Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 10 – Jika kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan kedudukanmu – (Surah Muhammad, Ayat 7)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 6m 53s] – MUTIARA AL-QURAN – Jika kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  – https://youtu.be/zzdQGok-ZHc ]

AUDIO – https://drive.google.com/file/d/18FreFhxmkU_PxJGShMfGHrxco2b6g2dH/preview?

JIKA KAMU MEMBELA (AGAMA) ALLAH, NESCAYA ALLAH MEMBELA KAMU DAN MENEGUHKAN KEDUDUKANMU (SURAH MUHAMMAD, AYAT 7)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Panduan ini nampak ringkas, tetapi besar maknanya (dan banyak manfaatnya).
  2. “Jika kamu menolong Allah nescaya Allah akan menolong kamu”. Maksud “menolong Allah” ialah membela, mempertahankan, (menyebarkan) agama-Nya. Jika kita “menolong” Allah, maka Allah taala akan membela dan menolong kita.
  3. Ini adalah jaminan dari Allah taala. Ianya merupakan syarat dan janji Allah yang pasti ditepati-Nya.
  4. Allah tidak memungkiri janji-Nya.
  5. Jika yang berlaku adalah sebaliknya, (contohnya, kita adalah orang Islam, tetapi tidak menang dalam peperangan dengan orang kafir), apakah sebabnya? Ini menunjukkan ada yang tak kena kerana pertolongan tuhan ada syarat-syaratnya. Contohnya, ada sebabnya mengapa di Perang Uhud ramai Sahabat yang mati (walaupun di satu segi, ada kelebihannya iaitu mendapat mati syahid) dan pasukan Islam dianggap “kalah” untuk seketika.
  6. Jika kita “tolong” agama Allah seperti membela, mempertahankan, menyebarkannya, belajar, mengajar, berdebat, berpolemik (dan muzakarah) dan sebagainya, Allah akan tolong kita.
  7. Dengan adanya “pertolongan” Allah, kita tidak perlu bimbang, kerana ianya adalah jaminan (kemenangan) dari Allah. Sebagaimana Allah menjamin rezeki kepada binatang yang tidak berakal, yang tiada cita-cita dan matlamat hidup seperti burung-burung dan haiwan ternakan.
  8. “Tidak ada binatang yang melata di muka bumi ini melainkan Allah sudah jamin rezekinya”.
  9. Kita yang menjalankan kerja agama, terutama pelajar-pelajar agama yang membela agama Allah ini, tidak perlu bimbang tentang rezeki, tentang peluang pekerjaan dan sebagainya. Binatang-binantang yang hina pun dijamin rezeki oleh Allah. Apatah lagi kita yang membuat kerja-kerja mulia ini hendaklah yakin bahawa Allah akan menjaga dan menolong kita.
  10. Keyakinan beginilah yang ada pada Sahabat-sahabat dan Nabi-nabi dahulu. Mereka tidak takut dan bimbang. Mereka tidak takut tentang nasib anak-anak dan keluarga mereka jika ditakdirkan mereka mati dalam perjuangan.
  11. Ingatlah bahawa anak-anak dan tanggungan kita tidak semestinya lebih baik jika di bawah jagaan kita. Kita tidak tahu nasib sebenar mereka. Serahkan segala-segalanya pada Allah (selepas berusaha). Itulah sifat orang mukmin.
  12. “Allah taala akan meneguhkan kedudukan kita”. Itulah jaminan dari Allah dan sentiasa pahatkan dalam hati kita.
  13. Buatlah kerja agama ini di peringkat masing-masing di atas kapasiti apa pun; sebagai mujahidin, guru, pendakwah atau apa saja dan hendaklah sentiasa ingat jaminan dari Allah ini.
  14. Allah akan jaga dan tolong kita dengan syarat hati kita ikhlas kerana Allah.
  15. Kalau kita di atas jalan yang benar, Allah akan tolong kita walau macam mana sekalipun.
  16. Kadang-kadang tidak terlintas di fikiran kita macamana dan dalam bentuk apa pertolongan Allah itu. Contohnya, Allah akan pertemukan kita dengan orang yang sesuai dengan kita, yang akan membantu kita di segenap segi dan masa. Ini adalah sesuatu yang kita tidak dapat fahami.
  17. Cuma, jika diperhatikan dari sirah Nabi, untuk menegakkan dan membela agama Allah ini, berapa banyak dan cubaan yang dihadapi oleh Nabi sehingga terpaksa meninggalkan tanah airnya. Sebagai iktibar, ujian-ujian ini tidak mudah tetapi kita perlu lakukannya demi untuk agama.
  18. Kejayaan yang dinilai ialah kejayaan pada akhirnya; kerana untuk mendapat kejayaan berapa banyak ujian yang perlu dihadapi Nabi sehingga terpaksa mengikat perut kerana kelaparan.
  19. Paling minima, untuk pejuang-pejuang agama, sekiranya ia tidak dapat kejayaan di dunia, Allah akan membalasnya di akhirat.
  20. Hidup di dunia ini amat pendek, tapi yang lamanya (kekal) adalah di akhirat nanti.
  21. Kejayaan yang sebenar ialah kejayaan di akhirat.
Jangan khuatir atau bimbang dalam menjalankan kerja-kerja agama. Kerja-kerja yang ikhlas kerana Allah ini, pasti mendapat pertolongan dari Allah. Yakinlah kita akan mendapat kejayaan, kalau tidak di dunia ini, di akhirat nanti kita akan mendapat balasan.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 9 – Memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan – (Surah Aali ‘Imraan, Ayat 36)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 16m 7s] – MUTIARA AL-QURAN – Tidak Sama Anak Lelaki Dengan Anak Perempuan

