Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 31 – Bab – Tentang Pelbagai Persoalan Imamah Dan Kelebihannya & Bab – Tidak Elok Bertolak-Tolak Kerana Tidak Mahu Menjadi Imam & Bab – Siapakah Yang Lebih Berhak Menjadi Imam

VIDEO – [Durasi – 9m 46s] -Sesi 31 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/x–p-_E37GE ]


VIDEO – [Durasi – 1j 16m 59s] – Sesi 31 – Pelbagai persoalan tentang imamah dan kelebihannya – [Sunan Abi Daud – Kitab Solat]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/u5IKQjykt3g ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:38 : Terjemahan matan hadith

2- 19:57 : Bab: Perbagai persoalan tentang imamah dan kelebihannya

3- 31:00 : Bab: Larangan bertolak-tolak untuk menjadi imam (bertolak-tolak kerana tidak mahu menjadi imam)

4- 43:10 : Bab: Siapa yang lebih berhak menjadi imam?

5- 01:01:02 : Khilaf masalah nampak aurat ketika sembahyang

MATAN HADITH

بَاب فِي جُمَّاعِ الْإِمَامَةِ وَفَضْلِهَا[1]

Bab – Tentang Pelbagai Persoalan Imamah dan Kelebihannya

579 – حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ الْمَهْرِيُّ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ حَرْمَلَةَ عَنْ أَبِي عَلِيٍّ الْهَمْدَانِيِّ قَالَ سَمِعْتُ عُقْبَةَ بْنَ عَامِرٍ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ أَمَّ النَّاسَ فَأَصَابَ الْوَقْتَ فَلَهُ وَلَهُمْ وَمَنْ انْتَقَصَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَعَلَيْهِ وَلَا عَلَيْهِمْ

579 – Sulaiman bin Daud Al-Mahri meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn Wahb meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya bin Ayyub meriwayatkan kepada saya daripada `Abdir Rahman bin Harmalah daripada `Ali Al-Hamdani, katanya: Saya telah mendengar `Uqbah bin `Amir, beliau berkata: Saya telah mendengar Rasulallah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang menjadi imam kepada orang ramai di samping menepati waktunya maka dia mendapat kelebihan dan pahalanya, begitu juga dengan makmum. Sesiapa yang mengurangi apa-apa daripada sembahyang itu maka kesalahannya tertanggung olehnya sendiri dan para makmum tidak menanggung apa-apa kesalahan,”

بَاب[2] فِي كَرَاهِيَةِ التَّدَافُعِ عن الْإِمَامَةِ

Bab –  Larangan Bertolak-tolak Kerana Tidak Mahu Menjadi Imam

580 – حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ عَبَّادٍ الْأَزْدِيُّ حَدَّثَنَا مَرْوَانُ حَدَّثَتْنِي طَلْحَةُ أُمُّ غُرَابٍ عَنْ عَقِيلَةَ امْرَأَةٍ مِنْ بَنِي فَزَارَةَ مَوْلَاةٍ لَهُمْ عَنْ سَلَامَةَ بِنْتِ الْحُرِّ أُخْتِ خَرَشَةَ بْنِ الْحُرِّ الْفَزَارِيِّ قَالَتْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَتَدَافَعَ أَهْلُ الْمَسْجِدِ لَا يَجِدُونَ إِمَامًا يُصَلِّي بِهِمْ

580 – Harun bin `Abbad Az-Azdi meriwayatkan kepada kami, katanya: Marwan meriwayatkan kepada kami, katanya: Thalhah iaitu Ummu Ghurab meriwayatkan kepada saya daripada `Aqilah – salah seorang hamba bebasan perempuan dari kalangan Bani Fazarah- daripada Salamah binti Al-Hur iaitu saudara perempuan kepada Kharasyah binti Al-Hur Al-Fazari, beliau berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya antara tanda kiamat ialah ahli masjid bertolak-tolak, mereka tidak mendapati imam yang boleh mengimami mereka”.

بَاب مَنْ أَحَقُّ بِالْإِمَامَةِ

Bab – Siapakah Yang Lebih Layak Menjadi Imam

581 – حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ الطَّيَالِسِيُّ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ أَخْبَرَنِي[3] إِسْمَعِيلُ بْنُ رَجَاءٍ سَمِعْتُ أَوْسَ بْنَ ضَمْعَجٍ يُحَدِّثُ عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الْبَدْرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ وَأَقْدَمُهُمْ قِرَاءَةً فَإِنْ كَانُوا فِي الْقِرَاءَةِ سَوَاءً فَلْيَؤُمَّهُمْ أَقْدَمُهُمْ هِجْرَةً فَإِنْ كَانُوا فِي الْهِجْرَةِ سَوَاءً فَلْيَؤُمَّهُمْ أَكْبَرُهُمْ سِنًّا وَلَا يُؤَمُّ الرَّجُلُ فِي بَيْتِهِ وَلَا فِي سُلْطَانِهِ وَلَا يُجْلَسُ عَلَى تَكْرِمَتِهِ إِلَّا بِإِذْنِهِ قَالَ شُعْبَةُ فَقُلْتُ لِإِسْمَعِيلَ مَا تَكْرِمَتُهُ قَالَ فِرَاشُهُ

581 – Abu Al-Walid Ath-Thayalisi meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu`bah meriwayatkan kepada kami, katanya: Isma`il bin Raja’ meriwayatkan kepada saya, katanya: Aus bin Dham`aj menceritakan daripada Abi Mas`ud Al-Badri, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Hendaklah yang menjadi imam kepada orang ramai itu orang yang paling pandai tentang kitab Allah dan yang paling menonjol dalam bacaan Al-quran. Sekiranya mereka sama dalam bacaan Al-quran maka hendaklah yang menjadi imam itu orang yang terlebih dahulu hijrahnya. Sekiranya mereka sama dalam penghijrahan maka hendaklah yang menjadi imam itu orang yang lebih tua umurnya. Tidak boleh seseorang itu diimami di rumahnya, tidak boleh juga dalam kawasan pemerintahannya. Tidak boleh sesiapa duduk di atas tempat yang khusus untuk seseorang itu kecuali dengan izinnya”. Syu`bah berkata: Saya berkata kepada Isma`il: Apakah تَكْرِمَتُهُ itu, beliau menjawab: فِرَاشُهُ tempat duduknya.

582 – حَدَّثَنَا ابْنُ مُعَاذٍ حَدَّثَنَا أَبِي عن[4] شُعْبَةُ بِهَذَا الْحَدِيثِ قَالَ فِيهِ وَلَا يَؤُمُّ الرَّجُلُ الرَّجُلَ [5]

قَالَ أَبُو دَاوُد وَكَذَا قَالَ يَحْيَى الْقَطَّانُ عَنْ شُعْبَةَ أَقْدَمُهُمْ قِرَاءَةً

582 – Ibn Mu`adz meriwayatkan kepada kami, katanya: Ayah saya meriwayatkan hadits tersebut kepada kami daripada Syu`bah, cuma dalam riwayat ini perawi (Mu`adz) menyebutkan وَلَا يَؤُمُّ الرَّجُلُ الرَّجُلَ tidak boleh seseorang menjadi imam kepada seseorang yang lain.

Abu Daud berkata: Demikian juga Yahya Al-Qaththan meriwayatkan daripada Syu`bah iaitu أَقْدَمُهُمْ قِرَاءَةً yang lebih menonjol/kedepan dalam bacaan Qurannya.

583 – حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ نُمَيْرٍ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ إِسْمَعِيلَ بْنِ رَجَاءٍ عَنْ أَوْسِ بْنِ ضَمْعَجٍ الْحَضْرَمِيِّ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِهَذَا الْحَدِيثِ قَالَ فَإِنْ كَانُوا فِي الْقِرَاءَةِ سَوَاءً فَأَعْلَمُهُمْ بِالسُّنَّةِ فَإِنْ كَانُوا فِي السُّنَّةِ سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ هِجْرَةً وَلَمْ يَقُلْ فَأَقْدَمُهُمْ قِرَاءَةً

583 – Al-Hasan bin `Ali meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdullah bin Numair meriwayatkan kepada kami daripada Al-A`masy daripada Isma`il bin Raja’ daripada Aus bin Dham`aj al-Hadhrami, beliau berkata: Saya telah mendengar Aba Mas`ud meriwayatkan daripada Nabi s.a.w hadits tersebut, perawi (Al-A`masy) berkata: قَالَ فَإِنْ كَانُوا فِي الْقِرَاءَةِ سَوَاءً فَأَعْلَمُهُمْ بِالسُّنَّةِ فَإِنْ كَانُوا فِي السُّنَّةِ سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ هِجْرَةً “Sekiranya mereka sama dalam bacaan Al-quran maka hendaklah yang menjadi imam itu orang yang lebih `alim tentang sunnah, sekiranya mereka sama dalam sunnah maka hendaklah yang menjadi imam itu orang yang terlebih dahulu berhijrah” dan di dalam riwayatnya tidak ada disebutkan فَأَقْدَمُهُمْ قِرَاءَةً .

584 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ أَخْبَرَنَا أَيُّوبُ عَنْ عَمْرِو بْنِ سَلمَةَ قَالَ كُنَّا بِحَاضِرٍ يَمُرُّ بِنَا النَّاسُ إِذَا أَتَوْا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَانُوا إِذَا رَجَعُوا مَرُّوا بِنَا فَأَخْبَرُونَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَذَا وَكَذَا وَكُنْتُ غُلَامًا حَافِظًا فَحَفِظْتُ مِنْ ذَلِكَ قُرْآنًا كَثِيرًا فَانْطَلَقَ أَبِي وَافِدًا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي نَفَرٍ مِنْ قَوْمِهِ فَعَلَّمَهُمْ الصَّلَاةَ وقال[6] يَؤُمُّكُمْ أَقْرَؤُكُمْ وَكُنْتُ أَقْرَأَهُمْ لِمَا كُنْتُ أَحْفَظُ فَقَدَّمُونِي فَكُنْتُ أَؤُمُّهُمْ وَعَلَيَّ بُرْدَةٌ لِي صَغِيرَةٌ صَفْرَاءُ فَكُنْتُ إِذَا سَجَدْتُ تَكَشَّفَتْ[7] عَنِّي فَقَالَتْ امْرَأَةٌ مِنْ النِّسَاءِ وَارُوا عَنَّا عَوْرَةَ قَارِئِكُمْ فَاشْتَرَوْا لِي قَمِيصًا عُمَانِيًّا فَمَا فَرِحْتُ بِشَيْءٍ بَعْدَ الْإِسْلَامِ فَرَحِي بِهِ[8] فَكُنْتُ أَؤُمُّهُمْ وَأَنَا ابْنُ سَبْعِ سِنِينَ أَوْ ثَمَانِ سِنِينَ

584 – Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad meriwayatkan kepada kami, katanya: Ayyub meriwayatkan kepada kami daripada `Amr bin Salimah, beliau berkata: Kami berada di satu perhimpunan yang mana orang lalu dekat kami, apabila mereka pergi kepada Nabi s.a.w, ketika pulangnya mereka akan lalu dekat kami. Mereka ceritakan kepada kami bahawa Rasulallah s.a.w telah bersabda begini begini, pada ketika itu, saya adalah seorang budak yang dapat menghafazh. Ini kerana orang yang berulang-alik begitu, saya telah banyak menghafazh Al-Quran. Ayah saya pun pergi berkunjung kepada Rasulillah s.a.w dalam satu kumpulan, baginda mengajar mereka sembahyang dan baginda bersabda: “Hendaklah menjadi imam kepada kamu orang yang paling pandai membaca Al-quran.” Akulah yang paling pandai antara mereka kerana aku telah menghafazh sekian banyak al-Quran, kerana itulah mereka menyuruh saya ke depan dan oleh sebab itulah saya menjadi imam kepada mereka, saya memakai selimut kecil saya yang berwarna kuning. Apabila saya sujud maka terdedahlah aurat saya lalu ada seorang perempuan berkata: Tolonglah tutup aurat imam kamu itu. Kemudiannya mereka membelikan saya baju `Umani, tidak pernah saya berasa gembira mendapat sesuatu selepas memeluk Islam sepertimana saya gembira mendapat baju yang dihadiahkan ini. Dan saya terus menjadi imam kepada mereka walhal ketika itu umur saya tujuh tahun atau lapan tahun”.

585 – حَدَّثَنَا النُّفَيْلِيُّ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا عَاصِمٌ الْأَحْوَلُ عَنْ عَمْرِو بْنِ سَلمَةَ بِهَذَا الْخَبَرِ[9] قَالَ فَكُنْتُ أَؤُمُّهُمْ فِي بُرْدَةٍ مُوَصَّلَةٍ فِيهَا فَتْقٌ فَكُنْتُ[10] إِذَا سَجَدْتُ خَرَجَتْ اسْتِي

585 – An-Nufaili meriwayatkan kepada kami, katanya: Zuhair meriwayatkan kepada kami, katanya: `Ashim Al-Ahwal meriwayatkan hadits tersebut tadi kepada kami daripada `Amr bin Salimah, beliau berkata: Saya menjadi imam kepada mereka dengan memakai satu selimut yang ditampal-tampal dan berlubang, apabila saya sujud maka kelihatan punggung saya.

