan Ja`far Sadiq adalah palsu semuanya.
89. Sesuatu peristiwa yang disebutkan di dalam sesuatu riwayat akan dikira tidak benar apabila bercanggah dengan apa yang tersebut di dalam hadits-hadits yang masyhur atau mutawatir.
90. Sesuatu riwayat walaupun dikemukakan oleh perawi tsiqah akan tertolak jika ia mengandungi sesuatu `amalan yang tidak di`amalkan oleh sahabat, tabi`in dan tab`i at-tabi`in.
91. Riwayat yang menyebutkan tentang tasawwuf.
92. Riwayat yang bercanggah dengan qa’idah bahasa ‘Arab.
93. Riwayat yang menyebutkan tentang kelebihan hidup dalam keadaan papa kedana.
94. Riwayat yang menyebutkan tentang Saiyyidina `Ali sebagai pintu `ilmu.
95. Riwayat- yang menyebutkan tentang wasiat Nabi s.a.w berkenaan dengan imamah dan walayah `Ali.
96. Riwayat yang menyatakan `aqal sebagai kejadian pertama adalah maudhu` kesemuanya.
97. Riwayat yang menyatakan nur Nabi s.a.w sebagai makhluk pertama semuanya maudhu`.
98. Riwayat yang menyatakan kejadian seseorang manusia daripada nur ilahi sudah tentu maudhu`
99. Semua riwayat tentang Panjtan adalah maudhu`

E-BOOK  – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA KULIAH – 99 USUL DIRAYAH UNTUK MENGENAL PASTI HADITH-HADITH DHAIF DAN MAUDHU’

Sesi 1 – 99 Usul Dirayah Untuk Mengenal Pasti Hadith-Hadith Dha’if Dan Maudhu’

[NOTA KULIAH DISERTAKAN DI BAWAH]

VIDEO – [Durasi – 2j 23m 45s] – Sesi 1 – 99 usul utk mengenal pasti hadis Dha’if & Maudhu’

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/YF2JVanvuus ]

99 USUL DIRAYAH UNTUK MENGENAL PASTI HADITH-HADITH DHAIF DAN MAUDHU’

Oleh Maulana Muhd Asri Yusoff 

Senarai  Usul Hadis Maudhu’ (yang dibincangkan dalam video sebelum ini – Siri 1  – https://youtu.be/YF2JVanvuus )