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  – https://youtu.be/SPFU4P9G8u4 ]

AUDIO – https://drive.google.com/file/d/1aZOJPh97wiKe8g71b54Tvr8f02C78nRR/preview?

MEMANGLAH TIDAK SAMA ANAK LELAKI DENGAN ANAK PEREMPUAN (SURAH AALI ‘IMRAAN, AYAT 36)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. “Memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan”.
  2. Allah sendiri yang beritahu bahawa anak lelaki tidak sama dengan anak perempuan. Kita hendaklah terima hakikat ini, dan jangan sesekali menganggap lelaki dan perempuan adalah sama.
  3. Adalah keliru sesetengah orang di zaman ini yang berjuang untuk menyamakan lelaki dan perempuan di semua segi.
  4. Apakah maksud mereka yang mengatakan lelaki dan perempuan adalah sama? Adalah salah perempuan berpakaian dan berperangai seperti lelaki dan sebaliknya. Begitu juga di segi pekerjaan dan lain-lain. Hakikatnya lelaki dan perempuan tidak sama.
  5. “Sama” dan “adil” adalah dua perkara yang berbeza. Walaupun lelaki dan perempuan tidak “sama” tetapi Islam mewajibkan berlaku “adil” kepada kedua-duanya.
  6. Menganggap dan memperlakukan lelaki sama dengan perempuan akan merosakkan masyarakat.
  7. Dengan menggunakan kaedah “lelaki tidak sama dengan perempuan” ini, jangan kita cuba samakan antara lelaki dan perempuan. Kalau kita samakan lelaki dan perempuan, akan binasa masyarakat dan alam ini.
  8. Jangan kita paksa anak perempuan kita melakukan aktiviti atau pekerjaan yang hanya sesuai untuk lelaki. Jangan kita samakan di segi sikap dan perangai mereka; contohnya, lelaki sepatutnya berani, tetapi orang perempuan tidak menjadi kesalahan kalau dia bersikap “penakut”. Kita akan menganiayai mereka jika kita hendak mereka menjadi sama.
  9. Mereka yang inginkan perempuan sama dengan lelaki adalah kerana kononnya inginkan keadilan. Persoalannya, setakat mana perempuan dan lelaki perlu sama? Tidak ada masalah untuk orang perempuan dan lelaki sama-sama mendapat pendidikan tinggi, tetapi orang perempuan tidak sesuai untuk melakukan kerja-kerja terlalu lasak.
  10. Ada kisah di mana seorang atlit lelaki berkahwin dengan atlit wanita; Perkahwinan ini bertahan tidak sampai dua bulan kerana pasangan ini tidak merasa ada yang istimewa pada pasangannya yang sama-sama lasak, melakukan rutin yang sama dan mempunyai perangai yang sama.
  11. Apakah tujuan lelaki memakai pakaian atau berperangai seperti perempuan? Bolehkah lelaki yang menyerupai perempuan (pondan) dapat beri seperti yang diberi oleh perempuan, contohnya melahirkan anak?
  12. Apakah tujuan amalan seperti pernikahan sesama jenis yang dilakukan di negara-negara yang dikatakan maju?
  13. Kecelaruan ini adalah hasil dari tidak mengikut petunjuk dari Allah yang menyatakan “tidak serupa lelaki dengan perempuan”.
  14. Banyak perkara perlu diubahsuai dan direka gara-gara lari petunjuk Allah ini.
  15. Tidak sama antara lelaki dan perempuan itu adalah baik, oleh itu, jika kita hendak samakan lelaki dengan perempuan ianya tidak baik dan merosakkan.
  16. Natijahnya sama jika lelaki ingin menjadi perempuan atau perempuan ingin jadi lelaki.
  17. Ada perempuan yang protes tidak ingin kahwin dengan lelaki, terlibat dalam hubungan sejenis. Apakah faedah yang diperolehinya? Tercapaikah maksud sebenar perhubungan lelaki dan perempuan seperti mendapat anak?
  18. Tiada langsung faedah yang diperolehi bagi lelaki yang menyerupai perempuan atau sebaliknya malah ia akan mengakibatkan kecelaruan jiwa kepada mereka.
