[PAKAIAN & PERHIASAN] – Siri 4 – Haram guna bekas emas & perak, haram cincin emas & sutera kepada lelaki

VIDEO – [Durasi – 28m 54s] – [PAKAIAN &PERHIASAN]-Siri 4-Haram guna bekas emas & perak, haram cincin emas & sutera kepada lelaki

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/xyhCzBsZ18A ]

Video penuh asal – [ Sahih Muslim – Kitab Pakaian & Perhiasan –    • Sesi 5 – Haram Melabuhkan Kain Dengan Somb…   &    • Sesi 3 – Haram Guna Bekas Emas Dan Perak (…   ]

[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – PENGHARAMAN PENGGUNAAN BEKAS EMAS DAN PERAK KEPADA LELAKI DAN PEREMPUAN, CINCIN EMAS DAN SUTERA KEPADA LELAKI, DAN KEHARUSAN SEMUA YANG TERSEBUT TADI KEPADA PEREMPUAN DAN KEHARUSAN “AL-‘ALAM” (TAMPALAN) SEDIKIT DARIPADA SUTERA UNTUK LELAKI SELAGI IA TIDAK MELEBIHI EMPAT JARI

باب تَحْرِيمِ اسْتِعْمَالِ إِنَاءِ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ عَلَى الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَخَاتَمِ الذَّهَبِ وَالْحَرِيرِ عَلَى الرَّجُلِ وَإِبَاحَتِهِ لِلنِّسَاءِ وَإِبَاحَةِ الْعَلَمِ وَنَحْوِهِ لِلرَّجُلِ مَا لَمْ يَزِدْ عَلَى أَرْبَعِ أَصَابِعَ

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى التَّمِيمِيُّ، أَخْبَرَنَا أَبُو خَيْثَمَةَ، عَنْ أَشْعَثَ بْنِ أَبِي الشَّعْثَاءِ، ح وَحَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ يُونُسَ، حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ، حَدَّثَنَا أَشْعَثُ، حَدَّثَنِي مُعَاوِيَةُ بْنُ سُوَيْدِ، بْنِ مُقَرِّنٍ قَالَ دَخَلْتُ عَلَى الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ فَسَمِعْتُهُ يَقُولُ أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِسَبْعٍ وَنَهَانَا عَنْ سَبْعٍ أَمَرَنَا بِعِيَادَةِ الْمَرِيضِ وَاتِّبَاعِ الْجَنَازَةِ وَتَشْمِيتِ الْعَاطِسِ وَإِبْرَارِ الْقَسَمِ أَوِ الْمُقْسِمِ وَنَصْرِ الْمَظْلُومِ وَإِجَابَةِ الدَّاعِي وَإِفْشَاءِ السَّلاَمِ ‏.‏ وَنَهَانَا عَنْ خَوَاتِيمَ أَوْ عَنْ تَخَتُّمٍ بِالذَّهَبِ وَعَنْ شُرْبٍ بِالْفِضَّةِ وَعَنِ الْمَيَاثِرِ وَعَنِ الْقَسِّيِّ وَعَنْ لُبْسِ الْحَرِيرِ وَالإِسْتَبْرَقِ وَالدِّيبَاجِ

حَدَّثَنَا أَبُو الرَّبِيعِ الْعَتَكِيُّ، حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ، عَنْ أَشْعَثَ بْنِ سُلَيْمٍ، بِهَذَا الإِسْنَادِ مِثْلَهُ إِلاَّ قَوْلَهُ وَإِبْرَارِ الْقَسَمِ أَوِ الْمُقْسِمِ ‏.‏ فَإِنَّهُ لَمْ يَذْكُرْ هَذَا الْحَرْفَ فِي الْحَدِيثِ وَجَعَلَ مَكَانَهُ وَإِنْشَادِ الضَّالِّ.‏

وَحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُسْهِرٍ، ح وَحَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي، شَيْبَةَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ، كِلاَهُمَا عَنِ الشَّيْبَانِيِّ، عَنْ أَشْعَثَ بْنِ أَبِي الشَّعْثَاءِ، بِهَذَا الإِسْنَادِ ‏.‏ مِثْلَ حَدِيثِ زُهَيْرٍ وَقَالَ إِبْرَارِ الْقَسَمِ مِنْ غَيْرِ شَكٍّ وَزَادَ فِي الْحَدِيثِ وَعَنِ الشُّرْبِ فِي الْفِضَّةِ فَإِنَّهُ مَنْ شَرِبَ فِيهَا فِي الدُّنْيَا لَمْ يَشْرَبْ فِيهَا فِي الآخِرَةِ

وَحَدَّثَنَاهُ أَبُو كُرَيْبٍ، حَدَّثَنَا ابْنُ إِدْرِيسَ، أَخْبَرَنَا أَبُو إِسْحَاقَ الشَّيْبَانِيُّ، وَلَيْثُ بْنُ، أَبِي سُلَيْمٍ عَنْ أَشْعَثَ بْنِ أَبِي الشَّعْثَاءِ، بِإِسْنَادِهِمْ وَلَمْ يَذْكُرْ زِيَادَةَ جَرِيرٍ وَابْنِ مُسْهِرٍ ح وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، وَابْنُ، بَشَّارٍ قَالاَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ، ح وَحَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ، مُعَاذٍ حَدَّثَنَا أَبِي ح، وَحَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، أَخْبَرَنَا أَبُو عَامِرٍ الْعَقَدِيُّ، ح وَحَدَّثَنَا عَبْدُ، الرَّحْمَنِ بْنُ بِشْرٍ حَدَّثَنَا بَهْزٌ، قَالُوا جَمِيعًا حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ أَشْعَثَ بْنِ سُلَيْمٍ، بِإِسْنَادِهِمْ وَمَعْنَى حَدِيثِهِمْ إِلاَّ قَوْلَهُ وَإِفْشَاءِ السَّلاَمِ ‏.‏ فَإِنَّهُ قَالَ بَدَلَهَا وَرَدِّ السَّلاَمِ ‏.‏ وَقَالَ نَهَانَا عَنْ خَاتَمِ الذَّهَبِ أَوْ حَلْقَةِ الذَّهَبِ ‏.‏

وَحَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ آدَمَ، وَعَمْرُو بْنُ مُحَمَّدٍ، قَالاَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ أَشْعَثَ بْنِ أَبِي الشَّعْثَاءِ، بِإِسْنَادِهِمْ وَقَالَ وَإِفْشَاءِ السَّلاَمِ وَخَاتَمِ الذَّهَبِ ‏.‏ مِنْ غَيْرِ شَكٍّ ‏.‏