586 – أخبرنا قُتَيْبَةُ[11] حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ مِسْعَرِ بْنِ حَبِيبٍ الْجَرْمِيِّ حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ سَلمَةَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُمْ وَفَدُوا إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا أَرَادُوا أَنْ يَنْصَرِفُوا قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ يَؤُمُّنَا قَالَ أَكْثَرُكُمْ جَمْعًا لِلْقُرْآنِ أَوْ أَخْذًا لِلْقُرْآنِ قَالَ فَلَمْ يَكُنْ أَحَدٌ مِنْ الْقَوْمِ جَمَعَ مَا جَمَعْتُهُ قَالَ فَقَدَّمُونِي وَأَنَا غُلَامٌ وَعَلَيَّ شَمْلَةٌ لِي قال فَمَا شَهِدْتُ مَجْمَعًا مِنْ جَرْمٍ إِلَّا كُنْتُ إِمَامَهُمْ وَكُنْتُ أُصَلِّي عَلَى جَنَائِزِهِمْ إِلَى يَوْمِي هَذَا

قَالَ أَبُو دَاوُد وَرَوَاهُ يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ عَنْ مِسْعَرِ بْنِ حَبِيبٍ الْجَرْمِيِّ عَنْ عَمْرِو بْنِ سَلمَةَ قَالَ لَمَّا وَفَدَ قَوْمِي إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَقُلْ عَنْ أَبِيهِ

586 – Qutaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Waki` meriwayatkan kepada kami daripada Mis`ar bin Habib Al-Jarmi, katanya: `Amr bin Salimah meriwayatkan kepada kami daripada ayahnya bahawa mereka pergi mengunjungi Nabi s.a.w, apabila mereka mahu pulang mereka bertanya: Wahai Rasulallah, siapakah yang patut menjadi imam kepada kami? Nabi s.a.w menjawab: “Orang yang paling banyak menghafazh al-quran.” Perawi (`Amr bin Salimah) berkata: Tidak ada sesiapun di kalangan orang ramai itu yang telah menghafazh al-Quran seperti saya”. Beliau menambah: “Kerana itulah mereka menampilkan saya, pada ketika itu saya masih lagi budak dan saya berselimut. Beliau berkata lagi: “Tidak saya pergi ke mana-mana perhimpunan orang-orang Jarm melainkan sayalah yang menjadi imam mereka dan sayalah juga yang menjadi imam sembahyang jenazah mereka hingga ke hari ini”.

Abu Daud berkata: Yazid bin Harun meriwayatkannya daripada Mis`ar bin Habib bin Al-Jarmi daripada `Amr bin Salimah, beliau berkata: لَمَّا وَفَدَ قَوْمِي إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ “apabila kaumku mengunjungi Nabi s.a.w”, beliau tidak ada menyebutkan عَنْ أَبِيهِ “daripada ayahnya.”

587 – حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِيُّ حَدَّثَنَا أَنَسٌ يَعْنِي ابْنَ عِيَاضٍ ح و حَدَّثَنَا الْهَيْثَمُ بْنُ خَالِدٍ الْجُهَنِيُّ الْمَعْنَى قَالَا حَدَّثَنَا ابْنُ نُمَيْرٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ لَمَّا قَدِمَ الْمُهَاجِرُونَ الْأَوَّلُونَ نَزَلُوا الْعصبَةَ قَبْلَ مَقْدَمِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَانَ يَؤُمُّهُمْ سَالِمٌ مَوْلَى أَبِي حُذَيْفَةَ وَكَانَ أَكْثَرَهُمْ قُرْآنًا زَادَ الْهَيْثَمُ وَفِيهِمْ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ وَأَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الْأَسَدِ

587 – Al-Qa`nabi meriwayatkan kepada kami, katanya: Anas yakni Ibn `Iyadh ح Al-Haitsam bin Khalid Al-Juhani (meriwayatkan sama dari segi makna) mereka berkata: Ibn Numair meriwayatkan kepada kami daripada `Ubaidillah daripada Nafi` daripada Ibn `Umar bahawasanya beliau berkata: “Apabila orang-orang Muhajirun yang sampai dahulu ke Madinah berhenti di `Ashabah sebelum kedatangan Rasulillah s.a.w ke Madinah, Salim hamba bebasan Abi Hudzaifahlah yang menjadi imam kepada mereka. Dialah orang yang paling banyak mengingati Al-quran antara mereka”. Haitsam menambah di dalam riwayatnya: “Di kalangan mereka (makmum) ialah `Umar bin Al-Khaththab dan Abu Salamah bin `Abdil Asad.”

588 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ ح و حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا مَسْلَمَةُ بْنُ مُحَمَّدٍ الْمَعْنَى وَاحِدٌ عَنْ خَالِدٍ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ مَالِكِ بْنِ الْحُوَيْرِثِ[12] أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ أَوْ لِصَاحِبٍ لَهُ إِذَا حَضَرَتْ الصَّلَاةُ فَأَذِّنَا ثُمَّ أَقِيمَا ثُمَّ لِيَؤُمَّكُمَا أَكْبَرُكُمَا سِنًّا وقال َفِي حَدِيثِ مَسْلَمَةَ قَالَ وَكُنَّا يَوْمَئِذٍ مُتَقَارِبَيْنِ فِي الْعِلْمِ و قَالَ فِي حَدِيثِ إِسْمَعِيلَ قَالَ خَالِدٌ قُلْتُ لِأَبِي قِلَابَةَ فَأَيْنَ الْقُرْآنُ[13] قَالَ إِنَّهُمَا[14] كَانَا مُتَقَارِبَيْنِ

588 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Isma`il meriwayatkan kepada kami ح Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Maslamah bin Muhammad meriwayatkan kepada kami (sama dari segi maknanya) daripada Khalid daripada Abi Qilabah daripada Malik bin Al-Huwairits bahawa Nabi s.a.w berkata kepadanya atau kepada sahabatnya: “Apabila tiba waktu sembahyang maka azanlah kemudian iqamatkanlah kemudian hendaklah yang lebih tua daripada kamu berdua ni menjadi imam.” Dalam hadits Maslamah beliau berkata: Pada ketika itu kami lebih kurang sama dalam ilmu. Dalan hadits Isma`il, Khalid berkata: Saya berkata kepada Abi Qilabah: “Di mana Al-quran”. Perawi (Abu Qilabah) berkata: “Mereka berdua (Malik bin Al-Huwairits dan sahabatnya) lebih kurang sama juga dalam Al-quran.”

589 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا حُسَيْنُ بْنُ عِيسَى الْحَنَفِيُّ حَدَّثَنَا الْحَكَمُ بْنُ أَبَانَ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِيُؤَذِّنْ لَكُمْ خِيَارُكُمْ وَلْيَؤُمَّكُمْ قُرَّاؤُكُمْ

589 – `Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Husain bin `Isa Al-Hanafi meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-Hakam bin Aban meriwayatkan kepada kami daripada `Ikrimah daripada Ibn `Abbas, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Hendaklah orang yang terpilih antara kamu yang mengazankan untuk kamu dan hendaklah orang yang pandai membaca Al-Quran memjadi imam kepada kamu.”

[1] Dalam sesetengah nuskhah: باب في جماع الإمامة في فضل الإمامة

[2] Dalam sesetengah nuskhah dengan tambahan: ما جاء

[3] Dalam sesetengah nuskhah: أخبرنا

[4] Dalam sesetengah nuskhah: حدثنا

[5] Dalam sesetengah nuskhah dengan tambahan: في سلطانه

[6] Dalam sesetengah nuskhah: قال

[7] Dalam sesetengah nuskhah: انكشفت

[8] Dalam sesetengah nuskhah: ما فرحت به

[9] Dalam sesetengah nuskhah: في هذا الخبر

[10] Dalam sesetengah nuskhah: وكنت

[11] Dalam sesetengah nuskhah dengan tambahan: بن سعيد

[12] Dalam sesetengah nuskhah: حويرث

[13] Dalam sesetengah nuskhah: القراءة

[14] Dalam sesetengah nuskhah: فإنهما

 

Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 30 – Bab – Berjemaah Dalam Masjid Dua Kali & Bab – Tentang Orang Yang Telah Bersembahyang Di Rumahnya Kemudian Dia Sempat Dengan Jema’ah, Adakah Dia Perlu Bersembahyang Bersama Mereka?

VIDEO – [Durasi – 5m 14s] – Sesi 30 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/zcyW86VM4vk ]

VIDEO – [Durasi – 1j 7m 39s] – Sesi 30 – Berjamaah dua kali dalam masjid – [Sunan Abi Daud – Kitab Solat]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/x14qQxGobCY ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Terjemahan matan hadith

2- 09:16 : Bab: Solat berjamaah dua kali dalam masjid

3- 23:43 : Bab: Orang yang sembahyang di rumahnya kemudian dia sempat dengan jamaah di masjid

4- 46:49 : Riwayat hadith ini adalah riwayat “syaazzah”

5- 59:58 : Bab: Orang yang sudah sembahyang jamaah kemudian ada jamaah lain, adakah dia perlu mengulangi sembahyangnya?

MATAN HADITH

SUNAN ABI DAUD – KITAB TENTANG SEMBAHYANG 

بَاب[1] فِي الْجَمْعِ فِي الْمَسْجِدِ[2] مَرَّتَيْنِ

Bab – Tentang Berjama`ah di Dalam Masjid Dua Kali

573 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ عَنْ سُلَيْمَانَ الْأَسْوَدِ عَنْ أَبِي الْمُتَوَكِّلِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ[3] صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْصَرَ رَجُلًا يُصَلِّي وَحْدَهُ فَقَالَ أَلَا رَجُلٌ يَتَصَدَّقُ عَلَى هَذَا فَيُصَلِّيَ مَعَهُ

573 – Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Wuhaib meriwayatkan kepada kami daripada Sulaiman Al-Aswad daripada Abi Al-Mutawakkil daripada Abi Sa`id Al-Khudri bahawa Rasulullah s.a.w nampak seorang lelaki sedang bersembahyang seorang diri maka Nabi s.a.w bersabda: “Tidak adakah sesiapa yang akan bersedekah kepada dia ni dengan mengerjakan sembahyang bersamanya.”

بَاب فِيمَنْ صَلَّى فِي مَنْزِلِهِ ثُمَّ أَدْرَكَ الْجَمَاعَةَ يُصَلِّي مَعَهُمْ[4]

Bab  – Tentang Orang Yang Telah Bersembahyang di Rumahnya Kemudian Sempat Dengan Jama`ah, Adakah Dia Perlu/Boleh Bersembahyang Bersama Mereka

574 – حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ أَخْبَرَنِي يَعْلَى بْنُ عَطَاءٍ عَنْ جَابِرِ بْنِ يَزِيدَ بْنِ الْأَسْوَدِ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ صَلَّى مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ غُلَامٌ شَابٌّ فَلَمَّا صَلَّى إِذَا رَجُلَانِ لَمْ يُصَلِّيَا فِي نَاحِيَةِ الْمَسْجِدِ فَدَعَا بِهِمَا فَجِئَ بِهِمَا تُرْعَدُ فَرَائِصُهُمَا فَقَالَ مَا مَنَعَكُمَا أَنْ تُصَلِّيَا مَعَنَا قَالَا قَدْ صَلَّيْنَا فِي رِحَالِنَا فَقَالَ لَا تَفْعَلُوا إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ فِي رَحْلِهِ ثُمَّ أَدْرَكَ الْإِمَامَ وَلَمْ يُصَلِّ فَلْيُصَلِّ مَعَهُ فَإِنَّهَا لَهُ نَافِلَةٌ

574 – Hafsh bin `Umar meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu`bah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ya`la bin `Atha’ meriwayatkan kepada kami daripada Jabir bin Yazid bin Al-Aswad daripada ayahnya bahawa pernah dia bersembahyang bersama Rasulillah s.a.w pada ketika dia masih muda belia, apabila Nabi s.a.w telah selesai bersembahyang tiba-tiba Baginda mendapati ada dua orang lelaki yang berada di penjuru masjid tidak bersembahyang lalu memanggil kedua-duanya maka dibawakan mereka berdua kepada Baginda dalam keadaan menggeletar daging bahunya. Baginda s.a.w bertanya: “Apakah yang menegah kamu berdua untuk  bersembahyang bersama kami?”. Mereka menjawab: “Kami telah bersembahyang di kediaman kami,”. Perawi berkata: Lalu Nabi s.a.w bersabda: “Jangan kamu lakukan begitu, sekiranya seseorang kamu telah bersembahyang di kediamannya kemudian dia sempat dengan imam yang belum lagi bersembahyang maka hendaklah dia bersembahyang bersamanya kerana sembahyang itu menambahkan pahala untuknya”.

