[KIAMAT, SYURGA & NERAKA] – Siri 3 – [Syurga] Nikmat yang Allah sediakan di syurga tidak pernah dilihat mata, didengar oleh telinga atau terlintas di hati

VIDEO – [Durasi – 12m 13s] – [KIAMAT, SYURGA & NERAKA] – Siri 3 – Nikmat syurga tidak pernah dilihat mata atau didengari telinga

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/eZNcfy7UQos ]

Video penuh asal –    • Sesi 1 -Syurga Dikelilingi Yang Tak Disuka…   – [Sahih Muslim (Kitab Syurga, Kenikmatan Dan Penghuninya )]

[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – [SYURGA] NIKMAT YANG ALLAH SEDIAKAN DI SYURGA TIDAK PERNAH DILIHAT MATA, DIDENGAR OLEH TELINGA ATAU TERLINTAS DI HATI

كتاب الجنة وصفة نعيمها وأهلها.

حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ عَمْرٍو الأَشْعَثِيُّ، وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، قَالَ زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا وَقَالَ، سَعِيدٌ أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنِ الأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏”‏ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَعْدَدْتُ لِعِبَادِيَ الصَّالِحِينَ مَا لاَ عَيْنٌ رَأَتْ وَلاَ أُذُنٌ سَمِعَتْ وَلاَ خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ ‏”‏ ‏.‏ مِصْدَاقُ ذَلِكَ فِي كِتَابِ اللَّهِ ‏‏{‏ فَلاَ تَعْلَمُ نَفْسٌ مَا أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ‏}‏

حَدَّثَنِي هَارُونُ بْنُ سَعِيدٍ الأَيْلِيُّ، حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ، حَدَّثَنَا مَالِكٌ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنِ الأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏”‏ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَعْدَدْتُ لِعِبَادِيَ الصَّالِحِينَ مَا لاَ عَيْنٌ رَأَتْ وَلاَ أُذُنٌ سَمِعَتْ وَلاَ خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ ذُخْرًا بَلْهَ مَا أَطْلَعَكُمُ اللَّهُ عَلَيْهِ ‏”‏ ‏

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، وَأَبُو كُرَيْبٍ قَالاَ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، ح وَحَدَّثَنَا ابْنُ، نُمَيْرٍ – وَاللَّفْظُ لَهُ – حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا الأَعْمَشُ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَعْدَدْتُ لِعِبَادِيَ الصَّالِحِينَ مَا لاَ عَيْنٌ رَأَتْ وَلاَ أُذُنٌ سَمِعَتْ وَلاَ خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ ‏.‏ ذُخْرًا بَلْهَ مَا أَطْلَعَكُمُ اللَّهُ عَلَيْهِ ‏”‏ ‏.‏ ثُمَّ قَرَأَ ‏‏{‏ فَلاَ تَعْلَمُ نَفْسٌ مَا أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ‏}‏.

حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ مَعْرُوفٍ، وَهَارُونُ بْنُ سَعِيدٍ الأَيْلِيُّ، قَالاَ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ، حَدَّثَنِي أَبُو صَخْرٍ، أَنَّ أَبَا حَازِمٍ، حَدَّثَهُ قَالَ سَمِعْتُ سَهْلَ بْنَ سَعْدٍ السَّاعِدِيَّ، يَقُولُ شَهِدْتُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مَجْلِسًا وَصَفَ فِيهِ الْجَنَّةَ حَتَّى انْتَهَى ثُمَّ قَالَ صلى الله عليه وسلم فِي آخِرِ حَدِيثِهِ ‏”‏ فِيهَا مَا لاَ عَيْنٌ رَأَتْ وَلاَ أُذُنٌ سَمِعَتْ وَلاَ خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ ‏”‏ ‏.‏ ثُمَّ اقْتَرَأَ هَذِهِ الآيَةَ ‏‏{‏ تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ * فَلاَ تَعْلَمُ نَفْسٌ مَا أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ‏}‏ ‏

Nikmat yang Allah sediakan di syurga tidak pernah dilihat mata, didengar oleh telinga atau terlintas di hati

Hadith Pertama – Dengan sanadnya Imam Muslim meriwayatkan daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w., Baginda bersabda: Allah azzajawalla berfirman, “Aku telah sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di hati manusia”. Buktinya ada di dalam Kitab Allah, iaitu Allah berfirman (maksudnya), “Tidak ada seorangpun manusia mengetahui apakah yang disembunyikan untuk mereka berupa penyejuk mata hati sebagai balasan kepada amalan yang mereka lakukan dahulu (di dunia)”.

Hadith Kedua – Dengan sanadnya Imam Muslim meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Alllah azzawajalla berfirman, “Aku telah sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di hati manusia sebagai simpanan untuk mereka. Biarkan apa yang Allah telah beritahu kepada kamu (atau maksud lain, tidak kira lagi apa yang Allah tidak beritahu kepada kamu).

