[ADAB] – Siri 6 – Menderhakai Ibu Bapa Itu Termasuk Dosa Besar [HADITH TEMATIK]

VIDEO – [Durasi – 10m 7s] – [ADAB] – Siri 6 – Menderhakai Ibu Bapa Itu Termasuk Dosa Besar [HADITH TEMATIK]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/-Ekh3euaro4 ]

Video penuh asal –    • Sesi 2 – Derhaka Kepada Kedua Ibubapa Term…   [ Sahih al-Bukhari – Kitab Adab ]

[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – MENDERHAKAI IBU BAPA ITU TERMASUK DOSA BESAR

باب عُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ مِنَ الْكَبَائِرِ قَالَهُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدَّثَنَا سَعْدُ بْنُ حَفْصٍ،

حَدَّثَنَا شَيْبَانُ، عَنْ مَنْصُورٍ، عَنِ الْمُسَيَّبِ، عَنْ وَرَّادٍ، عَنِ الْمُغِيرَةِ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏”‏ إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ الأُمَّهَاتِ، وَمَنْعَ وَهَاتِ، وَوَأْدَ الْبَنَاتِ، وَكَرِهَ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ، وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ، وَإِضَاعَةَ الْمَالِ ‏”‏‏.‏

حَدَّثَنِي إِسْحَاقُ، حَدَّثَنَا خَالِدٌ الْوَاسِطِيُّ، عَنِ الْجُرَيْرِيِّ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ، عَنْ أَبِيهِ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ أَلاَ أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَرِ الْكَبَائِرِ ‏”‏‏.‏ قُلْنَا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ‏.‏ قَالَ ‏”‏ الإِشْرَاكُ بِاللَّهِ، وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ ‏”‏‏.‏ وَكَانَ مُتَّكِئًا فَجَلَسَ فَقَالَ ‏”‏ أَلاَ وَقَوْلُ الزُّورِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ، أَلاَ وَقَوْلُ الزُّورِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ ‏”‏‏.‏ فَمَا زَالَ يَقُولُهَا حَتَّى قُلْتُ لاَ يَسْكُتُ‏.‏

حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ الْوَلِيدِ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، قَالَ حَدَّثَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي بَكْرٍ، قَالَ سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ ذَكَرَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْكَبَائِرَ، أَوْ سُئِلَ عَنِ الْكَبَائِرِ فَقَالَ ‏”‏ الشِّرْكُ بِاللَّهِ، وَقَتْلُ النَّفْسِ، وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ ‏”‏‏.‏ فَقَالَ ‏”‏ أَلاَ أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَرِ الْكَبَائِرِ ـ قَالَ ـ قَوْلُ الزُّورِ ـ أَوْ قَالَ ـ شَهَادَةُ الزُّورِ ‏”‏‏.‏ قَالَ شُعْبَةُ وَأَكْثَرُ ظَنِّي أَنَّهُ قَالَ ‏”‏ شَهَادَةُ الزُّورِ ‏”‏‏.

Menderhakai Ibu Bapa Itu Termasuk Dosa Besar Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan menderhakai ibu bapa itu termasuk dosa besar; ini dikatakan oleh Abdullah bin ‘Amr, diambilnya daripada Nabi s.a.w.

Hadith Pertama – Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Mughirah daripada Nabi s.a.w. sabdanya, “Sesungguhnya Allah mengharamkan kepada kamu menderhakai ibu-ibu dan Allah melarang kamu tidak memberi apa yang sepatutnya kamu berikan dan meminta sesuatu yang tidak berhak kamu meminta dan menanam hidup-hidup anak-anak perempuan. Allah tidak suka kamu berbual-bual kosong (kata begitu, kata begini, banyak cakap), banyak bertanya dan tidak suka juga kamu mensia-siakan harta benda”.

Hadith Kedua – Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abdrurahman bin Abi Bakrah daripada ayahnya (Abi Bakrah) katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Mahukah kamu aku ceritakan kepada kemu tentang dosa yang paling besar?”. Kami berkata, “Tentulah wahai Rasulullah”. Katanya, “Mensekutukan Allah, derhaka kepada dua ibu bapa”. Ketika itu Baginda sedang bertelekan, maka Baginda duduk, sambil berkata, “Ingatlah kata-kata dusta (ataupun ucapan yang dusta) dan kesaksian yang palsu (dua kali). Baginda terus mengatakannya sehingga saya berkata, “Dia tidak akan diam”.

Hadith Ketiga – Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Anas bin Malik katanya: Rasulullah s.a.w. menyebutkan beberapa dosa besar (atau Baginda ditanya tentang dosa-dosa besar), maka Baginda bersabda, “Syirik dengan Allah, membunuh diri dan derhaka kepada dua ibu bapa”. Lalu Nabi s.a.w. bersabda, “Mahukah kamu aku ceritakan kepada kamu dosa yang paling besar?”. “Ucapan yang dusta (atau pegangan, fahaman, ajaran yang dusta, karut atau palsu)”. Atau katanya, “Kesaksian yang palsu”. Syu’bah berkata: “Saya lebih kuat berasa dia berkata, “Kesaksian palsu”. .