575حَدَّثَنَا ابْنُ مُعَاذٍ حَدَّثَنَا أَبِي حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ يَعْلَى بْنِ عَطَاءٍ عَنْ جَابِرِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ[5] صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصُّبْحَ بِمَعْنَاهُ

575 – Ibn Mu`adz meriwayatkan kepada kami, katanya: Ayah saya meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu`bah meriwayatkan kepada kami daripada Ya`la bin `Atha’ daripada Jabir bin Yazid daripada ayahnya, beliau berkata: Saya pernah bersembahyang Subuh bersama Nabi s.a.w dan seterusnya perawi mengemukakan sama dari segi ma`nanya dengan hadits yang tersebut tadi.

576حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ[6] حَدَّثَنَا مَعْنُ بْنُ عِيسَى عَنْ سَعِيدِ بْنِ السَّائِبِ عَنْ نُوحِ بْنِ صَعْصَعَةَ عَنْ يَزِيدَ بْنِ عَامِرٍ قَالَ جِئْتُ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الصَّلَاةِ فَجَلَسْتُ وَلَمْ أَدْخُلْ مَعَهُمْ فِي الصَّلَاةِ قَالَ فَانْصَرَفَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَأَى يَزِيدَ جَالِسًا فَقَالَ أَلَمْ تُسْلِمْ يَا يَزِيدُ قَالَ بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ أَسْلَمْتُ قَالَ فَمَا[7] مَنَعَكَ أَنْ تَدْخُلَ مَعَ النَّاسِ فِي صَلَاتِهِمْ قَالَ إِنِّي كُنْتُ قَدْ صَلَّيْتُ فِي مَنْزِلِي وَأَنَا أَحْسَبُ أَنْ قَدْ صَلَّيْتُمْ فَقَالَ إِذَا جِئْتَ إِلَى الصَّلَاةِ[8] فَوَجَدْتَ النَّاسَ فَصَلِّ مَعَهُمْ وَإِنْ كُنْتَ قَدْ صَلَّيْتَ تَكُنْ لَكَ نَافِلَةً وَهَذِهِ مَكْتُوبَةٌ

576 – Qutaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ma`n bin `Isa meriwayatkan kepada kami daripada Sa`id bin As-Sa’ib daripada Nuh bin Sha`sha`ah daripada Yazid bin `Amir, beliau berkata: Aku sampai ke masjid ketika Nabi s.a.w sedang bersembahyang lalu aku pun duduk, aku tidak turut serta mengerjakan sembahyang bersama mereka. Perawi berkata: Rasulullah s.a.w pun berpaling kepada kami dilihatnya Yazid sedang duduk lantas bertanya: “Engkau belum Islam lagi Yazid?”. Dia menjawab: “Bahkan ya saya telah Islam wahai Rasulallah”. Nabi s.a.w bertanya pula: “Kalau begitu apakah yang menegah engkau untuk turut bersama-sama orang ramai mengerjakan sembahyang?”. Yazid menjawab: “Sebenarnya saya telah bersembahyang di rumah saya kerana saya ingat kamu telah selesai bersembahyang”. Maka Nabi s.a.w bersabda: “Sekiranya kamu datang untuk bersembahyang dan kamu dapati orang (sedang/akan besembahyang) maka kerjakanlah sembahyang itu bersama-sama mereka walaupun engkau telah mengerjakannya, nescaya sembahyang itu akan memberi pahala yang lebih kepadamu (nescaya sembahyang itu menjadi yang sunat) dan yang ini menjadi fardhu.”

577حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ قَالَ قَرَأْتُ عَلَى ابْنِ وَهْبٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عَمْرٌو عَنْ بُكَيْرٍ أَنَّهُ سَمِعَ عَفِيفَ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْمُسَيّبِ يَقُولُ حَدَّثَنِي رَجُلٌ مِنْ بَنِي أَسَدِ بْنِ خُزَيْمَةَ أَنَّهُ سَأَلَ أَبَا أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيَّ فَقَالَ[9] يُصَلِّي أَحَدُنَا فِي مَنْزِلِهِ الصَّلَاةَ ثُمَّ يَأْتِي الْمَسْجِدَ وَتُقَامُ الصَّلَاةُ فَأُصَلِّي مَعَهُمْ فَأَجِدُ فِي نَفْسِي مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَقَالَ أَبُو أَيُّوبَ سَأَلْنَا عَنْ ذَلِكَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لَهُ[10] سَهْمُ جَمْعٍ

577 – Ahmad bin Shalih meriwayatkan kepada kami, katanya: Saya baca di hadapan  Ibn Wahb, katanya: `Amr meriwayatkan kepada kami daripada Bukair bahawa dia telah mendengar `Afif bin `Amr bin Al-Musayyab, katanya: Seorang lelaki di kalangan Bani Asad bin Khuzaimah meriwayatkan kepada saya bahawa dia telah bertanya Aba Ayyub Al-Anshari dengan berkata: “Seseorang daripada kami bersembahyang di rumahnya kemudian pergi ke masjid ketika sembahyang sedang didirikan, adakah aku perlu bersembahyang bersama mereka? Saya berasa sesuatu di dalam diri saya (tidak sedap hati). Abu Ayyub berkata: Kami telah bertanya Nabi s.a.w tentang perkara ini, Baginda menjawab: “(Sembahyangnya) Itu membawa pahala jama`ah untuknya.”

بَاب إِذَا صَلَّى فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ أَدْرَكَ جَمَاعَةً يعيد

Bab – Apabila Seseorang Telah Bersembahyang Dengan Berjama`ah Kemudian Dia Mendapati Jama`ah Lain, Adakah Dia Perlu Mengulangi Sembahyangnya

578حَدَّثَنَا أَبُو كَامِلٍ حَدَّثَنَا يَزِيدُ[11] بْنُ زُرَيْعٍ حَدَّثَنَا حُسَيْنٌ عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ يَسَارٍ يَعْنِي مَوْلَى مَيْمُونَةَ قَالَ أَتَيْتُ ابْنَ عُمَرَ عَلَى الْبَلَاطِ وَهُمْ يُصَلُّونَ فَقُلْتُ أَلَا تُصَلِّي مَعَهُمْ قَالَ قَدْ صَلَّيْتُ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُصَلُّوا صَلَاةً فِي يَوْمٍ مَرَّتَيْنِ

578 – Abu Kamil meriwayatkan kepada kami, katanya: Yazid bin Zurai` meriwayatkan kepada kami, katanya: Husain bin `Amr bin Syu`aib meriwayatkan kepada kami daripada Sulaiman bin Yasar iaitu hamba bebasan Maimunah, beliau berkata: Saya telah datang menemui Ibn `Umar di Balath, pada ketika itu orang ramai sedang bersembahyang. Saya bertanya kepadanya: Mengapakah engkau tidak bersembahyang bersama mereka? Beliau (Ibn `Umar) menjawab: “Sesungguhnya aku telah bersembahyang dan aku telah mendengar Rasulallah s.a.w bersabda: “Janganlah kamu mengerjakan sesuatu sembahyang (fardhu) dua kali dalam sehari.”

[1] Dalam sesetengah nuskhah dengan tambahan: ما جاء

[2] Dalam sesetengah nuskhah: مسجد

[3] Dalam sesetengah nuskhah: النبى

[4] Dalam sesetengah nuskhah: باب فيمن صلى في منزله ثم أدرك جماعة يصلى معهم إذا كان في المسجد

[5] Dalam sesetengah nuskhah: رسول الله

[6] Dalam sesetengah nuskhah: بن سعيد

[7] Dalam sesetengah nuskhah: وما

[8] Dalam sesetengah nuskhah dengan tambahan: في المسجد

[9] Dalam sesetengah nuskhah: قال

[10] Dalam sesetengah nuskhah: لهم

[11] Dalam sesetengah nuskhah: يعنى

 

 
 

Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 29 – Bab – Bersegera untuk Pergi Sembahyang

VIDEO – [Durasi – 3m 3s] -Sesi 29 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/a0612lHdxuM

VIDEO – [Durasi – 1j 3m 23s] -Sesi 29 – Bersegera untuk pergi sembahyang – [Sunan Abi Daud – Kitab Solat]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Wu8zEDoL374 ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Terjemahan matan hadith

2- 05:28 : Bab: Bersegera untuk pergi sembahyang

3- 14:46 : Hadith ini adalah punca kepada khilaf tentang ma’mum sempat dua rakaat terakhir dengan imam

MATAN HADITH

SUNAN ABI DAUD – KITAB TENTANG SEMBAHYANG 

بَاب السَّعْيِ إِلَى الصَّلَاةِ

Bab – Bersegera Pergi/Menuju Sembahyang

571 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ حَدَّثَنَا عَنْبَسَةُ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيّبِ وَأَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا أُقِيمَتْ الصَّلَاةُ فَلَا تَأْتُوهَا تَسْعَوْنَ وَأْتُوهَا تَمْشُونَ وَعَلَيْكُمْ السَّكِينَةُ فَمَا أَدْرَكْتُمْ فَصَلُّوا وَمَا فَاتَكُمْ فَأَتِمُّوا

قَالَ أَبُو دَاوُد كَذَا قَالَ الزُّبَيْدِيُّ وَابْنُ أَبِي ذِئْبٍ وَإِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ وَمَعْمَرٌ وَشُعَيْبُ بْنُ أَبِي حَمْزَةَ عَنْ الزُّهْرِيِّ وَمَا فَاتَكُمْ فَأَتِمُّوا و قَالَ ابْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ الزُّهْرِيِّ وَحْدَهُ فَاقْضُوا و قَالَ مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ[1] وَجَعْفَر بْن رَبِيعَةَ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ فَأَتِمُّوا وَابْنُ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبُو قَتَادَةَ وَأَنَسٌ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّهُمْ[2] فَأَتِمُّوا

571 – Ahmad bin Shalih meriwayatkan kepada kami, katanya: `Anbasah meriwayatkan kepada kami, katanya: Yunus meriwayatkan kepada saya daripada Ibn Syihab, katanya: Sa`id bin Al-Musayyab dan Abu Salamah bin `Abdir Rahman meriwayatkan kepada saya bahawa Aba Hurairah berkata: Saya telah medengar Rasulallah s.a.w bersabda: “Apabila sembahyang telah diiqamatkan maka janganlah kamu pergi untuk bersembahyang itu dengan berlari tetapi pergilah berjalan dengan tenang. Apa-apa yang kamu sempat, kamu sembahyanglah dan apa-apa yang terlepas, kamu sempurnakanlah.”

Abu Daud berkata: Demikianlah Az-Zubaidi, Ibn Abi Zi’b, Ibrahim bin Sa’d, Ma`mar dan Syu`aib bin Abi Hamzah telah meriwayatkan daripada Az-Zuhri iaitu وَمَا فَاتَكُمْ فَأَتِمُّوا dan apa-apa yang terlepas daripada kamu maka kamu sempurnakanlah. Manakala Ibn `Uyainah seorang sahaja meriwayatkan daripada Az-Zuhri iaitu dengan فَاقْضُوا maka kamu tunaikan/qadha’kan. Muhammad bin `Amr pula telah meriwayatkan daripada Abi Salamah daripada Abi Hurairah dan begitu juga Ja`far bin Rabi`ah telah meriwayatkan daripada Al-A`raj daripada Abi Hurairah iaitu فَأَتِمُّوا maka kamu sempurnakanlah. Ibn Mas`ud juga meriwayatkan daripada Nabi s.a.w begitu juga dengan Abu Qatadah dan Anas, kesemua mereka meriwayatkan dengan lafaz فَأَتِمُّوا

572 – حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ الطَّيَالِسِيُّ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ سَعْدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ائْتُوا الصَّلَاةَ وَعَلَيْكُمْ السَّكِينَةُ فَصَلُّوا مَا أَدْرَكْتُمْ وَاقْضُوا مَا سَبَقَكُمْ

قَالَ أَبُو دَاوُد وَكَذَا قَالَ ابْنُ سِيرِينَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَلْيَقْضِ[3] وَكَذَا قَالَ أَبُو رَافِعٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَأَبُو ذَرٍّ روى عَنْهُ فَأَتِمُّوا وَاقْضُوا وَاخْتُلِفَ فِيهِ عنه.

572 – Abu Al-Walid Ath-Thayalisi meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu`bah meriwayatkan kepada kami daripada Sa`d bin Ibrahim, katanya: Saya telah mendengar Aba Salamah meriwayatkan daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: “Pergilah bersembahyang dengan tenang, kerjakanlah apa-apa yang kamu sempat dan tunai/qadha’lah apa-apa yang terlepas.”

Abu Daud berkata: Demikianlah kata Ibn Sirin daripada Abi Hurairah iaitu وَلْيَقْضِ hendaklah dia menunaikan/mengqadha’. Begitu juga Abu Rafi` telah meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan ada diriwayatkan daripada Abi Dzar dengan lafaz فَأَتِمُّوا وَاقْضُوا , riwayat daripada Abi Dzar berhubung lafaz ini berbeza-beza.

