VIDEO – [Durasi – 1j 28m 49s] –Sesi 8 – Riwayat Tidak Sesuai Dgn kedudukan Nabi-nabi & Aibkan Mereka [USUL DIRAYAT HADIS – Usul 3]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/NOpKdOmgong ]
(SAMBUNGAN) USUL KETIGA – Hadith yang tidak sesuai dan tidak layak dengan kedudukan nabi-nabi dan mengaibkan mereka
(a) Itthiraab
[ Itthiraab yang dimaksudkan di sini ialah itthiraab pada matan atau teks riwayat. Ia bererti keadaan sesuatu riwayat yang berbeza-beza, berlainan dan bercelaru lafaz matannya, namun sama dari sudut kekuatan atau kelemahannya. Dengan kata lain, ia adalah riwayat yang dikemukakan dalam bentuk¬bentuk yang bertentangan dan berlawanan antara satu dengan yang lain, di samping tidak dapat ditarjih dan tidak juga dapat dikompromikan]
Itthiraab adalah faktor utama yang membuktikan kelemahan, bahkan kepalsuan kebanyakan riwayat-riwayat Israiliyat. Ia amat ketara dalam riwayat-riwayat yang sedang dibicarakan. Perlulah diketahui bahawa hadits atau riwayat muttharib 12 merupakan hadits atau riwayat yang dha’if di sisi para ‘ulama” hadits. Antara sudut-sudut itthiraab yang terdapat di dalam riwayat-riwayat Israiliyat tentang kisah Daud merancang membunuh Uria, dan setelah ia terbunuh baginda mengahwini isterinya, selain kisah penyesalan Daud atas dosa yang telah dilakukannya ialah: (i) Di dalarn riwayat (2) dikatakan Nabi Daud telah bersujud sambil menangis selama 40 malam. Sedangkan di dalam riwayat (3) pula dikatakan Baginda a.s. menangis selama 30 tahun. (ii) Di dalam ad-Durru al-Mantsur ada disebutkan satu riwayat yang dikemukakan oleh ‘Abd bin Humaid daripada Ka’ab, katanya: “Nabiyyullah Daud bersujud selama 40 hari 40 malam sehingga kering air matanya. Sedangkan di dalam riwayat (3) pula tersebut air matanya tidak henti-henti mengalir siang dan malam. Bukan beliau sahaja yang menangis, malah menangis juga bersama-sama beliau pokok-pokok, pasir, burung dan binatang-binatang buas, ikan-ikan, gunung-ganang, bukit-bukau dan lain-lain sehingga air mata mereka mengalir seperti sungai.
(iii) Di dalam riwayat ‘Abd bin Humaid daripada Ka’ab juga tersebut; “Allah setelah itu mewahyukan kepada Daud: “Wahai Daud! Telah Ku halalkan untukmu isteri Uria. Maka isteri Uria dikahwininya. Hasil perkahwinan itu lahirlah (Nabi) Sulaiman a.s. Tidak ada anak lain dilahirkannya, baik sebelum itu atau selepasnya.- Sedangkan di dalam Bible jelas tertulis bahawa Daud telah membuatkan isteri Uria mengandung sebelum Uria terbunuh lagi. Anak dari kandungan itu kemudiannya meninggal dunia. Setelah Uria terbunuh, Daud mengahwini isterinya Batsyeba. Setelah mati anak yang pertama, baru Daud mendapat anak keduanya dari isteri yang sama. Anak kedua itu diberi nama Sulaiman.