  19. Naluri perempuan ialah tidak suka lelaki yang serupa dengannya tetapi inginkan lelaki sejati. Banyak perkara yang dia tidak boleh lakukan, dia berharap ada orang lain yang lakukan untuknya.
  20. Begitu juga seorang lelaki, dia perlukan seorang perempuan yang lembut yang boleh menenangkannya semasa krisis. Juga seorang yang mampu melakukan kerja-kerja rutin rumahtangga di mana amat rumit untuk lelaki melakukannya.
  21. Orang perempuan tidak suka lelaki yang sama penakut sepertinya, tetapi dia perlukan lelaki yang dapat melindunginya.
  22. Itulah sebabnya Allah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyeruoai lelaki.
  23. Kalau dibiarkan orang yang menyerupai lawan jenisnya, contohnya memakai sutera dan cincin emas bagi lelaki, lama kelamaan dia akan bertabiat seperti lawan jenisnya itu. Orang lelaki akan berperangai seperti perempuan dan sebaliknya. Contohnya, orang lelaki tidak sesuai bersolek kerana akan menjurus ke arah sifat keperempuanan (seperti pondan).
  24. Orang perempuan tidak suka lelaki bersuara lembut dan orang lelaki tidak suka perempuan bersuara kasar.
  25. Apa yang Allah jadikan tiada cacatnya, tetapi adalah sempurna dengan keadaan masing-masing. Jika masing-masing menjalankan tanggungjawab hakiki masing-masing akan sempurnalah kehidupan ini. Akan bahagia hidup ini sebagaimana yang kita idamkan.
  1. Selain dari identiti yang berbeza di antara lelaki dan perempuan, kemampuan di antara kedua-dua jantina ini juga berbeza, walaupun untuk tanggungjawab atau tugas yang sama. Contohnya, tukang masak atau pereka fesyen terkenal kebanyakannya adalah lelaki.
  2. Ibu bapa biasanya tidak begitu rungsing tentang pergerakan dan aktiviti anak lelaki tetapi sebaliknya anak perempuan akan dikawal dengan rapi.
  3. Persamaan “gender” seperti yang diperjuangkan oleh masyarakat barat akan menyebabkan kerosakan kepada tamaddun manusia. Akibatnya, contohnya, tiada lagi rasa belas kasihan kepada kaum wanita yang lemah.
  4. Hakikatnya, lelaki dan perempuan tidak sama walaupun mereka mencuba untuk menjadi sama, contohnya di bidang sukan gusti, kegagahan wanita tidak akan sama dengan lelaki walau sekuat mana pun dicuba.
  5. Usaha untuk menyamakan di antara lelaki dan perempuan adalah kerja sia-sia.
  6. Yang disarankan oleh Islam ialah berlaku “adil”. Konsep “keadilan” dalam Islam boleh dilihat dalam pembahagian harta pusaka, di mana lelaki mendapat lebih dari perempuan sesuai dengan tanggungjawab lelaki menyara keluarga dan sebagainya.
  7. Contoh lain, dalam bab diyat (denda yang wajib dibayar kerana jenayahnya menggantikan qisas), yang bertanggujawab membayar ganti rugi ialah orang lelaki bukan perempuan.
  8. Membahagikan harta pusaka sama banyak di antara anak lelaki dan anak perempuan itu yang tidak adil sebenarnya.
  9. Islam memang adil. Dalam pembahagian harta pusaka tidak akan sama kerana kejadian semula jadi manusia tidak sama.
  10. Jika kaedah ini ditinggalkan, masyarakat akan rosak. Apa akan jadi jika kita biarkan anak perempuan kita seperti anak lelaki bebas keluar rumah tanpa pengawasan dan kawalan?
  11. Tidak sama di antara lelaki dan perempuan itu adalah perkara baik sebenarnya.
  12. Allah berfirman, “Lelaki lebih satu darjat dari perempuan”. Ini sekurang-kurangnya di segi kepimpinan seperti pemimpin dalam keluarga. Di peringkat negara, adalah agak sukar diterima pemimpin tertinggi adalah dari kalangan wanita. Adalah sukar untuk diterima, walaupun oleh orang bukan Islam, wanita menduduki tempat yang sulit dan besar, contohnya menjadi Yang Dipertuan Agung.
  13. Jangan cuba untuk menyamakan lelaki dan perempuan kerana akan menganiayai semua pihak.

