VIDEO – [Durasi – 2m 38s] – [KIAMAT] – Siri 5 – Allah isytihar redha-Nya kepada ahli syurga dan tidak akan murka selama-lamanya
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/cCVpSZ1czl8 ]
Video penuh asal –
• Sesi 1 -Syurga Dikelilingi Yang Tak Disuka… – [Sahih Muslim (Kitab Syurga, Kenikmatan Dan Penghuninya )]
[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]
MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – [SYURGA] – PENGURNIAAN KEREDHAAN ALLAH KEPADA AHLI SYURGA DAN SELEPAS ITU ALLAH TIDAK AKAN MURKA KEPADA MEREKA SELAMA-LAMANYA
باب إِحْلاَلِ الرِّضْوَانِ عَلَى أَهْلِ الْجَنَّةِ فَلاَ يَسْخَطُ عَلَيْهِمْ أَبَدًا
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ سَهْمٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ، أَخْبَرَنَا مَالِكُ، بْنُ أَنَسٍ ح وَحَدَّثَنِي هَارُونُ بْنُ سَعِيدٍ الأَيْلِيُّ، – وَاللَّفْظُ لَهُ – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ، حَدَّثَنِي مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ” إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ لأَهْلِ الْجَنَّةِ يَا أَهْلَ الْجَنَّةِ . فَيَقُولُونَ لَبَّيْكَ رَبَّنَا وَسَعْدَيْكَ وَالْخَيْرُ فِي يَدَيْكَ . فَيَقُولُ هَلْ رَضِيتُمْ فَيَقُولُونَ وَمَا لَنَا لاَ نَرْضَى يَا رَبِّ وَقَدْ أَعْطَيْتَنَا مَا لَمْ تُعْطِ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ فَيَقُولُ أَلاَ أُعْطِيكُمْ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ فَيَقُولُونَ يَا رَبِّ وَأَىُّ شَىْءٍ أَفْضَلُ مِنْ ذَلِكَ فَيَقُولُ أُحِلُّ عَلَيْكُمْ رِضْوَانِي فَلاَ أَسْخَطُ عَلَيْكُمْ بَعْدَهُ أَبَدًا ” .
Pengurniaan keredhaan Allah kepada ahli syurga dan selepas itu Allah tidak akan murka kepada mereka selama-lamanya
Dengan sanadnya Imam Muslim meriwayatkan daripada Abi Said al-Khudri, bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t. berkata kepada ahli syurga, “Wahai ahli syurga”, Jawab mereka, “Wahai tuhan kami, segala kebaikan berada di tangan-Mu”. Maka Allah bertanya, “Sudah puas hatikah kamu?”. Ahli syuga menjawab, “Bagaimana kami tidak puas hati, wahai Tuhan, dalam keadaan Engkau telah mengurniakan kepada kami apa yang yang tidak pernah Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dari kalangan makhluk-Mu”. Tuhan berkata, “Hendak atau tidak Aku berikan kepada kamu lebih lagi daripada itu”. Ahli syurga menjawab,”Wahai tuhan, apakah lagi yang lebih baik daripada apa yang telah kami dapati?’ (Jawab Allah), “Aku tetapkan untuk kamu keredhaan-Ku. Aku tidak akan murka lagi kepada kamu buat selama-lamanya”.
[RINGKASAN] Pengurniaan keredhaan Allah kepada ahli syurga dan selepas itu Allah tidak akan murka kepada mereka selama-lamanya
1. Allah bertanya kepada ahli syurga adakah mereka berpuas hati dengan nikmat yang telah Allah kurniakan kepada mereka di dalam syurga. Ahli syurga menjawab bahawa masakan mereka tidak berpuas hati kerana mereka telah dikurniakan nikmat yang tidak pernah diberi kepada orang lain. Allah kemudiannya bertanya adakah mereka mahu dikurniakan nikmat yang lebih istimewa daripada apa yang telah diberikan sebelum ini. Mereka menyambut tawaran tersebut, maka Allah isytiharkan bahawa Dia turunkan keredhaan-Nya kepada mereka (ahli-ahli syurga).
2. Walaupun hakikatnya Allah telahpun redha kepada ahli-ahli syurga sebelum perisytiharan tersebut, tetapi dengan perisytiharan ini tiada lagi kebimbangan dan Allh tidak akan murka kepada mereka selama-lamanya.
3. Perisytiharan ini amat menggembirakan ahli syurga di samping bermacam-macam nikmat yang telah diberi sebelum ini. Sesungguhnya Allah ingin memberi nikmat dan ingin menjadikan ahli syurga ini lebih dan istimewa. Kemuncak dari semua nikmat-nikmat yang dikurniakan ialah melihat Allah tanpa hijab.
