[ADAB] – Siri 13 – Orang Yang Menghubungkan Tali Silaturrahim, Allah Akan Menghubunginya [HADITH TEMATIK]

VIDEO – [Durasi – 8m 44s] – [ADAB]-Siri 13-Orang Yang Menghubungkan Tali Silaturrahim, Allah Akan Menghubunginya[HADITH TEMATIK]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/j50RMtnxUTA ]

Video penuh asal –    • Sesi 2 – Derhaka Kepada Kedua Ibubapa Term…   [ Sahih al-Bukhari – Kitab Adab ]

[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – ORANG YANG MENGHUBUNGKAN TALI SILATURRAHIM, ALLAH AKAN MENGHUBUNGINYA

باب مَنْ وَصَلَ وَصَلَهُ اللَّهُ

حَدَّثَنِي بِشْرُ بْنُ مُحَمَّدٍ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ، أَخْبَرَنَا مُعَاوِيَةُ بْنُ أَبِي مُزَرِّدٍ، قَالَ سَمِعْتُ عَمِّي، سَعِيدَ بْنَ يَسَارٍ يُحَدِّثُ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏”‏ إِنَّ اللَّهَ خَلَقَ الْخَلْقَ حَتَّى إِذَا فَرَغَ مِنْ خَلْقِهِ، قَالَتِ الرَّحِمُ هَذَا مَقَامُ الْعَائِذِ بِكَ مِنَ الْقَطِيعَةِ‏.‏ قَالَ نَعَمْ أَمَا تَرْضَيْنَ أَنْ أَصِلَ مَنْ وَصَلَكِ‏.‏ وَأَقْطَعَ مَنْ قَطَعَكِ‏.‏ قَالَتْ بَلَى يَا رَبِّ‏.‏ قَالَ فَهْوَ لَكِ ‏”‏‏.‏ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ فَاقْرَءُوا إِنْ شِئْتُمْ ‏‏{‏فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِنْ تَوَلَّيْتُمْ أَنْ تُفْسِدُوا فِي الأَرْضِ وَتُقَطِّعُوا أَرْحَامَكُمْ‏}‏‏”‏‏.‏

حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ مَخْلَدٍ، حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ دِينَارٍ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏”‏ إِنَّ الرَّحِمَ سُجْنَةٌ مِنَ الرَّحْمَنِ، فَقَالَ اللَّهُ مَنْ وَصَلَكِ وَصَلْتُهُ، وَمَنْ قَطَعَكِ قَطَعْتُهُ ‏”‏‏.‏”‏‏.‏

حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ أَبِي مَرْيَمَ، حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ بِلاَلٍ، قَالَ أَخْبَرَنِي مُعَاوِيَةُ بْنُ أَبِي مُزَرِّدٍ، عَنْ يَزِيدَ بْنِ رُومَانَ، عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ عَائِشَةَ ـ رضى الله عنها ـ زَوْجِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏”‏ الرَّحِمُ شِجْنَةٌ، فَمَنْ وَصَلَهَا وَصَلْتُهُ، وَمَنْ قَطَعَهَا قَطَعْتُهُ ‏”‏‏.‏

Orang Yang Menghubungkan Tali Silaturrahim, Allah Akan Menghubunginya

Hadith Pertama – Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w., sabdanya: Sesungguhnya Allah telah menciptakan makhluk hingga bila Dia selesai daripada menjadikan makhluk-Nya, ketika itu rahim berkata, “Inilah tempat berdiri orang yang berlindung dengan Engkau dari memutuskan silaturrahim”. Allah berkata, “Ya lah! Kau tidak sukakah Aku akan menghubungi orang yang menghubungimu dan Aku akan memotong orang yang memotongmu”. Rahim berkata. “Iya lah tuhanku! (aku berpuas hati)”. Maka Allah s.w.t. berfirman, “Itu hak engkau”. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Bacalah kalau kamu mahu, (Surah Muhammad, ayat 22, bermaksud), “Dengan meninggalkan perintah Allah, maka adakah tidak akan dibimbangi kamu, jika berkuasa, akan melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan perhubungan rahim”.

Hadith Kedua – Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w., sabdanya, “Rahim itu adalah satu tali (ikatan) daripada tuhan ar-Rahman”. Allah berfirman, “Sesiapa yang menghubungimu akan Ku hubungi dia dan sesiapa yang memotong engkau, akan Ku potong (putuskan) dia”.

Hadith Ketiga – Diriwayatkan daripada Aisyah daripada Nabi s.a.w., sabdanya, “Rahim itu adalah suatu ikatan. Sesiapa yang menghubunginya, Aku akan menghubunginya dan sesiapa yang memotongnya, Aku akan memotongnya”.

[RINGKASAN] Orang Yang Menghubungkan Tali Silaturrahim, Allah Akan Menghubunginya

1. Orang yang menjalinkan hubungan rahim (hubungan kekeluargaan), Allah s.w.t. akan menjalinkan hubungan dengannya.

2. Setelah Allah selesai menciptakan makhluk-Nya, “rahim” berkata, “Inilah tempat berdiri orang yang berlindung dengan Engkau dari memutuskan silaturrahim”. Orang yang tidak memutuskan hubungan silaturrahim berada di sini dan tidak mahu meninggalkannya. Allah memberi jaminan kepada “rahim” bahawa Dia akan menghubungi orang yang menghubungi rahim (hubungan kekeluargaan) dan memutuskan dari-Nya orang yang memutuskannya. (Ini bermaksud, orang yang menjaga rahim [hubungan kekeluargaan] akan dijaga Allah, dan orang yang memutuskan hubungan rahim, Allah tidak akan menjaganya). Dengan ini “rahim” pun redha.

3. Dalil Allah bersungguh-sungguh supaya manusia menjaga rahim (hubungan kekeluargaan) adalah ayat al-Quran (Surah Muhammad, ayat 22), yang bermaksud, “Maka apakah sekiranya kamu berkuasa (atau berpaling dari ketaatan), kamu akan berbuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan (silaturahim) kamu?”. Beginilah sifat manusia, kalau dia diberi kuasa, dia akan bertindak sewenang-wenangnya dan lupa kepada tanggungjawabnya. Adalah dibimbangi, bila berkuasa, mereka tidak mengikut perintah Allah dan mereka akan melakukan kerosakan dan memutuskan hubungan rahim. Apa yang diperintahkan Allah kepada manusia ialah bila diberi kuasa hendaklah, antaranya, berbuat kebaikan dan kemakmuran, baiki yang tidak baik dan jaga hubungan rahim supaya keluarga hidup harmoni.

4. Hadith kedua, riwayat Abu Hurairah, rahim itu adalah suatu ikatan (tali) daripada tuhan ar-Rahman. Sifat rahmat Allah itu datang kepada kita bila kita menjaga hubungan rahim (hubungan kekeluargaan). Jika kita putuskan hubungan rahim, kita telah memutuskan tali hubungan dengan rahmat Allah. Allah berfirman, “Sesiapa yang menghubungimu (rahim) Aku akan menghubunginya dan sesiapa yang memutuskan engkau, Aku akan memutuskannya”. Hidup kita ini amat memerlukan rahmat dan kasihan belas Allah.

5. Hadith ketiga, riwayat daripada Aisyah r.ha., rahim itu adalah satu tali, sesiapa yang menghubungi tali ini, Allah akan menghubunginya. Sesiapa yang memutuskan rahim, Allah akan memutuskannya. Rahmat Allah kepada seseorang bergantung sama ada dia menghubungi atau memutuskan rahim (hubungan kekeluargaan).

6. Orang-orang yang menghubungi rahim adalah orang yang beradab. Mereka mempunyai peribadi yang tinggi yang mahal harganya walaupun tidak mempunyai kecantikan rupa paras ataupun perhiasan-perhiasan luaran.

