(Sambungan) Usul No 5 – Hadith Yang Menggugat Kemutawatiran Al-Quran
Baca ONLINE atau MUAT TURUN:
NOTA KULIAH
* Perbincangan lebih lanjut dan mendalam boleh didapati di dalam buku “USUL DIRAYAT HADITS – Satu Panduan Mudah Untuk Mengesan Hadits-Hadits Dha’if Dan Maudhu’ (Jilid 1)” Karya Maulana Muhammad Asri Muhammad Yusoff – Perbincangan Usul Dirayat No. 1 hingga 40. Buku boleh diperolehi melalui link – https://shp.ee/q92dh2c
VIDEO – [Durasi – 1j 58m 28s] – Sesi 14 – Hadith Yang Menggugat Kemutawatiran Al-Quran – [USUL DIRAYAT HADIS – Usul No 5]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/RL_WC2fl2nM ]
(Sambungan) Usul No 5 – Hadith Yang Menggugat Kemutawatiran Al-QuranBaca ONLINE atau MUAT TURUN:
NOTA KULIAH
* Perbincangan lebih lanjut dan mendalam boleh didapati di dalam buku “USUL DIRAYAT HADITS – Satu Panduan Mudah Untuk Mengesan Hadits-Hadits Dha’if Dan Maudhu’ (Jilid 1)” Karya Maulana Muhammad Asri Muhammad Yusoff – Perbincangan Usul Dirayat No. 1 hingga 40. Buku boleh diperolehi melalui link – https://shp.ee/q92dh2c
(Sambungan) Usul No 4 – Hadith Yang Tidak Sesuai Dan Tidak Layak Dengan Kedudukan Malaikat Dan Mengaibkan Mereka
Baca ONLINE atau MUAT TURUN:
NOTA KULIAH
* Perbincangan lebih lanjut dan mendalam boleh didapati di dalam buku “USUL DIRAYAT HADITS – Satu Panduan Mudah Untuk Mengesan Hadits-Hadits Dha’if Dan Maudhu’ (Jilid 1)” Karya Maulana Muhammad Asri Muhammad Yusoff – Perbincangan Usul Dirayat No. 1 hingga 40. Buku boleh diperolehi melalui link – https://shp.ee/q92dh2c
(Sambungan) Usul No 4 – Hadith Yang Tidak Sesuai Dan Tidak Layak Dengan Kedudukan Malaikat Dan Mengaibkan Mereka
Baca ONLINE atau MUAT TURUN:
NOTA KULIAH
* Perbincangan lebih lanjut dan mendalam boleh didapati di dalam buku “USUL DIRAYAT HADITS – Satu Panduan Mudah Untuk Mengesan Hadits-Hadits Dha’if Dan Maudhu’ (Jilid 1)” Karya Maulana Muhammad Asri Muhammad Yusoff – Perbincangan Usul Dirayat No. 1 hingga 40. Buku boleh diperolehi melalui link – https://shp.ee/q92dh2c
Usul No 4 – Hadith Yang Tidak Sesuai Dan Tidak Layak Dengan Kedudukan Malaikat Dan Mengaibkan Mereka
Baca ONLINE atau MUAT TURUN:
NOTA KULIAH
* Perbincangan lebih lanjut dan mendalam boleh didapati di dalam buku “USUL DIRAYAT HADITS – Satu Panduan Mudah Untuk Mengesan Hadits-Hadits Dha’if Dan Maudhu’ (Jilid 1)” Karya Maulana Muhammad Asri Muhammad Yusoff – Perbincangan Usul Dirayat No. 1 hingga 40. Buku boleh diperolehi melalui link – https://shp.ee/q92dh2c
(SAMBUNGAN) USUL KETIGA – Hadith yang tidak sesuai dan tidak layak dengan kedudukan nabi-nabi dan mengaibkan mereka
(4) Kesalahan Daud terletak pada beliau terus memenangkan pihak yang memiliki seekor anak kambing tanpa mendengar terlebih dahulu keterangan pihak yang memiliki 99 ekor kambing. Sepatutnya beliau mendengar terlebih dahulu keterangan dari kedua-dua belah pihak yang berselisih sebelum membuat sesuatu Icputusan. Kesilapan itulah yang mendorong Daud beristighfar dan bertaubat kepada Allah, apabila mengingatkan apa yang berlaku kepadanya itu sebenamya merupakan ujian Allah. Ini ialah pendapat Abu Muslim al-Ashfahaani, ar-Raazi, al-Biqaa’i, Maulana Asyraf ‘Ali Thanwi dan lain-lain.
(5) Sesetengah ‘ulama. berpendapat semua yang tersebut di dalam firman Allah di dalam Surah Shaad itu adalah tamsilan dan ibarat semata¬mata. Dua orang yang zahimya datang dengan memanjat tembok istana Nabi Daud itu sebenarnya bukan manusia, tetapi malaikat. Kambing betina yang tersebut di dalamnya pula bukan kambing sebenarnya, tetapi ia hanyalah kiasan untuk sesuatu seperti perempuandan lain-lain barang kesayangan seseorang. Maksud kedatangan mereka tidak lain hanyalah untuk menarik perhatian Daud kepada sesuatu tindakannya yang agak tidak sesuai dengan kedudukannya. Baginda sepatutnya tidak bertindak begitu. Isyarat yang diberikan oleh malaikat itu difahami Daud. Maka teruslah beliau beristighfar dan kembali kepada Allah dengan bersujud dan bertaubat kepadaNya. Kerananya Allah bukan sahaja menerima taubatnya, malah telah mengisytiharkan dalam firmanNya begini: “dan sesungguhnya ia (Daud) mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami serta tempat kembali yang sebaik¬baiknya (di akhirat keIak).- Ini ialah pendapt al-Qurthubi, Maulana Syabbir Ahmad Utsmani dan lain-lain.
(6) Berdasarkan riwayat Ibnu ‘Abbaas, Nabi Daud telah membahagikan hari-hari dalam kehidupannya kepada empat bahagian. Satu hari khusus untuk beribadat kepada Allah. Satu hari untuk menyelesaikan kes-kes yang dikemukakan kepada beliau. Satu hari khusus untuk memenuhi keperluan peribadi dan keluarganya dan satu hari pula untuk memimpin dan membimbing kaumnya, Bani Israil. Pembahagian hari¬hari seperti itu kurang sesuai dengan kedudukan seorang khalifah dan raja. Seorang khalifah dan raja seperti Nabi Daud tidak sepatutnya mengkhususkan sehari suntuk untuk beribadat semata-mata, walaupun ibadat adalah sesuatu yang amat disukai Allah dan merupakan tujuan sebenar kejadian jin dan manusia. Kerana pada hari-hari yang lain juga tentunya Nabi Daud ada beribadat. Sama sekali tidak dapat dibayangkan adanya hari-hari seseorang nabi yang langsung tidak diisi dengan sebarang ibadat. Ibadat tentu ada dalam amalan harian seseorang nabi. Cuma mengkhususkan satu hari untuk ibadat semata-mata, di mana ia langsung tidak dapat dihubungi dan ditemui sesiapa pun dalam keadaan bagaimana sekalipun adalah sesuatu yang tidak layak dan tidak sesuai dengan kedudukan seorang nabi lagi raja seperti Daud. Itulah sebabnya Allah berfirman di dalam ayat berikutnya begini:
Bermaksud: Wahai Daud, Sesungguhnya Kami menjadikanmu khalifah (penguasa) di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu. (Shaad: 26)
Sebagai seorang khalifah beliau seharusnya mengutamakan masyarakat daripada kepentingan dan kesukaan peribadi sendiri. Beliau sepatutnya lebih banyak memberi masa untuk membimbing dan menyelesaikan masalah ra`yat jelatanya. Akibat daripada pembahagian hari-hari seperti itulah berlaku apa yang telah berlaku. Ia diceritakan oleh Allah di dalam Surah Shaad bermula dari ayat 21 hingga 25. Peristiwa yang tersebut di dalam ayat 21 hingga 25 itu merupakan sindiran dan teguran Allah secara tidak langsung kepada Daud. Namun Daud dapat menangkapnya, kerana beliau seorang yang bijaksana. Beliau terus beristighfar, bersujud dan bertaubat kepada Allah atas ketelanjurannya itu. Maka taubatnya diterima Allah. Selepas itu pembahagian hari-hari dalam kehidupan Daud tidak lagi berjalan seperti sebelumnya. Inilah pendapat Maulana Hifzur Rahman sevharwi di dalam Qasas al-Qur”annya.
(7) Allah menegur Daud melalui peristiwa yang tersebut di dalam Surah Shaad di atas, kerana Daud telah meminta Uria menarik diri dari isterinya, untuk kemudiannya setelah habis ‘iddah, dikahwini beliau. Perbuatan seperti itu walaupun merupakan suatu yang harus di sisi syari’at Allah pada masa itu, namun ia tidak layak dan kurang elok dilakukan oleh seorang nabi seperti Daud. Beristighfar dan bertaubatnya Daud kepada Allah semata-mata kerana beliau telah terlanjur melakukan sesuatu yang tidak layak dan kurang elok dilakukannya. Fitnah atau ujian Allah terhadap baud ialah apabila beliau terlanjur meminta Uria menceraikan isterinya untuk dikahwininya kemudian. Ia akan menampakkan Daud sebagai seorang yang tama’ dan cintakan dunia. Ini ialah pendapat Khazin, Zamakhsyari, Abu Ja’ far an-Nahhaas, Abu as-Sa`ud, Maulana Maududi, Syeikh Ibnu ‘ Aasyur dan lain-lain.
