VIDEO – [Durasi – 2m 58s] – [HADITH TEMATIK-NAFKAH] – Siri 7 – Khidmat Seorang Suami Terhadap Isterinya
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/-nseOB8Bw7g ]
Video penuh asal – Sahih Bukhari (Kitab Nafkah) –
• Sesi 2 – Menyimpan Makanan Setahun Untuk A…
[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]
MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – KHIDMAT SEORANG SUAMI TERHADAP ISTERINYA
باب خِدْمَةِ الرَّجُلِ فِي أَهْلِهِ
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَرْعَرَةَ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنِ الْحَكَمِ بْنِ عُتَيْبَةَ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنِ الأَسْوَدِ بْنِ يَزِيدَ، سَأَلْتُ عَائِشَةَ ـ رضى الله عنها ـ مَا كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَصْنَعُ فِي الْبَيْتِ قَالَتْ كَانَ فِي مِهْنَةِ أَهْلِهِ، فَإِذَا سَمِعَ الأَذَانَ خَرَجَ.
Khidmat Seorang Suami Terhadap Isterinya
Diriwaytakan daripada Aswad bin Yazid, dia bertanya ‘Aisyah, “Apakah yang selalu Nabi s.a.w lakukan (ketika berada) di rumah?”. ‘Aishah berkata, “Dia berada di dalam kerja isterinya. Bila dia mendengar azan, dia keluar”.
[RINGKASAN] Khidmat Seorang Suami Terhadap Isterinya
1. Perbincangan sebelum ini menekankan bahawa adalah tanggungjawab isteri untuk menguruskan rumah tangga seperti memasak, membasuh pakaian dan sebagainya (sila rujuk perbincangan di sini –
• [HADITH TEMATIK-NAFKAH] – Siri 6 – Amalan… ).
2. Hadith ini pula menjelaskan bahawa tidak seharusnya isteri dibiarkan bersendirian menjalankan tanggungjawabnya menguruskan rumah tangga tetapi suami sepatutnya membantu isteri untuk meringankan bebannya sekiranya keadaan mengizinkan dan tiada tanggungjawab lain yang lebih besar. Tugas-tugas mudah seperti membantu membasuh pakaian, menyediakan makanan, membersih rumah dan seumpamanya bukan sahaja meringankan beban isteri tetapi akan mencambahkan perasaan kasih sayang di antara suami isteri.
3. Walaupun begitu, tugas-tugas ini janganlah mengikat suami sehinggakan suami terlepas dari tugas-tugasnya yang lebih besar. Urusan di dalam rumah adalah tanggungjawab isteri sebagaimana yang diisyaratkan oleh hadith di mana Nabi s.a.w. bertanya isterinya, ada atau tidak makanan untuk dimakan. Ini menunjukkan isterilah yang mengetahui dan mengendalikan urusan rumah tangga.
4. Nabi s.a.w. sentiasa membantu isterinya ketika berada di rumah, tetapi bila sampai azan, Baginda s,a,w, pun keluar untuk menunaikan sembahyang. Ini menunjukkan bila ada tugas yang lebih besar (dalam kes ini, sembahyang berjemaah), Baginda akan meninggalkan urusan rumahtangga dan segera menuju ke masjid.
