[THAHARAH] – Siri 4 – Khilaf Ulama’ Tentang Larangan Atau Harusnya Mengadap Kiblat Ketika Buang Air

VIDEO – [Durasi – 10m 14s] – [THAHARAH] – Siri 4 – Khilaf Ulama’ Tentang Larangan Atau Harusnya Mengadap Kiblat Ketika Buang Air

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/4DIJVnpFgow ]

Video penuh asal –    • Sesi 2 – Apa Yang Diucapkan  Bila  Masuk K…   – (Sunan Abi Daud – Kitab Thaharah)

[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema ]

(QADHA HAJAT) PERBEZAAN PENDAPAT DI KALANGAN ULAMA’ TENTANG LARANGAN ATAU HARUSNYA MENGADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR

Hadith-Hadith Untuk Perbincangan

باب كَرَاهِيَةِ اسْتِقْبَالِ الْقِبْلَةِ عِنْدَ قَضَاءِ الْحَاجَةِ

حَدَّثَنَا مُسَدَّدُ بْنُ مُسَرْهَدٍ، حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ يَزِيدَ، عَنْ سَلْمَانَ، قَالَ قِيلَ لَهُ لَقَدْ عَلَّمَكُمْ نَبِيُّكُمْ كُلَّ شَىْءٍ حَتَّى الْخِرَاءَةَ ‏.‏ قَالَ أَجَلْ لَقَدْ نَهَانَا صلى الله عليه وسلم أَنْ نَسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةَ بِغَائِطٍ أَوْ بَوْلٍ وَأَنْ لاَ نَسْتَنْجِيَ بِالْيَمِينِ وَأَنْ لاَ يَسْتَنْجِيَ أَحَدُنَا بِأَقَلَّ مِنْ ثَلاَثَةِ أَحْجَارٍ أَوْ يَسْتَنْجِيَ بِرَجِيعٍ أَوْ عَظْمٍ ‏.‏

حَدَّثَنَاعَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ النُّفَيْلِيُّ، حَدَّثَنَا ابْنُ الْمُبَارَكِ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَجْلاَنَ، عَنِ الْقَعْقَاعِ بْنِ حَكِيمٍ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ إِنَّمَا أَنَا لَكُمْ بِمَنْزِلَةِ الْوَالِدِ أُعَلِّمُكُمْ فَإِذَا أَتَى أَحَدُكُمُ الْغَائِطَ فَلاَ يَسْتَقْبِلِ الْقِبْلَةَ وَلاَ يَسْتَدْبِرْهَا وَلاَ يَسْتَطِبْ بِيَمِينِهِ ‏”‏ ‏.‏ وَكَانَ يَأْمُرُ بِثَلاَثَةِ أَحْجَارٍ وَيَنْهَى عَنِ الرَّوْثِ وَالرِّمَّةِ ‏.‏

حَدَّثَنَا مُسَدَّدُ بْنُ مُسَرْهَدٍ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَزِيدَ اللَّيْثِيِّ، عَنْ أَبِي أَيُّوبَ، رِوَايَةً قَالَ ‏ “‏ إِذَا أَتَيْتُمُ الْغَائِطَ فَلاَ تَسْتَقْبِلُوا الْقِبْلَةَ بِغَائِطٍ وَلاَ بَوْلٍ وَلَكِنْ شَرِّقُوا أَوْ غَرِّبُوا ‏”‏ ‏.‏ فَقَدِمْنَا الشَّامَ فَوَجَدْنَا مَرَاحِيضَ قَدْ بُنِيَتْ قِبَلَ الْقِبْلَةِ فَكُنَّا نَنْحَرِفُ عَنْهَا وَنَسْتَغْفِرُ اللَّهَ ‏

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ، حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ يَحْيَى، عَنْ أَبِي زَيْدٍ، عَنْ مَعْقِلِ بْنِ أَبِي مَعْقِلٍ الأَسَدِيِّ، قَالَ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنْ نَسْتَقْبِلَ الْقِبْلَتَيْنِ بِبَوْلٍ أَوْ غَائِطٍ ‏.‏ قَالَ أَبُو دَاوُدَ وَأَبُو زَيْدٍ هُوَ مَوْلَى بَنِي ثَعْلَبَةَ ‏

