VIDEO – [Durasi – 5m 27s] – [HADITH TEMATIK -NAFKAH] – Siri 15 – Penyusu-Penyusu Dari Kalangan Hamba Dan Selain Daripada Mereka
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/SqSAXJhU4ds ]
Video penuh asal – Sahih Bukhari (Kitab Nafkah) –
• Sesi 3 – Ibu Hendaklah Menyusukan Anak Sel… &
• Sesi 4 -Sediakan Pakaian Utk Wanita Dengan…
[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]
MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – PENYUSU-PENYUSU DARI KALANGAN HAMBA SAHAYA DAN SELAIN DARIPADA MEREKA
باب الْمَرَاضِعِ مِنَ الْمَوَالِيَاتِ وَغَيْرِهِنَّ
حدثنا يحيى بن بكير حدثنا الليث عن عقيل عن ابن شهاب أخبرني عروة أن زينب بنت أبي سلمة أخبرته أن أم حبيبة زوج النبي صلى الله عليه وسلم قالت قلت يا رسول الله انكح أختي بنت أبي سفيان قال وتحبين ذلك قلت نعم لست لك بمخلية وأحب من شاركني في الخير أختي فقال إن ذلك لا يحل لي فقلت يا رسول الله فوالله إنا نتحدث أنك تريد أن تنكح درة بنت أبي سلمة فقال بنت أم سلمة فقلت نعم قال فوالله لو لم تكن ربيبتي في حجري ما حلت لي إنها بنت أخي من الرضاعة أرضعتني وأبا سلمة ثويبة فلا تعرضن علي بناتكن ولا أخواتكن وقال شعيب عن الزهري قال عروة ثويبة أعتقها أبو لهب
Penyusu-Penyusu Dari Kalangan Hamba Sahaya Dan Selain Daripada Mereka
Diriwayatkan daripada Urwah bahawa Zainab binti Aba Salamah menceritakan kepadanya bahawa Ummu Habibah, isteri Nabi s.a.w. berkata: Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Berkahwinlah dengan saudara perempuan saya, binti Abu Sufyan, (iaitu Azzah)”..Nabi s.a.w. bersabda, “Adakah kamu suka begitu?”. Dia berkata, “Ya! Bagaimanapun bukan saya seorang untuk engkau dan orang yang paling saya suka berkongsi kebaikan dengan saya ialah adik saya”. Nabi s.a.w. berkata, “Itu tidak halal untuk saya”. Saya berkata, “Wahai Rasulullah! Demi Allah, kami sedang bercakap-cakap bahawa engkau hendak kahwin dengan Durrah binti Abi Salamah”. Nabi s.a.w. pun berkata, “Anak Ummu Salamah?”. Saya berkata, “Ya!”. Nabi s.a.w. bersabda, “Kalau tidak kerana dia anak tiri saya yang dipelihara dalam ribaan saya, tidak halal juga dia untuk saya kerana dia adalah anak saudara sesusu dengan saya. Saya dan Abu Salamah, ayahnya, telah disusukan oleh Suwaibah. Oleh itu janganlah kamu kemukakan kepada saya anak-anak perempuan kamu dan saudara-saudara perempuan kamu”. Berkata Shuaib daripada Zuhri, kata Urwah, “Suwaibah telah dimerdekakan oleh Abu Lahab”.
[RINGKASAN] Penyusu-Penyusu Dari Kalangan Hamba Sahaya Dan Selain Daripada Mereka
1. Sesiapapun (sama ada orang merdeka atau hamba sahaya) boleh menyusui seorang bayi. Penyusuan adalah satu proses biasa membekalkan makanan asas kepada bayi dan kita tidak perlu bimbang tentang individu yang menyusukannya sama ada dia adalah orang biasa ataupun hamba sahaya. Ini adalah kerana ianya tidak memberi kesan kepada sifat dan peribadi seseorang bayi. Peribadi seseorang bayi tidak ditentukan oleh siapa yang menyusuinya sebagaimana siapa yang memasak nasi tidak memberi kesan kepada orang yang memakannya. Buktinya, Suwaibah walaupun hanya seorang hamba, telah menyusui dua insan hebat iaitu Nabi s.a.w. dan Sahabat Baginda Abu Salamah. Ada di dalam sesetengah budaya, orang-orang bawahan (seperti hamba) tidak boleh menyusui anak orang bangsawan kerana dipercayai memberi kesan buruk kepada bayi yang disusuinya itu. Ini adalah pendapat yang tiada asas.
2. Di dalam hadith-hadith ini terdapat hukum dalam bab perkahwinan iaitu tidak boleh mengumpulkan dua beradik perempuan dalam satu perkahwinan, tidak boleh berkahwin dengan anak tiri dan tidak boleh berkahwin dengan anak saudara sesusuan.
3. Di dalam hadith ini ada menyebut bahawa Abu Lahab membebaskan hambanya Suwaibah. Apa yang ingin dinyatakan dalam hadith ini ialah Suwaibah, yang menyusukan Nabi, ialah seorang hamba. Tetapi ahli bid’ah mengatakan bahawa inilah dalil kepada sambutan hari kelahiran Nabi (maulidur rasul) kerana katanya seksaan neraka ke atas Abu Lahab diringankan, padahal ayat a-Quran jelas menyatakan bahawa Abu Lahab diseksa dengan teruk di dalam neraka. Hadith ini langsung tidak boleh digunakan sebagai dalil untuk sambutan maulidurrasul.