Pengharaman penggunaan bekas emas dan perak kepada lelaki dan perempuan, cincin emas dan sutera kepada lelaki, dan keharusan semua yang tersebut tadi kepada perempuan dan keharusan “al-‘alam” (tampalan) sedikit daripada sutera untuk lelaki selagi ia tidak melebihi empat jari

Hadith Pertama – Dengan sanadnya Imam Muslim meriwayatkan daripada Muawiyah bin Suwaid ibnu Muqarrin katanya, saya telah masuk menemui Bara’ bin ‘Azib, saya mendengar dia berkata: Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan kami supaya melakukan tujuh perkara dan melarang kami daripada melakukan tujuh perkara. Baginda menyuruh kami menziarahi orang sakit, dan mengikuti jenazah (pergi ke kubur), dan mengucapkan “Yarhamukallah” kepada orang bersin yang berkata “Alhamdulillah”, menyempurnakan sumpah ataupun menyempurnakan sumpah seseorang yang bersumpah, menolong orang yang teraniaya, menyahut panggilan (menerima) jemputan orang yang menjemput kita dan mengumumkan (menyebarluaskan) salam. Nabi s.a.w. melarang kami daripada cincin-cincin (atau, Baginda bersabda, “Daripada memakai cincin emas”) dan minum dengan menggunakan bekas perak dan duduk di atas pelapik yang diperbuat daripada sutera dan daripada memakai Qassi, Harir dan Dibaj (Nabi s.a.w. melarang kami dari memakai pelbagai jenis sutera). [Sahih Muslim – Hadith No. 2066a]

Hadith Kedua – Imam Muslim dengan sanadnya meriwayatkan (melalui sanad yang lain) sama seperti yang sebelum ini, iaitu lafaz dan maknanya sama dengan hadith sebelum ini kecuali dengan perbezaan lafaz di tempat “menyempurnakan sumpah” dengan lafaz “mengisytiharkan (mengumumkan) barang yang hilang”. [Sahih Muslim – Hadith No. 2066b].

Hadith Ketiga – Dengan sanad yang lain, sama seperti hadith pertama, perawi meriwayatkan “menyempurnakan sumpah” tanpa syak dan di dalam hadith ini ada tambahan iaitu Nabi s.a.w melarang daripada minum di dalam bekas perak kerana sesungguhnya orang yang minum menggunakan bekas perak itu di dunia tidak akan minum menggunakannya di akhirat nanti. [Sahih Muslim – Hadith No. 2066c]

Hadith Keempat – Dengan sanad yang lain, hadith ini serupa maknanya dengan hadith sebelum ini kecuali di tempat “menyebarluaskan salam” disebut “menjawab salam” dan Nabi s.a.w. melarang kami daripada cincin emas ataupun lingkaran emas. [Sahih Muslim – Hadith No. 2066d].

Hadith Kelima – Dengan sanadnya yang lain, hadithnya serupa dengan sebelum ini tetapi menyebut “menyebarkan salam” tanpa lafaz “atau menjawab salam” dan selepasnya “cincin emas” tanpa lafaz “lingkaran emas” selepasnya. Riwayat ini dikemukakan perawi tanpa syak. [Sahih Muslim – Hadith No. 2066e]

RINGKASAN] Pengharaman penggunaan bekas-bekas emas dan perak kepada lelaki dan perempuan, cincin emas dan sutera kepada lelaki dan keharusan semua yang tersebut tadi kepada perempuan dan keharusan “al-‘alam” (tampalan) sedikit daripada sutera untuk lelaki selagi ianya tidak melebihi empat jari

Hadith Pertama

1. Dalam hadith ini Nabi s.a.w. memerintahkan umatnya melakukan tujuh perkara dan melarang dari melakukan tujuh perkara. Tujuh perkara yang disuruh oleh Nabi s.a.w. ialah menziarahi orang sakit, mengikuti jenazah (pergi ke kubur), mengucapkan “Yarhamukallah” kepada orang bersin yang berkata “Alhamdulillah”, menyempurnakan sumpah atau menyempurnakan sumpah seseorang yang bersumpah, menolong orang yang dizalimi (teraniaya), menyahut panggilan (menerima) jemputan orang yang menjemput kita dan mengumumkan (menyebarluaskan) salam. Nabi s.a.w. melarang daripada memakai cincin emas (bagi lelaki) dan minum dengan menggunakan bekas perak (bagi lelaki dan perempuan), duduk di atas pelapik yang diperbuat daripada sutera dan memakai empat jenis sutera (yang bermaksud pelbagai jenis sutera yang kasar dan yang lembut) bagi lelaki.

.2. Pesanan pertama Nabi s.a.w. ialah supaya melawat orang sakit. Dengan melawat orang sakit, kita boleh memberi nasihat dan petua berkaitan penyakit yang dialami contohnya jenis pakaian yang tidak sesuai untuk penyakit kulit. Kita boleh juga memberi panduan tentang penyakit yang pernah kita alami. Orang sakit yang diziarahi akan rasa dihargai kerana ada orang yang mengambil berat tentangnya menyebabkannya kembali bersemangat. Tetapi perlu diingat ada juga orang yang tidak suka menerima tamu bila jatuh sakit. Apa yang Nabi sarankan ialah umum dan dalam keadaan biasa. Oleh itu kita perlu perhatikan keadaan dan perasaan pesakit sebelum menziarahinya.

3. Pesanan kedua Nabi s.a.w. ialah supaya mengiringi jenazah ke kubur. Yang dimaksudkan dengan mengiringi jenazah ialah bukan semata-mata menuruti jenazah ke kubur tetapi membantu meringankan urusan pengebumian seperti mengusung jenazah, menggali dan menimbus kubur dan sebagainya. Amalkan sunnah-sunnah dalam urusan pengebumian dan elakkan perkara-perkara bid’ah seperti meratib atau azan di dalam kubur kerana hakikatnya si mati sudah terputus hubungannya dengan yang hidup kecuali apa yang disabdakan oleh Nabi. Ada hadith yang melarang dari membawa api ke kubur dan kita hendaklah memahami konteknya kerana yang dilarang oleh Nabi ialah larangan menyerupai golongan Majusi yang menganggap api sebagai tuhan mereka. Jika keadaan memerlukan (seperti urusan pengebumian dilakukan pada waktu malam) kita boleh menggunakan lampu atau api dengan syarat kita tidak kaitkan api ini sebagaimana yang dianggap oleh orang Majusi.

