[KIAMAT] – Siri 9 – Kumpulan pertama yang masuk syurga seperti bulan purnama; sifat & isteri mereka

VIDEO – [Durasi – 16m 38s] – [KIAMAT] – Siri 9 – Kumpulan pertama yang masuk syurga seperti bulan purnama; sifat & isteri mereka

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/M9IYHSEBU9k ]

Video penuh asal –    • Sesi 1 -Syurga Dikelilingi Yang Tak Disuka…   &    • Sesi 2 – Orang Yang Masuk Dalam Syurga Men…   – [Sahih Muslim (Kitab Syurga, Kenikmatan Dan Penghuninya )]

[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – [SYURGA] – KUMPULAN PERTAMA YANG MASUK SYURGA ADALAH SEPERTI BULAN PURNAMA; SIFAT-SIFAT DAN ISTERI-ISTERI MEREKA

أَوَّلُ زُمْرَةٍ تَدْخُلُ الْجَنَّةَ عَلَى صُورَةِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ وَصِفَاتُهُمْ وَأَزْوَاجُهُمْ.

حَدَّثَنِي عَمْرٌو النَّاقِدُ، وَيَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الدَّوْرَقِيُّ، جَمِيعًا عَنِ ابْنِ عُلَيَّةَ، – وَاللَّفْظُ لِيَعْقُوبَ – قَالاَ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ ابْنُ عُلَيَّةَ، أَخْبَرَنَا أَيُّوبُ، عَنْ مُحَمَّدٍ، قَالَ إِمَّا تَفَاخَرُوا وَإِمَّا تَذَاكَرُوا الرِّجَالُ فِي الْجَنَّةِ أَكْثَرُ أَمِ النِّسَاءُ فَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ أَوَلَمْ يَقُلْ أَبُو الْقَاسِمِ صلى الله عليه وسلم ‏” ‏ إِنَّ أَوَّلَ زُمْرَةٍ تَدْخُلُ الْجَنَّةَ عَلَى صُورَةِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ وَالَّتِي تَلِيهَا عَلَى أَضْوَإِ كَوْكَبٍ دُرِّيٍّ فِي السَّمَاءِ لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ زَوْجَتَانِ اثْنَتَانِ يُرَى مُخُّ سُوقِهِمَا مِنْ وَرَاءِ اللَّحْمِ وَمَا فِي الْجَنَّةِ أَعْزَبُ ‏”

حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ أَيُّوبَ، عَنِ ابْنِ سِيرِينَ، قَالَ اخْتَصَمَ الرِّجَالُ وَالنِّسَاءُ أَيُّهُمْ فِي الْجَنَّةِ أَكْثَرُ فَسَأَلُوا أَبَا هُرَيْرَةَ فَقَالَ قَالَ أَبُو الْقَاسِمِ صلى الله عليه وسلم بِمِثْلِ حَدِيثِ ابْنِ عُلَيَّةَ ‏.‏وَحَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ، – يَعْنِي ابْنَ زِيَادٍ – عَنْ عُمَارَةَ بْنِ، الْقَعْقَاعِ حَدَّثَنَا أَبُو زُرْعَةَ، قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ، يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ ‏”‏ ‏.‏

ح وَحَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، – وَاللَّفْظُ لِقُتَيْبَةَ – قَالاَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ، عَنْ عُمَارَةَ، عَنْ أَبِي زُرْعَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ إِنَّ أَوَّلَ زُمْرَةٍ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ عَلَى صُورَةِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ وَالَّذِينَ يَلُونَهُمْ عَلَى أَشَدِّ كَوْكَبٍ دُرِّيٍّ فِي السَّمَاءِ إِضَاءَةً لاَ يَبُولُونَ وَلاَ يَتَغَوَّطُونَ وَلاَ يَمْتَخِطُونَ وَلاَ يَتْفُلُونَ أَمْشَاطُهُمُ الذَّهَبُ وَرَشْحُهُمُ الْمِسْكُ وَمَجَامِرُهُمُ الأَلُوَّةُ وَأَزْوَاجُهُمُ الْحُورُ الْعِينُ أَخْلاَقُهُمْ عَلَى خُلُقِ رَجُلٍ وَاحِدٍ عَلَى صُورَةِ أَبِيهِمْ آدَمَ سِتُّونَ ذِرَاعًا فِي السَّمَاءِ ‏”‏ ‏.‏