[1] Dalam sesetengah nuskhah dengan tambahan: قال

[2] Dalam sesetengah nuskhah dengan tambahan: قالوا

[3] Dalam sesetengah nuskhah: يقضى

 
 
 

Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 28 – Bab – Berjalan Untuk Bersembahyang Di Dalam Gelap & Bab – Bertenang Dalam Perjalanan Untuk Bersembahyang

VIDEO – [Durasi – 6m 49s] -Sesi 28 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Pz4PqEfwbkc ]

VIDEO – [Durasi – 1j 23m 23s] -Sesi 28 – Berjalan kaki untuk pergi sembahyang dalam keadaan gelap – [Sunan Abi Daud – Kitab Solat]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/nq1bNX5dC2M ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Terjemahan matan hadith

2- 11:58 : Bab: Berjalan kaki untuk pergi sembahyang dalam keadaan gelap

3- 31:13 : Bab: Bertenang dalam perjalanan pergi sembahyang

4- 32:44 : Sanad hadith ini ada perawi Abu Sumamah al-Hanna’

5- 34:11 : Maksud “tasybih” dalam sembahyang

6- 41:52 : Baca hadith mendapat pahala & berjalan tenang untuk sembahyang mendatangkan pahala

7- 54:53 : Bab: Keluar untuk sembahyang sedangkan sembahyang sudah selesai. Sanad hadith ini ada perawi Muhsin bin Ali,

8- 57:16 : Bab: Orang-orang perempuan keluar pergi ke masjid

9- 01:05:58 : Sahabiah yang bernama Atikah Isteri Kepada Abdullah, Saidina Umar dan Zubair

10- 01:09:49 : Khilaf tentang orang perempuan pergi masjid

11- 01:15:11 : Sembahyang seorang perempuan di dalam bilik

12- 01:19:30 : Pintu masuk masjid lelaki dan perempuan berlainan

MATAN HADITH

SUNAN ABI DAUD – KITAB TENTANG SEMBAHYANG 

بَاب مَا جَاءَ فِي الْمَشْيِ إِلَى الصَّلَاةِ فِي الظلم[1]

Bab –  Hadits Tentang Berjalan Kaki di Kegelapan Menuju Sembahyang

560 – حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ مَعِينٍ حَدَّثَنَا أَبُو عُبَيْدَةَ الْحَدَّادُ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ أَبُو سُلَيْمَانَ الْكَحَّالُ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَوْسٍ عَنْ بُرَيْدَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَشِّرْ الْمَشَّائِينَ فِي الظُّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّورِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

560 – Yahya bin Ma`in meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu `Ubaidah Al-Haddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Isma`il iaitu Abu Sulaiman Al-Kahhal meriwayatkan kepada kami daripada `Abdillah bin Aus daripada Buraidah daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: “Berilah berita gembira kepada orang-orang yang berjalan kaki dalam gelap untuk pergi ke masjid bahawa mereka akan mendapat cahaya yang sempurna pada hari kiamat nanti.”

بَاب مَا جَاءَ فِي الْهَدْيِ فِي الْمَشْيِ إِلَى الصَّلَاةِ

Bab – Hadits Tentang Bertenang Dalam Perjalanan Menuju Sembahyang

561 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سُلَيْمَانَ الْأَنْبَارِيُّ أَنَّ عَبْدَ الْمَلِكِ بْنَ عَمْرٍو حَدَّثَهُمْ عَنْ دَاوُدَ بْنِ قَيْسٍ قَالَ حَدَّثَنِي سَعْدُ بْنُ إِسْحَقَ حَدَّثَنِي أَبُو ثُمَامَةَ الْحَنَّاطُ أَنَّ كَعْبَ بْنَ عُجْرَةَ أَدْرَكَهُ وَهُوَ يُرِيدُ الْمَسْجِدَ أَدْرَكَ أَحَدُهُمَا صَاحِبَهُ قَالَ فَوَجَدَنِي وَأَنَا مُشَبِّكٌ بِيَدَيَّ[2] فَنَهَانِي عَنْ ذَلِكَ وَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا تَوَضَّأَ أَحَدُكُمْ فَأَحْسَنَ وُضُوءَهُ ثُمَّ خَرَجَ عَامِدًا إِلَى الْمَسْجِدِ فَلَا يُشَبِّكَنَّ يَدَيْهِ فَإِنَّهُ فِي صَلَاةٍ

561 – Muhammad bin Sulaiman Al-Anbari meriwayatkan kepada kami bahawa `Abdil Malik bin `Amr dan beliau telah meriwayatkan kepada mereka daripada Daud bin Qais, katanya: Sa`d bin Is-haq meriwayatkan kepada saya, katanya: Abu Tsumamah Al-Hannath meriwayatkan kepada saya bahawa Ka`b bin `Ujrah telah bertemu dengannya ketika dia sedang menuju ke masjid, salah seorang daripada mereka berdua (terlebih dahulu) menemui yang seorang lagi. Beliau kemudian berkata: Dia (Ka`b) mendapati saya sedang menyilangkan kedua-dua jari-jemari tangan saya lantas menegah saya daripada berbuat begitu dan berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang kamu telah berwudhu’ dengan memperelokkan wudhu’nya kemudian keluar menuju ke masjid maka janganlah sesekali dia menyilang jari-jemari tangannya kerana sesungguhnya dia (dikira) berada di dalam sembahyang.”

562 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُعَاذِ بْنِ عَبَّادٍ الْعَنْبَرِيُّ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ يَعْلَى بْنِ عَطَاءٍ عَنْ مَعْبَدِ بْنِ هُرْمُزَ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيِّبِ قَالَ حَضَرَ رَجُلًا مِنْ الْأَنْصَارِ الْمَوْتُ فَقَالَ إِنِّي مُحَدِّثُكُمْ حَدِيثًا مَا أُحَدِّثُكُمُوهُ إِلَّا احْتِسَابًا سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا تَوَضَّأَ أَحَدُكُمْ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى الصَّلَاةِ لَمْ يَرْفَعْ قَدَمَهُ الْيُمْنَى إِلَّا كَتَبَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُ حَسَنَةً وَلَمْ يَضَعْ قَدَمَهُ الْيُسْرَى إِلَّا حَطَّ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَنْهُ سَيِّئَةً فَلْيُقَرِّبْ أَحَدُكُمْ أَوْ لِيُبَعِّدْ فَإِنْ أَتَى الْمَسْجِدَ فَصَلَّى فِي جَمَاعَةٍ غُفِرَ لَهُ فَإِنْ أَتَى الْمَسْجِدَ وَقَدْ صَلَّوْا بَعْضًا وَبَقِيَ بَعْضٌ صَلَّى مَا أَدْرَكَ وَأَتَمَّ مَا بَقِيَ كَانَ كَذَلِكَ فَإِنْ أَتَى الْمَسْجِدَ وَقَدْ صَلَّوْا فَأَتَمَّ الصَّلَاةَ كَانَ كَذَلِكَ

562 – Muhammad bin Mu`adzbin `Abbad Al-`Anbari meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu `Awanah meriwayatkan kepada kami daripada Ya`la bin Ya`la bin `Atha’ daripada Ma`bad bin Hurmuz daripada Sa`id bin Al-Musayyib, beliau berkata: Ada seorang lelaki Anshar yang hampir mati tiba-tiba dia berkata: Sesungguhnya saya mahu menceritakan satu hadits kepada kamu, tidaklah saya mahu menceritakan kepada kamu hadits ini melainkan mengharapkan pahala. Saya telah mendengar Rasulallah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang kamu berwudhu’ dengan diperelokkan wudhu’nya kemudian pergi bersembahyang, tidak diangkat kaki kanannya melainkan Allah `Azza Wa Jalla menuliskan satu kebajikan untuknya dan tidak diletak kaki kirinya melainkan Allah menggugurkan satu dosa daripadanya. Terpulanglah pada kamu sama ada mahu dekat rumahnya ataupun mahu jauh (dari masjid). Sekiranya dia telah sampai ke masjid kemudian bersembahyang secara berjama`ah nescaya diampuni dosanya, sekiranya dia sampai di masjid ketika orang ramai telahpun mengerjakan sebahagian daripada sembahyang dan tinggal sebahagian lagi lalu dia pun bersembahyang apa-apa yang sempat dan menyempurnakan yang tertinggal, begitu juga keadaannya (diampuni dosanya). Sekiranya dia pergi ke masjid dan orang ramai telahpun selesai bersembahyang maka dia menyempurnakan sembahyangnya secara berseorangan, begitu juga keadaanya (diampuni dosanya).”

بَاب فِيمَنْ خَرَجَ يُرِيدُ الصَّلَاةَ فَسُبِقَ بِهَا

Bab –  Tentang Orang Yang Keluar Untuk Bersembahyang Tetapi Sembahyang Telahpun Ditunaikan

563 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ يَعْنِي ابْنَ مُحَمَّدٍ عَنْ مُحَمَّدٍ يَعْنِي ابْنَ طَحْلَاءَ عَنْ مُحْصِنِ بْنِ عَلِيٍّ عَنْ عَوْفِ بْنِ الْحَارِثِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النبي[3] صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ وُضُوءَهُ ثُمَّ رَاحَ فَوَجَدَ النَّاسَ قَدْ صَلَّوْا أَعْطَاهُ اللَّهُ عَزَّ وجَلَّ مِثْلَ أَجْرِ[4] مَنْ صَلَّاهَا وَحَضَرَهَا لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أَجْرِهِمْ شَيْئًا

563 – `Abdullah bin Maslamah meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdul `Aziz yakni Ibn Muhammad daripada Muhammad yakni Ibn Thahla’ daripada Muhsin bin `Ali daripada `Auf bin Al-Harits daripada Abi Hurairah, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang berwudhu’ dengan mengelokkan wudhu’nya kemudian berangkat (ke masjid) kemudian mendapati orang ramai telahpun selesai mengerjakan sembahyang, Allah memberikan padanya seperti pahala orang yang telah bersembahyang dan orang yang hadir dalam jama`ah tersebut dengan tidak kurang sedikitpun pahala mereka.”

بَاب مَا جَاءَ فِي خُرُوجِ النِّسَاءِ إِلَى الْمَسْجِدِ

Bab – Hadits-Hadits Tentang Orang Perempuan Keluar ke Masjid

564 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللَّهِ مَسَاجِدَ اللَّهِ وَلَكِنْ لِيَخْرُجْنَ وَهُنَّ تَفِلَاتٌ

564 – Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad meriwayatkan kepada kami daripada Muhammad bin `Amr daripada Abi Salamah daripada Abi Hurairah bahawa Rasulallah s.a.w bersabda: “Jangan kamu tegah orang-orang perempuan pergi ke masjid-masjid Allah tetapi hendaklah mereka keluar dalam keadaan bersahaja.”

565 – حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللَّهِ مَسَاجِدَ اللَّهِ

565 – Sulaiman bin Harb meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad meriwayatkan kepada kami daripada Ayyub daripada Nafi` daripada Ibn `Umar, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Jangan kamu larang orang-orang perempuan pergi ke masjid-masjid Allah.”

566 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ أَخْبَرَنَا الْعَوَّامُ بْنُ حَوْشَبٍ حَدَّثَنِي حَبِيبُ بْنُ أَبِي ثَابِتٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ  رضى الله عنهما قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَمْنَعُوا نِسَاءَكُمْ الْمَسَاجِدَ وَبُيُوتُهُنَّ خَيْرٌ لَهُنَّ

566 – `Utsman bin Ibn Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Yazid bin Harun meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-`Awwam bin Hausyab meriwayatkan kepada kami, katanya: Habib bin Abi Tsabit meriwayatkan kepada saya daripada Ibn `Umar, beliau berkata: Raulullah s.a.w bersabda: “Jangan kamu larang perempuan-perempuan/isteri-isteri kamu pergi ke masjid walau bagaimanapun rumah-rumah mereka adalah lebih baik untuk mereka.”

567 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ وَأَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ مُجَاهِدٍ قَالَ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ائْذَنُوا لِلنِّسَاءِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِاللَّيْلِ فَقَالَ ابْنٌ لَهُ وَاللَّهِ لَا نَأْذَن لَهُنَّ فَيَتَّخِذْنَهُ دَغَلًا وَاللَّهِ لَا نَأْذَنُ لَهُنَّ قَالَ فَسَبَّهُ وَغَضِبَ عليه وَقَالَ أَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ائْذَنُوا لَهُنَّ وَتَقُولُ لَا نَأْذَنُ لَهُنَّ

567 – `Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Jarir dan Abu Mu`awiyah meriwayatkan kepada kami daripada Al-A`masy daripada Mujahid, beliau berkata: `Abdullah bin `Umar berkata: Nabi s.a.w bersabda: “Izinkan orang-orang perempuan pergi ke masjid pada waktu malam.” Maka ada seorang anaknya yang berkata kepadanya: Demi Allah kami tidak akan mengizinkan kepada mereka, nanti mereka akan mengambilnya sebagai helah, Demi Allah kami tidak akan izinkan kepada mereka. Perawi (Mujahid) berkata: Lalu Ibn `Umar pun memaki serta marah terhadapnya dan berkata: Saya kata Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Izinkan mereka”,  sedangkan engkau pula kata, kami tidak izinkan mereka.