4. Pesanan ketiga – Menjawab kepada orang yang menyebut “Alhamdulillah” (Segala pujian bagi Allah) selepas bersin dengan ucapan “Yarhamukallah” (Semoga Allah merahmatimu). Tiada ucapan “Yarhamukallah” kepada orang yang tidak menyebut “Alhamdulillah”. Ucapan “Yarhamukallah” adalah seumpama kita menjawab salam orang yang memberi salam. Orang yang bersin kemudiannnya menyahut ucapan “Yarhamukallah” tadi dengan ucapan “Yahdiinaa wa yahdiikumullah” (Semoga Allah memberi petunjuk kepada kami dan kamu). Setakat ini, tidak diketahui apakah rahsia di sebalik bersin sehingga kita disuruh mengucapkan “Alhamdulillah”, tetapi dari perintah Allah ini kita pasti ada kebaikan darinya. [Nota iringan: Ada ulama’ mengatakan ada empat jenis angin yang berasal dari tubuh iaitu dari kemaluan depan (qubul, terutamanya di kalangan wanita), kemaluan belakang (dubur dalam bentuk kentut dsb), mulut (sendawa) dan hidung (bersin). Kita tidak dibenarkan mengucapkan “Alhamdulillah” bila angin dari dubur kerana baunya yang tidak enak dan melalui saluran najis dan disarankan mengucapkan “Alhamdulillah” kerana bersin. Adalah dipercayai bersin akan mengeluarkan angin penyakit dari otak, wallahu’alam]. Jika bersin lebih dari dua kali, ada dua pendapat ulama’ iaitu, pendapat pertama, tidak disunatkan menjawab dengan “Yarhamukallah” kerana ianya adalah berpunca dari penyakit (seperti selsema), manakala pendapat kedua, disarankan juga menyebut “Yarhamukallah” kerana hakikatnya setiap bersin itu melegakan dan menghilangkan penyakit.

5. Pesanan keempat – Menyempurnakan sumpah atau menyempurnakan hajat orang yang bersumpah. Kalau kita bersumpah (contohnya bernazar) kita hendaklah sempurnakan sumpah tersebut. Tidak menyempurnakan sumpah atau membatalkan sumpah tanpa membayar kaffarah adalah suatu dosa besar, oleh itu hendaklah kita jangan bermudah-mudah dengan sumpah. Perlu diingat, sebagai orang Islam, walaupun tidak bersumpah, kita tetap wajib menunaikan janji-janji kita. Pesanan Nabi ini merangkumi juga menunaikan hajat orang yang bersumpah, contohnya, ada orang yang bersumpah dengan nama Allah supaya kita merahsiakan maklumat yang diberitahu kepada kita. Kita hendaklah menunaikan sumpahnya selagi ianya tidak mengambil hak orang lain. Walaupun begitu, ada di kalangan masyarakat Islam di dunia ini yang menjadikan sumpah sebagai mainan bibir dan sumpah tidak lagi menjadi sesuatu yang boleh dipegang. Dalam hal ini kita tidak dituntut menunaikan sumpah tersebut. Jika ada sahabat kita yang bersumpah dengan nama Allah supaya kita memelihara anaknya selepas kematiannya, kita hendaklah sedaya upaya menunaikan sumpahnya, dan jika kita tidak mampu, tunaikanlah hajatnya dengan meminta bantuan sahabat-sahabat kita yang mampu. Anggaplah ianya satu peluang untuk mendapat pahala dan rahmat Allah. Hadith ada menyebut bahawa sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, Allah akan menunaikan hajatnya di akhirat nanti.

6. Pesanan kelima – Menolong (membela) orang yang dizalimi (teraniaya). Kezaliman dan penganiayaan datang dalam pelbagai bentuk, contohnya, ulama’-ulama’ yang difitnah dan dianiaya, kejahilan di kalangan umat atau pengangguran dalam masyarakat. Mereka yang mampu membantu dan menyelesaikan masalah seperti peguam, guru-guru dan ahli politik hendaklah memainkan peranan untuk membela orang-orang yang teraniaya ini. Kita hendaklah membantu di bidang yang kita mampu. Syirik ialah satu kezaliman yang besar (kezaliman kepada diri seseorang), oleh itu kita hendaklah menggemblingkan tenaga mengajak dan berdakwah kepada orang kafir supaya memeluk Islam. Sayugia diingat bahawa Nabi s.a.w. bercakap kepada umatnya yang terdiri dari berbagai golongan, oleh itu maksudnya dan cakupannya amat luas.

7. Pesanan keenam – Menyahut (menerima) jemputan orang yang menjemput. Ulama’ menyebut antara jemputan yang patut diutamakan ialah jemputan kenduri perkahwinan (walimatul urus). Hadirlah ke majlis-majlis yang dijemput sebagai tanda persaudaraan kecuali terhalang dengan sebab-sebab yang munasabah. Dalam ertinya yang lebih luas, “jemputan” ini boleh bermaksud ajakan atau pelawaan kepada perkara baik, contohnya, pelawaan untuk menubuhkan persatuan untuk membantu anak-anak yatim. Jika kita tidak dapat terlibat secara langsung, kita hendaklah menyokong usaha-usaha murni tersebut setakat kemampuan kita.

8. Pesanan ketujuh – Menyebarluaskan salam sejahtera. Dengan menyebarluaskan salam ianya bermaksud kita orang Islam cintakan kedamaian, keamanan, keharmonian dan keselamatan. Bila kita memberi salam, kita seolah-olah mengisyaratkan kita akan berlaku baik dan tidak memusuhi orang yang diberi salam. Ini adalah jaminan keselamatan atas nama Allah (as-Salam). Dalam konteks yang lebih luas, “menyebarkan salam” ialah berusaha berterusan untuk mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat. Semoga orang Islam dikenali dengan identiti sebegini kerana ianya adalah senjata daawah yang ampuh.

9. Nabi s.a.w. melarang orang lelaki daripada memakai cincin emas, menggunakan pelana (bantal) yang dibalut dengan sutera dan memakai pakaian dari semua jenis sutera.