[ADAB] – Siri 12- Orang Yang Diperluaskan Rezekinya Kerana Dia Menghubungi Keluarga [HADITH TEMATIK]

VIDEO – [Durasi – 5m 56s] – [ADAB] – Siri 12- Orang Yang Diperluaskan Rezekinya Kerana Dia Menghubungi Keluarga [HADITH TEMATIK]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/L-2hxYmQ2do ]

Video penuh asal –    • Sesi 2 – Derhaka Kepada Kedua Ibubapa Term…   [ Sahih al-Bukhari – Kitab Adab ]

[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – ORANG YANG DIPERLUASKAN REZEKINYA KERANA DIA MENGHUBUNGI KELUARGA (MENGHUBUNGI RAHIM)

باب مَنْ بُسِطَ لَهُ فِي الرِّزْقِ بِصِلَةِ الرَّحِمِ حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْمُنْذِرِ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مَعْنٍ، قَالَ حَدَّثَنِي أَبِي، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏”‏ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، وَأَنْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ ‏”‏‏.‏ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ، حَدَّثَنَا اللَّيْثُ، عَنْ عُقَيْلٍ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، قَالَ أَخْبَرَنِي أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏”‏ مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ ‏”‏‏.‏

Orang Yang Diperluaskan Rezekinya Kerana Dia Menghubungi Keluarga (Menghubungi Rahim)

Hadith Pertama – Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abi Hurairah katanya, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang hendak diperluaskan kepadanya rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menghubungi keluarganya”.

Hadith Kedua – Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang suka diperluaskan rezekinya dan diperpanjangkan umurnya (atau dilanjutkan kesan-kesan peninggalannya) maka hendaklah dia menghubungi rahim”.

[RINGKASAN] Orang Yang Diperluaskan Rezekinya Kerana Dia Menghubungi Keluarga (Menghubungi Rahim)

1. Kelebihan menjalinkan hubungan kekeluargaan (silaturrahim) di akhirat nanti ialah dikurniakan syurga, manakala antara manfaat di dunia ini ialah diperluaskan rezeki seseorang.

2. Dari segi zahirnya, kita dapati orang yang menjalinkan hubungan silaturrahim, contohnya, akan berjaya dalam perniagaan dan mudahnya urusan hidupnya dengan sokongan rakan-rakan dan saudara mara yang baik hubungan dengannya.

3. Di sisi lain, Allah mengadakan sebab-sebab (yang tidak nampak) untuk memberi rezeki kepada seseorang, tidak melalui kaum keluarga tetapi dengan melembutkan hati orang lain kepada mereka yang menjalinkan hubungan silaturrahim.

4. Malangnya di zaman kita ini, aspek ini (menjalinkan hubungan silaturrahim untuk memperolehi rezeki dan memudahkan urusan hidup) tidak diambil berat tetapi masyarakat lebih menekankan amalan yang tidak mempunyai asas dan dalil yang kuat dalam agama seperti solat hajat. Sepatutnya kita utamakan amalan ini (menghubungi kekeluargaan) tetapi oleh kerana ianya sukar dan memerlukan komitmen sepanjang hidup, ianya tidak begitu mendapat tempat dalam masyarakat. Amalan solat hajat sebenarnya satu penyakit orang-orang di zaman kita yang mengharapkan ibadat dan doa orang lain, bukan dari amalan sendiri!

5. Selain dari diperluaskan rezeki, amalan menjalinkan silaturrahim akan memanjangkan umur atau di dilanjutkan kesan hidupnya. Mungkin umurnya tidak panjang di segi bilangan tahun tetapi kesan dari kehidupannya dilanjut dan dipanjangkan selepas kematiannya. Hasil dari kerja buatnya semasa hidupnya di dunia ini dimanfaatkan oleh orang lain lama selepas kematiannya menyebabkan dia dapat pahala yang berpanjangan seolah-olah dia masih hidup. Ini bertepatan dengan tujuan sebenar kehidupan kita iaitu meraih dan mangumpul pahala sebanyak mungkin. Sayugia diingat bahawa yang dimaksudkan dari hidup ialah bukan hidup itu sendiri tetapi hasil dari kehidupan itu.

6. Sejarah memaparkan ramai ulama’ seperti Imam an-Nawawi dan Imam as-Suyuti pendek umurnya (tidak sampai 50 tahun umurnya) tetapi sumbangan mereka kepada agama ini amat besar. Kitab-kitab tulisan mereka masih digunakan dan dirujuk sehingga hari ini seolah-olah mereka masih hidup dan terus mengajar agama ini kepada umat manusia. Nama mereka harum dan disebut-sebut dan pendapat mereka dijadikan rujukan di dunia Islam.

7. Sesiapa yang inginkan kelebihan-kelebihan ini (luas rezeki dan panjang umur) hendaklah menghubungi rahim. “Rahim” yang dimaksudkan ialah rahim ibu yang asal, yang satu iaitu Hawa. Semua dari kita berasal dari rahim ini. Dari rahim inilah berkembang biak manusia serata alam, oleh itu menghubungkan silaturrahim bermaksud mempersatukan kembali kepada rahim yang pertama.

8. Sememangnya menjadi idaman manusia supaya diperluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya (atau dipanjangkan kesan, makna atau sumbanganya). Jadilah seperti ulama’-ulama’ muktabar terdahulu yang walaupun singkat bilangan tahun hidupnya tetapi mengarang kitab-kitab besar yang sampai sekarang digunakan dan termasuk juga lain-lain kebajikan yang dapat dimanfaatkan oleh manusia kemudian.

[ADAB] – Siri 11 – Dosa Memutuskan Tali Silaturrahim (Hubungan Kekeluargaan) [HADITH TEMATIK]

VIDEO – [Durasi – 3m 52s] – [ADAB] – Siri 11 – Dosa Memutuskan Tali Silaturrahim (Hubungan Kekeluargaan) [HADITH TEMATIK]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/15UqcTWNjzo ]

Video penuh asal –    • Sesi 2 – Derhaka Kepada Kedua Ibubapa Term…   [ Sahih al-Bukhari – Kitab Adab ]

[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – DOSA MEMUTUSKAN TALI SILATURRAHIM (HUBUNGAN KEKELUARGAAN)

باب إِثْمِ الْقَاطِعِ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ، حَدَّثَنَا اللَّيْثُ، عَنْ عُقَيْلٍ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، أَنَّ مُحَمَّدَ بْنَ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ، قَالَ إِنَّ جُبَيْرَ بْنَ مُطْعِمٍ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ، سَمِعَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏”‏ لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَاطِعٌ ‏”‏‏

Dosa Memutuskan Tali Silaturrahim (Hubungan Kekeluargaan) Diriwayatkan daripada Muhammad Bin Jubair bin Mut’im katanya Jubair bin Mut’im menceritakan kepadanya bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda, “Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan perhubungan kekeluargaan”.

[RINGKASAN] Dosa Memutuskan Tali Silaturrahim (Hubungan Kekeluargaan)

1. Adalah berdosa orang yang memutuskan hubungan silatrurrahim sehingga menyebabkannya tidak masuk syurga. Nabi s.a.w. bersabda bahawa tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim.

2. Ada beberapa maksud yang disebutkan ulama’ berkenaan “tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim”. Antaranya,

i. Tidak masuk syurga langsung. Jika seseorang itu memperlekehkan hal ini (hukuman terhadap orang yang memutuskan silaturrahim) dan memandang rendah larangan memutuskan silatururahim, dia telah terkeluar dari Islam. Dia dimasukkan ke dalam neraka dan tidak langsung masuk syurga kerana kekafirannya. Menghubungkan silaturrahim adalah ajaran agama yang ada di dalam al-Quran dan hadith.

ii. Tidak masuk syurga bersama-sama dengan orang lain. Disebabkan memutuskan hubungan silaturrahim, seseorang itu akan lambat masuk syurga. Dia masih masuk syurga tetapi tidak masuk syurga awal sebagaimana orang lain.

iii. Tidak masuk syurga yang istimewa. Sepatutnya seseorang itu masuk syurga yang istimewa kerana tiada amalan buruk yang lain. Oleh kerana memutuskan hubungan silaturrahim dia dinafikan dari mendapat syurga yang istimewa.

iv) Dosa memutuskan hubungan silaturrahim adalah besar, sepatutnya dia tidak masuk syurga kecuali dengan pengampunan Allah. Nasibnya tergantung-gantung tertakluk kepada keputusan Allah.