Perjuangan masyarakat barat untuk menyamakan di antara lelaki dan perempuan adalah kerja sia-sia dan akan merosakkan tamaddun manusia. Yang perlu diperjuangkan adalah “keadilan” di mana kedua-dua pihak dilayan sebagaimana sepatutnya berdasarkan tanggungjawab dan kemampuan masing-masing. Kembali kepada al-Quran dan sunnah adalah yang terbaik.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 8 – Dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja) – (Surah al-An’am, Ayat 164)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi- 7m 36s] – MUTIARA AL-QURAN – Seseorang tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  – https://youtu.be/-82xU791g9U ]

AUDIO – https://drive.google.com/file/d/1oeXfnkKHDdeK7E9XUI29Oao1mtsnJQx-/preview?

“DAN SESEORANG YANG BOLEH MEMIKUL TIDAK AKAN MEMIKUL DOSA PERBUATAN ORANG LAIN (BAHKAN DOSA USAHANYA SAHAJA)” (SURAH AL-AN’AM, AYAT 164)

EKSTRAKS DARI VIDEO

1. Ungkapan “Wizri” dalam ayat al-Quran ini bermaksud “bebanan” atau “tanggungan” iaitu dosa.

2. Orang mukmin, jika dia berdosa, dia akan rasa berat (dalam jiwanya) seperti memikul beban atau tanggungan yang berat.

3. Ungkapan “Wizri” dalam ayat al-Quran ini bermaksud “bebanan” atau “tanggungan” iaitu dosa.

4. Jangan kita hukum seseorang untuk kesalahan yang dilakukan oleh orang lain. Contohnya, jika ayah yang bersalah jangan marah atau benci kepada anaknya. Juga, jangan hamburkan kemarahan kita ke atas orang yang tidak ada kena mengena dengan kesalahan yang dilakukan.

5. Hendaklah hukum hanya orang yang bersalah kecuali orang lain tersebut adalah penyebab atau ada kaitan dengan kesalahan tersebut.

6. Sebagaimana seseorang akan dapat pahala sekiranya dia jadi penyebab orang lain dapat pahala, begitu jugalah orang yang menjadi penyebab seseorang dapat dosa juga akan mendapat dosa. Orang yang tiada kaitan tidak mendapat pahala atau dosa dan tidak sepatutnya dilibatkan atau dihukum.

7. Ini adalah “dasar keadilan dalam Islam” iaitu hanya orang yang bersalah sahaja yang dihukum.

8. Dari kisah Nabi Yusuf, hanya adiknya yang ditangkap kerana “mencuri” yang perlu dihukum. Walaupun abang-abangnya menawarkan diri untuk dihukum menggantikan adiknya, Nabi Yusuf telah menolaknya.

9. Sebaliknya dari kisah Fir’aun, dia menghukum bunuh semua bayi lelaki yang lahir walaupun hanya seorang anak lelaki sahaja yang akan menjatuhkan kerajaannya.

10. Adalah menjadi prinsip keadilan dalam Islam bahawa hanya orang yang bersalah sahaja yang dihukum; jangan libatkan atau hukum orang lain yang tidak ada kaitan.

11. Jangan bawa masalah keluarga ke tempat kerja dan sebagainya kerana ianya akan mencelarukan keadaan.

Jangan hukum orang yang tidak bersalah. Juga pastikan kita tidak menjadi penyebab seseorang melakukan dosa.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 7 – “Tidak ada jalan sedikitpun untuk menyalahkan orang-orang yang berbuat baik” (Surah at-Taubah, Ayat 91)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 5m 53s] – MUTIARA AL-QURAN -Tidak ada jalan sedikitpun untuk menyalahkan orang-orang yang berbuat baik

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  – https://youtu.be/iSy1oBHKClI ]

AUDIO – https://drive.google.com/file/d/12O5i5giTpkcbI6nDvxF9uqqdCt3diYcZ/preview?