10. Orang yang makan dan minum dalam bekas perak tidak akan dapat makan dan minum dalam bekas ini di akhirat nanti sebagai hukuman kepadanya. Ianya seumpama orang yang minum arak di dunia, tidak akan dapat mimum arak di akhirat. Apa yang kita ketahui bahawa di syurga nanti ada arak dan ada bekas emas dan perak tetapi tidak dapat diminum atau digunakan oleh orang yang pernah meminum (atau menggunakannya) walaupun dia ahli syurga. Ada ulama’ berpendapat orang yang meminum arak (atau menggunakan bekas emas dan perak) tidak akan masuk syurga, oleh kerana itu tidak dapat minum arak yang ada di syurga. Tetapi pendapat ini dibantah oleh ulama’ lain kerana perbuatan minum arak tanpa mempertikaikan keharamannya tidak menyebabkan seseorang keluar dari Islam dan dia masih berpeluang masuk syurga. Ada dijelaskan ulama’ bahawa memang seseorang yang minum arak di dunia tidak akan dapat minum arak di syurga. Allah membuatnya tidak berasa ingin meminum arak. Ini adalah kerana tidak mungkin ahli syurga terhalang dari mendapat apa yang dhajatinya.

[PAKAIAN &PERHIASAN]-Siri 3 – Haram guna bekas perak untuk minum dan selainnya kepada lelaki dan perempuan

VIDEO – [Durasi – 12m 19s] – [PAKAIAN &PERHIASAN]-Siri 3-Haram guna bekas perak untuk minum & selainnya kepada lelaki & perempuan

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/mY9G2tBCCzU ]

Video penuh asal – [ Sahih Muslim – Kitab Pakaian & Perhiasan –    • Sesi 5 – Haram Melabuhkan Kain Dengan Somb…   ] & [ Sahih al-Bukhari – Kitab Pakaian –    • Sesi 1 -Siapa Yang Haramkan Perhiasan Yg A…   ]

[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – PENGHARAMAN PENGGUNAAN BEKAS-BEKAS EMAS DAN PERAK UNTUK MINUM DAN (TUJUAN) SELAINNYA KEPADA LELAKI DAN PEREMPUAN

باب تَحْرِيمِ أَوَانِي الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ فِي الشُّرْبِ وَغَيْرِهِ عَلَى الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ. ‏‏

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، قَالَ قَرَأْتُ عَلَى مَالِكٍ عَنْ نَافِعٍ، عَنْ زَيْدِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ، عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، زَوْجِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏”‏ الَّذِي يَشْرَبُ فِي آنِيَةِ الْفِضَّةِ إِنَّمَا يُجَرْجِرُ فِي بَطْنِهِ نَارَ جَهَنَّمَ ‏” ‏ ‏.‏

وَحَدَّثَنَاهُ قُتَيْبَةُ، وَمُحَمَّدُ بْنُ رُمْحٍ، عَنِ اللَّيْثِ بْنِ سَعْدٍ، ح وَحَدَّثَنِيهِ عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ، السَّعْدِيُّ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، – يَعْنِي ابْنَ عُلَيَّةَ – عَنْ أَيُّوبَ، ح وَحَدَّثَنَا ابْنُ نُمَيْرٍ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ، بْنُ بِشْرٍ ح وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، ح وَحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي، شَيْبَةَ وَالْوَلِيدُ بْنُ شُجَاعٍ قَالاَ حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُسْهِرٍ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ، ح وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ، أَبِي بَكْرٍ الْمُقَدَّمِيُّ حَدَّثَنَا الْفُضَيْلُ بْنُ سُلَيْمَانَ، حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ عُقْبَةَ، ح . وَحَدَّثَنَا شَيْبَانُ بْنُ فَرُّوخَ، حَدَّثَنَا جَرِيرٌ، – يَعْنِي ابْنَ حَازِمٍ – عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، السَّرَّاجِ كُلُّ هَؤُلاَءِ عَنْ نَافِعٍ، ‏.‏ بِمِثْلِ حَدِيثِ مَالِكِ بْنِ أَنَسٍ بِإِسْنَادِهِ عَنْ نَافِعٍ، وَزَادَ، فِي حَدِيثِ عَلِيِّ بْنِ مُسْهِرٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ، ‏”‏ أَنَّ الَّذِي، يَأْكُلُ أَوْ يَشْرَبُ فِي آنِيَةِ الْفِضَّةِ وَالذَّهَبِ ‏”‏ ‏.‏ وَلَيْسَ فِي حَدِيثِ أَحَدٍ مِنْهُمْ ذِكْرُ الأَكْلِ وَالذَّهَبِ إِلاَّ فِي حَدِيثِ ابْنِ مُسْهِرٍ ‏.‏

وَحَدَّثَنِي زَيْدُ بْنُ يَزِيدَ أَبُو مَعْنٍ الرَّقَاشِيُّ، حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ، عَنْ عُثْمَانَ، – يَعْنِي ابْنَ مُرَّةَ – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ خَالَتِهِ أُمِّ سَلَمَةَ، قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ مَنْ شَرِبَ فِي إِنَاءٍ مِنْ ذَهَبٍ أَوْ فِضَّةٍ فَإِنَّمَا يُجَرْجِرُ فِي بَطْنِهِ نَارًا مِنْ جَهَنَّمَ ‏”‏ ‏. ‏

Pengharaman penggunaan bekas-bekas emas dan perak untuk minum dan (tujuan) selainnya kepada lelaki dan perempuan .

Hadith Pertama – Imam Muslim dengan sanadnya meriwayatkan daripada Ummi Salamah, isteri Nabi s.a.w. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Orang yang minum di dalam bekas perak (ataupun menggunakan bekas perak) sebenarnya ia memarakkan api neraka jahannam di dalam perutnya. (Kumpulan)

Hadith Kedua – Dengan beberapa sanad yang lain, hadith-hadith ini lebih kurang sama dengan sedikit perbezaan. Dalam riwayat daripada Ubaidillah, “Sesungguhnya orang yang makan dan minum, di dalam bekas perak dan emas (menggunakan bekas perak dan emas)”, tidak ada dalam hadith sesiapa pun antara mereka itu, sebutan “makan” dan “emas” kecuali dalam hadith Ibnu Mushir sahaja.

Hadith Ketiga – Dengan sanadnya Imam Muslim meriwayatkan daripada Ummi Salamah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang minum menggunakan bekas emas ataupun perak sebenarnya ia menyemarakkan api neraka jahannam di dalam perutnya”.

[RINGKASAN] Pengharaman penggunaan bekas-bekas emas dan perak untuk minum dan (tujuan) selainnya kepada lelaki dan perempuan

1. Hadith pertama ini diriwayatkan oleh Yahya bin Yahya al-Laitsi, murid kepada Imam Malik yang membaca hadith ini di hadapan Imam Malik. Dia berasal dari Andalusia (Sepanyol) dan Kitab Muwatto’ Imam Malik yang masyhur itu adalah riwayat dari beliau.

