Bab – Firman Allah Azza Wa Jalla { Sesungguhnya Kegoncangan Qiamat Itu Adalah Sesuatu Yang Amat Dahsyat } { Telah hampir masa datangnya saat yang dekat itu (hari kiamat) } {Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat)} & Bab – Firman Allah [Tidakkah Mereka Percaya Bahawa Mereka Akan Dibangkitkan Untuk Menghadapi Suatu Hari Yang Dahsyat Iaitu Hari Dimana Manusia Mengadap Tuhan Semesta Alam & Bab Pembalasan Dihari Qiamat & Bab – Orang Yang Dipersoalkan Dalam Kira-Kira Amalannya Pasti Akan Diseksa.
Bab – Tawadhu’ & Bab -Sabda Nabi s.a.w [Aku Diutuskan Dengan Kiamat Seperti Dua Jari] & Bab – Matahari Naik Daripada Barat & Bab – Orang Yang Suka Bertemu Dengan Allah, Allah Suka Bertemu Dengannya
Bab – ‘Amalan Manusia Dikira Dengan Yang Terakhir Daripadanya Dan ‘Amalan Yang Dibimbangi & Bab – Mengasingkan Diri Adalah Suatu Ketenangan Daripada Bercampur Gaul Dengan Orang-Orang Yang Tidak Baik & Bab – Terangkat Amanah & Bab – Riya’ Dan Sum’ah & Bab – Orang Yang Melawan Nafsunya Dalam/Untuk Mentaati Allah
4- 36:40 : Tidak boleh menyakiti orang Islam & makna hijrah yang sebenar
5- 39:50 : Maksud, “Sedikit ketawa dan banyak menangis”
KITAB MELEMBUTKAN HATI
بَابُ البُكَاءِ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ
Bab – Menangis Kerana Takut Kepada Allah & Bab Takut Kpd Allah & Bab Berhenti Melakukan Maksiat & Bab Sabda Nabi s.a.w [Sekiranya Kamu Mengetahui Apa Yang Aku Tahu Nescaya Kamu Ketawa Sedikit
8- 43:11 : Bersyukur ada kaitan yang rapat dengan sifat sabar
9- 45:23 : Sifat tawakkal menyucikan jiwa & Huraian, “Cukup dengan Allah sahaja”
KITAB MELEMBUTKAN HATI
بَابُ الصَّبْرِ عَنْ مَحَارِمِ اللَّهِ
Bab – Menaruh Harapan Kepada Allah Di Samping Takut KepadaNya & Bab Bersabar Daripada Melakukan Perkara-Perkara Yang Diharamkan Oleh Allah & Bab Firman Allah [Sesiapa Yang Bertawakkal Kepada Allah Cukuplah Allah Kepadanya] & Bab Larangan Banyak Bercakap & Bab Menjaga Lidah.
Dan firman Allah ta’ala { Adakah mereka menyangka bahawa apa yang Kami berikan kepada mereka dari harta benda dan anak-pinak itu } sehingga firman-Nya { lalai daripada (memahami ajaran Al-Quran) ini; dan mereka pula mempunyai lagi amal-amal (yang jahat) selain dari itu, yang mereka terus-menerus mengerjakannya } Ibnu ‘Uyaynah berkata: Mereka belum mengerjakannya tetapi mesti mengerjakannya.
Ahmad bin Yunus telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Bakr telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Hashin telah meriwayatkan kepada kami daripada Abi Soleh daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w. beliau berkata: “Kekayaan sebenar bukanlah dengan kerana banyaknya harta benda tetapi kaya yang sebenar itu adalah kaya jiwa.”
Ismail telah meriwayatkan kepada kami, beliau berkata: Abd al-Aziz bin Abi Hazim telah meriwayatkan kepada saya daripada ayahnya daripada Sahl bin Sa`ad al-Saa`idi bahawasanya beliau berkata: “Ada seorang lalu di hadapan Rasulullah s.a.w. lalu Baginda berkata kepada seorang di sisinya yang sedang duduk: “Apa pandanganmu tentang orang yang lalu itu?” Orang yang duduk itu berkata: “Salah seorang pembesar masyarakat. Dia ini – Demi Allah! Pasti, kalau dia meminang akan diterima pinangannya / akan dikahwinkan. Kalau diminta pertolongan akan diberi pertolongan. Perawi berkata: “Rasulullah s.a.w. pun diam kemudian lalu pula seseorang yang lain maka Rasulullah s.a.w. berkata lagi kepada orang yang duduk itu: “Apa pandanganmu tentang orang ini?” Lalu orang itu menjawab: “Wahai Rasulullah! Ini adalah orang Islam yang miskin. Dia ini sudah tentu kalau meminang tidak akan diterima pinangannya. Kalau dia meminta pertolongan tidak akan diberi pertolongan dan kalau dia memberi pendapat maka tidak akan didengar pendapatnya.” Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Yang ini lebih baik dari yang itu sepenuh bumi ini.”
Al-Humaidi telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan telah meriwayatkan kepada kami, katanya: al-A’masy telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Saya mendengar Aba Wa`il berkata: “Kami telah menziarahi Khabbab maka beliau berkata: “Kami telah berhijrah bersama Nabi s.a.w., kerana Allah, sudah tentu pahala kami dijamin oleh Allah. Di antara kami ada yang telah pergi dalam keadaan tidak mendapat sedikit pun balasannya. Di antara mereka adalah Mus`ab bin Umair, dia telah terbunuh pada hari Uhud dan telah meninggalkan sehelai kain. Apabila kami tutup kepalanya akan kelihatan dua kakinya dan apabila kami tutup dua kakinya maka akan kelihatan kepalanya. Maka Nabi s.a.w. menyuruh kami menutup kepalanya dan meletakkan di kakinya rumput izqir. Ada di antara kami yang buahnya telah pun masak, dia akan memetiknya.”
Abu al-Walid telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Salm bin Zarir telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Rajaa’ telah meriwayatkan kepada kami daripada Imran bin Hushain daripada Nabi s.a.w. sabdanya: “Aku telah menjenguk/melihat ke dalam syurga lalu aku lihat kebanyakan ahlinya/ penghuninya adalah faqir-faqir dan aku lihat/jenguk ke dalam neraka lalu aku lihat kebanyakan ahlinya/penduduknya/penghuninya adalah perempuan.”
Ayyub dan ‘Auf menjadi mutabi’ kepadaya. Sokhr dan Hammad bin Najih berkata daripada Abi Rajaa’ daripada Ibnu Abbas.
Abu Ma’mar telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abd al-Waris telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sa`id bin Abi ‘Arubah telah meriwayatkan kepada kami daripada Qatadah daripada Anas, beliau berkata: “Nabi s.a.w. tidak pernah makan di meja sampai baginda wafat dan Nabi s.a.w. tidak pernah makan roti dari gandum halus sampai baginda wafat.”
Abdullah bin Abi Syaibah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Usamah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Hisyam telah meriwayatkan kepada kami daripada ayahnya daripada Aisyah, katanya: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. wafat dalam keadaan tidak ada di atas rak-rak di dapur rumahku sesuatu yang dapat dimakan oleh orang kecuali separuh bekas barli dalam rakku itu. Saya makan dengan mengambil tepung barli itu sehingga lama. Selepas itu saya pun menyukatnya dan habis tidak lama selepas itu.”