VIDEO – [Durasi – 5m 46s] – [PELBAGAI ISU]-Siri 11 (Pemurnian Syariat)-Amalan Imsak – Apakah Ada Dalil Dari Quran atau Hadith?
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/CT6mzX4-Bsc ]
Video penuh – • Sesi 1 – Fardhu Sembahyang – [Sunan Abi Da… – (Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang)
[KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-… ]
AMALAN IMSAK – APAKAH ADA DALIL DARI AL-QURAN ATAU HADITH?
Hadith Untuk Perbincangan Tentang “Imsak” – “Waktu-Waktu Sembahyang” Dari Kitab Sunan Abi Daud
حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، حَدَّثَنَا يَحْيَى، عَنْ سُفْيَانَ، حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ فُلاَنِ بْنِ أَبِي رَبِيعَةَ، – قَالَ أَبُو دَاوُدَ هُوَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ الْحَارِثِ بْنِ عَيَّاشِ بْنِ أَبِي رَبِيعَةَ – عَنْ حَكِيمِ بْنِ حَكِيمٍ، عَنْ نَافِعِ بْنِ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم “ أَمَّنِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ عِنْدَ الْبَيْتِ مَرَّتَيْنِ فَصَلَّى بِيَ الظُّهْرَ حِينَ زَالَتِ الشَّمْسُ وَكَانَتْ قَدْرَ الشِّرَاكِ وَصَلَّى بِيَ الْعَصْرَ حِينَ كَانَ ظِلُّهُ مِثْلَهُ وَصَلَّى بِيَ – يَعْنِي الْمَغْرِبَ – حِينَ أَفْطَرَ الصَّائِمُ وَصَلَّى بِيَ الْعِشَاءَ حِينَ غَابَ الشَّفَقُ وَصَلَّى بِيَ الْفَجْرَ حِينَ حَرُمَ الطَّعَامُ وَالشَّرَابُ عَلَى الصَّائِمِ فَلَمَّا كَانَ الْغَدُ صَلَّى بِيَ الظُّهْرَ حِينَ كَانَ ظِلُّهُ مِثْلَهُ وَصَلَّى بِيَ الْعَصْرَ حِينَ كَانَ ظِلُّهُ مِثْلَيْهِ وَصَلَّى بِيَ الْمَغْرِبَ حِينَ أَفْطَرَ الصَّائِمُ وَصَلَّى بِيَ الْعِشَاءَ إِلَى ثُلُثِ اللَّيْلِ وَصَلَّى بِيَ الْفَجْرَ فَأَسْفَرَ ثُمَّ الْتَفَتَ إِلَىَّ فَقَالَ يَا مُحَمَّدُ هَذَا وَقْتُ الأَنْبِيَاءِ مِنْ قَبْلِكَ وَالْوَقْتُ مَا بَيْنَ هَذَيْنِ الْوَقْتَيْنِ ” .
Dengan sanadnya Imam Abu Daud meriwayatkan dari Ibnu Abbas katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jibril telah menjadi imam kepadaku dekat Baitillah dua kali. Beliau bersembahyang zohor dengan aku ketika matahari telah tergelincir dan bayangnya telah pun ada sekadar sepanjang tali kasut dan beliau bersembahyang asar denganku ketika mana bayang seseorang itu telah menjadi sama panjang dengannya dan beliau bersembahyang maghrib denganku ketika mana orang yang berpuasa berbuka puasa. Beliau bersembahyang isya’ denganku ketika telah lenyap syafak dan bersembahyang fajar denganku ketika mana telah haram makanan dan minuman kepada orang yang berpuasa. Pada keesokannya beliau bersembahyang denganku zohor ketika bayang seseorang menjadi sama panjang dengan dirinya dan bersembahyang asar denganku ketika mana bayang seseorang telah menjadi dua kali ganda panjangnya dan bersembahyang maghrib denganku ketika mana orang yang berpuasa telah berbuka (boleh berbuka) dan bersembahyang isya’ denganku hingga ke satu pertiga malam (pada satu pertiga awal malam) dan bersembahyang fajar denganku. Dikerjakannya sembahyang fajar itu pada waktu telah “cerah tanah”. Kemudian dia berpaling kepadaku seraya berkata, “Wahai Muhammad! Inilah waktu Nabi-nabi sebelummu. Waktu sembahyang itu adalah di antara dua waktu ini”.
[Ringkasan] – (Pemurnian Syariat) – Amalan “Imsak” – Apakah Ada Dalil Dari al-Quran atau Hadith?
1. Sembahyang fajar (subuh) ialah bila haramnya orang yang ingin berpuasa makan dan minum (iaitu ketika terbitnya fajar sodiq, masuknya waktu subuh). Nota: Fajar ada dua, iaitu fajar “kazib” (dusta) dan fajar “sodiq” (benar). Fajar kazib ialah bila keluarnya garisan merah yang menegak manakala fajar sodiq ialah bila ada garisan putih melintang di ufuk langit. Keluarnya fajar sodiq menunjukkan masuknya waktu subuh.
2. Hadith ini menyatakan bahawa, “Sembahyang fajar (subuh) ialah bila haramnya makanan dan minuman kepada orang yang berpuasa (iaitu ketika terbitnya fajar sodiq)”. Ini menunjukkan puasa bermula dari masuknya waktu subuh. Hadith ini dengan jelas menunjukkan bahawa apa yang dikatakan sebagai “imsak” (berhenti makan 10 minit sebelum masuk waktu subuh) yang diamalkan oleh masyarakat kita sebenarnya bercanggah dengan ajaran Islam. Bila dikatakan bahawa amalan imsak seperti yang diamalkan pada masa ini tiada dalam agama, tidak bermakna kita tidak boleh berhenti awal bila bersahur, tetapi apa yang ditekankan ialah perbuatan mengharamkan makan dan minum dalam keadaan Islam membenarkannya. Mengharamkan apa yang dihalalkan adalah kesalahan besar dalam agama. “Imsak” ini mencanggah ayat al-Quran yang bermaksud, “Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar” (Surah Al-Baqarah, ayat 187). Amalan imsak ini tidak dapat dikesan asal-usulnya kerana tidak wujud di dalam kitab-kitab agama. Jika niat kita ingin bercermat ketika bersahur dengan menetapkan tempoh masa tertentu untuk berhenti bersahur seperti amalan imsak ini, ianya mencanggahi hadith Nabi yang menyuruh kita melewatkan sahur. Perlu ditekankan adalah tidak haram atau makruh untuk makan dan minum sehingga masuknya waktu subuh.