2. Sesiapa yang minum atau makan daripada (menggunakan) bekas perak atau emas sebenarnya dia menyemarakkan api neraka di dalam perutnya. Manusia menyediakan dirinya di dunia ini sama ada untuk syurga atau neraka. Sekiranya dia melakukan dosa dan maksiat, dia menyediakan dirinya sesuai untuk seksaan neraka dan begitulah sebaliknya.

3. Dari hadith-hadith Imam Muslim ini, hanya ada satu hadith yang merangkaikan kedua-dua perkataan “makan dan minum” dan “emas dan perak”, iaitu hadith riwayat Ibnu Mushir. Walaupun hanya ada satu hadith yang merangkaikan “makan” dan “minum’ dan juga “perak” dan “emas”, ianya boleh diterima (dalam menetapkan hukum haram makan dan minum menggunakan bekas emas dan perak), dengan mengggunakan kaedah hadith, “Tambahan orang yang thiqah (perawi yang dipercayai) boleh diterima”.

4. Ada ayat al-Quran yang senada dengan hadith yang melarang makan dan minum dari bekas emas dan perak iaitu ayat 10, Surah an-Nisa’; ayat yang menyatakan orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang batil adalah orang yang menelan api neraka ke dalam perut mereka. Oleh itu kita tidak boleh memandang ringan tentang halal haram dalam masalah makan dan minum kerana dosanya akan membawa ke neraka.

5. Imam an-Nawawi meriwayatkan dalam kitabnya Syarah Sahih Muslim bahawa Qadhi Iyadh berkata ulama’ berselisih pendapat tentang siapakah yang dimaksudkan dalam hadith ini (orang yang memarakkan api neraka dalam perutnya dengan meminum dari bekas emas atau perak). Antaranya,

i. cerita ini adalah berkenaan dengan orang kafir kerana orang kafirlah yang biasanya berperangai begini. Mereka bebas berleluasa dan bermewah di atas dunia ini tetapi di akhirat nanti akan diseksa,

ii. ianya adalah berkenaan orang Islam. Orang Islam yang tidak mengendahkan amaran ini akan masuk neraka tetapi ada kemungkinan Allah mengampuninya.

iii. Imam an-Nawawi berpendapat larangan ini adalah untuk orang Islam dan juga untuk orang bukan Islam. Beliau berpendapat, orang bukan Islam pun terikat dengan hukum syarak iaitu mereka pun akan diseksa di akhirat jika melakukan kesalahan atau larangan yang dikenakan ke atas orang Islam. Cumanya di atas dunia ini kita tidak berhak menghalang orang bukan Islam dari melakukan apa yang dibenarkan dilakukan di dalam agama mereka walaupun agama Islam melarangnya. Contohnya, di dunia ini kita tidak boleh melarang orang kafir dari makan babi atau minum arak tetapi orang kafir tetap akan diseksa kerana memakan babi dan minum arak.

6. Sepakat umat Islam menetapkan bahawa adalah haram makan dan minum dari bekas perak dan emas kepada lelaki dan perempuan. Walaupun begitu, Imam Daud Zahiri berpendapat hanya minum daripada bekas emas dan perak yang diharamkan dan dibolehkan makan dengan menggunakan bekas tersebut. Beliau berhujjah bahawa hadith hanya menyebut minum tetapi tidak menyebut makan. Beliau (Imam Daud Zahiri) pergi lebih jauh dengan mengatakan bahawa emas dan perak boleh digunakan untuk membuat barangan selain pinggan seperti pasu bunga dsb. Pendapat ini dibantah keras oleh Imam an-Nawawi. Pendapat Imam an-Nawawi adalah lebih benar dan merupakan pendapat hampir semua orang Islam. [Nota penyunting: Adalah amat malang di zaman kita ini, larangan Rasulullah ini dipandang ringan sehinggakan ada di antara kalangan umat Islam (yang dianugerahkan kekayaan luarbiasa) yang membuat tandas dan peralatannya daripada emas! Ada juga di sesetengah negara Islam yang menghidangkan minuman kopi yang dimasukkan serbuk atau cebisan emas! Alangkah baiknya jika mereka dapat memerhatikan dengan cermat hadith-hadith larangan dari Rasulullah berkenaan makan dan minum mengggunakan bekas dari perak dan emas ini.]

7. Emas dan perak boleh dijadikan sebagai barang perhiasan atau barang perniagaan. Orang lelaki haram memakai perhiasan dari emas tetapi boleh membeli atau meniagakannya. [Nota iringan: Sekiranya kita seorang peniaga emas, kita tidak disyaratkan bertanya kepada seorang lelaki yang membeli perhiasan dari emas (yang hanya boleh dipakai oleh seorang wanita) sama ada perhiasan tersebut untuk dipakainya sendiri atau untuk orang lain. Serahkan urusan tentang perhiasan itu kepadanya kecuali kita ketahui dengan yakin bahawa dia akan memakainya sendiri, yang mana, dalam keadaan ini kita dilarang menjualkan kepadanya.

[PAKAIAN] – Siri 2-Haram Heret Kain Dengan Sombong & Orang Yang Menarik Kainnya Bukan Kerana Sombong

VIDEO – [Durasi – 12m 48s] – [PAKAIAN]- Siri 2-Haram Heret Kain Dengan Sombong & Orang Yang Menarik Kainnya Bukan Kerana Sombong

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/fX8gkfnFnuM ]

Video penuh asal – [ Sahih Muslim – Kitab Pakaian & Perhiasan –    • Sesi 5 – Haram Melabuhkan Kain Dengan Somb…   ] & [ Sahih al-Bukhari – Kitab Pakaian –    • Sesi 1 -Siapa Yang Haramkan Perhiasan Yg A…   ]

[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – PENGHARAMAN MENGHERET KAIN ATAU MELABUHKAN KAIN DENGAN SOMBONG & ORANG YANG MENARIK KAINNYA BUKAN KERANA SOMBONG

A. HADITH DARI KITAB SAHIH MUSLIM

باب تَحْرِيمِ جَرِّ الثَّوْبِ خُيَلاَءَ وَبَيَانِ حَدِّ مَا يَجُوزُ إِرْخَاؤُهُ إِلَيْهِ وَمَا يُسْتَحَبّ

حَدَّثَنَا يَحْيَى ب يَحْيَى، قَالَ قَرَأْتُ عَلَى مَالِكٍ عَنْ نَافِعٍ، وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ، وَزَيْدِ، بْنِ أَسْلَمَ كُلُّهُمْ يُخْبِرُهُ عَنِ ابْنِ عُمَرَ، أَنَّ رَسُ ولَ اللَّهِ صلى الله عل. يه وسلم قَالَ ‏ “‏ لاَ يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَى مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلاَءَ ‏”‏ ‏.‏

حَدَّثَنَا ابْنُ نُمَيْرٍ، حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا حَنْظَلَةُ، قَالَ سَمِعْتُ سَالِمًا، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ مِنَ الْخُيَلاَءِ لَمْ يَنْظُرِ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ‏”‏ ‏.

