[HADITH TEMATIK-NAFKAH] – Siri 12 – Perbelanjaan Suami Yang Susah (Miskin) Terhadap Isterinya

VIDEO – [Durasi – 4m 8s] – [HADITH TEMATIK-NAFKAH] – Siri 12 – Perbelanjaan Suami Yang Susah (Miskin) Terhadap Isterinya

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/WKcH_BGD05M ]

Video penuh asal – Sahih Bukhari (Kitab Nafkah) – • Sesi 3 – Ibu Hendaklah Menyusukan Anak Sel… & • Sesi 4 -Sediakan Pakaian Utk Wanita Dengan…

[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – PERBELANJAAN SUAMI YANG SUSAH (MISKIN) TERHADAP ISTERINYA

باب نَفَقَةِ الْمُعْسِرِ عَلَى أَهْلِهِ

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ، حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ، حَدَّثَنَا ابْنُ شِهَابٍ، عَنْ حُمَيْدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ أَتَى النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم رَجُلٌ فَقَالَ هَلَكْتُ‏.‏ قَالَ ‏”‏ وَلِمَ ‏”‏‏.‏ قَالَ وَقَعْتُ عَلَى أَهْلِي فِي رَمَضَانَ‏.‏ قَالَ ‏”‏ فَأَعْتِقْ رَقَبَةً ‏”‏‏.‏ قَالَ لَيْسَ عِنْدِي‏.‏ قَالَ ‏”‏ فَصُمْ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ ‏”‏‏.‏ قَالَ لاَ أَسْتَطِيعُ‏.‏ قَالَ ‏”‏ فَأَطْعِمْ سِتِّينَ مِسْكِينًا ‏”‏‏.‏ قَالَ لاَ أَجِدُ‏.‏ فَأُتِيَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم بِعَرَقٍ فِيهِ تَمْرٌ فَقَالَ ‏”‏ أَيْنَ السَّائِلُ ‏”‏‏.‏ قَالَ هَا أَنَا ذَا‏.‏ قَالَ ‏”‏ تَصَدَّقْ بِهَذَا ‏”‏‏.‏ قَالَ عَلَى أَحْوَجَ مِنَّا يَا رَسُولَ اللَّهِ فَوَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ مَا بَيْنَ لاَبَتَيْهَا أَهْلُ بَيْتٍ أَحْوَجُ مِنَّا فَضَحِكَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم حَتَّى بَدَتْ أَنْيَابُهُ قَالَ ‏”‏ فَأَنْتُمْ إِذًا ‏”‏‏. ‏

Perbelanjaan Suami Yang Susah (Miskin) Terhadap Isterinya

Diriwayatkan darpada Abi Hurairah katanya: Datang kepada Nabi s.a.w. seorang lelaki yang berkata, “Saya telah binasa!”. Nabi s.a.w. bertanya , “Kenapa?”. Dia menjawab, “Saya telah menyetubuhi isteri saya pada (siang hari) bulan Ramadhan”. Nabi s.a.w. bersabda, “Merdekakan seorang hamba”. Katanya, “Saya tidak mempunyai hamba”. Nabi s.a.w. bersabda kepadanya, “Puasalah tiga bulan berturut-turut”. Dia berkata, “Saya tidak mampu”. Nabi s.a.w. pun mengarahkannya, “Berilah makan kepada 60 orang miskin”. Dia berkata, “Saya tidak mempunyai sesuatu”. Selepas itu dibawakan kepada Nabi s.a.w. satu bekas berisi tamar. Baginda bertanya, “Dimanakah orang yang bertanya tadi?”. Orang itu berkata, “Ini saya, wahai Rasulullah”. (Rasulullah bersabda), “Sedekahkan buah tamar ini”. Orang itu bertanya, “Kepada orang yang lebih memerlukan daripada kami, wahai Rasulullah? Demi tuhan yang telah mengutuskan engkau dengan sebenar, tidak ada di kawasan Madinah ini ahli rumah yang lebih perlu daripada kami (kepada makanan itu)”. Nabi s.a.w. pun ketawa sehingga jelas kelihatan taring-taring (gigi belakang)nya. Nabi s.a.w. bersabda, “Kamulah yang lebih perlu (kamu berilah kepada anak isterimu)”. (Sahih al-Bukhari – Hadith No. 5368).

[RINGKASAN] Perbelanjaan Suami Yang Susah (Miskin) Terhadap Isterinya

1. Orang yang susah (miskin) tetap wajib memberi nafkah kepada keluarganya dengan kadar yang dia mampu.

2. Hadith ini menerangkan cara-cara melaksanakan “kaffarah” bagi seorang suami yang menyetubuhi isterinya di siang hari bulan Ramadhan. Pilihan terakhir ialah dengan memberi makan kepada 60 orang miskin. Dalam hadith ini, lelaki yang melakukan kesalahan tersebut tidak mampu melaksanakan walaupun pilihan terakhir tersebut. Kemudiannya, dibawakan kepada Nabi s.a.w. buah tamar. Nabi menyuruh lelaki tersebut memberi buah tamar tersebut kepada orang-orang miskin di Madinah. Ternyata lelaki tersebut adalah orang yang paling miskin di Madinah maka Nabi s.a.w. menyuruhnya membawa balik tamar tersebut untuk dimakan olehnya dan anak isterinya.

3. Hadith ini menunjukkan lelaki tersebut lebih utama untuk memberi makan (nafkah) kepada anak isterinya berbanding diberi kepada orang lain yang lebih berada. Nabi s.a.w. mengisyaratkan bahawa memberi nafkah kepada anak isteri itu lebih utama dan patut didahulukan walaupun dalam keadaan seseorang itu wajib membayar “kaffarah”. Seseorang suami hendaklah memberi nafkah kepada keluarganya walau sesusah atau semiskin manapun dia.

Leave a Reply