[NAFKAH] – Siri 1 – Kelebihan Nafkah Kepada Ahli Keluarga [VIDEO TEMATIK HADITH]

VIDEO – [Durasi – 13m 9s] – [NAFKAH] – Siri 1 – Kelebihan Nafkah Kepada Ahli Keluarga [VIDEO TEMATIK HADITH]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/RmAhkaaxy1M ]

Video penuh asal –    • Sesi 1 – Kelebihan Memberi Nafkah Kepada A…  

[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]

MATAN, SELAYANG PANDANG & SYARAH HADITH

{وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ} وَقَالَ الْحَسَنُ الْعَفْوُ الْفَضْلُ حَدَّثَنَا آدَمُ بْنُ أَبِي إِيَاسٍ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ عَدِيِّ بْنِ ثَابِتٍ، قَالَ سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ يَزِيدَ الأَنْصَارِيَّ، عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الأَنْصَارِيِّ، فَقُلْتُ عَنِ النَّبِيِّ فَقَالَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ إِذَا أَنْفَقَ الْمُسْلِمُ نَفَقَةً عَلَى أَهْلِهِ وَهْوَ يَحْتَسِبُهَا، كَانَتْ لَهُ صَدَقَةً ‏”‏‏.‏

Hadith Pertama – Diriwayatkan daripada ‘Adi bin Tsabit katanya, saya mendengar Abdullah bin Yazid al-Ansari meriwayatkan daripada Abi Masu’d al-Ansari, saya (Syu’bah) berkata kepada ‘Adi bin Tsabit, “Daripada Nabi s.a.w. kah?”. Dia menjawab, “Daripada Nabi s.a.w. Sabdanya: Apabila seseorang muslim itu membelanjakan sesuatu perbelanjaan kepada ahli keluarganya dalam keadaan dia mengharapkan pahala daripada Allah taala (ataupun dia ikhlas kerana Allah taala) perbelanjaannya kepada keluarganya itu menjadi sedeqah”

” حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنِ الأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ قَالَ اللَّهُ أَنْفِقْ يَا ابْنَ آدَمَ أُنْفِقْ عَلَيْكَ ‏”‏‏.‏

Hadith Kedua – Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah berfirman, “Berbelanjalah wahai anak Adam, nescaya Allah akan belanjakan kepadamu. Keluarkanlah harta kamu untuk jalan Allah nescaya Aku akan berikan kepada kamu dari sisi-Ku”.

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ قَزَعَةَ، حَدَّثَنَا مَالِكٌ، عَنْ ثَوْرِ بْنِ زَيْدٍ، عَنْ أَبِي الْغَيْثِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ السَّاعِي عَلَى الأَرْمَلَةِ وَالْمِسْكِينِ كَالْمُجَاهِدِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، أَوِ الْقَائِمِ اللَّيْلَ الصَّائِمِ النَّهَارَ ‏”‏‏.‏

Hadith Ketiga – Diriwayatkan daripada Abu Hurairah katanya Nabi s.a.w. bersabda “Orang yang berusaha menjaga kepentingan janda dan orang miskin sama seperti orang yang berjihad fi sabilillah atau orang yang berdiri mengerjakan ibadat sepanang malam dan orang yang berpuasa pada waktu siang (sentiasa berpuasa pada waktu siang)”.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ، أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ، عَنْ سَعْدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدٍ، عَنْ سَعْد ٍ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَعُودُنِي وَأَنَا مَرِيضٌ بِمَكَّةَ، فَقُلْتُ لِي مَالٌ أُوصِي بِمَالِي كُلِّهِ قَالَ ‏”‏ لاَ ‏”‏‏.‏ قُلْتُ فَالشَّطْرُ قَالَ ‏”‏ لاَ ‏”‏‏.‏ قُلْتُ فَالثُّلُثُ قَالَ ‏”‏ الثُّلُثُ، وَالثُّلُثُ كَثِيرٌ، أَنْ تَدَعَ وَرَثَتَكَ أَغْنِيَاءَ خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَدَعَهُمْ عَالَةً، يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ فِي أَيْدِيهِمْ، وَمَهْمَا أَنْفَقْتَ فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ حَتَّى اللُّقْمَةَ تَرْفَعُهَا فِي فِي امْرَأَتِكَ، وَلَعَلَّ اللَّهَ يَرْفَعُكَ، يَنْتَفِعُ بِكَ نَاسٌ وَيُضَرُّ بِكَ آخَرُونَ ‏”‏‏

