[ADAB] – Siri 7 – Menghubungi ayah yang musyrik [HADITH TEMATIK]

VIDEO – [Durasi – 3m 23s] – [ADAB] – Siri 7 – Menghubungi ayah yang musyrik [HADITH TEMATIK]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Ki199S4_ego ]

Video penuh asal –    • Sesi 2 – Derhaka Kepada Kedua Ibubapa Term…   [ Sahih al-Bukhari – Kitab Adab ]

[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – MENGHUBUNGI AYAH YANG MUSYRIK

باب صِلَةِ الْوَالِدِ الْمُشْرِكِ

حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عُرْوَةَ، أَخْبَرَنِي أَبِي، أَخْبَرَتْنِي أَسْمَاءُ ابْنَةُ أَبِي بَكْرٍ ـ رضى الله عنهما ـ قَالَتْ أَتَتْنِي أُمِّي رَاغِبَةً فِي عَهْدِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَسَأَلْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم آصِلُهَا قَالَ ‏”‏ نَعَمْ ‏”‏‏.‏ قَالَ ابْنُ عُيَيْنَةَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى فِيهَا ‏‏{‏لاَ يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ‏}‏

Menghubungi ayah yang musyrik

Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Asma’ binti Abu Bakar, katanya: Ibu saya datang kepada saya dalam keadaan dia tidak suka (benci) kepada Islam di zaman Nabi s.a.w. Saya pun bertanya Nabi s.a.w., “Bolehkah saya menghubunginya?”. Nabi s.a.w. berkata, “Ya!”. Ibnu Uyainah berkata: Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah al-Mumtahanah, ayat 8, yang bermaksud, Allah tidak melarang kamu menghubungi orang-orang kafir yang tidak memerangi kamu kerana agama).

[RINGKASAN] Menghubungi ayah yang musyrik

1. Menghubungi (menjalinkan hubungan silaturrahim) dengan ibu atau ayah yang musyrik (bukan Islam) adalah termasuk dalam adab sopan dan budi pekerti yang mulia.

2. Ibu kepada Asma’ binti Abu Bakar, bekas isteri Saidina Abu Bakar, datang menziarahi anaknya di Madinah. Pada masa itu beliau benci kepada agama Islam. Asma’ bertanya kepada Nabi s.a.w. adakah dia boleh menghubungi (bersilaturrahim dan berurusan) dengan ibunya yang bukan Islam. Nabi s.a.w. menjawab, “Ya”. Berkaitan dengan peristiwa inilah turun ayat al-Quran (Surah al-Mumtahanah, ayat 8), yang bermaksud, “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil”.

3. Allah tidak melarang kita berbuat baik dengan orang bukan Islam yang tidak bermusuh dan tidak laparkan darah kita.

4. Dalam hadith ini, Imam al-Bukhari meletakkan tajuk, “Menghubungi ayah yang musyrik”, tetapi kisah yang dikemukakan adalah berkenaan ibu Asma’. Sebenarnya ibu Asma’ datang ke Madinah bersama dengan suami barunya (ayah tiri kepada Asma’). Oleh itu, perintah Nabi supaya berbuat baik hendaklah merangkumi ayah, ibu, ayah tiri dll. 5. Seorang anak hendaklah berbuat baik kepada ayah dan ibu yang bukan Islam selagi mana ayah atau ibunya tidak meminta atau berbuat sesuatu yang tidak baik atau bercanggah dengan akidah Islam. Ini termasuklah sesuatu yang tidak baik untuk diri mereka sendiri. Dalam hal ini, anak tersebut hendaklah menasihati dan menegur ibu bapanya dengan baik supaya mereka berubah.

Leave a comment