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ فَارِسٍ، حَدَّثَنَا صَفْوَانُ بْنُ عِيسَى، عَنِ الْحَسَنِ بْنِ ذَكْوَانَ، عَنْ مَرْوَانَ الأَصْفَرِ، قَالَ رَأَيْتُ ابْنَ عُمَرَ أَنَاخَ رَاحِلَتَهُ مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ ثُمَّ جَلَسَ يَبُولُ إِلَيْهَا فَقُلْتُ يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَلَيْسَ قَدْ نُهِيَ عَنْ هَذَا قَالَ بَلَى إِنَّمَا نُهِيَ عَنْ ذَلِكَ فِي الْفَضَاءِ فَإِذَا كَانَ بَيْنَكَ وَبَيْنَ الْقِبْلَةِ شَىْءٌ يَسْتُرُكَ فَلاَ بَأْسَ باب الرُّخْصَةِ فِي ذَلِكَ

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ، عَنْ مَالِكٍ، عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يَحْيَى بْنِ حَبَّانَ، عَنْ عَمِّهِ، وَاسِعِ بْنِ حَبَّانَ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ، قَالَ لَقَدِ ارْتَقَيْتُ عَلَى ظَهْرِ الْبَيْتِ فَرَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَلَى لَبِنَتَيْنِ مُسْتَقْبِلَ بَيْتِ الْمَقْدِسِ لِحَاجَتِهِ

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، حَدَّثَنَا وَهْبُ بْنُ جَرِيرٍ، حَدَّثَنَا أَبِي قَالَ، سَمِعْتُ مُحَمَّدَ بْنَ إِسْحَاقَ، يُحَدِّثُ عَنْ أَبَانَ بْنِ صَالِحٍ، عَنْ مُجَاهِدٍ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ نَهَى نَبِيُّ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنْ نَسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةَ بِبَوْلٍ فَرَأَيْتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْبَضَ بِعَامٍ يَسْتَقْبِلُهَا ‏.‏

Hadith Yang Melarang Mengadap Kiblat Ketika Buang Air

Hadith Pertama – Dengan sanadnya Imam Abu Daud meriwayatkan daripada Abdurrahman bin Yazid daripada Salman. Salman berkata ada orang berkata kepadanya, “Sesungguhnya Nabi kamu mengajarkan kepada kamu segala perkara hinggakan cara membuang air besar”. Salman menjawab, “Ya! Nabi s.a.w. melarang kami dari mengadap kiblat pada ketika membuang air besar atau membuang air kecil. Nabi s.a.w, melarang kami dari kami beristinja’ dengan tangan kanan dan dia melarang kami dari kami beristinja’ dengan kurang dari tiga biji batu atau seseorang itu beristinja’ (dia melarang orang beristinja’) dengan menggunakan tahi binatang ataupun tulang”.

Hadith Kedua – Dengan sanadnya Imam Abu Daud meriwayatkan dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya saya bagi kamu sama seperti ayah. Saya mengajar kamu. Bila sesiapa dari kamu datang dari tempat membuang air besar, maka janganlah dia mengadap kiblat dan janganlah dia membelakanginya dan janganlah dia beristinja’ dengan tangan kanannya”. Nabi s.a.w. memerintahkan (menyuruh) supaya menggunakan tiga biji (anak) batu. Dia melarang dari menggunakan tahi binatang dan tulang (yang pecah atau hancur).

Hadith Ketiga – Diriwayatkan daripada Abu Ayyub sebagai riwayat dari Nabi s.a.w., sabdanya (Nabi s.a.w.), “Bila kamu datang ke tempat mambuang air, janganlah kamu mengadap kiblat dengan membuang air besar dan jangan juga mengadap kiblat dengan membuang air kecil tetapi hendaklah kamu mengadap ke timur atau ke barat”. (Abu Ayyub berkata): Setelah itu kami pergi ke Syam, kami dapati tandas-tandas (di sana) telah dibina dengan mengadap kiblat. Kami pun berpaling darinya dan beristighfar meminta ampun dari Allah.

Hadith Keempat – Diriwayatkan daripada Ma’kil bin Abi Ma’kil al-Asadi, katanya Rasulullah s.a.w. melarang kami mengadap dua kiblat dengan kencing atau berak (dengan membuang air kecil atau air besar). Abu Daud berkata, “Abu Zaid ialah maula Bani’ Tsa’labah”.