Bab – Pengharaman Mengheret Kain Dengan Sombong Dan Menyatakan Had Yang Harus Dalam Pemakaian Kain Dan Yang Digalakkan

HADITH PERTAMA – Imam Muslim dengan sanadnya meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Allah tidak melihat pada orang yang mengheret kainnya dengan sombong”. [Orang yang memakai atau melabuhkan kainnya dengan sombong]. (Sahih Muslim Hadith No. 2085a)

HADITH KEDUA – Imam Muslim dengan sanadnya meriwayatkan dari Ibnu Umar katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang mengheret kainnya dengan sombong, Allah tidak memandang kepadanya pada hari kiamat”. (Sahih Muslim Hadith No. 2085e)

[RINGKASAN] PENGHARAMAN MENGHERET KAIN ATAU MELABUHKAN KAIN DENGAN SOMBONG

1. Kesimpulan dari hadith ini ialah, tidak boleh melabuhkan kain (atau seluar, baju atau serban) atau menggunakan gajet, peralatan dsbnya kerana SOMBONG.

2. Imam an-Nawawi menulis: “Isbal” (melabuhkan pakaian lebih dari buku lali) adalah haram jika ianya kerana ingin menyatakan KESOMBONGAN.

3. Pakaian labuh yang dikaitkan dengan kemegahan dan kesombongan adalah dari tradisi dan budaya orang Arab di zaman Nabi s.a.w. Ianya adalah untuk menyatakan darjat dan kedudukan seseorang di dalam masyarakat. Nabi melarang umatnya mengikuti budaya ini. Namun di zaman ini, tradisi ini tidak lagi wujud, oleh itu tidak mengapa jika kita ingin memakai pakaian yang labuh.

4. Tujuan perintah Rasulullah s.a.w. adalah hendak menghapuskan sifat sombong dalam diri dan ianya tidak terhad kepada pakaian sahaja tetapi lain-lain hal juga, contohnya, berbangga degan gajet seperti telepon bimbit yang berjenama mahal.

5. Hadith ini boleh diterapkan juga untuk larangan Nabi yang bersifat semasa dengan zamannya seperti larangan makan di atas meja. Pada zaman Nabi, makan di atas meja dengan tatacara tertentu adalah budaya golongan bangsawan.

6. Di zaman ini, manusia tidak terfikir bahawa amalan-amalan tersebut adalah lambang kesombongan, dan kita kita perlu terikat dengan larangan-larangan tersebut.

B. HADITH DARI KITAB SAHIH AL-BUKHARI

حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ، عَنْ نَافِعٍ، وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ، وَزَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ، يُخْبِرُونَهُ عَنِ ابْنِ عُمَرَ ـ رضى الله عنهما ـ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ لاَ يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَى مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلاَءَ ‏”

باب مَنْ جَرَّ إِزَارَهُ مِنْ غَيْرِ خُيَلاَءَ.

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ، حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ، حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ عُقْبَةَ، عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، عَنْ أَبِيهِ ـ رضى الله عنه ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏”‏ مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلاَءَ لَمْ يَنْظُرِ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ‏”‏‏.‏ قَالَ أَبُو بَكْرٍ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أَحَدَ شِقَّىْ إِزَارِي يَسْتَرْخِي، إِلاَّ أَنْ أَتَعَاهَدَ ذَلِكَ مِنْهُ‏.‏ فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ لَسْتَ مِمَّنْ يَصْنَعُهُ خُيَلاَءَ ‏”‏‏.‏

HADITH PERTAMA – Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Allah tidak memandang kepada orang yang mengheret pakaiannya dengan sombong”. (Sahih al-Bukhari – Hadith no 5783)

BAB – ORANG YANG MENARIK KAINNYA BUKAN KERANA SOMBONG .

HADITH KEDUA – Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Salim daripada ayahnya (Abdullah bin Umar) daripada Nabi s.a.w., sabdanya, “Sesiapa yang mengheret (ataupun menarik) kainnya dengan sombong, Allah tidak melihat kepadanya pada hari kiamat nanti”. Abu Bakar as-Siddiq berkata, “Ya Rasulullah! Salah satu tepi kain saya ini menjulur ke bawah (melebihi buku lali) kecuali saya menjaganya betul-betul maka bolehlah”. Nabi s.a.w. bersabda, “Engkau tidak termasuk antara orang yang melakukannya kerana sombong”. .

[RINGKASAN] Pengharaman Mengheret Kain Atau Melabuhkan Kain Dengan Sombong – [HADITH DARI KITAB SAHIH AL-BUKHARI] .

Saidina Abu Bakar r.a. tidak terrmasuk di dalam golongan orang yang sombong dan dia memakai kain yang labuh.

1. Memang ada hadith yang menyuruh manusia supaya memakai kain setakat betis. Tetapi kita perlu faham latar belakang budaya masyarakat Arab di zaman Nabi s.a.w. [Pengajian hadith tentang asbabul wurud adalah penting untuk memahami hakikat ini].

2. Jika di zaman ini, pemakaian kain/seluar singkat paras betis menjadi budaya golongan menyeleweng seperti kumpulan artis liar, ianya perlu dielakkan untuk mengelak dari menyerupai golongan sesat. .

3. Pakaian seragam (contohnya untuk pasukan keselamatan seperti askar, polis, bomba dll) tidak melambangkan kesombongan tetapi hanya sebagai tanda pengenalan walaupun dari luar ia nampak seperti sesuatu yang gah. .

4. Walaupun berpakaian sebagai ulama’, lengkap dengan jubah, serban dll. jika dengan niat untuk berbangga, ianya tetap hina. “Sombong” ialah sifat hati. .

