VIDEO – [Durasi – 4m 35s] – [THAHARAH ]-Siri 3-Hendaklah Mencari Tempat Yang Sesuai Untuk Buang Air Kecil [VIDEO TEMATIK HADITH]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/AldUIq5f89w ]
Video penuh asal – • Sesi 1 – Bersembunyi Ketika Mahu Buang Air… – (Sunan Abi Daud – Kitab Thaharah)
[ KOLEKSI [ VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-… ]
MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH
باب الرَّجُلِ يَتَبَوَّأُ لِبَوْلِهِ
حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، حَدَّثَنَا حَمَّادٌ، أَخْبَرَنَا أَبُو التَّيَّاحِ، حَدَّثَنِي شَيْخٌ، قَالَ لَمَّا قَدِمَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبَّاسٍ الْبَصْرَةَ فَكَانَ يُحَدَّثُ عَنْ أَبِي مُوسَى، فَكَتَبَ عَبْدُ اللَّهِ إِلَى أَبِي مُوسَى يَسْأَلُهُ عَنْ أَشْيَاءَ، فَكَتَبَ إِلَيْهِ أَبُو مُوسَى إِنِّي كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ذَاتَ يَوْمٍ فَأَرَادَ أَنْ يَبُولَ فَأَتَى دَمِثًا فِي أَصْلِ جِدَارٍ فَبَالَ ثُمَّ قَالَ صلى الله عليه وسلم “ إِذَا أَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يَبُولَ فَلْيَرْتَدْ لِبَوْلِهِ مَوْضِعًا ” .
Hendaklah Seseorang Itu Mencari Tempat Yang Sesuai Untuk Buang Air Kecil .
Bila Abdullah bin Abbas datang ke Basrah…Abdullah pun menulis surat kepada Abu Musa bertanya kepadanya tentang beberapa perkara. Abu Musa menjawab suratnya dengan berkata: Pada suatu hari saya bersama Rasulullah s.a.w. Rasulullah hendak buang air kecil. Dia pun pergi ke tempat yang lembut di bahagian bawah dinding (suatu bangunan). Baginda pun buang air kecil di situ. Kemudian Baginda bersabda, “Bila seseorang dari kamu mahu buang air kecil maka hendaklah dia mencari tempat yang sesuai untuk buang air kecilnya”.
[RINGKASAN] Hendaklah Seseorang Itu Mencari Tempat Yang Sesuai Untuk Buang Air Kecil
1. Sebagaimana untuk membuang air besar, Islam mengajar juga adab-adab untuk membuang air kecil. Walaupun begitu, ianya tidak diberi tekanan sekuat buang air besar di mana perlu pergi jauh dari orang ramai (atau dalam keadaan tersembunyi). Untuk membuang air kecil kita dikehendaki mencari tempat yang sesuai. Antara sebabnya ialah supaya air kencing tidak memercik dan menajiskan badan dan pakaian kita.
2. Nabi s.a.w. mengingatkan kita supaya mencari tempat yang sesuai untuk buang air kecil. Contohnya, di zaman Nabi, tempat yang sesuai ialah di tanah yang lembut, sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith ini. Tempat yang sesuai boleh berubah mengikut zaman dan teknologi. Yang pentingnya ia perlu menepati kehendak sunnah (roh sunnah) iaitu melindungi badan dan pakaian kita dari percikan air kencing yang najis, yang mana, jika terkena najis nescaya solat kita tidak sah.
3. Hadith ini adalah suatu hadith yang lemah disebabkan ada seorang perawi dalam sanadnya yang tidak dikenali. Hadith lemah tidak boleh dijadikan landasan hukum. Walaupun begitu, terdapat banyak hadith lain yang sahih atau “hasan” yang menyokong makna hadith ini. Oleh itu, walaupun sanadnya lemah, isi kandungannya boleh diamalkan berdasarkan hadith lain yang sahih.
4 Walaupun hadith ini menyebut Nabi s.a.w buang air kecil di atas tanah yang lembut, apa yang dimaksudkan ialah tempat yang sesuai. Kita tidak perlu terikat dengan lafaz hadith tetapi hendaklah memahami kehendak (roh) sunnah, iaitu suatu tempat di mana air kencing tidak terpercik. Kalau di zaman ini, bekas-bekas khas untuk buang air kecil (urinal) boleh dikatakan “tempat yang sesuai” untuk membuang air kecil.