568 – حَدَّثَنَا[5] الْقَعْنَبِيُّ عَنْ مَالِكٍ عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ عَنْ عَمْرَةَ بِنْتِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّهَا أَخْبَرَتْهُ أَنَّ عَائِشَةَ رضى الله عنها زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ لَوْ أَدْرَكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَحْدَثَ النِّسَاءُ[6] لَمنعَهُنَّ الْمَسْجِدَ كَمَا مُنِعَهُ[7] نِسَاءُ بَنِي إِسْرَائِيلَ قَالَ يَحْيَى فَقُلْتُ لِعَمْرَةَ أَمُنِعَهُ[8] نِسَاءُ بَنِي إِسْرَائِيلَ قَالَتْ نَعَمْ

568 – Al-Qa`nabi meriwayatkan kepada kami daripada Malik daripada Yahya bin Sa`id daripada `Amrah binti `Abdir Rahman bahawa beliau memberitahu Yahya bin Sa`id bahawa `A’isyah r.ha isteri Nabi s.a.w berkata: Kalaulah Rasulullah s.a.w sempat dengan apa yang diada-adakan oleh orang perempuan (di kemudian hari) nescaya baginda akan melarang mereka pergi ke masjid seperti mana dilarang perempuan-perempuan Bani Isra’il (pergi ke masjid). Yahya (perawi) berkata: Saya pun berkata kepada `Amrah: Adakah perempuan-perempuan Bani Isra’il telah dilarang? Beliau menjawab: Ya.”

569 – حَدَّثَنَا ابْنُ الْمُثَنَّى أَنَّ عَمْرَو بْنَ عَاصِمٍ حَدَّثَهُمْ قَالَ حَدَّثَنَا هَمَّامٌ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ مُوَرِّقٍ عَنْ أَبِي الْأَحْوَصِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صَلَاةُ الْمَرْأَةِ فِي بَيْتِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلَاتِهَا فِي حُجْرَتِهَا وَصَلَاتُهَا فِي مَخْدَعِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلَاتِهَا فِي بَيْتِهَا

569 – Ibn Al-Mutsanna meriwayatkan kepada kami bahawa `Amr bin `Ashim telah menceritakan kepada mereka, katanya: Hammam meriwayatkan kepada kami daripada Qatadah daripada Muwarriq daripada Abi Al-Ahwash daripada `Abdillah daripada Nabi s.a.w, sabdanya: “Sembahyang perempuan di dalam rumahnya adalah lebih baik daripada sembahyangnya di perkarangan rumahnya dan sembahyangnya di dalam bilik kecil di dalam rumahnya adalah lebih baik daripada sembahyangnya di rumahnya.”

570 – حَدَّثَنَا أَبُو مَعْمَرٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ تَرَكْنَا هَذَا الْبَابَ لِلنِّسَاءِ قَالَ نَافِعٌ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ ابْنُ عُمَرَ حَتَّى مَاتَ

قَالَ أَبُو دَاوُد رَوَاهُ إِسْمَعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ نَافِعٍ قَالَ قَالَ عُمَرُ وَهَذَا أَصَحُّ

570 – Abu Ma`mar meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdul Warits meriwayatkan kepada kami, katanya: Ayyub  meriwayatkan kepada kami daripada Nafi` daripada Ibn `Umar, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Alangkah baik sekiranya kita tinggalkan pintu ini (khususkan) untuk orang-orang perempuan. Nafi` berkata: Ibn `Umar tidak lagi masuk melalui pintu itu sehingga dia mati.

Abu Daud berkata: Isma`il bin Ibrahim juga telah meriwayatkan hadits ini daripada Ayyub daripada Nafi`, beliau berkata: `Umar berkata, dan yang inilah lebih shahih.

[1] Dalam sesetengah nuskhah: الظلام

[2] Dalam sesetengah nuskhah: يدى

[3] Dalam sesetengah nuskhah: رسول الله

[4] Dalam sesetengah nuskhah: أجور

[5] Dalam sesetengah nuskhah: باب التشديد في ذلك

[6] Dalam sesetengah nuskhah dengan tambahan: بعده

[7] Dalam sesetengah nuskhah: منعت

[8] Dalam sesetengah nuskhah: أمنعت

Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 27 – Bab – Hadith Tentang Kelebihan Berjalan Untuk Pergi Bersembahyang

VIDEO – [Durasi – 11m 34s] – Sesi 27 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/pSWZ5xtlEXc ]


VIDEO – [Durasi – 1j 17m 14s] -Sesi 27 – Kelebihan berjalan kaki untuk pergi sembahyang – [Sunan Abi Daud – Kitab Solat]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/NnF2zi6Jayg ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Terjemahan matan hadith

2- 16:49 : Bab: Kelebihan berjalan kaki untuk pergi sembahyang

3- 44:34 : Khilaf masalah orang yang berjamaah dapat 25 atau 27 darjat

4- 48:07 : Maksud, “Memperelokkan wudhu’ ”

5- 51:38 : Kelebihan pergi masjid dan maksud malaikat selawat

6- 58:30 : Menyakiti malaikat

7- 01:03:10 : Sembahyang jamaah menyamai 25 sembahyang berseorangan

MATAN HADITH

SUNAN ABI DAUD – KITAB TENTANG SEMBAHYANG 

بَاب مَا جَاءَ فِي فَضْلِ الْمَشْيِ إِلَى الصَّلَاةِ

Bab – Hadits-Hadits Tentang Kelebihan Berjalan Menuju Sembahyang

555 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ ابْنِ أَبِي ذِئْبٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ مِهْرَانَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ سَعْدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْأَبْعَدُ فَالْأَبْعَدُ مِنْ الْمَسْجِدِ أَعْظَمُ أَجْرًا

555 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya meriwayatkan kepada kami daripada Ibn Abi Dzi’b daripada `Abdir Rahman bin Mihran daripada `Abdir Rahman bin Sa`d daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: “Orang yang lebih jauh kemudian yang lebih jauh lagi dari masjid adalah lebih besar pahalanya.”

556 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ النُّفَيْلِيُّ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ التَّيْمِيُّ أَنَّ أَبَا عُثْمَانَ حَدَّثَهُ عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ قَالَ كَانَ رَجُلٌ لَا أَعْلَمُ أَحَدًا مِنْ النَّاسِ مِمَّنْ يُصَلِّي الْقِبْلَةَ مِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ أَبْعَدَ مَنْزِلًا مِنْ الْمَسْجِدِ مِنْ ذَلِكَ الرَّجُلِ وَكَانَ لَا تُخْطِئُهُ صَلَاةٌ فِي الْمَسْجِدِ فَقُلْتُ لَوْ اشْتَرَيْتَ حِمَارًا تَرْكَبُهُ[1] فِي الرَّمْضَاءِ وَالظُّلْمَةِ فَقَالَ مَا أُحِبُّ أَنَّ مَنْزِلِي إِلَى جَنْبِ الْمَسْجِدِ فَنُمِيَ الْحَدِيثُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ  صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَأَلَهُ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ أَرَدْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْ يُكْتَبَ لِي إِقْبَالِي إِلَى الْمَسْجِدِ وَرُجُوعِي إِلَى أَهْلِي إِذَا رَجَعْتُ فَقَالَ أَعْطَاكَ اللَّهُ ذَلِكَ كُلَّهُ أَنْطَاكَ اللَّهُ مَا احْتَسَبْتَ كُلَّهُ أَجْمَعَ

556 – `Abdullah bin Muhammad An-Nufaili meriwayatkan kepada kami, katanya: Zuhair meriwayatkan kepada kami, katanya: Sulaiman At-Taimi meriwayatkan kepada kami bahawa Aba `Utsman telah menceritakan kepadanya daripada Ubai bin Ka`b, beliau berkata: Ada seorang lelaki yang mana saya tidak mengetahui ada sesiapapun antara orang yang menghadap qiblat dari kalangan penduduk Madinah yang lebih jauh rumahnya dari masjid daripada lelaki tersebut tetapi dia tidak pernah terlepas sembahyang di masjid. Saya pernah berkata kepadanya: Alangkah baik sekiranya engkau beli keldai untuk engkau tunggangi pada ketika panas dan gelap lalu dia menjawab: Aku tidak suka jikalau rumahku berada dekat dengan masjid. Kemudian ceritanya itu disampaikan kepada Rasulillah s.a.w lalu baginda bertanya kepadanya tentang kata-katanya, dia menjawab: Wahai Rasulallah ,saya bermaksud agar ditulis untuk kepergian saya ke masjid dan untuk kepulangan saya kepada keluarga apabila saya pulang. Nabi s.a.w seraya bersabda: “Semoga Allah berikan padamu pahalanya semua sekali, semoga Allah berikan padamu apa yang kamu harapkan itu  semua sekali.”

557 – حَدَّثَنَا أَبُو تَوْبَةَ حَدَّثَنَا الْهَيْثَمُ بْنُ حُمَيْدٍ عَنْ يَحْيَى بْنِ الْحَارِثِ عَنْ الْقَاسِمِ أَبِي[2] عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِي أُمَامَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ مُتَطَهِّرًا إِلَى صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْحَاجِّ الْمُحْرِمِ وَمَنْ خَرَجَ إِلَى تَسْبِيحِ الضُّحَى لَا ينْصِبُهُ إِلَّا إِيَّاهُ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْمُعْتَمِرِ وَصَلَاةٌ عَلَى اثر صَلَاةٍ لَا لَغْوَ بَيْنَهُمَا كِتَابٌ فِي عِلِّيِّينَ

557 – Abu Taubah meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-Haitsam bin Humaid meriwayatkan kepada kami daripada Yahya bin Al-Harits daripada Al-Qashim iaitu Abi `Abdir Rahman daripada Abi Umamah bahawa Rasulallah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci menuju sembahyang fardhu maka pahalanya seperti pahala orang haji yang berihram dan sesiapa yang keluar untuk bersembahyang dhuha, tiada yang mendorongnya selain untuk sembahyang dhuha itu maka pahalanya adalah seperti pahala orang yang melakukan `umrah dan sembahyang selepas satu sembahyang yang tidak ada antara kedua-duanya sebarang perkara yang melalaikan adalah termasuk dalam catitan `illiyyin.

558 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةُ الرَّجُلِ فِي جَمَاعَةٍ تَزِيدُ عَلَى صَلَاتِهِ فِي بَيْتِهِ وَصَلَاتِهِ فِي سُوقِهِ خَمْسًا وَعِشْرِينَ دَرَجَةً وَذَلِكَ بِأَنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ وَأَتَى الْمَسْجِدَ لَا يُرِيدُ إِلَّا الصَّلَاةَ وَلَا يَنْهَزُهُ يعنى إِلَّا الصَّلَاةُ لَمْ يَخْطُ خطْوَةً إِلَّا رُفِعَ لَهُ[3] دَرَجَةٌ وَحُطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةٌ حَتَّى يَدْخُلَ الْمَسْجِدَ فَإِذَا دَخَلَ الْمَسْجِدَ كَانَ فِي صَلَاةٍ مَا كَانَتْ الصَّلَاةُ هِيَ تَحْبِسُهُ وَالْمَلَائِكَةُ[4]  يُصَلُّونَ عَلَى أَحَدِكُمْ مَا دَامَ فِي مَجْلِسِهِ الَّذِي صَلَّى فِيهِ يَقُولُونَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ اللَّهُمَّ تُبْ عَلَيْهِ مَا لَمْ يُؤْذِ فِيهِ أَوْ يُحْدِثْ فِيهِ

558 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Mu`awiyah meriwayatkan kepada kami daripada Al-A`masy daripada Abi Shalih daripada Abi Hurairah, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sembahyang seseorang secara berjama`ah melebihi sembahyangnya di rumahnya dan sembahyang di kedainya dengan dua puluh lima darjat. Ini kerana apabila seseorang kamu berwudhu’ dan diperelokkan wudhu’nya lalu pergi ke masjid, tidak dikehendakinya sesuatu yang lain selain daripada sembahyang. Tidak ada yang mendorongnya untuk pergi (maksud beliau) kecuali sembahyang, tidaklah dia melangkah walau satu langkah melainkan diangkatkan dengan satu langkah itu satu darjat dan digugurkan dengan sebab satu langkah itu satu dosanya sehinggalah dia masuk ke masjid. Apabila dia masuk ke masjid, dia dikira berada dalam sembahyang selagi mana sembahyang menahannya (untuk berada di masjid). Para malaikat pula berselawat (beristighfar) untuk seseorang kamu selagi dia berada di tempat duduk di mana dia bersembahyang di situ, mereka mendoakan اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ اللَّهُمَّ تُبْ عَلَيْهِ “Ya Allah! Ampunilah dia. Ya Allah! Rahmatilah dia. Ya Allah! terimalah taubatnya, selagi dia tidak mengganggu (orang lain) di tempat itu atau selagi dia tidak berhadats di situ”.