5. Orang yang sombong,

i) akan memandang hina orang lain,

ii) tiada matlamat hidup, dan,

iii) ialah orang yang sakit jiwa; dia sama ada mengalami ‘superiority” atau “inferiority complex”.

[PAKAIAN & PERHIASAN ]-Siri 1-Siapakah yang haramkan perhiasan yang Allah keluarkan untuk hamba-Nya

VIDEO – [Durasi – 11m 36s] – [PAKAIAN & PERHIASAN ]-Siri 1-Siapakah yang haramkan perhiasan yang Allah keluarkan untuk hamba-Nya

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/QK1yin4W99c ]

Video penuh asal –    • Sesi 1 -Siapa Yang Haramkan Perhiasan Yg A…   [ Sahih al-Bukhari – Kitab Pakaian ]

[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – APAKAH YANG MENGHARAMKAN PERHIASAN YANG ALLAH TELAH KELUARKAN UNTUK HAMBA-HAMBA-NYA

كتاب اللباس

بَابُ قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ} وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «كُلُوا وَاشْرَبُوا وَالْبَسُوا وَتَصَدَّقُوا، فِي غَيْرِ إِسْرَافٍ وَلاَ مَخِيلَةٍ». وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ كُلْ مَا شِئْتَ وَالْبَسْ مَا شِئْتَ، مَا أَخْطَأَتْكَ اثْنَتَانِ سَرَفٌ أَوْ مَخِيلَةٌ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ، عَنْ نَافِعٍ، وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ، وَزَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ، يُخْبِرُونَهُ عَنِ ابْنِ عُمَرَ ـ رضى الله عنهما ـ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏”‏ لاَ يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَى مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلاَءَ ‏”‏‏.

Siapakah yang mengharamkan perhiasan yang Allah telah keluarkan untuk hamba-hamba-Nya

Dan Nabi s.a.w. bersabda, “Makanlah, minumlah dan pakailah, bersedekahlah dengan tidak boros (berlebih-lebihan, melampaui batas) dan dengan tidak kerana sombong. Ibnu Abbas berkata, makanlah apa yang kau mahu, pakailah apa yang engkau mahu selagi engkau tidak melakukan dua perkara iaitu melampaui batas (iaitu melebihi had atau boros) ataupun sombong (Selagi dua perkara ini tidak menguasaimu, iaitu sifat boros [berlebihan] atau sifat sombong).

[RINGKASAN] Siapakah yang mengharamkan perhiasan yang Allah telah keluarkan untuk hamba-hamba-Nya

1. Firman Allah taala di dalam al-Quran (Surah al-‘Araf, ayat 32), “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya”. Imam al-Bukhari menggunakan ayat ini dalam bab pakaian, kerana pada asasnya, ruang lingkup perhiasan adalah luas dan termasuk juga pakaian. Pakaian adalah keperluan dan perintah yang sedia ada (asasi) dalam semua agama, tetapi bila melibatkan perhiasan akan timbullah banyak lagi hukum-hukumnya dalam agama. Contohnya pemakaian kalung dan emas untuk lelaki.

2. Dalam sesetengah agama, manusia disuruh memakai pakaian tetapi tidak boleh yang cantik seperti hanya dibenarkan satu warna, pakaian yang kasar dan tidak boleh yang mewah. Sebaliknya Islam tidak begitu, malah menggalakkan umatnya memakai pakaian yang cantik dan selesa sehinggakan Allah berfirman, “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya”.

3. Larangan dari berhias dengan cantik adalah salah satu ciri kehidupan “rahbaniah” (kepadrian atau kependetaan). Contoh kehidupan kepadrian ialah golongan kasta tinggi “Brahman” dari kalangan agama Hindu yang dibenarkan hanya memakai pakaian berwarna kuning. Ada juga agama yang melarang memakai perhiasan seperti cincin dan ada yang memerintahkan penganutnya membotakkan kepala.

4. Nabi s.a.w. bersabda bahawa makanlah, minumlah, pakailah (yang halal) dan bersedekahlah dalam keadaan tidak melampaui batas (tidak melebihi had dan tidak boros) dan tidak dalam keadaan sombong.

5. Ibnu Abbas berkata bahawa makanlah apa yang kamu mahu dan pakailah apa yang kamu mahu (dengan syarat ianya halal dan tidak bercanggah dengan hukum) selagi engkau tidak melakukan dua perkara iaitu, berlebih-lebihan (melampaui batas) dan sombong.

6. Kita tidak boleh melampaui batas walaupun dalam hal ibadat seperti bersedekah. Bila bersedekah, kita tidak dibenarkan bersedekah dalam keadaan mengabaikan tanggungjawab asas iaitu menanggung orang-orang di bawah tanggungan kita. Bersedekahlah dari harta yang lebih dari keperluan asas kita dan belanjakan harta kita bermula dari orang yang kita tanggung.

7. Semua amalan adalah bergantung kepada niat. Tidak boleh bersedekah dengan niat untuk mendapat pujian. Walaupun begitu, kita tidak boleh anggap orang kaya yang bersedekah secara terbuka adalah untuk mendapat pujian kerana mungkin niatnya supaya orang lain terbuka hatinya untuk turut bersedekah.

8. Dalam berpakaian, selagi ianya dibenarkan dalam agama (contohnya, menutup aurat), kita boleh memakainya. Walaupun begitu, kita perlu berhati-hati, kerana ada keadaan, pakaian kita boleh meliarkan manusia daripada Islam terutamanya kepada ahli keluarga yang belum Islam.

[PAKAIAN & PERHIASAN] – Siri 1 – Pengharaman Mengheret Kain Atau Melabuhkan Kain Dengan Sombong [VIDEO TEMATIK HADITH]

VIDEO – [Durasi – 12m 49s] – [PAKAIAN] – Siri 1 – Pengharaman Mengheret Kain Atau Melabuhkan Kain Dengan Sombong [HADITH]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/DmncuEfS6G4 ]

Video penuh asal – Sahih Muslim –    • Sesi 5 – Haram Melabuhkan Kain Dengan Somb…   Sahih al-Bukhari –    • Sesi 1 -Siapa Yang Haramkan Perhiasan Yg A…  

[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH

A. HADITH DARI KITAB SAHIH MUSLIM

باب تَحْرِيمِ جَرِّ الثَّوْبِ خُيَلاَءَ وَبَيَانِ حَدِّ مَا يَجُوزُ إِرْخَاؤُهُ إِلَيْهِ وَمَا يُسْتَحَبّ

حَدَّثَنَا يَحْيَى ب يَحْيَى، قَالَ قَرَأْتُ عَلَى مَالِكٍ عَنْ نَافِعٍ، وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ، وَزَيْدِ، بْنِ أَسْلَمَ كُلُّهُمْ يُخْبِرُهُ عَنِ ابْنِ عُمَرَ، أَنَّ رَسُ ولَ اللَّهِ صلى الله عل. يه وسلم قَالَ ‏ “‏ لاَ يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَى مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلاَءَ ‏”‏ ‏.‏ حَدَّثَنَا ابْنُ نُمَيْرٍ، حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا حَنْظَلَةُ، قَالَ سَمِعْتُ سَالِمًا، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ مِنَ الْخُيَلاَءِ لَمْ يَنْظُرِ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ‏”‏ ‏.

