[ADAB] – Siri 8 – Perempuan yang mempunyai suami menghubungi ibunya [HADITH TEMATIK]

VIDEO – [Durasi – 3m 8s] – [ADAB] – Siri 8 – Perempuan yang mempunyai suami menghubungi ibunya [HADITH TEMATIK]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/_gsKpuRA02E ]

Video penuh asal –    • Sesi 2 – Derhaka Kepada Kedua Ibubapa Term…   [ Sahih al-Bukhari – Kitab Adab ]

[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – PEREMPUAN YANG MEMPUNYAI SUAMI MENGHUBUNGI IBUNYA

باب صِلَةِ الْوَالِدِ الْمُشْرِكِ وَقَالَ اللَّيْثُ

حَدَّثَنِي هِشَامٌ، عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ أَسْمَاءَ، قَالَتْ قَدِمَتْ أُمِّي وَهْىَ مُشْرِكَةٌ فِي عَهْدِ قُرَيْشٍ وَمُدَّتِهِمْ، إِذْ عَاهَدُوا النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم مَعَ أَبِيهَا، فَاسْتَفْتَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَقُلْتُ إِنَّ أُمِّي قَدِمَتْ وَهْىَ رَاغِبَةٌ ‏{‏أَفَأَصِلُهَا‏}‏ قَالَ ‏ “‏ نَعَمْ صِلِي أُمَّكِ ‏.

حَدَّثَنَا يَحْيَى، حَدَّثَنَا اللَّيْثُ، عَنْ عُقَيْلٍ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ، أَخْبَرَهُ أَنَّ أَبَا سُفْيَانَ أَخْبَرَهُ أَنَّ هِرَقْلَ أَرْسَلَ إِلَيْهِ فَقَالَ يَعْنِي النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَأْمُرُنَا بِالصَّلاَةِ وَالصَّدَقَةِ وَالْعَفَافِ وَالصِّلَةِ‏.‏

Perempuan yang mempunyai suami menghubungi ibunya

Hadith Pertama – Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Asma’, katanya: Ibu saya datang dalam keadaan dia musyrik, di zaman Quraisy membuat perjanjian dengan Nabi s.a.w. Ibunya datang bersama dengan ayahnya (ayah tirinya). Maka sayapun bertanya Nabi s.a.w., saya berkata, “Emak saya telah datang, dia pula (dalam keadaan) tidak suka kepada Islam”. Nabi s.a.w. bersabda, “Ya! Hubungilah ibumu”.

Hadith Kedua – Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas, dia menceritakan bahawa Abu Sufyan menceritakan kepadanya bahawa Hiraku menghantar orang kepadanya. Maka dia berkata, “(Nabi s.a.w.) menyuruh kami mengerjakan sembahyang, memberi sedekah dan hidup dengan menjaga kesucian diri (hidup terhormat) dan menyuruh kamu menjalinkan hubungan kekeluargaan.

[RINGKASAN] Perempuan yang mempunyai suami menghubungi ibunya

1. Asma’ binti Abu Bakar meriwayatkan bahawa ibunya datang ke Madinah bersama dengan ayah tirinya semasa perjanjian damai antara kafir Quraisy dan Nabi s.a.w. Dia bertanya Nabi, bolehkah dia berlaku baik kepada ibunya yang datang menziarahinya dalam keadaan ibunya itu tidak suka kepada Islam. Nabi menjawab, “Ya, hubungilah emak engkau (layanilah dia dengan baik)”. Hadith ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kita hendaklah juga berbuat baik dan melayan dengan baik ibu tiri atau ayah tiri.

2. Abu Sufyan menceritakan kepada wakil Hiraku bahawa Nabi s.a.w. mengajar supaya mengerjakan sembahyang, memberi sedekah dan hidup dengan terhormat (dengan menjaga betul-betul kesucian diri, terutamanya di segi hubungan lelaki dan perempuan) dan menjalinkan hubungan kekeluargaan. Hiraku berkata, inilah sifat Nabi yang benar.

Leave a comment