VIDEO – [Durasi – 21m 58s] – [HARTA etc – Siri 1] – Haramnya Riba [VIDEO TEMATIK HADITH]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Zk5W6j6pm_o ]
Video penuh asal – • Sesi 11 – Riba – [Sahih Muslim – Kitab Mus… & • Sesi 13 – Mengambil Yang Halal Dan Meningg…
MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ ٱلَّذِينَ يَأْكُلُونَ ٱلرِّبَوٰا۟ لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ ٱلَّذِى يَتَخَبَّطُهُ ٱلشَّيْطَـٰنُ مِنَ ٱلْمَسِّ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوٓا۟ إِنَّمَا ٱلْبَيْعُ مِثْلُ ٱلرِّبَوٰا۟ ۗ وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلْبَيْعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰا۟ ۚ فَمَن جَآءَهُۥ مَوْعِظَةٌۭ مِّن رَّبِّهِۦ فَٱنتَهَىٰ فَلَهُۥ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُۥٓ إِلَى ٱللَّهِ ۖ وَمَنْ عَادَ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ أَصْحَـٰبُ ٱلنَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَـٰلِدُونَ ٢٧٥ يَمْحَقُ ٱللَّهُ ٱلرِّبَوٰا۟ وَيُرْبِى ٱلصَّدَقَـٰتِ ۗ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ ٢٧٦ فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ فَأْذَنُوا۟ بِحَرْبٍۢ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ۖ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَٰلِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ ٢٧٩
(Al-Baqarah – Ayat 275)
Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.
(Al-Baqarah – Ayat 276)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(Al-Baqarah – Ayat 279)
Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
PERINGATAN KERAS – Allah mengisytiharkan perang ke atas pegamal-pengamal riba – melalui Ayat 279, Surah al-Baqarah – “Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-Nya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat)”.
[RINGKASAN]. – HARAMNYA RIBA
1. Takrif “riba” di segi bahasa bermakna “lebihan” atau “tambahan” manakala di sisi syarak ada lima definisi. Yang paling menonjol dan relevan di zaman ini ialah, “riba nasiah”, iaitu, “mengambil lebihan dari hutang yang diberikan”. Riba inilah yang disebut di dalam al-Quran dan riba ini diharamkan juga oleh agama Yahudi dan Kristian.
2. Terdapat pendapat aneh di kalangan umat Islam moden dalam kerangka untuk menghalalkan riba nasiah, iaitu, riba yang diamalkan oleh bank-bank dan institusi kewangan bukanlah seperti yang diharamkan dalam al-Quran. Mereka beralasan bahawa,
i) riba yang dimaksudkan dalam al-Quran adalah bila “interest” atau “bunga”nya melebihi sekali ganda dari jumlah hutang. Mereka memetik ayat al-Quran, Surah Ali-‘Imran, ayat 130 sebagai dalil, maknanya, riba yang sedikit adalah tidak haram bagi mereka. Dan,
ii) terdapat perbezaan riba di zaman Nabi di mana semasa zaman Nabi manusia berhutang kerana keperluan mendesak seperti makan minum, oleh itu mengenakan riba adalah zalim. Manakala di zaman moden ini manusia yang berhutang dari bank ialah mereka yang kaya yang ingin menggunakan wang bank sebagai modal perniagaan. Kata mereka, tiada bank di zaman Nabi, bank-bank hanya wujud selepas Revolusi Industri di Eropah.
3. Sanggahan kepada pendapat pertama, hanya riba yang berganda-ganda adalah haram. Ayat al-Quran dan hadith mengharamkan riba secara mutlak, tidak kira sama ada sedikit atau banyak. Dalil yang digunakan mereka (Ayat 130, Surah ali-‘Imran) hanya menceritakan keadaan yang berlaku dalam masyarakat Arab di zaman Nabi sa.w. Sebagai bantahan, Ayat 278, Surah al-Baqarah, Allah memerintahkan supaya meninggalkan saki baki riba, tidak kira banyak atau sedikit. Dalam Ayat 275, Surah al-Baqarah pula Allah menghalalkan jual-beli tetapi mengharamkan riba, juga tanpa menyatakan banyak atau sedikitnya riba itu.
4. Nota: Apabila seseorang membayar balik hutang, dia boleh membayar lebih dari nilai hutangnya. Ianya tidak dikira riba kerana tiada syarat untuknya menambah bayaran ke atas hutangnya. Riba berlaku bila pemiutang disyaratkan membayar balik hutang dengan tambahan kepada jumlah hutang yang diambil
