VIDEO – [Durasi – 3m 47s] – [PELBAGAI ISU ] – Siri 8 – [Panduan] “Roh” Sunnah Dari Hadith Nabi Pergi Jauh Untuk Buang Air
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/vx02ug_404M ]
Video penuh asal – • Sesi 1 – Bersembunyi Ketika Mahu Buang Air… – (Sunan Abi Daud – Kitab Thaharah)
[KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]
KEHENDAK ATAU “ROH” SUNNAH DARI HADITH NABI PERGI JAUH UNTUK BUANG AIR . .
Hadith Berkaitan –
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ بْنِ قَعْنَبٍ الْقَعْنَبِيُّ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ، – يَعْنِي ابْنَ مُحَمَّدٍ – عَنْ مُحَمَّدٍ، – يَعْنِي ابْنَ عَمْرٍو – عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا ذَهَبَ الْمَذْهَبَ أَبْعَدَ .
Iman Abu Daud meriwayatkan daripada Mughirah ibn Shu’bah katanya Nabi s.a.w. bila hendak buang air dia pergi jauh. .
[RINGKASAN] Kehendak Atau “Roh” Sunnah Dari Hadith Nabi Pergi Jauh Untuk Buang Air
1. Nabi s.a.w. pergi ke tempat yang jauh dari orang ramai bila hendak buang air. Beginilah keadaan di awal zaman Nabi di mana tiada kemudahan tandas. Tetapi kemudiannya Nabi s.a.w. dan Sahabat-Sahabat membina tandas di dalam rumah dan tidak perlu lagi keluar ke tempat sunyi untuk buang air. Dari sini kita dapat simpulkan bahawa yang dikehendaki ialah kita terlindung dari pandangan orang ramai ketika membuang air dan kita hendaklah berusaha menyediakan tempat khas untuk buang air.
2. Tujuan tandas dibina ialah untuk melindungi dari pandangan manusia dan menyembunyikan bau dan bunyi yang menjijikkan. Walaupun hadith menyebut Nabi pergi jauh untuk buang air, tandas tidak perlu dibina jauh dari rumah. Kita perlu memahami maksud sebenar dari sunnah dan perbuatan Nabi ini dan inilah yang disebut “roh sunnah”.
3. Memahami “roh sunnah” (maksud sebenar sunnah Nabi) adalah penting dalam menghayati agama. Contohnya, semasa berhijrah dari Mekah ke Madinah Nabi menaiki unta. Nabi boleh saja berjalan kaki ke Madinah tetapi Baginda menaiki unta kerana unta pada masa itu adalah kenderaan yang paling cepat dan selamat. Jika kita hidup di zaman ini, menaiki unta bukanlah pilihan yang tepat untuk perjalanan dari Mekah ke Madinah walaupun Nabi sendiri menaiki unta. Sesiapa yang memahami “roh sunnah” akan faham bahawa Nabi membuat pilihan terbaik atas dasar cepat, selamat dan kesesuaiannya. Memahami “roh sunnah” adalah penting dalam menerapkan hadith-hadith dan sunnah Nabi dalam kehidupan kita.
