[CITA-CITA] – Siri 2 – Mencita-Citakan Kebaikan [VIDEO TEMATIK HADITH]

VIDEO – [Durasi – 15m 25s] – [CITA-CITA] – Siri 2 – Mencita-Citakan Kebaikan [VIDEO TEMATIK HADITH]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube –  https://youtu.be/CEnItjnSHJI ]

Video penuh asal – Video Penuh :    • Sesi 1 – Orang Yang Bercita-Cita Untuk Mat…   – Sahih al-Bukhari (Kitab Cita-Cita)

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH

باب تَمَنِّي الْخَيْرِ

وَقَوْلِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ لَوْ كَانَ لِي أُحُدٌ ذَهَبًا حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ نَصْرٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، عَنْ مَعْمَرٍ، عَنْ هَمَّامٍ، سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ لَوْ كَانَ عِنْدِي أُحُدٌ ذَهَبًا، لأَحْبَبْتُ أَنْ لاَ يَأْتِيَ ثَلاَثٌ وَعِنْدِي مِنْهُ دِينَارٌ، لَيْسَ شَىْءٌ أُرْصِدُهُ فِي دَيْنٍ عَلَىَّ أَجِدُ مَنْ يَقْبَلُهُ ‏”‏‏.‏

MENCITA-CITAKAN KEBAIKAN

Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah daripada Nabi s.a.w. bahawa Baginda bersabda: “Kalau ada padaku sebesar Bukit Uhud emas nescaya aku mahu bahawa tidak berlalu tiga malam dalam keadaan masih ada lagi satu dinarpun daripadanya kecuali yang aku simpankan untuk membayar hutangku, jika aku mendapati orang yang akan menerimanya (dalam keadaan aku mendapati orang yang akan menerimanya)”.

[RINGKASAN] Mencita-Citakan Kebaikan

1. Kita boleh mencita-citakan (“tamanni”) kebaikan. Kemuncak “tamanni” (cita-cita) ialah ingin mati syahid. .

2. Jangan bercita-cita sesuatu yang mustahil untuk kita lakukan tetapi boleh bercita-cita sesuatu yang sukar tetapi masih boleh dicapai.

3. Cita-cita inilah yang mendorong kita bekerja keras. Jangan nanti kita mentertawakan diri kita sendiri kerana bercita-cita tinggi tetapi berusaha sambil lewa!

4. Mungkin kita bercita-cita untuk menjadi ulama’ dan menulis berjilid-jilid kitab atau ingin menjadi doktor berkaliber. KIta perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Kita akan diberi pahala penuh walaupun pada akhirnya kita gagal mencapai cita-cita tersebut.

5. Jika Nabi s.a.w. mempunyai emas sebesar Bukit Uhud, Baginda tidak suka jika masih ada di tangannya baki emas itu walaupun sedikit selepas tiga malam, sekiranya ada orang yang layak menerimanya. Baginda s.a.w. hanya akan menyimpan emas tersebut untuk membayar hutangnya (dan juga belanja wajib seperti nafkah keluarga). Harta yang ingin dibelanjakan oleh Nabi ialah harta peribadi bukan harta kerajaan.

6. Antara kemuncak kewajipan terhadap harta ialah melunaskan hutang. Hutang ialah suatu perkara besar dan kita perlu amat prihatin tentang hutang. Membayar hutang hendaklah didahulukan berbanding berbelanja untuk kebajikan seperti bersedekah dan sebagainya. Imam al-Bukhari berpendapat seseorang tidak akan mendapat pahala jika menggunakan harta untuk bersedekah sebelum melunaskan hutangnya.

7. Hendaklah bersegera menunaikan cita-cita bila keadaan mengizinkan, contohnya, membelanjakan harta untuk sesuatu bila kita diberi kekayaan.

Leave a comment