“TIDAK ADA JALAN SEDIKITPUN UNTUK MENYALAHKAN ORANG-ORANG YANG BERBUAT BAIK”. (SURAH AT-TAUBAH – AYAT 91)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Jika seseorang yang memang dikenal sebagai seorang yang baik, jangan kita ambil kira kegelinciran atau ketelanjura yang sekali sekala berlaku, kerana sememangnya dia ingin jadi baik
  2. Ayat ini pada asalnya menceritakan tentang Sahabat Nabi yang tidak dapat menyertai peperangan kerana kekurangan (keuzuran) seperti cacat, buta, sakit dan seumpamanya. Mereka memang sangat ingin menyertai peperangan dan berbuat baik.
  3. Hendaknya kita jangan mengeji dan mencela mereka kerana mereka memang ingin jadi baik. Tidak ada jalan untuk kita mengatakan yang tidak baik kepada mereka.
  4. Amalkan panduan ini bila berinteraksi dengan mereka yang di sekeliling kita seperti anak-anak, suami, isteri, pelajar dan masyarakat kita. Kita hendaklah menilai mereka berdasarkan sikap dan tingkah laku kebiasaan mereka.
  5. Jangan kita terburu-buru dalam menghukum atas sesuatu kesalahan. Kita hendaklah menilai seseorang berdasarkan sikap kebiasaannya.
  6. Dalam kehidupan bermasyarakat, kita jangan cepat menghukum seperti menuduh munafik dan sebagainya terhadap seseorang. Bersangka baik adalah lebih utama.
  7. Begitu juga dalam kehidupan berumahtangga, kekurangan dan kelemahan yang sekali-sekala berlaku, contohnya masakan isteri yang tidak sedap, tidak patut dibesar-besarkan. Kecuali ianya sikap tidak baik yang menjadi kebiasaannya, perlulah diperbetulkan.
  8. “Al-Muhsiniin” bermaksud seseorang yang pada kebiasaannya adalah baik; cuma sekali sekala, sebagai manusia, dia tersilap dan tergelincir. Kita tidak sepatutnya menghukum di atas kesilapan dan kegeliciran tersebut. Sebagaimana tercatit dalam al-Quran, Allah maafkan orang yang sebegini; kerana bukan niatnya untuk melakukan kesalahan.
  9. Jangan kita cepat untuk mengata atau menuduh tidak baik apabila berlaku ketelanjuran kepada orang yang sedia dimaklumi sebagai orang yang baik. Kecuali seseorang itu memang diketahui berperangai tidak baik, kita hendaklah menegurnya atau mengingatkan orang di sekeliling kita tentang bahaya dan kejahatannya.
  10. Kita hendaklah amalkan paduan ini kepada semua orang di sekeliling kita. Hakikatnya orang yang baik tidak ramai, lebih-lebih lagi orang yang sempurna di semua segi hampir tiada.
  11. Kita kena bertolak ansur dengan orang yang sememangnya ingin jadi baik kerana jika salah pendekatan ianya akan merosakkan orang tersebut.
  12. Jangan halang orang yang ingin jadi baik. Jangan rosakkannya.
  13. Dan terimalah dia dengan baik, walau bagaimanapun keadaannya. Mungkin dia seorang pelacur yang insaf dan ingin berkahwin dan memperbaiki kesalahannya. Berhentilah dari menyebut dan mengungkit kesalahan-kesahatan yang lampau.
  14. Ingatlah, perkara begini (kesalahan, kejahatan, kegelinciran) boleh berlaku kepada sesiapapun termasuk kita.
  15. Jika seseorang ingin jadi baik, kita hendaklah menghormati dan meraikannya, dalam apa keadaan sekalipun, terutamanya orang yang baru insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan. Jika tidak kita akan merosakkanya.
Abaikan kesilapan dan kegelinciran yang berlaku sekali-sekala pada sahabat kita yang kita kenali sebagai orang yang baik. Lupakan kesilapan-kesilapan lampau mereka yang telah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan. Semoga semua kita jadi orang yang baik.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 5 – “Sesungguhnya orang yang berdusta tetap hampa dan kecewa” (Surah Taha – Ayat 61)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 5m 29s] – MUTIARA AL-QURAN – Orang Yang Berdusta Tetap Hampa Dan Kecewa

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  – https://youtu.be/UU2k6fJPaao ]

AUDIO – https://drive.google.com/file/d/15UXpK58zbKcfpvbvVIHEFM5kkZoiZfN7/preview?