(8) Nabi Daud sebenarnya telah terpesona dengan isteri Uria. Beliau memendam rasa terhadapnya. Berbahagia sekali perasaan beliau kalau isteri Uria itu menjadi isterinya. Tetapi segala-galanya hanya bermain di hatinya, tidak lebih dari itu. Tiba-tiba Uria terbunuh dalam satu peperangan. Apabila mendapat berita kematian Uria, Daud tidak begitu sedih seperti sedihnya kerana kematian orang-orang lain dari kalangan bala tenteranya. Kemudian Daud berkahwin dengan isteri Uria. Allah menegur Daud kerana telah hanyut beberapa ketika dalam arus perasaannya. Itulah sebabnya Daud beristighfar dan bertaubat kepada Allah.
(9) Daud beristighfar dan bertaubat kepada Allah lantaran telah berasa bersalah mengambil tunangan orang sebagai isteri. Padahal isterinya itu dahulunya telah dilamar Uria. Ia betul-betul telah berazam untuk mengahwininya. Tiba-tiba apabila Daud masuk meminang tunang Uria, pinangan Uria ditolak dan Daud diutamakan daripadanya oleh tunang Uria sendiri dan keluarga tunangnya, semata-mata kerana beliau seorang raja. Maka sedih sangatlah Uria atas nasib malang yang menimpa dirinya. Apabila Al1ah menegur Daud yang telah merampas satu-satunya tunang Uria, padahal beliau sudah.mempunyai 99 orang isteri, terus insaflah Daud dan beristighfar serta bertaubatlah beliau kepada Allah. Antara tokoh tafsir yang berpendapat begini ialah Qadhi Ibnu aI-‘ Arabi, Abu Yala dan lain-lain.
(10) Sama seperti nombor (9), cuma tunangan Uria belum lagi dikahwini Daud. Lantas beliau ditegur Allah, membuatkan beliau menarik diri daripada meneruskan hasratnya. Di samping itu beliau juga terus beristighfar dan bertaubat kepada Allah. Bagi penulis, jawapan (7) hingga (10) semuanya berkaitan dengan Uria dan isterinya. Walaupun ada pihak yang mengandaikan ada antaranya tidak mustahil telah berlaku dan tidak berdosa pun Daud jika melakukannya, namun menurut para ‘ ulama’ muhaqqiqin dari kalangan ahli tafsir dan hadits;semua kisah Daud yang berkaitan dengan Uria dan isterinya tidak sahih, malah ia maudhu` dan langsung tidak berasas. Maka tidak ada lagi kewajaran mengaitkannya dengan firman Allah di dalam Surah Shaad itu.
Contoh Ketiga: Rasulullah s.a.w. dikatakan telah bersabda:
Maksudnya: Aku Ahmad tanpa Mim. Mathum tersiratnya ialah iaitu aku adalah yang Maha Esa.
Di dalam sesetengah riwayat, tersebut sebelumnya, maksudnya: “Aku ‘Arab tanpa ‘Ain”. Mafhum tersiratnya pula ialah “Aku adalah Tuhan”.
Rujukan:
Syah Isma’il as-Syahid- Risalatu at-Tauhid m/s 149, al-Maktabatu as-Syamilah- Mausu’atu ar-Raddi ‘Ala as-Shufiyyah m/s 9.
Komentar:
(a) Riwayat ini tersebar dengan meluas di kalangan orang-orang sufi Wujudi (yang berpegang dengan konsep Wandatul Wujud).
(b) Tidak mungkin seorang nabi yang ajaran utama agamanya ialah tauhid akan mengajarkan pula umatnya suatu ajaran syirik yang merobohkan agama yang dibawanya.
(c) Sifat rububiyyah dan kemaha esaan adalah sifat yang khusus dengan Allah semata-mata. Kedua-duanya tidak layak diberikan dan disandarkan kepada sesiapa pun dari kalangan makhluqNya, sama ada ia seorang nabi, wali atau malaikat.
(d) Tidak mungkin seorang nabi yang diturunkan kepadanya al-Qur’an yang sarat dengan ‘ aqidah tauhid akan mengajarkan pula umatnya supaya menyengutukannya dengan Allah. Tidak mungkin juga seorang nabi yang rnenerima ancaman-ancaman yang amat dahsyat menerusi firman-firman Allah terhadap penganjur-penganjur fahaman syirik akan membawa sendiri fahaman syirik itu.
Sebagai contohnya lihatlah firman-firman Allah berikut, bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa Ibni Maryam! Engkaukah yang berkata (mengajarkan) kepada manusia: “Jadikanlah daku dan ibuku dua Tuhan selain dari Allah?”. (Nabi) ‘Isa menjawab: “Maha suci Engkau (wahai Tuhan)! tidaklah layak bagiku mengatakan (mengajarkan) sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha mengetahui perkara-perkara yang ghaib. (116).
Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: “Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka (dengan membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah) selama aku berada di antara mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri Yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah Yang menjadi saksi atas segala sesuatu. (1 1 7). (al-Maa’idah: 116-117).
Firman Allah lagi:Bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): -Wahai ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa kita semua tidak menyembah melainkan Allah dan tidak kita persekutukanNya dengan sesuatu apa pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai Tuhan (yang dipuja dan didewa-dewakan) selain Jika mereka berpaling (enggan menerimanya), maka katakanlah kepada mereka: -Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada (Aali ‘Imraan: 64).
(e) Syah Isma’il as-Syahid di dalam Risalatu at-Tauhidnya menyifatkan orang-orang yang menyebarkannya sebagai hadits Rasulullah s.a.w. dan percaya begitu sebagai pelampau agama yang langsung tidak takut kepada Allah s.w.t.
(f) Orang yang mereka hadits ini atas nama Nabi s.a.w. tentu seorang zindiq atau mulhid yang bermaksud memusnahkan imej agama Islam yang menegakkan dan memperjuangkan ‘aqidah tauhid.
Baca ONLINE atau MUAT TURUN:
NOTA KULIAH
* Perbincangan lebih lanjut dan mendalam boleh didapati di dalam buku “USUL DIRAYAT HADITS – Satu Panduan Mudah Untuk Mengesan Hadits-Hadits Dha’if Dan Maudhu’ (Jilid 1)” Karya Maulana Muhammad Asri Muhammad Yusoff – Perbincangan Usul Dirayat No. 1 hingga 40. Buku boleh diperolehi melalui link – https://shp.ee/q92dh2c
(SAMBUNGAN) USUL KETIGA – Hadith yang tidak sesuai dan tidak layak dengan kedudukan nabi-nabi dan mengaibkan mereka
(c) Berikut dikemukakan pandangan para ‘ulama’ mu’tabar tentang riwayat-riwayat Israiliyat itu: (i) Al-Qaadhi ‘Iyaadh menulis dalam asy-Syifaa’nya: “Adapun kisah Daud a.s., maka tidaklah harus kita menoleh kepada apa yang ditulis oleh tukang-tukang cerita Ahlil Kitab yang telah menukar-nukar dan mengubah-ubah (kitab suci mereka), lalu disalin oleh beberapa penafsir, padahal tidak ada nas autentik dari Allah sendiri tentang itu sedikit pun, dan tidak pula terdapat di dalam hadits yang sahih. Apa yang dinaskan oleh Allah berhubung dengan kisah Daud ialah:j Bermaksud: dan (Nabi) Daud (setelah berfikir sejurus) mengetahui bahawa sebenarnya Kami sedang mengujinya (dengan peristiwa itu) Tidak ada satu pun hadits sahih berhubung dengan kisah Daud dan Uria. Tidak boleh dipercayai ada mana-mana nabi ingin membunuh orang Islam (tanpa hak). Inilah yang sepatutnya menjadi pegangan berhubung dengan Nabi Daud a.s. (ii) Berkata Ad-Dawuudi: Tidak ada dalam kisah Daud dan isteri Uria itu suatu riwayat yang dapat dipegangi. Tidaklah patut disangka bahawa ada seorang Nabi yang ingin supaya seorang laki-laki mati kerana hendak mengambil isterinya-. (iii) Ibnu Katsiir di dalam tafsirnya berkata: “Kisah semacam ini kebanyakannya diambil dari cerita-cerita Israiliyat, dan tidak ada satu pun hadits kuat (sahih) yang wajib kita ikuti, yang diterima sah dari Nabi yang ma’shum dalam perkara (iv) As-Suyuthi di dalam al-lklilnya menulis: “Kisah yang mereka ceritakan tentang perempuan itu, bahawa Daud jatuh hati kepadanya, lalu suaminya dikirim ke.medan perang supaya mati dalam pertempuran, dan memang mati; Hadits ini dikemukakan oleh Ibnu Abi Hatim daripada Hadith Anas bin Malik secara marfu’. Tetapi di dalam sanadnya bertemu nama Ibnu Lahi’ah. Keadaanmya (sebagai perawi dha’if) diketahui semua orang. Dia menerimanya daripada Ibni Shakhr daripada Yazid Ar¬Raqaasyi. Yazid bin Abaan Ar-Raqaasyi juga seorang perawi dha’if. Inilah kedudukan riwayat Israiliyat (2) yang dikemukakan oleh as-Suyuthi di dalam ad-Durru al-Mantsur seperti tersebut di atas menurut as-Suyuthi sendiri di dalam kitab al-Iklilnya. (v) Abu Muhammad Ibnu Hazmin Al-Andalusi. Mazhab Ahli az-Zahir yang terkenal itu, ketika mempertahankan pendirian beliau bahawa Nabi-Nabi Allah bersih daripada dosa-dosa besar, di dalam kitab beliau “Al-Fishal” dengan tegas dan keras menolak penafsiran berdasarkan riwayat-riwayat Israiliyat. Kata beliau: “Apa yang diceritakan Tuhan di dalam Al-Qur’an tentang Nabi Daud adalah kata yang benar lagi sahih. Tidak sedikit pun ia menyokong apa yang ditafsirkan oleh tukang olok-olok dan pembohong yang berpegang kepada cerita-cerita dongeng yang ditimbulkan oleh orang Yahudi.