559 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ هِلَالِ بْنِ مَيْمُونٍ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّلَاةُ فِي جَمَاعَةٍ[5] تَعْدِلُ خَمْسًا وَعِشْرِينَ صَلَاةً فَإِذَا صَلَّاهَا فِي فَلَاةٍ فَأَتَمَّ رُكُوعَهَا وَسُجُودَهَا بَلَغَتْ خَمْسِينَ صَلَاةً

قَالَ أَبُو دَاوُد قَالَ عَبْدُ الْوَاحِدِ بْنُ زِيَادٍ فِي هَذَا الْحَدِيثِ صَلَاةُ الرَّجُلِ فِي الْفَلَاةِ تُضَاعَفُ عَلَى صَلَاتِهِ فِي الْجَمَاعَةِ وَسَاقَ الْحَدِيثَ

559 – Muhammad bin `Isa meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Mu`awiyah meriwayatkan kepada kami daripada Hilal bin Maimun daripada `Atha’ bin Yazid daripada Abi Sa`id Al-Khudri, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sembahyang secara berjama`ah menyamai dua puluh lima sembahyang. Sekiranya seseorang mengerjakannya di tanah lapang dengan disempurnakan ruku` dan sujudnya, pahalanya boleh meningkat hingga/seperti lima puluh sembahyang.

Abu Daud berkata: `Abdul Wahid bin Ziyad berkata di dalam hadits ini: Sembahyang seseorang di tanah lapang, digandakan pahala sembahyangnya dengan berjama`ah dan dia seterusnya mengemukakan hadits selanjutnya.

[1] Dalam sesetengah nuskhah: فتركبه

[2] Dalam sesetengah nuskhah: ابن

[3] Dalam sesetengah nuskhah: رفع الله بها درجة

[4] Dalam sesetengah nuskhah: فالملائكة

[5] Dalam sesetengah nuskhah: الجماعة

Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 26 – Bab – Ancaman Kerana Meninggalkan Jama’ah & Bab – Tentang Kelebihan Solat Berjema’ah

VIDEO – [Durasi – 7m 22s] – Sesi 26 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/adiWoaUXcsA ]


VIDEO – [Durasi – 1j 20m 27s] -Sesi 26 – Ancaman kerana meninggalkan jamaah – [Sunan Abi Daud – Kitab Solat]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/nViGkpg6XxU ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Terjemahan matan hadith

2- 11:55 : Bab: Ancaman kerana meninggalkan jamaah

3- 16:46 : Sanad hadith ini ada Sahabat Nabi s.a.w Abi ad-Darda’

4- 19:52 : Abu Darda’ buat syarat dengan isteri beliau, menjadi isteri dunia dan akhirat

5- 28:05 : Ancaman kerana meninggalkan jamaah

6- 43:02 : Golongan yang mengatakan sembahyang jamaah itu sunat mu’akkad dan mustahab saja

7- 01:14:56 : Kelebihan sembahyang jamaah

MATAN HADITH

بَاب فِي التَّشْدِيدِ فِي تَرْكِ الْجَمَاعَةِ

Bab  – Tentang Ancaman Meninggalkan Jama`ah

546 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا زَائِدَةُ حَدَّثَنَا السَّائِبُ بْنُ حُبَيْشٍ عَنْ مَعْدَانَ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ الْيَعْمرِيِّ عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ ثَلَاثَةٍ فِي قَرْيَةٍ وَلَا بَدْوٍ لَا تُقَامُ فِيهِمْ الصَّلَاةُ إِلَّا قَدْ اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمْ الشَّيْطَانُ فَعَلَيْكَ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّمَا يَأْكُلُ الذِّئْبُ الْقَاصِيَةَ

قَالَ زَائِدَةُ قَالَ السَّائِبُ يَعْنِي بِالْجَمَاعَةِ الصَّلَاةَ فِي جَمَاعَة[1]

546 – Ahmad bin Yunus meriwayatkan kepada kami, katanya: Za’idah meriwayatkan kepada kami, katanya: As-Sa’ib bin Hubaisy meriwayatkan kepada kami daripada Ma`dan bin Abi Thalhah Al-Ya`muri daripada Abi Ad-Darda’, beliau berkata: Saya telah mendengar Rasulallah s.a.w bersabda: “Tiada tiga orangpun di mana-mana kampung ataupun kawasan pedalaman yang mana tidak didirikan sembahyang sesama mereka melainkan syaithan menguasai mereka. Oleh itu hendaklah kamu berjama`ah kerana serigala hanya memakan kambing yang berada jauh (daripada kumpulannya).

Za’idah berkata: As-Sa’ib mengatakan maksud baginda dengan بِالْجَمَاعَةِ ialah sembahyang secara berjama`ah.

547 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ[2] الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِالصَّلَاةِ فَتُقَامَ ثُمَّ آمُرَ رَجُلًا فَيُصَلِّيَ[3] بِالنَّاسِ ثُمَّ أَنْطَلِقَ مَعِي بِرِجَالٍ مَعَهُمْ حُزَمٌ مِنْ حَطَبٍ إِلَى قَوْمٍ لَا يَشْهَدُونَ الصَّلَاةَ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بُيُوتَهُمْ بِالنَّارِ

547 – `Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Mu`awiyah meriwayatkan kepada kami daripada Al-A`masy daripada Abi Shalih daripada Abi Hurairah, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya aku bercadang mahu menyuruh supaya diiqamatkan sembahyang kemudian aku menyuruh seseorang lalu dia menjadi imam kepada orang ramai. Selepas itu, aku membawa beberapa orang bersamaku yang mana ada pada mereka itu beberapa berkas kayu api pergi kepada segolongan orang yang tidak ikut bersembahyang (berjama`ah) lalu aku bakar rumah mereka sekali dengan mereka.”

548 – حَدَّثَنَا النُّفَيْلِيُّ حَدَّثَنَا أَبُو الْمَلِيحِ حَدَّثَنِي يَزِيدُ بْنُ يَزِيدَ حَدَّثَنِي يَزِيدُ بْنُ الْأَصَمِّ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ فِتْيَتِي فَيَجْمَعُوالى حُزَمًا مِنْ حَطَبٍ ثُمَّ آتى قَوْمًا يُصَلُّونَ فِي بُيُوتِهِمْ لَيْسَتْ بِهِمْ[4] عِلَّةٌ فَأُحَرِّقَهَا عَلَيْهِمْ قُلْتُ لِيَزِيدَ بْنِ الْأَصَمِّ يَا أَبَا عَوْفٍ الْجُمُعَةَ عَنَى أَوْ غَيْرَهَا قَالَ[5] صُمَّتَا أُذُنَايَ إِنْ لَمْ أَكُنْ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَأْثُرُهُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا ذَكَرَ جُمُعَةً وَلَا غَيْرَهَا

548 – An-Nufaili meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Al-Malih meriwayatkan kepada kami, katanya: Yazid bin Yazid meriwayatkan kepada saya. Katanya: Yazid bin Al-Asham meriwayatkan kepada saya, beliau berkata: Saya telah mendengar Aba Hurairah berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya aku bercadang mahu benar menyuruh beberapa orang anak muda mengumpulkan beberapa berkas kayu api untukku kemudian aku pergi ke rumah golongan yang bersembahyang di rumah dengan tidak ada sebarang sebab lalu aku bakar rumah mereka bersama-sama dengan mereka. Saya (Yazid) berkata kepada Yazid bin Al-Asham: “Wahai Aba `Auf, Juma`atkah yang dimaksudkan oleh nabi s.a.w itu atau selainnya?”. Beliau menjawab: “Biarlah tuli kedua-dua telinga sekiranya aku tidak mendengar Aba Hurairah menyebutkannya daripada Rasulillah s.a.w bahawa baginda tidak ada menyebutkan Juma`at ataupun selainnya.”

549 – حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ عَبَّادٍ الْأَزْدِيُّ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ الْمَسْعُودِيِّ عَنْ عَلِيِّ بْنِ الْأَقْمَرِ عَنْ أَبِي الْأَحْوَصِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ حَافِظُوا عَلَى هَؤُلَاءِ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ حَيْثُ يُنَادَى بِهِنَّ فَإِنَّهُنَّ مِنْ سُنَنِ الْهُدَى وَإِنَّ اللَّهَ عزّ وجلّ شَرَعَ لِنَبِيِّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُنَنَ الْهُدَى وَلَقَدْ رَأَيْتُنَا وَمَا يَتَخَلَّفُ عَنْهَا إِلَّا مُنَافِقٌ بَيِّنُ النِّفَاقِ وَلَقَدْ رَأَيْتُنَا وَأِنَّ الرَّجُلَ لَيُهَادَى[6] بَيْنَ الرَّجُلَيْنِ حَتَّى يُقَامَ فِي الصَّفِّ وَمَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا وَلَهُ مَسْجِدٌ فِي بَيْتِهِ وَلَوْ صَلَّيْتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ وَتَرَكْتُمْ[7] مَسَاجِدَكُمْ تَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ وَلَوْ تَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ لَكَفَرْتُمْ[8]

549 – Harun bin `Abbad Al-Azdi meriwayatkan kepada kami, katanya: Waki` meriwayatkan kepada kami daripada Al-Mas`udi daripada `Ali bin Al-Aqmar daripada Abi Al-Ahwash daripada `Abdillah bin Mas`ud, beliau berkata: “Jagalah dengan baik lima sembahyang ini di tempat yang dilaungkan azan kerananya, ini kerana sembahyang itu di antara jalan-jalan yang membawa kepada petunjuk dan aku masih lagi nampak-nampak (dapat bayangkan) kami (di zaman Nabi s.a.w) tidak ada sesiapapun yang tidak ikut serta sembahyang berjama`ah melainkan munafiq yang terang nifaqnya dan aku masih lagi nampak-nampak kami (di kalangan sahabat) seseorang itu benar-benar dia dipapah oleh dua orang sehingga dia berdiri dalam shaf. Tiada sesiapapun daripada kamu melainkan ada masjid di rumahnya (boleh dia mengerjakan sembahyang sunat di rumahnya). Sekiranya kamu bersembahyang di rumah dan kamu meninggalkan masjid, itu bererti kamu meninggalkan sunnah Nabi kamu dan sekiranya kamu meninggalkan sunnah Nabi kamu, nescaya jadi kafirlah kamu.”

550 – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ أَبِي جَنَابٍ عَنْ مَغْرَاءَ الْعَبْدِيِّ عَنْ عَدِيِّ بْنِ ثَابِتٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَمِعَ الْمُنَادِيَ فَلَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ اتِّبَاعِهِ عُذْرٌ قَالُوا وَمَا الْعُذْرُ قَالَ خَوْفٌ أَوْ مَرَضٌ لَمْ تُقْبَلْ[9] مِنْهُ الصَّلَاةُ الَّتِي صَلَّى[10]

550 – Qutaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: jarir meriwayatkan kepada kami daripada Abi Janab daripada Maghra’ Al-`Abdi daripada `Adi bin Tsabit daripada Sa`id bin Jubair daripada Ibn `Abbas, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mendengar mu’adzdzin dan tiada apa-apa (sebarang ke`uzuran) yang menghalangnya untuk mengikuti panggilannya (berjama`ah), – para sahabat bertanya/mencelah: Apakah ke`uzuran itu? Nabi s.a.w menjawab: “ketakutan ataupun kesakitan” – nescaya tidak diterima sembahyang yang dikerjakannya itu.”

551 – حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ عَاصِمِ بْنِ بَهْدَلَةَ عَنْ أَبِي رَزِينٍ عَنْ ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ أَنَّهُ سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي رَجُلٌ ضَرِيرُ الْبَصَرِ شَاسِعُ الدَّارِ وَلِي قَائِدٌ لَا يلاومنى[11] فَهَلْ لِي رُخْصَةٌ أَنْ أُصَلِّيَ فِي بَيْتِي قَالَ هَلْ تَسْمَعُ النِّدَاءَ قَالَ نَعَمْ قَالَ لَا أَجِدُ لَكَ رُخْصَةً

551 – Sulaiman bin Harb meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad bin Zaid meriwayatkan kepada kami daripada `Ashim bin Bahdalah daripada Abi Razin daripada Ibn Ummi Maktum bahawasanya beliau pernah bertanya Nabi s.a.w, katanya: Wahai Rasulallah, saya ni seorang yang buta, rumahpun jauh dari masjid dan saya juga mempunyai orang yang boleh pimpin saya tetapi pemimpin yang tidak tetaplah oleh itu adakah kelonggaran untuk saya bersembahyang di rumah? Nabi s.a.w bertanya: “Adakah kamu mendengar adzan?” Dia menjawab: “Ya” baginda selanjutnya bersabda: “Aku tidak mendapat apa-apa kelonggaran untukmu.”