Hadith keempat – Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Saad katanya Rasulullah s.a.w. menziarahi saya ketika saya sakit di Mekah. Saya berkata: Saya mempunyai harta. Saya nak berpesan berhubung dengan semua harta saya itu (untuk jalan Allah). Nabi s.a.w. berkata, “Jangan”. Saya berkata, “Separuh?”. Dia berkata, “Jangan”. Saya berkata, “Satu pertiga”. Dia berkata, “Satu pertiga. Dan satu pertiga itupun banyak. Sesungguhnya engkau meninggalkan pewaris-pewarismu dalam keadaan kaya lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka dalam keadaan papa kedana dan mengemis daripada orang ramai. Biar apapun kamu belanjakan perbelanjaan kamu itu menjadi sedeqah untukmu sehinggakan suapan yang engkau angkatkan ke mulut isterimu itupun menjadi sedekah . Mudah-mudahan Allah akan mengangkat engkau (memanjangkan umur engkau) dimana orang-orang akan mendapat faedah dengan engkau dan segolongan manusia yang lain pula akan terancam oleh engkau”.

SELAYANG PANDANG TENTANG “NAFKAH” (PERBELANJAAN) & KELEBIHAN BERBELANJA UNTUK KELUARGA

1. Kitab “Nafkah” dalam Sahih al-Bukhari ini memberi panduan bagaimana untuk menguruskan perbelanjaan umum atau untuk tujuan kebajikan. Contohnya, adakah kita dibenarkan menghabiskan semua harta kita demi untuk membuat kebajikan (infaq), atau, kepada siapakah yang paling baik kita belanjakan harta kita?

2. Kita hendaklah mengutamakan “ahli” kita iaitu keluarga kita (isteri dan anak-anak, sama ada sudah bercerai atau tidak bercerai) untuk membelanjakan harta kita.

3. Belanjakan harta untuk berbuat kebajikan dari harta yang lebih dari keperluan (Surah al-Baqarah, ayat 219).

HADITH PERTAMA

Setiap perbelanjaan yang dikeluarkan kepada isteri dan anak-anak dengan ikhlas dan mengharapkan pahala akan menjadi sedeqah untuknya dan tidak akan sia-sia.

HADITH KEDUA

Belanjakanlah harta yang ada, nescaya Allah akan “belanjakan” kepada kamu dan jika kamu bakhil Allah akan menahan rezeki kamu. Jika kamu pemurah, Allah akan buka rezeki untuk kamu. Arahan “belanjakan” adalah umum, tetapi sebagai panduannya mulakanlah dengan orang yang di bawah tanggungan kita dahulu. Bermurah hati dengan anak isteri kita menjadi punca Allah memurahkan rezeki kita.

HADITH KETIGA

1. Menjaga janda (sama ada dengan mengahwininya atau memberi belanja kepadanya) dan memberii belanja kepada orang miskin tanpa mengharapkan apa-apa balasan adalah seperti berjihad fi sabilillah. Ianya memberi pahala seperti berjihad kepada orang yang tidak berpeluang berjihad di jalan Allah (mungkin kerana disebabkan kekurangan harta atau tiadanya pemerintahan Islam).

2. Keadaan dan peluang seseorang mendapat pahala berbeza di antara satu sama lain. Seseorang itu diberikan pahala dan kebaikan sesuai dengan keadaannya. .

HADITH KEEMPAT

Nabi s.a.w. melarang kita dari memberi semua harta kita untuk tujuan infaq fi sabilillah tetapi membenarkan sehingga satu pertiga dari harta kita untuk diinfaqkan. Meninggalkan waris kita dalam keadaan kaya adalah lebih baik dari meninggalkan mereka dalam keadaan papa kedana dan meminta-minta kepada orang. Menanggung anak isteri adalah sesuatu yang wajib dan kita diberi pahala dalam menunaikan tanggungjawab itu. Menunaikan yang wajib (menanggung anak isteri ) adalah lebih utama dari amalan sunat (infaq secara umum).

SELINGAN – Perawi hadith ini, Saad Ibnu Waqqas diberikan umur yang panjang sehingga memberi manfaat kepada ummat dan menjadi penakluk Kerajaan Parsi.

Leave a Reply