3. Memutuskan perhubungan rahim bukan setakat dosa biasa tetapi ianya adalah dosa besar.

ADAB] – Siri 10 – Kelebihan Menjalinkan Hubungan Kekeluargaan [HADITH TEMATIK]

VIDEO – [Durasi – 4m 40s] – ADAB] – Siri 10 – Kelebihan Menjalinkan Hubungan Kekeluargaan [HADITH TEMATIK]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/1g2Tj1DdTaM ]

Video penuh asal –    • Sesi 2 – Derhaka Kepada Kedua Ibubapa Term…   [ Sahih al-Bukhari – Kitab Adab ]

[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – KELEBIHAN MENJALINKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN

باب فَضْلِ صِلَةِ الرَّحِمِ .

‏أَبُو الْوَلِيدِ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، قَالَ أَخْبَرَنِي ابْنُ عُثْمَانَ، قَالَ سَمِعْتُ مُوسَى بْنَ طَلْحَةَ، عَنْ أَبِي أَيُّوبَ، قَالَ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَخْبِرْنِي بِعَمَلٍ، يُدْخِلُنِي الْجَنَّةَ‏.‏ حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ، حَدَّثَنَا بَهْزٌ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، حَدَّثَنَا ابْنُ عُثْمَانَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَوْهَبٍ، وَأَبُوهُ، عُثْمَانُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّهُمَا سَمِعَا مُوسَى بْنَ طَلْحَةَ، عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الأَنْصَارِيِّ ـ رضى الله عنه أَنَّ رَجُلاً قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنِي بِعَمَلٍ يُدْخِلُنِي الْجَنَّةَ‏.‏ فَقَالَ الْقَوْمُ مَالَهُ مَالَهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ أَرَبٌ مَالَهُ ‏”‏‏.‏ فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ تَعْبُدُ اللَّهَ لاَ تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا، وَتُقِيمُ الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ، وَتَصِلُ الرَّحِمَ، ذَرْهَا ‏”‏‏.‏ قَالَ كَأَنَّهُ كَانَ عَلَى رَاحِلَتِهِ‏

[RINGKASAN] Kelebihan Menjalinkan Hubungan Kekeluargaan

1. Ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. supaya menceritakan kepadanya suatu amalan yang boleh atau akan memasukkannya ke dalam syurga.

2. Sahabat-Sahabat yang berhampiran Rasulullah merungut dan mempertikaikan orang tersebut kerana bertanyakan soalan yang tidak sesuai dengan keadaan pada masa itu. Ini adalah kerana pada masa itu Nabi s.a.w. dalam keadaan tergesa-gesa (sedang menaiki unta untuk pergi ke suatu tempat) dan lelaki tersebut menahan Baginda dengan memegang tali unta Baginda lantas bertanya soalan tersebut.

3. Sayugia dimaklumi bahawa Sahabat-Sahabat lama ini terdidik dengan sempurna dan tidak banyak bertanya. Lagipun mereka tahu bahawa amalan-amalan baik seperti mengucapkan “Lailahaillallah” sahajapun akan memasukkan seseorang ke dalam syurga.

4. Walaupun begitu, ada hikmah juga di sebalik soalan-soalan sebegini. Sifat dan peribadi manusia yang berbeza-beza ada kebaikan dan hikmahnya yang tersendiri.

5. (Nabi tidak rasa terkilan dengan perbuatan orang tersebut malah menyambut baik dengan mengatakan) “Kenapa ini, mungkin dia ada hajat (atau, “Tentu ada hajat baginya”), biarkanlah dia untuk bertanya”.

6. Nabi bersabda bahawa amalan yang boleh memasukkan seseorang ke dalam syurga ialah jangan mempersekutukan Allah dengan sesuatu, mendirikan sembahyang dan menjalinkan hubungan kekeluargaan.

[ADAB] – Siri 9 – Menghubungi saudara yang musyrik [HADITH TEMATIK]

VIDEO – [Durasi – 5m 53s] – [ADAB] – Siri 9 – Menghubungi saudara yang musyrik [HADITH TEMATIK]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/O3Kt_NS2hlc ]

Video penuh asal –    • Sesi 2 – Derhaka Kepada Kedua Ibubapa Term…   [ Sahih al-Bukhari – Kitab Adab ]

[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – MENGHUBUNGI SAUDARA YANG MUSYRIK

باب صِلَةِ الأَخِ الْمُشْرِكِ

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُسْلِمٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ دِينَارٍ، قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عُمَرَ ـ رضى الله عنهما ـ يَقُولُ رَأَى عُمَرُ حُلَّةَ سِيَرَاءَ تُبَاعُ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ابْتَعْ هَذِهِ، وَالْبَسْهَا يَوْمَ الْجُمُعَةِ، وَإِذَا جَاءَكَ الْوُفُودُ‏.‏ قَالَ ‏”‏ إِنَّمَا يَلْبَسُ هَذِهِ مَنْ لاَ خَلاَقَ لَهُ ‏”‏‏.‏ فَأُتِيَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم مِنْهَا بِحُلَلٍ، فَأَرْسَلَ إِلَى عُمَرَ بِحُلَّةٍ فَقَالَ كَيْفَ أَلْبَسُهَا وَقَدْ قُلْتَ فِيهَا مَا قُلْتَ قَالَ ‏”‏ إِنِّي لَمْ أُعْطِكَهَا لِتَلْبَسَهَا، وَلَكِنْ تَبِيعُهَا أَوْ تَكْسُوهَا ‏”‏‏.‏ فَأَرْسَلَ بِهَا عُمَرُ إِلَى أَخٍ لَهُ مِنْ أَهْلِ مَكَّةَ قَبْلَ أَنْ يُسْلِمَ‏.‏

Menghubungi saudara yang musyrik

Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abdullah bin Dinar katanya, saya mendengar Ibnu Umar berkata: Umar pernah melihat satu “suit” pakaian “siyara’ ” (jubah sutera) sedang dijual. Diapun berkata, “Wahai Rasulullah! Belilah ini dan kau pakai pada hari Jumaat dan ketika mana rombongan-rombongan datang kepadamu (mengunjungimu)”. Sabda Nabi s.a.w. “Pakaian ini hanya dipakai oleh orang yang tiada habuan baginya. Ini pakaian hanya dipakai oleh orang-orang yang malang”. Setelah itu dibawakan kepada Nabi s.a.w. beberapa pasang pakaian maka Baginda pun menghantarkan satu pasang untuk Umar. Umar pun berkata, “Bagaimana saya akan memakainya sedangkan engkau telahpun berkata tentangnya, apa yang telah kau katakan dahulu”. Nabi s.a.w. pun bersabda, “Sesungguhnya tidak ku berikan kepadamu untuk engkau pakai, tetapi untuk engkau jual atau engkau pakaikannya (kepada orang lain)”. Maka Umar pun menghantarkan pakaian tadi kepada saudaranya yang berada di Mekah sebelum dia memeluk agama Islam.

[RINGKASAN] Menghubungi saudara yang musyrik

1. Kita hendaklah berbuat baik kepada semua kaum kerabat yang mempunyai pertalian hubungan kekeluargaan dengan kita walaupun mereka bukan Islam.

2. Saidina Umar pernah mencadangkan kepada Nabi s.a.w. supaya membeli sepasang jubah sutera (siraya’) sebagai pakaian khas hari Jumaat atau untuk menyambut tetamu. Nabi s.a.w. bersabda pakaian tersebut (sutera) adalah untuk mereka yang malang (tiada habuan di akhirat) kerana sutera diharamkan kepada lelaki Islam.