552 – حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ زَيْدِ بْنِ أَبِي الزَّرْقَاءِ حَدَّثَنَا أَبِي حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَابِسٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي لَيْلَى عَنْ ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْمَدِينَةَ كَثِيرَةُ الْهَوَامِّ وَالسِّبَاعِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَسْمَعُ[12] حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ فَحَيَّ هَلًا

قَالَ أَبُو دَاوُد وَكَذَا رَوَاهُ الْقَاسِمُ الْجَرْمِيُّ عَنْ سُفْيَانَ [13]

552 – Harun bin Zaid bin Abi Az-Zarqa’ meriwayatkan kepada kami, katanya: Ayah saya meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan meriwayatkan kepada kami daripada `Abdir Rahman bin `Abis daripada `Abdir Rahman bin Abi Laila daripada Ibn Ummi Maktum, beliau berkata: “Wahai Rasulallah s.a.w, Madinah ini banyak binatang berbisa dan buas.” Nabi s.a.w bertanya: “Engkau dengarkah حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ sekiranya engkau dengar, mesti engkau datang.”

Abu Daud berkata: Demikianlah juga diriwayatkan oleh Al-Qasim Al-Jarmi daripada Sufyan.

بَاب فِي فَضْلِ صَلَاةِ الْجَمَاعَةِ

Bab  – Tentang Kelebihan Sembahyang Berjama`ah

553 – حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي إِسْحَقَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي بَصِيرٍ عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ قَالَ صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا الصُّبْحَ فَقَالَ أَشَاهِدٌ فُلَانٌ قَالُوا لَا قَالَ أَشَاهِدٌ فُلَانٌ قَالُوا لَا قَالَ إِنَّ هَاتَيْنِ الصَّلَاتَيْنِ أَثْقَلُ الصَّلَوَاتِ عَلَى الْمُنَافِقِينَ وَلَوْ تَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَيْتُمُوهُمَا وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الرُّكَبِ وأنّ الصَّفَّ الْأَوَّلَ عَلَى مِثْلِ صَفِّ الْمَلَائِكَةِ وَلَوْ عَلِمْتُمْ مَا فَضِيلَتُهُ[14] لَابْتَدَرْتُمُوهُ وَإِنَّ صَلَاةَ الرَّجُلِ مَعَ الرَّجُلِ أَزْكَى مِنْ صَلَاتِهِ وَحْدَهُ وَصَلَاتُهُ مَعَ الرَّجُلَيْنِ أَزْكَى مِنْ صَلَاتِهِ مَعَ الرَّجُلِ وَمَا كَثُرَ فَهُوَ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ عزّ وجلّ

553 – Hafsh bin `Umar meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu`bah meriwayatkan kepada kami daripada Abi Ishaq daripada `Abdillah bin Abi Bashir daripada Ubai bin Ka`b, beliau berkata: Pernah suatu hari Rasulullah s.a.w mengimami kami pada sembahyang  Subuh, selepas itu baginda bertanya: “Adakah si fulan datang?”. Mereka menjawab: “Tidak,” baginda bertanya lagi: “Adakah si fulan datang? Mereka menjawab: “Tidak.” Nabi s.a.w bersabda: “Sesungghnya dua sembahyang ini adalah yang paling berat kepada orang-orang munafiq, sekiranya kamu mengetahui kelebihan yang ada pada dua sembahyang ini nescaya kamu akan datang mengerjakannya walaupun dengan merangkak. Shaf yang pertama seperti shaf para malaikat, sekiranya kamu mengetahui kelebihannya nescaya kamu berlumba-lumba kepadanya. Sesungguhnya sembahyang seseorang itu bersama seseorang yang lain adalah lebih baik daripada sembahyangnya seorang diri, sembahyangnya bersama dua orang adalah lebih baik daripada sembahyangnya bersama satu orang, (jama`ah) yang lebih banyak itulah yang lebih disukai oleh Allah `Azza Wa jalla.”

554 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ يُوسُفَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ أَبِي سَهْلٍ يَعْنِي عُثْمَانَ بْنَ حَكِيمٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي عَمْرَةَ عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ كَقِيَامِ نِصْفِ لَيْلَةٍ وَمَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ وَالْفَجْرَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ كَقِيَامِ لَيْلَةٍ

554 – Ahmad bin Hanbal meriwayatkan kepada kami, katanya: Ishaq bin Yusuf meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan meriwayatkan kepada kami daripada Abi Sahl yakni `Utsman bin Hakim, katanya: `Abdur Rahman bin Abi `Amrah meriwayatkan kepada kami daripada `Utsman bin `Affan, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang bersembahyang `Isya’ secara berjama`ah seumpama dia mendirikan ibadat separuh malam dan sesiapa yang bersembahyang `Isya’ dan Fajar dengan berjama`ah seolah-olah dia melakukan `ibadat sepanjang malam.”

[1] Dalam sesetengah nuskhah: الجماعة

[2] Dalam sesetengah nuskhah: حدثنا

[3] Dalam sesetengah nuskhah: يصلى

[4] Dalam sesetengah nuskhah: لهم

[5] Dalam sesetengah nuskhah: فقال

[6] Dalam sesetengah nuskhah: يهادى

[7] Dalam sesetengah nuskhah: لتركتم

[8] Dalam sesetengah nuskhah: كفرتم

[9] Dalam sesetengah nuskhah: يقبل

[10] Dalam sesetengah nuskhah: قال أبو داؤد روى عن مغراء أبو اسحاق

[11] Dalam sesetengah nuskhah: لَا يُلَائِمُنِي

[12] Dalam sesetengah nuskhah: أتسمع , هل تسمع

[13] Dalam sesetengah nuskhah dengan tambahan: لَيْسَ فِي حَدِيثِهِ حَيَّ هَلًا

[14] Dalam sesetengah nuskhah: ما فى فضيلته

 

Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 25 – Bab – Iqamah untuk sembahyang sedangkan imam belum datang lagi

VIDEO – [Durasi – 4m 0s] – Sesi 25 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/b1uSPIZjLzc ]

VIDEO – [Durasi – 1j 16m 28s] -Sesi 25 – Iqamah untuk sembahyang sedangkan imam belum datang – [Sunan Abi Daud – Kitab Solat]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/1WT1KPvkbdQ ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Terjemahan matan hadith

2- 07:07 : Bab: Iqamah untuk sembahyang sedangkan imam belum datang lagi

3- 31:00 : Hadith kedua ada sebut ‘Qad Kharajtu’

4- 37:03 : Hadith ketiga ada dua sanad

5- 41:10 : Iqamah untuk imam bukan untuk ma’mum

6- 44:09 : Bolehkah bercakap selepas iqamah?

7- 48:51 Berdiri menunggu imam lama adalah “samud” (makruh)

8- 57:43 : Imam bercakap selepas iqamah, ma’mum boleh menunggu dalam keadaan duduk

9- 01:04:51 : Hadith ketujuh ada perawi Musa bin Uqbah, dan Salim Abi an-Nadhir. Riwayat ini adalah mursal.

10- 01:10:01 : Boleh dita’khir (dilewatkan) solat sedikit kerana ramai ma’mum

11- 01:13:06 : Sanad hadith ini ada perawi Abu Mas’ud az-Zuraqiy

MATAN HADITH

SUNAN ABI DAUD – KITAB TENTANG SEMBAHYANG 

بَاب فِي الصَّلَاةِ تُقَامُ وَلَمْ يَأْتِ الْإِمَامُ يَنْتَظِرُونَهُ قُعُودًا

Bab – Tentang Sembahyang Yang Diiqamatkan Tetapi Imam Belum Datang Mereka Perlu Menunggu Imam Sambil Duduk

538 – حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ قَالَا حَدَّثَنَا أَبَانُ عَنْ يَحْيَى عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أُقِيمَتْ الصَّلَاةُ فَلَا تَقُومُوا حَتَّى تَرَوْنِي

قَالَ أَبُو دَاوُد وَهَكَذَا رَوَاهُ أَيُّوبُ وَحَجَّاجٌ الصَّوَّافُ عَنْ يَحْيَى وَهِشَامٍ الدَّسْتوَائِيِّ قَالَ كَتَبَ إِلَيَّ يَحْيَى وَرَوَاهُ مُعَاوِيَةُ بْنُ سَلَّامٍ وَعَلِيُّ بْنُ الْمُبَارَكِ عَنْ يَحْيَى وَقَالَا فِيهِ حَتَّى تَرَوْنِي وَعَلَيْكُمْ السَّكِينَةَ

538 – Muslim bin Ibrahim dan Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, mereka berkata: Aban meriwayatkan kepada kami daripada Yahya daripada `Abdillah bin Abi Qatadah daripada ayahnya daripada Nabi s.a.w, sabda baginda: “Apabila sembahyang telah diiqamatkan untuk sembahyang maka janganlah kamu berdiri sehingga kamu nampak aku.”

Abu Daud berkata: Demikianlah Ayyub dan Hajjaj Ash-Shawwaf meriwayatkannya daripada Yahya. Manakala Hisyam Ad-Dastawa’i berkata: Yahya telah menulis hadits ini kepada saya, hadits ini telah diriwayatkan oleh Mu`awiyah bin Sallam dan `Ali Al-Mubarak daripada Yahya dan kedua-dua mereka ini di dalam riwayatnya mengatakan: حَتَّى تَرَوْنِي وَعَلَيْكُمْ السَّكِينَةَ sehingga kamu nampak aku dan kamu terus berada dalam keadaan tenang.

Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 24 – Bab – Keluar Daripada Masjid Selepas Azan & Bab – Berkenaan Muazzin Menunggu Imam & Bab – Berkenaan Taswir (Mengulangi sesuatu yang telah disebut)

VIDEO – [Durasi – 5m 15s] -Sesi 24 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/DDxD98crWUY ]

VIDEO – [Durasi – 1j 14m 19s] – Sesi 24 – Keluar masjid selepas azan & Mu’azzin menunggu Imam &Taswir – [Sunan Abi Daud-Kitab Solat]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/So0kbq-wVHA ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Terjemahan matan hadith

2- 09:04 : Bab – Keluar masjid selepas azan

3- 23:29 : Sanad hadith ini ada perawi Abu as-Sya’tsa’

4- 26:04 : Bab – Mu’azzin menunggu Imam

5- 29:28 : Sanad hadith ini ada perawi Syababah yang berfahaman Murji’ah

6- 32:13 : Fahaman Murji’ah

7- 45:02 : Bab – Taswir (Mengulangi sesuatu yang telah disebut) dan perkara bid’ah

MATAN HADITH

SUNAN ABI DAUD – KITAB TENTANG SEMBAHYANG 

بَاب الْخُرُوجِ مِنْ الْمَسْجِدِ بَعْدَ الْأَذَانِ

Bab –  Keluar Dari Masjid Selepas Dikumandangkan Adzan

535 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ أخبرنا سُفْيَانُ عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ الْمُهَاجِرِ عَنْ أَبِي الشَّعْثَاءِ قَالَ كُنَّا مَعَ أَبِي هُرَيْرَةَ فِي الْمَسْجِد قالِ فَخَرَجَ رَجُلٌ حِينَ أَذَّنَ الْمُؤَذِّنُ لِلْعَصْرِ[1] فَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ أَمَّا هَذَا فَقَدْ عَصَى أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

535 – Muhammad  bin Katsir meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan meriwayatkan kepada kami daripada Ibrahim bin Al-Muhajir daripada Abi Asy-Sya`tsa’, beliau berkata: Kami pernah bersama Abi Hurairah di dalam masjid, beliau menambah lagi: Kemudian ada seseorang keluar ketika mu’dzdzin mengumandangkan adzan untuk sembahyang ‘Ashar lalu Abu Hurairah pun berkata: Adapun dia ini sesungguhnya telah derhaka kepada Abal Qashim s.a.w

بَاب فِي الْمُؤَذِّنِ يَنْتَظِرُ الْإِمَامَ

Bab – Tentang Mu’adzdzin Menunggu Imam

536 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا شَبَابَةُ عَنْ إِسْرَائِيلَ عَنْ سِمَاكٍ عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ قَالَ كَانَ بِلَالٌ يُؤَذِّنُ ثُمَّ يُمْهِلُ فَإِذَا رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ خَرَجَ أَقَامَ الصَّلَاةَ

536 – `Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syababah meriwayatkan kepada kami daripada Isra’il daripada Simak daripada Jabir bin Samurah, beliau berkata: Bilal beradzan kemudian menunggu seketika, apabila beliau nampak Nabi s.a.w telah keluar barulah dia iqamat untuk sembahyang.