Hadith Ketiga – Dengan sanadnya Imam Muslim meriwayatkan daripada Abi Hurairah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah azzawajalla berfirman, “Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh…sebagai simpanan untuk mereka…biarkan…Dia tidak beritahu kepada kamu tentangnya (atau biarkan apa yang Allah telah beritahu kepada kamu). Kemudian Nabi s.a.w. membaca ayat al-Quran, yang bermaksud, “Tidak ada seorangpun manusia mengetahui apakah yang disembunyikan untuk mereka berupa penyejuk mata hati sebagai balasan kepada amalan yang mereka lakukan dahulu (di dunia)”

[RINGKASAN] Nikmat yang Allah sediakan di syurga tidak pernah dilihat mata, didengar oleh telinga atau terlintas di hati

1. Allah berfirman dalam satu hadith Qudsi, “Aku telah sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh sesuatu yang yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di hati manusia”. Disebut mata, telinga dan hati kerana anggota inilah yang selalu digunakan untuk menikmati nikmat Allah padahal banyak lagi pencaindera lain yang digunakan seperti tangan, kaki, lidah dsb. Anggota-anggota inilah juga yang biasanya terlibat dalam melakukan kedurhakaan dan dosa kepada Allah.

2. Usahkan di akhirat, di dunia inipun, banyak perkara yang ada pada hari ini, tidak pernah terlintas kepada mereka yang hidup suatu masa dulu. Teknologi moden seperti penghawa dingin, komputer dan seumpamanya tidak diketahui langsung beberapa abad lalu. Nikmat-nikmat di syurga adalah jauh luar biasa dari apa yang ada di dunia moden ini dan di luar jangkauan fikiran manusia.

3. Ayat al-Quran (Surah as-Sajdah, ayat 17) menyatakan tiada siapa pun yang tahu nikmat apakah yang disembunyikan Allah untuk mereka; nikmat-nikmat yang menenangkan dan membahagiakan jiwa.

4. Nikmat-nikmat syurga ini adalah sebagai ganjaran kepada amalan kebaikan yang dilakukan semasa hidup di dunia.

5. Hadith kedua adalah lebih kurang sama dengan hadith pertama, dengan tambahan ungkapan “sebagai simpanan untuk mereka (di akhirat). Biarkan apa yang Allah telah beritahu kepada kamu”. Apa yang ada di dalam syurga adalah yang disimpan Allah dan Allah tidak memberitahu kepada manusia apakah nikmat yang disimpan tersebut. Oleh itu tidak perlu kita memikirkan atau meneka-neka apa yang disimpan itu, cukuplah kita memikirkan tentang nikmat yang diberi di dalam dunia ini sahaja. Ini adalah kerana tidak mungkin kita dapat membayangkannya (atau, kita berpadalah dengan setakat apa yang diberitahu oleh Allah). Sesungguhnya terlalu banyak lagi nikmat yang tidak diberitahu Allah. Nikmat syurga yang diberitahu Allah yang kita kenal keadaan dan rupanya di dunia ini pada hakikatnya di syurga nanti tidak serupa dengan apa yang ada di dunia ini.

6. Hadith ketiga, Nabi s.a.w. menyatakan bahawa “cukuplah (tidak perlu bertanya) apa dan bagaimana nikmat di syurga” kerana kamu tidak akan faham hakikat sebenarya. Ini adalah sebagaimana orang di zaman dahulu tidak dapat bayangkan apa itu kapalterbang atau cermin mata yang ada pada hari ini.

7. Hadith keempat, Sahabat Nabi Sahl bin Sa’d as-Sa’idi berada di dalam majiis di mana Nabi s.a.w. menceritakan tentang nikmat-nikmat yang terdapat di dalam syurga. Ada banyak hadith di dalam kitab-kitab yang menceritakan nikmat-nikmat ini. Pada akhirnya, Nabi s.a.w. menyimpulkan bahawa nikmat-nikmat ini tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di dalam hati manusia.

8. Mereka yang mendapat nikmat syurga ini, (sebagaimana dinyatakan dalam ayat al-Quran Surah as-Sajdah, ayat 16) ialah orang yang bangun malam dan bersembahyang, berdoa dengan penuh rasa takut dan berharap kepada rahmat Allah. Mereka juga membelanjakan (infaq) rezeki yang dikurniakan Allah di jalan kebajikan. Nabi kemudiannya menyebut, manusia tidak tahu apa yang disembunyikan Allah untuk mereka (Surah as-Sajdah, ayat 17). Hadith ini menunjukkan bahawa amalan kebaikan, sama ada dalam bentuk ibadat, infaq dll. sebagaimana yang disebutkan di dalam al-Quran dan hadith itu penting untuk mendapatkan syurga.

Leave a comment