“SESUNGGUHNYA ORANG YANG BERDUSTA TETAP HAMPA DAN KECEWA” (SURAH TAHA – AYAT 61)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. “Iftara”, antara maksudnya ialah berlaku zalim, mengada-ngadakan dusta atau berbuat sesuatu yang tidak betul (di segi syariat).
  2. Jangan kita rasa akan selamat jika kita berbuat yang tidak betul.
  3. Jika kita suka berbohong, lama kelamaan orang akan hilang kepercayaan kepada kita.
  4. Jika kita suka menipu, akhirnya kita akan gagal juga.
  5. “Berdusta” boleh bermaksud “berdusta” kepada Allah, kepada Rasul dan manusia lain.
  6. Berdusta atas nama Allah (amat besar kesalahannya), contohnya, Bani Israel yang mereka-reka ayat suci dan mengatakannya dari Allah. Dengan sebab itu Bani Israel dimurkai Allah.
  7. Manakala di zaman ini, orang yang menyebarkan hadith maudhu’ (palsu) adalah berdusta atas nama nabi s.a.w.
  8. Sesiapa yang mereka-reka hadith palsu akan sentiasa rugi atas apa alasan sekalipun, walaupun niatnya baik.
  9. Jangan buat perkara yang salah (dosa), kita pasti akan rugi di kemudian hari.
  10. Contohnya, peniaga yang menipu akan kerugian akhirnya jika penipuannya dikesan dan orang memulaukannya.
  11. Berlaku jujurlah dalam semua keadaan.
  12. Orang yang zalim dan menganiayai orang lain tidak akan beruntung.
  13. Ianya meliputi semua perkara yang tidak benar (bukan saja berdusta).
  14. Jangan aniaya orang lain, berlaku adillah dalam semua keadaan, kerana kitalah yang akan rugi atau menanggung akibatnya.
  15. Jika kita menganiaya orang lain, Allah akan hukum kita, malah sebelum itupun manusia akan menghukum kita
  16. Ayat al-Quran ini pada asalnya adalah berkenaan tukang sihir yang melawan Nabi Musa. Asasnya, sesuatu yang palsu akan terdedah kepalsuannya bila berhadapan dengan yang benar.
  17. Walaupun ianya menceritakan peristiwa di zaman nabi Musa, ayat ini boleh dijadikan sebagai panduan umum. [Salah satu kaedah tafsir ialah, “Yang dikira dalam al-Quran ialah maknanya yang umum”]
  18. Terapkan panduan ini dalam kehidupan seharian kita tidak kira siapa kita kerana orang yang berjaya ialah orang yang mengikut jalan yang betul, yang bercakap benar, yang berbuat sesuatu yang benar dan betul; jika tidak, suatu hari dia akan menerima akibatnya.
Berlaku adil dan jujurlah dalam setiap keadaan; nescaya kita akan selamat di dunia ini dan di akhirat.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 4 – Bahkan manusia itu (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri. Walaupun dia memberikan alasan-alasannya untuk membela diri – (Surah al-Qiyaamah, Ayat 14 & 15)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 9m 7s] – MUTIARA AL-QURAN – Manusia menjadi saksi terhadap dirinya sendiri

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  – https://youtu.be/UU2k6fJPaao ]

AUDIO – https://drive.google.com/file/d/1HZGEYbIKm7k5CDAzHBJ-yceRYGuc2xQw/preview?

BAHKAN MANUSIA ITU (ANGGOTANYA) MENJADI SAKSI TERHADAP DIRINYA SENDIRI. WALAUPUN DIA MEMBERIKAN ALASAN-ALASANNYA UNTUK MEMBELA DIRI (SURAH AL-QIYAAMAH, AYAT 14 – 15)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Tafsiran pertama untuk ayat ini ialah, “Di hari akhirat nanti, anggota kita akan bercakap”.
  2. Allah yang mencipta lidah untuk bercakap, boleh saja mencipta anggota lain untuk bercakap.
  3. Di atas dunia ini kita boleh menipu dan berbohong, tetapi di akhirat, mulut akan dikunci dan anggota lain pula akan bercakap
  4. Tafsiran kedua untuk ayat ini adalah lebih umum dan ianya boleh digunakan sebagai panduan dalam kehidupan di dunia ini.
  5. Tafsiran kedua ialah bahawa, kita boleh menipu orang lain dan membuat orang lain percaya kepada kita tapi hakikatnya, kita sendiri tahu kedudukan sebenar sesuatu perkara.
  6. “Manusia amat tahu tentang dirinya”.
  7. Dia sendiri tahu hakikat sebenar apa yang dilakukannya walaupun dia berjaya memperdaya semua orang.
  8. Oleh itu sebagai orang Islam, kita hendaklah jangan bercakap bohong dan menipu.
  9. Kelak, hati kecil kita akan merintih dan menyumpah seranah diri kita sendiri.
  10. Kemanakah kita akan melarikan diri?
  11. Ayat al-Quran ini merupakan motivasi untuk kita memperbaiki diri kita.
  12. Sesungguhnya, Allah akan menghitung semua amal perbuatan kita.
  13. Ingatlah, suatu hari nanti penipuan kita akan terdedah juga.
  14. Hakikatnya, kita tidak boleh menyembunyikan penipuan yang kita lakukan.
  15. Mungkin kita boleh menipu orang dengan ucapan “in sya-Allah” semasa berjanji, tetapi niat sebenarnya, hanya kita yang tahu.
  16. Kitalah yang paling tahu tentang diri kita; kita tahu apa yang kita curi, pecah amanah, rasuah dan apa-apa maksiat yang kita lakukan.
  17. Ingatlah, kita akan menjadi saksi kepada diri kita sendiri, dan ingatlah bahawa (setiap kejahatan) kita tidak akan terlepas (dari hukuman).
  18. Contoh dalam kehidupan seharian, kita tahu yang kita memakai gigi palsu, walaupun tiada orang lain yang tahu.
  19. Contoh lain, orang lain nampak kita sihat dan gagah, tapi kita sendiri tahu keadaan sebenar diri kita.
  20. [Adalah amat perlu belajar untuk mengetahui sama ada apa yang kita lakukan adalah halal atau tidak].
  21. Seseorang mungkin nampak bergaya dan gagah, tetapi tuan diri tahu hakikat sebenar adalah sebaliknya!
  22. Dalam kehidupan bermasyarakat, kita tahu setakat mana kemampuan kita sebagai pemimpin, oleh itu perlu jujur dan akur dengan kemampuan sebenar kita bila diberi tanggungjawab sebagai pemimpin dan sebagainya.
  23. Banyak faedah akan kita perolehi di dunia dan di akhirat jika kita mengamalkan ayat al-Quran ini.
    Hakikatnya, kita tahu apa yang ada dalam hati kita walaupun satu dunia tidak dapat menghidunya.

