Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 11 – Bab – Membina Masjid-Masjid Di Kampung-Kampung & Bab – Lampu-Lampu Atau Pelita-Pelita Di Dalam Masjid & Bab – Tentang Anak batu Dalam Masjid & Bab – Tentang Menyapu Masjid & Bab – Perempuan duduk berasingan dengan lelaki di dalam masjid & Bab – Apa yang diucapkan seseorang ketika hendak masuk masjid

VIDEO – [Durasi – 9m 35s] – Sesi 11 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/IOK8MAtmSww ]

VIDEO – [Durasi – 1j 15m 26s] -Sesi 11 – Membina masjid-masjid di perkampungan – [Sunan Abi Daud – Kitab Solat]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/9hIYEtnBlUI ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Terjemahan matan hadith

2- 12:32 : Membuat masjid-masjid di perkampungan, maksud “membuat masjid” dan “menghiasi masjid”

3- 23:35 : Hadith riwayat Samurah tidak sahih kerana ada Sulaiman bin Musa, Ja’afar bin Sa’ad bin Samurah, dan Khubaib bin Sulaiman

4- 26:37 : Bab – Lampu-lampu dalam masjid; sanad hadith ini dhaif kerana ada Ziad bin Abi Saudah tetapi matannya sahih

5- 28:39 : Lampu-lampu dalam masjid

6- 34:33 : Bab – Anak batu dalam masjid; sanad hadith ini dhaif kerana ada Sahal bin Tammam bin Bazi’ dan Abi Al-Walid

7- 42:25 : Bab- Sapu masjid; hadith ini dhaif kerana ada perawi Abdul Majid bin Abdul Aziz bin Abi Rawwa; tetapi matannya sahih

8- 50:40 : Bab – Perempuan duduk berasingan dengan lelaki di dalam masjid

9- 01:01:13 : Bab – Apa yang diucapkan seseorang ketika hendak masuk masjid

MATAN HADITH

SUNAN ABI DAUD – KITAB TENTANG SEMBAHYANG 

بَاب اتِّخَاذِ الْمَسَاجِدِ فِي الدُّورِ

Bab – Membina Masjid  di Perkampungan-Perkampungan

453 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ حَدَّثَنَا حُسَيْنُ بْنُ عَلِيٍّ عَنْ زَائِدَةَ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ أَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِبِنَاءِ الْمَسجِدِ فِي الدُّورِ وَأَنْ تُنَظَّفَ وَتُطَيَّبَ 

453 – Muhammad bin Al-`Ala’ meriwayatkan kepada kami, katanya: Husain bin `Ali meriwayatkan kepada kami daripada Za’idah daripada Hisyam bin `Urwah daripada ayahnya daripada `A’isyah, katanya: Rasulullah s.a.w telah menyuruh supaya dibina masjid di perkampungan-perkampungan, dibersihkan dan diwangikan. 

454 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ دَاوُدَ بْنِ سُفْيَانَ حَدَّثَنَا يَحْيَى يَعْنِي ابْنَ حَسَّانَ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ مُوسَى حَدَّثَنَا جَعْفَرُ بْنُ سَعْدِ بْنِ سَمُرَةَ حَدَّثَنِي خُبَيْبُ بْنُ سُلَيْمَانَ عَنْ أَبِيهِ سُلَيْمَانَ بْنِ سَمُرَةَ عَنْ أَبِيهِ سَمُرَة قال إَنَّهُ كَتَبَ إِلَى بنيه أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَأْمُرُنَا بِالْمَسَاجِدِ أَنْ نَصْنَعَهَا فِي دورنا وَنُصْلِحَ صَنْعَتَهَا وَنُطَهِّرَهَا

454 – Muhammad bin Daud bin Sufyan meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya iaitu Ibn Hassan telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sulaiman bin Musa telah meriwayatkan kami, katanya: Ja`far bin Sa`d bin Samurah meriwayatkan kepada kami, katanya: Khubaib bin Sulaiman meriwayatkan kepada saya daripada ayahnya iaitu Sulaiman bin Samurah bahawasanya beliau telah menulis kepada anak-anaknya: Adapun selepas itu, Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menyuruh kami membina masjid di perkampungan-perkampungan kami dan kami mengelokkan pembuatannya serta membersihkannya.

بَاب فِي السُّرُجِ فِي الْمَسَاجِدِ

Bab –  Lampu-Lampu Di Masjid

455 – حَدَّثَنَا النُّفَيْلِيُّ حَدَّثَنَا مِسْكِينٌ عَنْ سَعِيدِ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ عَنْ زِيَادِ بْنِ أَبِي سَوْدَةَ عَنْ مَيْمُونَةَ مَوْلَاةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهَا قَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفْتِنَا فِي بَيْتِ الْمَقْدِسِ فَقَالَ رسول صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إيتوه فَصَلُّوا فِيهِ وَكَانَتْ الْبِلَادُ إِذْ ذَاكَ حَرْبًا فَإِنْ لَمْ تَأْتُوهُ وَتُصَلُّوا فِيهِ فَابْعَثُوا بِزَيْتٍ يُسْرَجُ فِي قَنَادِيلِهِ

455 – An-Nufaili meriwayatkan kepada kami, katanya: Miskin meriwayatkan kepada kami daripada Sa`id bin `Abdil `Aziz daripada Ziyad bin Abi Saudah daripada Maimunah (beliau ialah) hamba bebasan Nabi s.a.w, beliau pernah bertanya: Wahai Rasulullah, ceritakan kepada kami tentang Baitil Maqdis. Rasulullah s.a.w berkata: “Pergilah ke Baitul Maqdis dan bersembahyanglah di dalamnya, negeri (Syam) pada ketika itu dalam peperangan, jika kamu tidak dapat pergi ke sana dan tidak dapat bersembahyang di dalamnya maka kamu hantarlah minyak untuk dimasukkan ke dalam pelita-pelitanya.”

بَاب فِي حَصَى الْمَسْجِدِ

Bab – Tentang Anak Batu di Dalam masjid

456 – حَدَّثَنَا سَهْلُ بْنُ تَمَّامِ بْنِ بَزِيعٍ حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ سُلَيْمٍ الْبَاهِلِيُّ عَنْ أَبِي الْوَلِيدِ سَأَلْتُ ابْنَ عُمَرَ عَنْ الْحَصَى الَّذِي فِي الْمَسْجِدِ فَقَالَ مُطِرْنَا ذَاتَ لَيْلَةٍ فَأَصْبَحَتْ الْأَرْضُ مُبْتَلَّةً فَجَعَلَ الرَّجُلُ يَأْتِي بِالْحَصَى فِي ثَوْبِهِ فَيَبْسُطُهُ تَحْتَهُ فَلَمَّا قَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّلَاةَ قَالَ مَا أَحْسَنَ هَذَا

456 – Sahl bin Tammam bin Bazi` meriwayatkan kepada kami, katanya: `Umar bin Sulaim Al-Bahili meriwayatkan kepada kami daripada Abi Al-Walid katanya: Aku bertanya Ibn `Umar tentang anak batu yang terdapat dalam masjid, Ibn `Umar menjawab: Di suatu malam kami pernah kehujanan lalu tanah menjadi basah, ada orang yang membawa anak batu dalam pakaiannya lalu ditaburnya ke lantai masjid. Apabila Rasulullah s.a.w selesai bersembahyang baginda bersabda: “Alangkah eloknya apa yang dilakukan ini.”

457 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ وَوَكِيعٌ قَالَا حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ عَنْ أَبِي صَالِحٍ قَالَ كَانَ يُقَالُ إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا أَخْرَجَ الْحَصَى مِنْ الْمَسْجِدِ يُنَاشِدُهُ

457 – `Utsman bin Ibn Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Mu`awiyah dan Waki` meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: Al-A`masy meriwayatkan daripada Abi Shalih, katanya: “Dikatakan apabila seseorang mengeluarkan anak batu dari masjid, ia minta sangat-sangat kerana Allah (supaya tidak dikeluarkan).” 

458 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَقَ أَبُو بَكْرٍ يَعْنِي الصَّاغَانِيَّ حَدَّثَنَا أَبُو بَدْرٍ شُجَاعُ بْنُ الْوَلِيدِ حَدَّثَنَا شَرِيكٌ حَدَّثَنَا أَبُو حصيْنٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَبُو بَدْرٍ أُرَاهُ قَدْ رَفَعَهُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْحَصَاةَ لَتُنَاشِدُ الَّذِي يُخْرِجُهَا مِنْ الْمَسْجِدِ

458 – Muhammad bin Is-haq iaitu Abu Bakr As-Shaghani meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Badr iaitu Syuja` bin Al-Walid meriwayatkan kepada kami, katanya: Syarik meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Hashin meriwayatkan kepada kami daripada Abi Shalih daripada Abi Hurairah (saya percaya beliau memarfu`kan hadits ini kepada Nabi s.a.w), baginda bersabda: “Anak batu itu benar-benar bersumpah meminta dengan nama Allah kepada orang yang mengeluarkannya dari masjid.”

بَاب فِي كَنْسِ الْمَسْجِدِ

Bab – Menyapu Masjid

459 – حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ بْنُ عَبْدِ الْحَكيمِ الْخَزَّازُ أَخْبَرَنَا عَبْدُ الْمَجِيدِ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ أَبِي رَوَّادٍ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ عَنْ الْمُطَّلِبِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ حَنْطَبٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عُرِضَتْ عَلَيَّ أُجُورُ أُمَّتِي حَتَّى الْقَذَاةُ يُخْرِجُهَا الرَّجُلُ مِنْ الْمَسْجِدِ وَعُرِضَتْ عَلَيَّ ذُنُوبُ أُمَّتِي فَلَمْ أَرَ ذَنْبًا أَعْظَمَ مِنْ سُورَةٍ مِنْ الْقُرْآنِ أَوْ آيَةٍ أُوتِيَهَا رَجُلٌ ثُمَّ نَسِيَهَا

459 – `Abdul Wahhab bin `Abdil hakim Al-Khazzaz meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdul Majid bin `Abdil `Aziz bin Abi Rawwad meriwayatkan kepada kami daripada Ibn Juraij daripada Al-Mutthalib bin `Abdillah bin Hanthab daripada Anas bin Malik, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Dikemukakan kepadaku pahala-pahala ummatku sehinggakan sampah yang dikeluarkan oleh seseorang dari masjid, dan dikemukakan kepadaku dosa-dosa ummatku tidakku kulihat satu pun dosa yang lebih besar daripada satu surah ataupun ayat Al-Quran yang telah diberikan kepada seseorang kemudian dia terlupa.”

بَاب فِي اعْتِزَالِ النِّسَاءِ فِي الْمَسَاجِدِ عَنْ الرِّجَالِ

Bab –  Orang Perempuan Mengasingkan Diri Daripada Orang Lelaki Di Dalam Masjid

460 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَمْرٍو أَبُو مَعْمَرٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ تَرَكْنَا هَذَا الْبَابَ لِلنِّسَاءِ

قَالَ نَافِعٌ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ ابْنُ عُمَرَ حَتَّى مَاتَ وَقَالَ غَيْرُ عَبْدِ الْوَارِثِ قَالَ عُمَرُ وَهُوَ أَصَحُّ

460 – `Abdullah bin `Amr iaitu Abu Ma`mar meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdul Warits meriwayatkan kepada kami, katanya: Ayyub meriwayatkan kepada kami daripada Nafi` daripada Ibn `Umar, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Alangkah baiknya jika kita tinggalkan (khususkan) pintu ini untuk orang-orang perempuan.”

Nafi` berkata: “Ibn `Umar tidak lagi masuk melalui pintu itu sehinggalah dia meninggal.” Tetapi  selain `Abdul Warits berkata (anak murid Ayyub As-Sakhtiani): `Umar berkata, “Dan inilah yang lebih sahih.”

461 –  حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ قُدَامَةَ بْنِ أَعْيَنَ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ نَافِعٍ قَالَقَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فذكربِمَعْنَاهُ وَهُوَ أَصَحُّ

461 – Muhammad bin Qudamah bin A`yan meriwayatkan kepada kami, katanya: Isma`il meriwayatkan kepada kami daripada Ayyub daripada Nafi`, katanya: `Umar bin Al-Khatthab r.a pernah berkata – lalu perawi menyebutkan hadits ini sama dari segi maknanya (dengan hadits yang tersebut sebelum ini), dan inilah yang lebih sahih lagi.

462 – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ يَعْنِي ابْنَ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا بَكْرٌ يَعْنِي ابْنَ مُضَرَ عَنْ عَمْرِو بْنِ الْحَارِثِ عَنْ بُكَيْرٍ عَنْ نَافِعٍ  قال إنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ كَانَ يَنْهَى أَنْ يدْخُلَ مِنْ بَابِ النِّسَاءِ

462 – Qutaibah iaitu Ibn Sa`id meriwayatkan kepada kami, katanya: Bakr iaitu Ibn Mudhar meriwayatkan kepada kami daripada `Amr bin Al-Harits daripada Bukair daripada Nafi`, katanya: `Umar Al-khatthab melarang seseorang masuk melalui pintu orang-orang perempuan.

بَاب فِيمَا يَقُولُهُ الرَّجُلُ عِنْدَ دُخُولِهِ الْمَسْجِدَ

Bab – Bacaan ketika Seseorang Memasuki Masjid

463 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عُثْمَانَ الدِّمَشْقِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ يَعْنِي الدَّرَاوَرْدِيَّ عَنْ رَبِيعَةَ بْنِ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ سَعِيدِ بْنِ سُوَيْدٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا حُمَيْدٍ و أَبَا أُسَيْدٍ الْأَنْصَارِيَّ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلْيُسَلِّمْ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ لِيَقُلْ اللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ فَإِذَا خَرَجَ فَلْيَقُلْ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ

463 – Muhammad bin `Utsman Ad-Dimasyqi meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdul `Aziz ya`ni Ad-Darawardi meriwayatkan kepada kami daripada Rabi`ah bin Abi `Abdir Rahman daripada `Abdil Malik bin Sa`id bin Suwaid, katanya: Saya telah mendengar Aba Humaid dan Aba Usaid Al-Anshari berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang kamu mahu masuk ke dalam masjid, hendaklah dia memberi salam kepada Nabi s.a.w kemudian mengucapkan  اللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ  “Ya Allah bukalah pintu-pintu rahmat kepadaku”. Apabila dia keluar hendaklah dia mengucapkan  اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ  Ya “Allah aku memohon kepada-Mu limpah kurnia-Mu”.

464 – حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ بِشْرِ بْنِ مَنْصُورٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْمُبَارَكِ عَنْ حَيْوَةَ بْنِ شُرَيْحٍ قَالَ لَقِيتُ عُقْبَةَ بْنَ مُسْلِمٍ فَقُلْتُ لَهُ بَلَغَنِي أَنَّكَ حَدَّثْتَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ إِذَا دَخَلَ الْمَسْجِدَ قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيمِ وَسُلْطَانِهِ الْقَدِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ قَالَ أَقَطْ قُلْتُ نَعَمْ قَالَ فَإِذَا قَالَ ذَلِكَ قَالَ الشَّيْطَانُ حُفِظَ مِنِّي سَائِرَ الْيَوْمِ

464 – Isma`il bin Bisyr bin Manshur meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdur Rahman bin Mahdi meriwayatkan kepada kami daripada `Abdillah Al-Mubarak daripada Haiwah bin Syuraih, katanya: Saya bertemu dengan `Uqbah bin Muslim lalu saya berkata kepadanya: “Saya mendapat tahu bahawa anda telah meriwayatkan daripada `Abdillah bin `Amr bin Al-`Ash daripada Nabi s.a.w bahawa baginda apabila mahu masuk ke dalam masjid mengucapkan  أَعُوذُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيمِ وَسُلْطَانِهِ الْقَدِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ  “Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Agung dengan Dzatnya Yang Maha Mulia dan dengan kekuasaan-Nya Yang Sediakala dari syaithan yang direjam”. Beliau bertanya: Setakat itu sahajakah (yang sampai kepadamu)? Saya menjawab: “Ya.” Beliau menambah: “Apabila seseorang mengucapkan demikian, syaithan berkata: Dia telah terpelihara dariku sepanjang hari.”

Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 10 – Bab – Membina Masjid

VIDEO – [Durasi –  6m 43s] – Sesi 10 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/59z44Sm0u-I ]

VIDEO – [Durasi – 1j 29m 18s] – Sesi 10 – Membina Masjid – [Sunan Abi Daud – Kitab Solat]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/6DJIYMRAa9E ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Terjemahan hadith

2- 15:00 : Sanad hadith ini

3- 16:32 : Maksud sabda Nabi, “Aku tidak disuruh supaya meninggikan (menghiasi) masjid-masjid”

4- 42:31 : Maksud kiamat tidak akan berlaku selagi manusia tidak bermegah-megah dengan masjid

5- 52:34 : Boleh buat gereja sebagai masjid

6- 59:02 : Ada perbezaan sanad Muhammad bin Yahya dengan Mujahid bin Musa

7- 01:04:04 : Binaan Masjid Nabawi semasa para Sahabat Nabi s.a.w

8- 01:06:59 : Sanad riwayat Atiyah adalah dhaif

9- 01:14:04 : Binaan masjid semasa Sahabat nabi

10- 01:19:04 : Nabi s.a.w membeli kebun untuk membuat masjid

11- 01:25:23 : Perbezaan hadith ini dengan hadith sebelumnya

MATAN HADITH

SUNAN ABI DAUD – KITAB TENTANG SEMBAHYANG 

بَاب فِي بِنَاءِ الْمَسجِدِ

Bab – Tentang Membina Masjid 

446 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ بْنِ سُفْيَانَ أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ سُفْيَانَ يعنى الثَّوْرِيِّ عَنْ أَبِي فَزَارَةَ عَنْ يَزِيدَ بْنِ الْأَصَمِّ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أُمِرْتُ بِتَشْيِيدِ الْمَسَاجِدِ قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ لَتُزَخْرِفُنَّهَا كَمَا زَخْرَفَتْ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى

446 – Muhammad bin As-Shabah bin Sufyan meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan bin `Uyainah meriwayatkan kepada kami daripada Sufyan Ats-Tsauri daripada Abi Fazarah daripada Yazid bin Al-Asham daripada Ibn `Abbas, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku tidak diperintahkan supaya membangunkan masjid-masjid”. Ibn `Abbas berkata: “Kamu pasti akan menghiasinya sepertimana orang-orang Yahudi dan Nashara telah menghiasi (yakni biara-biara dan gereja mereka).”

447 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْخُزَاعِيُّ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ أَنَسٍ وَقَتَادَةُ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَبَاهَى النَّاسُ فِي الْمَسَاجِدِ

447 – Muhammad bin `Abdullah Al-Khuza`i meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad bin Salamah meriwayatkan kepada kami daripada Ayyub daripada Abi Qilabah daripada Anas dan Qatadah daripada Anas bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah manusia bermegah-megah dengan masjid”.

448 – حَدَّثَنَا رَجَاءُ بْنُ الْمُرَجَّى حَدَّثَنَا أَبُو هَمَّامٍ الدَّلَّالُ مُحَمَّدُ بْنُ مُحَبَّبٍ حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ السَّائِبِ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عِيَاضٍ عَنْ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي الْعَاصِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَهُ أَنْ يَجْعَلَ مَسْجِدَ الطَّائِفِ حَيْثُ كَانَ طَوَاغِيتُهُمْ

448 – Raja’ bin Al-Murajja meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Hammam ad-Dallal iaitu Muhammad bin Muhabbab telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sa’id bin Sa’ib meriwayatkan kepada kami daripada Muhammad bin `Abdillah bin `Iyadh daripada `Utsman bin Abu Al-`Ash bahawa Nabi s.a.w menyuruhnya supaya membina masjid Tha’if di tempat yang mana sebelumnya diletakkan berhala-berhala mereka.

449 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ فَارِسٍ وَمُجَاهِدُ بْنُ مُوسَى وَهُوَ أَتَمُّ قَالَا حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنَا أَبِي عَنْ صَالِحٍ حَدَّثَنَا نَافِعٌ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ أَخْبَرَهُ أَنَّ الْمَسْجِدَ كَانَ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَبْنِيًّا بِاللَّبِنِ وَالْجَرِيدِوَعُمُدهُ قَالَ مُجَاهِدٌ وَعُمُدُهُ مِنْ خَشَبِ النَّخْلِ فَلَمْ يَزِدْ فِيهِ أَبُو بَكْرٍ شَيْئًا وَزَادَ فِيهِ عُمَرُ وَبَنَاهُ عَلَى بِنَائِهِ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِاللَّبِنِ وَالْجَرِيدِ وَأَعَادَ عمدَهُ قَالَ مُجَاهِدٌ عمدَهُ خَشَبًا وَغَيَّرَهُ عُثْمَانُ فَزَادَ فِيهِ زِيَادَةً كَثِيرَةً وَبَنَى جِدَارَهُ بِالْحِجَارَةِ الْمَنْقُوشَةِ وَالْقَصَّةِ وَجَعَلَ عمدَهُ مِنْ حِجَارَةٍ مَنْقُوشَةٍ وَسَقّفَهُ بِالسَّاجِ قَالَ مُجَاهِدٌ وَسَقْفُهُ السَّاجَ

قَالَ أَبُو دَاوُد الْقَصَّةُ الْجِصُّ

449 – Muhammad bin Yahya bin Faris dan Mujahid bin Musa – riwayat beliau lebih sempurna – mereka berdua meriwayatkan kepada kami, katanya: Ya`qub bin Ibrahim meriwayatkan kepada kami, katanya: Ayahku meriwayatkan kepadaku daripada Shalih, katanya: Nafi` meriwayatkan kepada kami bahawa `Abdallah bin `Umar telah memberitahunya: “Sesungguhnya masjid di zaman Rasulullah s.a.w dibina dengan bata mentah (yang tidak dibakar) dan pelepah tamar dan tiang-tiangnya.” Mujahid berkata: “Tiang-tiangnya dari kayu pokok tamar. Abu Bakr tidak menambahkan apa-apa pada masjid yang telah dibina oleh Nabi s.a.w, tetapi `Umar ada menambahkannya, dibinanya mengikut binaan yang terdapat di zaman Rasulillah s.a.w dengan bata mentah dan pelepah tamar, beliau juga telah memasang tiang-tiang baru”. Mujahid mengatakan: “Tiang-tiangnya dari kayu”. `Utsman pula telah mengubahnya dan menambahkan banyak pengubahan. Beliau telah membina dindingnya dengan batu yang berukir dan sesuatu  seperti simen, beliau juga membuat tiang-tiangnya dari batu yang berukir, bumbungnya disiapkan dengan kayu jati”. Mujahid berkata: “Bumbungnya ialah kayu jati.”

Abu Daud berkata: الْقَصَّةُ  ialah sejenis kapur atau simen putih pada zaman itu untuk melekatkan batu-bata.

450 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمٍ حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُوسَى عَنْ شَيْبَانَ عَنْ فِرَاسٍ عَنْ عَطِيَّةَ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قال إنَّ مَسْجِدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَتْ سَوَارِيهِ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ جُذُوعِ النَّخْلِ أَعْلَاهُ مُظَلَّلٌ بِجَرِيدِ النَّخْلِ ثُمَّ إِنَّهَا نَخِرَتْ فِي خِلَافَةِ أَبِي بَكْرٍ فَبَنَاهَا بِجُذُوعِ النَّخْلِ وَبِجَرِيدِ النَّخْلِ ثُمَّ إِنَّهَا نَخِرَتْ فِي خِلَافَةِ عُثْمَانَ فَبَنَاهَا بِالْآجُرِّ فَلَمْ تَزَلْ ثَابِتَةً حَتَّى الْآنَ

450 – Muhammad bin Hatim meriwayatkan kepada kami, katanya: `Ubaidullah bin Musa meriwayatkan kepada kami daripada Syaiban daripada Firas daripada `Athiyyah daripada Ibn `Umar, beliau berkata: “Sesungguhnya masjid Nabi s.a.w ketika zaman Rasulillah s.a.w, tiangnya dari batang pokok tamar, bahagian atasnya ditutupi dengan pelepah tamar kemudian batang pokok tamar tersebut menjadi buruk di zaman pemerintahan Abi Bakr lalu beliau membinanya dengan batang pokok tamar (yang lain) dan (atapnya) dengan pelepah tamar. Tiang tersebut menjadi buruk sekali lagi di zaman pemerintahan `Utsman, beliau pun membinanya dengan batu-bata yang dibakar”. (perawi berkata): “Binaannya itu terus kekal hingga sekarang (zaman perawi).”

451 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ عَنْ أَبِي التَّيَّاحِ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ لمّا قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ فَنَزَلَ فِي عُلْوِ الْمَدِينَةِ فِي حَيٍّ يُقَالُ لَهُمْ بَنُو عَمْرِو بْنِ عَوْفٍ فَأَقَامَ فِيهِمْ أَرْبَعَ عَشْرَةَ لَيْلَةً ثُمَّ أَرْسَلَ إِلَى بَنِي النَّجَّارِ فَجَاءُوا مُتَقَلِّدِينَ سُيُوفَهُمْ فَقَالَ أَنَسٌ فَكَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى رَاحِلَتِهِ وَأَبُو بَكْرٍ رِدْفُهُ وَمَلَأُ بَنِي النَّجَّارِ حَوْلَهُ حَتَّى أَلْقَى بِفِنَاءِ أَبِي أَيُّوبَ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي حَيْثُ أَدْرَكَتْهُ الصَّلَاةُ وَيُصَلِّي فِي مَرَابِضِ الْغَنَمِ وَإِنَّهُ أمرَ بِبِنَاءِ الْمَسْجِدِ فَأَرْسَلَ إِلَى بَنِي النَّجَّارِ فَقَالَ يَا بَنِي النَّجَّارِ ثَامِنُونِي بِحَائِطِكُمْ هَذَا فَقَالُوا وَاللَّهِ لَا نَطْلُبُ ثَمَنَهُ إِلَّا إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ أَنَسٌ وَكَانَ فِيهِ مَا أَقُولُ لَكُمْ كَانَتْ فِيهِ قُبُورُ الْمُشْرِكِينَ وَكَانَتْ فِيهِ خِرَبٌ وَكَانَ فِيهِ نَخْلٌ فَأَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقُبُورِ الْمُشْرِكِينَ فَنُبِشَتْ وَبِالْخٍرَبِ فَسُوِّيَتْ وَبِالنَّخْلِ فَقُطِعَ فَصفّف النَّخْلَ قِبْلَةَ الْمَسْجِدِ وَجَعَلُوا عِضَادَتَيْهِ حِجَارَةً وَجَعَلُوا يَنْقُلُونَ الصَّخْرَ وَهُمْ يَرْتَجِزُونَ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَعَهُمْ وَهُوَ يَقُولُ اللَّهُمَّ لَا خَيْرَ إِلَّا خَيْرُ الْآخِرَهْ فَانْصُرْ الْأَنْصَارَ وَالْمُهَاجِرَهْ

451 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdul Warits meriwayatkan kepada kami daripada Abi At-Tayyah daripada Anas bin Malik, katanya: “Apabila Rasulullah s.a.w datang ke Madinah, baginda berhenti di suatu kawasan atas Madinah yang dipanggil “perkampungan Bani `Amr bin `Auf”, baginda berada di situ selama 14 malam kemudian baginda menghantar utusan kepada Bani An-Najjar, mereka pun datang dengan melekatkan pedang di tubuh mereka (berpakaian lengkap).” Anas berkata: “Saya masih lagi terbayang-bayang Rasulullah berada di atas kenderaannya sementara Abu Bakr pula duduk di belakangnya (membonceng) dan pembesar-pembesar Banu An-Najjar pula berada di sekeliling baginda sehinggalah kenderaan baginda s.a.w berhenti di halaman Abi Ayyub Al-Anshari. (Pada masa itu) Rasulullah s.a.w bersembahyang di mana sahaja baginda berada (di mana baginda sempat bersembahyang maka di situlah baginda menunaikan sembahyang), baginda juga bersembahyang di kandang kambing. Dan baginda s.a.w memerintahkan/diperintahkan supaya dibina/membina masjid maka baginda menghantar utusan kepada Bani An-Najjar. Baginda berkata: “Wahai Banu an-Najjar, letaklah harga kebun kamu ini kepadaku”. Mereka berkata: “Demi Allah, kami tidak mahu harganya kecuali menyerahkannya kepada Allah.” Anas berkata: “Di dalam kebun itu ada sesuatu yang saya akan ceritakan kepada kamu, di dalamnya terdapat kubur-kubur orang musyrikin,  runtuhan tanah yang berlubang-lubang dan ada pokok-pokok tamar. Rasulullah s.a.w pun memerintahkan supaya dibongkar kubur-kubur tersebut dan diratakakan tanah yang berlubang-lubang manakala pokok-pokok tamar diperintahkan supaya di tebang lalu diatur batang pokok tamar itu di sebelah qiblat masjid. Mereka membuat kerangka pintu masjid itu dari batu dan memindahkan batu besar sambil mengungkapkan rajaz, ketika itu Nabi s.a.w ada bersama mereka, baginda berkata: “Ya Allah, tiada kebaikan sejati  melainkan kebaikan akhirat. Tolonglah Anshar dan Muhajirah.”

452 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ أَبِي التَّيَّاحِ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ مَوْضِعُ الْمَسْجِدِ حَائِطًا لِبَنِي النَّجَّارِ فِيهِ حَرْثٌ وَنَخْلٌ وَقُبُورُ الْمُشْرِكِينَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَامِنُونِي بِهِ فَقَالُوا لَا نَبْغِي فَقُطِعَ النَّخْلُ وَسُوِّيَ الْحَرْثُ وَنُبِشَ قُبُورُ الْمُشْرِكِينَ وَسَاقَ الْحَدِيثَ وَقَالَ فَاغْفِرْ مَكَانَ فَانْصُرْ قَالَ مُوسَى وَحَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ بِنَحْوِهِ وَكَانَ عَبْدُ الْوَارِثِ يَقُولُ خَرِبٌ وَزَعَمَ عَبْدُ الْوَارِثِ أَنَّهُ أَفَادَ حَمَّادًا هَذَا الْحَدِيثَ

452 – Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad bin Salamah meriwayatkan kepada kami daripada Abi At-Tayyah daripada Anas bin Malik, katanya: “Tempat masjid yang ada ini, dahulunya adalah sebuah kebun kepunyaan Bani An-Najjar yang mana terdapat tanaman di dalamnya, pokok tamar dan kubur-kubur orang musyrikin”. Rasulullah s.a.w pun berkata: “Sebutkanlah harganya kepadaku”. Mereka menjawab: “Kami tidak mahu (harganya)”. Setelah itu, ditebang pokok tamar dan diratakan kawasan tanaman manakala kubur-kubur orang musyrikin dibongkar, seterusnya demikianlah hadits (yang dikemukakan oleh perawi) dan dia berkata: فَاغْفِرْ  di tempat فَانْصُرْ. Musa berkata: `Abdul Warits juga telah meriwayatkan hadits ini sama dari segi ma`nanya tetapi `Abdul Warits mengatakan خَرِبٌ  di tempat حَرْثٌ , `Abdul Warits mengatakan bahawa dialah yang telah memberitahu hadits ini kepada Hammad.

Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 9 – (Sambungan) Bab – Orang Yang Tidur Sehingga Tertinggal Atau Terlupa Sembahyang

VIDEO – [Durasi –  1m 46s] – Sesi 9 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/RS5BZ0rmv9A ]

VIDEO – [Durasi –  1j 22m 5s] -Sesi 9 – Orang yang tertidur sehingga tertinggal solat – [Sunan Abi Daud – Kitab Solat]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/iyZluVKHeQk ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Terjemahan matan hadith

2- 14:07 : Hammad dalam sanad ini

3- 19:05 : Orang yang tertidur sehingga tertinggal sembahyang atau pun orang yang terlupa sembahyang

4- 44:30 : Maksud, “Faqih Mutaqaddimin”

5- 47:57 : Maksud, “Jaisyal Umarak”

6- 51:20 : Roh manusia ada dua bahagian Roh “Yaqazah” dan Roh “Hayat”

7- 01:06:25 : Maksud Kaffarah

8- 01:10:45 : Sembahyang “teman” adalah bid’ah

MATAN HADITH

SUNAN ABI DAUD – KITAB TENTANG SEMBAHYANG 

بَاب فِي مَنْ نَامَ عَنْ صلَاة أَوْ نَسِيَهَا

Bab –  Orang Tentang Yang Tidur atau Tertidur Sehingga Tertinggal Sembahyang Atau Orang Yang Terlupa Sehingga Tertinggal Sembahyang

433 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ ابْن ِ الْمُسَيّبِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ قَفَلَ مِنْ غَزْوَةِ خَيْبَرَ فَسَارَ لَيْلَةً حَتَّى إِذَا أَدْرَكنَا الْكَرَى عَرَّسَ وَقَالَ لِبِلَالٍ اكْلَأْ لَنَا اللَّيْلَ قَالَ فَغَلَبَتْ بِلَالًا عَيْنَاهُ وَهُوَ مُسْتَنِدٌ إِلَى رَاحِلَتِهِ فَلَمْ يَسْتَيْقِظْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَا بِلَالٌ وَلَا أَحَدٌ مِنْ أَصْحَابِهِ حَتَّى إِذَا ضَرَبَتْهُمْ الشَّمْسُ فَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوَّلَهُمْ اسْتِيقَاظًا فَفَزِعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا بِلَالُ فَقَالَ أَخَذَ بِنَفْسِي الَّذِي أَخَذَ بِنَفْسِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي فَاقْتَادُوا رَوَاحِلَهُمْ شَيْئًا ثُمَّ تَوَضَّأَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَمَرَ بِلَالًا فَأَقَامَ لَهُمْ الصَّلَاةَ وَصَلَّى بِهِمْ الصُّبْحَ فَلَمَّا قَضَى الصَّلَاةَ قَالَ مَنْ نَسِيَ صَلَاةً فَلْيُصَلِّهَا إِذَا ذَكَرَهَا فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى قَالَ أَقِمْ الصَّلَاةَ لِلذِّكْرَى

قَالَ يُونُسُ وَكَانَ ابْنُ شِهَابٍ يَقْرَؤُهَا كَذَلِكَ قَالَ أَحْمَدُ قَالَ عَنْبَسَةُ يَعْنِي عَنْ يُونُسَ فِي هَذَا الْحَدِيثِ للِذِّكْرَي قَالَ أَحْمَدُ الْكَرَى النُّعَاسُ

433 – Ahmad bin Shalih meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn Wahb meriwayatkan kepada kami, katanya: Yunus meriwayatkan kepada saya daripada Ibn Syihab daripada Ibn Al-Musayyab daripada Abi Hurairah bahawa Rasulallah s.a.w ketika pulang daripada peperangan Khaibar, baginda berjalan semalaman sehingga apabila kami mengantuk baginda berhenti di hujung malam (untuk berehat). Baginda berkata kepada Bilal: “Berjagalah untuk kita semua pada malam ini.” Perawi berkata: “Bilal tertidur dalam keadaan menyandarkan belakangnya pada kenderaannya, sesiapapun tidak sedar baik Nabi, Bilal atau sahabat-sahabat lain sehinggalah mereka terkena cahaya matahari. Rasulullah s.a.w orang yang paling awal sedar di antara mereka, baginda terkejut seraya berkata: “Hai Bilal!”. Bilal menjawab: “Tuhan yang menghilangkan kesedaranku itulah Tuhan yang telah menghilangkan kesedaranmu, wahai Rasulallah ku tebus engkau dengan ayah dan ibuku”. Mereka pun mengheret kenderaan masing-masing ke suatu tempat yang tidak jauh dari situ, kemudian baginda s.a.w berwudhu’ dan memerintahkan Bilal lalu Bilal pun mengiqamatkan sembahyang untuk mereka dan baginda mengimami sembahyang Subuh tersebut. Setelah selesai, baginda bersabda: “Sesiapa yang terlupa mana-mana sembahyang maka hendaklah dia mengerjakannya apabila dia teringat kerana Allah telah berfirman: “Dirikanlah sembahyang apabila teringat (akan sembahyang yang telah terlupa itu).”

Yunus berkata: Ibn Syihab telah membaca ayat tersebut (ketika meriwayatkan hadits ini) begitu. Ahmad (bin Shalih) berkata: `Anbasah mengatakan – maksud beliau daripada Yunus – berhubung hadits ini, juga dengan lafaz للِذِّكْرَي   Ahmad berkata: maksud الْكَرَى  ialah mengantuk. 

434- حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا أَبَانُ حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيّبِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ فِي هَذَا الْخَبَرِ قَالَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَحَوَّلُوا عَنْ مَكَانِكُمْ الَّذِي أَصَابَتْكُمْ فِيهِ الْغَفْلَةُ قَالَ فَأَمَرَ بِلَالًا فَأَذَّنَ وَأَقَامَ وَصَلَّى قَالَ أَبُو دَاوُد رَوَاهُ مَالِكٌ وَسُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ وَالْأَوْزَاعِيُّ وَعَبْدُ الرَّزَّاقِ عَنْ مَعْمَرٍ وَابْنِ إِسْحَقَ لَمْ يَذْكُرْ أَحَدٌ مِنْهُمْ الْأَذَانَ فِي حَدِيثِ الزُّهْرِيِّ هَذَا وَلَمْ يُسْنِدْهُ مِنْهُمْ أَحَدٌ إِلَّا الْأَوْزَاعِيُّ وَأَبَانُ الْعَطَّارُ عَنْ مَعْمَرٍ

434 – Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Aban meriwayatkan kepada kami, katanya: Ma`mar meriwayatkan kepada kami daripada Az-Zuhri daripada Sa`id bin Al-Musayyab daripada Abi Hurairah dalam kisah ini, Rasulullah s.a.w bersabda: “Beralihlah dari tempat yang telah melalaikan kalian.” Perawi berkata: Baginda menyuruh Bilal berazan dan beriqamat dan baginda bersembahyang.

Abu Daud berkata: Hadits ini telah diriwayatkan oleh Malik, Sufyan bin `Uyainah, Al-Awza`i dan `Abdur Rahman daripada `Abdir Razzaq daripada Ma`mar dan Ibn Is-haq. Tidak seorang pun daripada mereka menyebutkan berkenaan azan di dalam hadits Az-Zuhri ini dan tiada yang mengisnadkannya selain Al-Awza`i dan Aban Al-`Atthar daripada Ma`mar. 

435 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ ثَابِتٍ الْبُنَانِيِّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ رَبَاحٍ الْأَنْصَارِيِّ حَدَّثَنَا أَبُو قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ فِي سَفَرٍ لَهُ فَمَالَ النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمِلْتُ مَعَهُ فَقَالَ انْظُرْ فَقُلْتُ هَذَا رَاكِبٌ هَذَانِ رَاكِبَانِ هَؤُلَاءِ ثَلَاثَةٌ حَتَّى صِرْنَا سَبْعَةً فَقَالَ احْفَظُوا عَلَيْنَا صَلَاتَنَا يَعْنِي صَلَاةَ الْفَجْرِ فَضُرِبَ عَلَى آذَانِهِمْ فَمَا أَيْقَظَهُمْ إِلَّا حَرُّ الشَّمْسِ فَقَامُوا فَسَارُوا هُنَيَّةً ثُمَّ نَزَلُوا فَتَوَضَّئُوا وَأَذَّنَ بِلَالٌ فَصَلَّوْا رَكْعَتَيْ الْفَجْرِ ثُمَّ صَلَّوْا الْفَجْرَ وَرَكِبُوا فَقَالَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ قَدْ فَرَّطْنَا فِي صَلَاتِنَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّهُ لَا تَفْرِيطَ فِي النَّوْمِ وإِنَّمَا التَّفْرِيطُ فِي الْيَقَظَةِ فَإِذَا سَهَا أَحَدُكُمْ عَنْ صَلَاةٍ فَلْيُصَلِّهَا حِينَ يَذْكُرُهَا وَمِنْ الْغَدِ لِلْوَقْتِ

435 – Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad meriwayatkan kepada kami daripada Tsabit Al-Bunani daripada `Abdillah bin Rabah Al-Anshari, katanya: Abu Qatadah telah meriwayatkan kepada kami bahawa pernah Nabi s.a.w di dalam satu perjalanannya, lalu Nabi s.a.w melencongkan kenderaannya ke suatu arah, aku pun memusingkan kenderaanku bersamanya, baginda bersabda: “Tengok!”. Saya pun berkata: Ini ada seorang yang berkenderaan, ini pula dua orang, itu pula tiga orang sehingga kami semua menjadi tujuh orang, lalu baginda s.a.w bersabda: “Berjagalah untuk sembahyang kita”. Maksud baginda ialah sembahyang Subuh tetapi mereka telah tertidur tiada yang menyedarkan mereka selain daripada kepanasan matahari, mereka pun bangkit dan berganjak sedikit (ke tempat lain) kemudian berhenti lalu berwudhu’ dan Bilal melaungkan azan, mereka pun bersembahyang (sunat) dua raka`at Subuh di susuli dengan sembahyang Subuh kemudian mereka berkenderaan semula. Sebahagian mereka berkata kepada sebahagian yang lain: “Sesungguhnya kita telah cuai dalam sembahyang kita,” lalu Nabi s.a.w bersabda: “Sebenarnya tiada kecuaian ketika tidur, kecuaian hanya ada ketika sedar. Apabila seseorang daripada kalian terlupa mengerjakan sesuatu sembahyang maka hendaklah dia mengerjakannya apabila teringat dan pada keesokan harinya hendaklah dia bersembahyang pada waktunya.” 

436 – حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ نَصْرٍ حَدَّثَنَا وَهْبُ بْنُ جَرِيرٍ حَدَّثَنَا الْأَسْوَدُ بْنُ شَيْبَانَ حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ سُمَيْرٍ قَالَ قَدِمَ عَلَيْنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ رَبَاحٍ الْأَنْصَارِيُّ مِنْ الْمَدِينَةِ وَكَانَتْ الْأَنْصَارُ تُفَقِّهُهُ فَحَدَّثَنَا قَالَ حَدَّثَنِي أَبُو قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيُّ فَارِسُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَعَثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَيْشَ الْأُمَرَاءِ بِهَذِهِ الْقِصَّةِ قَالَ فَلَمْ تُوقِظْنَا إِلَّا الشَّمْسُ طَالِعَةً فَقُمْنَا وَهِلِينَ لِصَلَاتِنَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رُوَيْدًا رُوَيْدًا حَتَّى إِذَا تَعَالَتْ الشَّمْسُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَانَ مِنْكُمْ يَرْكَعُ رَكْعَتَيْ الْفَجْرِ فَلْيَرْكَعْهُمَا فَقَامَ مَنْ كَانَ يَرْكَعُهُمَا وَمَنْ لَمْ يَكُنْ يَرْكَعُهُمَا فَرَكَعَهُمَا ثُمَّ أَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُنَادَى بِالصَّلَاةِ فَنُودِيَ بِهَا فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى بِنَا فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ أَلَا إِنَّا نَحْمَدُ اللَّهَ أَنَّا لَمْ نَكُنْ فِي شَيْءٍ مِنْ أُمُورِ الدُّنْيَا يَشْغَلُنَا عَنْ صَلَاتِنَا وَلَكِنَّ أَرْوَاحَنَا كَانَتْ بِيَدِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فَأَرْسَلَهَا أَنَّى شَاءَ فَمَنْ أَدْرَكَ مِنْكُمْ صَلَاةَ الْغَدَاةِ مِنْ غَده صَالِحًا فَلْيَقْضِ مَعَهَا مِثْلَهَا

436 – `Ali bin Nasr meriwayatkan kepada kami, katanya: Wahb bin Jarir meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-Aswad bin Syaiban meriwayatkan kepada kami, katanya: Khalid bin Sumair meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdullah bin Rabah Al-Anshari telah datang dari Madinah untuk menemui kami, orang-orang Anshar mengajar `ilmu agama kepadanya dengan mendalam, beliau memberitahu kami (kata perawi – Khalid bin Sumair) Abu Qatadah menceritakan kepadaku – (beliau merupakan) Faris Rasulillah s.a.w, seorang yang tangkas berkuda (dari kalangan para Sahabat) – beliau berkata: Rasulullah s.a.w telah menghantar tentera yang dipimpin oleh beberapa orang panglima dengan kisah ini seterusnya. Beliau berkata: Kami tidak disedarkan kecuali oleh matahari yang sedang  meninggi, kami pun bangun dalam keadaan ketakutan kerana sembahyang kami (yang telah terlepas), Nabi s.a.w pula bersabda kepada kami: “Bertenang, bertenang,” sehingga apabila matahari sudah agak meninggi, Rasulullah  s.a.w bersabda: “Sesiapa di antara kamu yang mahu mengerjakan (sembahyang sunat) dua raka`at Subuh bolehlah dia mengerjakannya,” maka bangkitlah orang yang yang telah biasa mengerjakannya dan orang yang tidak pernah mengerjakannya, baginda juga bersembahyang dua raka`at Subuh itu. Selepas itu baginda s.a.w menyuruh supaya dilaungkan azan untuk solat lalu dilaungkan untuk sembahyang kemudian Rasulullah s.a.w bangun dan mengimami kami. Apabila telah selesai, baginda bersabda: “Ketahuilah sesungguhnya kita memuji Allah kerana kita tidak berada dalam apa-apa urusan dunia yang menyibukkan kita hingga tertinggal sembahyang tetapi roh-roh kita berada di tangan Allah, Dia boleh melepaskannya bila-bila saja dikehendakinya, sesiapa di antara kalian yang sempat bersembahyang Subuh esok dengan baik (pada waktunya) maka hendaklah dikerjakan bersamanya (sembahyang) seumpamanya”. 

437 – حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَوْنٍ أَخْبَرَنَا خَالِدٌ عَنْ حُصَيْنٍ عَنْ ابْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِي قَتَادَةَ فِي هَذَا الْخَبَرِ قَالَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ قَبَضَ أَرْوَاحَكُمْ حَيْثُ شَاءَ وَرَدَّهَا حَيْثُ شَاءَ قُمْ فَأَذِّنْ بِالصَّلَاةِ فَقَامُوا فَتَطَهَّرُوا حَتَّى إِذَا ارْتَفَعَتْ الشَّمْسُ قَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى بِالنَّاسِ

437 – `Amr bin `Aun meriwayatkan kepada kami, katanya: Khalid meriwayatkan kepada kami daripada Hushain daripada Ibn Abi Qatadah daripada Abi Qatadah dalam cerita ini, katanya: Maka Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah mengambil ruh-ruh kamu bila-bila sahaja dikehendaki-Nya dan mengembalikannya bila-bila sahaja dikehendaki-Nya, bangun! Azanlah!”. Mereka pun berdiri dan bersuci sehingga apabila matahari telah naik, Nabi s.a.w pun bangkit lalu menjadi imam kepada orang ramai.