3. Kemudiannya Nabi dihadiahkan pakaian seumpama itu, lalu Nabi mengirimkan satu pasang kepada Umar. Saidina Umar berasa hairan mengapa Nabi s.a.w. memberinya pakaian sutere tersebut sedangkan sebelum ini Baginda mengatakan ianya tidak boleh dipakai. Nabi s.a.w. menjelaskan pakaian itu bukan untuk dipakai sendiri oleh Saidina Umar tetapi dia boleh menjualnya atau diberikan kepada orang yang boleh memakainya (misalnya, orang perempuan). Lalu Saidina Umar memberi pakaian tersebut kepada saudaranya yang kafir yang tinggal di Mekah. [Nota: Orang kafir tidak terikat kepada hukum halal haram dalam Islam. Ini adalah dalil ulama’ yang berpendapat, orang kafir tidak terikat dengan furu’ (cabang dan ranting) syariat (seperti makan minum dan pakaian) tetapi hanya terikat dengan Usul (asas utama) syariat sahaja].

4. Beginilah cantiknya Islam, diperintahkan berbuat baik walaupun kepada orang bukan Islam. Ini adalah antara faktor yang boleh menarik orang kepada Islam.

5. Malangnya, orang kemudian, terutamanya di zaman kita, anak beranak dan saudara mara bergaduh dan berpecah belah kerana hal-hal kecil berkaitan politik dan perbezaan-perbezaan pendapat. Sedangkan sunnah telah menetapkan supaya berbuat baik kepada saudara-mara yang kafir apatah lagi yang Islam.

6. Pertelingkahan dan perbezaan pendapat sesama Islam sepatutnya lebih mudah diselesaikan berbanding dengan perseteruan dengan mereka yang belum Islam. Orang Islam sepatutnya menarik orang kepada Islam bukannya menjauhkan mereka dari Islam. Selesaikan perselisihan faham dengan baik dan jangan bermasam muka dan memutuskan hubungan. Jangan bermudah-mudah dalam menuduh orang Islam sebagai sesat atau kafir dan meliarkan orang dari Islam.

[ADAB] – Siri 8 – Perempuan yang mempunyai suami menghubungi ibunya [HADITH TEMATIK]

VIDEO – [Durasi – 3m 8s] – [ADAB] – Siri 8 – Perempuan yang mempunyai suami menghubungi ibunya [HADITH TEMATIK]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/_gsKpuRA02E ]

Video penuh asal –    • Sesi 2 – Derhaka Kepada Kedua Ibubapa Term…   [ Sahih al-Bukhari – Kitab Adab ]

[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – PEREMPUAN YANG MEMPUNYAI SUAMI MENGHUBUNGI IBUNYA

باب صِلَةِ الْوَالِدِ الْمُشْرِكِ وَقَالَ اللَّيْثُ

حَدَّثَنِي هِشَامٌ، عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ أَسْمَاءَ، قَالَتْ قَدِمَتْ أُمِّي وَهْىَ مُشْرِكَةٌ فِي عَهْدِ قُرَيْشٍ وَمُدَّتِهِمْ، إِذْ عَاهَدُوا النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم مَعَ أَبِيهَا، فَاسْتَفْتَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَقُلْتُ إِنَّ أُمِّي قَدِمَتْ وَهْىَ رَاغِبَةٌ ‏{‏أَفَأَصِلُهَا‏}‏ قَالَ ‏ “‏ نَعَمْ صِلِي أُمَّكِ ‏.

حَدَّثَنَا يَحْيَى، حَدَّثَنَا اللَّيْثُ، عَنْ عُقَيْلٍ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ، أَخْبَرَهُ أَنَّ أَبَا سُفْيَانَ أَخْبَرَهُ أَنَّ هِرَقْلَ أَرْسَلَ إِلَيْهِ فَقَالَ يَعْنِي النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَأْمُرُنَا بِالصَّلاَةِ وَالصَّدَقَةِ وَالْعَفَافِ وَالصِّلَةِ‏.‏

Perempuan yang mempunyai suami menghubungi ibunya

Hadith Pertama – Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Asma’, katanya: Ibu saya datang dalam keadaan dia musyrik, di zaman Quraisy membuat perjanjian dengan Nabi s.a.w. Ibunya datang bersama dengan ayahnya (ayah tirinya). Maka sayapun bertanya Nabi s.a.w., saya berkata, “Emak saya telah datang, dia pula (dalam keadaan) tidak suka kepada Islam”. Nabi s.a.w. bersabda, “Ya! Hubungilah ibumu”.

Hadith Kedua – Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas, dia menceritakan bahawa Abu Sufyan menceritakan kepadanya bahawa Hiraku menghantar orang kepadanya. Maka dia berkata, “(Nabi s.a.w.) menyuruh kami mengerjakan sembahyang, memberi sedekah dan hidup dengan menjaga kesucian diri (hidup terhormat) dan menyuruh kamu menjalinkan hubungan kekeluargaan.

[RINGKASAN] Perempuan yang mempunyai suami menghubungi ibunya

1. Asma’ binti Abu Bakar meriwayatkan bahawa ibunya datang ke Madinah bersama dengan ayah tirinya semasa perjanjian damai antara kafir Quraisy dan Nabi s.a.w. Dia bertanya Nabi, bolehkah dia berlaku baik kepada ibunya yang datang menziarahinya dalam keadaan ibunya itu tidak suka kepada Islam. Nabi menjawab, “Ya, hubungilah emak engkau (layanilah dia dengan baik)”. Hadith ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kita hendaklah juga berbuat baik dan melayan dengan baik ibu tiri atau ayah tiri.

2. Abu Sufyan menceritakan kepada wakil Hiraku bahawa Nabi s.a.w. mengajar supaya mengerjakan sembahyang, memberi sedekah dan hidup dengan terhormat (dengan menjaga betul-betul kesucian diri, terutamanya di segi hubungan lelaki dan perempuan) dan menjalinkan hubungan kekeluargaan. Hiraku berkata, inilah sifat Nabi yang benar.

[ADAB] – Siri 7 – Menghubungi ayah yang musyrik [HADITH TEMATIK]

VIDEO – [Durasi – 3m 23s] – [ADAB] – Siri 7 – Menghubungi ayah yang musyrik [HADITH TEMATIK]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Ki199S4_ego ]

Video penuh asal –    • Sesi 2 – Derhaka Kepada Kedua Ibubapa Term…   [ Sahih al-Bukhari – Kitab Adab ]

[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – MENGHUBUNGI AYAH YANG MUSYRIK

باب صِلَةِ الْوَالِدِ الْمُشْرِكِ

حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عُرْوَةَ، أَخْبَرَنِي أَبِي، أَخْبَرَتْنِي أَسْمَاءُ ابْنَةُ أَبِي بَكْرٍ ـ رضى الله عنهما ـ قَالَتْ أَتَتْنِي أُمِّي رَاغِبَةً فِي عَهْدِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَسَأَلْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم آصِلُهَا قَالَ ‏”‏ نَعَمْ ‏”‏‏.‏ قَالَ ابْنُ عُيَيْنَةَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى فِيهَا ‏‏{‏لاَ يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ‏}‏

Menghubungi ayah yang musyrik

Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Asma’ binti Abu Bakar, katanya: Ibu saya datang kepada saya dalam keadaan dia tidak suka (benci) kepada Islam di zaman Nabi s.a.w. Saya pun bertanya Nabi s.a.w., “Bolehkah saya menghubunginya?”. Nabi s.a.w. berkata, “Ya!”. Ibnu Uyainah berkata: Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah al-Mumtahanah, ayat 8, yang bermaksud, Allah tidak melarang kamu menghubungi orang-orang kafir yang tidak memerangi kamu kerana agama).

