VIDEO – [Durasi – 5m 48s] – [KIAMAT] – Siri 7 – Mencintai dan berhasrat lihat Nabi walaupun dengan korbankan keluarga dan harta
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/pfAhRfy3TSw ]
Video penuh asal –
• Sesi 1 -Syurga Dikelilingi Yang Tak Disuka… &
• Sesi 2 – Orang Yang Masuk Dalam Syurga Men… – [Sahih Muslim (Kitab Syurga, Kenikmatan Dan Penghuninya )]
[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]
MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH -[SYURGA] SESEORANG YANG MENCINTAI DAN BERHASRAT UNTUK MELIHAT NABI S.A.W. WALAUPUN DENGAN MENGORBANKAN AHLI KELUARGA DAN HARTANYA
باب فِيمَنْ يَوَدُّ رُؤْيَةَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم بِأَهْلِهِ وَمَالِهِ
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ، – يَعْنِي ابْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ – عَنْ سُهَيْلٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ” مِنْ أَشَدِّ أُمَّتِي لِي حُبًّا نَاسٌ يَكُونُونَ بَعْدِي يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ رَآنِي بِأَهْلِهِ وَمَالِهِ ” .
Seseorang yang mencintai dan berhasrat untuk melihat Nabi s.a.w. walaupun dengan mengorbankan ahli keluarga dan hartanya
Dengan sanadnya Imam Muslim meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Di antara umatku yang paling sayang kepadaku adalah orang-orang yang akan ada (hidup) selepasku. Seseorang daripada mereka itu ingin sekali kalau boleh melihat aku walaupun dengan mengorbankan ahli keluarganya dan harta bendanya sekalipun”.
[RINGKASAN] Seseorang yang mencintai dan berhasrat untuk melihat Nabi s.a.w. walaupun dengan mengorbankan ahli keluarga dan hartanya
1. Antara orang yang paling mencintai Nabi s.a.w. ialah orang yang datang (hidup) sesudah Nabi wafat. Kalau boleh mereka ingin sekali melihat Nabi walaupun dengan mengorbankan ahli keluarga atau pun harta benda miliknya. Sebelum dari mereka, sudah ada orang-orang yang benar-benar mencintai Nabi s.a.w. iaitu Sahabat-Sahabat yang hidup bersama Nabi s.a.w.
2. Ulama’-ulama’ telah memberikan beberapa pendapat tentang maksud, “Sanggup mengorbankan ahli keluarga dan harta benda”, antaranya,
i. menggantungkan harapan atau angan-angan berjumpa dengan Nabi walaupun dengan mengorbankan harta ataupun anak pinak.
ii. seseorang yang sanggup mengorbankan harta benda demi agama dan juga mengorbankan (membenarkan) ahli keluarganya berjihad sehingga terkorban demi menegakkan agama Allah.
iii. dia ingin sekali menjadi seperti Sahabat-Sahabat Nabi, hidup di zaman Nabi dan dia sanggup mengorbankan anak pinak dan harta bendanya demi agama. Ada manusia yang berjiwa demikian di zaman selepas Nabi dan akan sentiasa ada orang-orang seperti ini di setiap zaman.
3. Kita boleh saksikan orang-orang seperti ini dari cara hidup, aqidah dan tindak tanduk mereka. Mereka suka dengan sunnah Nabi dan benci perkara-perkara bid’ah (perkara-perkara yang tidak berasal dari Nabi dan perkara yang merosakkan ajaran Nabi). Mereka adalah cerminan peribadi Sahabat-Sahabat yang hidup di zaman Nabi. Jika mereka hidup di zaman Nabi mereka pun akan jadi seperti Sahabat-Sahabat rhum tersebut. Jika manusia ingin melihat bagaimana peribadi Sahabat-Sahabat yang hidup di zaman Nabi s.a.w. tengoklah orang-orang ini.
4. Inilah orang-orang yang akan mendapat syurga di peringkat tertinggi (al-ghurfa) sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadith sebelum ini (rujuk –
• [KIAMAT] – Siri 6 – Ahli Syurga Melihat Bi… ). Inilah orang yang betul-betul membenarkan rasul sebagaimana yang disebut di dalam hadith tersebut.