438 – حَدَّثَنَا هَنَّادٌ حَدَّثَنَا عَبْثَرٌ عَنْ حُصَيْنٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَعْنَاهُ قَالَ فَتَوَضَّأَ حِينَ ارْتَفَعَتْ الشَّمْسُ فَصَلَّى بِهِمْ

438 – Hannad meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abtsar meriwayatkan kepada kami daripada Huhain daripada `Abdillah bin Abi Qatadah daripada ayahnya daripada Nabi s.a.w sama dari segi maknanya (dengan hadits Abu Qatadah tadi tetapi dalam hadits ini) perawi berkata: Nabi s.a.w berwudhu’ ketika matahari telahpun naik lalu mengimami sembahyang mereka. 

439 – حَدَّثَنَا الْعَبَّاسُ الْعَنْبَرِيُّ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ وَهُوَ الطَّيَالِسِيُّ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ يَعْنِي ابْنَ الْمُغِيرَةِ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ رَبَاحٍ عَنْ أَبِي قَتَادَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ فِي النَّوْمِ تَفْرِيطٌ إِنَّمَا التَّفْرِيطُ فِي الْيَقَظَةِ أَنْ تُؤَخّر          َ صَلَاةً حَتَّى يَدْخُلَ وَقْت أُخْرَى

439 – Al-`Abbas Al-`Anbari meriwayatkan kepada kami, katanya: Sulaiman bin Daud iaitu Ath-Thayalisi meriwayatkan kepada kami, katanya: Sulaiman iaitu Ibn Al-Mughirah meriwayatkan kepada kami daripada Tsabit daripada `Abdillah bin Rabah daripada Abu Qatadah, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak ada kecuaian dalam tidur, sebenarnya kecuaian itu ada pada berjaga iaitu dengan dilewatkan sembahyang sehingga masuk waktu yang lain.” 

440 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ أَخْبَرَنَا هَمَّامٌ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ نَسِيَ صَلَاةً فَلْيُصَلِّهَا إِذَا ذَكَرَهَا لَا كَفَّارَةَ لَهَا إِلَّا ذَلِكَ

440 – Muhammad bin Katsir meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammam meriwayatkan kepada kami daripada Qatadah daripada Anas bin Malik bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang terlupa mana-mana sembahyang, maka hendaklah dia mengerjakannya apabila teringat, tiada kaffarah baginya selain dari itu”. 

441 – حَدَّثَنَا وَهْبُ بْنُ بَقِيَّةَ عَنْ خَالِدٍ عَنْ يُونُسَ بْنِ عُبَيْدٍ عَنْ الْحَسَنِ عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ فِي مَسِيرٍ لَهُ فَنَامُوا عَنْ صَلَاةِ الْفَجْرِ فَاسْتَيْقَظُوا بِحَرِّ الشَّمْسِ فَارْتَفَعُوا قَلِيلًا حَتَّى اسْتَقَلَّتْ الشَّمْسُ ثُمَّ أَمَرَ مُؤَذِّنًا فَأَذَّنَ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَقَامَ ثُمَّ صَلَّى الْفَجْرَ

441 – Wahb bin Baqiyyah meriwayatkan kepada kami daripada Khalid daripada Yunus bin `Ubaid daripada Al-Hasan daripada `Imran bin Husain bahawa Rasulallah s.a.w pernah berada dalam satu perjalanan, mereka (para Sahabat) tertidur sehingga tertinggal sembahyang Subuh, mereka tersedar dengan kepanasan matahari lalu beralih sedikit ke tempat lain sehingga matahari betul-betul naik kemudian Nabi s.a.w menyuruh mu’azzin supaya azan lalu diazankan. Selepas itu, baginda bersembahyang dua raka`at sebelum Subuh kemudian mu’azzin itu mengiqamatkan untuk sembahyang kemudian Nabi s.a.w bersembahyang Subuh. 

442 – حَدَّثَنَا عَبَّاسٌ الْعَنْبَرِيُّ ح و حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ وَهَذَا لَفْظُ عَبَّاسٍ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ يَزِيدَ حَدَّثَهُمْ عَنْ حَيْوَةَ بْنِ شُرَيْحٍ عَنْ عَيَّاشِ بْنِ عَبَّاسٍ يَعْنِي الْقِتْبَانِيَّ أَنَّ كُلَيْبَ بْنَ صُبْحٍ حَدَّثَهُمْ أَنَّ الزِّبْرِقَانَ حَدَّثَهُ عَنْ عَمِّهِ عَمْرِو بْنِ أُمَيَّةَ الضَّمْرِيِّ قَالَ كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَعْضِ أَسْفَارِهِ فَنَامَ عَنْ الصُّبْحِ حَتَّى طَلَعَتْ الشَّمْسُ فَاسْتَيْقَظَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ تَنَحَّوْا عَنْ هَذَا الْمَكَانِ قَالَ ثُمَّ أَمَرَ بِلَالًا فَأَذَّنَ ثُمَّ تَوَضَّئُوا وَصَلَّوْا رَكْعَتَيْ الْفَجْرِ ثُمَّ أَمَرَ بِلَالًا فَأَقَامَ الصَّلَاةَ فَصَلَّى بِهِمْ صَلَاةَ الصُّبْحِ

442 – `Abbas Al-`Anbari meriwayatkan kepada kami, ح Ahmad bin Shalih telah meriwayatkan kepada kami, ini adalah lafaz `Abbas bahawa `Abdallah bin Yazid meriwayatkan kepada mereka daripada Haiwah bin Syuraih daripada `Ayyasy bin `Abbas iaitu Al-Qitbani bahawa Kulaib bin Shubh meriwayatkan kepada mereka bahawa Az-Zibriqan meriwayatkan kepadanya daripada bapa saudara (sebelah ayahnya) iaitu `Amr bin Umayyah Ad-Dhamri, katanya: Pernah kami bersama Rasulillah s.a.w dalam satu perjalanan, baginda tertidur sehingga tertinggal Subuh, matahari naik barulah Rasulullah s.a.w terjaga. Baginda bersabda: “Beralihlah kalian dari tempat ini”. Perawi berkata: Kemudian baginda menyuruh Bilal supaya azan kemudian mereka pun berwudhu’ dan bersembahyang dua raka`at  (sunat) Subuh kemudian baginda menyuruh Bilal mengiqamatkan untuk sembahyang Subuh lantas baginda pun mengimami sembahyang Subuh mereka. 

443 – حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْحَسَنِ حَدَّثَنَا حَجَّاجٌ يَعْنِي ابْنَ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا حَرِيزٌ ح و حَدَّثَنَا عُبَيْدُ بْنُ أَبِي الْوَزِيرِ حَدَّثَنَا مُبَشِّرٌ يَعْنِي الْحَلَبِيَّ حَدَّثَنَا حَرِيزٌ يَعْنِي ابْنَ عُثْمَانَ حَدَّثَنِي يَزِيدُ بْنُ صَالِحٍ عَنْ ذِي مِخْبَرٍ الْحَبَشِيِّ وَكَانَ يَخْدُمُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي هَذَا الْخَبَرِ قَالَ فَتَوَضَّأَ يَعْنِي النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وُضُوءًا لَمْ يَلْثَ مِنْهُ التُّرَابُ ثُمَّ أَمَرَ بِلَالًا فَأَذَّنَ ثُمَّ قَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَكَعَ رَكْعَتَيْنِ غَيْرَ عَجِلٍ ثُمَّ قَالَ لِبِلَالٍ أَقِمْ الصَّلَاةَ ثُمَّ صَلَّى الْفَرْضَ وَهُوَ غَيْرُ عَجِلٍ قَالَ عَنْ حَجَّاجٍ عَنْ يَزِيدَ بْنِ صُلَيْحٍ حَدَّثَنِي ذُو مِخْبَرٍ رَجُلٌ مِنْ الْحَبَشَةِ و قَالَ عُبَيْدٌ يَزِيدُ بْنُ صلحٍ

443 – Ibrahim bin Al-Hasan meriwayatkan kepada kami, katanya: Hajjaj iaitu Ibn Muhammad meriwayatkan kepada kami, katanya: Hariz meriwayatkan kepada kami, ح `Ubaid bin Abi Al-Wazir meriwayatkan kepada kami, katanya: Mubasy-syir iaitu Al-Halabi meriwayatkan kepada kami, katanya: Hariz iaitu Ibn `Utsman meriwayatkan kepada kami, katanya: Yazid bin Shalih teah meriwayatkan kepada saya daripada Dzi Mikhbar Al-Habasyi, beliau selalu berkhidmat kepada Nabi s.a.w dalam ceritanya berhubung dengan peristiwa ini juga, katanya: Dia pun berwudhu’ – maksud beliau ialah Nabi s.a.w – dengan ringkas sekali (wudhu’ yang tanah pun tidak basah) kemudian Nabi s.a.w menyuruh Bilal berazan kemudian berdiri lalu bersembahyang dua raka`at dengan tidak gopoh-gapah. Selepas itu baginda berkata kepada Bilal: “Iqamatkan untuk sembahyang”. Kemudian baginda bersembahyang fardhu dalam keadaan tidak gopoh. Perawi berkata (meriwayatkan) daripada Hajjaj daripada Yazid bin Sulaih katanya: “Dia menceritakan kepadaku Dzu Mikhbar ialah seorang lelaki dari Habsyah dan `Ubaid berkata: “Yazid bin Shulh” 

444 – حَدَّثَنَا مُؤَمَّلُ بْنُ الْفَضْلِ حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ عَنْ حَرِيزٍ يَعْنِي ابْنَ عُثْمَانَ عَنْ يَزِيدَ بْنِ صَالِحٍ عَنْ ذِي مِخْبَرٍ ابْنِ أَخِي النَّجَاشِيِّ فِي هَذَا الْخَبَرِ قَالَ فَأَذَّنَ وَهُوَ غَيْرُ عَجِلٍ 

444 – Mu’ammal bin Al-Fadhl telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-Walid telah meriwayatkan kepada kami daripada Hariz ya`ni Ibn `Utsman daripada Yazid bin Shalih daripada Dzu Mikhbar iaitu anak kepada saudara lelaki an-Najasyi dalam cerita ini, beliau berkata: Bilal pun berazan dalam keadaan tidak gopoh. 

445 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ جَامِعِ بْنِ شَدَّادٍ سَمِعْتُ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ أَبِي عَلْقَمَةَ سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ قَالَ أَقْبَلْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَمَنَ الْحُدَيْبِيَةِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَكْلَؤُنَا فَقَالَ بِلَالٌ أَنَا فَنَامُوا حَتَّى طَلَعَتْ الشَّمْسُ فَاسْتَيْقَظَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ افْعَلُوا كَمَا كُنْتُمْ تَفْعَلُونَ قَالَ فَفَعَلْنَا قَالَ فَكَذَلِكَ فَافْعَلُوا لِمَنْ نَامَ أَوْ نَسِيَ 

445 – Muhammad bin Al-Mutsanna meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad bin Ja`far meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu`bah meriwayatkan kepada kami daripada Jami` bin Syaddad, katanya: Aku telah mendengar `Abdar Rahman bin Abi `Alqamah berkata: Aku telah mendengar `Abdallah bin Mas`ud berkata: Kami pulang bersama Rasulullah s.a.w pada masa Hudaibiah, Rasulullah s.a.w bertanya: “Siapa akan berjaga (Subuh) untuk kita”?”. Bilal pun menjawab: “Saya”. Mereka semua tidur sehingga matahari naik barulah Nabi s.a.w terjaga. Kemudian baginda bersabda: “Lakukan sepertimana kamu biasa lakukan”. Perawi berkata: “Kami pun melakukan (seperti yang Nabi s.a.w suruh), baginda berkata lagi: “Kamu lakukanlah begitu (ya`ni) kepada sesiapa yang tertidur atau terlupa”.

Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 8 – Bab – Orang Yang Tertidur Sehingga Tertinggal Atau Terlupa Sembahyang

VIDEO – [Durasi – 6m 18s] – Sesi 8 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/jqfxBJ4P45s ]

VIDEO – [Durasi – 1j 24m 2s] -Sesi 8 – Orang yang tertidur sehingga tertinggal solat – [Sunan Abi Daud – Kitab Solat]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/0aOowUNHJ8Y ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Terjemahan matan hadith

2- 11:45 : Bab – Orang yang tertidur sehingga tertinggal atau terlupa sembahyang

3- 25:25 : Maksud, “Berpindah tempat untuk sembahyang kerana tertidur”

4- 35:43 : Dirikan sembahyang bila ingat

5- 41:36 : Maksud “Aqimis Solata Lizzikri”

6- 46:13 : Khilaf qadha’ sembahyang bagi orang yang tinggal sembahyang dengan sengaja

7- 01:16:45 : Sanad hadith kedua

Sunan Abi Daud – Kitab sembahyang – Sesi 7 – Bab – Apabila Imam Menta’khirkan Sembahyang Dari Waktunya

VIDEO – [Durasi – 3m 49s] -Sesi 7 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/cIacfx4IkZ0 ]

VIDEO – [Durasi – 1j 22m 44s] – Sesi 7 – Bila Imam menta’khirkan sembahyang dari waktunya – [Sunan Abi Daud – Kitab Solat]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/0X_BwENIlNA ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Terjemahan Hadith

2- 05:42 : Bab – Bagaimana kalau imam menta’khirkan sembahyang dari waktu ,

3- 08:02 : Sanad hadith ini

4- 11:07 : Bersembahyanglah pada waktunya

5- 14:38 : Seseorang itu sudah menunaikan solat di rumahnya seorang diri kemudiannya dia solat bersama dengan imam pula

6- 33:23 : Pemimpin-pemimpin ada yang menta’khirkan sembahyang “waktu mukhtar”

7- 42:34 : Sembahyang “teman”, pemujaan kubur dan bid’ah

8- 56:23 : Sanad hadith yang ketiga ada Ubadah bin as-Somit

9- 59:20 : Riwayat “bil makna” (dengan makna)

10- 01:03:29 : Sanad hadith ada Abu Hasyim az-Zakfarani dan Soleh bin Ubaid

11- 01:16:11 : Nabi s.a.w bersabda, “Nanti akan ada pemimpin-pemimpin kamu sesudah aku menta’khirkan sembahyang, akan untung kepada kamu”

MATAN HADITH

SUNAN ABI DAUD – KITAB TENTANG SEMBAHYANG 

بَاب إِذَا أَخَّرَ الْإِمَامُ الصَّلَاةَ عَنْ الْوَقْتِ

Bab – Apabila Imam Melewatkan Sembahyang Dari Waktunya

429 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ أَبِي عِمْرَانَ يَعْنِي الْجَوْنِيَّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الصَّامِتِ عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا أَبَا ذَرٍّ كَيْفَ أَنْتَ إِذَا كَانَتْ عَلَيْكَ أُمَرَاءُ يُمِيتُونَ الصَّلَاةَ أَوْ قَالَ يُؤَخِّرُونَ الصَّلَاةَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَمَا تَأْمُرُنِي قَالَ صَلِّ الصَّلَاةَ لِوَقْتِهَا فَإِنْ أَدْرَكْتَهَا مَعَهُمْ فَصَلِّه فَإِنَّهَا لَكَ نَافِلَةٌ

429 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad bin Zaid meriwayatkan kepada kami daripada `Imran iaitu Al-Jauni daripada `Abdillah bin Ash-Shamit daripada Abi Dzar, katanya: Rasulullah s.a.w telah bertanya kepadaku: “Wahai Aba Dzar, bagaimana engkau (apa yang akan engkau buat sekiranya berlaku begini) apabila pemerintah-pemerintahmu mematikan sembahyang atau baginda bersabda melewatkan sembahyang?”. Saya menjawab: “Kalau begitu, apakah yang engkau perintahkan daku?”. Baginda bersabda: “Bersembahyanglah pada waktunya, setelah itu jikalau engkau sempat dengan sembahyang bersama mereka maka kerjakanlah kerana ia menjadi sunat kepadamu.”

430 – حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ إِبْرَاهِيمَ دُحَيْمٌ الدِّمَشْقِيُّ حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ حَدَّثَنَا الْأَوْزَاعِيُّ حَدَّثَنِي حَسَّانُ يَعْنِي ابْنَ عَطِيَّةَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ سَابِطٍ عَنْ عَمْرِو بْنِ مَيْمُونٍ الْأَوْدِيِّ قَالَ قَدِمَ عَلَيْنَا مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ الْيَمَنَ رَسُول رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَيْنَا قَالَ فَسَمِعْتُ تَكْبِيرَهُ مَعَ الْفَجْرِ رَجُلٌ أَجَشُّ الصَّوْتِ قَالَ فَأُلْقِيَتْ عَلَيْهِ مَحَبَّتِي فَمَا فَارَقْتُهُ حَتَّى دَفَنْتُهُ بِالشَّامِ مَيِّتًا ثُمَّ نَظَرْتُ إِلَى أَفْقَهِ النَّاسِ بَعْدَهُ فَأَتَيْتُ ابْنَ مَسْعُودٍ فَلَزِمْتُهُ حَتَّى مَاتَ فَقَالَ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَيْفَ بِكُمْ إِذَا أَتَتْ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يُصَلُّونَ الصَّلَاةَ لِغَيْرِ مِيقَاتِهَا قُلْتُ فَمَا تَأْمُرُنِي إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ صَلِّ الصَّلَاةَ لِمِيقَاتِهَا وَاجْعَلْ صَلَاتَكَ مَعَهُمْ سُبْحَةً

430 – `Abdur Rahman bin Ibrahim iaitu Duhaim Ad-Dimasyqi meriwayatkan kepada kami katanya Al-Walid meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-Auza`i meriwayatkan kepada kami, katanya: Hassan ya`ni Ibn `Athiyyah meriwayatkan kepada saya daripada `Abdir Rahman bin Sabith daripada `Amr bin Maimun Al-Audi, katanya: Mu`adz bin Jabal telah datang kepada kami di Yaman sebagai utusan Rusulillah s.a.w kepada kami, beliau (`Amr bin Maimun) berkata: “Maka saya mendengar takbirnya ketika fajar, seorang yang kuat suaranya”. Beliau (`Amr) berkata: “Lalu timbul rasa kasih dalam hatiku kepadanya dan aku tidak meninggalkannya sehingga aku mengebumikannya (ketika beliau mati) di Syam. Kemudian saya memerhatikan orang yang paling mendalam `ilmunya sesudahnya, lalu saya pun pergi menemui Ibn Mas’ud dan terus bersama beliau sehingga (beliau) mati”. Ibn Mas`ud berkata: Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: “Bagaimana kamu jika pemimpin-pemimpin kamu tidak mengerjakan solat pada waktunya?”. Saya menjawab: “Jika begitu, apakah yang engkau perintahkan aku jika keadaan itu sempat denganku wahai Rasulallah?”. Baginda bersabda: “Solatlah pada waktunya dan jadikan (anggaplah) solatmu bersama mereka sebagai solat sunat”.

431 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ قُدَامَةَ بْنِ أَعْيَنَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ هِلَالِ بْنِ يَسَافٍ عَنْ أَبِي الْمُثَنَّى عَنْ ابْنِ أُخْتِ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ ح و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سُلَيْمَانَ الْأَنْبَارِيُّ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ سُفْيَانَ الْمَعْنَى عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ هِلَالِ بْنِ يَسَافٍ عَنْ أَبِي الْمُثَنَّى الْحِمْصِيِّ عَنْ أَبِي أُبَيٍّ ابْنِ امْرَأَةِ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّهَا سَتَكُونُ عَلَيْكُمْ بَعْدِي أُمَرَاءُ تَشْغَلُهُمْ أَشْيَاءُ عَنْ الصَّلَاةِ لِوَقْتِهَا حَتَّى يَذْهَبَ وَقْتُهَا فَصَلُّوا الصَّلَاةَ لِوَقْتِهَا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أُصَلِّي مَعَهُمْ قَالَ نَعَمْ إِنْ شِئْتَ وَقَالَ سُفْيَانُ إِنْ أَدْرَكْتُهَا مَعَهُمْ أُصَلِّي مَعَهُمْ قَالَ نَعَمْ إِنْ شِئْتَ

431 – Muhammad bin Qudamah bin A`yan meriwayatkan kepada kami, katanya: Jarir meriwayatkan kepada kami daripada Manshur daripada Hilal bin Yasaf daripada Abi Al-Mutsanna daripada anak saudara kepada`Ubadah bin Ash-Shamit daripada `Ubadah bin Ash-Shamit ح Muhammad bin Sulaiman Al-Anbari meriwayatkan kepada kami katanya Waki` meriwayatkan kepada kami daripada Sufyan sama dari segi maknanya dengan riwayat Jarir daripada Manshur tadi daripada Hilal bin Yasaf daripada Abi Al-Mutsanna Al-Himshi daripada Abi Ubai iaitu anak  kepada isteri `Ubadah bin Ash-Shamit daripada `Ubadah bin Ash-Shamit, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesudahmu nanti akan ada beberapa orang pemimpin yang mana banyak perkara menyibukkan mereka untuk bersembahyang pada waktunya sehingga berlalu waktunya maka bersembahyanglah kalian pada waktunya”. Kemudian seseorang berkata: “Wahai Rasulallah s.a.w, adakah saya perlu/boleh bersembahyang bersama mereka?”. Baginda menjawab: “Ya jika engkau mahu”. Sufyan berkata: “Jika saya sempat bersembahyang bersama mereka, bolehkah saya bersembahyang bersama mereka?”. Baginda menjawab: “Ya boleh, sekiranya engkau mahu.”

432 – حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ الطَّيَالِسِيُّ حَدَّثَنَا أَبُو هَاشِمٍ يَعْنِي الزَّعْفَرَانِيَّ حَدَّثَنِي صَالِحُ بْنُ عُبَيْدٍ عَنْ قَبِيصَةَ بْنِ وَقَّاصٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ مِنْ بَعْدِي يُؤَخِّرُونَ الصَّلَاةَ فَهِيَ لَكُمْ وَهِيَ عَلَيْهِمْ فَصَلُّوا مَعَهُمْ مَا صَلَّوْا الْقِبْلَةَ

432 – Abu Al-Walid Ath-Thayalisi meriwayatkan kepada kami katanya Abu Hasyim iaitu Az-Za`farani meriwayatkan kepada kami, katanya: Shalih bin `Ubaid meriwayatkan kepada saya daripada Qabishah bin Waqqash, katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Akan ada sesudahku nanti pemimpin-pemimpin kamu yang mana mereka melewatkan sembahyang, sembahyang itu tetap mendatangkan keuntungan kepada kamu dan membawa kerugian kepada mereka, bersembahyanglah bersama mereka selagi mereka menghadap qiblat.”

Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 6 – Bab – Menjaga Sembahyang-sembahyang

VIDEO – [Durasi – 7m 12s] -Sesi 6 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/8-2zf56rAIQ ]

VIDEO – [Durasi –  1j 11m 56s] -Sesi 6 – Menjaga Sembahyang-sembahyang – [Sunan Abi Daud – Kitab Solat]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/lWwGOA1k8dg?list=TLPQMDExMDIwMjN6dl4ZlPpeTA ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Terjemahan Hadith

2- 11:35 : Bab – Tentang menjaga sembahyang-sembahyang

3- 12:26 : Sanad hadith ini ada Abdullah bin As-Sunabihi dan Abu Muhammad

4- 30:20 : Kalimah “Kazaba”

5- 32:55 : Solat witir itu adalah wajib (pendapat Imam Abu Hanifah)

6- 40:30 : Sebab hadith kedua ini tidak sahih

7- 58:27 : Jagalah dua waktu iaitu Solat Asar dan Subuh

MATAN HADITH

SUNAN ABI DAUD – KITAB TENTANG SEMBAHYANG 

بَاب فِي الْمُحَافَظَةِ عَلَى الصَّلَوَاتِ

Bab – Tentang Menjaga Waktu-Waktu Sembahyang

425 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ حَرْبٍ الْوَاسِطِيُّ حَدَّثَنَا يَزِيدُ يَعْنِي ابْنَ هَارُونَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُطَرِّفٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الصُّنَابِحِيِّ قَالَ زَعَمَ أَبُو مُحَمَّدٍ أَنَّ الْوِتْرَ وَاجِبٌ فَقَالَ عُبَادَةُ بْنُ الصَّامِتِ كَذَبَ أَبُو مُحَمَّدٍ أَشْهَدُ أَنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ خَمْسُ صَلَوَاتٍ افْتَرَضَهُنَّ اللَّهُ تَعَالَى مَنْ أَحْسَنَ وُضُوءَهُنَّ وَصَلَّاهُنَّ لِوَقْتِهِنَّ وَأَتَمَّ رُكُوعَهُنَّ وَخُشُوعَهُنَّ كَانَ لَهُ عَلَى اللَّهِ عَهْدٌ أَنْ يَغْفِرَ لَهُ وَمَنْ لَمْ يَفْعَلْ فَلَيْسَ لَهُ عَلَى اللَّهِ عَهْدٌ إِنْ شَاءَ غَفَرَ لَهُ وَإِنْ شَاءَ عَذَّبَهُ

425 – Muhammad bin Harb Al-Wasithi meriwayatkan kepada kami, katanya: Yazid ya`ni Ibn Harun meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad bin Mutharrif meriwayatkan kepada kami daripada Zaid bin Aslam daripada `Atha’ bin Yasar daripada `Abdillah bin As-Shunabihi[1], katanya: Abu Muhammad mengatakan bahawa witir itu wajib lalu `Ubadah bin As-Shamit berkata: Abu Muhammad tidak tepat, saya bersaksi bahawa sesungguhnya saya telah mendengar Rasulallah s.a.w bersabda: “Lima sembahyang telah difardhukan oleh Allah `Azza wa Jalla, sesiapa yang mengelokkan wudhu’nya dan mengerjakannya pada waktunya dengan menyempurnakan ruku` dan khusyu`nya nescaya Allah berjanji untuk mengampuninya manakala sesiapa yang tidak melakukan demikian, Allah tidak berjanji untuknya sama ada Dia akan mengampuninya atau menyeksanya.”

426 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْخُزَاعِيُّ وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ قَالَا حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ عَنْ الْقَاسِمِ بْنِ غَنَّامٍ عَنْ بَعْضِ أُمَّهَاتِهِ عَنْ أُمِّ فَرْوَةَ قَالَتْ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْأَعْمَالِ أَفْضَلُ قَالَ الصَّلَاةُ فِي أَوَّلِ وَقْتِهَا

قَالَ الْخُزَاعِيُّ فِي حَدِيثِهِ عَنْ عَمَّةٍ لَهُ يُقَالُ لَهَا أُمُّ فَرْوَةَ قَدْ بَايَعَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ

426 – Muhammad bin `Abdillah Al-Khuza`i dan `Abdullah bin Maslamah meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: `Abdullah bin `Umar meriwayatkan kepada kami daripada Al-Qasim bin Ghannam daripada salah seorang ibu-ibunya daripada Ummu Farwah, beliau berkata: Rasulullah s.a.w telah ditanya: “Apakah amalan yang paling afdhal?”. Baginda menjawab: “Sembahyang pada awal waktunya”.

Al-Khuza`i di dalam haditsnya berkata (Al-Ghannam meriwayatkan) daripada ibu saudaranya (ya`ni bukan daripada salah seorang ibu-ibunya) yang dikenali sebagai Ummu Farwah. Beliau pernah berbai`ah kepada Nabi s.a.w bahawa baginda pernah ditanya

427 – حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَوْنٍ أَخْبَرَنَا خَالِدٌ عَنْ دَاوُدَ بْنِ أَبِي هِنْدٍ عَنْ أَبِي حَرْبِ بْنِ أَبِي الْأَسْوَدِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ فَضَالَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ عَلَّمَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَانَ فِيمَا عَلَّمَنِي وَحَافِظْ عَلَى الصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ قَالَ قُلْتُ إِنَّ هَذِهِ سَاعَاتٌ لِي فِيهَا أَشْغَالٌ فَمُرْنِي بِأَمْرٍ جَامِعٍ إِذَا أَنَا فَعَلْتُهُ أَجْزَأَ عَنِّي فَقَالَ حَافِظْ عَلَى الْعَصْرَيْنِ وَمَا كَانَتْ مِنْ لُغَتِنَا فَقُلْتُ وَمَا الْعَصْرَانِ فَقَالَ صَلَاةُ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَصَلَاةُ قَبْلَ غُرُوبِهَا

427 – `Amr bin `Aun meriwayatkan kepada kami, katanya: Khalid meriwayatkan kepada kami daripada Daud bin Abu Hind daripada Abi Harb bin Abu Al-Aswad daripada `Abdillah bin Fadhalah daripada ayahnnya, katanya: Rasulullah s.a.w telah mengajar saya, di antara (perkara) yang diajarkan oleh baginda kepadaku ialah “Dan jagalah sembahyang lima waktu sebaik-baiknya”. Perawi (Fadhalah) berkata: Sesungguhnya ini ialah masa-masa yang saya sibuk, oleh itu suruhlah saya dengan satu perintah yang mencakupi kesemuanya yang mana apabila saya mengerjakannya sudah memadai kepada saya. Lantas baginda bersabda: “Jagalah Al-`Ashrain (dua `Ashar) ya`ni dua sembahyang yang berada di dua tepian (sembahyang yang dikerjakan di hujung siang dan dihujung malam) iaitu `Ashar dan Shubuh. Al-`Ashrain itu bukan bahasa kami, kerana itu saya bertanya apakah Al`Ashrain (dua `Asar) itu? Baginda menjawab: “Iaitu sembahyang sebelum matahari terbit dan sembahyang sebelum matahari terbenam (Shubuh dan `Ashar).”

