[BERPEGANG TEGUH] – Siri 6 – Panduan Terbaik Adalah dari al-Quran Dan Sunnah & Seburuk-buruk Perkara Adalah Perkara Baru Dalam Agama (Bid’ah)

VIDEO – [Durasi – 4m 31s] – [BERPEGANG TEGUH] -Siri 6-Panduan Terbaik Quran & Sunnah & Seburuk-buruk Perkara Ialah Perkara Baru

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/t1FJQkk8Yxo ]

Video penuh asal –    • Sesi 2 – Mengikut Sunnah-sunnah Rasulullah…   (Sahih al-Bukhari – Kitab Berpegang Teguh)

[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – PANDUAN TERBAIK ADALAH DARI AL-QURAN DAN SUNNAH & SEBURUK-BURUK PERKARA ADALAH PERKARA BARU DALAM AGAMA (BID’AH)

باب الاِقْتِدَاءِ بِسُنَنِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم

حَدَّثَنَا آدَمُ بْنُ أَبِي إِيَاسٍ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ مُرَّةَ، سَمِعْتُ مُرَّةَ الْهَمْدَانِيَّ، يَقُولُ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ إِنَّ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ، وَأَحْسَنَ الْهَدْىِ هَدْىُ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وسلم، وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا، وَإِنَّ مَا تُوعَدُونَ لآتٍ، وَمَا أَنْتُمْ بِمُعْجِزِينَ‏.‏

Panduan Terbaik Adalah dari al-Quran Dan Sunnah & Seburuk-buruk Perkara Adalah Perkara Baru Dalam Agama (Bid’ah)

Riwayat daripada Murrah al-Hamdani, dia berkata Abdullah bin Mas’ud berkata, “Sesungguhnya cerita (atau ajaran) yang paling baik ialah kitabullah (ajaran dari kitab Allah) dan petunjuk (bimbingan) yang paling baik ialah petunjuk (atau bimbingan) Muhammad s.a.w. Seburuk-buruk perkara ialah perkara-perkara yang baharu dan sesungguhnya perkara yang dijanjikan kepada kamu pasti akan datang dan kamu tidak akan dapat melemahkan Allah untuk mendatangkan apa yang dijanjikan kepada kamu”.

[RINGKASAN] Panduan Terbaik Adalah dari al-Quran Dan Sunnah & Seburuk-buruk Perkara Adalah Perkara Baru Dalam Agama (Bid’ah)

1. Hidup kita perlu ada panduan sebagaimana perlunya pelbagai panduan seperti katalog produk dan peta perjalanan. Kehidupan kita adalah lebih besar dari segala yang ada di sekeliling kita, maka ianya lebih perlu kepada panduan berbanding perkara-perkara lain.

2. Sebaik-baik ajaran dan panduan ialah dari kitab Allah (al-Quran) dan sebaik-baik pimpinan ialah pimpinan dari Nabi Muhammad s.a.w.

3. Seburuk-buruk perkara ialah perkara-perkara baharu yang diada-adakan dalam agama (bid’ah). Perkara baharu yang asalnya tiada dalam agama, yang direka dan dikatakan itu adalah dari agama, adalah buruk walaupun pada pendapat kita ianya baik dan cantik. Oleh itu, sayugianyalah kita ikut Nabi s.a.w. sepenuhnya.

4. Rekaan dan perkara baru dalam agama adalah tidak dibenarkan. Contohnya, mengadakan perayaan untuk menyambut kelahiran Nabi. Sepintas lalu ianya nampak cantik kerana kita seolah-olah memullakan dan membesarkan Nabi. Tetapi hakikatnya tidak begitu kerana kita telah menambah satu lagi hari raya dalam Islam, suatu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh ulama-ulama’ muktabar di zaman silam. [Rujuk hadith sebelum ini di mana Saidina Umar membantah orang Yahudi yang mencadangkan supaya dijadikan hari perayaan pada hari Allah mengisytiharkan agama Islam telah disempurnakan dan agama yang Allah redha (Surah al-Maidah, ayat 3) – rujuk –    • [BERPEGANG TEGUH] – Siri 1 – Berpegang Teg…   ]. Kita tidak boleh sesuka hati menambahkan perkara-perkara baru dalam agama, termasuk hari-hari perayaan dan hari kebesaran.

5. Perkara-perkara baru (bid’ah) tidak akan ada penghujungnya. Contohnya dalam hal merayakan hari kelahiran Nabi, akan ada orang yang mempertikaikan mengapa sambutan ini tidak sebesar sambutan majlis hari kelahiran raja-raja, seolah-olah kedudukan Nabi lebih rendah dari raja dan akan ada lagi teguran-teguran lain yang tidak ada penghujungnya. Oleh itu sebaik-baiknya dan sepatutnya kita ikut apa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.

Leave a comment