(iv) Di dalam riwayat (3) tersebut bahawa setelah Daud melakukan kesalahan besar tersebut, beliau telah membahagikan masa dalam hidupnya kepada empat bahagian. Satu hari untuk menyelesaikan perkara di antara Bani Israil, satu hari pula untuk isteri-isterinya. Satu hari pula untuk beliau mengembara di belantara, bukit bukau dan di tepian pantai dan satu hari lagi beliau bersunyi di istananya yang mempunyai 4,000 Mihrab. Sedangkan berdasarkan riwayat daripada Hasan al-Bashri dan Ibnu ‘ Abbaas pula tersebut bahawa memang beliau dari awal lagi telah membahagikan hari-hari dalam kehidupannya kepada empat bahagian. Satu hari khusus untuk beribadat kepada Allah. Satu hari untuk menyelesaikan kes-kes yang dikemukakan kepada beliau. Satu hari khusus untuk memenuhi keperluan peribadi dan keluarganya dan satu hari pula untuk memimpin dan membimbing kaumnya, Bani Israil.
(v) Di dalam riwayat (1 ) tersebut ketika Daud sedang membaca Zabur, tiba-tiba datang seekor burung keemasan warnanya berjalan dengan jinak di hadapannya. Sedangkan di dalam riwayat yang lain tersebut burung itu datang ketika beliau sedang bersembahyang.
Beliau sampai menghentikan sembahyang untuk menangkap burung itu. (vi) Di dalam riwayat (2) tersebut. Setelah 40 malam (bersujud), datanglah Jibril. Kata Jibril: “Wahai Daud, sesungguhnya Allah telah mengampunimu, engkau memang tahu bahawa Allah memang adil, tidak zalim.” Kata Daud: “Bagaimana dengan Si fulan (Uria) apabila ia datang pada hari kiamat nanti sambil berkata: “Tuhanku, darahku ada pada Daud”? Kata Jibril: “Tidak pula saya tanya Tuhanmu tentang perkara itu. Jika engkau mahu, biar saya tanyakan”. Jawab Daud: “Ya”. Naiklah Jibril. Daud bersujud pula buat sekian lama. Kemudian setelah Jibril turun kembali, dia berkata: “Aku telahpun bertanya Allah wahai Daud tentang apa yang engkau kehendaki itu. Kata Tuhan: “Beritahu kepada Daud, sesungguhnya Allah akan mengumpulkan kamu berdua pada hari kiamat nanti, ketika itu Tuhan akan berkata kepadanya: “Berilah kepadaku darahmu yang ada pada Daud itu”. Dia berkata: “Ku berikan kepadamu Oh Tuhan!” Ketika itu Tuhan berkata: “Kamu boleh mendapat apa saja yang kamu kehendaki di dalam syurga dan apa saja yang kamu ingini sebagai gantinya.” Sedangkan di dalam riwayat Wahab bin Munabbih pula tersebut dialog di antara Daud dengan Allah dan dialog beliau dengan Uria di kuburnya begini: -Daud mendengar seruan Allah, “Sesungguhnya Aku telah mengampunimu. Kata Daud: “Bagaimana oh Tuhanku?! Bukankah Engkau tidak menganiayai sesiapa pun?” Kata Tuhan: “Pergilah engkau ke kubur Uria dan serulah dia. Nanti akan ku perdengarkan kepadanya seruanmu. Minta halallah dengannya.” Maka pergilah Daud ke kubur Uria dengan memakai pakaian rahib. Setelah duduk dekat kuburnya, berserulah Daud: “Wahai Uria!” Jawab Uria: “Ya, saya, Siapakah yang telah memotong kesedapan (ni’mat) yang sedang aku rasai dan membuatkan aku terjaga?” Kata Daud: ”Aku Daud.” Tanya Uria: “Apakah yang membuatmu datang ke sini wahai Nabiyyallah?” Kata Daud: “Aku memohon ‘kepadamu agar mema’afkan kesalahan yang aku telah lakukan kepadamu”. Tanya Uria: “Apa kesalahan yang telah tuan lakukan kepada saya?” Jawab Daud: “Aku telah mendedahkan engkau kepada pembunuhanmu.” Kata Uria tuan telah mendedahkan saya kepada syurga (sebenarnya). Saya halalkan tuan.” Lalu Allah mewahyukan kepada Daud: “Wahai Daud! Bukankah Aku hakim yang adil? Aku tidak menghukum dengan cara mengelirukan dan mengecoh.” Kenapa tidak engkau memberitahu kepadanya bahawa engkau telah mengahwini isterinya.’ Maka pergiiah semula Daud ke kubur Uria. Diserunya Uria. Oleh Uria disambutnya seruan Daud dengan bertanya: “Siapakah orang yang telah memotong kesedapan (ni’mat) yang sedang aku rasai ini?” Jawab Daud: “Aku Daud.” Uria terus berkata: “Wahai Nabiyyallah! Bukankah saya telah ma’afkan tuan?” Kata Daud: “Memang, tetapi aku telah mendedahkan engkau kepada kematian sebenarnya dengan maksud untuk mengahwini isterimu. Sekarang aku telah mengahwininya.” Mendengar pengakuan Daud itu, Uria terus diam tidak berkata apa-apa. Walaupun dipanggil Daud, ia tetap tidak menjawab. Berkali-kali Daud memanggilnya, ia tidak juga menjawab. Maka berdirilah Daud dekat kubur Uria sambil mencurahkan tanah di atas kepalanya sendiri. Kemudian beliau berteriak: “Binasalah Daud, binasalah dia ketika dipegang tengkuknya lalu ditolak ke hadapan orang yang dizaliminya! Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan cahaya. Binasalah Daud, binasalah dia ketika diseret di atas mukanya bersama-sama orang¬orang yang berdosa ke neraka! Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan cahaya. Binasalah Daud, binasalah dia ketika malaikat Zabaniah menghampirkannya bersama-sama orang-orang yang zalim ke neraka! Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan cahaya. Pada ketika itu datanglah satu seruan dari langit berbunyi: Wahai Daud! Aku telah mengampuni dosamu. Tangisanmu dikasihani. Aku terima doamu. Aku hapuskan kesalahanmu. Daud bertanya: Tuhanku, bagaimana Engkau mengampuniku sedangkan Uria tidak mema’afkan daku? Tuhan menjawab: Wahai Daud! Akan Ku berikan kepadanya pada hari kiamat nanti sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh kedua matanya dan tidak pernah didengar oleh kedua telinganya. Dan Aku akan bertanya dia: “HambaKu telah puaskah? Uria akan bertanya: Tuhanku. bagaimana aku mendapat semua ini sedangkan amalanku tidaklah seberapa. Ketika itu aku berkata: adalah ganjaran kerana hambaKu Daud. Aku meminta dia darimu.- Maka terus diberinyalah engkau kepadaKu.- Berkata Daud: Tuhanku, sekarang baru aku yakin engkau telah benar-benar mengampuniku. (vii) Di dalam riwayat (2) tersebut Daud mengetahui beliau diampuni Allah menerusi malaikat Jibril. Di dalamnya tidak ada pula cerita Nabi Daud disuruh pergi ke kubur Uria untuk meminta ma’af kepadanya. Tidak juga ada cerita Nabi Daud meraung sambil mencurahkan tanah di atas kepalanya dan semua dialog yang berlaku di antara beliau dengan Allah dan dialog di antara beliau dengan Uria dekat kuburnya!! Tetapi semua itu tersebut dengan jelas memotong kesedapan (ni’mat) yang sedang aku rasai ini?” Jawab Daud: “Aku Daud.” Uria terus berkata: “Wahai Nabiyyallah! Bukankah saya telah ma’afkan tuan?” Kata Daud: “Memang, tetapi aku telah mendedahkan engkau kepada kematian sebenarnya dengan maksud untuk mengahwini isterimu. Sekarang aku telah mengahwininya.” Mendengar pengakuan Daud itu, Uria terus diam tidak berkata apa-apa. Walaupun dipanggil Daud, ia tetap tidak menjawab. Berkali-kali Daud memanggilnya, ia tidak juga menjawab. Maka berdirilah Daud dekat kubur Uria sambil mencurahkan tanah di atas kepalanya sendiri. Kemudian beliau berteriak: “BinasaIah Daud, binasalah dia ketika dipegang tengkuknya lalu ditolak ke hadapan orang yang dizaliminya! Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan cahaya. Binasalah Daud, binasalah dia ketika diseret di atas mukanya bersama-sama orang¬orang yang berdosa ke neraka! Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan cahaya. Binasalah Daud, binasalah dia ketika malaikat Zabaniah menghampirkannya bersama-sama orang-orang yang zalim ke neraka! Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan cahaya. Pada ketika itu datanglah satu seruan dari langit berbunyi: -Wahai Daud! Aku telah mengampuni dosamu. Tangisanmu dikasihani. Aku terima doamu. Aku hapuskan kesalahanmu.” Daud bertanya: “Tuhanku, bagaimana Engkau mengampuniku sedangkan Uria tidak mema’afkan daku?” Tuhan menjawab: -Wahai Daud! Akan Ku berikan kepadanya pada hari kiamat nanti sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh kedua matanya dan tidak pemah didengar oleh kedua telinganya. Dan Aku akan bertanya dia: “HambaKu telah puaskah?” Uria akan bertanya: “Tuhanku. bagaimana aku mendapat semua ini sedangkan amalanku tidaklah seberapa.” Ketika itu aku berkata: adalah ganjaran kerana hambaKu Daud. Aku meminta dia darimu.” Maka terus diberinyalah engkau kepadaKu.” Berkata Daud: -Tuhanku, sekarang baru aku yakin engkau telah benar-benar mengampuniku.” (vii) Di dalam riwayat (2) tersebut Daud mengetahui beliau diampuni Allah menerusi malaikat Jibril. Di dalamnya tidak ada pula cerita Nabi Daud disuruh pergi ke kubur Uria untuk meminta ma’af kepadanya. Tidak juga ada cerita Nabi Daud meraung sambil mencurahkan tanah di atas kepalanya dan semua dialog yang berlaku di antara beliau dengan Allah dan dialog di antara beliau dengan Uria dekat kubprnya!! Tetapi semua itu tersebut dengan jelas di dalam riwayat Wahab bin Munabbih yang baru disebutkan tadi. (viii) Dan banyak lagi pertentangan yang lain.
b) Di dalam Kitab Perjanjian Lama, Sifir Samuel 2, bab 11 dan 12 tersebut sebuah kisah romantis antara Daud dan Isteri Uria Hitti. Banyak sekali terdapat persamaan di antaranya dengan riwayat-riwayat Israiliyat yang tersebar di dalam kitab-kitab tafsir yang telah disebutkan sebelum ini. Namun begitu banyak juga percanggahan yang tidak dapat diharmoni dan dikompromikan antara satu dengan yang lain. Misalnya di dalam kebanyakan riwayat-riwayat Israiliyat tidak tersebut perhubungan sulit (sampai ke peringkat perzinaan) di antara Daud dan isteri Uria. Nabi Daud dikatakan telah berkahwin secara sah dengan isteri Uria selepas kematian Uria di medan perang dan setelah selesai isterinya menghabisi ‘iddahnya. Pereka-pereka cerita Israiliyat seolah-olahnya mahu menjaga hati umat Islam yang begitu menghormati Daud sebagai seorang nabi. Kesalahan atau dosa besar yang telah betul-betul dilakukan oleh Daud hanyalah merancang pembunuhan Uria sahaja, walaupun yang mendorong beliau bertindak begitu ialah untuk mengahwini isteri Uria. Persoalan akan timbul bahawa bagaimana seorang nabi boleh melakukan perbuatan sumbang yang merupakan dosa besar seperti itu?! Biar apa pun, di dalam Sifir Samuel 2, bab 11 versa 2 hingga 5 jelas disebutkan Nabi Daud telah berzina dengan isteri Uria sehingga ia mengandung kerananya. Lihat sendiri teks Bible berikut:
Pada suatu sore, setelah Daud bangun tidur, ia berjalan-jalan di atap istana yang datar itu. Dari situ ia melihat seorang wanita sedang mandi, dan wanita itu sangat cantik. 3Lalu Daud menyuruh .menanyakan siapa wanita itu, dan diberitahu kepadanya bahawa wanita itu bernama Batsyeba; ayahnya bernama Eliam dan suaminya adalah Uria orang Het. 4Daud menyuruh menjemput wanita itu, dan setelah ia datang ke istana, Daud tidur bersamanya. (Batsyeba baru saja selesai melakukan upacara penyucian sehabis haid). Lalu pulanglah ia ke rumahnya. 5Beberapa waktu kemudian Batsyeba mulai mengandung, lalu ia mengirim kabar kepada Daud tentang hal itu.