1. Riwayat yang tidak sesuai dengan kedudukan Nabi s.a.w dan meng`aibkan Baginda.
2. Riwayat yang bercanggah dengan kenyataan dan pengalaman manusia.
3. Mengemukakan sesuatu yang tak masuk `aqal untuk menarik perhatian orang ramai.
4. Janji pahala besar kerana sesuatu `amalan yang kecil dan remeh-temeh.
5. Janji hukuman yang berat atau `azab yang besar kerana kesalahan yang kecil.
6. Hadits yang menyatakan kelebihan minyak tertentu.
7. Hadits yang menyatakan kelebihan bunga-bunga tertentu.
8. Kelebihan membela burung merpati atau ayam.
9. Semua riwayat tentang larangan menebang pokok bidara adalah maudhu` kecuali satu hadits
10. Hadits tentang kelebihan inai semuanya dha`if atau maudhu` kecuali hadits yang menganjurkan supaya berkhidhab dengan inai dan katam dan hadits berikut…
11. Riwayat tentang Nabi s.a.w mandi di dalam bilik mandi air panas dan melumurkan kapur untuk menghilangkan bulu-bulu di tubuh Baginda s.a.w.
12. Bercanggah dengan riwayat yang sahih lagi sharih.
13. Bercanggah dengan ayat Al-Qur’an yang terang.
14. Bercanggah dengan `aqal yang sihat dan sejahtera.
15. Hadits-hadits yang menyebut `Aishah dengan Humaira’ kebanyakannya maudhu` atau dha`if kecuali satu hadith
16. Hadits-hadits yang bermula dengan seruan يا علي maudhu` semuanya melainkan satu hadits
17. Ucapan yang tidak layak dikeluarkan oleh Nabi-nabi a.s
18. Peristiwa yang sepatutnya diriwayatkan oleh ramai orang tetapi hanya diriwayatkan seorang sahaja
19. Hadits yang menunjukkan kefardhuan sesuatu atau kepentingannya tetapi ia hanya diriwayatkan oleh seorang sahaja perawi.
20. Hadits yang menyebutkan secara jelas tarikh atau tahun sesuatu peristiwa yang akan berlaku
21. Hadits yang menyatakan kelebihan mana-mana tempat selain Mekah dan Madinah
22. Hadits yang menyatakan kelebihan mana-mana masjid selain Masjidil Haram, Masjid Nabi s.a.w, Masjid Aqsa dan Masjid Quba’
23. Riwayat yang menyatakan tentang kubur seseorang Nabi selain Nabi kita Muhammad s.a.w, terletak di sesuatu tempat dengan pasti
24. Riwayat yang menyatakan tentang`aqal semuanya dusta.
25. Riwayat yang menyatakan Nabi Ilyas dan Khadhir masih hidup
26. Riwayat yang menyebutkan tentang sembahyang sunat dengan kaifiat tertentu pada setiap hari dalam seminggu
27. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan bulan Rejab dan kelebihan berpuasa Rejab
28. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan sembahyang tertentu seperti sembahyang Ragha’ib pada bulan Rejab.
29. Riwayat kelebihan sembahyang tertentu pada malam Nisfu Sya`ban semuanya maudhu`.
30. Kelemahan dan kejelekan dari segi lafaz atau ma`na atau kedua-duanya
31. Riwayat yang mengandungi celaan terhadap mana-mana bangsa atau kaum
32. Riwayat yang menyebutkan dengan jelas tentang abad akan berlakunya hari qiamat
33. Hadits yang menyebutkan bulan atau hari tertentu sebagai bulan atau hari nahas
34. Hadits yang memuji atau mencela orang-orang yang dikasi
35. Hadits yang menyebutkan tentang fadhilat menziarahi kubur Nabi kita Muhammad s.a.w
36. Terdapatnya bukti-bukti menunjukkan kepalsuannya
37. Hadits yang mengandungi celaan terhadap anak-anak atau generasi kemudian.
38. Hadits yang menyebutkan tentang kelebihan permata-permata tertentu
39. Hadits yang menyebutkan tentang peperangan dengan golongan jin
40. Hadits yang menyebutkan perihal kelahiran Nabi s.a.w.
41. Hadits yang menyebutkan secara terperinci kelebihan setiap surah di dalam Al-Qur’an adalah maudhu` kecuali satu.
42. Hadits yang memuji atau mencela mana-mana imam empat mazhab
43. Hadits yang mencela sahabat Nabi s.a.w
44. Hadits yang memuji kehidupan membujang
45. Hadits yang mencela anak zina
46. Hadits tentang penurunan `ilmu tariqat atau haqiqat daripada Nabi s.a.w kepada orang-orang tertentu.
47. Hadits yang menyebutkan tentang `ilmu batin Saiyyidina `Ali
48. Riwayat daripada seseorang perawi Khariji atau Nashibi tentang keburukan Saiyyidina `Ali
49. Riwayat daripada seseorang perawi Syi`ah tentang kelebihan Saiyyidina `Ali
50. Riwayat perawi ahli bid`ah yang menyokong bid`ahnya
51. Riwayat ahli cerita kebanyakannya adalah dusta.
52. Ada orang yang sudah mati di dalam riwayat tersebut
53. Riwayat perawi pendusta atau dituduh pendusta
54. Perawi zindiq, tidak berugama atau fasiq
55 & 56 Perawi dhaif bercanggah dengan perawi kuat
57. Riwayat keluarga tertentu diampunkan pada hari qiamat
58. Hadits yang mengaitkan manusia dengan ibu-ibu mereka apabila dipanggil pada hari qiamat
59. Hadits yang memuji atau mencela bijirin, kekacang atau sayur-sayuran
60. Hadits yang menyebutkan tentang khilafah (pemerintahan) Bani `Abbas.
61. Hadits yang mencela Bani Umayyah.

[SAMBUNGAN] Usul Hadith Dhaif Dan Maudhu’ – Siri 2 – Video – https://youtu.be/HitJWDo7B2U ]

