[KIAMAT] – Siri 6 – [Syurga] – Ahli Syurga Melihat Bilik-Bilik Di Atas Mereka Sebagaimana Melihat Bintang di Langit

VIDEO – [Durasi – 10m 40s] – [KIAMAT] – [KIAMAT] – Siri 6 – Ahli Syurga Melihat Bilik Di Atas Mereka Sebagaimana Melihat Bintang di Langit

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/_qDSM3atcUI ]

Video penuh asal –    • Sesi 1 -Syurga Dikelilingi Yang Tak Disuka…   &    • Sesi 2 – Orang Yang Masuk Dalam Syurga Men…   – [Sahih Muslim (Kitab Syurga, Kenikmatan Dan Penghuninya )]

[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – [SYURGA] AHLI SYURGA MELIHAT BILIK-BILIK DI ATAS MEREKA SEBAGAIMANA MELIHAT BINTANG DI LANGIT

باب تَرَائِي أَهْلِ الْجَنَّةِ أَهْلَ الْغُرَفِ كَمَا يُرَى الْكَوْكَبُ فِي السَّمَاءِ ‏‏

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ، – يَعْنِي ابْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْقَارِيَّ – عَنْ أَبِي حَازِمٍ، عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏”‏ إِنَّ أَهْلَ الْجَنَّةِ لَيَتَرَاءَوْنَ الْغُرْفَةَ فِي الْجَنَّةِ كَمَا تَرَاءَوْنَ الْكَوْكَبَ فِي السَّمَاءِ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ فَحَدَّثْتُ بِذَلِكَ النُّعْمَانَ بْنَ أَبِي عَيَّاشٍ، فَقَالَ سَمِعْتُ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ، يَقُولُ كَمَا تَرَاءَوْنَ الْكَوْكَبَ الدُّرِّيَّ فِي الأُفُقِ الشَّرْقِيِّ أَوِ الْغَرْبِيِّ ‏” ‏ ‏.‏

وَحَدَّثَنَاهُ إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، أَخْبَرَنَا الْمَخْزُومِيُّ، حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ، عَنْ أَبِي حَازِمٍ، بِالإِسْنَادَيْنِ جَمِيعًا نَحْوَ حَدِيثِ يَعْقُوبَ ‏.‏

حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ جَعْفَرِ بْنِ يَحْيَى بْنِ خَالِدٍ، حَدَّثَنَا مَعْنٌ، حَدَّثَنَا مَالِكٌ، ح وَحَدَّثَنِي هَارُونُ بْنُ سَعِيدٍ الأَيْلِيُّ، – وَاللَّفْظُ لَهُ – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ، أَخْبَرَنِي مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ، عَنْ صَفْوَانَ بْنِ سُلَيْمٍ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏”‏ إِنَّ أَهْلَ الْجَنَّةِ لَيَتَرَاءَوْنَ أَهْلَ الْغُرَفِ مِنْ فَوْقِهِمْ كَمَا تَتَرَاءَوْنَ الْكَوْكَبَ الدُّرِّيَّ الْغَابِرَ مِنَ الأُفُقِ مِنَ الْمَشْرِقِ أَوِ الْمَغْرِبِ لِتَفَاضُلِ مَا بَيْنَهُمْ ‏”‏ ‏.‏ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ تِلْكَ مَنَازِلُ الأَنْبِيَاءِ لاَ يَبْلُغُهَا غَيْرُهُمْ ‏.‏ قَالَ ‏”‏ بَلَى وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ رِجَالٌ آمَنُوا بِاللَّهِ وَصَدَّقُوا الْمُرْسَلِينَ ‏”‏ ‏.‏

Ahli Syurga Melihat Bilik-Bilik Di Atas Mereka Sebagaimana Melihat Bintang di Langit

Hadith Pertama – Dengan sanadnya Imam Muslim meriwayatkan daripada Sahl bin Sa’d bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya ahli syurga itu mereka saling melihat kepada satu sama lain di dalam bilik di dalam syurga. Nampak bilik (rumah) dalam syurga sepertimana kamu nampak bintang di langit”. Kata perawi: Saya ceritakan hadith ini kepada Nu’man bin Abi ‘Ayyash, dia berkata, “Saya dengar Abu Said al-Khudri berkata: Seperti mana kamu lihat bintang yang berkilat-kilat (bersinar-sinar) itu di ufuk timur atau barat”.

Hadith Kedua – Hadith yang sama (di segi makna) dengan hadith pertama tetapi dengan sanad yang lain.

Hadith Ketiga – Dengan sanadnya Imam Muslim meriwayatkan daripada Abi Said al-Khudri bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya ahli syurga itu nampak orang-orang yang berada di dalam bilik-bilik di atas mereka seperti mana kamu nampak bintang yang bersinar-sinar yang akan turun dari ufuk sebelah timur atau barat kerana ada perbezaan (lebih atau kurang) di antara mereka itu di dalam syurga”. Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah! Adakah itu tempat-tempat para nabi yang tidak boleh orang lain sampai?”. Baginda bersabda kepadaku, “Bahkan! Demi tuhan yang nyawaku berada di tangannya, bukan, itu adalah orang-orang yang telah beriman kepada Allah dan membenarkan para Rasul”.