[RINGKASAN] Menghubungi ayah yang musyrik

1. Menghubungi (menjalinkan hubungan silaturrahim) dengan ibu atau ayah yang musyrik (bukan Islam) adalah termasuk dalam adab sopan dan budi pekerti yang mulia.

2. Ibu kepada Asma’ binti Abu Bakar, bekas isteri Saidina Abu Bakar, datang menziarahi anaknya di Madinah. Pada masa itu beliau benci kepada agama Islam. Asma’ bertanya kepada Nabi s.a.w. adakah dia boleh menghubungi (bersilaturrahim dan berurusan) dengan ibunya yang bukan Islam. Nabi s.a.w. menjawab, “Ya”. Berkaitan dengan peristiwa inilah turun ayat al-Quran (Surah al-Mumtahanah, ayat 8), yang bermaksud, “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil”.

3. Allah tidak melarang kita berbuat baik dengan orang bukan Islam yang tidak bermusuh dan tidak laparkan darah kita.

4. Dalam hadith ini, Imam al-Bukhari meletakkan tajuk, “Menghubungi ayah yang musyrik”, tetapi kisah yang dikemukakan adalah berkenaan ibu Asma’. Sebenarnya ibu Asma’ datang ke Madinah bersama dengan suami barunya (ayah tiri kepada Asma’). Oleh itu, perintah Nabi supaya berbuat baik hendaklah merangkumi ayah, ibu, ayah tiri dll. 5. Seorang anak hendaklah berbuat baik kepada ayah dan ibu yang bukan Islam selagi mana ayah atau ibunya tidak meminta atau berbuat sesuatu yang tidak baik atau bercanggah dengan akidah Islam. Ini termasuklah sesuatu yang tidak baik untuk diri mereka sendiri. Dalam hal ini, anak tersebut hendaklah menasihati dan menegur ibu bapanya dengan baik supaya mereka berubah.

[ADAB] – Siri 6 – Menderhakai Ibu Bapa Itu Termasuk Dosa Besar [HADITH TEMATIK]

VIDEO – [Durasi – 10m 7s] – [ADAB] – Siri 6 – Menderhakai Ibu Bapa Itu Termasuk Dosa Besar [HADITH TEMATIK]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/-Ekh3euaro4 ]

Video penuh asal –    • Sesi 2 – Derhaka Kepada Kedua Ibubapa Term…   [ Sahih al-Bukhari – Kitab Adab ]

[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – MENDERHAKAI IBU BAPA ITU TERMASUK DOSA BESAR

باب عُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ مِنَ الْكَبَائِرِ قَالَهُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدَّثَنَا سَعْدُ بْنُ حَفْصٍ،

حَدَّثَنَا شَيْبَانُ، عَنْ مَنْصُورٍ، عَنِ الْمُسَيَّبِ، عَنْ وَرَّادٍ، عَنِ الْمُغِيرَةِ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏”‏ إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ الأُمَّهَاتِ، وَمَنْعَ وَهَاتِ، وَوَأْدَ الْبَنَاتِ، وَكَرِهَ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ، وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ، وَإِضَاعَةَ الْمَالِ ‏”‏‏.‏

حَدَّثَنِي إِسْحَاقُ، حَدَّثَنَا خَالِدٌ الْوَاسِطِيُّ، عَنِ الْجُرَيْرِيِّ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ، عَنْ أَبِيهِ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ أَلاَ أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَرِ الْكَبَائِرِ ‏”‏‏.‏ قُلْنَا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ‏.‏ قَالَ ‏”‏ الإِشْرَاكُ بِاللَّهِ، وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ ‏”‏‏.‏ وَكَانَ مُتَّكِئًا فَجَلَسَ فَقَالَ ‏”‏ أَلاَ وَقَوْلُ الزُّورِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ، أَلاَ وَقَوْلُ الزُّورِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ ‏”‏‏.‏ فَمَا زَالَ يَقُولُهَا حَتَّى قُلْتُ لاَ يَسْكُتُ‏.‏

حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ الْوَلِيدِ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، قَالَ حَدَّثَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي بَكْرٍ، قَالَ سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ ذَكَرَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْكَبَائِرَ، أَوْ سُئِلَ عَنِ الْكَبَائِرِ فَقَالَ ‏”‏ الشِّرْكُ بِاللَّهِ، وَقَتْلُ النَّفْسِ، وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ ‏”‏‏.‏ فَقَالَ ‏”‏ أَلاَ أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَرِ الْكَبَائِرِ ـ قَالَ ـ قَوْلُ الزُّورِ ـ أَوْ قَالَ ـ شَهَادَةُ الزُّورِ ‏”‏‏.‏ قَالَ شُعْبَةُ وَأَكْثَرُ ظَنِّي أَنَّهُ قَالَ ‏”‏ شَهَادَةُ الزُّورِ ‏”‏‏.

Menderhakai Ibu Bapa Itu Termasuk Dosa Besar Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan menderhakai ibu bapa itu termasuk dosa besar; ini dikatakan oleh Abdullah bin ‘Amr, diambilnya daripada Nabi s.a.w.

Hadith Pertama – Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Mughirah daripada Nabi s.a.w. sabdanya, “Sesungguhnya Allah mengharamkan kepada kamu menderhakai ibu-ibu dan Allah melarang kamu tidak memberi apa yang sepatutnya kamu berikan dan meminta sesuatu yang tidak berhak kamu meminta dan menanam hidup-hidup anak-anak perempuan. Allah tidak suka kamu berbual-bual kosong (kata begitu, kata begini, banyak cakap), banyak bertanya dan tidak suka juga kamu mensia-siakan harta benda”.

Hadith Kedua – Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abdrurahman bin Abi Bakrah daripada ayahnya (Abi Bakrah) katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Mahukah kamu aku ceritakan kepada kemu tentang dosa yang paling besar?”. Kami berkata, “Tentulah wahai Rasulullah”. Katanya, “Mensekutukan Allah, derhaka kepada dua ibu bapa”. Ketika itu Baginda sedang bertelekan, maka Baginda duduk, sambil berkata, “Ingatlah kata-kata dusta (ataupun ucapan yang dusta) dan kesaksian yang palsu (dua kali). Baginda terus mengatakannya sehingga saya berkata, “Dia tidak akan diam”.

Hadith Ketiga – Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Anas bin Malik katanya: Rasulullah s.a.w. menyebutkan beberapa dosa besar (atau Baginda ditanya tentang dosa-dosa besar), maka Baginda bersabda, “Syirik dengan Allah, membunuh diri dan derhaka kepada dua ibu bapa”. Lalu Nabi s.a.w. bersabda, “Mahukah kamu aku ceritakan kepada kamu dosa yang paling besar?”. “Ucapan yang dusta (atau pegangan, fahaman, ajaran yang dusta, karut atau palsu)”. Atau katanya, “Kesaksian yang palsu”. Syu’bah berkata: “Saya lebih kuat berasa dia berkata, “Kesaksian palsu”. .