Di dalam Sifir Samuel 2, bab 12 bermula detri versa 1 hingga 25 diterangkan bagaimana tuhan menempelak Daud atas perbuatan kejinya membuat helah untuk membunuh Uria, kemudian mengahwini isterinya. Selain terdapat kisah persundalan Daud dan hukuman yang diterimanya kerana perbuatan kejinya itu, di dalamnya juga terdapat kenyataan bahawa (Nabi) Sulaiman juga merupakan anak (kedua) Daud dengan Batsyeba. Lihat teksnya di bawah ini:
Setelah itu Tuhan mengutus Nabi Natan menemui Daud. Natan pergi kepadanya dan berkata, “Ada dua orang yang tinggal dalam satu kota; yang seorang kaya dan yang seorang lagi miskin. 2Si kaya mempunyai banyak ternak dan domba, 3sedang si miskin hanya mempunyai seekor anak domba, yang dibelinya. Anak domba itu dipeliharanya sampai menjadi besar dalam rumahnya bersama-sama dengan anak-anaknya. Anak domba itu diberi makan dari makanan orang itu, malahan minum dari cangkirnya, dan tidur dalam pangkuannya; pendek kata, dibuatnya seperti anak perempuannya sendiri. 4Pada suatu hari si kaya kedatangan tamu. Si kaya tidak mau memotong domba atau lembunya sendiri supaya dimasak untuk tamunya. Tetapi ia mengambil anak domba si miskin itu, lalu dimasaknya untuk tamunya.” 5Mendengar itu Daud menjadi sangat marah kerana perbuatan si kaya itu dan ia berkata, -Kejam sekali orang kaya itu! Demi Tuhan yang hidup, orang itu harus mengganti anak domba itu empat kali lipat dan ia harus dihukum mati!” 6Kata Natan kepada Daud, “Bagindalah orang itu! Dan inilah yang dikatakan Tuhan, Allah Israil, ‘Engkau sudah Kuangkat menjadi raja atas lsrail dan Kuselamatkan dari Saul. 8Kerajaan Saul dan isteri-isterinya telah Kuberikan kepadamu, bahkan engkau Kuangkat menjadi raja atas Israil dan Yehuda. Seandainya itu belum cukup, pasti akan Kuberikan lagi kepadamu sebanyak itu. 9Mengapa engkau tidak mempedulikan perintah-perintah-Ku? Mengapa kaulakukan kejahatan itu? Uria kausuruh bunuh dalam pertempuran; kaubiarkan dia dibunuh oleh orang Amon, dan kauambil isterinya! I°Kerana engkau tidak mentaati Aku dan kauambil isteri Uria, maka dalam setiap keturunanmu turun-temurun ada yang mati terbunuh. Aku bersumpah akan menimpakan malapetaka terhadapinu yang datangnya dari keluargamu sendiri. Aku akan mengambil isteri-isterimu di depan matamu sendiri dan Kuberikan kepada orang lain yang akan tidur bersama mereka pada siang bolong. I 2Engkau telah herbuat dosa dengan diam-diam, sebaliknya Aku akan membuktikan ancaman-Ku dengan terang-terangan di depan seluruh Israil.” I 3Lalu kata Daud kepada Natan, -Aku telah berdosa terhadap Tuhan.” Jawab Natan, “Tuhan telah mengampuni Baginda; jadi Baginda tidak akan mati. 14Tetapi kerana Baginda telah menghina Tuhan dengan perbuatan itu, putra Baginda yang baru lahir itu akan mati.” 15Setelah itu pulanglah Natan ke rumahnya. Putra Daud yang dilahirkan oleh Batsyeba janda Uria, jatuh sakit dengan kehendak Tuhan. 