Orang-orang yang berperkara itu adalah Anak Adam, tidak syak lagi. Mereka berperkara dari hal kambing-kambing betina yang benar-benar terjadi di antara mereka. Yang seorang berlaku sewenang-wenang kepada yang seorang lagi; jelas ditulis di dalam ayat! Maka barangsiapa berkata, mereka itu adalah malaikat kerana hendak memberi ingat Daud tentang perempuan yang suaminya dilemparkan ke medan perang sampai mati itu, maka ia telah membuat dusta atas Allah Ta’ala dengan mengatakan atas nama Allah barang yang tidak dikataNya. Dengan menambahkan ke dalam al-Qur’an apa yang tidak ada di dalamnya. Ini bererti pengakuan bahawa dirinya jahat. Membuat dusta pula atas malaikat. Kerana Tuhan bertanya: dan sudahkah sampai kepadamu (Wahai Muhammad) berita (perbicaraan dua) orang yang berselisihan? (Shaad: 2 I). Cerita ini diubahnya dengan berkata: “Tidak ada (perbicaraan dua) orang yang berselisihan. Tidak ada tindakan sewenang-wenang oleh satu pihak kepada yang lain. Tidak ada urusan kambing betina 99 ekor, dan tidak pula ada kambing betina yang satu ekor, tidak pula tersebut “Serahkanlah kepadaku kambing betina yang, seekor itu!
Seterusnya Ibnu Hazmin berkata : “Dan semua pemutarbalikan tafsir itu tidak ada dalilnya, malahan tuduhan semata-mata. Dan Demi Allah! Sedangkan kita orang biasa saja, lagi memelihara dirinya dan kehormatan tetangganya, jangan sampai mencintai atau jatuh hati kepada isteri tetangga, atau hendak mencari tipu daya supaya suaminya segera mati, kerana isterinya hendak dikahwini. Apatah lagi tersebut pula di dalam tafsiran Israiliyat itu bahawa Daud menghentikan sembahyangnya kerana beliau melihat burung dari emas terbang hinggap dekat dia bersembahyang. Semuanya ini adalah perbuatan orang-orang durjana, rendah dan fasiq. Bukan perbuatan orang baik-baik dan orang yang bertaqwa. Bagaimana akan dikatakan bahawa kelakuan ini pernah diperbuat oleh seorang Rasul Allah yang bernama Daud? Yang Allah pernah mewahyukan kitabNya (Zabur) kepadanya?
di dalam kitab beliau “Al-Fishal” dengan tegas dan keras menolak penafsiran berdasarkan riwayat-riwayat Israiliyat. Kata beliau: “Apa yang diceritakan Tuhan di dalam Al-Qur’an tentang Nabi Daud adalah kata yang benar lagi sahih. Tidak sedikit pun ia menyokong apa yang ditafsirkan oleh tukang olok-olok dan pembohong yang berpegang kepada cerita-cerita dongeng yang ditimbulkan oleh orang Yahudi.
Orang-orang yang berperkara itu adalah Anak Adam, tidak syak lagi. Mereka berperkara dari hal kambing-kambing betina yang benar-benar terjadi di antara mereka. Yang seorang berlaku sewenang-wenang kepada yang seorang lagi; jelas ditulis di dalam ayat! Maka barangsiapa berkata, mereka itu adalah malaikat kerana hendak memberi ingat Daud tentang perempuan yang suaminya dilemparkan ke medan perang sampai mati itu, maka ia telah membuat dusta atas Allah Ta’ala dengan mengatakan atas nama Allah barang yang tidak dikataNya. Dengan menambahkan ke dalam al-Qur’an apa yang tidak ada di dalamnya. Ini bererti pengakuan bahawa dirinya jahat. Membuat dusta pula atas malaikat. Kerana Tuhan bertanya: dan sudahkah sampai kepadamu (Wahai Muhammad) berita (perbicaraan dua) orang yang berselisihan? (Shaad: 2 I). Cerita ini diubahnya dengan berkata: “Tidak ada (perbicaraan dua) orang yang berselisihan. Tidak ada tindakan sewenang-wenang oleh satu pihak kepada yang lain. Tidak ada urusan kambing betina 99 ekor, dan tidak pula ada kambing betina yang satu ekor, tidak pula tersebut “Serahkanlah kepadaku kambing betina yang, seekor itu! – Seterusnya Ibnu Hazmin berkata : “Dan semua pemutarbalikan tafsir itu tidak ada dalilnya, malahan tuduhan semata-mata. Dan Demi Allah!
Sedangkan kita orang biasa saja, lagi memelihara dirinya dan kehormatan tetangganya, jangan sampai mencintai atau jatuh hati kepada isteri tetangga, atau hendak mencari tipu daya supaya suaminya segera mati, kerana isterinya hendak dikahwini. Apatah lagi tersebut pula di dalam tafsiran Israiliyat itu bahawa Daud menghentikan sembahyangnya kerana beliau melihat burung dari emas terbang hinggap dekat dia bersembahyang. Semuanya ini adalah perbuatan orang-orang durjana, rendah dan fasiq. Bukan perbuatan orang baik-baik dan orang yang bertaqwa. Bagaimana akan dikatakan bahawa kelakuan ini pernah diperbuat oleh seorang Rasul Allah yang bernama Daud? Yang Allah pernah mewahyukan kitabNya (Zabur) kepadanya? Dan pemah firman Tuhan diucapkan oleh lidahnya? Allah telah membersihkan hatinya jangan sampai disentuh oleh maksud-maksud jahat, bagaimana itu akan menjadi laku perbuatannya?
Dan kata Ibnu Hazmin lagi: “Adapun dia memohon ampun kepada Allah dan turun bersujud, maka ingatlah bahawa perbuatan yang mulia itu adalah amal mulia dari Nabi-nabi. Al-Istighfaar, memohon ampun daripada Tuhan adalah perbuatan baik yang dilakukan oleh malaikat-malaikat dan Nabi-nabi. Orang berdosa boleh mengerjakannya, orang yang tidak berdosa pun boleh mengerjakannya juga. (vi) Syaikh al-Burhan al-Biqaa’iy menulis di dalam tafsimya: “Cerita Nabi Daud mencintai isteri orang, lalu suaminya disuruh ke medan perang barisan depan agar mati di sana, supaya isterinya beliau ambil, adalah termasuk dalam rangkaian cerita-cerita bohong orang Yahudi.- (vii) An-Naashir di dalam tafsirnya “Al-Intishaaf pula menulis: “Penyelidik-penyelidik yang mendalam dari kalangan imam-imam kita telah membuat kesimpulan bahawa Nabi-nabi a.s. seumpama Daud dan lain-lain adalah bersih dari akan jatuh kepada dosa yang kecil-kecil, apatah lagi dosa besar semacam itu.- Demikianlah disebutkan oleh al-‘ Allamah Muhammad Jamaluddin al-Qaasimi di dalam Tafsimya Mahaasinu at-Ta’wil yang dikenali juga sebagai Tafsir al-Qaasimi. Selain mereka yang tersebut itu, al-Khaffaaji di dalam Nasimu ar-Riyaadhnya, Abu Hayyaan di dalam al-Bahru al-Muhithnya dan ar-Raazi di dalam Tafsir Kabimya, Ibnu al-Jauzi di dalam Zaadu al-Mashirnya, Abu as-Sa’ud di dalam Irsyaadu al-‘Aqli as-Salimnya, al-Baidhawi di dalam Anwaaru at-Tanzilnya dan Zamakhsyari di dalam Kassyaafnya juga merupakan tokoh-tokoh yang dengan keras telah menolak khurafat yang terdapat di dalam riwayat-riwayat Israiliyat tersebut. Semua mereka dengan tegas mengatakan bahawa tidak ada satu pun riwayat sahih berhubung dengan perkara ini. Mereka malah menghukumnya sebagai riwayat-riwayat maudhu’ semuanya. Tafsir al-Azhar oleh HAMKA adalah sebaik-baik tafsir dalam bahasa Melayu yang membongkar riwayat-riwayat Israiliyat. Beliau juga termasuk mufassir yang menolak dengan keras riwayat-riwayat Israiliyat yang penuh dengan khurafat seperti itu.
d) Antara alasan kukuh yang mendorong para ‘ulama’ mendha’if malah memaudhu’kan riwayat-riwayat Israiliyat tersebut ialah kerana ia mengandungi Usul Dirayat (3) yang sedang kita pelajari sekarang, iaitu hadits-hadits atau riwayat-riwayat yang tidak sesuai dan tidak layak dengan kedudukan nabi-nabi dan meng’aibkan mereka mestilah ditolak. Ia tidak mungkin berpunca daripada Rasulullah s.a.w. Tentu sekali merancang membunuh seseorang muslim semata-mata untuk berkahwin dengan isterinya tidak layak dengan kedudukan seorang nabi. Tentu sekali perzinaan tidak sesuai dengan seseorang yang dilantik Allah sebagai nabiNya. Tidak boleh diterima sama sekali seorang nabi telah berzina dengan isteri orang. Ia adalah sesuatu yang meng’ aibkan orang muslim biasa sekalipun, apatah lagi seorang nabi lagi rasul yang terpilih seperti Nabi Daud a.s.