Hakikatnya, kita tahu perbuatan kita salah atau benar, tidak kira apa pandangan orang lain. Oleh itu jauhilah dari melakukan kejahatan dan maksiat kerana suatu masa nanti ianya akan terdedah juga.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 3 – “Dan jangan kamu melupakan kelebihan di antara kamu”. (Surah al-Baqarah, Ayat 237)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 7m 26s] – MUTIARA AL-QURAN – Jangan Kamu Melupakan Kelebihan Di antara Kamu

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  – https://youtu.be/_QagkfdyX94 ]

AUDIO – https://drive.google.com/file/d/1lSFIFMHQCjvt1tZ6bIWk80s8duom7ITV/preview?

“DAN JANGAN KAMU MELUPAKAN KELEBIHAN DI ANTARA KAMU” (SURAH AL-BAQARAH, AYAT 237)

EKSTRAKS DARI VIDEO

1. Kadang-kadang kita lupa kelebihan orang lain.

2. Sentiasa ingat bahawa kita tetap ada kekurangan walaupun lebih dalam banyak hal.

3. Juga perlu sedar walau bagaimana kurang pun seseorang itu, dia tetap ada kelebihan. Sikap ini akan menghilangkan perasaan takabbur dan megah dalam diri kita.

4. Ingatlah bahawa setiap makhluk ada kelebihan tersendiri.

5. Jangan dengki dengan kelebihan yang ada pada orang lain.

6. Jangan lupa kelebihan orang lain walaupun dia ada kekurangan.

7. Jangan tolak seseorang hanya kerana dia ada kekurangan. Ingat dulunya bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dikutuk habis-habisan bila Singapura terlepas dari Malaysia.Tapi orang lupa jasanya membawa masuk Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Oleh itu, jangan lupa jasa Tunku!

8. Kita perlu sentiasa kenang jasa orang.

9. Asalnya ayat al-Quran ini adalah berkenaan kisah perceraian di kalangan Sahabat.

10. Kadang-kadang selepas bercerai, orang akan lupa kebaikan pasangannya. Dengan mengakui jasa dan budi bekas pasangan kita, hubungan kekeluargaan akan tetap jadi baik, walaupun setelah bercerai.

11. Jangan lupa jasa guru dan ibu bapa, walau bagaimana kurang atau dhaifnya mereka.

12. Sentiasa jangan lupa kelebihan seseorang di antara kamu. Hargailah jasa dan kelebihan mereka.

13. Janganlah kerana kelebihan yang ada pada kita, kita lupa kelebihan orang lain; mungkin mereka lebih berjasa dari kita.

14. Perkara yang baik tetap akan baik walaupun dilakukan oleh orang yang tidak baik, hatta orang kafir sekalipun.

15. Janganlah kekurangan seseorang dalam sesuatu hal akan menutup kebaikannya yang lain.

16. Paling minima kita hendaklah berdoa supaya orang yang melakukan kesalahan insaf.

Semua orang ada kelebihan dan kekurangan. Hendaklah kita sentiasa ingat akan kelebihan seseorang dan janganlah kekurangannya menyebabkan kebaikannya kita lupakan. Hiduplah dengan rukun damai dan harmoni.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 2 – Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu-(Surah al-Baqarah, Ayat 216)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 9m 58s] – MUTIARA AL-QURAN-Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu-(al-Baqarah; 216)

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  – https://youtu.be/rdXvb535VEA ]

AUDIO – https://drive.google.com/file/d/1dZiyY33wj73mpd-6VJDt1RKjBaPZkx0S/preview?

“BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI (PULA) KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU” (SURAH AL-BAQARAH, AYAT 216)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Panduan ini amat penting dalam kehidupan kita; ianya ada kaitan dengan takdir.
  1. Tanpa panduan ini, hidup kita akan gelisah, tapi dengan panduan ini akan tenang jiwa kita.
  2. Seringkali perkara yang kita suka tidak baik untuk kita.
  3. Sebaliknya ada perkara yang kita tidak suka tapi sangat baik untuk kita. Contohnya, ubat rasanya pahit, tapi ianya baik untuk kita.
  4. Banyak perkara yang kita tidak suka, baik untuk kita. Panduan ini akan sentiasa berguna di sepanjang hidup.

