[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 24] – Hadith Yang Menyatakan Kelebihan Bunga-Bunga Tertentu Seperti Bunga Ros Dan Lain-Lain Bunga Semuanya Palsu (Video – Semua Hadith Tentang Bunga Adalah Palsu)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 8m 34s] – [HADIS PALSU] – Semua Hadith Tentang Bunga Adalah Palsu

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/5Wf8wRc6GhQ ]

USUL DIRAYAT KE-24 – Hadith-hadith yang menyatakan kelebihan bunga-bunga tertentu seperti bunga ros dan lain-lain bunga semuanya maudhu’ (palsu)

RENUNGAN

Salah satu tujuan Nabi s.a.w. diutuskan adalah untuk menghapuskan dongeng dan khurafat. Hadith-hadith tentang bunga ini malah sebaliknya mempopularkan cerita dongeng dan khurafat!

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH YANG MENYATAKAN KELEBIHAN BUNGA-BUNGA TERTENTU SEPERTI BUNGA ROS DAN LAIN-LAIN BUNGA SEMUANYA MAUDHU’

1. [ 00:01:17 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Sesungguhnya bunga ros itu dijadikan dari peluh Nabi s.a.w. ataupun dari peluh buraq”

00:01:35 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

Imam an-Nawawi berkata hadith ini tidak sahih. Hafiz Ibnu Hajar dan Ibnu Asakir berkata ianya maudhu’ (palsu)

2. [ 00:01:58 ] – HADITH PALSU KEDUA

Diriwayatkan daripada Ali: Sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda, “Pada malam diperjalankan aku ke langit, sedikit peluhku terjatuh ke bumi, lalu tumbuhlah daripadanya bunga ros. Sesiapa mahu menghidu bauku hendaklah dia mencium bau bunga ros”.

00:02:20 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Hadith ini menggambarkan seolah-olah bunga ros belum wujud sebelum peristiwa isra’ dan mikraj padahal bukti menunjukkan bunga ros sudah wujud lama sebelum itu.

ii. Hadith ini hanya ada di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith-hadith maudhu’ (palsu).

iii. Ibnu Asakir dan Hafiz Ibnu Hajar menghukum hadith ini sebagai maudhu’.

iv. As-Suyuti mengatakan semua hadith yang meriwayatkan tentang bunga ros adalah maudhu’.

3. [ 00:04:20 ] – HADITH PALSU KETIGA

Nabi s.a.w dikatakan bersabda, “Ciumlah bunga nargis walaupun sekali dalam sehari, walaupun sekali dalam sebulan, walaupun sekali dalam setahun dan walaupun sekali sepanjang hayat kerana di dalam hati manusia terdapat satu bibit kegilaan, kusta atau sopak yang tidak dapat dimatikan kecuali dengan mencium bunga nargis”.

00:05:30 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Tidak terbukti bunga nargis menjadi ubat untuk penyakit gila, kusta dan sopak.

ii. Dengan adanya hadith-hadith seperti ini, Nabi s.a.w. akan dicerca dan dituduh berdusta oleh musuh Islam jika penyakit tersebut tidak juga sembuh apabila pengidapnya menghidu bunga nargis.

VIDEO PENUH ASAL –

i. https://youtu.be/Tbn-T3UMiqY

ii. https://youtu.be/nMLCQADYM1o

Leave a comment