[PAKAIAN & PERHIASAN] – Siri 1 – Pengharaman Mengheret Kain Atau Melabuhkan Kain Dengan Sombong [VIDEO TEMATIK HADITH]

VIDEO – [Durasi – 12m 49s] – [PAKAIAN] – Siri 1 – Pengharaman Mengheret Kain Atau Melabuhkan Kain Dengan Sombong [HADITH]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/DmncuEfS6G4 ]

Video penuh asal – Sahih Muslim –    • Sesi 5 – Haram Melabuhkan Kain Dengan Somb…   Sahih al-Bukhari –    • Sesi 1 -Siapa Yang Haramkan Perhiasan Yg A…  

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH

A. HADITH DARI KITAB SAHIH MUSLIM

باب تَحْرِيمِ جَرِّ الثَّوْبِ خُيَلاَءَ وَبَيَانِ حَدِّ مَا يَجُوزُ إِرْخَاؤُهُ إِلَيْهِ وَمَا يُسْتَحَبّ

حَدَّثَنَا يَحْيَى ب يَحْيَى، قَالَ قَرَأْتُ عَلَى مَالِكٍ عَنْ نَافِعٍ، وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ، وَزَيْدِ، بْنِ أَسْلَمَ كُلُّهُمْ يُخْبِرُهُ عَنِ ابْنِ عُمَرَ، أَنَّ رَسُ ولَ اللَّهِ صلى الله عل. يه وسلم قَالَ ‏ “‏ لاَ يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَى مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلاَءَ ‏”‏ ‏.‏ حَدَّثَنَا ابْنُ نُمَيْرٍ، حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا حَنْظَلَةُ، قَالَ سَمِعْتُ سَالِمًا، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ مِنَ الْخُيَلاَءِ لَمْ يَنْظُرِ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ‏”‏ ‏.

Bab – Pengharaman Mengheret Kain Dengan Sombong Dan Menyatakan Had Yang Harus Dalam Pemakaian Kain Dan Yang Digalakkan

HADITH PERTAMA – Imam Muslim dengan sanadnya meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Allah tidak melihat pada orang yang mengheret kainnya dengan sombong”. [Orang yang memakai atau melabuhkan kainnya dengan sombong].

HADITH KEDUA – Imam Muslim dengan sanadnya meriwayatkan dari Ibnu Umar katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang mengheret kainnya dengan sombong, Allah tidak memandang kepadanya pada hari kiamat”. .

[RINGKASAN] PENGHARAMAN MENGHERET KAIN ATAU MELABUHKAN KAIN DENGAN SOMBONG

1. Kesimpulan dari hadith ini ialah, tidak boleh melabuhkan kain (atau seluar, baju atau serban) atau menggunakan gajet, peralatan dsbnya kerana SOMBONG.

2. Imam an-Nawawi menulis: “Isbal” (melabuhkan pakaian lebih dari buku lali) adalah haram jika ianya kerana ingin menyatakan KESOMBONGAN.

3. Pakaian labuh yang dikaitkan dengan kemegahan dan kesombongan adalah dari tradisi dan budaya orang Arab di zaman Nabi s.a.w. Ianya adalah untuk menyatakan darjat dan kedudukan seseorang di dalam masyarakat. Nabi melarang umatnya mengikuti budaya ini. Namun di zaman ini, tradisi ini tidak lagi wujud, oleh itu tidak mengapa jika kita ingin memakai pakaian yang labuh.

4. Tujuan perintah Rasulullah s.a.w. adalah hendak menghapuskan sifat sombong dalam diri dan ianya tidak terhad kepada pakaian sahaja tetapi lain-lain hal juga, contohnya, berbangga degan gajet seperti telepon bimbit yang berjenama mahal.

5. Hadith ini boleh diterapkan juga untuk larangan Nabi yang bersifat semasa dengan zamannya seperti larangan makan di atas meja. Pada zaman Nabi, makan di atas meja dengan tatacara tertentu adalah budaya golongan bangsawan.

6. Di zaman ini, manusia tidak terfikir bahawa amalan-amalan tersebut adalah lambang kesombongan, dan kita kita perlu terikat dengan larangan-larangan tersebut.

B. HADITH DARI KITAB SAHIH AL-BUKHARI

حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ، عَنْ نَافِعٍ، وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ، وَزَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ، يُخْبِرُونَهُ عَنِ ابْنِ عُمَرَ ـ رضى الله عنهما ـ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ لاَ يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَى مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلاَءَ ‏” باب مَنْ جَرَّ إِزَارَهُ مِنْ غَيْرِ خُيَلاَءَ. حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ، حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ، حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ عُقْبَةَ، عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، عَنْ أَبِيهِ ـ رضى الله عنه ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏”‏ مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلاَءَ لَمْ يَنْظُرِ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ‏”‏‏.‏ قَالَ أَبُو بَكْرٍ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أَحَدَ شِقَّىْ إِزَارِي يَسْتَرْخِي، إِلاَّ أَنْ أَتَعَاهَدَ ذَلِكَ مِنْهُ‏.‏ فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ لَسْتَ مِمَّنْ يَصْنَعُهُ خُيَلاَءَ ‏”‏‏.‏

HADITH PERTAMA – Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Allah tidak memandang kepada orang yang mengheret pakaiannya dengan sombong”. . . .

BAB – ORANG YANG MENARIK KAINNYA BUKAN KERANA SOMBONG .

HADITH KEDUA – Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Salim daripada ayahnya (Abdullah bin Umar) daripada Nabi s.a.w., sabdanya, “Sesiapa yang mengheret (ataupun menarik) kainnya dengan sombong, Allah tidak melihat kepadanya pada hari kiamat nanti”. Abu Bakar as-Siddiq berkata, “Ya Rasulullah! Salah satu tepi kain saya ini menjulur ke bawah (melebihi buku lali) kecuali saya menjaganya betul-betul maka bolehlah”. Nabi s.a.w. bersabda, “Engkau tidak termasuk antara orang yang melakukannya kerana sombong”. .

[RINGKASAN] Pengharaman Mengheret Kain Atau Melabuhkan Kain Dengan Sombong – [HADITH DARI KITAB SAHIH AL-BUKHARI] .

1. Memang ada hadith yang menyuruh manusia supaya memakai kain setakat betis. Tetapi kita perlu faham latar belakang budaya masyarakat Arab di zaman Nabi s.a.w. [Pengajian hadith tentang asbabul wurud adalah penting untuk memahami hakikat ini].

2. Jika di zaman ini, pemakaian kain/seluar singkat paras betis menjadi budaya golongan menyeleweng seperti kumpulan artis liar, ianya perlu dielakkan untuk mengelak dari menyerupai golongan sesat. .

3. Pakaian seragam (contohnya untuk pasukan keselamatan seperti askar, polis, bomba dll) tidak melambangkan kesombongan tetapi hanya sebagai tanda pengenalan walaupun dari luar ia nampak seperti sesuatu yang gah. .

4. Walaupun berpakaian sebagai ulama’, lengkap dengan jubah, serban dll. jika dengan niat untuk berbangga, ianya tetap hina. “Sombong” ialah sifat hati. .

5. Orang yang sombong, i) akan memandang hina orang lain, ii) tiada matlamat hidup, dan, iii) ialah orang yang sakit jiwa; dia sama ada mengalami ‘superiority” atau “inferiority complex”.

6. Saidina Abu Bakar r.a. tidak terrmasuk di dalam golongan orang yang sombong dan dia memakai kain yang labuh.

Leave a comment