(e) Terlalu banyak khurafat dan perkara-perkara yang tidak masuk ‘aqal di dalam riwayat¬riwayat Israiliyat berkenaan. Sedangkan menurut salah satu UsuI Dirayat Hadits ialah mana-mana riwayat yang mengandungi khurafat dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima ‘aqal yang waras, merupakan sebaik-baik bukti kepalsuannya. Antaranya ialah: (i) Nabi Daud dikatakan telah bersujud selama 40 malam sehingga tumbuh tumbuhan yang menjalar naik ke kepalanya. (ii) Daud a.s. setelah diterima taubatnya oleh Allah, terus menangis kerana kesalahannya itu selama 30 tahun. Air matanya tidak henti-henti mengalir siang dan malam. (iii) Pada setiap hari keempat, Daud meratapi dirinya bersama-sama para pendita, dia akan keluar bersama mereka ke belantara dengan meniup seruling suaranya lalu menangis dan menangislah bersamanya pokok-pokok, pasir, burung dan binatang¬binatang buas sehingga air mata mereka mengalir seperti sungai. (iv) Pada hari yang sama Daud dikatakan pergi ke bukit-bukau dan gunung-ganang. Diangkatnya seruling suaranya lalu menangis dan menangislah bersamanya bukit-bukau, gunung-ganang, batu-batan, binatang-binatang dan burung-burung di sekelilingnya, sehingga lembah-lembah dan lereng-lereng gunung mengalirkan air mata mereka. (v) Beliau juga dikatakan pergi ke tepi pantai, diangkatnya seruling suaranya lalu menangis dan menangislah bersamanya ikan¬ikan dan binatang-binatang laut serta burung-burung laut dan binatang buas di lautan. (vi) Tanah dikatakan telah memakan dahi Daud di sebabkan terlalu banyak air matanya yang menyirami bumi.
(f) Apa yang tersebut di dalam riwayat-riwayat Israiliyat dan Bible itu jelas bercanggah dengan sifat seorang nabi. Daud digambarkan sebagai seorang yang tidak ma’shum. Padahal ‘ishmah (sifat terpelihara daripada dosa-dosa) adalah salah satu ciri utama seorang nabi. Nabi Daud dikatakan telah melakukan beberapa dosa besar.
(g) Persoalan timbul bahawa kenapakah sesetengah Ahli Tafsir menghiasi kitab-kitab tafsir mereka dengan riwayat-riwayat Israiliyat seperti ini? Sebelum mereka, kenapakah ada di kalangan umat Islam, khususnya dari kalangan Tabi’in, menyebarkan cerita-cerita dongeng yang langsung tidak masuk akal itu?? Ada dua jawapannya: (1) Metode sesetengah Ahli Tafsir memang tidak mengambil kisah, sama ada cerita yang akan dimasukkannya ke dalam kitab tafsirnya ada asas atau tidak. Apa yang penting kepadanya hanyalah mengumpul dan mengemukakan sebanyak mungkin riwayat yang tersebar dalam masyarakat yang dikaitkan dengan sesuatu firman Allah. Kerja menapis dan menilainya bukan lagi kerja mereka. Ia diserahkan kepada orang-orang yang ahli dan pakar tentangnya. Itulah tujuan dan maksud mereka memasukkan riwayat-riwayat Israiliyat di dalam kitab tafsir mereka. (2) Kecenderungan dan tabi’at manusia itu memang tidak sama. Ada orang, bila mendapati sesuatu yang tidak terang atau samar, cuba mencari-cari sesuatu yang pada fikirannya dapat dijadikan sebagai penyuluh kepada yang tidak terang dan samar itu. Apabila Allah berfirman di penghujung ayat 24 Surah Shaad: Bermaksud: dan (Nabi) Daud (setelah berfikir sejurus) mengetahui bahawa sebenarnya Kami sedang mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).(24), hatinya terus berkata, mestilah ada suatu bentuk ujian oleh Allah terhadap Nabi Daud. Apakah bentuk ujian dan cobaan itu? Walaupun ia tidak ditemui di dalam al-Qur’aft dan hadits yang sahih, namun ia ada di dalam riwayat-riwayat Israiliyat dan Bible. Tempat yang dirasai kosong untuk mentafsirkan firman Allah itulah yang cuba diisi mereka! Kalau tidak pada fikiran mereka firman Ailah itu akan tergantung!! Allah juga di dalam firmanNya itu berkata, ia memohon ampun kepada Tuhannya-. Tidak timbul lagi soal bagaimana akan diterima riwayat-riwayat Israiliyat yang karut-marut itu? Bagaimana boleh Daud melakukan dosa besar seperti tersebut di dalamnya? Kerana bukankah Allah sendiri telah menyatakan permohonan ampun oteh Daud kepadaNya? Itu bererti memang Daud telah melakukan dosa besar. Kalau tidak apakah ertinya Daud memohon ampun kepada Allah?? Kesimpulannya ialah ujian Allah terhadap Daud telah nyata dalam bentuk Daud melakukan dosa besar! Lalu beliau memohon ampun kepada Allah atas dosanya itu!!
(h) Kalau bukan itulah fitnah atau ujian Allah terhadap Daud, maka apa lagi bentuk ujian dan fitnah Allah terhadap beliau? Kenapa sampai beliau memohon ampun kepada Tuhan sambil merebahkan diri bersujud dan bertaubat?? Ada beberapa pula jawapan `ulama. tentang kemusykilan ini. Fitnah atau ujian Allah terhadap nabi Daud yang disebutkan di dalam firman Allah di atas ialah timbulnya salah sangka di dalam hati Daud bahawa beliau dianugerahi kerajaan begitu besar sebagai fitnah atau ujian Tuhan terhadap dirinya. Apa yang tersebut di dalam Surah Shaad itu tiada kena mengena langsung sebenarnya dengan Daud. Ia memang mengisahkan dua orang atau dua pihak yang berperkara. Pada fikiran Daud, mereka sebetulnya sedang diuji Allah. Dan tiada manusia yang terlepas dari ujian Allah, tennasuk beliau juga. Oleh kerana nabi adalah manusia suci, maka mudah terlintaslah di hatinya bermacam-macam lintasan. Terlintas di hati Daud bahawa dalam kerajaannya yang begitu besar, tentu akan ada juga berlaku sesuatu yang tidak kena sebagai ujian Allah terhadapnya. Maka teruslah beliau beristighfar, bersujud dan bertaubat kepada Allah, andaikata ada salah silap dan ketelanjuran dalam pemerintahannya. Ini ialah pendapat Ibnu Hazmin dan lain-lain. Untuk seseorang beristighfar dan bertaubat kepada Allah, tidak semestinya ia sebelum itu telah melakukan dosa. Ujian Allah kepada seseorang juga tidak semestinya berupa dosa. Bukankah para malaikat juga beristighfar kepada Allah? Padahal mereka adalah makhluk Allah yang ma’shum. Allah telah berfirman tentang kema‘shuman mereka begini: Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya adalah malaikat¬malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa (saja) yang diperintahkanNya kepada mereka dan (mereka pula) tetap melakukan apa yang diperintahkan. (at-Tahrim: 6).
Bukankah Allah juga telah menguji Nabi Ayyub? Ujian Allah kepadanya bukanlah kerana beliau telah melakukan apa-apa dosa. Ujian Allah kepadanya juga bukan dengan cara beliau melakukan dosa. Nabi kita Muhammad s.a.w. juga diperintah Allah supaya beristighfar dan bertaubat kepadaNya. Padahal Baginda s.a.w. tidak melakukan apa-apa dosa. Tdk pernah pula Allah mengujinya dengan melakukan sesuatu ma`shiat atau sesuatu dosa. Firman Allah kepada Baginda:
Bermaksud: Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat. (an-Nashr: 3).
(2) Nabi Daud meminta ampun kepada Allah kerana beliau telah terkejut dan ketakutan lantaran ada orang masuk menghadapnya dengan memanjat pagar atau dinding istananya. Beliau salah sangka pada mulanya kepada orang-orang itu. Ingat beliau, mereka datang untuk membunuhnya. Kemudian ternyata maksud mereka adalah baik, iaitu meminta diberi hukum yang adil. Keadaan Nabi Daud yang terkejut, ketakutan dan buruk sangka kepada orang-orang itu amat tidak sesuai dengan seorang nabi yang hebat dan handal sepertinya. Itulah bentuk ujian Allah terhadap Daud yang diisyaratkan oleh Allah di dalam firmanNya di dalam Surah Shaad tersebut. Ini ialah jawapan yang dikemukakan Abu Hayyaan al¬Andalusi, HAMKA, bekas Syeikh al-Azhar Syeikh Muhammad Sayyid Thanthawi dan lain-lain. HAMKA di dalam Tafsir al-Azharnya bahkan telah menghilangkan kekeliruan tentang kenapa pula mereka membawa kes ke hadapan Daud dalam keadaan itu dengan mengemukakan satu andaian. Kata beliau: -Sekarang orang-orang itu masuk saja ke dalam tempat khalwat Nabi Daud dengan memanjat pagar. Itu adalah hal yang mengejutkan dan melanggar aturan sopan santun. Tersebut dalam ayat seterusnya: -Seketika mereku itu masuk kepada Daud, maka terkejutlah dia dari mereka”. (Pangkal ayat 22). Terkejut beliau dari sebab kedatangan mereka memanjat dinding itu. Karena hal demikian luar biasa. Sebagai raja pastilah beliau berpengawal. Kalau mereka masuk dari pintu biasa tentu akan adanya permohonan izin lebih dahulu dari pengawal. Mungkin juga orang-orang ini merasa akan sukar bertemu dengan Nabi Daud, yang meskipun beliau memang seorang Nabi, namun beliau adalah pula seorang Raja. Kalau mereka lalui prosedur yang biasa, tidaklah akan berhasil masuk. Begitu barangkali. Tetapi Nabi Daud dengan sendirinya terkejut.” (3) Orang-orang yang datang dengan memanjat pagar atau dinding istana Daud sememangnya bermaksud membunuh beliau. Setelah mereka mendapati ada ramai pengawal di kawasan mihrab tempat Nabi Daud beribadat, mereka berpura-pura mengemukakan kes seperti tersebut di dalam ayat 22-23 Surah Shaad. Nabi Daud mengetahui maksud sebenar mereka. Beliau telah bertekad untuk menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman. Tetapi setelah berfikir bahawa semua itu adalah ujian Allah kepadanya, beliau membatalkan maksud asalnya hendak menghukum mereka. Nabi Daud sedar bahawa tindakan yang paling layak dan sesuai dengan kedudukan beliau ialah mema’atkan bukan membalas dendam. Maka beliau terus beristighfar dan bertaubat kepada Allah atas ketelanjurannya itu. Oleh kerana Daud telah betul-betul insaf, Allah terus mengampunkan kesalahan dan ketelanjurannya.
