[KIAMAT] – Siri 4 – [Syurga] Di dalam syurga terdapat sebatang pokok, yang mana seorang penunggang (kuda) berjalan di bawah teduhannya selama seratus tahun, (namun) dia tidak dapat sampai ke hujungnya

VIDEO – [Durasi – 8m 27s] – [KIAMAT] – Siri 4 – Di syurga ada pokok, seorang berkuda berjalan 100 tahun tak sampai ke hujungnya

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/UnSKCzrN_m4 ]

Video penuh asal –    • Sesi 1 -Syurga Dikelilingi Yang Tak Disuka…   – [Sahih Muslim (Kitab Syurga, Kenikmatan Dan Penghuninya )]

[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – [SYURGA] DI DALAM SYURGA TERDAPAT SEBATANG POKOK, YANG MANA SEORANG PENUNGGANG (KUDA) BERJALAN DI BAWAH TEDUHANNYA SELAMA SERATUS TAHUN, (NAMUN) DIA TIDAK DAPAT SAMPAI KE HUJUNGNYA

باب إِنَّ فِي الْجَنَّةِ شَجَرَةً يَسِيرُ الرَّاكِبُ فِي ظِلِّهَا مِائَةَ عَامٍ لاَ يَقْطَعُهَا ‏‏

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا لَيْثٌ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ قَالَ ‏”‏ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ لَشَجَرَةً يَسِيرُ الرَّاكِبُ فِي ظِلِّهَا مِائَةَ سَنَةٍ ‏”

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا الْمُغِيرَةُ، – يَعْنِي ابْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْحِزَامِيَّ – عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنِ الأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم بِمِثْلِهِ وَزَادَ ‏”‏ لاَ يَقْطَعُهَا ‏”‏ ‏.‏ حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الْحَنْظَلِيُّ،

أَخْبَرَنَا الْمَخْزُومِيُّ، حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ، عَنْ أَبِي، حَازِمٍ عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏”‏ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ لَشَجَرَةً يَسِيرُ الرَّاكِبُ فِي ظِلِّهَا مِائَةَ عَامٍ لاَ يَقْطَعُهَا ‏”‏ ‏.‏

قَالَ أَبُو حَازِمٍ فَحَدَّثْتُ بِهِ النُّعْمَانَ بْنَ أَبِي عَيَّاشٍ الزُّرَقِيَّ، فَقَالَ حَدَّثَنِي أَبُو سَعِيدٍ الْخُدْرِيُّ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏”‏ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ شَجَرَةً يَسِيرُ الرَّاكِبُ الْجَوَادَ الْمُضَمَّرَ السَّرِيعَ مِائَةَ عَامٍ مَا يَقْطَعُهَا ‏”‏

Di dalam syurga terdapat sebatang pokok, yang mana seorang penunggang (kuda) berjalan di bawah teduhannya selama seratus tahun, (namun) dia tidak dapat sampai ke hujungnya

Hadith Pertama – Riwayat daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w., Baginda bersabda, “Sesungguhnya di dalam syurga ada pokok yang mana orang yang berkenderaan berjalan di bawah teduhnya selama seratus tahun tidak terlepas lagi (masih lagi di bawah naungannya). .

Hadith Kedua – Dengan sanad yang lain, juga daripada Abi Hurairah, hadithnya sama seperti hadith pertama, kecuali dengan sedikit tambahan, “selepas seratus tahun, tidak lagi dia melepasi naungan pokok itu”.

Hadith Ketiga – Dengan sanadnya Imam Muslim meriwayatkan daripada Sahl bin Sa’d daripada Rasulullah s.a.w., Baginda bersabda, “Sesungguhnya di dalam syurga itu ada satu pokok, yang mana orang yang berkenderaan berjalan di bawah teduhnya selama seratus tahun tetapi masih lagi belum melepasi naungannya”. Kata Abu Hazim: Saya menceritakan hadith ini kepada an-Nu’man bin Abi A’yasy az-Zuraqi, dia berkata Abu Said al-Khudri meriwayatkan juga hadith ini. Abu Said al-Khudri meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., sabda Baginda, “Sesungguhnya di dalam syurga itu ada satu pokok…yang mana orang yang menaiki kenderaan berupa kuda (yang dilatih untuk berlari laju) selama seratus tahun tidak lagi dia melepasinya.”

[RINGKASAN] Di dalam syurga terdapat sebatang pokok, yang mana seorang penunggang (kuda) berjalan di bawah teduhannya selama seratus tahun, (namun) dia tidak dapat sampai ke hujungnya

1. Di dalam syurga ada satu (jenis) pokok yang teduhannya tidak habis direntasi selepas seratus tahun perjalanan dengan kenderaan. Kita tidak tahu apakah tujuan (perlunya) teduhnya perjalanan di syurga (kerana di syurga tiada kepayahan dan kesulitan) tetapi apa yang ingin dinyatakan ialah syurga adalah penuh dengan nikmat (tiada panas, seksa atau keletihan).

2. Peristiwa atau perkara yang disebut di dalam hadith ini adalah sesuatu yang dapat difahami manusia di zaman dan di tempat wahyu diturunkan, contohnya, disebutkan kuda sebagai kenderaan. Oleh itu hendaklah difahami bahawa kenderaan tidak terikat kepada kuda sahaja sebagaimana juga buah-buahan yang disebut adalah apa yang ada di negeri Arab sahaja. Kita perlu jelaskan hakikat ini kepada orang-orang kafir yang menyindir kononnya al-Quran dan hadith ini mundur dan tidak relevan kerana menceritakan perkara-perkara yang ketinggalan zaman.

3. Pada asalnya, Al-Quran diturunkan kepada orang Arab di zaman Nabi s.a.w. dan ianya perlu difahami oleh mereka pada masa itu. Kita hendaklah memahami al-Quran dan hadith sesuai dengan perkembangan zaman. Contohnya yang ditekankan ialah “kenderaan” dan bukannya “kuda”, oleh itu kita hendaklah memahami istilah “kenderaan” dalam konteks zaman ini seperti kereta, kapalterbang dan sebagainya. Begitu juga peralatan perang kita tidak boleh hadkan kepada panah dan pedang tetapi hendaklah mencakupi kelengkapan moden seperti peluru berpandu, jet penggempur dsb. Begitu juga, nabi-nabi yang disebut adalah mereka yang diutuskan di sekitar tanah Arab kerana ianya mudah dikenali oleh orang-orang Arab di mana wahyu diturunkan. Ada kemungkinan tokoh-tokoh seperti Gautama Budha asalnya seorang nabi tetapi ajarannya telah diselewengkan. Yang perlu kita yakini ialah tiada lagi nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w.

4. Nikmat di syurga tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oeh telinga atau terlintas di hati, oleh itu, perkara-perkara yang disebut ada di syurga adalah sebagai alat untuk memudahkan kita memahaminya.

Leave a comment