[RINGKASAN] Menderhakai Ibu Bapa Itu Termasuk Dosa Besar

1. Antara adab yang utama ialah taat kepada kedua ibu bapa. Menderhakai kedua ibu bapa adalah termasuk dalam dosa besar.

2. Hadith pertama, riwayat Mughirah, menyebut Allah taala telah mengharamkan manusia menderhakai ibu-ibu. Ibu-ibu yang dimaksudkan di dalam hadith ini adalah termasuk ibu sendiri, ibu tiri, ibu mertua, ibu saudara, nenek dsb

3. “Derhaka kepada ibu-ibu” bermaksud perbuatan yang menyebabkan mereka sakit hati dan menghancurkan hati mereka. Hadith ini juga menyatakan Allah taala tidak suka (mengharamkan) manusia tidak memberi hak orang yang sepatutnya diberi hak, meminta sesuatu yang bukan haknya (atau sekadar meminta-minta apatah lagi kalau bukan haknya) dan menanam hidup-hidup anak-anak perempuan. Allah juga tidak suka kita berbual-bual kosong (banyak cakap, cakap kosong atau hanya tahu menukilkan [meriwayatkan], tanpa menilai apakah yang dinukilkan itu benar atau tidak). Allah tidak suka orang yang banyak tanya (perkara-perkara yang tidak berfaedah). Allah tidak suka orang yang mensia-siakan harta benda seperti boros dan membazir. Antara contoh mensia-siakan harta benda ialah peniaga yang membuang (atau merosakkan) barang jualan dari (yang sepatutnya) memberi percuma kepada orang lain kerana takut jatuh harga. Mereka sanggup membiarkan barang rosak atau sengaja merosakkan barang-barang yang tidak terjual, yang jika diberikan kepada orang lain, boleh memberi kemudahan kepada orang ramai (contohnya ketika Allah memberi keluasan dengan rezeki buah-buahan dsb).

4. Hadith kedua riwayat Abu Bakrah: Dosa yang paling besar ialah mensekutukan Allah dan derhaka kepada dua ibu bapa. Mengikut sesetengah ulama’, “dosa paling besar” ialah satu kategori dosa besar yang terkandung di dalamnya beberapa dosa besar seperti mensekutukan Allah dan menderhaka kepada dua ibu bapa. Ada juga ulama’ berpendapat, “dosa yang paling besar” ialah pertama, mensekutukan Allah, dan yang kedua ialah menderhakai ibu bapa. Adalah dosa besar juga ajaran, kata-kata atau fahaman yang palsu, karut dan tidak benar. Ini adalah termasuk kesaksian palsu. Ucapan yang dusta (atau kesaksian palsu) menurut sesetengah ulama’ adalah mirip dengan syirik kepada Allah kerana ia kadang-kadang menggambarkan ada lagi tuhan selain Allah. Ada kalanya mereka mendakwa ajaran atau fahaman lain sebagai ajaran dari langit juga, yang pada hakikatnya adalah juga syirik.

5. Contoh kesaksian palsu adalah sepatutnya seseorang berkata, “Aku bersaksi tiada tuhan yang lain melainkan Allah”, tetapi seseorang itu bersaksi yang lain selain Allah sebagai tuhan menyebabkannya menjadi syirik.

6. Hadith ketiga (riwayat Anas bin Malik), Nabi bersabda atau ditanya apakah dosa-dosa besar lalu Nabi menjawab, “Syirik dengan Allah, membunuh diri (meragut nyawa sendiri atau nyawa orang lain), menderhaka kepada ibu bapa”.

7. Menderhaka kepada kedua ibu bapa adalah dosa besar. Ianya adalah apa-apa perkara yang boleh menimbulkan rasa tidak senang hati ibu bapa. Ayat al-Quran (Surah Al-Isra’, ayat 23) menyatakan kita tidak boleh mengatakan walau perkataan sekecil “Ahh.” kepada ibu bapa kita, apatah lagi kata-kata atau perbuatan yang lebih kasar daripada itu.

8. Kisah menarik orang terdahulu: Imam Ali ar-Rdha (yang dianggap imam kelapan oleh golongan Syiah, padahal Imam Ali ar-Ridha tidak pernah terlibat dan mengiktiraf agama Syiah), tidak makan bersama ibunya tetapi hanya makan selepas ibunya habis makan. Dia takut terambil makanan yang diingini oleh ibunya, oleh itu dia sengaja membiarkan ibunya makan sepuas hatinya. Dia hanya makan apa yang tidak habis dimakan oleh ibunya. Allah telah dan akan memberi keberkatan kepada orang-orang seperti ini.

[ADAB] – Siri 5 – Makbul doa orang yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya [HADITH TEMATIK]

VIDEO – [Durasi – 12m 51s] – [ADAB] – Siri 5 – Makbul doa orang yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya [HADITH TEMATIK]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/GZWjJulfBw0 ]

Video penuh asal –    • Sesi 1 – Berbuat Baik dan Silaturrahim – […   [ Sahih al-Bukhari – Kitab Adab ]

[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – MAKBUL DOA ORANG YANG BERBUAT BAIK KEPADA KEDUA IBU BAPANYA

باب إِجَابَةِ دُعَاءِ مَنْ بَرَّ وَالِدَيْهِ

حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ أَبِي مَرْيَمَ، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ عُقْبَةَ، قَالَ أَخْبَرَنِي نَافِعٌ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ ـ رضى الله عنهما ـ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏”‏ بَيْنَمَا ثَلاَثَةُ نَفَرٍ يَتَمَاشَوْنَ أَخَذَهُمُ الْمَطَرُ، فَمَالُوا إِلَى غَارٍ فِي الْجَبَلِ، فَانْحَطَّتْ عَلَى فَمِ غَارِهِمْ صَخْرَةٌ مِنَ الْجَبَلِ، فَأَطْبَقَتْ عَلَيْهِمْ، فَقَالَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ انْظُرُوا أَعْمَالاً عَمِلْتُمُوهَا لِلَّهِ صَالِحَةً، فَادْعُوا اللَّهَ بِهَا لَعَلَّهُ يَفْرُجُهَا‏.‏ فَقَالَ أَحَدُهُمُ اللَّهُمَّ إِنَّهُ كَانَ لِي وَالِدَانِ شَيْخَانِ كَبِيرَانِ، وَلِي صِبْيَةٌ صِغَارٌ كُنْتُ أَرْعَى عَلَيْهِمْ، فَإِذَا رُحْتُ عَلَيْهِمْ فَحَلَبْتُ بَدَأْتُ بِوَالِدَىَّ أَسْقِيهِمَا قَبْلَ وَلَدِي، وَإِنَّهُ نَاءَ بِيَ الشَّجَرُ فَمَا أَتَيْتُ حَتَّى أَمْسَيْتُ، فَوَجَدْتُهُمَا قَدْ نَامَا، فَحَلَبْتُ كَمَا كُنْتُ أَحْلُبُ، فَجِئْتُ بِالْحِلاَبِ فَقُمْتُ عِنْدَ رُءُوسِهِمَا، أَكْرَهُ أَنْ أُوقِظَهُمَا مِنْ نَوْمِهِمَا، وَأَكْرَهُ أَنْ أَبْدَأَ بِالصِّبْيَةِ قَبْلَهُمَا، وَالصِّبْيَةُ يَتَضَاغَوْنَ عِنْدَ قَدَمَىَّ، فَلَمْ يَزَلْ ذَلِكَ دَأْبِي وَدَأْبَهُمْ حَتَّى طَلَعَ الْفَجْرُ، فَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنِّي فَعَلْتُ ذَلِكَ ابْتِغَاءَ وَجْهِكَ، فَافْرُجْ لَنَا فُرْجَةً نَرَى مِنْهَا السَّمَاءَ، فَفَرَجَ اللَّهُ لَهُمْ فُرْجَةً حَتَّى يَرَوْنَ مِنْهَا السَّمَاءَ‏.‏ وَقَالَ الثَّانِي اللَّهُمَّ إِنَّهُ كَانَتْ لِي ابْنَةُ عَمٍّ، أُحِبُّهَا كَأَشَدِّ مَا يُحِبُّ الرِّجَالُ النِّسَاءَ، فَطَلَبْتُ إِلَيْهَا نَفْسَهَا، فَأَبَتْ حَتَّى آتِيَهَا بِمِائَةِ دِينَارٍ، فَسَعَيْتُ حَتَّى جَمَعْتُ مِائَةَ دِينَارٍ، فَلَقِيتُهَا بِهَا، فَلَمَّا قَعَدْتُ بَيْنَ رِجْلَيْهَا قَالَتْ يَا عَبْدَ اللَّهِ اتَّقِ اللَّهَ، وَلاَ تَفْتَحِ الْخَاتَمَ‏.‏ فَقُمْتُ عَنْهَا، اللَّهُمَّ فَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنِّي قَدْ فَعَلْتُ ذَلِكَ ابْتِغَاءَ وَجْهِكَ فَافْرُجْ لَنَا مِنْهَا فَفَرَجَ لَهُمْ فُرْجَةً‏.‏ وَقَالَ الآخَرُ اللَّهُمَّ إِنِّي كُنْتُ اسْتَأْجَرْتُ أَجِيرًا بِفَرَقِ أَرُزٍّ فَلَمَّا قَضَى عَمَلَهُ قَالَ أَعْطِنِي حَقِّي‏.‏ فَعَرَضْتُ عَلَيْهِ حَقَّهُ، فَتَرَكَهُ وَرَغِبَ عَنْهُ، فَلَمْ أَزَلْ أَزْرَعُهُ حَتَّى جَمَعْتُ مِنْهُ بَقَرًا وَرَاعِيَهَا، فَجَاءَنِي فَقَالَ اتَّقِ اللَّهَ وَلاَ تَظْلِمْنِي، وَأَعْطِنِي حَقِّي‏.‏ فَقُلْتُ اذْهَبْ إِلَى ذَلِكَ الْبَقَرِ وَرَاعِيهَا‏.‏ فَقَالَ اتَّقِ اللَّهَ وَلاَ تَهْزَأْ بِي‏.‏ فَقُلْتُ إِنِّي لاَ أَهْزَأُ بِكَ، فَخُذْ ذَلِكَ الْبَقَرَ وَرَاعِيَهَا‏.‏ فَأَخَذَهُ فَانْطَلَقَ بِهَا، فَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنِّي فَعَلْتُ ذَلِكَ ابْتِغَاءَ وَجْهِكَ، فَافْرُجْ مَا بَقِيَ، فَفَرَجَ اللَّهُ عَنْهُمْ ‏”‏‏.‏