[RINGKASAN] Ahli Syurga Melihat Bilik-Bilik Di Atas Mereka Sebagaimana Melihat Bintang di Langit

1. “al-Ghurfa” yang disebut di dalam hadith ini pada asalnya bermaksud “bilik” tetapi boleh juga digunakan dengan makna “rumah” atau “tempat tinggal”. Dalam istilah hadith ianya bermaksud, “Suatu darjat atau kedudukan yang paling tinggi di dalam syurga”.

2. Di dalam syurga terdapat perbezaan yang jauh (di segi keistimewaan dan nikmat) di antara satu darjat (kedudukan) dengan satu darjat yang lain. Jarak di antara satu darjat dengan satu darjat di atasnya ialah orang yang darjatnya lebih rendah nampak orang yang darjatnya satu tingkat lebih tinggi seumpama orang yag di bumi melihat bintang-bintang di langit. Syurga adalah amat luas, tidak sesempit bumi, dan bayangkanlah bumbung syurga ialah arasy Allah taala.

3. Walaupun terdapat perbezaan di antara darjat-darjat syurga, orang yang di bawah tidak berasa kurang. Hadith ini cuma menceritakan hakikat sebenar keistimewaan dan nikmat syurga. Sebagai perbandingan di dunia ini, samalah keadaannya orang yang tidak suka kepada sesuatu makanan, contohnya durian, tidak berasa apa-apa atau kurang jika tidak dapat makan makanan tersebut walaupun pada hakikatnya dia ternafi dari kelazatan makanan tersebut. Begitu juga dengan hadith yang menceritakan orang yang minum arak di dunia tidak akan dapat minum arak di syurga. Memang benar dia tidak dapat minum arak di syurga tetapi dia sendiri tidak berasa kurang kerana tidak dapat minum arak walaupun hakikatnya dia kurang berbanding dengan mereka yang diizinkan minum arak.

4. Walaupun jaraknya jauh di antara satu darjat dengan darjat yang lain, ahli-ahli syurga boleh saling menziarahi. Cuma ada tempat-tempat yang dikhaskan hanya kepada ahli syurga tertentu sebagai keistimewaan kepadanya.

5. Ada di dalam hadith lain dinyatakan bahawa “ghurfa” ialah “bilik-bilik” di mana bahagian luar dapat dilihat dari dalam (seumpama rumah kaca di zaman ini). Di dalam hadith dari Baihaqi disebutkan bahawa semua binaan (bangunan) adalah dari permata. Kita yang hidup di zaman moden ini lebih mudah untuk memahami perumpamaan dan contoh-contoh yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. Walaupun begitu masih banyak lagi perkara-perkara yang diberitahu oleh Nabi s.a.w. yang belum ada pada hari ini.

6. Seorang ‘Arabi (orang Arab dari pedalaman) bertanya Rasulullah s.a.w. untuk siapakah rumah tersebut. Nabi s.a.w. menjawab bahawa nikmat ini adalah untuk orang yang lembut percakapannya (berbudi bahasa, tidak kasar dan tidak menyakiti orang lain), orang yang sentiasa berpuasa (sebagaimana sunnah Nabi) dan bersembahyang malam (sebagaimana diajarkan oleh Nabi) di kala orang lain tidur.

7. Diceritakan bahawa di syurga orang yang di bawah (darjatnya) dapat melihat orang yang di atas (darjatnya) sebagaimana orang yang di bumi melihat bintang-bintang di ufuk timur dan barat. Ini adalah kerana jauhnya kedudukan di antara keduanya malah satu darjat di atasnya pun adalah satu dunia lain yang amat luas. Oleh itu hendaklah kita sedar bahawa balasan yang kita terima adalah terlalu jauh lebih istimewa dari amalan kebaikan yang kita lakukan. Ingatlah bahawa kita masuk syurga bukan kerana amalan kita tetapi semata-mata kerana rahmat Allah.

8. Ada Sahabat r.a. bertanya, adakah itu tempat tinggal nabi-nabi di mana orang lain tidak dapat sampai. Nabi menjawab tidak, dan ini bermakna, orang biasa seperti kita pun mempunyai peluang untuk mendapat syurga tersebut. Nikmat ini adalah untuk orang-orang yang beriman kepada Allah dan betul-betul membenarkan para rasul (suatu tingkat iman yang tinggi) dan berakhlak sebagaimana akhlak nabi-nabi. Mereka juga melakukan kesalahan dan dosa tetapi segera bertaubat dan tidak leka.

Leave a comment