428 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ إِسْمَعِيلَ بْنِ أَبِي خَالِدٍ حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ عُمَارَةَ بْنِ رُؤَيْبَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ سَأَلَهُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْبَصْرَةِ فَقَالَ أَخْبِرْنِي مَا سَمِعْتَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَلِجُ النَّارَ رَجُلٌ صَلَّى قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ أَنْ تَغْرُبَ قَالَ أَنْتَ سَمِعْتَهُ مِنْهُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ قَالَ نَعَمْ كُلُّ ذَلِكَ يَقُولُ سَمِعَتْهُ أُذُنَايَ وَوَعَاهُ قَلْبِي فَقَالَ الرَّجُلُ وَأَنَا سَمِعْتُهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ ذَلِكَ

428 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya meriwayatkan kepada kami daripada Isma`il bin Abi Khalid, katanya: Abu Bakr bin `Umarah bin Ru’aibah meriwayatkan kepada kami daripada ayahnya, katanya: Ada seorang lelaki dari penduduk Bashrah bertanya beliau (`Umarah) katanya: Ceritakan padaku apa yang telah engkau dengar daripada Rasulillah s.a.w? Beliau menjawab: Saya telah mendengar Rasulallah s.a.w bersabda: “Seseorang yang bersembahyang sebelum matahari terbit dan sebelum matahari terbenam tidak akan masuk ke dalam neraka.” Orang itu bertanya: “Adakah engkau telah mendengarnya daripada baginda s.a.w”, tiga kali beliau bertanya. `Umarah menjawab: “Ya” (perawi) berkata pada setiap kalinya dua telingaku telah mendengarnya dan hatiku telah mengingatinya. Orang itupun berkata: “Saya juga mendengar baginda bersabda begitu”.

[1] Yang tepatnya  ialah `Abdullah as-Shunabihi seperti yang terdapat di dalam cetakan yang disyarah oleh Maulana Fakhrul Hasan Al-Gangguhi.

Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 5 – Bab – Berkenaan Waktu Maghrib, Isya’ Dan Subuh

VIDEO – [Durasi – 5m 27s] – Sesi 5 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/zHVaNqyTtDg ]

VIDEO – [Durasi –  1j 25m 26s] – Sesi 5 – Waktu Maghrib, Isya’ Dan Waktu Subuh – [Sunan Abi Daud – Kitab Solat]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/cGekTEDH1RQ ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Bab – Waktu Maghrib. Terjemahan hadith

2- 09:27 : Huraian hadith waktu maghrib

3- 12:17 : Salamah bin Al-‘Akwa’

4- 14:01 : Hadith riwayat Muhammad bin Ishaq ini boleh dipakai kerana ianya tidak menyokong aliran bid’ahnya (Syiah)

5- 19:40 : Bab – Solat Isya’, riwayat Nu’man bin Basyir

6- 26:40 : Khilaf solat Isya’ samada afdhal di awal waktu atau di akhir waktu

7- 45:31 : Apa maksud, “Kamu dilebihkan dengan sebab solat Isya’ dari sekalian umat yang lain?”

8- 51:32 : Apa maksud, “tunggu untuk solat”?

9- 01:04:15 : Maksud Imam Abu Daud membuat tajuk bab

10- 01:06:46 : Bab – Waktu solat Subuh

11- 01:07:30 : Peringatan tentang terjemahan lafaz “In” atau “Inna”

12- 01:11:37 : Solat Subuh di awal waktu dan solat Subuh telah agak cerah sedikit

MATAN HADITH

SUNAN ABI DAUD – KITAB TENTANG SEMBAHYANG 

بَاب فِي وَقْتِ الْمَغْرِبِ

Bab – Tentang Waktu Maghrib

416 – حَدَّثَنَا دَاوُدُ بْنُ شَبِيبٍ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ ثَابِتٍ الْبُنَانِيِّ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كُنَّا نُصَلِّي الْمَغْرِبَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ نَرْمِي فَيَرَى أَحَدُنَا مَوْضِعَ نَبْلِهِ

416 – Daud bin Syabib meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad meriwayatkan kepada kami daripada Tsabit Al-Bunani daripada Anas bin Malik, katanya: Kami selalu bersembahyang Maghrib bersama Nabi s.a.w kemudian kami memanah dan seseorang daripada kami nampak tempat jatuh anak panahnya.

417 – حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ عَنْ صَفْوَانَ بْنِ عِيسَى عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي عُبَيْدٍ عَنْ سَلَمَةَ بْنِ الْأَكْوَعِ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي الْمَغْرِبَ سَاعَةَ تَغْرُبُ الشَّمْسُ إِذَا غَابَ حَاجِبُهَا

417 – `Amr bin `Ali meriwayatkan kepada kami daripada Safwan bin `Isa daripada Yazid bin Abi `Ubaid daripada Salamah bin Al-Akwa’, katanya: Nabi s.a.w bersembahyang Maghrib pada waktu matahari terbenam iaitu ketika lenyap kening matahari.

418 – حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ زُرَيْعٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَقَ حَدَّثَنِي يَزِيدُ بْنُ أَبِي حَبِيبٍ عَنْ مَرْثَدِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ لَمَّا قَدِمَ عَلَيْنَا أَبُو أَيُّوبَ غَازِيًا وَعُقْبَةُ بْنُ عَامِرٍ يَوْمَئِذٍ عَلَى مِصْرَ فَأَخَّرَ الْمَغْرِبَ فَقَامَ إِلَيْهِ أَبُو أَيُّوبَ فَقَالَ لَهُ مَا هَذِهِ الصَّلَاةُ يَا عُقْبَةُ فَقَالَ شُغِلْنَا قَالَ أَمَا سَمِعْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ أَوْ قَالَ عَلَى الْفِطْرَةِ مَا لَمْ يُؤَخِّرُوا الْمَغْرِبَ إِلَى أَنْ تَشْتَبِكَ النُّجُومُ

418 – `Ubaidullah bin `Umar meriwayatkan kepada kami, katanya: Yazid bin Zurai’ meriwayatkan kepada kami katanya Muhammad bin Ishaq meriwayatkan kepada kami, katanya: Yazid bin Abi Habib meriwayatkan kepada saya daripada Martsad bin `Abdillah, katanya: Ketika Abu Ayyub datang kepada kami sebagai pejuang, ketika itu `Uqbah bin `Amir menjadi gabenor di Mesir, beliau (`Uqbah bin `Amir) melewatkan sembayang Maghrib, Abu Ayyub pun bangkit mengadapnya sambil bertanya kepadanya “Sembahyang apa ini wahai `Uqbah?” .`Uqbah menjawab: “Kami kesibukan”. Abu Ayyub berkata “Tidakkah engkau mendengar Rasulallah s.a.w bersabda: “Umatku akan tetap dengan kebaikan atau baginda bersabda: Akan tetap berada di atas kesucian/ketulenan selagi mereka tidak melewatkan Maghrib sehingga kelihatan banyak bintang-bintang.”

بَاب فِي وَقْتِ الْعِشَاءِ الْآخِرَةِ

Bab – Tentang Waktu `Isya’

419 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ أَبِي بِشْرٍ عَنْ بَشِيرِ بْنِ ثَابِتٍ عَنْ حَبِيبِ بْنِ سَالِمٍ عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ قَالَ أَنَا أَعْلَمُ النَّاسِ بِوَقْتِ هَذِهِ الصَّلَاةِ صَلَاةِ الْعِشَاءِ الْآخِرَةِ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّيهَا لِسُقُوطِ الْقَمَرِ لِثَالِثَةٍ

419 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu `Awanah meriwayatkan kepada kami daripada Abi Bisyr bin Tsabit daripada Habib bin Salim daripada An-Nu’man bin Basyir, katanya: Aku adalah orang yang paling mengetahui tentang sembahyang ini iaitu sembahyang `Isya’, Rasulullah s.a.w mengerjakannya pada waktu lenyap bulan bagi malam yang ketiga dari awal setiap bulan.

420 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ الْحَكَمِ عَنْ نَافِعٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ مَكَثْنَا ذَاتَ لَيْلَةٍ نَنْتَظِرُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِصَلَاةِ الْعِشَاءِ فَخَرَجَ إِلَيْنَا حِينَ ذَهَبَ ثُلُثُ اللَّيْلِ أَوْ بَعْدَهُ فَلَا نَدْرِي أَشَيْءٌ شَغَلَهُ أَمْ غَيْرُ ذَلِكَ فَقَالَ حِينَ خَرَجَ أَتَنْتَظِرُونَ هَذِهِ الصَّلَاةَ لَوْلَا أَنْ تَثْقُلَ عَلَى أُمَّتِي لَصَلَّيْتُ بِهِمْ هَذِهِ السَّاعَةَ ثُمَّ أَمَرَ الْمُؤَذِّنَ فَأَقَامَ الصَّلَاةَ

420 – `Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Jarir meriwayatkan kepada kami daripada Manshur daripada Al-Hakam daripada Nafi` daripada `Abdillah bin `Umar, katanya: Pernah pada suatu malam kami menunggu Rasulallah s.a.w untuk bersembahyang `Isya’ tetapi baginda keluar kepada kami setelah berlalu sepertiga malam atau selepasnya lagi, kami tidak tahu adakah kerana sesuatu yang telah menyibukkan baginda atau kerana sebab lain. Setelah baginda keluar baginda bersabda: “Adakah kamu sedang menunggu sembahyang ini? Kalaulah tidak kerana akan menyusahkan umatku nescaya aku bersembahyang bersama mereka pada waktu ini”. Kemudian baginda menyuruh mu’azzin supaya mengiqamatkan sembahyang lalu mu’azzin mengiqamatkan untuk sembahyang tersebut.

421 – حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عُثْمَانَ الْحِمْصِيُّ حَدَّثَنَا أَبِي حَدَّثَنَا حَرِيزٌ عَنْ رَاشِدِ بْنِ سَعْدٍ عَنْ عَاصِمِ بْنِ حُمَيْدٍ السَّكُونِيِّ أَنَّهُ سَمِعَ مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ يَقُولُ أَبْقَيْنَا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي صَلَاةِ الْعَتَمَةِ فَأَخَّرَ حَتَّى ظَنَّ الظَّانُّ أَنَّهُ لَيْسَ بِخَارِجٍ وَالْقَائِلُ مِنَّا يَقُولُ صَلَّى فَإِنَّا لَكَذَلِكَ حَتَّى خَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا لَهُ كَمَا قَالُوا فَقَالَ لَهُمْ أَعْتِمُوا بِهَذِهِ الصَّلَاةِ فَإِنَّكُمْ قَدْ فُضِّلْتُمْ بِهَا عَلَى سَائِرِ الْأُمَمِ وَلَمْ تُصَلِّهَا أُمَّةٌ قَبْلَكُمْ

421 – `Amr bin `Utsman Al-Himshi meriwayatkan kepada kami katanya ayahku meriwayatkan kepada kami, katanya: Hariz meriwayatkan kepada kami daripada Rasyid bin Sa’d daripada `Ashim bin Humaid As-Sakuni bahawasanya beliau mendengar Mu`az bin Jabal berkata: Kami menunggu Nabi s.a.w untuk bersembahyang `Isya’ tetapi baginda keluar lewat sehingga ada yang menyangka bahawa baginda tidak akan keluar dan ada juga yang berkata bahawa baginda telah bersembahyang, saya pun begitu juga sehinggalah Nabi s.a.w keluar. Merekapun berkata kepada baginda sepertimana yang telah mereka katakan sebelum itu, baginda bersabda: “Perlewatkan sembahyang ini kerana sesungguhnya kamu telah dilebihkan dengan sembahyang ini daripada umat-umat yang lain, tidak ada satu umat pun sebelum kamu yang mengerjakannya.”

422 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ الْمُفَضَّلِ حَدَّثَنَا دَاوُدُ بْنُ أَبِي هِنْدٍ عَنْ أَبِي نَضْرَةَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ صَلَّيْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ الْعَتَمَةِ فَلَمْ يَخْرُجْ حَتَّى مَضَى نَحْوٌ مِنْ شَطْرِ اللَّيْلِ فَقَالَ خُذُوا مَقَاعِدَكُمْ فَأَخَذْنَا مَقَاعِدَنَا فَقَالَ إِنَّ النَّاسَ قَدْ صَلَّوْا وَأَخَذُوا مَضَاجِعَهُمْ وَإِنَّكُمْ لَنْ تَزَالُوا فِي صَلَاةٍ مَا انْتَظَرْتُمْ الصَّلَاةَ وَلَوْلَا ضَعْفُ الضَّعِيفِ وَسَقَمُ السَّقِيمِ لَأَخَّرْتُ هَذِهِ الصَّلَاةَ إِلَى شَطْرِ اللَّيْلِ

422 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Bisyr bin Al-Mufadhdhal meriwayatkan kepada kami, katanya: Daud bin Abi Hind meriwayatkan kepada kami daripada Abi Nadhrah daripada Abi Sa’id Al-Khudri, katanya: Kami mahu bersembahyang `Isya’ bersama Rasulillah s.a.w tetapi baginda tidak keluar sehingga berlalu kira-kira separuh malam. Baginda bersabda : “Duduklah kamu di tempat kamu”. Kami pun duduk di tempat kami masing-masing. Baginda bersabda: “Orang ramai telahpun bersembahyang dan mereka pun telah pergi ke tempat tidur masing-masing. Kamu dikira berada terus di dalam sembahyang selagi kamu menunggu sembahyang, kalaulah tidak kerana kelemahan orang yang lemah dan kesakitan orang sakit nescaya aku lewatkan sembahyang ini hingga ke separuh malam”.

بَاب  فِي وَقْتِ الصُّبْحِ

Bab  – Tentang Waktu Subuh

423 – حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِيُّ عَنْ مَالِكٍ عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ عَنْ عَمْرَةَ بِنْتِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّهَا قَالَتْ إِنْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيُصَلِّي الصُّبْحَ فَيَنْصَرِفُ النِّسَاءُ مُتَلَفِّعَاتٍ بِمُرُوطِهِنَّ مَا يُعْرَفْنَ مِنْ الْغَلَسِ

423 – Al-Qa`nabi meriwayatkan kepada kami daripada Malik daripada Yahya bin Sa’id daripada `Amrah binti `Abdir Rahman daripada `A’isyah r.ha bahawasanya beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersembahyang Subuh, setelah baginda selesai bersembahyang, orang-orang perempuan pergi dengan berselimut, mereka tidak dikenali kerana masih gelap (mereka pergi pada waktu masih gelap).

424 – حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ ابْنِ عَجْلَانَ عَنْ عَاصِمِ بْنِ عُمَرَ بْنِ قَتَادَةَ بْنِ النُّعْمَانِ عَنْ مَحْمُودِ بْنِ لَبِيدٍ عَنْ رَافِعِ بْنِ خَدِيجٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَصْبِحُوا بِالصُّبْحِ فَإِنَّهُ أَعْظَمُ لِأُجُورِكُمْ أَوْ أَعْظَمُ لِلْأَجْرِ

424 – Is-haq bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan meriwayatkan kepada kami daripada Ibn `Ajlan daripada `Ashim bin `Umar bin Qatadah bin Nu`man daripada Mahmud bin Labid daripada Rafi` bin Khadij, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sembahyanglah Subuh pada waktu telah agak cerah kerana bersembahyang pada waktu itu mendatangkan pahala yang lebih besar kepada kamu.

Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 4 – (Sambungan) Bab – Tentang Waktu Sembahyang Zohor & Sembahyang Wusta

VIDEO – [Durasi – 8m 2s] -Sesi 4 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/63nqCxxuH0Y ]

VIDEO – [Durasi – 1j 22m 14s] -Sesi 4 – Waktu Sembahyang Zohor – [Sunan Abi Daud – Kitab Solat]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/gnQVvU2oHkQ ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 – Terjemahan hadith

2- 14:19 – Tujuan Imam Abu Daud membawakan hadith-hadith berbeza untuk menyatakan punca khilaf ulama’ atau dalil (sandaran) ulama’-ulama’ dalam bab ini

3- 15:35 – Dalil bagi waktu solat Zohor ketika masih awal waktu yakni semasa masih panas

4- 16:52 – Wajib sujud dengan mengenakan dahi pada tanah

5- 18:31 – Pergerakan sedikit sebanyak tidak membatalkan solat berdasarkan hadith ini

6- 19:08 – Hujjah dan jawapan ulama` yang tidak bersetuju dan tidak berpegang dengan hadith ini, antaranya: a) hadith ini telah masukh. b) perbuatan mengambil pasir supaya sejuk tidak semestinya di awal waktu

7- 25:00 – Khilaf tentang masalah lengan baju, bolehkah dibuat lapik dahi? Sesetengah ulama` mazhab as-Syafiiyyah tidak mengharuskan; berbeza dengan Imam Abu Hanifah, al-Bukhari dan lain-lain yang berpendapat harus berbuat demikian.