16Lalu Daud berdoa kepada Tuhan supaya anak itu sembuh. Ia berpuasa dan setiap malam ia berbaring semalam suntuk di lantai kamarnya. 17Lalu para pembesar istana pergi kepadanya dan membujuknya supaya bangkit, tetapi ia menolak dan tidak mau makan bersama dengan mereka. 18Seminggu kemudian anak itu meninggal, dan hamba¬hamba Daud takut untuk memberitahukannya. Kata mereka, “Ketika anak itu masih hidup, raja tidak mau mendengarkan jika kita berbicara kepadanya. Apalagi sekarang sesudah putranya meninggal! Jangan-jangan ia akan nekad menyakiti dirinya!” 19Ketika Daud melihat hamba-hambanya itu berbisik-bisik, sadarlah dia bahawa anak itu sudah meninggal. Lalu bertanyalah ia kepada mereka, “Apakah anak itu sudah meninggal?” “Sudah, Baginda,” jawab mereka. 2()Maka bangkitlah Daud dari lantai, lalu mandi dan menyisir rambutnya, serta bertukar pakaian. Kemudian ia pergi beribadat ke Rumah Tuhan. Setelah itu ia kernbali ke istana, dan minta dihidangkan makanan baginya, lalu ia makan. 21Melihat itu, para hambanya berkata kepadanya, “Kami tidak mengerti, Baginda. Ketika anak itu masih hidup, Baginda berpuasa dan menangisinya, tetapi setelah ia meninggal, Baginda bangkit dan makan!” 22 “Ya,”” Jawab Daud, “memang aku berpuasa dan menangis ketika anak itu masih hidup sebab aku pikir: Mungkin Tuhan akan kasihan kepadaku dan menghendaki anak itu hidup. 23Tetapi sekarang, setelah ia mati, apa gunanya aku terus berpuasa? Dapatkah a’ku menghidupkannya kembali? Kelak aku akan pergi juga ke tempat dia berada, tetapi sekarang dia tidak akan kembali kepadaku.” 24Kemudian Daud menghibur hati Batsyeba isterinya, lalu tidur bersamanya. Batsyeba melahirkan seorang putra yang dinamakan Solomon oleh Daud. Tuhan mengasihi anak itu 25dan menyuruh Nabi Natan menamakan anak itu Yedija, karena Tuhan mengasihinya.
Cuba para pembaca bandingkan apa yang tersebut di dalam Bible tadi dengan apa yang tersebut di dalam riwayat-riwayat Israiliyat. Bukankah terdapat banyak sekali persamaannya, di samping banyak pula perbezaan dan pertentangan di antara kedua¬duanya? Bukankah itu contoh itthiraab yang amat nyata??
Baca ONLINE atau MUAT TURUN:
NOTA KULIAH
* Perbincangan lebih lanjut dan mendalam boleh didapati di dalam buku “USUL DIRAYAT HADITS – Satu Panduan Mudah Untuk Mengesan Hadits-Hadits Dha’if Dan Maudhu’ (Jilid 1)” Karya Maulana Muhammad Asri Muhammad Yusoff – Perbincangan Usul Dirayat No. 1 hingga 40. Buku boleh diperolehi melalui link – https://shp.ee/q92dh2c