بَاب فِي التَّثْوِيبِ[2]

Bab – Tentang Tatswib

537 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ أخبرنا سُفْيَانُ حَدَّثَنَا أَبُو يَحْيَى الْقَتَّاتُ عَنْ مُجَاهِدٍ قَالَ كُنْتُ مَعَ ابْنِ عُمَرَ[3] فَثَوَّبَ رَجُلٌ فِي الظُّهْرِ أَوْ الْعَصْرِ قَالَ[4]  اخرِجْ بِنَا فَإِنَّ هَذِهِ بِدْعَةٌ

537 – Muhammad bin Katsir meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Yahya Al-Qattat meriwayatkan kepada kami daripada Mujahid, beliau berkata: Kami pernah bersama Ibn `Umar tiba-tiba ada orang yang melakukan tatswib pada ketika mahu sembahyang Zohor atau `Ashar, beliau berkata: Bawa kami keluar kerana ini adalah bid`ah.

[1] Dalam sesetengah nuskhah: بالعصر

[2] Dalam sesetengah nuskhah dengan tambahan: فى الظهر

[3] Dalam sesetengah nuskhah: عبدالله بن عمر

[4] Dalam sesetengah nuskhah: فقال

Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 23 – Bab – Azan Sebelum Masuk Waktu & Bab – Azan Oleh Orang Yang Buta

VIDEO – [Durasi – 4m 6s] – Sesi 23 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/mQv0UOXcdOk ]

VIDEO – [Durasi – 1j 15m 48s] – Sesi 23 – Azan Sebelum masuk Waktu & Azan bagi orang yang buta – [Sunan Abi Daud – Kitab Solat]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/4u9_8kIfang ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:10 : Terjemahan matan hadith

2- 05:15 : Bab –  Azan sebelum masuk waktu,

3- 59:16 : Maksud Imam Abu Daud bila berkata, “Hadith ini lebih sahih dari yang tadi”

4- 01:05:50 : Bab – Azan bagi orang yang buta

MATAN HADITH

SUNAN ABI DAUD – KITAB TENTANG SEMBAHYANG 

بَاب فِي الْأَذَانِ قَبْلَ دُخُولِ الْوَقْتِ

Bab –  Tentang Azan Sebelum Masuk Waktu

448 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ وَدَاوُدُ بْنُ شَبِيبٍ الْمَعْنَى قَالَا حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ بِلَالًا أَذَّنَ قَبْلَ طُلُوعِ الْفَجْرِ فَأَمَرَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَرْجِعَ فَيُنَادِيَ أَلَا إِنَّ الْعَبْدَ قَدْ نَامَ أَلَا إِنَّ الْعَبْدَ قَدْ نَامَ زَادَ مُوسَى فَرَجَعَ فَنَادَى أَلَا إِنَّ الْعَبْدَ قَدْ نَامَ

قَالَ أَبُو دَاوُد وَهَذَا الْحَدِيثُ لَمْ يَرْوِهِ عَنْ أَيُّوبَ إِلَّا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ بْنُ مَنْصُورٍ حَدَّثَنَا شُعَيْبُ بْنُ حَرْبٍ عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ أَبِي رَوَّادٍ أَخْبَرَنَا نَافِعٌ عَنْ مُؤَذِّنٍ لِعُمَرَ يُقَالُ لَهُ مَسْرُوحٌ أَذَّنَ قَبْلَ الصُّبْحِ فَأَمَرَهُ عُمَرُ فَذَكَرَ نَحْوَهُ قَالَ أَبُو دَاوُد وَقَدْ رَوَاهُ حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ نَافِعٍ أَوْ غَيْرِهِ أَنَّ مُؤَذِّنًا لِعُمَرَ يُقَالُ لَهُ مَسْرُوحٌ أَوْ غَيْرُهُ قَالَ أَبُو دَاوُد وَرَوَاهُ الدَّرَاوَرْدِيُّ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ كَانَ لِعُمَرَ مُؤَذِّنٌ يُقَالُ لَهُ مَسْعُودٌ وَذَكَرَ نَحْوَهُ وَهَذَا أَصَحُّ مِنْ ذَاكَ

449 – حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ حَدَّثَنَا جَعْفَرُ بْنُ بُرْقَانَ عَنْ شَدَّادٍ مَوْلَى عِيَاضِ بْنِ عَامِرٍ عَنْ بِلَالٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ لَا تُؤَذِّنْ حَتَّى يَسْتَبِينَ لَكَ الْفَجْرُ هَكَذَا وَمَدَّ يَدَيْهِ عَرْضًا

قَالَ أَبُو دَاوُد شَدَّادٌ مَوْلَى عِيَاضٍ لَمْ يُدْرِكْ بِلَالًا

بَاب الْأَذَانِ لِلْأَعْمَى

Bab – Azan Bagi Orang Yang Buta

534 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَلَمَةَ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ عَنْ يَحْيَى بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ وَسَعِيد بْن عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ ابْنَ أُمِّ مَكْتُومٍ كَانَ مُؤَذِّنًا لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ أَعْمَى

534 – Muhammad bin Salamah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn Wahb meriwayatkan kepada kami daripada Yahya bin `Abdillah bin Salim bin `Abdillah bin `Umar dan Sa`id bin `Abdir Rahman daripada Hisyam bin `Urwah daripada ayahnya daripada `A’isyah bahawa Ibn Ummi Maktum adalah muazzin bagi Rasulillah s.a.w dan dia seorang yang buta.

Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 22 – Bab – Apa Yang diucapkan Seseorang Apabila Dia Mendengar Muazzin & Bab – Apa Yang Diucapkan Seseorang Apabila Mendengar Iqamah & Bab – Hadith Tentang Doa Ketika (Selesai) Azan & Bab – Apa Yang Diucapkan Ketika Azan Maghrib & Bab – Mengambil Upah / Gaji Untuk Azan

VIDEO – [Durasi – 10m 3s] -Sesi 22 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/TBhrEpw7VE0 ]

VIDEO – [Durasi – 1j 15m 10s] -Sesi 22 – Apa yang diucapkan apabila seseorang mendengar azan – [Sunan Abi Daud – Kitab Solat]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/HRHmv4ApCwY ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Terjemahan matan hadith

2- 13:15 : Bab: Apa yang diucapkan apabila seseorang mendengar azan

3- 26:40 : Sanad hadith kedua

4- 28:40 : Maksud selawat kepada Nabi s.a.w

5- 31:57 : Sanad hadith ketiga

6- 34:58 : Nabi s.a.w. pun berselawat untuk dirinya

7- 39:31 : Hadith keenam ada perawi Umarah bin Ghaziyah

8- 42:27 : Apa yang diucapkan apabila seseorang mendengar Iqamat

9- 43:43 : Sanad hadith ini dhaif kerana ada perawi yang hanya disebut, “Seorang Lelaki dari Ahli Syam”, dan perawi bernama Syahar bin Hausyab

10- 44:54 : Doa selepas iqamat yang diamalkan oleh masyarakat kita

11- 47:27 : Bab – Doa selepas selesai azan

12- 01:01:24 : Bab: Apa yang diucapkan apabila azan Maghrib

13- 01:02:45 : Sanad hadith ini ada Abdullah bin al-Walid al-Adaniy,dan Abi Katsir Maula Ummu Salamah

14- 01:07:09 : Bab – Mengambil upah untuk azan

15- 01:11:40 : Khilaf ulama’ tentang mengambil upah azan

MATAN HADITH

SUNAN ABI DAUD – KITAB TENTANG SEMBAHYANG 

بَاب مَا يَقُولُ إِذَا سَمِعَ الْمُؤَذِّنَ

Bab  – Apa Yang Diucapkan Seseorang Apabila Dia Mendengar Muazzin

438 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ الْقَعْنَبِيُّ عَنْ مَالِكٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَزِيدَ اللَّيْثِيِّ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا سَمِعْتُمْ النِّدَاءَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ الْمُؤَذِّنُ

439 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَلَمَةَ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ عَنْ ابْنِ لَهِيعَةَ وَحَيْوَةَ وَسَعِيدِ بْنِ أَبِي أَيُّوبَ عَنْ كَعْبِ بْنِ عَلْقَمَةَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا سَمِعْتُمْ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لِي الْوَسِيلَةَ فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ لَا تَنْبَغِي إِلَّا لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ تَعَالَى وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ فَمَنْ سَأَلَ اللَّهَ لِي الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ عَلَيْهِ الشَّفَاعَةُ

440 – حَدَّثَنَا ابْنُ السَّرْحِ وَمُحَمَّدُ بْنُ سَلَمَةَ قَالَا حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ عَنْ حُيَيٍّ عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ يَعْنِي الْحُبُلِيَّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو

أَنَّ رَجُلًا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الْمُؤَذِّنِينَ يَفْضُلُونَنَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُلْ كَمَا يَقُولُونَ فَإِذَا انْتَهَيْتَ فَسَلْ تُعْطَهْ

441 – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ الْحُكَيْمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ قَيْسٍ عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ الْمُؤَذِّنَ وَأَنَا أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولًا وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا غُفِرَ لَهُ

442 – حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مَهْدِيٍّ حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُسْهِرٍ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا سَمِعَ الْمُؤَذِّنَ يَتَشَهَّدُ قَالَ وَأَنَا وَأَنَا

443 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ جَهْضَمٍ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ عُمَارَةَ بْنِ غَزِيَّةَ عَنْ حَبِيبِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ إِسَافٍ عَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمِ بْنِ عُمَرَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا قَالَ الْمُؤَذِّنُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ فَقَالَ أَحَدُكُمْ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ فَإِذَا قَالَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ قَالَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ فَإِذَا قَالَ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ قَالَ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ ثُمَّ قَالَ حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ قَالَ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ثُمَّ قَالَ حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ قَالَ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ثُمَّ قَالَ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ قَالَ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ ثُمَّ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ مِنْ قَلْبِهِ دَخَلَ الْجَنَّةَ

بَاب مَا يَقُولُ إِذَا سَمِعَ الْإِقَامَةَ

Bab – Apa Yang Diucapkan Seseorang Apabila Mendengar Iqamah

444 – حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ الْعَتَكِيُّ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ ثَابِتٍ حَدَّثَنِي رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الشَّامِ عَنْ شَهْرِ بْنِ حَوْشَبٍ عَنْ أَبِي أُمَامَةَ أَوْ عَنْ بَعْضِ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ بِلَالًا أَخَذَ فِي الْإِقَامَةِ فَلَمَّا أَنْ قَالَ قَدْ قَامَتْ الصَّلَاةُ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَقَامَهَا اللَّهُ وَأَدَامَهَا

و قَالَ فِي سَائِرِ الْإِقَامَةِ كَنَحْوِ حَدِيثِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فِي الْأَذَانِ

بَاب مَا جَاءَ فِي الدُّعَاءِ عِنْدَ الْأَذَانِ

Bab – Hadits Tentang Doa Ketika (Selesai) Azan

445 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ حَنْبَلٍ حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَيَّاشٍ حَدَّثَنَا شُعَيْبُ بْنُ أَبِي حَمْزَةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ إِلَّا حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

بَاب مَا يَقُولُ عِنْدَ أَذَانِ الْمَغْرِبِ

Bab – Apa Yang Diucapkan Ketika Azan Maghrib

446 – حَدَّثَنَا مُؤَمَّلُ بْنُ إِهَابٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْوَلِيدِ الْعَدَنِيُّ حَدَّثَنَا الْقَاسِمُ بْنُ مَعْنٍ حَدَّثَنَا الْمَسْعُودِيُّ عَنْ أَبِي كَثِيرٍ مَوْلَى أُمِّ سَلَمَةَ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ عَلَّمَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُولَ عِنْدَ أَذَانِ الْمَغْرِبِ اللَّهُمَّ إِنَّ هَذَا إِقْبَالُ لَيْلِكَ وَإِدْبَارُ نَهَارِكَ وَأَصْوَاتُ دُعَاتِكَ فَاغْفِرْ لِي

بَاب أَخْذِ الْأَجْرِ عَلَى التَّأْذِينِ

Bab –  Mengambil Upah (Gaji) Untuk Azan

447 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ أَخْبَرَنَا سَعِيدٌ الْجُرَيْرِيُّ عَنْ أَبِي الْعَلَاءِ عَنْ مُطَرِّفِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي الْعَاصِ قَالَ قُلْتُ وَقَالَ مُوسَى فِي مَوْضِعٍ آخَرَ إِنَّ عُثْمَانَ بْنَ أَبِي الْعَاصِ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ اجْعَلْنِي إِمَامَ قَوْمِي قَالَ أَنْتَ إِمَامُهُمْ وَاقْتَدِ بِأَضْعَفِهِمْ وَاتَّخِذْ مُؤَذِّنًا لَا يَأْخُذُ عَلَى أَذَانِهِ أَجْرًا