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، وَأَبُو كُرَيْبٍ قَالاَ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ أَوَّلُ زُمْرَةٍ تَدْخُلُ الْجَنَّةَ مِنْ أُمَّتِي عَلَى صُورَةِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ عَلَى أَشَدِّ نَجْمٍ فِي السَّمَاءِ إِضَاءَةً ثُمَّ هُمْ بَعْدَ ذَلِكَ مَنَازِلُ لاَ يَتَغَوَّطُونَ وَلاَ يَبُولُونَ وَلاَ يَمْتَخِطُونَ وَلاَ يَبْزُقُونَ أَمْشَاطُهُمُ الذَّهَبُ وَمَجَامِرُهُمُ الأَلُوَّةُ وَرَشْحُهُمُ الْمِسْكُ أَخْلاَقُهُمْ عَلَى خُلُقِ رَجُلٍ وَاحِدٍ عَلَى طُولِ أَبِيهِمْ آدَمَ سِتُّونَ ذِرَاعًا ‏” ‏ ‏.‏

قَالَ ابْنُ أَبِي شَيْبَةَ عَلَى خُلُقِ رَجُلٍ ‏.‏ وَقَالَ أَبُو كُرَيْبٍ عَلَى خَلْقِ رَجُلٍ ‏.‏ وَقَالَ ابْنُ أَبِي شَيْبَةَ عَلَى صُورَةِ

Kumpulan pertama yang masuk syurga adalah seperti bulan purnama, sifat-sifat dan isteri-isteri mereka

Hadith Pertama – Dengan sanadnya Imam Muslim meriwayatkan daripada Ayyub daripada Muhammad katanya: Sama ada kamu hendak berbangga atau kamu bermaksud untuk berbincang, orang-orang lelaki di syurga nanti lebih ramai atau orang perempuan? Jawab Abu Hurairah, “Bukankah Abul Qasim s.a.w. telah bersabda, “Sesungguhnya kumpulan manusia yang mula-mula masuk ke dalam syurga itu rupanya seperti rupa bulan pada malam purnama. Dan yang kurang daripada itu ialah seperti bintang yang bersinar-sinar di langit. Setiap orang daripada mereka (lelaki ahli syurga) akan mempunyai dua orang isteri. Otot tulang betisnya dapat dilihat dari balik daging betis. Tidak ada dalam syurga orang yang tidak mempunyai isteri”.

Hadith Kedua – Dengan sanadnya Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibnu Sirin katanya: Orang-orang lelaki dan perempuan pernah bertengkar berhubung siapakah di antara mereka yang lebih ramai dalam syurga. Merekapun tanya Abu Hurairah. Jawab Abu Hurairah, “Abul Qasim (Nabi s.a.w.) telah bersabda…(sama seperti yang disebut dalam hadith sebelum ini).”

Hadith Ketiga – Dengan sanad yang lain, riwayat dari Abi Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Orang yang mula-mula masuk syurga; [pemalingan sanad] juga dari Abi Hurairah, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Kumpulan yang mula-mula masuk syurga serupa dengan bulan pada malam purnama dan orang yang mengiringi mereka sama seperti bintang yang paling kuat cahayanya di langit. Mereka tidak akan kencing, tidak akan berak, tidak akan membuang hingus, tidak akan meludah, sikat mereka emas, peluh mereka kasturi, tempat pembakaran setanggi mereka itu penuh dengan kayu gaharu. Isteri-isteri mereka adalah bidadari, perempuan-perempuan yang matanya sangat menarik (mata hitamnya sangat hitam), perangai mereka seperti satu orang (serupa, satu fikrah). Mereka akan berada dalam rupa bapa mereka Adam, iaitu setinggi 60 hasta.