Baca ONLINE atau MUAT TURUN:
NOTA KULIAH
* Perbincangan lebih lanjut dan mendalam boleh didapati di dalam buku “USUL DIRAYAT HADITS – Satu Panduan Mudah Untuk Mengesan Hadits-Hadits Dha’if Dan Maudhu’ (Jilid 1)” Karya Maulana Muhammad Asri Muhammad Yusoff – Perbincangan Usul Dirayat No. 1 hingga 40. Buku boleh diperolehi melalui link – https://shp.ee/q92dh2c
(SAMBUNGAN) USUL KETIGA – Hadith yang tidak sesuai dan tidak layak dengan kedudukan nabi-nabi dan mengaibkan mereka
(a) Itthiraab
[ Itthiraab yang dimaksudkan di sini ialah itthiraab pada matan atau teks riwayat. Ia bererti keadaan sesuatu riwayat yang berbeza-beza, berlainan dan bercelaru lafaz matannya, namun sama dari sudut kekuatan atau kelemahannya. Dengan kata lain, ia adalah riwayat yang dikemukakan dalam bentuk¬bentuk yang bertentangan dan berlawanan antara satu dengan yang lain, di samping tidak dapat ditarjih dan tidak juga dapat dikompromikan]
Itthiraab adalah faktor utama yang membuktikan kelemahan, bahkan kepalsuan kebanyakan riwayat-riwayat Israiliyat. Ia amat ketara dalam riwayat-riwayat yang sedang dibicarakan. Perlulah diketahui bahawa hadits atau riwayat muttharib 12 merupakan hadits atau riwayat yang dha’if di sisi para ‘ulama” hadits. Antara sudut-sudut itthiraab yang terdapat di dalam riwayat-riwayat Israiliyat tentang kisah Daud merancang membunuh Uria, dan setelah ia terbunuh baginda mengahwini isterinya, selain kisah penyesalan Daud atas dosa yang telah dilakukannya ialah: (i) Di dalarn riwayat (2) dikatakan Nabi Daud telah bersujud sambil menangis selama 40 malam. Sedangkan di dalam riwayat (3) pula dikatakan Baginda a.s. menangis selama 30 tahun. (ii) Di dalam ad-Durru al-Mantsur ada disebutkan satu riwayat yang dikemukakan oleh ‘Abd bin Humaid daripada Ka’ab, katanya: “Nabiyyullah Daud bersujud selama 40 hari 40 malam sehingga kering air matanya. Sedangkan di dalam riwayat (3) pula tersebut air matanya tidak henti-henti mengalir siang dan malam. Bukan beliau sahaja yang menangis, malah menangis juga bersama-sama beliau pokok-pokok, pasir, burung dan binatang-binatang buas, ikan-ikan, gunung-ganang, bukit-bukau dan lain-lain sehingga air mata mereka mengalir seperti sungai.
(iii) Di dalam riwayat ‘Abd bin Humaid daripada Ka’ab juga tersebut; “Allah setelah itu mewahyukan kepada Daud: “Wahai Daud! Telah Ku halalkan untukmu isteri Uria. Maka isteri Uria dikahwininya. Hasil perkahwinan itu lahirlah (Nabi) Sulaiman a.s. Tidak ada anak lain dilahirkannya, baik sebelum itu atau selepasnya.- Sedangkan di dalam Bible jelas tertulis bahawa Daud telah membuatkan isteri Uria mengandung sebelum Uria terbunuh lagi. Anak dari kandungan itu kemudiannya meninggal dunia. Setelah Uria terbunuh, Daud mengahwini isterinya Batsyeba. Setelah mati anak yang pertama, baru Daud mendapat anak keduanya dari isteri yang sama. Anak kedua itu diberi nama Sulaiman.
(iv) Di dalam riwayat (3) tersebut bahawa setelah Daud melakukan kesalahan besar tersebut, beliau telah membahagikan masa dalam hidupnya kepada empat bahagian. Satu hari untuk menyelesaikan perkara di antara Bani Israil, satu hari pula untuk isteri-isterinya. Satu hari pula untuk beliau mengembara di belantara, bukit bukau dan di tepian pantai dan satu hari lagi beliau bersunyi di istananya yang mempunyai 4,000 Mihrab. Sedangkan berdasarkan riwayat daripada Hasan al-Bashri dan Ibnu ‘ Abbaas pula tersebut bahawa memang beliau dari awal lagi telah membahagikan hari-hari dalam kehidupannya kepada empat bahagian. Satu hari khusus untuk beribadat kepada Allah. Satu hari untuk menyelesaikan kes-kes yang dikemukakan kepada beliau. Satu hari khusus untuk memenuhi keperluan peribadi dan keluarganya dan satu hari pula untuk memimpin dan membimbing kaumnya, Bani Israil.
(v) Di dalam riwayat (1 ) tersebut ketika Daud sedang membaca Zabur, tiba-tiba datang seekor burung keemasan warnanya berjalan dengan jinak di hadapannya. Sedangkan di dalam riwayat yang lain tersebut burung itu datang ketika beliau sedang bersembahyang.
Beliau sampai menghentikan sembahyang untuk menangkap burung itu. (vi) Di dalam riwayat (2) tersebut. Setelah 40 malam (bersujud), datanglah Jibril. Kata Jibril: “Wahai Daud, sesungguhnya Allah telah mengampunimu, engkau memang tahu bahawa Allah memang adil, tidak zalim.” Kata Daud: “Bagaimana dengan Si fulan (Uria) apabila ia datang pada hari kiamat nanti sambil berkata: “Tuhanku, darahku ada pada Daud”? Kata Jibril: “Tidak pula saya tanya Tuhanmu tentang perkara itu. Jika engkau mahu, biar saya tanyakan”. Jawab Daud: “Ya”. Naiklah Jibril. Daud bersujud pula buat sekian lama. Kemudian setelah Jibril turun kembali, dia berkata: “Aku telahpun bertanya Allah wahai Daud tentang apa yang engkau kehendaki itu. Kata Tuhan: “Beritahu kepada Daud, sesungguhnya Allah akan mengumpulkan kamu berdua pada hari kiamat nanti, ketika itu Tuhan akan berkata kepadanya: “Berilah kepadaku darahmu yang ada pada Daud itu”. Dia berkata: “Ku berikan kepadamu Oh Tuhan!” Ketika itu Tuhan berkata: “Kamu boleh mendapat apa saja yang kamu kehendaki di dalam syurga dan apa saja yang kamu ingini sebagai gantinya.” Sedangkan di dalam riwayat Wahab bin Munabbih pula tersebut dialog di antara Daud dengan Allah dan dialog beliau dengan Uria di kuburnya begini: -Daud mendengar seruan Allah, “Sesungguhnya Aku telah mengampunimu. Kata Daud: “Bagaimana oh Tuhanku?! Bukankah Engkau tidak menganiayai sesiapa pun?” Kata Tuhan: “Pergilah engkau ke kubur Uria dan serulah dia. Nanti akan ku perdengarkan kepadanya seruanmu. Minta halallah dengannya.” Maka pergilah Daud ke kubur Uria dengan memakai pakaian rahib. Setelah duduk dekat kuburnya, berserulah Daud: “Wahai Uria!” Jawab Uria: “Ya, saya, Siapakah yang telah memotong kesedapan (ni’mat) yang sedang aku rasai dan membuatkan aku terjaga?” Kata Daud: ”Aku Daud.” Tanya Uria: “Apakah yang membuatmu datang ke sini wahai Nabiyyallah?” Kata Daud: “Aku memohon ‘kepadamu agar mema’afkan kesalahan yang aku telah lakukan kepadamu”. Tanya Uria: “Apa kesalahan yang telah tuan lakukan kepada saya?” Jawab Daud: “Aku telah mendedahkan engkau kepada pembunuhanmu.” Kata Uria tuan telah mendedahkan saya kepada syurga (sebenarnya). Saya halalkan tuan.” Lalu Allah mewahyukan kepada Daud: “Wahai Daud! Bukankah Aku hakim yang adil? Aku tidak menghukum dengan cara mengelirukan dan mengecoh.” Kenapa tidak engkau memberitahu kepadanya bahawa engkau telah mengahwini isterinya.’ Maka pergiiah semula Daud ke kubur Uria. Diserunya Uria. Oleh Uria disambutnya seruan Daud dengan bertanya: “Siapakah orang yang telah memotong kesedapan (ni’mat) yang sedang aku rasai ini?” Jawab Daud: “Aku Daud.” Uria terus berkata: “Wahai Nabiyyallah! Bukankah saya telah ma’afkan tuan?” Kata Daud: “Memang, tetapi aku telah mendedahkan engkau kepada kematian sebenarnya dengan maksud untuk mengahwini isterimu. Sekarang aku telah mengahwininya.” Mendengar pengakuan Daud itu, Uria terus diam tidak berkata apa-apa. Walaupun dipanggil Daud, ia tetap tidak menjawab. Berkali-kali Daud memanggilnya, ia tidak juga menjawab. Maka berdirilah Daud dekat kubur Uria sambil mencurahkan tanah di atas kepalanya sendiri. Kemudian beliau berteriak: “Binasalah Daud, binasalah dia ketika dipegang tengkuknya lalu ditolak ke hadapan orang yang dizaliminya! Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan cahaya. Binasalah Daud, binasalah dia ketika diseret di atas mukanya bersama-sama orang¬orang yang berdosa ke neraka! Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan cahaya. Binasalah Daud, binasalah dia ketika malaikat Zabaniah menghampirkannya bersama-sama orang-orang yang zalim ke neraka! Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan cahaya. Pada ketika itu datanglah satu seruan dari langit berbunyi: Wahai Daud! Aku telah mengampuni dosamu. Tangisanmu dikasihani. Aku terima doamu. Aku hapuskan kesalahanmu. Daud bertanya: Tuhanku, bagaimana Engkau mengampuniku sedangkan Uria tidak mema’afkan daku? Tuhan menjawab: Wahai Daud! Akan Ku berikan kepadanya pada hari kiamat nanti sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh kedua matanya dan tidak pernah didengar oleh kedua telinganya. Dan Aku akan bertanya dia: “HambaKu telah puaskah? Uria akan bertanya: Tuhanku. bagaimana aku mendapat semua ini sedangkan amalanku tidaklah seberapa. Ketika itu aku berkata: adalah ganjaran kerana hambaKu Daud. Aku meminta dia darimu.- Maka terus diberinyalah engkau kepadaKu.- Berkata Daud: Tuhanku, sekarang baru aku yakin engkau telah benar-benar mengampuniku. (vii) Di dalam riwayat (2) tersebut Daud mengetahui beliau diampuni Allah menerusi malaikat Jibril. Di dalamnya tidak ada pula cerita Nabi Daud disuruh pergi ke kubur Uria untuk meminta ma’af kepadanya. Tidak juga ada cerita Nabi Daud meraung sambil mencurahkan tanah di atas kepalanya dan semua dialog yang berlaku di antara beliau dengan Allah dan dialog di antara beliau dengan Uria dekat kuburnya!! Tetapi semua itu tersebut dengan jelas memotong kesedapan (ni’mat) yang sedang aku rasai ini?” Jawab Daud: “Aku Daud.” Uria terus berkata: “Wahai Nabiyyallah! Bukankah saya telah ma’afkan tuan?” Kata Daud: “Memang, tetapi aku telah mendedahkan engkau kepada kematian sebenarnya dengan maksud untuk mengahwini isterimu. Sekarang aku telah mengahwininya.” Mendengar pengakuan Daud itu, Uria terus diam tidak berkata apa-apa. Walaupun dipanggil Daud, ia tetap tidak menjawab. Berkali-kali Daud memanggilnya, ia tidak juga menjawab. Maka berdirilah Daud dekat kubur Uria sambil mencurahkan tanah di atas kepalanya sendiri. Kemudian beliau berteriak: “BinasaIah Daud, binasalah dia ketika dipegang tengkuknya lalu ditolak ke hadapan orang yang dizaliminya! Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan cahaya. Binasalah Daud, binasalah dia ketika diseret di atas mukanya bersama-sama orang¬orang yang berdosa ke neraka! Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan cahaya. Binasalah Daud, binasalah dia ketika malaikat Zabaniah menghampirkannya bersama-sama orang-orang yang zalim ke neraka! Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan cahaya. Pada ketika itu datanglah satu seruan dari langit berbunyi: -Wahai Daud! Aku telah mengampuni dosamu. Tangisanmu dikasihani. Aku terima doamu. Aku hapuskan kesalahanmu.” Daud bertanya: “Tuhanku, bagaimana Engkau mengampuniku sedangkan Uria tidak mema’afkan daku?” Tuhan menjawab: -Wahai Daud! Akan Ku berikan kepadanya pada hari kiamat nanti sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh kedua matanya dan tidak pemah didengar oleh kedua telinganya. Dan Aku akan bertanya dia: “HambaKu telah puaskah?” Uria akan bertanya: “Tuhanku. bagaimana aku mendapat semua ini sedangkan amalanku tidaklah seberapa.” Ketika itu aku berkata: adalah ganjaran kerana hambaKu Daud. Aku meminta dia darimu.” Maka terus diberinyalah engkau kepadaKu.” Berkata Daud: -Tuhanku, sekarang baru aku yakin engkau telah benar-benar mengampuniku.” (vii) Di dalam riwayat (2) tersebut Daud mengetahui beliau diampuni Allah menerusi malaikat Jibril. Di dalamnya tidak ada pula cerita Nabi Daud disuruh pergi ke kubur Uria untuk meminta ma’af kepadanya. Tidak juga ada cerita Nabi Daud meraung sambil mencurahkan tanah di atas kepalanya dan semua dialog yang berlaku di antara beliau dengan Allah dan dialog di antara beliau dengan Uria dekat kubprnya!! Tetapi semua itu tersebut dengan jelas di dalam riwayat Wahab bin Munabbih yang baru disebutkan tadi. (viii) Dan banyak lagi pertentangan yang lain.
b) Di dalam Kitab Perjanjian Lama, Sifir Samuel 2, bab 11 dan 12 tersebut sebuah kisah romantis antara Daud dan Isteri Uria Hitti. Banyak sekali terdapat persamaan di antaranya dengan riwayat-riwayat Israiliyat yang tersebar di dalam kitab-kitab tafsir yang telah disebutkan sebelum ini. Namun begitu banyak juga percanggahan yang tidak dapat diharmoni dan dikompromikan antara satu dengan yang lain. Misalnya di dalam kebanyakan riwayat-riwayat Israiliyat tidak tersebut perhubungan sulit (sampai ke peringkat perzinaan) di antara Daud dan isteri Uria. Nabi Daud dikatakan telah berkahwin secara sah dengan isteri Uria selepas kematian Uria di medan perang dan setelah selesai isterinya menghabisi ‘iddahnya. Pereka-pereka cerita Israiliyat seolah-olahnya mahu menjaga hati umat Islam yang begitu menghormati Daud sebagai seorang nabi. Kesalahan atau dosa besar yang telah betul-betul dilakukan oleh Daud hanyalah merancang pembunuhan Uria sahaja, walaupun yang mendorong beliau bertindak begitu ialah untuk mengahwini isteri Uria. Persoalan akan timbul bahawa bagaimana seorang nabi boleh melakukan perbuatan sumbang yang merupakan dosa besar seperti itu?! Biar apa pun, di dalam Sifir Samuel 2, bab 11 versa 2 hingga 5 jelas disebutkan Nabi Daud telah berzina dengan isteri Uria sehingga ia mengandung kerananya. Lihat sendiri teks Bible berikut:
Pada suatu sore, setelah Daud bangun tidur, ia berjalan-jalan di atap istana yang datar itu. Dari situ ia melihat seorang wanita sedang mandi, dan wanita itu sangat cantik. 3Lalu Daud menyuruh .menanyakan siapa wanita itu, dan diberitahu kepadanya bahawa wanita itu bernama Batsyeba; ayahnya bernama Eliam dan suaminya adalah Uria orang Het. 4Daud menyuruh menjemput wanita itu, dan setelah ia datang ke istana, Daud tidur bersamanya. (Batsyeba baru saja selesai melakukan upacara penyucian sehabis haid). Lalu pulanglah ia ke rumahnya. 5Beberapa waktu kemudian Batsyeba mulai mengandung, lalu ia mengirim kabar kepada Daud tentang hal itu.
Di dalam Sifir Samuel 2, bab 12 bermula detri versa 1 hingga 25 diterangkan bagaimana tuhan menempelak Daud atas perbuatan kejinya membuat helah untuk membunuh Uria, kemudian mengahwini isterinya. Selain terdapat kisah persundalan Daud dan hukuman yang diterimanya kerana perbuatan kejinya itu, di dalamnya juga terdapat kenyataan bahawa (Nabi) Sulaiman juga merupakan anak (kedua) Daud dengan Batsyeba. Lihat teksnya di bawah ini:
Setelah itu Tuhan mengutus Nabi Natan menemui Daud. Natan pergi kepadanya dan berkata, “Ada dua orang yang tinggal dalam satu kota; yang seorang kaya dan yang seorang lagi miskin. 2Si kaya mempunyai banyak ternak dan domba, 3sedang si miskin hanya mempunyai seekor anak domba, yang dibelinya. Anak domba itu dipeliharanya sampai menjadi besar dalam rumahnya bersama-sama dengan anak-anaknya. Anak domba itu diberi makan dari makanan orang itu, malahan minum dari cangkirnya, dan tidur dalam pangkuannya; pendek kata, dibuatnya seperti anak perempuannya sendiri. 4Pada suatu hari si kaya kedatangan tamu. Si kaya tidak mau memotong domba atau lembunya sendiri supaya dimasak untuk tamunya. Tetapi ia mengambil anak domba si miskin itu, lalu dimasaknya untuk tamunya.” 5Mendengar itu Daud menjadi sangat marah kerana perbuatan si kaya itu dan ia berkata, -Kejam sekali orang kaya itu! Demi Tuhan yang hidup, orang itu harus mengganti anak domba itu empat kali lipat dan ia harus dihukum mati!” 6Kata Natan kepada Daud, “Bagindalah orang itu! Dan inilah yang dikatakan Tuhan, Allah Israil, ‘Engkau sudah Kuangkat menjadi raja atas lsrail dan Kuselamatkan dari Saul. 8Kerajaan Saul dan isteri-isterinya telah Kuberikan kepadamu, bahkan engkau Kuangkat menjadi raja atas Israil dan Yehuda. Seandainya itu belum cukup, pasti akan Kuberikan lagi kepadamu sebanyak itu. 9Mengapa engkau tidak mempedulikan perintah-perintah-Ku? Mengapa kaulakukan kejahatan itu? Uria kausuruh bunuh dalam pertempuran; kaubiarkan dia dibunuh oleh orang Amon, dan kauambil isterinya! I°Kerana engkau tidak mentaati Aku dan kauambil isteri Uria, maka dalam setiap keturunanmu turun-temurun ada yang mati terbunuh. Aku bersumpah akan menimpakan malapetaka terhadapinu yang datangnya dari keluargamu sendiri. Aku akan mengambil isteri-isterimu di depan matamu sendiri dan Kuberikan kepada orang lain yang akan tidur bersama mereka pada siang bolong. I 2Engkau telah herbuat dosa dengan diam-diam, sebaliknya Aku akan membuktikan ancaman-Ku dengan terang-terangan di depan seluruh Israil.” I 3Lalu kata Daud kepada Natan, -Aku telah berdosa terhadap Tuhan.” Jawab Natan, “Tuhan telah mengampuni Baginda; jadi Baginda tidak akan mati. 14Tetapi kerana Baginda telah menghina Tuhan dengan perbuatan itu, putra Baginda yang baru lahir itu akan mati.” 15Setelah itu pulanglah Natan ke rumahnya. Putra Daud yang dilahirkan oleh Batsyeba janda Uria, jatuh sakit dengan kehendak Tuhan. 16Lalu Daud berdoa kepada Tuhan supaya anak itu sembuh. Ia berpuasa dan setiap malam ia berbaring semalam suntuk di lantai kamarnya. 17Lalu para pembesar istana pergi kepadanya dan membujuknya supaya bangkit, tetapi ia menolak dan tidak mau makan bersama dengan mereka. 18Seminggu kemudian anak itu meninggal, dan hamba¬hamba Daud takut untuk memberitahukannya. Kata mereka, “Ketika anak itu masih hidup, raja tidak mau mendengarkan jika kita berbicara kepadanya. Apalagi sekarang sesudah putranya meninggal! Jangan-jangan ia akan nekad menyakiti dirinya!” 19Ketika Daud melihat hamba-hambanya itu berbisik-bisik, sadarlah dia bahawa anak itu sudah meninggal. Lalu bertanyalah ia kepada mereka, “Apakah anak itu sudah meninggal?” “Sudah, Baginda,” jawab mereka. 2()Maka bangkitlah Daud dari lantai, lalu mandi dan menyisir rambutnya, serta bertukar pakaian. Kemudian ia pergi beribadat ke Rumah Tuhan. Setelah itu ia kernbali ke istana, dan minta dihidangkan makanan baginya, lalu ia makan. 21Melihat itu, para hambanya berkata kepadanya, “Kami tidak mengerti, Baginda. Ketika anak itu masih hidup, Baginda berpuasa dan menangisinya, tetapi setelah ia meninggal, Baginda bangkit dan makan!” 22 “Ya,”” Jawab Daud, “memang aku berpuasa dan menangis ketika anak itu masih hidup sebab aku pikir: Mungkin Tuhan akan kasihan kepadaku dan menghendaki anak itu hidup. 23Tetapi sekarang, setelah ia mati, apa gunanya aku terus berpuasa? Dapatkah a’ku menghidupkannya kembali? Kelak aku akan pergi juga ke tempat dia berada, tetapi sekarang dia tidak akan kembali kepadaku.” 24Kemudian Daud menghibur hati Batsyeba isterinya, lalu tidur bersamanya. Batsyeba melahirkan seorang putra yang dinamakan Solomon oleh Daud. Tuhan mengasihi anak itu 25dan menyuruh Nabi Natan menamakan anak itu Yedija, karena Tuhan mengasihinya.
