[PELBAGAI ISU] – Siri 15 [al-Quran] – Mengapa Surah al-Ikhlas Sama Dengan Sepertiga al-Quran

VIDEO – [Durasi – 5m 26s] – [PELBAGAI ISU] – Siri 15 [al-Quran] – Mengapa Surah al-Ikhlas Sama Dengan Sepertiga al-Quran

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  – https://youtu.be/-thft5Vst4s ]

Video penuh asal –    • Sesi 1 – Sanggahan Terhadap al-Jahmiyyah D…   (Sahih al-Bukhari – Kitab Tauhid)

[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH https://syarahanhadits.school.blog/hadith-… ]

MENGAPA SURAH AL-IKHLAS SAMA DENGAN SEPERTIGA AL-QURAN & AJARAN TAUHID DI DALAM SURAH AL-IKHLAS

Hadith Rujukan:

كتاب التوحيد .

‏حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، حَدَّثَنِي مَالِكٌ ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي صَعْصَعَةَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، أَنَّ رَجُلاً، سَمِعَ رَجُلاً، يَقْرَأُ ‏{‏قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ‏}‏ يُرَدِّدُهَا، فَلَمَّا أَصْبَحَ جَاءَ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَذَكَرَ لَهُ ذَلِكَ، وَكَأَنَّ الرَّجُلَ يَتَقَالُّهَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّهَا لَتَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ ‏”‏‏.‏ زَادَ إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ مَالِكٍ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ، أَخْبَرَنِي أَخِي، قَتَادَةُ بْنُ النُّعْمَانِ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله وسلم‏. ‏ .

‏حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ، حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ، حَدَّثَنَا عَمْرٌو، عَنِ ابْنِ أَبِي هِلاَلٍ، أَنَّ أَبَا الرِّجَالِ، مُحَمَّدَ بْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ حَدَّثَهُ عَنْ أُمِّهِ، عَمْرَةَ بِنْتِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَكَانَتْ فِي حَجْرِ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم بَعَثَ رَجُلاً عَلَى سَرِيَّةٍ، وَكَانَ يَقْرَأُ لأَصْحَابِهِ فِي صَلاَتِهِ فَيَخْتِمُ بِ ـ ‏{‏قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ‏}‏ فَلَمَّا رَجَعُوا ذَكَرُوا ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ ‏”‏ سَلُوهُ لأَىِّ شَىْءٍ يَصْنَعُ ذَلِكَ ‏”‏‏.‏ فَسَأَلُوهُ فَقَالَ لأَنَّهَا صِفَةُ الرَّحْمَنِ، وَأَنَا أُحِبُّ أَنْ أَقْرَأَ بِهَا‏.‏ فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ أَخْبِرُوهُ أَنَّ اللَّهَ يُحِبُّهُ ‏”‏‏.‏

Mengapa Surah al-Ikhlas Sama Dengan Sepertiga al-Quran & Ajaran Tauhid Di Dalam Surah al-Ikhlas

Hadith Pertama – Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abi Said al-Khudri bahawa ada seorang lelaki mendengar seorang lelaki yang lain membaca “Qulhuwallahuahad”. Dia mengulangi membaca surah itu. Bila tiba keesokan paginya orang itu pergi kepada Nabi s.a.w. Dia pun menyebutkan perkara tadi kepada Baginda, semacam orang itu menganggap bacaannya itu sedikit. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, “Demi tuhan yang nyawaku berada di Tangan-Nya. Sesungguhnya “Qulhuwallahuahad” (ataupun surah itu) benar-benar menyamai satu pertiga al-Quran”. Dengan sanad satu lagi, Imam al-Bukhari menyebut Abi Said al-Khudri berkata,”Saudaraku Qatadah Ibnu Nu’man menceritakan kepadaku daripada Nabi s.a.w.”.

Hadith Kedua – Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Amrah binti Abdurrahman. Dia adalah anak angkat Aishah r.ha, membesar dalam haribaan Aishah, isteri Nabi s.a.w. Daripada Aishah bahawa Nabi s.a.w. telah mengutuskan seorang lelaki memimpin satu kumpulan tentera dan orang itu membaca di dalam sembahyang apabila menjadi imam kepada sahabat-sahabatnya disudahi bacaannya dengan Qulhuwallahuahad. Bila mereka pulang mereka menyebutkan perkara itu kepada Nabi s.a.w. Nabi s.a.w. pun bersabda, “Kamu tanyalah dia kenapa dia melakukan begitu”. Mereka pun bertanya, dia menjawab, “Kerana ada di dalam surah itu sifat ar-Rahman dan saya suka membacanya”. Lantas Nabi s.a.w. bersabda, “Kamu beritahu kepadanya bahawa Allah mengasihinya”.

[Ringkasan] Mengapa Surah al-Ikhlas Sama Dengan Sepertiga al-Quran & Ajaran Tauhid Di Dalam Surah al-Ikhlas

1. Ada Sahabat Nabi s.a.w. yang mengulang-ulang membaca Qulhuwallahuahad (Surah al-Ikhlas). Nabi memberitahu bahawa (walaupun surah ini pendek) ianya menyamai satu pertiga al-Quran. Surah ini mengandungi ajaran tentang tauhid dan maknanya menyamai satu pertiga al-Quran. Ada ulama’ yang mengatakan ianya satu pertiga dari al-Quran kerana tauhid adalah merupakan satu pertiga dari isi al-Quran. Al-Quran mengandungi ajaran aqidah (tauhid kepada Allah), tentang nabi-nabi yang membawa agama ini dan yang ketiga tentang akhirat dan kehidupan selepas mati. Pendapat lain ialah kandungan al-Quran itu adalah tentang aqidah (tentang Allah, nabi-nabi dll), hukum hakam dan kehidupan selepas mati. Aqidah Islam adalah termasuk tentang nabi-nabi kerana dengan memahami kedudukan nabi-nabi kita orang Islam tidak mungkin menyamakan Nabi dengan Allah seperti yang berlaku kepada agama-agama lain (contohnya, penganut agama Hindu dan Budha yang membuat patung-patung yang mewakili nabi-nabi mereka lalu menyembahnya, atau orang Kristian yang menjadikan Nabi Isa sebagai anak tuhan).

2. Seorang Sahabat yang menjadi ketua angkatan perang menyudahkan bacaan dalam sembahyang dengan Surah al-Ikhlas (Qulhuwallahuahad). Sahabat yang lain bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang perkara ini. Nabi meminta dia bertanya sendiri kepada Sahabat tersebut mengapa beliau berbuat demikian. Sahabat tersebut memberitahu bahawa dia kasih kepada Allah dan dengan menyebut sifat-sifat Allah akan menggembirakannya. Nabi bersabda, Allah juga kasih kepadanya. Ini bermaksud, orang yang kasih kepada Allah, Allah juga mengasihinya. Kesimpulannya, Surah al-Ikhlas mempunyai kelebihan kerana berbicara tentang tauhid. Oleh sebab itu, Surah al-Ikhlas ini dikenali juga sebagai Surah at-Tauheed.

Leave a comment