[ADAB] – Siri 11 – Dosa Memutuskan Tali Silaturrahim (Hubungan Kekeluargaan) [HADITH TEMATIK]

VIDEO – [Durasi – 3m 52s] – [ADAB] – Siri 11 – Dosa Memutuskan Tali Silaturrahim (Hubungan Kekeluargaan) [HADITH TEMATIK]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/15UqcTWNjzo ]

Video penuh asal –    • Sesi 2 – Derhaka Kepada Kedua Ibubapa Term…   [ Sahih al-Bukhari – Kitab Adab ]

[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – DOSA MEMUTUSKAN TALI SILATURRAHIM (HUBUNGAN KEKELUARGAAN)

باب إِثْمِ الْقَاطِعِ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ، حَدَّثَنَا اللَّيْثُ، عَنْ عُقَيْلٍ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، أَنَّ مُحَمَّدَ بْنَ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ، قَالَ إِنَّ جُبَيْرَ بْنَ مُطْعِمٍ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ، سَمِعَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏”‏ لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَاطِعٌ ‏”‏‏

Dosa Memutuskan Tali Silaturrahim (Hubungan Kekeluargaan) Diriwayatkan daripada Muhammad Bin Jubair bin Mut’im katanya Jubair bin Mut’im menceritakan kepadanya bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda, “Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan perhubungan kekeluargaan”.

[RINGKASAN] Dosa Memutuskan Tali Silaturrahim (Hubungan Kekeluargaan)

1. Adalah berdosa orang yang memutuskan hubungan silatrurrahim sehingga menyebabkannya tidak masuk syurga. Nabi s.a.w. bersabda bahawa tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim.

2. Ada beberapa maksud yang disebutkan ulama’ berkenaan “tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim”. Antaranya,

i. Tidak masuk syurga langsung. Jika seseorang itu memperlekehkan hal ini (hukuman terhadap orang yang memutuskan silaturrahim) dan memandang rendah larangan memutuskan silatururahim, dia telah terkeluar dari Islam. Dia dimasukkan ke dalam neraka dan tidak langsung masuk syurga kerana kekafirannya. Menghubungkan silaturrahim adalah ajaran agama yang ada di dalam al-Quran dan hadith.

ii. Tidak masuk syurga bersama-sama dengan orang lain. Disebabkan memutuskan hubungan silaturrahim, seseorang itu akan lambat masuk syurga. Dia masih masuk syurga tetapi tidak masuk syurga awal sebagaimana orang lain.

iii. Tidak masuk syurga yang istimewa. Sepatutnya seseorang itu masuk syurga yang istimewa kerana tiada amalan buruk yang lain. Oleh kerana memutuskan hubungan silaturrahim dia dinafikan dari mendapat syurga yang istimewa.

iv) Dosa memutuskan hubungan silaturrahim adalah besar, sepatutnya dia tidak masuk syurga kecuali dengan pengampunan Allah. Nasibnya tergantung-gantung tertakluk kepada keputusan Allah.

3. Memutuskan perhubungan rahim bukan setakat dosa biasa tetapi ianya adalah dosa besar.

Leave a comment