Cuba para pembaca bandingkan apa yang tersebut di dalam Bible tadi dengan apa yang tersebut di dalam riwayat-riwayat Israiliyat. Bukankah terdapat banyak sekali persamaannya, di samping banyak pula perbezaan dan pertentangan di antara kedua¬duanya? Bukankah itu contoh itthiraab yang amat nyata??
Baca ONLINE atau MUAT TURUN:
NOTA KULIAH
* Perbincangan lebih lanjut dan mendalam boleh didapati di dalam buku “USUL DIRAYAT HADITS – Satu Panduan Mudah Untuk Mengesan Hadits-Hadits Dha’if Dan Maudhu’ (Jilid 1)” Karya Maulana Muhammad Asri Muhammad Yusoff – Perbincangan Usul Dirayat No. 1 hingga 40. Buku boleh diperolehi melalui link – https://shp.ee/q92dh2c
(SAMBUNGAN) USUL KETIGA – Hadith yang tidak sesuai dan tidak layak dengan kedudukan nabi-nabi dan mengaibkan mereka
Contoh Kedua:
Antara riwayat Israiliyat yang meng’aibkan kedudukan Nabi-Nabi dan bercanggah dengan kema’shuman mereka ialah apa yang disebutkan oleh sesetengah ahli tafsir berhubung dengan kisah Nabi Daud yang terpaut hati kepada isteri pahlawannya Uria. Dalam mentafsirkan ayat 21 hingga 25 di dalam surah Shad, Ibnu Jarir, Ibnu Abi Hatim, Baghawi, Suyuthi dan lain-lain telah mengemukakan beberapa riwayat yang langsung tidak masuk akal dan tidak juga ada nukilan yang sahih. Riwayat-riwayat Israiliyat itu dikatakan berpunca daripada Ibnu ‘Abbaas, Mujaahid, Wahab bin Munabbih, Ka’ab al-Ahbaar, Muhammad bin Ka’ab al-Quradzi, As-Suddi dan lain-lain. Terlebih dahulu elok kiranya dikemukakan ayat-ayat berkenaan. Allah berfirman di dalam Surah Shad:
Bermaksud: “Dan sudahkah sampai kepadamu (Wahai Muhammad) berita (perbicaraan dua) orang yang berselisihan? ketika mereka memanjat tembok tempat ibadat; Iaitu ketika mereka masuk kepada (Nabi) Daud, lalu ia terkejut melihat mereka; mereka berkata kepadanya: “Janganlah takut, (kami ini) dua orang yang berselisihan, salah seorang dari kami telah berlaku zalim kepada yang lain; oleh itu hukumkanlah di antara kami dengan adil, dan janganlah melampaui (batas keadilan), serta pimpinlah kami ke jalan yang lurus.
“Sebenarnya orang ini ialah saudara (seagama)ku; ia mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja; Dalam pada itu, ia (mendesakku dengan) berkata: `Serahkanlah yang seekor itu kepadaku’, dan dia telah mengalahkan daku dalam merundingkan perkara itu”.
Berkata dia (Nabi Daud): “Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengah yang lain, kecuali orang¬orang yang beriman dan beramal saleh; sedang mereka amatlah sedikit!” dan (Nabi) Daud (setelah berfikir sejurus) mengetahui bahawa sebenarnya Kami sedang mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).
Maka Kami ampunkan kesalahannya itu; dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak). (Shaad: 21-25).
Sebenarnya ada beberapa versi yang berbeza-beza tentang kaitan riwayat-riwayat tersebut dengan firman Allah di dalam surah tadi. Berikut dikemukakan 3 daripadanya untuk perbandingan.
(1) As-Suddi, al-Kalbi, Muqaatil bin Sulaiman dan lain-lain meriwayatkan bahawa: “Ter1intas di hati Daud kalau beliau diuji tuhan, tentu beliau dapat mengawal diri. Pada ketika itu dikatakan kepada beliau: “Hari ini engkau akan diuji dan akan rnengetahui apa bentuk ujian terhadapmu. Oleh itu berwaspadalah engkau-. Nabi Daud terus mengambil kitab Zabur dan masuk Mihrab (tempat beribadatnya). Dikuncinya semua pintu dan ditugaskan seorang pengawal untuk berkawal di pintu. Pesan beliau kepada pengawal ialah: “Jangan engkau benarkan sesiapa pun masuk menemuiku hari ini”. Ketika beliau sedang membaca Zabur, tiba-tiba datang seekor burung keemasan warnanya berjalan dengan jinak di hadapannya. Daud mendekatinya dan cuba menangkapnya. Tiba-tiba burung itu terjatuh, dan dia pergi untuk melihat ke mana jatuhnya. Pada ketika itu beliau ternampak seorang perempuan yang sedang mandi bersuci di kolamnya dalam keadaan bogel. Bila perempuan itu terperasan ada orang melihatnya, teruslah dia membuka rambutnya lalu menutupi seluruh tubuhnya. Keadaan itu membuatkan hati Daud semakin terpesona dengannya. Suami perempuan itu ialah seorang pejuang di jalan Allah. Daud menulis surat kepada ketua sekalian tentera supaya meletakkan suami perempuan itu di dalam kumpulan pembawa Tabut. Pembawa Tabut sama ada memperoleh kemenangan atau kematian, salah satu daripada dua perkara itu sahaja menanti mereka. Suami si perempuan tadi diletakkan dalam kumpulan pembawa Tabut dan akhirnya dia terbunuh.
Berdasarkan sesetengah riwayat, suami perempuan itu dimasukkan dalam senarai pembawa Tabut sebanyak 3 kali, dan pada kali yang ke-3 baru dia terbunuh. Setelah habis ‘iddah isterinya, ia dilamar oleh Daud, lalu 2 orang malaikat memanjat pagar istana Daud. Itulah yang diceritakan oleh Allah di dalam surah Shad.
Kisah-kisah seperti ini bukan sahaja diriwayatkan secara mauquf daripada sesetengah sahabat, tabi’in dan kalangan Ahlil Kitab yang baru memeluk Islam, bahkan ada juga antaranya marfu’ dan dikaitkan dengan Rasulullah s.a.w. sendiri.
(2) Pengarang ad-Durrul Mantsur menyebutkan bahawa Hakim at-Tirmizi di dalam Nawadirul Usul, Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim di dalam tafsir mereka masing-masing dengan sanad dha`if telah meriwayatkan daripada Anas r.a. Katanya: -Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Daud, bila terpandang kepada perempuan berkenaan, meletakkan suaminya dalam satu pasukan yang berada di hadapan Tabut. Orang-orang yang membawa Tabut pada masa itu tidak akan pulang tanpa mendapat kemenangan atau terbunuh. Suami perempuan itu akhirnya terbunuh dan Daud mengahwini isterinya. Maka turun 2 orang malaikat kepada Daud a.s., menyebabkan Daud insaf, lalu bersujud selama 40 malam sehingga tumbuh tumbuhan yang menjalar naik ke kepalanya.
