VIDEO – [Durasi – 2m 17s] – [PELBAGAI ISU] -Siri 16 [Tauhid]- Utamakan Bilangan Yang Ganjil (Didikan Nabi s.a.w. Tentang Tauhid)
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Z9gWc_5YSyc ]
Video penuh asal – • Sesi 3 – Larangan Mengadap Kiblat Pada Ket… – (Sunan Abi Daud – Kitab Thaharah)
[ VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]
(TAUHID) – UTAMAKAN BILANGAN YANG GANJIL (NABI MENDIDIK TENTANG TAUHID, KEESAAN ALLAH, DALAM AKTIVITI HARIAN KITA)
.حَدَّثَنَا مُسَدَّدُ بْنُ مُسَرْهَدٍ، حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ يَزِيدَ، عَنْ سَلْمَانَ، قَالَ قِيلَ لَهُ لَقَدْ عَلَّمَكُمْ نَبِيُّكُمْ كُلَّ شَىْءٍ حَتَّى الْخِرَاءَةَ . قَالَ أَجَلْ لَقَدْ نَهَانَا صلى الله عليه وسلم أَنْ نَسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةَ بِغَائِطٍ أَوْ بَوْلٍ وَأَنْ لاَ نَسْتَنْجِيَ بِالْيَمِينِ وَأَنْ لاَ يَسْتَنْجِيَ أَحَدُنَا بِأَقَلَّ مِنْ ثَلاَثَةِ أَحْجَارٍ أَوْ يَسْتَنْجِيَ بِرَجِيعٍ أَوْ عَظْمٍ .
[Tauhid] – Utamakan Bilangan Yang Ganjil (Nabi Mendidik Tentang Tauhid, Keesaan Allah, Dalam Akitiviti Harian Kita) Hadith Rujukan – Dengan sanadnya Imam Abu Daud meriwayatkan daripada Abdurrahman bin Yazid daripada Salman. Salman berkata ada orang berkata kepadanya, “Sesungguhnya Nabi kamu mengajarkan kepada kamu segala perkara hinggakan cara membuang air besar”. Salman menjawab, “Ya! Nabi s.a.w. melarang kami dari mengadap kiblat pada ketika membuang air besar atau membuang air kecil. Nabi s.a.w, melarang kami dari kami beristinja dengan tangan kanan dan dia melarang kami dari kami beristinja’ dengan kurang dari tiga biji batu atau seseorang itu beristinja’ (dia melarang orang beristinja’) dengan menggunakan tahi binatang ataupun tulang”.
[Ringkasan] [Tauhid] – Utamakan Bilangan Yang Ganjil (Nabi Mendidik Tetang Tauhid, Keesaan Allah, Dalam Akitiviti Harian Kita)
1. Nabi s.a.w. melarang Sahabat-Sahabat dari menggunakan kurang dari tiga biji batu untuk beristinja’ (membersihkan najis ketika buang air). Dalam hadith lain, jika telah bersih dari najis selepas menggunakan empat biji batu, Nabi menggalakkan supaya menggunakan lima biji batu, iaitu bilangan yang ganjil (witir).
2. Nabi s.a.w. ingin menanamkan aqidah tauhid (Keesaan Allah) dalam diri umatnya sehinggakan ianya disebut dalam perkara-perkara kecil seperti membersihkan najis selepas buang air.
3. Dalam kehidupan di dunia ini banyak pekara yang berpasangan, ada juga yang tiada pasangan. Ada malam ada siang, ada gelap ada terang, ada suka ada duka, ada lelaki ada perempuan. Yang mutlak tiada pasangan ialah Allah s.w.t.
4. Kita umat Islam percaya tidak ada yang menyerupai Allah. Allah itu tunggal, ganjil (witir). Untuk mengingatkan kita bahawa Allah itu ganjil (witir), banyak aktiviti seharian kita digalakkan dilakukan dalam bilangan yang ganjil seperti membasuh, makan minum dsb. .
5. Dengan mengingati bahawa Allah itu tunggal dan ganjil, tidak akan terlintas di fikiran kita bahawa Allah ada tandingan atau pasangan. Nabi s.a.w. yang mulia itupun tidak mempunyai “bayangan” Allah dan selalu disebut sebagai “hamba Allah”. Antara masalah utama agama-agama yang sesat di dunia ini ialah menganggap nabi-nabi dan orang-orang soleh di kalangan mereka mempunyai sifat-sifat atau bayangan tuhan malah sehingga dianggap sebagai tuhan!
