VIDEO – [Durasi – 7m 40s] – [PELBAGAI ISU] – Siri 5 – [Ilmu Hadith] – Jenis-Jenis Hadith Mutawatir – [VIDEO TEMATIK HADITH]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/yotSzqMYVV0 ]
Video penuh asal – • Sesi 1 – Hadith-hadith Ahad – [Sahih al-Bu…
[RINGKASAN] Jenis-Jenis Hadith Mutawatir
1. Di segi sanad dan cara hadith sampai kepada kita, hadith dibahagikan kepada dua kategori iaitu hadith mutawatir dan hadith ahad. Hadith mutawatir ialah hadith yang mempunyai perawi yang ramai yang tidak mungkin perawi-perawinya bersepakat untuk berdusta. Manakala hadith ahad adalah selain dari hadith mutawatir dan hadith ahad ini pula ada beberapa pecahannya.
2. Berbanding dengan hadith mutawatir, hadith ahad ialah yang paling banyak sampai kepada kita. Kita wajib menerima dan mengamalkannya dalam bab hukum-hakam sekiranya ianya sahih atau hasan dan maknanya terang dan jelas. Hadith ahad tidak boleh dijadikan hujjah dalam bab aqidah kecuali hadith ahad yang banyak “qarinah-qarinah” (sokongan-sokongan) yang menunjukkan ianya seolah-olah hadith mutawatir.
3. Hanya hadith mutawatir yang boleh menjadi hujjah dalam perkara-perkara aqidah. Mutawatir tawaruth dan mutawatir al-qadri musytarak seperti yang dibincangkan selepas ini, pada asalnya adalah hadith ahad tetapi disebabkan sokongan luaran ianya dinaikkan tarraf ke tahap mutawatir.
4. Ulama’ membahagikan hadith mutawatir kepada empat kategori iaitu mutawatir tabaqah, mutawatir isnad, tawatur tawaruth dan mutawatir al-qadri musytarak.
5. Mutawatir tabaqah (generasi demi generasi), contohnya al-Quran, tidak memerlukan sanad kerana terlalu ramai yang mengamalkannya di setiap generasi. Kedua, mutawatir isnad kerana banyaknya sanad di setiap peringkat sehingga tidak mungkin ianya dipalsukan. Contohnya hadith, “Barangsiapa yang berdusta di atas namaku dengan sengaja maka siaplah tempatnya di dalam neraka”. Ketiga, mutawatir tawaruth (amalan), sanadnya tidaklah banyak tetapi ianya menjadi amalan yang diwarisi turun temurun dan tiada ulama’ yang membantah malah mereka menerima bahawa amalan itu wujud dalam agama. Antara contoh hadith mutawatir tawaruth ialah khitan dan azan. Walaupun ianya hadith ahad (di segi sanad), oleh kerana adanya sokongan luaran (amalan umum masyarakat) ianya boleh menjadi sandaran aqidah. Ini tidak bermakna amalan popular di negara kita seperti sambutan maulidurasul atau tunggu kubur termasuk dalam ketegori ini. Ini adalah kerana amalan tersebut tidak berlaku di semua tempat di dunia Islam atau diterima oleh semua ulama’ malah ramai yang membantahnya. Keempat ialah mutawatir al-qadri musytarak. Hadith dalam kategori ini, lafaznya tidak mutawatir tetapi di segi maknanya mutawatir, contohnya, hadith tentang dajjal dan Imam Mahdi. Dalam hadith-hadith ini terdapat perbezaan di segi lafaz tetapi maknanya menjurus kepada perkara yang sama.