8- 26:56 – Antara ulama` yang berpendapat hadith ini sudah mansukh adalah Imam Thahawi (Mazhab Hanafi) dan Imam Subki (Mazhab Syafi`e)

9- 27:27 – Waktu Nabi s.a.w. sembahyang zohor selepas gelincir matahari, sekadar manakah gelincir (bayang itu)?

10- 30:38 – Hadith ini juga menjadi dalil harus melewatkan sembahyang seandainya ada sebab yang boleh mengganggu kekhusyukan

11- 33:02 – Imam Abu Hanifah berpendapat tidak afdhal bagi orang perempuan bersembahyang jemaah di masjid bahkan mereka lebih elok bersembahyang di rumah.

12- 36:56 – Wap neraka

13- 46:41 – Neraka terlalu kuat sehingga memakan dirinya sendiri lalu dia memohon kepada Allah agar dibenarkan dia meluahkan nafasnya dua kali setahun iaitu sejuk dan panas.

14- 52:01 – Waktu yang ketiga

15- 57:17 – Hadith ini hanya sekadar menunjukkan ianya harus dan bukannya sebagai amalan. Hadith ini tidak kuat berbanding hadith-hadith yang lain sebelum ini.

16- 01:02:42 – Khilaf tentang sembahyang “wustha”, adakah ianya sembahyang Zohor atau `Asar?

17- 01:06:49 – Pendapat tentang apa yang dimaksudkan dengan sembahyang “Wustha”

18- 01:17:48 – Dalam hadith Anas ini, apakah yang dimaksudkan dengan ‘nifaq’, adakah i`tiqadi atau amali?

MATAN HADITH

SUNAN ABI DAUD – KITAB TENTANG SEMBAHYANG 

بَاب فِي وَقْتِ صَلَاةِ الْعَصْرِ

Bab – Waktu Sembahyang `Ashar

404 – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّهُ أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي الْعَصْرَ وَالشَّمْسُ بَيْضَاءُ مُرْتَفِعَةٌ حَيَّةٌ وَيَذْهَبُ الذَّاهِبُ إِلَى الْعَوَالِي وَالشَّمْسُ مُرْتَفِعَةٌ

404 – Qutaibah bin Sa’id meriwayatkan kepada kami katanya Al-Laits meriwayatkan kepada kami daripada Ibn Syihab daripada Anas bin Malik bahawasanya dia telah menceritakan kepadanya (Ibn Syihab) bahawa Rasulallah s.a.w bersembahyang ‘Ashar ketika mana matahari masih lagi putih, tinggi dan masih hidup. Orang yang pergi ke kawasan pinggir Madinah dapat sampai ke sana dalam keadaan matahari masih lagi tinggi.

405 – حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ وَالْعَوَالِي عَلَى مِيلَيْنِ أَوْ ثَلَاثَةٍ قَالَ وَأَحْسبُهُ قَالَ أَوْ أَرْبَعَةٍ

405 – Al-Hasan bin `Ali meriwayatkan kepada kami katanya `Abdur Razzaq meriwayatkan kepada kami katanya: Ma’mar meriwayatkan kepada kami daripada Az-Zuhri, beliau berkata: Kawasan pinggir Madinah itu terletak kira-kira dua batu ataupun tiga batu (dari pusat bandar Madinah), perawi berkata: dan saya rasa beliau (Zuhri) ada juga berkata: Atau empat batu.

406- حَدَّثَنَا يُوسُفُ بْنُ مُوسَى حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ خَيْثَمَةَ قَالَ حَيَاتُهَا أَنْ تَجِدَ حَرَّهَا

406 – Yusuf bin Musa meriwayatkan kepada kami katanya: Jarir meriwayatkan kepada kami daripada Manshur daripada Khaitsamah, beliau berkata: Matahari itu ialah engkau masih lagi dapat merasakan kepanasannya.

407 – حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِيُّ قَالَ قَرَأْتُ عَلَى مَالِكِ بْنِ أَنَسٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ عُرْوَةُ وَلَقَدْ حَدَّثَتْنِي عَائِشَةُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي الْعَصْرَ وَالشَّمْسُ فِي حُجْرَتِهَا قَبْلَ أَنْ تَظْهَرَ

407 – Al-Qa’nabi meriwayatkan kepada kami katanya: Saya membaca (hadits) di hadapan Malik bin Anas daripada Ibn Syihab katanya, `Urwah berkata: “ `A’isyah telah menceritakan kepadaku sesungguhnya Rasulullah bersembahyang `Ashar ketika matahari masih lagi berada di dalam rumahnya (kelihatan dari dalam rumahnya) sebelum matahari itu menghilang.”

408 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْعَنْبَرِيُّ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ أَبِي الْوَزِيرِ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَزِيدَ الْيَمَامِيُّ حَدَّثَنِي يَزِيدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ شَيْبَانَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ عَلِيِّ بْنِ شَيْبَانَ قَالَ قَدِمْنَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ فَكَانَ يُؤَخِّر الْعَصْرَ مَا دَامَتْ الشَّمْسُ بَيْضَاءَ نَقِيَّةً

408 – Muhammad bin `Abdur Rahman Al-`Anbari meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibrahim bin Abil Wazir meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad bin Yazid al-Yamami meriwayatkan kepada kami, katanya: Yazid bin `Abdir Rahman bin `Ali bin Syaiban meriwayatkan kepada saya daripada ayahnya (`Abdur Rahman) daripada datuknya `Ali bin Syaiban, katanya: Kami telah pergi menemui Rasulullah s.a.w  di Madinah, Baginda melewatkan sembahyang `Ashar selagi matahari itu putih dan bersih.

409 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ زَكَرِيَّا بْنِ أَبِي زَائِدَةَ وَيَزِيدُ بْنُ هَارُونَ عَنْ هِشَامِ بْنِ حَسَّانَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سِيرِينَ عَنْ عَبِيدَةَ عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَوْمَ الْخَنْدَقِ حَبَسُونَا عَنْ صَلَاةِ الْوُسْطَى صَلَاةِ الْعَصْرِ مَلَأَ اللَّهُ بُيُوتَهُمْ وَقُبُورَهُمْ نَارًا

409 – `Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya bin Zakariyya bin Abi Za’idah dan Yazid bin Harun meriwayatkan kepada kami daripada HIsyam bin Hassan daripada Muhammad bin Sirin daripada `Abidah daripada `Ali r.a bahawa Rasulallah s.a.w telah besabda pada hari Khandaq: “Mereka telah menghalang kita mengerjakan sembahyang wustha iaitu sembahyang `Ashar. Semoga Allah memenuhkan rumah-rumah dan kubur-kubur mereka dengan api.”

410 – حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِيُّ عَنْ مَالِكٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ الْقَعْقَاعِ بْنِ حَكِيمٍ عَنْ أَبِي يُونُسَ مَوْلَى عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّهُ قَالَ أَمَرَتْنِي عَائِشَةُ أَنْ أَكْتُبَ لَهَا مُصْحَفًا وَقَالَتْ إِذَا بَلَغْتَ هَذِهِ الْآيَةَ فَآذِنِّي { حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَى } فَلَمَّا بَلَغْتُهَا آذَنْتُهَا فَأَمْلَتْ عَلَيَّ حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَى وَصَلَاةِ الْعَصْرِ وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ ثُمَّ قَالَتْ عَائِشَةُ سَمِعْتُهَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

410 – Al-Qa’nabi meriwayatkan kepada kami daripada Malik daripada Zaid bin Aslam daripada Al-Qa’qa’ bin Hakim daripada Abi Yunus Maula (hamba bebasan) `A’isyah bahawa beliau berkata: `A’isyah telah menyuruhku menuliskan untuknya mushaf (sebuah al-Quran) dan beliau berpesan: Apabila engkau sampai kepada ayat ini { حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَى }, engkau beritahu kepadaku. Apabila saya telah sampai kepada ayat tersebut, saya beritahu kepadanya, beliau pun mengimla’kan begini kepada saya حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَى وَصَلَاةِ الْعَصْرِ وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ  Kemudian `A’isyah berkata: Saya telah mendengar seperti yang saya baca tadi daripada Rasulullah s.a.w

411 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ حَدَّثَنِي عَمْرُو بْنُ أَبِي حَكِيمٍ قَالَ سَمِعْتُ الزِّبْرِقَانَ يُحَدِّثُ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي الظُّهْرَ بِالْهَاجِرَةِ وَلَمْ يَكُنْ يُصَلِّي صَلَاةً أَشَدَّ عَلَى أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْهَا فَنَزَلَتْ { حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَى } وَقَالَ إِنَّ قَبْلَهَا صَلَاتَيْنِ وَبَعْدَهَا صَلَاتَيْنِ

411 – Muhammad bin Al-Mutsanna meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad bin Ja’far meriwayatkan kepada saya, katanya: Syu’bah meriwayatkan kepada kami, katanya: ‘Amr bin Abi Hakim meriwayatkan kepada saya, katanya: Saya telah mendengar Az-Zibriqan menceritakan daripada ‘Urwah bin Az-Zubair daripada Zaid bin Tsabit katanya: Rasulullah s.a.w bersembahyang Zohor sebaik sahaja matahari tergelincir dan tidak ada satu sembahyang yang Baginda mengerjakannya yang mana lebih sukar kepada Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w daripada sembahyang Zohor itu, lalu turunlah ayat { حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَى }  Perawi (Zaid bin Tsabit) berkata: Sesungguhnya terdapat dua sembahyang sebelum dan selepasnya.

412 – حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ الرَّبِيعِ حَدَّثَنِي ابْنُ الْمُبَارَكِ عَنْ مَعْمَرٍ عَنْ ابْنِ طَاوُسٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَدْرَكَ مِنْ الْعَصْرِ رَكْعَةً قَبْلَ أَنْ تَغْرُبَ الشَّمْسُ فَقَدْ أَدْرَكَ وَمَنْ أَدْرَكَ مِنْ الْفَجْرِ رَكْعَةً قَبْلَ أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فَقَدْ أَدْرَكَ

412 – Al-Hasan bin Ar-Rabi’ meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn Al-Mubarak meriwayatkan kepada kami daripada Ma’mar daripada Ibn Thawus daripada ayahnya daripada Ibn `Abbas daripada Abi Hurairah, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang sempat mendapat satu raka`at sembahyang `Ashar sebelum matahari terbenam maka bererti dia telah mendapat (sembahyang `Ashar tersebut) dan sesiapa yang telah mendapat satu raka’at sembahyang fajar sebelum matahari terbit maka bererti dia telah mendapat (sembahyang fajar tersebut).”

413 – حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِيُّ عَنْ مَالِكٍ عَنْ الْعَلَاءِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّهُ قَالَ دَخَلْنَا عَلَى أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ بَعْدَ الظُّهْرِ فَقَامَ يُصَلِّي الْعَصْرَ فَلَمَّا فَرَغَ مِنْ صَلَاتِهِ ذَكَرْنَا تَعْجِيلَ الصَّلَاةِ أَوْ ذَكَرَهَا فَقَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ تِلْكَ صَلَاةُ الْمُنَافِقِينَ تِلْكَ صَلَاةُ الْمُنَافِقِينَ تِلْكَ صَلَاةُ الْمُنَافِقِينَ يَجْلِسُ أَحَدُهُمْ حَتَّى إِذَا اصْفَرَّتْ الشَّمْسُ فَكَانَتْ بَيْنَ قَرْنَيْ شَيْطَانٍ أَوْ عَلَى قَرْنَيْ الشَّيْطَانِ قَامَ فَنَقَرَ أَرْبَعًا لَا يَذْكُرُ اللَّهَ فِيهَا إِلَّا قَلِيلًا

413 – Al-Qa’nabi meriwayatkan kepada kami daripada Malik daripada Al-‘Ala’ bin `Abdir Rahman bahawasanya beliau telah berkata: Kami masuk menemui Anas bin Malik selepas Zohor, selepas itu beliau mengerjakan sembahyang `Ashar. Apabila beliau telah selesai bersembahyang kami pun menyebutkan tentang segeranya beliau bersembahyang `Ashar itu atau (perawi syak) Anas itu sendiri yang menyebutkan sebab dia bersembahyang cepat itu dengan mengatakan saya telah mendengar Rasulallah s.a.w bersabda: “Itulah sembahyang orang-orang munafiq, itulah sembahyang orang-orang munafiq, itulah sembahyang orang-orang munafiq. Seseorang daripada mereka duduk sehingga warna matahari menjadi kuning dan matahari telah berada di antara dua tanduk syaitan atau berada di atas dua tanduk syaitan barulah dia bangun dan mematuk empat kali di mana dia tidak mengingati Allah `Azza wa Jalla kecuali sedikit.” 

414 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الَّذِي تَفُوتُهُ صَلَاةُ الْعَصْرِ فَكَأَنَّمَا وُتِرَ أَهْلهُ وَمَالهُ قَالَ أَبُو دَاوُد و قَالَ عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ أُوتِرَ وَاخْتُلِفَ عَلَى أَيُّوبَ فِيهِ و قَالَ الزُّهْرِيُّ عَنْ سَالِمٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وُتِرَ

414 – `Abdur Rahman bin Maslamah meriwayatkan kepada kami daripada Malik daripada Nafi` daripada Ibn `Umar bahawa Rasulallah s.a.w bersabda: Orang yang telah terlepas sembahyang `Ashar seolah-olah dia telah kehilangan keluarga dan harta bendanya. `Ubaidullah bin `Umar menyebutkan أُوتِرَ  Perselisihan tentang lafaz ini berlaku pada Ayyub. Az-Zuhri meriwayatkan daripada Salim daripada ayahnya daripada Nabi s.a.w dengan lafaz وُتِرَ

415-حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ خَالِدٍ حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ قَالَ قَالَ أَبُو عَمْرٍو يَعْنِي الْأَوْزَاعِيَّ وَذَلِكَ أَنْ تَرَى مَا عَلَى الْأَرْضِ مِنْ الشَّمْسِ صَفْرَاءَ

415 – Mahmud bin Khalid meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-Walid meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu `Amr ya’ni Al-Auza’i telah berkata: Itu (waktu yang dimaksudkan dengan seolah-olah seseorang itu telah kehilangan keluarga dan harta benda) adalah pada ketika engkau nampak sesuatu di atas tanah menjadi kuning.

Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 3 – Bab – Waktu Sembahyang Zohor

VIDEO – [Durasi – 4m 13s] – Sesi 3 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Kcv4qSA_R0I ]

VIDEO – [Durasi – 1j 21m 13s] – Sesi 3 – Waktu Sembahyang Zuhur – [Sunan Abi Daud – Kitab Solat]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/yoTBxX5HAxw ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 – Terjemahan hadith

2- 08:49 – Perawi hadith: Abu Bakr bin Abu Musa al-`Asy`ari, saudara kepada Abu Burdah bin Abu Musa al-`As`ari. Kebanyakan ulama` mengatakan dia sempat (meriwayatkan) dengan ayahnya berbanding Abu Burdah tetapi Imam Ahmad mengatakan dia tidak sempat.

