[PAKAIAN &PERHIASAN]-Siri 3 – Haram guna bekas perak untuk minum dan selainnya kepada lelaki dan perempuan

VIDEO – [Durasi – 12m 19s] – [PAKAIAN &PERHIASAN]-Siri 3-Haram guna bekas perak untuk minum & selainnya kepada lelaki & perempuan

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/mY9G2tBCCzU ]

Video penuh asal – [ Sahih Muslim – Kitab Pakaian & Perhiasan –    • Sesi 5 – Haram Melabuhkan Kain Dengan Somb…   ] & [ Sahih al-Bukhari – Kitab Pakaian –    • Sesi 1 -Siapa Yang Haramkan Perhiasan Yg A…   ]

[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – PENGHARAMAN PENGGUNAAN BEKAS-BEKAS EMAS DAN PERAK UNTUK MINUM DAN (TUJUAN) SELAINNYA KEPADA LELAKI DAN PEREMPUAN

باب تَحْرِيمِ أَوَانِي الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ فِي الشُّرْبِ وَغَيْرِهِ عَلَى الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ. ‏‏

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، قَالَ قَرَأْتُ عَلَى مَالِكٍ عَنْ نَافِعٍ، عَنْ زَيْدِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ، عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، زَوْجِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏”‏ الَّذِي يَشْرَبُ فِي آنِيَةِ الْفِضَّةِ إِنَّمَا يُجَرْجِرُ فِي بَطْنِهِ نَارَ جَهَنَّمَ ‏” ‏ ‏.‏

وَحَدَّثَنَاهُ قُتَيْبَةُ، وَمُحَمَّدُ بْنُ رُمْحٍ، عَنِ اللَّيْثِ بْنِ سَعْدٍ، ح وَحَدَّثَنِيهِ عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ، السَّعْدِيُّ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، – يَعْنِي ابْنَ عُلَيَّةَ – عَنْ أَيُّوبَ، ح وَحَدَّثَنَا ابْنُ نُمَيْرٍ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ، بْنُ بِشْرٍ ح وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، ح وَحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي، شَيْبَةَ وَالْوَلِيدُ بْنُ شُجَاعٍ قَالاَ حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُسْهِرٍ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ، ح وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ، أَبِي بَكْرٍ الْمُقَدَّمِيُّ حَدَّثَنَا الْفُضَيْلُ بْنُ سُلَيْمَانَ، حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ عُقْبَةَ، ح . وَحَدَّثَنَا شَيْبَانُ بْنُ فَرُّوخَ، حَدَّثَنَا جَرِيرٌ، – يَعْنِي ابْنَ حَازِمٍ – عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، السَّرَّاجِ كُلُّ هَؤُلاَءِ عَنْ نَافِعٍ، ‏.‏ بِمِثْلِ حَدِيثِ مَالِكِ بْنِ أَنَسٍ بِإِسْنَادِهِ عَنْ نَافِعٍ، وَزَادَ، فِي حَدِيثِ عَلِيِّ بْنِ مُسْهِرٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ، ‏”‏ أَنَّ الَّذِي، يَأْكُلُ أَوْ يَشْرَبُ فِي آنِيَةِ الْفِضَّةِ وَالذَّهَبِ ‏”‏ ‏.‏ وَلَيْسَ فِي حَدِيثِ أَحَدٍ مِنْهُمْ ذِكْرُ الأَكْلِ وَالذَّهَبِ إِلاَّ فِي حَدِيثِ ابْنِ مُسْهِرٍ ‏.‏

وَحَدَّثَنِي زَيْدُ بْنُ يَزِيدَ أَبُو مَعْنٍ الرَّقَاشِيُّ، حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ، عَنْ عُثْمَانَ، – يَعْنِي ابْنَ مُرَّةَ – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ خَالَتِهِ أُمِّ سَلَمَةَ، قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ مَنْ شَرِبَ فِي إِنَاءٍ مِنْ ذَهَبٍ أَوْ فِضَّةٍ فَإِنَّمَا يُجَرْجِرُ فِي بَطْنِهِ نَارًا مِنْ جَهَنَّمَ ‏”‏ ‏. ‏

Pengharaman penggunaan bekas-bekas emas dan perak untuk minum dan (tujuan) selainnya kepada lelaki dan perempuan .

Hadith Pertama – Imam Muslim dengan sanadnya meriwayatkan daripada Ummi Salamah, isteri Nabi s.a.w. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Orang yang minum di dalam bekas perak (ataupun menggunakan bekas perak) sebenarnya ia memarakkan api neraka jahannam di dalam perutnya. (Kumpulan)

Hadith Kedua – Dengan beberapa sanad yang lain, hadith-hadith ini lebih kurang sama dengan sedikit perbezaan. Dalam riwayat daripada Ubaidillah, “Sesungguhnya orang yang makan dan minum, di dalam bekas perak dan emas (menggunakan bekas perak dan emas)”, tidak ada dalam hadith sesiapa pun antara mereka itu, sebutan “makan” dan “emas” kecuali dalam hadith Ibnu Mushir sahaja.

Hadith Ketiga – Dengan sanadnya Imam Muslim meriwayatkan daripada Ummi Salamah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang minum menggunakan bekas emas ataupun perak sebenarnya ia menyemarakkan api neraka jahannam di dalam perutnya”.