Hadith Kelima – Diriwayatkan daripada Marwan al-Asfar katanya: Saya melihat Ibnu Umar telah mendudukkan kenderaannya (untanya) dengan mengadap kiblat (di hadapannya yang mengadap kiblat) kemudian dia duduk kencing dengan mengadap kepada kenderaannya (untanya). Saya pun berkata, “Wahai Aba Abdurrahman! Bukankah telah dilarang dari perbuatan seperti ini?”. Dia menjawab, “Memang! Tetapi yang dilarang ialah mengadap kiblat di tanah lapang. Sekiranya telah ada di antara engkau dan di antara kiblat sesuatu, maka sesuatu yang menutup engkau maka tidaklah mengapa”.

Hadith Yang Mengharuskan Mengadap Kiblat Ketika Buang Air

Hadith Keenam – Dengan sanadnya Imam Abu Daud meriwayatkan daripada Abdullah bin Umar katanya, “Pernah saya naik ke atas bumbung rumah. Saya ternampak Rasulullah s.a.w. berada di atas dua batu bata dengan mengadap kepada Baitul Maqdis untuk qadha hajat.

Hadith Ketujuh- Dengan sanadnya Imam Abu Daud meriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah katanya, “Nabi s.a.w. melarang kita mengadap kiblat ketika kencing. Saya melihatnya setahun sebelum Baginda s.a.w. wafat, mengadapnya (kiblat”)”.

[Ringkasan] Perbezaan Pendapat Di Kalangan Ulama’ Tentang Larangan Atau Harusnya Mengadap Kiblat Ketika Buang Air

1. “Larangan” mengadap kiblat ketika membuang air. Istilah “larangan” (tidak disukai) di dalam kitab-kitab hadith boleh jadi bermaksud “haram” atau “makruh”. Makruh pula boleh jadi “makruh tahrimi” (mendekati haram) atau “makruh tanzihi” (mendekati harus).

2. Terdapat perbezaan pendapat yang ketara di kalangan ulama’ tentang haram atau harusnya mengadap kiblat ketika membuang air. Antaranya ialah,

i) Boleh mengadap atau membelakangi kiblat sama ada di kawasan tertutup atau terbuka. Ulama’ yang berpendapat begini mengatakan hadith-hadith pengharamannya telah mansukh dan tidak lagi terpakai.

ii) Haram mengadap atau membelakangi kiblat, tidak kira sama ada di kawasan tertutup (seperti tandas) atau kawasan terbuka.

iii) Haram mengadap kiblat tetapi tidak haram membelakangi kiblat.

iv) Mengadap kiblat adalah haram walaupun di dalam tandas tetapi harus membelakangi kiblat,

v) Larangan mengadap atau membelakangi kiblat khusus kepada penduduk Madinah sahaja,

vi) Larangan mengadap kiblat bukan sahaja kepada kiblat sekarang (Kaabah) tetapi termasuk juga kiblat yang telah mansukh (Baitul Maqdis),

vii) Nabi s.a.w. tidak dilarang mengadap atau membelakangi kiblat. Larangan mengadap kiblat adalah untuk orang lain kecuali Nabi s.a.w.

3. Imam Abu Daud berpendapat haram mengadap kiblat tetapi harus membelakangi kiblat, serupa dengan pendapat Imam Ahmad bin Hanbal. Walapun ada kalanya pendapat imam-imam hadith serupa dengan pendapat imam-imam mazhab, sebenarnya imam-imam hadith tidak terikat dengan mazhab-mazhab tertentu tetapi mempunyai pendapat mereka sendiri berdasarkan penilaian terhadap hadith-hadith yang ada di hadapan mereka.

4. Kesimpulan dari hadith-hadith dalam bab ini: i) Hadith pertama – Tidak boleh mengadap kiblat, ii) Hadith kedua – Tidak boleh mengadap dan membelakangkan kiblat. Boleh mengadap kepada kiblat lama, Baitul Maqdis,

iii) Hadith keempat – Tidak boleh mengadap ke arah kedua-dua kiblat, Baitul Maqdis (kiblat lama) atau Makkah (kiblat sekarang),

iv) Hadith Ibnu Umar buang air kecil dilindungi oleh untanya. Boleh buang air mengadap kiblat jika tertutup atau terlindung di arah kiblat walaupun yang menutup itu sekadar binatang tunggangan atau tompokan pasir. Ini adalah pendapat Imam as-Shafie.

Leave a comment