  1. Hadits yang melarang menebang pokok bidara kecuali satu hadis.
  2. Hadits yang menyebutkan Bani `Abbas sebagai ahli syurga.
  3. Hadits yang mengemukakan sesuatu peristiwa yang bercanggah dengan apa yang disepakati oleh ahli-ahli sejarah yang mu`tabar.
  4. Riwayat yang terdapat petunjuk (qarinah) padanya tentang kekarutan dan kedustaannya.
  5. Riwayat yang menyatakan ketinggian dan kebesaran luar biasa saiz tubuh golongan Amaliqah,Aad, Tsamud dan Uuj BinUnuq.
  6. Riwayat yang menyatakan kelebihan bukit-bukit tertentu seperti Thursina, Qaf
  7. Riwayat yang menyatakan tentang penghidupan semula kedua ibu bapa Nabi s.a.w atau menyatakan dengan jelas tentang mereka berdua sebagai ahli syurga.
  8. Riwayat yang menyatakan tentang keimanan kedua ibu bapa Nabi s.a.w dan keimanan Abu Thalib.
  9. Riwayat yang memuji kecantikan rupa paras.
  10. Riwayat yang memuji kezaliman, kerosakan dan kebatilan di samping mengeji kebenaran.
  11. Riwayat yang menyatakan fadhilat bercelak, berpakaian baru, bersembahyang, berbelanja lebih daripada biasa utk ahli keluarganya, bersuka ria atau bersedih dan berduka dan lain-lain amalan pd hariAsyura’ semuanya adalah maudhu` kecuali berpuasa pada hari tersebut.
  12. Riwayat yang menyatakan fadhilat bersembahyang dengan memakai serban dan cincin.
  13. Riwayat yang menyatakan Ishaq sebagai anak Nabi Ibrahim a.s yang disembelih bukan Ismail
  14. Riwayat yang menyebutkan tentang Abdal, Aqtab dan para wali.
  15. Riwayat yang menyebutkan tentang doa dengan wasilah.
  16. Riwayat yang menyebutkan tentang imamah, walayah dan khilafah `Ali.
  17. Riwayat yang menyatakan tentang benarnya `Ali dalam setiap pertelingkahan yang berlaku di antara beliau dengan para sahabat yang lain semasa pemerintahannya
  18. Riwayat- yang mencela atau memburuk-burukkan para isteri Nabi s.a.w seperti `Aishah disalak anjing Hau’ab.
  19. Riwayat yang menyebutkan tentang syahadah Husain.
  20. Hadits yang mencela orang-orang yang terlibat dengan apa-apa pekerjaan yang halal adalah maudhu` semuanya
  21. Riwayat yang menyebutkan tentang بسم الله perlu dinyaringkan bacaannya di dalam sembahyang tidak ada satu pun sahih.
  22. Riwayat-riwayat yang menyebutkan tentang mana-mana sahabat atau mana-mana wali akan menjadi saqi (pemberi minum air) di kolam Kautsar nanti adalah palsu semuanya.
  23. Riwayat-riwayat yang menyebutkan tentang orang-orang tertentu akan mempunyai naungan atau teduhan sendiri di hari qiamat nanti adalah palsu.
  24. Hadits-hadits yang menyebutkan tentang penguasaan dunia melalui Isim a`zam.
  25. Riwayat-riwayat Israiliyyat yang bercanggah dan bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah.
  26. Memanglah ada hadits-hadits sahih tentang kelebihan Fathimah,
    `Ali, Hasan dan Husain, namun di sana terdapat banyak sekali hadits-hadits palsu berhubung dengan mereka. Seperti hadits Kisa’ dan hadits Hasan dan Husain adalah dua pemuda ahli syurga dan lain-lain.
  27. Hadits-hadits yang menyebutkan tentang kelebihan Ali ZainalAbidin, Al-Baqir dan Ja`far Sadiq adalah palsu semuanya.
  28. Sesuatu peristiwa yang disebutkan di dalam sesuatu riwayat akan dikira tidak benar apabila bercanggah dengan apa yang tersebut di dalam hadits-hadits yang masyhur atau mutawatir.
  29. Sesuatu riwayat walaupun dikemukakan oleh perawi tsiqah akan tertolak jika ia mengandungi sesuatu amalan yang tidak diamalkan oleh sahabat, tabiin dan tabi at-tabi`in.
  30. Riwayat yang menyebutkan tentang tasawwuf.
  31. Riwayat yang bercanggah dengan qa’idah bahasa ‘Arab.
  32. Riwayat yang menyebutkan tentang kelebihan hidup dalam keadaan papa kedana.
  33. Riwayat yang menyebutkan tentang Saiyyidina Ali sebagai pintuilmu.
  34. Riwayat- yang menyebutkan tentang wasiat Nabi s.a.w berkenaan dengan imamah dan walayah `Ali.
  35. Riwayat yang menyatakan aqal sebagai kejadian pertama adalah maudhu kesemuanya.
  36. Riwayat yang menyatakan nur Nabi s.a.w sebagai makhluk pertama semuanya maudhu`.
  37. Riwayat yang menyatakan kejadian seseorang manusia daripada nur ilahi sudah tentu maudhu`
  38. Semua riwayat tentang Panjtan adalah maudhu`

E-BOOK – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA KULIAH – 99 USUL DIRAYAH UNTUK MENGENAL PASTI HADITH-HADITH DHAIF DAN MAUDHU’