Makbul doa orang yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya

Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Umar daripada Rasulullah s.a.w., sabdanya: Ketika tiga orang sedang berjalan, tiba-tiba mereka ditimpa hujan. Merekapun pergi ke satu gua di sebuah bukit. Maka terjatuh di muka gua yang mereka masuk itu satu batu besar dari bukit itu. Batu itu menutupi mereka. Sebahagian mereka berkata kepada sebahagian yang lain (salah seorang dari mereka berkata), “Perhatikanlah amalan-amalan yang soleh yang telah kamu lakukan kerana Allah. Kamu berdoalah kepada Allah dengan mengemukakan (menyebutkan) amalan itu. Mudah-mudahan Allah akan membuka pintu gua ini”. Maka salah seorang dari mereka berkata, “Ya Allah! Sesungguhnya saya ini ada mempunyai dua orang ibu bapa yang sudah sangat tua. Saya juga ada beberapa orang anak yang masih kecil. Saya mengembala binatang ternakan saya untuk menjaga mereka. Bila saya balik, saya perah susu dan saya mulakan memberi susu itu kepada kedua ibu bapa saya sebelum saya berikan kepada anak-anak saya. Pada suatu hari, pokok yang menjadi makanan kepada binatang itu berada jauh (binatang itu pergi jauh). Saya tidak pulang kecuali setelah petang (awal malam). Saya dapati kedua-duanya telahpun tertidur. Saya pun perah susu sebagaimana biasa. Saya bawakan bekas susu, saya berdiri dekat kepada mereka berdua. Saya tidak mahu mengejutkan mereka dari tidur dan saya tidak mahu memulakan susu itu dengan anak-anak sebelum mereka berdua. Anak-anak pada ketika itu menangis dekat kaki saya.Tetapi begitulah keadaan saya dan keadaan mereka hingga terbit fajar. Sekiranya Engkau memang tahu bahawa aku telah melakukan itu kerana Engkau (ikhlas kerana-Mu) bukalah sedikit pintu gua ini untuk kami supaya dapat kami melihat langit”. Allah s.w.t. bukakan kepada mereka sehingga mereka dapat melihat langit.

Yang kedua pula berkata, “Ya Allah! Jika memang Engkau mengetahui bahawa aku mempunyai sepupu perempuan yang aku cintai seperti mana seorang lelaki paling cinta kepada seorang perempuan. Pernah saya minta dirinya untuk diserahkan kepada saya. Dia enggan sehinggalah saya bawakan kepadanya seratus dinar. Setelah saya mengusahakan sekian lama, saya mengumpulkan seratus dinar itu, saya pun bertemu dia dengan seratus dinar itu. Bila saya duduk di antara dua kakinya, diapun berkata, “Wahai hamba Allah! Takutlah engkau kepada Allah. Jangan engkau buka kunci”. Sayapun bangkit meninggalkannya. Ya Allah! Kalau Engkau memang tahu aku telah lakukan itu tidak kerana lain, melainkan kerana-Mu jua, maka bukalah gua itu kepada kami”. Maka Allah s.w.t. buka untuk mereka sedikit.

Yang ketiga berkata, “Ya Allah! Saya pernah mengupah seorang pekerja dengan perjanjian akan memberikan satu farh (16 kati) padi. Bila dia menyelesaikan kerjanya, dia berkata, “Berikanlah kepadaku hakku”. Saya pun kemukakan (hulurkan) kepadanya haknya. Dia membiarkan dan (semacam) tidak menyukainya. Dia pergi dengan meninggalkan (upah) itu. Saya terus menanamnya sehingga saya dapat kumpulkan daripada hasilnya itu lembu dengan pengembalanya (hamba penjaga lembu). TIba-tiba dia datang. Dia berkata, “Takutlah kepada Allah Jangan engkau menzalimi aku. Berikanlah kepadaku hakku”. Saya pun kata, “Pergilah kepada lembu itu dengan pengembalanya sekali”. Dia berkata, “Takutlah kepada Allah. Jangan engkau perli aku”. Saya berkata, “Saya tidak memerli engkau. Pergilah kepada lembu tadi dan pengembalanya”. Maka orang itu pun ambil dan pergilah dia. Sekiranya Engkau memang tahu bahawa aku lakukan itu tidak kerana lain melainkan kerana Kamu jua, maka bukalah baki lagi bahagian yang masih tertutup”. Maka Allah s.w.t. membuka pintu gua itu sehingga mereka dapat keluar.

[RINGKASAN] Makbul doa orang yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya

1. Orang yang berbuat baik kepada ibu bapanya dipandang mulia dan tinggi kedudukannya di sisi Allah s.w.t. Allah akan menerima doa orang-orang ini kerana peribadi dan jiwa mereka yang suci.

2. Hadith ini menceritakan kisah tiga orang lelaki yang terperangkap di dalam gua bila sebuah batu jatuh dan menutup pintu gua tersebut. Salah seorang dari mereka mencadangkan supaya mereka berdoa kepada Allah dengan menyebut amalan-amalan soleh yang dilakukan semata-mata kerana Allah. Inilah yang dikatakan “tawassul” (menggunakan sebagai perantaraan) dengan amal soleh. Semua ulama’ bersepakat bahawa bertawassul dengan amalan soleh adalah dibenarkan.

3. Lelaki pertama menyebut bahawa dia telah mengutamakan ibu bapanya berbanding anak-anaknya bila menunggu ibu bapanya tidur sepanjang malam sebelum memberi minum susu kambing yang diperahnya. Dia tidak menghiraukan tangisan anak-anaknya yang ingin minum susu sebelum ibu bapanya. Dia juga tidak ingin mengganggu dan mengejutkan ibu bapanya yang sedang tidur dan sanggup menunggu sehingga mereka terjaga. Persoalan mengapa dia tidak menghiraukan anak-anaknya yang ingin minum susu sebelum ibu bapanya dijawab oleh ulama’ dengan dua kemungkinan, iaitu,

i. kemungkinan syariat pada masa itu (sebelum Nabi s.a.w.) dalam keadaan seperti inipun, ibu bapa perlu diutamakan,

ii. kemungkinan anak-anaknya telahpun diberi makan sebelum itu, cuma mereka masih inginkan susu sebagai tambahan. Lelaki tadi kemudiannya berdoa dengan mengatakan jika dia benar-benar ikhlas kerana Allah, dia meminta supaya dibuka sedikit pintu gua tersebut sehingga mereka dapat melihat langit; maka terbukalah sedikit pintu gua tersebut sehingga mereka dapat melihat langit.