Disebabkan terlalu banyak air matanya yang menyirami bumi, tanah pula telah memakan dahinya. Di dalam sujudnya Daud terus berkata: “Tuhanku! Daud betul-betul telah menjadi manusia yang paling hina di atas muka bumi. Tuhanku! Jika engkau tidak mengasihani, lemahlah Daud. Jika engkau tidak mengampuni dosanya, nescaya dosanya akan menjadi buah mulut manusia buat selama-lama.” Setelah 40 malam, datanglah Jibril. Kata Jibril: “Wahai Daud, sesungguhnya Allah telah mengampunimu, engkau memang tahu bahawa Allah memang adil, tidak Kata Daud: “Bagaimana dengan Si fulan (Uria) apabila ia datang pada hari kiamat nanti sambil berkata: “Tuhanku, darahku ada pada Daud”? Kata Jibril: “Tidak pula saya tanya Tuhanmu tentang perkara itu. Jika engkau mahu, biar saya tanyakan”. Jawab Daud: “Ya”. Naiklah Jibril. Daud bersujud pula buat sekian lama. Kemudian setelah Jibril turun kembali, dia berkata: “Aku telahpun bertanya Allah wahai Daud tentang apa yang engkau kehendaki itu. Kata Tuhan: “Beritahu kepada Daud, sesungguhnya Allah akan mengumpulkan kamu berdua pada hari kiamat nanti, ketika itu Tuhan akan berkata kepadanya: “Berilah kepadaku darahmu yang ada pada Daud itu”. Dia berkata: “Ku berikan kepadamu Oh Tuhan!” Ketika itu Tuhan berkata: “Kamu boleh mendapat apa saja yang kamu kehendaki di dalam syurga dan apa saja yang kamu ingini sebagai gantinya.”
3) Baghawi dan lain-lain di dalam tafsir masing-masing meriwayatkan daripada Wahab bin Munabbih bahawa Daud setelah diterima taubatnya oleh Allah, terus menangis kerana kesalahannya itu selama 30 tahun. Air matanya tidak henti-henti mengalir siang dan malam. Beliau melakukan kesalahan itu ketika berumur 77 tahun. Selepas itu beliau membahagikan masa dalam hidupnya kepada ernpat bahagian. Satu hari untuk menyelesaikan perkara di antara Bani Israil, satu hari pula untuk isteri-isterinya. Satu hari pula untuk beliau mengembara di belantara, bukit bukau dan di tepian pantai dan satu hari lagi beliau bersunyi di istananya yang mempunyai 4,000 Mihrab. Pada hari keempat itu berkumpullah para pendita. Daud menangisi dirinya bersama-sama mereka. Pada hari dia meratapi dirinya, dia akan keluar ke belantara, dengan meniup seruling suaranya lalu menangis dan menangislah bersamanya pokok-pokok, pasir, burung dan binatang-binatang buas sehingga air mata mereka mengalir seperti sungai. Kemudian beliau pergi pula ke bukit-bukau dan gunung-ganang. Diangkatnya seruling suaranya lalu menangis dan menangislah bersamanya bukit-bukau, gunung-ganang, batu-batan, binatang-binatang dan burung¬burung di sekelilingnya, sehingga lembah-lembah dan lereng-lereng gunung mengalirkan air mata mereka. Kemudian beliau pergi pula ke tepi pantai, diangkatnya seruling suaranya lalu menangis dan menangislah bersamanya ikan-ikan dan binatang-binatang laut serta burung-burung laut dan binatang buas di lautan.
Baca ONLINE atau MUAT TURUN:
NOTA KULIAH
* Perbincangan lebih lanjut dan mendalam boleh didapati di dalam buku “USUL DIRAYAT HADITS – Satu Panduan Mudah Untuk Mengesan Hadits-Hadits Dha’if Dan Maudhu’ (Jilid 1)” Karya Maulana Muhammad Asri Muhammad Yusoff – Perbincangan Usul Dirayat No. 1 hingga 40. Buku boleh diperolehi melalui link – https://shp.ee/q92dh2c
(Sambungan) USUL KETIGA – Hadith yang tidak sesuai dan tidak layak dengan kedudukan nabi-nabi dan mengaibkan mereka
h) Isi kandungan riwayat-riwayat itu ketara berbeza dan ia menjadikannya muttharib. Hadits muttharib merupakan hadits dha’if di sisi para `ulama’ hadits.
Antara yang berbeza dalam riwayat-riwayat berkenaan ialah:
(1) Tentang tempoh Nabi Ayyub diuji. (i) Berdasarkan riwayat Anas, lapan belas tahun. (ii) Menurut riwayat Ibnu `Abbaas, Ka’ab al-Ahbaar dan Yahya bin Abi Katsir, tujuh tahun. (iii) Kata Hasan al-Bashri, tujuh tahun dan beberapa bulan. (iv) Menurut Wahab bin Munabbih pula tiga tahun sahaja, tidak lebih dan tidak kurang.
(2) Tentang sebab yang mendorong Nabi Ayyub akhirnya berdoa dan merayu kepada Allah agar penyakit kuliitnya disembuhkan, juga ada perbedaan di antara riwayat-riwayat yang dinukilkan. (i) Nabi Ayyub pernah mengidam sesuatu makanan. Isterinya tidak mampu mendapatkannya melainkan dengan menjual sejambul rambutnya. Bila Ayyub tahu hal itu, terus beliau berdoa dengan berkata: Itulah sebab yang diriwayatkan oleh ad-Dhahhaak daripada Ibnu `Abbaas. (ii) Allah melupakan Ayyub berdoa supaya disembuhkan, walaupun beliau sentiasa ingatkan Allah. Apabila tempoh ujian terhadapnya berakhir, barulah Allah mengingatkannya supaya berdoa kepadaNya. Sebaik saja beliau berdoa, Allah terus menerima doanya. Ini adalah berdasarkan riwayat al-Aufi daripada Ibnu Abbaas.
i) Apa yang tersebut di dalam riwayat-riwayat Israiliyyat tentang kisah penderitaan Nabi Ayyub itu sebenarnya bercanggah sama sekali dengan `aqidah Islam tentang para nabi dan rasul Allah. Menurut `aqidah Islam para nabi dan rasul juga manusia. Apa yang berlaku kepada orang lain sebagai manusia boleh juga berlaku kepada mereka selagi ia tidak haram. Cuma yang mustahil ada pada mereka atau berlaku kepada mereka ialah penyakit-penyakit yang mengaibkan atau keadaan-keadaan yang menghalang orang ramai mendekati mereka. Penyakit-penyakit seperti gila, kusta buta dan lain-lain tidak mungkin berlaku kepada para nabi dan rasul, kerana ia merupakan penyakit-penyakit yang akan menghalang mereka daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebaik mungkin. Masyarakat pula tentu sekali menganggap orang-orang yang mengalami penyakit-penyakit seperti itu sebagai tidak sempurna. Keadaan ini akan akan membuatkan orang ramai menjauhkan diri dari mereka. Sebagai akibatnya, tidak sempurnalah hujah Allah terhadap manusia. Antara yang tercatat di dalamnya ialah mustahil berlaku kepada para nabi dan rasul itu penyakit gila. Kerana ia adalah suatu kekurangan. Sama seperti gila, penyakit-penyakit lain seperti kusta, sopak, buta dan lain-lain penyakit yang membuatkan manusia menjauhkan diri daripada pengidapnya… Adapun hikayat-hikayat yang tersebar di kalangan orang ramai tentang Nabi Ayyub mengalami penyakit kulit yang menyayat hati, semuanya karut semata-mata.
j) Dr. Muhammad Abu Syahbah berpendapat, apa yang mesti dipercayai oleh kita umat Islam berhubung dengan Nabi Ayyub berdasarkan dua firma Allah di dalam Surah al-Anbiyaa’ dan Surah Shaad ialah beliau a.s. memang pernah diuji Allah. Tetapi ujian Allah terhadapnya tidaklah sampai seperti yang tersebut di dalam deongeng-dongeng Israiliyyat itu. Nabi Ayyub tentunya tidak kena penyakit kusta.
k) Di dalam al-Quran nama Ayyub di sebut pada empat tempat sahaja. (1) dan kisah Ayyub dirangkumkan Allah di dalam hanya enam ayat al-Qur’an sahaja. Pun begitu , ia sudah mencukupi untuk mendapat gambaran yang baik tentang Nabi Ayyub.
l) Kisah Ayyub juga ada disebutkan di dalam Bible. Seperkara lagi yang sangat berbeza di antara Bible dan riwayat-riwayat Israiliyyat yang tersebar dalam masyarakat Islam berhubung dengan kisah penderitaan Ayyub, iaitu di dalam Bible langsung tidak ada watak seorang perempuan sebagai isteri Ayyub yang sangat setia kepadanya. Sementara di dalam riwayat-riwayat Israiliyyat pula ia merupakan watak utama.
m) Kisah penderitaan Ayyub yang berpunca daripada riwayat-riwayat Israiliyyat telah mendapat tempat di hati masyarakat awam Islam kerana beberapa sebab berikut:
(i) Ia dipercayai sebagai kisah yang benar-benar telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri. (ii) Ia dipercayai sebagai tafsiran Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya terhadap dua firman Allah di dalam Surah al-Anbiyaa’ dan surah Shaad. (iii) Ia dikemukakan oleh tokoh-tokoh tafsir yang terkenal. (iv) Ia cukup cocok dan sesuai untuk menggambarkan seorang yang berada di puncak maqam sabar. (v) Kalau Ayyub tidak mengalami penyakit kulit yang teruk dan sebagai akibatnya beliau tersisih dari masyarakat umum seperti digambarkan di dalam riwayat-riwayat Israiliyyat tersebut, belum lagilah ujian Allah dapat dikatakan telah sampai ke kemuncaknya! (vi) Kisah-kisah itu cukup menyayat hati dan cukup tragis, khususnya ia telah berlaku kepada seorang nabi kesayangan Allah.