Bab – Pengharaman Mengheret Kain Dengan Sombong Dan Menyatakan Had Yang Harus Dalam Pemakaian Kain Dan Yang Digalakkan

HADITH PERTAMA – Imam Muslim dengan sanadnya meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Allah tidak melihat pada orang yang mengheret kainnya dengan sombong”. [Orang yang memakai atau melabuhkan kainnya dengan sombong].

HADITH KEDUA – Imam Muslim dengan sanadnya meriwayatkan dari Ibnu Umar katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang mengheret kainnya dengan sombong, Allah tidak memandang kepadanya pada hari kiamat”. .

[RINGKASAN] PENGHARAMAN MENGHERET KAIN ATAU MELABUHKAN KAIN DENGAN SOMBONG

1. Kesimpulan dari hadith ini ialah, tidak boleh melabuhkan kain (atau seluar, baju atau serban) atau menggunakan gajet, peralatan dsbnya kerana SOMBONG.

2. Imam an-Nawawi menulis: “Isbal” (melabuhkan pakaian lebih dari buku lali) adalah haram jika ianya kerana ingin menyatakan KESOMBONGAN.

3. Pakaian labuh yang dikaitkan dengan kemegahan dan kesombongan adalah dari tradisi dan budaya orang Arab di zaman Nabi s.a.w. Ianya adalah untuk menyatakan darjat dan kedudukan seseorang di dalam masyarakat. Nabi melarang umatnya mengikuti budaya ini. Namun di zaman ini, tradisi ini tidak lagi wujud, oleh itu tidak mengapa jika kita ingin memakai pakaian yang labuh.

4. Tujuan perintah Rasulullah s.a.w. adalah hendak menghapuskan sifat sombong dalam diri dan ianya tidak terhad kepada pakaian sahaja tetapi lain-lain hal juga, contohnya, berbangga degan gajet seperti telepon bimbit yang berjenama mahal.

5. Hadith ini boleh diterapkan juga untuk larangan Nabi yang bersifat semasa dengan zamannya seperti larangan makan di atas meja. Pada zaman Nabi, makan di atas meja dengan tatacara tertentu adalah budaya golongan bangsawan.

6. Di zaman ini, manusia tidak terfikir bahawa amalan-amalan tersebut adalah lambang kesombongan, dan kita kita perlu terikat dengan larangan-larangan tersebut.

B. HADITH DARI KITAB SAHIH AL-BUKHARI

حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ، عَنْ نَافِعٍ، وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ، وَزَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ، يُخْبِرُونَهُ عَنِ ابْنِ عُمَرَ ـ رضى الله عنهما ـ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ لاَ يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَى مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلاَءَ ‏” باب مَنْ جَرَّ إِزَارَهُ مِنْ غَيْرِ خُيَلاَءَ. حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ، حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ، حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ عُقْبَةَ، عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، عَنْ أَبِيهِ ـ رضى الله عنه ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏”‏ مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلاَءَ لَمْ يَنْظُرِ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ‏”‏‏.‏ قَالَ أَبُو بَكْرٍ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أَحَدَ شِقَّىْ إِزَارِي يَسْتَرْخِي، إِلاَّ أَنْ أَتَعَاهَدَ ذَلِكَ مِنْهُ‏.‏ فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ لَسْتَ مِمَّنْ يَصْنَعُهُ خُيَلاَءَ ‏”‏‏.‏

HADITH PERTAMA – Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Allah tidak memandang kepada orang yang mengheret pakaiannya dengan sombong”. . . .

BAB – ORANG YANG MENARIK KAINNYA BUKAN KERANA SOMBONG .

HADITH KEDUA – Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Salim daripada ayahnya (Abdullah bin Umar) daripada Nabi s.a.w., sabdanya, “Sesiapa yang mengheret (ataupun menarik) kainnya dengan sombong, Allah tidak melihat kepadanya pada hari kiamat nanti”. Abu Bakar as-Siddiq berkata, “Ya Rasulullah! Salah satu tepi kain saya ini menjulur ke bawah (melebihi buku lali) kecuali saya menjaganya betul-betul maka bolehlah”. Nabi s.a.w. bersabda, “Engkau tidak termasuk antara orang yang melakukannya kerana sombong”. .

[RINGKASAN] Pengharaman Mengheret Kain Atau Melabuhkan Kain Dengan Sombong – [HADITH DARI KITAB SAHIH AL-BUKHARI] .

1. Memang ada hadith yang menyuruh manusia supaya memakai kain setakat betis. Tetapi kita perlu faham latar belakang budaya masyarakat Arab di zaman Nabi s.a.w. [Pengajian hadith tentang asbabul wurud adalah penting untuk memahami hakikat ini].

2. Jika di zaman ini, pemakaian kain/seluar singkat paras betis menjadi budaya golongan menyeleweng seperti kumpulan artis liar, ianya perlu dielakkan untuk mengelak dari menyerupai golongan sesat. .

3. Pakaian seragam (contohnya untuk pasukan keselamatan seperti askar, polis, bomba dll) tidak melambangkan kesombongan tetapi hanya sebagai tanda pengenalan walaupun dari luar ia nampak seperti sesuatu yang gah. .

4. Walaupun berpakaian sebagai ulama’, lengkap dengan jubah, serban dll. jika dengan niat untuk berbangga, ianya tetap hina. “Sombong” ialah sifat hati. .

5. Orang yang sombong, i) akan memandang hina orang lain, ii) tiada matlamat hidup, dan, iii) ialah orang yang sakit jiwa; dia sama ada mengalami ‘superiority” atau “inferiority complex”.

6. Saidina Abu Bakar r.a. tidak terrmasuk di dalam golongan orang yang sombong dan dia memakai kain yang labuh.