4. Lelaki kedua pula menceritakan dia amat mencintai sepupunya dan ingin mengajaknya berzina tetapi sepupunya tersebut enggan. Dia kemudiannya datang dengan membawa seratus dinar, dan sepupunya berubah fikiran. Tetapi bila hampir berlaku perzinaan, perempuan tadi berkata kepadanya, “Takutlah kepada Allah! Jangan engkau buka kunci (dara)”. Lalu pemuda tadi tersedar dan insaf lalu meninggalkan perempuan itu tanpa sempat brezina padahal pada masa itu tiada apa yang dapat menghalangnya. Dia mengadu kepada Allah, bahawa dia meninggalkan zina yang hampir berlaku itu kerana ingat kepada Allah yang tidak suka kepada maksiat itu. Dia berdoa agar pintu gua tersebut dibuka, maka Allah pun membuka sedikit lagi pintu gua tersebut.

5. Sesetengah ulama’ mengatakan, ujian dari zina adalah yang paling berat kepada sesetengah lelaki. Ini adalah maqam yang paling sulit. Syahwat kemaluan adalah yang paling menguasai manusia berbanding keinginan lain seperti inginkan kekayaan, inginkan kemasyhuran, kekuasaaan atau pujian. Sesiapa yang meninggalkan zina kerana dia takut kepada Allah semata-mata sedangkan dia mampu (muda, sihat dsb) dan tidak ada halangan untuk dia melakukannya terutama ketika betul-betul keinginan itu timbul, maka dia termasuk dalam senarai “siddiqin” (orang-orang yang benar). Kedudukan “siddiqin” adalah selepas kedudukan nabi, lebih tinggi dari kedudukan syuhada’ dan solehin.

6. Orang ketiga pula mengemukakan doa kepada Allah dengan berharap sikap amanahnya yang mengembangkan dan menjaga harta milik seorang bekas pekerjanya. Dia menyerahkan semua hasil yang diperolehi dari harta yang ditinggalkan pekerjanya setelah pekerja tersebut datang kembali untuk menuntut haknya. Allah suka kepada amalan-amalan soleh ini dan pada akhirnya mengabulkan doa mereka dengan membuka semua pintu gua itu dan mereka boleh keluar dari gua.

7. Hadith ini menyatakan bahawa orang yang berbuat baik kepada ibu bapanya akan mendapat faedah di dunia ini lagi di samping faedah di akhirat. Ianya akan menolongnya untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

[ADAB] – Siri 4 – Tidak boleh seseorang memaki ayahnya (atau kedua ibu bapanya) [HADITH TEMATIK]

VIDEO – [Durasi – 5m 38s] – [ADAB] – Siri 4 – Tidak boleh seseorang memaki ayahnya (atau kedua ibu bapanya) [HADITH TEMATIK]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/tn9kwwSnJf8 ]

Video penuh asal –    • Sesi 1 – Berbuat Baik dan Silaturrahim – […   [ Sahih al-Bukhari – Kitab Adab ]

[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – TIDAK BOLEH SESEORANG ITU MEMAKI AYAHNYA (ATAU KEDUA IBU BAPANYA)

باب لاَ يَسُبُّ الرَّجُلُ وَالِدَيْهِ حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ، حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ حُمَيْدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ـ رضى الله عنهما ـ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ إِنَّ مِنْ أَكْبَرِ الْكَبَائِرِ أَنْ يَلْعَنَ الرَّجُلُ وَالِدَيْهِ ‏”‏‏.‏ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ يَلْعَنُ الرَّجُلُ وَالِدَيْهِ قَالَ ‏”‏ يَسُبُّ الرَّجُلُ أَبَا الرَّجُلِ، فَيَسُبُّ أَبَاهُ، وَيَسُبُّ أَمَّهُ ‏”‏‏.‏

Tidak boleh seseorang itu memaki ayahnya (atau kedua ibu bapanya)

Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abdullah Bin ‘Amr katanya Nabi s..a.w. bersabda: “Sesungguhnya di antara dosa yang paling besar ialah seseorang melaknat dua ibu bapanya”. Orang bertanya, “Wahai Rasulullah! Bagaimana seseorang itu melaknat kedua ibu bapanya?”. Nabi s.a.w. menjawab, “Iaitu dia memaki (menyumpah) ayah seseorang lalu orang itu menyumpah (memaki) balik ayahnya. Dia memaki ibu seseorang, lalu orang itu memaki sebagai membalas makiannya tadi kepada ibunya”.

[RINGKASAN] Tidak boleh seseorang itu memaki ayahnya (atau kedua ibu bapanya)

1. Seseorang tidak boleh memaki (menyumpah) ayahnya. Kebiasaannya tiada anak yang sanggup memaki ayahnya, tetapi dalam hadith ini, Nabi s.a.w. menyebut ada orang yang memaki ayahnya. Apa yang berlaku ialah apabila seseorang memaki ayah orang lain, sebagai tindak balas, orang itu memaki pula ayah orang yang memaki tadi. Oleh kerana itu, perbuatan memaki ayah orang lain dikatakan juga sebagai memaki ayah sendiri. Nabi s.a.w. mengingatkan bahawa tidak boleh memaki ayah sendiri atau ayah orang lain secara langsung atau tidak secara langsung. Memaki secara langsung adalah mengeluarkan kata-kata yang kasar dan tidak sesuai sama ada kepada ayah sendiri atau kepada ayah orang lain. Manakala memaki tidak secara langsung pula boleh berlaku bila seseorang melakukan perkara-perkara buruk sehingga menyebabkan ayahnya terpalit dan diaibkan. “Ayah” dalam hadith ini juga bermaksud “ibu bapa”.

2. Hadith ini menjadi asas kepada kaedah “Sadd al-Zarai’ ” (menutup atau menyekat jalan-jalan yang membawa kepada kerosakan atau maksiat). Contoh kaedah “Sadd al-Zarai’ ” dari al-Quran ialah, Surah al-Isra’, Ayat 32, bermaksud, “Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (menutup pintu zina dengan menghalang dari mendekatinya), Contoh lain kaedah “Sadd al-Zarai’ ” ialah Surah Al-An’am, ayat 108, bermaksud, “Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan…”. Ayat al-Quran ini memberi pedoman supaya berbincang secara baik dan ilmiah dengan orang kafir, kerana kalau kita berkata buruk terhadap agama mereka, mereka akan berkata buruk pula terhadap Allah. Jika kita melakukan sesuatu yang tidak elok kepada rumah ibadat mereka, nanti mereka akan melakukan perkara yang sama kepada masjid kita.

3. Kita boleh gunakan kaedah “Sadd al-Zarai’ ” ini dalam setiap perkara seperti mengelakkan melakukan apa sahaja perbuatan yang menyebabkan ibu bapa kita malu dan aib. Orang yang dapat menjaga aib ibu bapanya secara tidak langsung sudah tentu tidak akan mengaibkannya secara langsung. Ini menunjukkan peribadinya yang tinggi, yang bersih batinnya dan berjiwa suci.

4. Pada mulanya Sahabat Nabi tidak faham apakah yang dimaksudkan dengan memaki ayah sendiri kerana sememangnya Islam melarang dari perbuatan tersebut. Nabi s.a.w. menjelaskan bahawa seseorang yang melaknat ayah orang lain akan menyebabkan orang tersebut akan membalasnya dengan melaknat ayahnya pula.