Sahih al-Bukhari – Kitab Waktu-Waktu Sembahyang – Sesi 31- (Sambungan) Bab – Akibat Orang Yang Terlepas Waktu Asar

[NOTA KULIAH DISERTAKAN DI BAWAH]

VIDEO – [Durasi – 1j 55m 38s] – Sesi 31 – Akibat Orang Yang Terlepas Waktu Asar – [Sahih al-Bukhari – Kitab Waktu-Waktu Sembahyang]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/tZczrfFWq8Y ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 1:21 – Bacaan Matan Hadith

2- 2:00 – Terjemahan

3- 2:52 – Bab – (Sambungan) Akibat Orang Yang Terlepas Sembahyang Asar.

4- 22:30 – Bacaan Matan Hadith

5- 23:03 – Terjemahan

6- 24:04 – Bab – Orang Yang Meninggalkan Sembahyang Asar.

7- 28:23 – Kaitan Bab Ini Dengan Bab Sebelumnya.

8- 32:24 -:Antara Yang Menghapuskan Amalan Seseorang Itu Ialah Meninggalkan Sembahyang Asar Dengan Sengaja.

9- 43:53 – Pembahagian Sunnah.

10- 57:55 -:Sifat-Sifat Sahabat Nabi s.a.w

11- 1:20:35 – Mempertikaikan Sahabat Bermakna Mempertikaikan Al-Quran

SESI SOAL JAWAB

1- 1:33:47 – Mana lebib afdhal melakukan ibadat qurban di tempat sediri atau di luar negara, khususnya di negara yang mana umat Islam menghadapi krisis (dan dalam kesusahan)?

2- 1:37:36 a) Adakah Imam al-Bukhari pengikut mana-mana mazhab dari mazhab yang empat?

b) Adakah pada zaman Nabi s.a.w pernah menggunakan azan untuk memanggil orang ramai untuk memberi tahu sesuatu yang penting?

3- 1:40:25 – Bila bayi diaqiqah, selalunya dicukur rambut bayi kemudian ditimbang rambut dan beratnya dinilai dengan harga emas. Nilai tersebut kemudiannya disedekahkan. Adakah amalan begini ada asas dari sunnah Nabi s.a.w?

4- 1:42:57 – Adakah sampai doa kita kepada si mati?

5- 1:47:18 – Saya musykil tentang hadith dalam Sunan Abu Daud yang menyatakan isteri Hilal telah berzina.

6- 1:52:52 – Saya sudah hafal Al-Quran, bagaimana pula untuk hafal hadith?

7- 1:54:50 Apakah maksud hadith, “Orang Yang Meninggalkan Tiga Kali Jumaat Menjadi Kafir”?

MATAN HADITH

KITAB WAKTU-WAKTU SEMBAHYANG

بَاب إِثْمُ مَنْ فَاتَتْهُ الْعَصْرُ

Bab –  Akibat Orang Yang Terlepas[1] Sembahyang `Asar

519 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ نَافِعٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الَّذِي تَفُوتُهُ صَلَاةُ الْعَصْرِ فكَأَنَّمَا وُتِرَ أَهْلَهُ وَمَالَهُ قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ { يَتِرَكُمْ } وَتَرْتُ الرَّجُلَ إِذَا قَتَلْتَ لَهُ قَتِيلًا أَوْ أَخَذْتَ لَهُ مَالًا

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA SYARAHAN HADITH – Sahih al-Bukhari – Kitab Waktu-waktu Sembahyang – Sesi 31  

Leave a comment