[ADAB] – Siri 9 – Menghubungi saudara yang musyrik [HADITH TEMATIK]

VIDEO – [Durasi – 5m 53s] – [ADAB] – Siri 9 – Menghubungi saudara yang musyrik [HADITH TEMATIK]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/O3Kt_NS2hlc ]

Video penuh asal –    • Sesi 2 – Derhaka Kepada Kedua Ibubapa Term…   [ Sahih al-Bukhari – Kitab Adab ]

[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – MENGHUBUNGI SAUDARA YANG MUSYRIK

باب صِلَةِ الأَخِ الْمُشْرِكِ

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُسْلِمٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ دِينَارٍ، قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عُمَرَ ـ رضى الله عنهما ـ يَقُولُ رَأَى عُمَرُ حُلَّةَ سِيَرَاءَ تُبَاعُ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ابْتَعْ هَذِهِ، وَالْبَسْهَا يَوْمَ الْجُمُعَةِ، وَإِذَا جَاءَكَ الْوُفُودُ‏.‏ قَالَ ‏”‏ إِنَّمَا يَلْبَسُ هَذِهِ مَنْ لاَ خَلاَقَ لَهُ ‏”‏‏.‏ فَأُتِيَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم مِنْهَا بِحُلَلٍ، فَأَرْسَلَ إِلَى عُمَرَ بِحُلَّةٍ فَقَالَ كَيْفَ أَلْبَسُهَا وَقَدْ قُلْتَ فِيهَا مَا قُلْتَ قَالَ ‏”‏ إِنِّي لَمْ أُعْطِكَهَا لِتَلْبَسَهَا، وَلَكِنْ تَبِيعُهَا أَوْ تَكْسُوهَا ‏”‏‏.‏ فَأَرْسَلَ بِهَا عُمَرُ إِلَى أَخٍ لَهُ مِنْ أَهْلِ مَكَّةَ قَبْلَ أَنْ يُسْلِمَ‏.‏

Menghubungi saudara yang musyrik

Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abdullah bin Dinar katanya, saya mendengar Ibnu Umar berkata: Umar pernah melihat satu “suit” pakaian “siyara’ ” (jubah sutera) sedang dijual. Diapun berkata, “Wahai Rasulullah! Belilah ini dan kau pakai pada hari Jumaat dan ketika mana rombongan-rombongan datang kepadamu (mengunjungimu)”. Sabda Nabi s.a.w. “Pakaian ini hanya dipakai oleh orang yang tiada habuan baginya. Ini pakaian hanya dipakai oleh orang-orang yang malang”. Setelah itu dibawakan kepada Nabi s.a.w. beberapa pasang pakaian maka Baginda pun menghantarkan satu pasang untuk Umar. Umar pun berkata, “Bagaimana saya akan memakainya sedangkan engkau telahpun berkata tentangnya, apa yang telah kau katakan dahulu”. Nabi s.a.w. pun bersabda, “Sesungguhnya tidak ku berikan kepadamu untuk engkau pakai, tetapi untuk engkau jual atau engkau pakaikannya (kepada orang lain)”. Maka Umar pun menghantarkan pakaian tadi kepada saudaranya yang berada di Mekah sebelum dia memeluk agama Islam.

[RINGKASAN] Menghubungi saudara yang musyrik

1. Kita hendaklah berbuat baik kepada semua kaum kerabat yang mempunyai pertalian hubungan kekeluargaan dengan kita walaupun mereka bukan Islam.

2. Saidina Umar pernah mencadangkan kepada Nabi s.a.w. supaya membeli sepasang jubah sutera (siraya’) sebagai pakaian khas hari Jumaat atau untuk menyambut tetamu. Nabi s.a.w. bersabda pakaian tersebut (sutera) adalah untuk mereka yang malang (tiada habuan di akhirat) kerana sutera diharamkan kepada lelaki Islam.

3. Kemudiannya Nabi dihadiahkan pakaian seumpama itu, lalu Nabi mengirimkan satu pasang kepada Umar. Saidina Umar berasa hairan mengapa Nabi s.a.w. memberinya pakaian sutere tersebut sedangkan sebelum ini Baginda mengatakan ianya tidak boleh dipakai. Nabi s.a.w. menjelaskan pakaian itu bukan untuk dipakai sendiri oleh Saidina Umar tetapi dia boleh menjualnya atau diberikan kepada orang yang boleh memakainya (misalnya, orang perempuan). Lalu Saidina Umar memberi pakaian tersebut kepada saudaranya yang kafir yang tinggal di Mekah. [Nota: Orang kafir tidak terikat kepada hukum halal haram dalam Islam. Ini adalah dalil ulama’ yang berpendapat, orang kafir tidak terikat dengan furu’ (cabang dan ranting) syariat (seperti makan minum dan pakaian) tetapi hanya terikat dengan Usul (asas utama) syariat sahaja].

4. Beginilah cantiknya Islam, diperintahkan berbuat baik walaupun kepada orang bukan Islam. Ini adalah antara faktor yang boleh menarik orang kepada Islam.

5. Malangnya, orang kemudian, terutamanya di zaman kita, anak beranak dan saudara mara bergaduh dan berpecah belah kerana hal-hal kecil berkaitan politik dan perbezaan-perbezaan pendapat. Sedangkan sunnah telah menetapkan supaya berbuat baik kepada saudara-mara yang kafir apatah lagi yang Islam.

6. Pertelingkahan dan perbezaan pendapat sesama Islam sepatutnya lebih mudah diselesaikan berbanding dengan perseteruan dengan mereka yang belum Islam. Orang Islam sepatutnya menarik orang kepada Islam bukannya menjauhkan mereka dari Islam. Selesaikan perselisihan faham dengan baik dan jangan bermasam muka dan memutuskan hubungan. Jangan bermudah-mudah dalam menuduh orang Islam sebagai sesat atau kafir dan meliarkan orang dari Islam.

Leave a comment