[RINGKASAN] Menderhakai Ibu Bapa Itu Termasuk Dosa Besar

1. Antara adab yang utama ialah taat kepada kedua ibu bapa. Menderhakai kedua ibu bapa adalah termasuk dalam dosa besar.

2. Hadith pertama, riwayat Mughirah, menyebut Allah taala telah mengharamkan manusia menderhakai ibu-ibu. Ibu-ibu yang dimaksudkan di dalam hadith ini adalah termasuk ibu sendiri, ibu tiri, ibu mertua, ibu saudara, nenek dsb

3. “Derhaka kepada ibu-ibu” bermaksud perbuatan yang menyebabkan mereka sakit hati dan menghancurkan hati mereka. Hadith ini juga menyatakan Allah taala tidak suka (mengharamkan) manusia tidak memberi hak orang yang sepatutnya diberi hak, meminta sesuatu yang bukan haknya (atau sekadar meminta-minta apatah lagi kalau bukan haknya) dan menanam hidup-hidup anak-anak perempuan. Allah juga tidak suka kita berbual-bual kosong (banyak cakap, cakap kosong atau hanya tahu menukilkan [meriwayatkan], tanpa menilai apakah yang dinukilkan itu benar atau tidak). Allah tidak suka orang yang banyak tanya (perkara-perkara yang tidak berfaedah). Allah tidak suka orang yang mensia-siakan harta benda seperti boros dan membazir. Antara contoh mensia-siakan harta benda ialah peniaga yang membuang (atau merosakkan) barang jualan dari (yang sepatutnya) memberi percuma kepada orang lain kerana takut jatuh harga. Mereka sanggup membiarkan barang rosak atau sengaja merosakkan barang-barang yang tidak terjual, yang jika diberikan kepada orang lain, boleh memberi kemudahan kepada orang ramai (contohnya ketika Allah memberi keluasan dengan rezeki buah-buahan dsb).

4. Hadith kedua riwayat Abu Bakrah: Dosa yang paling besar ialah mensekutukan Allah dan derhaka kepada dua ibu bapa. Mengikut sesetengah ulama’, “dosa paling besar” ialah satu kategori dosa besar yang terkandung di dalamnya beberapa dosa besar seperti mensekutukan Allah dan menderhaka kepada dua ibu bapa. Ada juga ulama’ berpendapat, “dosa yang paling besar” ialah pertama, mensekutukan Allah, dan yang kedua ialah menderhakai ibu bapa. Adalah dosa besar juga ajaran, kata-kata atau fahaman yang palsu, karut dan tidak benar. Ini adalah termasuk kesaksian palsu. Ucapan yang dusta (atau kesaksian palsu) menurut sesetengah ulama’ adalah mirip dengan syirik kepada Allah kerana ia kadang-kadang menggambarkan ada lagi tuhan selain Allah. Ada kalanya mereka mendakwa ajaran atau fahaman lain sebagai ajaran dari langit juga, yang pada hakikatnya adalah juga syirik.

5. Contoh kesaksian palsu adalah sepatutnya seseorang berkata, “Aku bersaksi tiada tuhan yang lain melainkan Allah”, tetapi seseorang itu bersaksi yang lain selain Allah sebagai tuhan menyebabkannya menjadi syirik.

6. Hadith ketiga (riwayat Anas bin Malik), Nabi bersabda atau ditanya apakah dosa-dosa besar lalu Nabi menjawab, “Syirik dengan Allah, membunuh diri (meragut nyawa sendiri atau nyawa orang lain), menderhaka kepada ibu bapa”.

7. Menderhaka kepada kedua ibu bapa adalah dosa besar. Ianya adalah apa-apa perkara yang boleh menimbulkan rasa tidak senang hati ibu bapa. Ayat al-Quran (Surah Al-Isra’, ayat 23) menyatakan kita tidak boleh mengatakan walau perkataan sekecil “Ahh.” kepada ibu bapa kita, apatah lagi kata-kata atau perbuatan yang lebih kasar daripada itu.

8. Kisah menarik orang terdahulu: Imam Ali ar-Rdha (yang dianggap imam kelapan oleh golongan Syiah, padahal Imam Ali ar-Ridha tidak pernah terlibat dan mengiktiraf agama Syiah), tidak makan bersama ibunya tetapi hanya makan selepas ibunya habis makan. Dia takut terambil makanan yang diingini oleh ibunya, oleh itu dia sengaja membiarkan ibunya makan sepuas hatinya. Dia hanya makan apa yang tidak habis dimakan oleh ibunya. Allah telah dan akan memberi keberkatan kepada orang-orang seperti ini.

Leave a comment