Hadith Keempat – Hadith ini sama seperti hadith sebelum ini tetapi dengan sanad yang lain.

Hadith Kelima – Dalam riwayat terakhir ini disebut, otot tulang (betis) kelihatan dari balik daging betis itu kerana cantiknya. Tidak ada perselisihan pendapat antara sesama mereka, tidak ada benci membenci. Hati mereka semua itu seperti satu hati. Mereka bertasbih kepada Allah pada pagi dan petang.

[RINGKASAN] Kumpulan pertama yang masuk syurga adalah seperti bulan purnama; sifat-sifat dan isteri-isteri mereka

1. Orang lelaki dan perempuan berbantah tentang siapakah yang paling ramai di syurga, lalu mereka bertanya kepada Abu Hurairah. Abu Hurairah menyatakan ada hadith Nabi yang menunjukkan bahawa orang lelaki lebih ramai di syurga. Walaupun begitu orang perempuan juga ramai di syurga kerana bilangan mereka di dunia ini adalah lebih ramai dari lelaki.

2. Nabi s.a.w. bersabda, kumpulan yang pertama masuk syurga adalah seperti bulan purnama dan mereka yang kurang sedikit dari mereka ialah seperti bintang yang bersinar di langit.

3. Setiap orang lelaki di syurga akan mendapat sekurang-kurangnya dua orang isteri dari kalangan wanita dunia (bukan bidadari). Ini menunjukkan bahawa orang perempuan juga ramai di syurga. Orang perempuan yang menjadi isteri di syurga adalah lebih istimewa dari bidadari kerana mereka telah menjalani kehidupan, bersusah payah dan berkorban di dunia untuk mencapai syurga

4. Walaupun begitu, balasan kepada orang lelaki pada umumnya lebih istimewa berbanding wanita. Ini adalah kerana lelaki banyak melakukan kerja-kerja besar dan berat dan mempunyai tanggungjawab yang lebih di dunia ini seperti berjihad, mencari nafkah untuk keluarga dsb.

5. Adalah naluri semulajadi seorang lelaki untuk beristeri ramai tetapi ramai dari mereka tidak dapat melakukannya di dunia ini kerana halangan dan memikirkan akibat buruk dan tentangan yang dihadapi. Oleh itu Allah memenuhi hasrat mereka di syurga nanti.

6. Isteri-isteri di syurga amat cantik dan digambarkan oleh ulama’ sebagai air berwarna merah di dalam gelas yang jernih. Otot tulang (betis) mereka kelihatan dari balik daging betis itu kerana cantiknya

7. Ahli syurga tidak membuang air besar atau air kecil, tidak meludah dan tidak mengeluarkan hingus. Sikat mereka dari emas (sesuai dengan cinta manusia pada emas dan kemewahan), Ahli syurga berpeluh dan peluh mereka berbau wangi. Suasana sekeliling sentiasa wangi dengan bekas-bekas bakaran wangian dipenuhi gaharu dan cendana.

8. Isteri-isteri ahli syurga adalah dari kalangan wanita-wanita dunia dan bidadari. Perangai isteri-isteri tersebut serupa sebagaimana satu orang, di mana tiada perseteruan, tiada kemarahan dan dengki mendengki.

9. Lelaki-lelaki syurga adalah dalam rupa dan saiz Nabi Adam semasa Baginda berada di dalam syurga. Saiz mereka adalah besar untuk lebih merasai nikmat yang dikurniakan Allah. Mereka tidak buang air atau berhingus dan sebagainya kerana keadaan di syurga tidak menyebabkan perlunya perkara-perkara ini.


Leave a comment