[RINGKASAN] Pengharaman penggunaan bekas-bekas emas dan perak untuk minum dan (tujuan) selainnya kepada lelaki dan perempuan

1. Hadith pertama ini diriwayatkan oleh Yahya bin Yahya al-Laitsi, murid kepada Imam Malik yang membaca hadith ini di hadapan Imam Malik. Dia berasal dari Andalusia (Sepanyol) dan Kitab Muwatto’ Imam Malik yang masyhur itu adalah riwayat dari beliau.

2. Sesiapa yang minum atau makan daripada (menggunakan) bekas perak atau emas sebenarnya dia menyemarakkan api neraka di dalam perutnya. Manusia menyediakan dirinya di dunia ini sama ada untuk syurga atau neraka. Sekiranya dia melakukan dosa dan maksiat, dia menyediakan dirinya sesuai untuk seksaan neraka dan begitulah sebaliknya.

3. Dari hadith-hadith Imam Muslim ini, hanya ada satu hadith yang merangkaikan kedua-dua perkataan “makan dan minum” dan “emas dan perak”, iaitu hadith riwayat Ibnu Mushir. Walaupun hanya ada satu hadith yang merangkaikan “makan” dan “minum’ dan juga “perak” dan “emas”, ianya boleh diterima (dalam menetapkan hukum haram makan dan minum menggunakan bekas emas dan perak), dengan mengggunakan kaedah hadith, “Tambahan orang yang thiqah (perawi yang dipercayai) boleh diterima”.

4. Ada ayat al-Quran yang senada dengan hadith yang melarang makan dan minum dari bekas emas dan perak iaitu ayat 10, Surah an-Nisa’; ayat yang menyatakan orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang batil adalah orang yang menelan api neraka ke dalam perut mereka. Oleh itu kita tidak boleh memandang ringan tentang halal haram dalam masalah makan dan minum kerana dosanya akan membawa ke neraka.

5. Imam an-Nawawi meriwayatkan dalam kitabnya Syarah Sahih Muslim bahawa Qadhi Iyadh berkata ulama’ berselisih pendapat tentang siapakah yang dimaksudkan dalam hadith ini (orang yang memarakkan api neraka dalam perutnya dengan meminum dari bekas emas atau perak). Antaranya,

i. cerita ini adalah berkenaan dengan orang kafir kerana orang kafirlah yang biasanya berperangai begini. Mereka bebas berleluasa dan bermewah di atas dunia ini tetapi di akhirat nanti akan diseksa,

ii. ianya adalah berkenaan orang Islam. Orang Islam yang tidak mengendahkan amaran ini akan masuk neraka tetapi ada kemungkinan Allah mengampuninya.

iii. Imam an-Nawawi berpendapat larangan ini adalah untuk orang Islam dan juga untuk orang bukan Islam. Beliau berpendapat, orang bukan Islam pun terikat dengan hukum syarak iaitu mereka pun akan diseksa di akhirat jika melakukan kesalahan atau larangan yang dikenakan ke atas orang Islam. Cumanya di atas dunia ini kita tidak berhak menghalang orang bukan Islam dari melakukan apa yang dibenarkan dilakukan di dalam agama mereka walaupun agama Islam melarangnya. Contohnya, di dunia ini kita tidak boleh melarang orang kafir dari makan babi atau minum arak tetapi orang kafir tetap akan diseksa kerana memakan babi dan minum arak.

6. Sepakat umat Islam menetapkan bahawa adalah haram makan dan minum dari bekas perak dan emas kepada lelaki dan perempuan. Walaupun begitu, Imam Daud Zahiri berpendapat hanya minum daripada bekas emas dan perak yang diharamkan dan dibolehkan makan dengan menggunakan bekas tersebut. Beliau berhujjah bahawa hadith hanya menyebut minum tetapi tidak menyebut makan. Beliau (Imam Daud Zahiri) pergi lebih jauh dengan mengatakan bahawa emas dan perak boleh digunakan untuk membuat barangan selain pinggan seperti pasu bunga dsb. Pendapat ini dibantah keras oleh Imam an-Nawawi. Pendapat Imam an-Nawawi adalah lebih benar dan merupakan pendapat hampir semua orang Islam. [Nota penyunting: Adalah amat malang di zaman kita ini, larangan Rasulullah ini dipandang ringan sehinggakan ada di antara kalangan umat Islam (yang dianugerahkan kekayaan luarbiasa) yang membuat tandas dan peralatannya daripada emas! Ada juga di sesetengah negara Islam yang menghidangkan minuman kopi yang dimasukkan serbuk atau cebisan emas! Alangkah baiknya jika mereka dapat memerhatikan dengan cermat hadith-hadith larangan dari Rasulullah berkenaan makan dan minum mengggunakan bekas dari perak dan emas ini.]

7. Emas dan perak boleh dijadikan sebagai barang perhiasan atau barang perniagaan. Orang lelaki haram memakai perhiasan dari emas tetapi boleh membeli atau meniagakannya. [Nota iringan: Sekiranya kita seorang peniaga emas, kita tidak disyaratkan bertanya kepada seorang lelaki yang membeli perhiasan dari emas (yang hanya boleh dipakai oleh seorang wanita) sama ada perhiasan tersebut untuk dipakainya sendiri atau untuk orang lain. Serahkan urusan tentang perhiasan itu kepadanya kecuali kita ketahui dengan yakin bahawa dia akan memakainya sendiri, yang mana, dalam keadaan ini kita dilarang menjualkan kepadanya.

Leave a comment