3- 10:45 – Nabi s.a.w. ingin mengajar kepada kita adakalanya sesuatu perkara itu lebih baik ditunjukkan secara amali (praktikal) daripada secara teori sahaja

4- 14:05 – Makna ‘iqamat’ dalam istilah hadith adalah bermaksud azan dan juga iqamat

5- 19:29 – Hadith ini menjadi hujjah (tidak menyokong) ke atas qaul jadid Imam as-Syafi`i dan Imam Malik tentang pendapat mereka tentang pendeknya waktu magrib

6- 26:23 – Tarjih dari Imam an-Nawawi dan tiga jawapan kepada hadis Jibril yang menjadi dalil kepada Imam as-Syafi`i, Imam Malik dan ulama’-ulama’ yang sependapat dengan mereka.

7- 29:08 14 – Masalah yang difatwakan dalam mazhab as-Syafie (antara qaul Qadim & Qaul Jadid).

8- 36:45 – Bagaimana Nabi s.a.w. sembahyang pada waktu-waktu yang berlainan.

9- 48:39 – Percanggahan hadith-hadith kelebihan sembahyang di awal waktu dengan hadith-hadith yang lain. Benarkah kelebihan hanya kerana sembahyang pada awal waktu?

10- 52:19 – Kelebihan sembahyang di awal waktu bukan secara mutlak tapi hanya pada waktu-waktu yang tertentu yang munasabah. Hadith-hadith kelebihan sembahyang di awal waktu boleh dikatakan semuanya dhaif (lemah).

11- 53:27– Tiada satu dalil yang kukuh mengatakan sembahyang di awal waktu adalah lebih afdhal

12- 53:32 – Kekeliruan kerana wujudnya hadith dhaif dalam Sunan Abi Daud Dan at-Tirmizi berbanding hadith al-Bukhari Dan Muslim.

13- 55:29 – Menganalisa hadith-hadith yang menjadi dalil kelebihan sembahyang di awal waktu.

14- 58:11 – Ibnu Mas`ud sendiri tidak pakai hadith yang diriwayatkannya iaitu hadith tentang kelebihan sembahyang di awal waktu bahkan beliau sembahyang Subuh pada waktu isfar (cerah tanah). Begitu juga dengan Saidina `Ali.

15- 58:36 – Hadith Ibnu `Umar: “Sembahyang awal waktu mendapat keredhaan Allah dan sembahyang di akhir waktu mendapat keampunan Allah” dan jawapan kepada hadith ini, antaranya; Perawinya Ya`qub bin al-Walid al-Madani – Ibnu Hibban mengatakan dia seorang pereka hadith, Imam Ahmad mengatakannya seorang pendusta besar.

MATAN HADITH

SUNAN ABI DAUD – KITAB TENTANG SEMBAHYANG 

بَاب فِي وَقْتِ صَلَاةِ الظُّهْرِ

Bab  – Tentang Waktu Sembahyang Zhuhur

٣٩٩- حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ وَمُسَدَّدٌ قَالَا حَدَّثَنَا عَبَّادُ بْنُ عَبَّادٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرٍو عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْحَارِثِ الْأَنْصَارِيِّ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ كُنْتُ أُصَلِّي الظُّهْرَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَآخُذُ قبْضَةً مِنْ الْحَصَى لِتَبْرُدَ فِي كَفِّي أَضَعُهَا لِجَبْهَتِي أَسْجُدُ عَلَيْهَا لِشِدَّةِ الْحَرِّ

399 – Ahmad bin Hanbal dan Musaddad meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: `Abbad bin `Abbad meriwayatkan kepada kami katanya Muhammad bin `Amr meriwayatkan kepada kami daripada Sa`id bin Al-Harits Al-Anshari daripada Jabir bin `Abdillah, katanya: Saya bersembahyang Zohor bersama Rasulillah s.a.w kemudian saya mengambil segenggam pasir / anak batu supaya ia sejuk dalam genggaman saya untuk saya letakkannya di tempat letak dahi saya, saya sujud di atasnya kerana terlalu panas. 

400 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا عَبِيدَةُ بْنُ حُمَيْدٍ عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْأَشْجَعِيِّ سَعْدِ بْنِ طَارِقٍ عَنْ كَثِيرِ بْنِ مُدْرِكٍ عَنْ الْأَسْوَدِ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ قَالَ كَانَتْ قَدْرُ صَلَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الصَّيْفِ ثَلَاثَة أَقْدَامٍ إِلَى خَمْسَةِ أَقْدَامٍ وَفِي الشِّتَاءِ خَمْسَة أَقْدَامٍ إِلَى سَبْعَةِ أَقْدَامٍ

400 – `Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami katanya `Abidah bin Humaid meriwayatkan kepada kami daripada Abi Malik Al-Asyja’i iaitu Sa’d bin Thariq daripada Katsir bin Mudrik daripada Al-Aswad bahawa `Abdallah bin Mas’ud berkata: Kadar sembahyang (Zohor) Rasulillah s.a.w pada musim panas iaitu pada ketika bayang-bayang berukuran tiga tapak kaki hingga lima tapak kaki dan pada musim sejuk pula (pada ketika bayang berukuran) lima tapak kaki hingga tujuh tapak kaki.

401 – حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ الطَّيَالِسِيُّ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ أَخْبَرَنِي أَبُو الْحَسَنِ قَالَ أَبُو دَاوُد أَبُو الْحَسَنِ هُوَ مُهَاجِرٌ قَالَ سَمِعْتُ زَيْدَ بْنَ وَهْبٍ يَقُولُ سَمِعْتُ أَبَا ذَرٍّ يَقُولُ كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَرَادَ الْمُؤَذِّنُ أَنْ يُؤَذِّنَ الظُّهْرَ فَقَالَ أَبْرِدْ ثُمَّ أَرَادَ أَنْ يُؤَذِّنَ فَقَالَ أَبْرِدْ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا حَتَّى رَأَيْنَا فَيْءَ التُّلُولِ ثُمَّ قَالَ إِنَّ شِدَّةَ الْحَرِّ مِنْ فَيْحِ جَهَنَّمَ فَإِذَا اشْتَدَّ الْحَرُّ فَأَبْرِدُوا بِالصَّلَاةِ

401 – Abul Walid At-Thayalisi meriwayatkan kepada kami katanya Syu’bah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abul Hasan meriwayatkan kepada kami – Abu Daud berkata Abul Hasan ialah seorang Muhajir – katanya: Aku telah mendengar Zaid bin Wahb berkata: Aku telah mendengar Aba Dzar berkata: Pernah kami bersama Rasulillah s.a.w lalu mu’adzdzin mahu melaungkan azan Zohor, Baginda terus bersabda: “Tunggu sejuk”, kemudian mu’adzdzin mahu melaungkan azan lagi, Nabi s.a.w bersabda: “Tunggu sejuk”. Dua atau tiga kali Baginda berkata begitu sehingga kami nampak bayang-bayang longgokan-longgokan pasir (pusu) yang rendah kemudian Baginda bersabda: “Sesungguhnya panas yang terlalu kuat itu adalah daripada wap neraka jahannam, apabila bersangatan panas, tunggulah teduh sedikit untuk kamu mengerjakan sembahyang (Zohor).” 

402 – حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ خَالِدِ بْنِ مَوْهَبٍ الْهَمْدَانِيُّ وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ الثَّقَفِيُّ أَنَّ اللَّيْثَ حَدَّثَهُمْ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيّبِ وَأَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا اشْتَدَّ الْحَرُّ فَأَبْرِدُوا عَنْ الصَّلَاةِ قَالَ ابْنُ مَوْهَبٍ بِالصَّلَاةِ فَإِنَّ شِدَّةَ الْحَرِّ مِنْ فَيْحِ جَهَنَّمَ

402 – Yazid bin Khalid bin Mauhab Al-Hamdani dan Qutaibah bin Sa`id Ats-Tsaqafi meriwayatkan kepada kami bahawa Al-Laits meriwayatkan kepada mereka daripada Ibn Syihab daripada Sa’id bin Al-Musayyib dan Abi Salamah daripada Abi Hurairah bahawa Rasulallah s.a.w telah bersabda: “Apabila panas bersangatan maka tunggulah teduh sedikit untuk kamu mengerjakan sembahyang – Ibn Mauhab berkata بِالصَّلَاةِ – kerana panas yang bersangatan itu daripada wap neraka jahannam.

403 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ سِمَاكِ بْنِ حَرْبٍ عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ أَنَّ بِلَالًا كَانَ يُؤَذِّنُ الظُّهْرَ إِذَا دَحَضَتْ الشَّمْسُ

403 – Musa bin Isma’il meriwayatkan kepada kami katanya Hammad meriwayatkan kepada kami daripada Simak bin Harb daripada Jabir bin Samurah bahawasanya Bilal selalu mengumandangkan azan zohor ketika tergelincir matahari.

Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 2 – (Sambungan) Bab – Waktu-waktu Sembahyang

VIDEO – [Durasi – 1 13 57s] – Sesi 2 – Waktu-waktu Sembahyang – [Sunan Abi Daud – Kitab Solat]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/BpLy-MjXQhc ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

0- 00:18 -Terjemahan hadith

1- 09:03 – Khilaf tentang waktu sembahyang zohor.

2- 11:08 – Khilaf tentang akhir waktu Zohor.

3- 12:21 – Apakah dia waktu “musytarak”?

4- 15:30 – Permulaan waktu ‘Asar

5- 16:22 – Permulaan waktu Maghrib

6- 20:12 – Khilaf tentang akhir waktu Maghrib & Apakah qaul qadim dan qaul jadid Imam as-Syafi`e berhubung masalah ini? Yang manakah yang lebih dipakai dan ditarjihkan ulama`-ulama’ Syafi`iyyah?

7- 25:11 – Dalil harus (bukan bermakna elok, hanya semata-mata harus) menta`khirkan (melewatkan) sembahyang.

8- 34:03 – Waktu Subuh, dan huraian tentang fajar sadiq dan kazib

9- 35:41 – Khilaf tentang habis waktu Subuh

10- 38:12 – Antara jasa `Umar bin `Abdul `Aziz: Dikatakan pengasas ilmu usul hadith kerana mengarahkan pembukuan hadith-hadith dalam jenis-jenis kitab hadith yang berlainan.

11-59:05 – Hadith ini menunjukkan bahawa menunggu jemaah lebih ramai adalah lebih afdhal (utama) daripada mengerjakan sembahyang di awal waktu.

12- 59:58 – Qias dengan hadith ini: Sembahyang lewat tetapi dalam keadaan lebih tenang itu lebih afdhal daripada sembahyang awal tetapi dalam keadaan tergopoh-gopoh. Begitu juga kenapa Nabi melewatkan sembahyang ketika panas dan makan terlebih dahulu ketika makanan sudah dihidangkan, maka jawapannya adalah untuk mendapat khusyu’.

13- 01:01:39 Keutamaan sembahyang sunat Subuh & Khilaf antara mazhab-mazhab berkenaan waktu afdhal untuk sembahyang Subuh.

14- 01:08:03 Usamah bin Zaid al-Laitsi – perawi yang “mutafarriq” (bersendirian dalam meriwayatkan kaifiyyat (dan mentafsirkan makna) ‘isfar’ dalam hadith ini). Beliau juga perawi yang dipertikaikan sebahagian ulama’. Imam al-Bukhari dan Yahya bin Sa`id al-Qattan mengatakannya dhaif (lemah).

15- 01:12:48 Pendirian yang sepatutnya tentang khilaf tentang rakaat sembahyang dan pendapat peribadi Maulana `Asri tentangnya.

MATAN HADITH

SUNAN ABI DAUD – KITAB TENTANG SEMBAHYANG 

بَاب فِي وَقْتِ صَلَاةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَيْفَ كَانَ يُصَلِّيهَا

Bab – Waktu Sembahyang Nabi s.a.w dan Bagaimana Baginda Mengerjakannya

٣٩٧- حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ سَعْدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو وَهُوَ ابْنُ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ قَالَ سَأَلْنَا جَابِرًا عَنْ وَقْتِ صَلَاةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ كَانَ يُصَلِّي الظُّهْرَ بِالْهَاجِرَةِ وَالْعَصْرَ وَالشَّمْسُ حَيَّةٌ وَالْمَغْرِبَ إِذَا غَرَبَتْ الشَّمْسُ وَالْعِشَاءَ إِذَا كَثُرَ النَّاسُ عَجَّلَ وَإِذَا قَلُّوا أَخَّرَ وَالصُّبْحَ بِغَلَسٍ

397 – Muslim bin Ibrahim meriwayatkan kepada kami katanya Syu’bah meriwayatkan kepada kami daripada Sa’d bin  Ibrahim daripada Muhammad bin ‘Amr iaitu Ibn Al-Husain bin `Ali bin Abi Thalib, katanya: Kami telah bertanya Jabir tentang waktu sembahyang Nabi s.a.w. Beliau menjawab: Baginda selalu bersembahyang Zohor pada waktu tengahari (ya’ni sebaik gelincir matahari) manakala `Ashar pada ketika masih lagi hidup (cerah) dan Maghrib apabila matahari terbenam dan `Isya’ pula jika ramai orang Baginda akan menyegerakannya tetapi jika masih sedikit Baginda akan melewatkannya, subuh pula pada waktu “ghalas” (waktu awal subuh dan masih gelap)

٣٩٨- حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي الْمِنْهَالِ عَنْ أَبِي بَرْزَةَ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي الظُّهْرَ إِذَا زَالَتْ الشَّمْسُ وَيُصَلِّي الْعَصْرَ وَإِنَّ أَحَدَنَا لَيَذْهَبُ إِلَى أَقْصَى الْمَدِينَةِ وَيَرْجِعُ وَالشَّمْسُ حَيَّةٌ وَنَسِيتُ الْمَغْرِبَ وَكَانَ لَا يُبَالِي تَأْخِيرَ الْعِشَاءِ إِلَى ثُلُثِ اللَّيْلِ قَالَ ثُمَّ قَالَ إِلَى شَطْرِ اللَّيْلِ قَالَ وَكَانَ يَكْرَهُ النَّوْمَ قَبْلَهَا وَالْحَدِيثَ بَعْدَهَا وَكَانَ يُصَلِّي الصُّبْحَ وَمَا يَعْرِفُ أَحَدُنَا جَلِيسَهُ الَّذِي كَانَ يَعْرِفُهُ وَكَانَ يَقْرَأُ فِيهَا مِنْ السِّتِّينَ إِلَى الْمِائَةِ

398 – Hafsh bin `Umar meriwayatkan kepada kami katanya Syu’bah meriwayatkan kepada kami daripada Abil Minhal daripada Abi Barzah, katanya: Rasulullah s.a.w selalu bersembahyang Zohor pada ketika matahari telah tergelincir dan bersembahyang `Ashar (bilamana selesai bersembahyang) seseorang daripada kami pergi ke hujung (kawasan) Madinah untuk pulang ke rumahnya pada ketika itu matahari masih lagi hidup (cerah) tetapi saya terlupa waktu Maghrib itu. Baginda tidak kisah tentang melewatkan sembahyang `Isya’ hingga satu pertiga malam. Abu Barzah berkata bahawa Abul Minhal (pada ketika yang lain) berkata: (Baginda tidak kisah melewatkan `Isya’ itu) hingga ke separuh malam pun. Abu Minhal berkata: Baginda tidak suka (seseorang itu) tidur sebelum bersembahyang `Isya’ dan berbula-bual selepas sembahyang `Isya’. Baginda selalu bersembahyang Subuh ketika mana seseorang daripada kami tidak mengenali orang yang berada berhampiran dengannya yang sebelumnya dia mengenalinya, Baginda membaca antara 60 hingga 100 ayat di dalam sembahyang Subuh itu.