6. Contoh lain, anak kita gembira dapat motosikal berkuasa tinggi, tapi dia tidak tahu motosikal itulah yang akan menyebabkan kematiannya!

  1. Dalam hidup ini, ada benda yang amat kita suka, tidak mesti ianya baik untuk kita.
  2. Oleh itu jika kita kehilangan atau tidak dapat sesuatu perkara, kita tidak perlu hilang akal dan berkeluh kesah.
  3. Hayatilah hikmah di sebalik kisah Nabi Khadir dan Nabi Musa a.s, yang membunuh anak kecil.
  4. Anak kecil ini dibunuh kerana jika dibiarkan dewasa, dia akan menyebabkan orang tuanya kufur.
  5. Oleh itu kematian di masa muda adalah baik untuk anak kecil ini.
  6. Bahkan kebanyakan yang baik dalam dunia ini, kelihatan tidak menarik. Dan begitulah sebaliknya.
  7. Neraka dikelilingi oleh perkara-perkara syahwat (perkara yang disukai nafsu) dan syurga dikelilingi perkara yang manusia tidak suka.
  8. Contoh mudah perkara yang kita tidak suka ialah makan sayur; kita tidak suka tapi ianya amat bermanfaat. Sebaliknya gula amat lazat, tapi banyak bahayanya.
  9. Contoh lain, bakal calon pilihanraya yang tidak terpilih, mungkin ada bahayanya yang kita tidak tahu.
  10. Contoh lain, kita terlepas kapalterbang, yang kemudiannya terhempas!
  11. Dalam hidup ini, kita akan sentiasa berhadapan dengan perkara-perkara seperti ini.
  12. Kita tidak suka susah dan miskin, tapi boleh jadi bila senang dan kaya kita akan mudah melakukan maksiat.
  13. Allah maha tahu apa yang baik untuk kita, oleh itu jangan sedih jika tidak dapat sesuatu selepas kita berusaha.
  14. Amat besar faedahnya panduan ini.
  15. Pada asalnya, panduan (ayat al-Quran) ini adalah berkaitan dengan peperangan, yang kita tidak suka, tetapi manfaatnya besar kerana dengan menyertai peperangan kita dapat mempertahankan bangsa dan maruah kita.
  16. Perkara ini berkait dengan takdir, ianya akan menenangkan jiwa kita.

1. Panduan ini amat penting dalam kehidupan kita; ianya ada kaitan dengan takdir.

2. Tanpa panduan ini, hidup kita akan gelisah, tapi dengan panduan ini akan tenang jiwa kita.

3. Seringkali perkara yang kita suka tidak baik untuk kita.

Sentiasa berfikiran positif terhadap takdir dan ketentuan Allah. Apa yang kita tidak suka mungkin baik untuk kita dan apa yang kita suka mungkin tidak baik untuk kita. Tenangkanlah jiwa kita!

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 1 – “Ucapkanlah Kata-kata Yang Baik Kepada Manusia” (Surah al-Baqarah, Ayat 83)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 4m 6s] – MUTIARA AL-QURAN – Ucapkanlah Kata-kata Yang Baik (al-Baqarah – 83) 

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  – https://youtu.be/l9lfDhNq_Wg ]

AUDIO – https://drive.google.com/file/d/1odIp6eofB7_Vixn-AtrVPST8Bvx1Iic6/preview?

“UCAPKANLAH KATA-KATA YANG BAIK KEPADA MANUSIA” (SURAH AL-BAQARAH, AYAT 83)

EKSTRAKS DARI VIDEO

1. Jangan berkata sesuatu yang tidak baik, kerana ia mengundang dosa dan kebencian orang.

2. “Ucapkan perkataan yang baik”, amat luas maknanya.

3. Jangan ucapkan sesuatu yang buruk seperti tukang sihir.

4. Bercakap dan ajarkanlah perkara yang baik.

5. Elakkan dari sumpah seranah.

6. Ucapan yang baik adalah apa yang kita suka apabila kita mendengarnya.

7. Alangkah baiknya jika manusia dapat hidup sebegini, tiada sakit hati dan perbalahan.

8. Ucapkanlah yang baik dengan mereka di sekeliling kita. Ianya akan membahagiakan kita dan orang di sekeliling kita.

9. Kita diberi pahala atas amalan ini.

10. Ucapan yang baik penting dalam proses pendidikan dan dakwah.

Fikir dahulu sebelum bercakap dan ucapkanlah kata-kata yang baik kerana ia akan membahagiakan kita dan orang di sekeliling kita

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup